Jumaat, 14 April 2023
PAS NAK AJAR ANWAR
Rakyat ada peluang ‘ajar’ kerajaan semasa PRN – Roslan
KUALA LUMPUR – Rakyat masih ada peluang ‘mengajar’ Kerajaan Perpaduan yang dikatakan gagal menangani pelbagai isu melibatkan mereka khususnya berkaitan kenaikan kos sara hidup.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, rakyat boleh menghantar mesej kepada pihak berwajib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Menurut beliau, orang Melayu khususnya perlu berpakat untuk membawa perubahan melalui sistem demokrasi dan menegur kerajaan.
“Paling bijak biar ada semak dan imbang atau check and balance dalam sistem kerajaan federalisme ini.
“Putrajaya sudah di tangan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN), lalu untuk semak imbang yang telus, kita pastikan enam negeri ini diserah ke Perikatan Nasional (PN) pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Roslan percaya kemenangan PN di enam negeri berkenaan akan membuka mata kerajaan Persekutuan dan menyebabkan mereka bekerja keras untuk rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kerajaan membenarkan pengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar untuk rakyat yang berdepan masalah kewangan.
“Yang melalui pengeluaran ini dapat membantu kehidupan mereka dan mungkin jalan keluar untuk memperbaiki kehidupan masing-masing,” jelasnya.
Roslan menambah, mereka yang mempunyai tunggakan pinjaman bank sepatutnya dibantu dan mereka semakin terseksa walaupun mempunyai simpanan dalam KWSP.
“Benar KWSP ini adalah simpanan tetap untuk masa tua. Tetapi mereka yang terkesan hari ini, tidak akan mampu meniti hidup seterusnya apatah lagi sampai ke usia tua kiranya kemampuan mereka hari ini tersekat,” katanya.
Beliau berkata, rakyat kecewa apabila tuntutan mereka tidak dilayan sebaliknya kerajaan membenarkan mereka membuat pinjaman mencagarkan simpanan KWSP. –
WOIT
PAS NI CAKAP
BESAR
KAH KAH KAH
NAK AJAR
KERAJAAN
KAH KAH KAH
NANTI SPRM
MASUK BARU
SEMUA KECUT
KAH KAH KAH
KERAJAAN ADA
SPRM
KAH KAH KAH
PAS ADA APA?
ELEEEK
KAH KAH KAH
AMIN
MUSIM KEMARAU AKAN SAMPAI
Cuaca panas disebabkan pemanasan muka bumi, kata MetMalaysia
FENOMENA bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata setakat semalam suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.
“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Oleh itu beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.
“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya.
Semalam MetMalaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut. – Bernama, 13 April, 2023.
SEPERTI TELAH
DIJANJIKAN LEPAS
MUSIM HUJAN
MUSIM PANAS
SAMPAI
AMIN
AWAS !!!
KEMARAU AKAN
SAMPAI
KHALAS
MENYOKONG RAKYAT PALESTTIN
PETANG TADI
JAM 2.30 PM
LEBIH 1000++
BERDEMO SEBELAH
KEDUTAAN AMERIKA
AMIN
SOKONG PERJUAGAN
ADIL
RAKYAT PALESTIN
AMIN
AMBIL PERHATIAN
SILA AMBIL
PERHATIAN
SEMAKIN DEKAT
HARI NAK BEBASKAN
NAJIB & ZAHID
MAKIN
BANYAK SPRM
MENANGKAP
KAH KAH KAH
UNTUK BUKTIKAN
ANWAR IBRAHIM
LAWAN RASUAH
KAH KAH KAH
KHALAS
DARI BALING KE BRICKFEILDS
DARI BALING
KE BRICKFEILDS
Jalan Thambypillay menyimpang dari jalan besar Jalan Tun Sanbanthan. Aku tidak tahu sapa Thambypillay ini. Pada hemat aku sosok ini pastilah pemimpin ketua masyarakat India sama seperti Tun Sanbanthan yang pernah menjadi menteri dalam kabinet Tunku dan Tun Razak.
Di Brickfeilds ada nama jalan dan nama stesen monorel memakai nama Tun Sanbanthan.
Untuk aku Jalan Thambypillay yang panjangnya tidak sampai satu kilometer ini cukup bersejarah. Selain dari Old Town Cafe tempat aku bersadai aku lagi perkara yang menarik tersimpan dalam perut Jalan Thambypillay.
Di Brickfeilds ini ada Dewan Majlis Orang Buta. Letaknya tidak jauh dari tebing Sungai Klang dan berhampiran dengan stesen monorel Sanbanthan. Justeru di Brickfeilds inilah tempat orang buta, orang rabun dan orang kurang penglihatan berkumpul.
