Selasa, 13 Disember 2022
SUMBATKAN PENYAMUN KE DALAM JIL
SUMBATKAN
PENYAMUN
KE DALAM JIL
KHALAS
Unknown commented on
"SATU LAGI PM AKAN
MASUK PENJARA !!!!"
Setuju TT, selalu kena tukar kerajaan supaya penyamun masuk penjara kah kah kah , sebab ramai juga puak puak penyamun masih berleluasa sini sana, dalam jabatan kerajaan pun banyak malah SPRM pun banyak kes settle tutup mata kerana semua orang kita, ada kes heboh sana sini tapi semua pakat pakat settle dengan duit, punya segala kemungkaran dunia
MINUM KETUM UNTUK SEHAT
MINUM KETUM
UNTUK SEHAT
KHALAS
norlida commented on
"MINUM AIR KETUM"
Kenapa kkm tak kali selidik
kebaikkan daun ketom ni
Unknown commented on
"MALAM INI NAJIB
TIDUR DI MANA"
x yah pikir la tt lu haprak .. lu pikir macam mana nak tanam ganja sudah
Unknown commented on
"MINUM AIR KETUM"
apa hal..? tibe marah kan orang lain.. nak minum jelah..
KEPUTUSAAN PERPERIKSAAN
KEPUTUSAN PERPERIKSAAN
Berita mula tersebar melalui cerita mulut : Keputusan HSC ( Higher School Certificate) akan keluar. Sudah hampir empat bulan menunggu. Berita ini entah dari mana puncanya. Dari apa yang aku dengar kalau hendak tahu cepat wajib datang sendiri bertanya di Pejabat Peperiksaan Jabatan Pelajaran.
Pejabat ini sebuah bangunan kolonial tidak jauh dari Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Terletak di arah jalan ke Brickfeild. Maklumat tentang peranan bangunan ini diketahui baik oleh pelajar yang sedang menunggu ‘ result exam ‘.
Dari apa yang aku di faham ramai yang menunggu keputusan HSC selalu datang bertanya-tanya. Terutama mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.
Aku tahu tentang peranan bangunan ini dari Fauzi Daud. Anak pegawai kerajaan yang tinggal di Petaling Jaya
Ghani datang dari Batu Pahat. Aku datang dari Jelebu. Kami menumpang di rumah kakak aku di Lapangan Terbang Sungai Besi.
Pagi esoknya Ghani dan aku bertandang ke rumah Fauzi Daud di Petaling Jaya. Rumah Fauzi tidak jauh dari pekan PJ. Kami merayau dalam pekan PJ sebelum mengambil bas Sri Jaya berwarna putih biru untuk ke Foch Avenue.
Tujuan kami untuk ke Bangunan Pejabat Peperiksaan.
Dalam bas dari Petaling Jaya aku budak kampung tercengang melihat rumah-rumah banglo batu yang indah menarik. Halaman berumput hijau dengan pokok-pokok bunga tersusun indah.
‘ Satu hari nanti... one day... aku nak juga sebuah...’ Fauzi Daud bersuara memasang niat untuk memiliki sebuah banglo satu masa nanti.
Dari Foch Avenue kami menapak ke Pejabat Peperiksaan. Kami sampai sebelum jam empat. Aku ternampak ada beberapa pelajar lelaki keluar dari bangunan.
‘ Kau masuk.... kami tunggu di luar...’ Aku meminta Fauzi bertanya keputusan HSC kami.
‘ Nak kata apa...’ Fauzi bertanya.
‘ Nama Gani ... nama kau .. nama aku ... dari MCKK... tanya result...’ Aku menjelaskan.
Ghani dan aku menunggu Fauzi di bawah pokok besar di tepi bangunan. Aku sendiri tidak berani masuk bertanya. Hati aku berdebar-berdebar. Lulus atau gagal. Ini sama seperti pengalaman aku ketika menunggu keputusan Senior Cambridge tahun 1968 dulu di Sekolah Menengah Undang Jelebu.
Tak sampai 10 minit Fauzi keluar dari bangunan. Dia kelihatan selamba seperti tidak ada apa-apa yang mencemaskan.
‘ Herman... kau ada dapat A ... Gani...satu prinsipal.. aku full cert tapi hanya cukup makan...’ Fauzi memberi penerangan.
Ghani telah bersedia mendengar keputusan. Malah dari awal lagi Ghani telah memasang niat untuk masuk Maktab Perguruan di Pulau Pinang.