Di Jalan Thambypillay ini ada berbelas-belas rumah urut. Bukan semua rumah urut di jalan ini berkonsep ‘ happy ending’ - itu satu kesah lain yang wajib juga aku kesahkan.
Rumah-rumah urut yang hendak aku ceritakan ini di kendalikan oleh orang buta.
Berpuluh-puluh orang buta menjadi tukang urut di jalan ini. Deretan rumah kedai dua atau tiga tingkat atau lebih pasti ada satu lantai yang digunakan sebagai tempat orang buta mengurut.
Aku telah menjadi pelanggan tetap di satu rumah urut di Jalan Thambypillay.
Kesahnya begini : Satu malam ketika aku bersadai di Old Town Cafe aku merasa badan aku terlalu letih. Aku merasa aku perlu di urut.
Dari Old Town Cafe aku ternampak banyak iklan rumah urut orang buta. Di kiri kanan Jalan Thambypillay banyak terpampang iklan khidmat urut orang buta.
Aku juga sedar bahawa antara rumah urut orang buta ini ada juga rumah urut orang tidak buta.
Aku yang mundar mandir dalam dunia ini belum pernah masuk berurut dari yang buta atau dari yang tidak buta.
Pernah ketika aku dalam penjara Arthur Road di Bombay aku diurut oleh Raju.
Raju ini budak belasan tahun yang tidur di tepi jalan. Bila polis buat rondaan dia ditangkap. Kesalahan : Street Dweller. Menjadi orang miskin tak berumah diangap jenayah dalam kota Bombay.
Dalam penjara kami tidak menggunakan duit. Kami guna kupon. Duit aku disimpan di Pejabat Penjara. Duit hanya boleh beli kupon untuk membeli biskut dan acar yang dijual di kantin penjara.
Dalam penjara ini ada hashish. Ini bunga dan daun ganja yang telah diuli sebesar gula cicak. Hashish atau charas ini dipanggil guli kerana ianya bulat. Aku rasa perkataan guli dalam bahasa Melayu pasti berasal dari India dari bahasa Sanskrit.
Dalam penjara hashish ini boleh dibeli secara gelap dengan menggunakan kupon. Aku tak tahu siapa yang menyeludup barang terlarang ini.
Raju yang tak berduit tapi dia bersedia memberi khidmat ‘malish ‘ kepada aku. Malish ini berurut dalam bahasa Hindi.
Dari fakta sejarah peribadi kali pertama aku diurut adalah dalam penjara di Bombay. Raju mengurut kaki aku. Untuk bayaran aku beri Raju dengan dua biji guli hashish.
Aku berurut dalam penjara untuk membunuh masa. Bayangkan duduk dalam penjara Bombay yang berasak-asak. Masa banyak dan tidak ada apa nak dibuat.
Di Brickfeilds aku agak risau juga kerana ada khidmat urut yang ‘ happy ending’ berakhir di atas katil. Ini urutan dari Minah Cun yang menyamar sebagai tukar urut tapi bersedia memberi nikmat di ranjang.
Satu malam aku terserempak dengan Johnny Wong. Ini kenalan lama pemilik restoran masakan Nyonya China Town di Jalan Panggung.
‘ Bro... dari mana ..’ Aku bertanya bila dia melintas depan meja aku di Old Town Cafe.
‘ Urut... just finished... baru selesai...’ Johnny menjawab.
‘ Kat mana...’ Aku bertanya.
‘ Infront... just around the corner.... tingkat dua.... strong hand... after the temple... nama dia Roslan... try him.. strong hand ...good massage..’ Johnny memberi arah menunjuk dengan jari arah kedai tukang urut.
Malam itu juga aku pergi ke rumah kedai yang dicadangkan oleh Johnny. Di tingkat dua aku mengetuk pintu bilik. Beberapa minit aku menunggu.
Pintu terbuka. Seorang jantan Melayu berbadan tegap sasa menjengok. Umur dalam lima puluhan. Matanya buta.
‘ Ha... nak urut ke ...’ Kata penyambut.
‘ Nak urut laaa... Johnny yang rekomen..’ Aku menerangkan.
‘ Oooo..... kawan Johnny ke.. masuk..’ Dia meluaskan pintu.
Babak aku bertemu dengan Roslan ini berlaku lebih dari sepuluh tahun dahulu.
Aku belum pernah masuk ke rumah urut. Jadi aku kurang arif apa yang perlu aku lakukan. Aku tercegat berdiri.