‘ Herman.... kau ada A..C.. E..O...tapi GP gagal... tak full cert... tapi result kau lebih baik dari aku...’ Fauzi menjelaskan.
Rupa-rupanya aku gagal kertas GP – General Paper. Aku tidak tahu kenapa Bahasa Inggeris aku malap ketika aku menulis jawapan pada hari peperiksaan.
Kami menapak pulang menuju ke Perhentian bas Sri Jaya di tepi Sungai Klang. Kami melintas masuk di bawah jejambat Masjid Negara menuju ke perhentian bas.
Aku ingat lagi bulatan itu. Aku ingat lagi perbualan kami di bawah jejambat ini. Di tepi bulatan kami berhenti menapak sebentar.
Aku melihat Ghani. Fauzi dan aku gembira kerana berjaya. Dia gagal. Aku faham perasaan Ghani yang hanya mendapat satu prinsipal.
‘ Aku akan jadi guru di Penang..... Herman .. Fauzi... kau nak masuk U mana...’ Ghani bertanya.
‘ UM... first choice...’ Fauzi menjawab.
‘ Aku pun sama....kalau dapat masuk UM... bila masuk UM aku nak join masuk Kelab Sosialis....’ Aku menjawab.
‘ Apa Herman... kau nak masuk Kelab Sosialis....mana kau tahu ada kelab itu... ‘ Ghani agak terperanjat.
‘ Ada... aku ada baca dalam akhbar Mahasiswa Negara....kau lupa Arif yang jual...’ Penerangan ringkas dari aku.
Aku tidak akan melupakan petang itu. Aku tidak akan melupakan bulatan di bawah jejambat itu. Ghani hendak menjadi guru. Fauzi nak memiliki banglo. Aku nak menjadi anggota Kelab Sosialis UM.
Tiga Budak Koleq - tiga anak muda yang baru menerima keputusan HSC sedang menyimpan tiga harapan masa depan untuk menjalani kehidupan baru.
Dua hari kemudian keputusan HSC disiarkan dalam akhbar Utusan, Berita Harian dan Straits Times. Nama aku tidak keluar kerana aku tidak mendapat ‘ full certificate’ – aku gagal dalam General Paper.
Balik di kampung aku mengisi borang untuk melamar masuk ke universiti. UM pilihan pertama, Universiti Pulau Pinang pilihan ke dua dan UKM pilihan akhir .
Ketika mengisi borang aku tidak tahu mengapa aku perlu mendapat tanda tangan Tok Penghulu atau Tuan Pegawai Daerah walhal aku telah mendapat kelulusan dari Cambridge University.
Kemudian aku terbaca berita tentang UM dari Utusan Melayu. Untuk kemasukan pelajar baru sesi 1971/72 ke UM wajib lulus satu peperiksaan Bahasa Melayu. Ini kerana UM pada tahun 1971 telah mula menggunakan BM sebagai salah satu bahasa pilihan dalam kuliah dan dalam peperiksaan.
Aku merasa agak pelik kerana aku mendapat A dalam kertas Bahasa Melayu. A1 untuk Sastera. A1 untuk Percakapan.. A1 untuk Bahasa.
Dari Utusan ada disenaraikan pusat yang akan mengadakan peperiksaan. Aku akur dan tanpa banyak songel.
Aku mendaftar untuk mengambil satu lagi peperiksaan Bahasa Melayu untuk masuk ke UM. Peperiksaan akan diadakan di Methodist Boys School Jalan Pudu Kuala Lumpur.
Aku lulus.
Pada tahun 1971 setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak ada memberi biasiswa untuk pelajar yang menyambung belajar ke universiti. Nilai biasiswa berbeza-beza. Dari apa yang aku dengar biasiswa paling lumayan ialah biasiswa dari Sabah.
Sebagai anak kelahiran Negeri Sembilan aku melamar biasiswa Kerajaan Negeri Sembilan. Aku terikat dengan janji. Satelah selesai lulus ijazah aku wajib menyambung Diploma Pendidikan untuk menjadi tenaga guru di Negeri Sembilan.
Jujur aku katakan bahawa aku tidak ambil pot sangat apakah aku akan menjadi guru atau menjadi Tuan DO. Perkara kerja ini tidak pernah terlintas dalam kepala aku. Yang jelas aku hendak masuk Fakulti Sastera UM. Bila diterima masuk UM aku nak melamar untuk menjadi ahli Kelab Sosialis.
Surat sampai dari UM ke alamat Hishamuddin Rais Batu 2 ½ Kampung Chenor Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan. Rumah kampung tidak ada numbo. Surat di UM ini aku pungut di Kedai Kopi Mak Chek Yan.
Jawapan dari UM menggembirakan. Aku diterima untuk menjadi pelajar UM sesi 1971/72. Sebagai pelajar baru masuk tahun satu aku diberi pilihan untuk tinggal di asrama dalam kampus.
Kolej-kolej ini mengiklan kehebatan masing-masing.
Kolej Pertama kolej campuran lelaki dan perempuan. Kolej Ke Dua kolej hebat dalam bidang sukan. Kolej ini khusus untuk pelajar lelaki sahaja. Kolej ke Tiga dan Ke Empat khusus untuk pelajar perempuan sahaja.
Kolej Ke Lima kolej campuran. Aku mendaftar untuk masuk ke asrama Kolej Ke Lima. Kolej ini mengiklankan : Dua minggu sekali ada forum politik dan hal ehwal semasa.
Aku terus membuat pilihan. Pilihan pertama Kolej Kelima. Pilihan Ke Dua Kolej Kelima dan pilihan ketiga juga sama. Aku tidak mahu memasuki kolej lain selain dari Kolej Ke Lima. Forum politik dan hal ehwal semasa menjadi sasaran aku.
Borang biasiswa Negeri Sembilan telah aku isi. Aku perlu ada penjamin. Emak aku mencadangkan agar Cik Gu Zainal menjadi penjamin. Cik Gu Zainal ini adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu di mana Cik Gu Zaleha Sidek juga sama mengajar.
Tahun 1971 aku di fahamkan hanya 4 orang termasuk aku yang diterima masuk ke universiti.
Masuk menyambung belajar ke universiti amat ‘ rare’. Hanya yang terpilih sahaja yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Emak , Abah , Mak Long , Pak Long, Wan Timah dan kaum keluarga semua gembira dengan berita aku akan masuk universiti.
Seminggu sebelum aku pindah rumah ke Kolej Ke Lima keluarga aku membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Kaum keluarga sekampung termasuk warga surau datang makan kenduri dan berdoa untuk keselamatan aku di wilayah yang baru.
‘ Icham... ni air doa selamat malam tadi... kau mandi dengan air ini... mula di kepala....’ Mak Long aku memberi arahan.
Aku ingat lagi dengan hati terbuka aku ambil botol berisi air itu dan pergi ke perigi. Pagi itu aku mencurahkan air doa selamat bermula di kepala kemudian ke seluruh badan.
Sehari sebelum bergerak ke Kuala Lumpur Mak aku beri arahan.
‘ Gi jumpa Cik Gu Zainal.... dia nak jumpa kau....’
Aku pinjam Lamberetta Abah aku dan pergi ke Sekolah Amar Penghulu.
Aku bertemu Cik Gu Zainal dalam bilik Guru Besar.
‘ Belajar betul dengan baik... bukan semua orang dapat pergi universiti..... kau anak Jelebu.. bangga masuk universiti...’ Nasihat Cik Gu Zainal penjamin biasiswa aku.
‘ Terima Kasih Cik Gu... ‘ Aku menghulur tangan bersalaman tanda hormat.
Masuk Cik Gu Ibrahim.
‘ Ha Isham... nak masuk universiti... tahniah tahniah... sana kamu bebas nanti...’ Dia menepuk bahu aku sambil ketawa. Kami bersalaman dan aku beredar.
Esoknya kami sekeluarga berkereta ke Kuala Lumpur. Mereka menghantar aku ke Universiti Malaya. Amin.
EPILOK 1
Ghani Osman a.k.a Abdga menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Pulau Pinang. Satelah 20 tahun berkelana bila aku pulang Ghani telah menjadi Dr Ghani Osman Profesor Madya. Ghani mengajar Ilmu Hisab di UITM Shah Alam.
EPILOK 2
Hatta Shahrom tidak dapat masuk universiti. Dia menyambung belajar Taylor College. Kemudian menyambung pelajaran di Mesir. Menjadi doktor perubatan.
EPILOK 3
Ibrahim Yok a.k.a Ibrahim Salleh masuk ke Fakulti Sains Universiti Pulau Pinang.