‘ Letak seluar kat sana.... pakai towel.... baring katil sana...jamban di belakang...’ Roslan mengarahkan aku masuk ke bilik urut.
Aku terlentang baring atas katil. Suara R. Azmi di radio sedang menyanyi lagu Terkenang Masa Dulu. Roslan meraba-raba badan aku.
‘ Nak urut berapa lama...’ Roslan bertanya.
‘ Satu jam cukup laaa....’ Aku menjawab.
‘ Meniarap..... urut belakang dulu...’ Roslan beri arahan.
Malam itu aku mula berkenalan dengan jari jemari Roslan. Kali pertama ini aku merasa agak keras urutan Si Roslan.
Nak menjerit kerana sakit aku merasa segan. Aku bertahan.
Lalu aku teringat akan juru urut Mohamad Ali Clay seorang Negro bekas pemotong tebu dari Cuba. Dari apa yang aku baca tukang urut juara peninju dunia ini jari jemarinya amat kuat. Mungkin lebih kuat dari urutan Roslan.
‘ Kalau sakit cakap... kalau nak dikuatkan lagi cakap....’ Roslan memberi ingatan.
Aku tidak tahu macam mana dia mengira masa. Satelah satu jam urutan selesai. Aku merasa badan agak ringan.
Aku menghulurkan duit kertas. Empat keping duit sepuluh ringgit dan sekeping duit lima ringgit. Roslan meraba duit itu dan memasukkan ke dalam saku.
‘ Datang lagi..... ‘ Kata akhir dari Roslan.
Aku turun tangga dan menuju ke Old Town Cafe. Sakit sakit hasil kerja tangan Roslan masih aku rasakan. Dalam masa yang sama aku juga merasa segar dan bertenaga.
Tiga minggu kemudian aku datang lagi. Kali ini aku telah menalipon dan menempah awal. No talipon Kedai Urut Tradisional ini terpampang di papan iklan depan kedai.
‘ Aku asal dari Baling Kedah....’ Roslan bercerita.
Baling Kedah ini ada pertalian sejarah dengan aku. Tapi aku tidak membuka kesah aku dengan Baling kepada Roslan.
Roslan buta dia tidak dapat melihat wajah aku. Jadi dia hanya tahu siapa aku dari apa yang aku beri tahu.
‘ Dulu masa muda kerja kampung.... buat bendang.... toreh getah.... bila tak ke sawah aku meracun tanah getah....tak tahu ... tak sedar ... racun ini bisa... aku tak pakai penutup mata.... mata jadi sakit.... lama-lama rabun....’ Roslan berkisah.
Baru aku sedar Si Roslan ini bukan buta ketika lahir. Ertinya dia tahu dan pernah melihat dunia ini.
‘ Aku menangis... aku termenung mengenangkan nasib...tiap hari aku duduk sorang diri.... dunia ni gelap.... aku nampak sikit-sikit ...’ Roslan sedih bercerita sambil tangannya memicit badan aku.
‘ Kau tak gi hospital....’ Aku bertanya.
‘ Pergi juga ... tapi doktor dah tak boleh bantu....’ Roslan menyambung cerita.
Aku tahu ramai orang kampung tidak sedar akan bahaya racun rumput.
‘ Setahun aku menangis.... satu hari anak sedara aku datang dari KL... dia kata di Kl boleh cari kerja... ada sekolah orang buta... boleh cari makan....aku naik bas datang dari Baling ke sini....ke Brickfeilds ini..’
Mengikut Roslan dia mendaftar sebagai OKU – orang kurang upaya. Kemudian dia diajar cara untuk mengurut dari guru yang profesional.
‘ Lama dulu... aku kerja dengan orang... simpan duit .... ada modal aku buka kedai sendiri... ni aku sewa seribu lebih sebulah.... ada empat katil....isteri aku mengurut orang perempuan bila ada yang memesan... isteri aku OKU juga... anak aku tiga orang .. masih sekolah... ‘ Roslan makin mesra dengan aku.
‘ Ni stesen mana ni.... lagu zaman aku muda... ‘ Aku bertanya kerana radio ini terus memainkan lagu-lagu lama.
‘ Kau tak tahu ke ... ini stesen radio klasik...’
‘ Aku radio tak ada...di rumah aku tv pun tak ada...’ Aku bercerita sambil ketawa,
Talipon berdering. Roslan teraba-raba mencari bunyi. Aku pun hairan macam mana dia boleh menggunakan talipon bimbit.
‘ isteri aku tanya .. jam berapa nak pulang... kau ni last kastamer.... aku ambil bas sebelum jam dua belas... kalau lewat aku tidur di kedai...’