EPILOK 4
Anwar Wabbit a.k.a Anwar Rahim diterima sebagai pelajar Fakulti Pertanian Universiti Malaya.
EPILOK 5
Hamid Samad masuk Fakulti Ekonomi Universiti Malaya.
EPILOK 6
Mahmud Awang Kecik sambung pelajaran ke Universiti Surabaya. Menjadi doktor pakar Jantina di Ampang Puteri.
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/12/12/keputusan-peperiksaan
PERTAMA : UBAH CARA BERFIKIR
AWAL WAHID
UBAH CARA
KITA BERFIKIR
UNTUK
KESELAMATAN
DUNIA
KHALAS
Unknown commented on
"BANJIR MENYERANG JOHOR"
beribu ribu alat dan kilang proses semula plastik jadi minyak dan kimia berguna telah dicipta. Tiada satu pun ada didirikan di tanah melayu. ada beribu alat proses sisa makanan basi. satu pun tiada dibuat sistem urus sampah dan sisa. berapa kolej berapa universiti. mandul terus mandul. alasan terus alasan. mahal. bermodal. tapi kutip juga cukai pintu. kutip juga cukai tanah. kutip juga saman lewat masa. satu pun tiada untuk beli benih kayu, bersihkan sungai dan kutip sisa untuk proses. iman kapitalis ganas, konsumeris wajib membeli dan membuang. setiap hari dan semakin banyak. industris makmur dan dikatakan ekonomi tunjuk bagus.
GEROMBOLAN BERGADUH
Umno terperangkap antara demokrasi dan elak konflik
PEMIMPIN akar umbi Umno dan penganalisis tidak sependapat sama ada jawatan presiden dan timbalannya perlu dicabar dalam pemilihan parti tahun depan.
Ada yang berkata kepimpinan sekarang perlu memainkan peranan dalam menstabilkan kerajaan dan membersihkan parti terlebih dahulu manakala yang lain percaya jawatan itu perlu dipertandingkan bagi memulihkan imej Umno berikutan kontroversi yang menyelubungi presidennya Ahmad Zahid Hamidi.
Mereka yang menentang sebarang cabaran juga berkata Umno tidak memerlukan satu lagi konflik dalaman yang mungkin timbul akibat pemilihan jawatan tertinggi.
Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Said Ali Syed Rastan berkata perkara itu tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa sekarang kerana ada perkara lebih mendesak yang perlu diberi tumpuan oleh pucuk pimpinan ketika ini.
“Bagi saya bagus bersihkan parti dahulu kerana kita sendiri tidak tahu siapa antara kita yang boleh dipercayai.
“Kita perlu habiskan bahagian itu dahulu. Kemudian selesaikan Perhimpunan Agung Umno. Mari kita lihat bagaimana mood perwakilan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Bagaimanapun, Ali tidak menolak dua jawatan tertinggi Umno perlu dipertandingkan kerana persepsi orang ramai terhadap parti itu ketika ini.
“Kami difahamkan terdapat kebimbangan dari segi persepsi masyarakat mengenai jawatan presiden kerana beliau juga mempunyai kes mahkamah yang masih berjalan.
“Tetapi kalau kita nak tukar pucuk pimpinan, siapa yang kita mahu? Jadi, elok kita selesaikan dahulu perhimpunan agung dan fokus utama ialah menstabilkan kerajaan,” katanya.
Said Ali mengulas cadangan agar dua jawatan tertinggi - yang dipegang oleh Zahid dan Mohamad Hassan - tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti tahun depan.
Gesaan itu pertama kali dibuat oleh pemimpin Umno Beruas, Azhar Ahmad.
Dalam temu bual dengan portal The Malaysia Post, Azhar berkata Zahid dan Mohamad perlu dikekalkan sebagai presiden dan timbalan presiden parti kerana mereka kini memegang jawatan kanan dalam Kabinet.
Selain sebagai timbalan perdana menteri, Zahid juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dalam Kabinet Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Mohamad yang merupakan ahli Parlimen Rembau dilantik sebagai menteri pertahanan.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai pihak menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan bertanggungjawab terhadap prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN).
Antaranya ialah komponen BN iaitu MCA dan MIC yang secara terbuka menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan kepada Zahid.
Selain itu, pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri turut mencetuskan kontroversi. Beliau masih mempunyai 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB).
Tunjukkan demokrasi masih hidup dalam Umno
Seorang timbalan ketua Umno bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata persaingan dua jawatan itu perlu diteruskan untuk melambangkan amalan demokrasinya dalam parti.
Beliau berkata kepimpinan perlu melihat kepada gambaran lebih besar, bukan daripada satu suara dalaman.
Beliau berkata persepsi orang ramai terhadap Umno akan menjadi lebih teruk jika pucuk pimpinan memilih untuk menutup pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.
Malah katanya, saranan ketua Umno Bahagian Beruas itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana Umno tidak bertanding di kerusi Parlimen itu.
“Bagi saya, Umno perlu bergerak membina persepsi baharu dari perspektif masyarakat umum. Tetapi jika Umno memilih untuk tidak membenarkan sebarang pertandingan, tiga juta ahli Umno mungkin tidak mengapa.
“Tetapi bagaimana dengan 21 juta pengundi, dan jumlah ini akan terus meningkat. Kita kena akui persepsi (mengenai Zahid) walaupun kita tahu beliau tidak bersalah tetapi bagaimana kita hendak hentikan persepsi itu,” katanya.
Pemimpin itu berkata sebarang cabaran terhadap jawatan tertinggi tidak akan merugikan kerana yakin kedudukan Zahid akan kekal utuh walaupun dicabar.
Ditanya sama ada bahagian itu akan membawa usul itu ke perhimpunan agung nanti, beliau berkata mereka hanya akan membangkitkan usul itu dalam mesyuarat yang diadakan sebelum mesyuarat tahunan yang dijadualkan diadakan pada minggu pembukaan bulan depan.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos menyokong cadangan untuk tidak bertanding dengan berkata ia perlu bagi mengelak konflik selanjutnya dalam parti.
Jamal berkata tindakan itu bukan bermakna Umno membantah gagasan demokrasi tetapi ia semata-mata untuk menstabilkan parti.
“Jika ada pertandingan, ia akan membawa malapetaka kepada Umno, walaupun Umno memang mengamalkan demokrasi tetapi bolehkah mereka yang kalah menerima hakikat bahawa mereka kalah?
Demi kestabilan
Dua penganalisis juga tidak bersetuju sama ada cabaran perlu dibenarkan.
Hisomuddin Bakar percaya dua jawatan tertinggi Umno mesti terbuka untuk semua manakala Dr Mazlan Ali berkata Umno mesti mengekalkan presiden dan timbalannya demi kestabilan.
Pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisomuddin berkata Umno tidak bersikap demokratik jika menghalang kedua-dua jawatan itu daripada dipertandingkan.
“Umno Beruas tidak mahu parti itu bertelagah lagi, tetapi Umno perlu dilihat sebagai mengamalkan demokrasi dan ini akan menguji jutaan ahli Umno sama ada mereka menerima Zahid dan Mohamad atau tidak.
“Jawatan itu harus dicabar dan jika tidak membenarkannya, Zahid akan dilihat sebagai seorang yang takut,” kata Hisomuddin.
Mazlan berkata senario semasa tidak membenarkan Umno menghadapi satu lagi konflik dalaman.
“Ada lebih daripada satu kem dalam Umno. Kem Zahid, Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin.
“Dengan pemilihan panas yang boleh kita jangkakan, kita akan melihat lebih banyak masalah berlaku dalam Umno.
“Melihat mood sekarang ini, saya rasa tidak sesuai. Umno akan retak dan akan berpecah-belah lagi. Parti Melayu yang sebesar Umno tidak boleh berdepan episod perpecahan lagi,” katanya lagi. – 13 Disember, 2022.