‘ Bas ke mana...’ Aku bertanya...
‘ Aku duduk kat Taman Medan.... bas berhenti tak jauh dari rumah aku....’ Roslan meraba-raba mencari botol minyak.
‘ Minyak apa kau pakai...’
‘ Aku buat sendiri.... bubuh minyak wangi sikit.. minyak angin sikit... ini minyak urut buatan aku...nak beli minyak betul harga mahal..’ Roslan terus memicit kepala aku.
Bila sampai ke wilayah leher, tengkuk dan kepala maknanya ini wilayah akhir untuk di urut.
Radio mendendangkan lagu Hitam Manis nyanyian R. Azmi. Aku memasang telinga kerana aku peminat setia R.Azmi.
‘ Dulu masa aku budak aku ada nengok filem P. Ramlee....masa tu R. Azmi ni hebat...’ Roslan bercerita tentang satu zaman di mana dia boleh melihat.
‘ Kau kenalaaa muka P. Ramlee...’ Aku bertanya sambil aku bangun dari katil dan mengambil seluar.
‘ Lama dulu.... dia dah mati kan... tanam kat Ampang....’
‘ Betul..’ Aku menjawab pendek.
‘ Jauh ke Brickfeilds ini dari Ampang...’ Roslan bertanya.
Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Bagai mana nak menerangkan konsep jauh atau dekat pada insan yang tidak melihat.
‘ Tak jauh... dekat je... jauh ni macam kau datang dari Baling ke Brickfeilds....’ Aku cuba melawak.
Satelah memakai seluar dan membayar empat puluh lima ringgit aku turun tangga menapak ke Old Town Cafe.
Ketika berjalan aku cuba memejamkan mata. Aku cuba merasakan bagaimana Roslan pada satu ketika dulu kenal P. Ramlee, tahu warna merah, hijau dan putih kini semuanya gelap.
Aku terlanggar tembok di gigi jalan. Aku kembali membuka mata. Yang aku lihat ialah warna malam di Jalan Thambypillay. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANOW .COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/04/14/dari-baling-ke-brickfields
‘
PERSEMBAHAN TEATER
SPRM tahan pembantu menteri sumber manusia
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bagi siasatan kes rasuah berkait pengambilan pekerja asing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam maklum balas ringkas kepada The Malaysian Insight mengesahkan pembantu menteri itu ditahan bersama beberapa individu lain.
Pegawai Sivakumar itu ditahan semasa serbuan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) pagi ini.
Serbuan itu susulan dakwaan konflik kepentingan melibatkan individu yang terbabit dengan penubuhan agensi pengambilan pekerja asing bagi mendapatkan kelulusan daripada KSM.
Turut ditahan suspek yang dipercayai ejen pengambilan pekerja asing.
Difahamkan, mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari negara jiran.
Menurut sumber KSM pula, pegawai kanan itu dipercayai sudah terbabit dalam sindiket pengambilan pekerja asing itu sejak setahun lalu.
Sumber mendedahkan, suspek merupakan individu penting dalam sindiket itu kerana mempunyai jawatan penting dalam kementerian.
“Pembabitannya sebelum Sivakumar dilantik menjadi menteri dan bukan lantikan baru,” katanya. – 13 April 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
INI SEMUA TEATER
SEMUA SANDIWARA
AMIN
TANGKAP
X MB PERLIS
KAH KAH KAH
SEKARANG
TANGKAP PEMBANTU
MENTERI DAP
KAH KAH KAH
SANDIWARA UNTUK
BUKTI LAWAN
RASUAH
AMIN
NAK
BUKTIKAN AKAN
TANGKAP SAPA
SAJE TAK KIRA
PARTI MANA
KAH KAH KAH
TUJUAN BETUL
NAK BEBASKAN
NAJIB & ZAHID
AMIN
SANDIWARA INI
ALIH PANDANGAN
ORANG RAMAI
KHALAS
MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB
Anwar akan hilang jawatan PM jika tidak bantu pengampunan Najib, kata penganalisis
Penganalisis percaya “ganjaran” politik selepas pembentukan kerajaan campuran pada November lalu masih belum tamat dengan lebih banyak lantikan bakal menyusul.
Bagaimanapun, kebimbangan utama kini tertumpu kepada “ganjaran” berbentuk campur tangan kes mahkamah libat individu berkepentingan dalam kestabilan kerajaan semasa.
Profesor sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Ahmad Atory Hussain berkata tidak dinafikan pemberian ganjaran atau balasan politik sudah menjadi amalan lazim untuk balas budi kepada rakan-rakan sekutu dan pemimpin politik yang berjaya bantu menaikkan seseorang menjadi perdana menteri atau menteri.