TIGA TIM
GEROMBOLAN
AMIN
SATU KJ
MAHU BESIHKAN
PARTI
AMIN
SATU ZAHID
MAHU SELAMAT
DIRI DARI JIL
AMIN
SATU TOK MAT
MAHU KUASA
AMIN
BILA ZAHID
TOK MAT BERSATU
KJ AKAN KALAH
KAH KAH KAH
KHALAS
MENUNGU MAULUD
MENUNGGU
MAULUD NABI ISA
SELASA 13/12/2022
KITA MENUNGGU SAMBUTAN
PARLIMEN BERSIDANG
KITA MENUNGGU
MAULUD NABI ISA
KITA MENUNNGU
TAHUN 2023
AMIN
2023
TAHUN DEPAN
DIKATAKAN EKONOMI DUNIA
AKAN TERBARAI
KRISIS INI LEBIH PARAH
DARI KRISIS 2008
MALAH ADA PAKAR
YANG MENYAMKANKAN
KRISIS INI SAMA MACAM
ZAMAN MELESET 1929
JENG JENG JENG
BRAZIL
SECARA RESMI
LULA DI UMUM SEBAGAI
PRESIDEN
DI AMERIKA
WARGA LIBAYA
YANG MEGEMBOM
KAPAL TERBANG AMERIKA
PULUHAN TAHUN DAHULU
DI TANGKAP DAN DIDAKWA
DI AMERIKA
SALJI TURUN
DENGAN LEBAT
DI EROPAH & AMERIKA
BANYAK LAPANGAN TERBANG
JALAN RAYA DI TUTUP
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI BASAH DAN SEJUK
HUJAN TIAP PETANG
MENJADIKAN HOKKIEN
SENTIASA BASAH
DI WAKTU PAGI
SEKUMPULAN UNGGAS
GUA TAK TAHU JENIS APA
BERPULUH EKOR TERBANG
LANGIT JADI HITAM
KL & KL SENTRAL
BERKABUS
LANGIT KELABU
MATAHARI TAK ADA
TAPI GUA MASIH POSITIF
HARI INI AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
KITA RAYAKAN
PAGI SELASA YANG SEJUK
BRO
KITA TAK TAHU SEJARAH
MAKA KITA FITNAH
ZAMAN KITA SENDIRI
BRO
HIDUP KITA HARI INI
LEBIH BAIK DARI KEHIDUPAN
SEORANG RAJA
SERATUS TAHUN DULU
TAPI KITA TAK TAHU
BERTERIMA KASIH
BRO
PERJALANAN MEMBUATKAN
KITA SEDERHANA
MAKAN KITA MULA SEDAR
BETAPA KECILNYA
TEMPAT KITA DIDUNIA INI
BRO
TIDAK ADA KEBENARAN
YANG ADA IALAH PERSEPSI
ANGGAPAN KITA
TERHADAP BABAK ITU
BRO
JIKA LU SELALU
MELIHAT KE LANGIT
PASTI SATU MASA NANTI
LU AKAN ADA SAYAP
BRO
LU BOLEH MENGUASAI
APA YANG LU LAKUKAN
TAPI TAK MUNGKIN
LU MENGUASAI
APA YANG LU RASAKAN
BRO
KESENANGAN DATANG
PERTAMA KALI
DENGAN HARAPAN
KEDUA KALI
DALAM INGATAN
BRO
KEJAYAAN ADALAH AKIBAT
BUKAN MENJADI TUJUAN
BRO
LAU JANGAN BACA
MACAM KANAK KANAK
UNTUK HIBUR DIRI
LU BACA UNTUK HIDUP
BRO
DALAM APA SAJA
DALAM ALAM INI
LU AKAN TEMUI PUISI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
KITA MENUNGGU
HARI MAULUD NABI ISA
KJ BAWAK SWING VOTERS
KJ CALON
TERBAIK BAWAK
SWING VOTERS
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"APA JADI PEROJEK KJ ?"
Salam tinggal lah KJ, engkau dah dapat peluang masa anak menantu, masa orang lain pulak, ramai ahli kabinet sanak saudara, kah kah kah ini Malaysia bro, jangan patah hati, yang hilang akan muncul, yang ada akan hilang, rumit kan? Lah kah kah biasa lah politik asal kaum asal agama memang begitu, penting jaga kaum jaga agama sendiri, yang lain perlu bila nak undi saja, kita jumpa balik 5 tahun lagi ya, apa muslihat Oxford ada lagi tak? Maybe next time yang tak boleh cakap English jadi PM pastinya kah kah jadi oxford tak pakai, mereka nak sekolah pondok lah demi agama bangsa negara woit kah kah kah
ALIM ULAR
ALIM ULAR
KHALAS
"BILA NAK TUTUP GENTING ?"
Tulis nombor ekor, tulis nombor kepala kah semua hak masing masing, perbetul diri dulu woit,tak payah sibuk cari tiket untuk bedal 72 bidadari pun, jaga diri sudah, ikut apa jalur pun tak apa,asal jangan curi duit orang, jangan rasuah minta orang sudah, dekah dekah ucap ini ITU tapi bontot penuh tahu, ITU perangai manusia sekarang, pandai berlakon alim ular tetapi diri pun bau najis jugak kah kah kah tak betul pi gantung diri woit
Langgan:
Catatan (Atom)