Katanya, amalan dan pemberian jawatan-jawatan dalam kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), duta dan senator tidak mendatangkan risiko besar jika ianya diberikan kepada individu dari parti politik yang menyokong kepimpinan kerajaan.
Kritikan umum biasanya mungkin berbunyi seperti kerajaan membuang duit kerana melantik individu-individu tersebut, bertindak pilih kasih atau tidak layak memegang jawatan yang diberikan.
“Tapi pemberian-pemberian itu biasanya tidak melibatkan (kes) integriti dan kes jenayah.
“Yang boleh mendatangkan risiko ialah apabila ganjaran itu berbentuk kes mahkamah. Itu dianggap bertahap gaban (gila) atau paling tinggi sekali.
“Kesannya sangat besar hingga boleh jatuhkan pemimpin itu,” katanya kepada MalaysiaNow.
Kenyataan Atory selari dengan pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau berada dalam Lembaga Pengampunan bagi memutuskan pengampunan kepada Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara.
Anwar menegaskan kuasa memberi keampunan tertakluk kepada bidang kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Saya akan menjadi sebahagian daripada proses itu, dan mengenai perkara penganugerahan gelaran kebesaran dan pengampunan, ia adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada 8 April lalu.
Sebelum ini, Setiausaha DAP Anthony Loke menegaskan isu pengampunan diraja Najib bukan pendirian kerajaan kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Bagaimanapun, Atory pula melihat proses itu boleh menimbulkan persepsi kepada Anwar yang sebelum ini sudahpun diketahui mempunyai pakatan rahsia dengan Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya menjadi perdana menteri pada Oktober, tahun 2020.
“Sebab itu, PM8 dan PM9 sedaya upaya cuba mengelak untuk memberikan atau campur tangan dalam kes mahkamah yang melibatkan Najib dan Zahid.
“Kesannya kedua-dua PM itu ditumbangkan oleh pihak yang tidak ditolong itu iaitu Umno melalui langkah tarik sokongan 15 ahli Parlimen Umno pada pemerintahan PM8 dan melalui pembubaran Parlimen pada pemerintahan PM9.
“Sungguh tragik. Kesian mereka yang tidak ada salah apa pun,” katanya merujuk kepada kronologi pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
“Tapi kedua-dua PM itu tetap dipuji kerana pertahankan maruah dan prinsip. Biarlah hilang jawatan asalkan tidak menanggung beban kutukan rakyat.”
Mengulas lanjut, Atory menyifatkan perkembangan politik dan kes mahkamah libat ahli-ahli politik sebagai permainan dan sandiwara politik yang dahsyat pada ketika ini sedang berlaku di Malaysia.
Rakyat perhati janji Anwar
Dalam pada itu, penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Najib dan sesiapa sahaja berhak untuk mengajukan permohonan pengampunan terhadap kes-kes mahkamah dan sabitan hukuman.
Beliau menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah bidang kuasa Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Anwar tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa perkara atas kapasiti peribadi.
“Semua saranan yang diberikan adalah secara konsensus dan bersama,” katanya kepada MalaysiaNow.
Sementara itu, Atory yakin rakyat kini sedang menunggu apakah Anwar akan menunaikan janji rahsianya itu?
Tambahnya, ianya tidak menjadi masalah besar hanya dengan memberi jawatan timbalan perdana menteri dan memulangkan kembali pasport antarabangsa.
“Tapi, jika Anwar bertindak sama seperti Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri tempoh lalu iaitu enggan atau tidak mahu turut ikut campur hal kes mahkamah mereka ini maka kesannya dijangka Umno akan bertindak balas dengan menarik sokongan kepada PM10.
“Maka kesan dominonya ialah peletakan jawatan Anwar sebagai PM10 atau pembubaran Parlimen.”
Tambahnya, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat itu bermakna seluruh rakyat perlu keluar mengundi sekali lagi serentak dengan pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada Jun nanti.
“Kalau Agong pilih PM baru, maka dijangka Zahid yang sekarang ini TPM akan berpeluang diangkat jadi PM ke-11 menggantikan Anwar. Hebatkan perancangan dia?
“Tapi ikut pendapat netizen dan penganalisis politik, Anwar akan pilih pembubaran Parlimen untuk mencuba nasib dia, mana tahu Pakatan Harapan akan jadi pemerintah seperti tahun 2018 yang lalu,” katanya.
MEMIKUL KAVADI
KERANA NIAT
DAN JANJI
AMIN
ANWAR MEMIKUL
KAVADI BERNAMA
NAJIB
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)