Isnin, 25 Oktober 2021

BILA ROCK N ROLL SAMPAI KE SAUDI

 


BILA ROCK N ROLL

SAMPAI KE SAUDI

MOKTAR  SENIK

GEMBIRA DIHATI

KAH KAH KAH 

AL-FATIHAH - MATI LEPAS DIVAKSIN



 

 AL-FATIHAH 

Remaja 14 tahun mati selepas divaksin ada ketumbuhan di ovari

LAPORAN bedah siasat terhadap seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia pada 8 Oktober selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 mendapati remaja itu mempunyai ketumbuhan di ovari dan anomali struktur jantung.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkata, sampel tisu dalam badan Noor Hayati Nabila Abdullah dihantar ke pakar perubatan forensik patologi Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

“Keputusan pemeriksaan lanjut itu dijangka diperoleh antara 24 hingga 28 Oktober ini. Pelbagai ujian darah dihantar ke makmal dan masih menunggu keputusan.

“Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana keputusan uji kaji masih belum diterima. Laporan bedah siasat yang lengkap perlu bagi mendapatkan sebab kematiannya. JKNJ mengambil perhatian di atas perkara yang sudah tular,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Aman berkata, pada 3 Oktober lalu, Noor Hayati Nabila menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 Comirnaty Pfizer dan status kesihatannya ketika pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas selain boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Beliau berkata, Noor Hayati Nabila dibawa pegawai penyiasat balai polis Batu Pahat ke unit perubatan forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat pada 8 Oktober lalu atas sebab kematian mengejut selepas ditemukan meninggal dunia oleh ibunya di ruang tamu rumah.

“Hospital menerima permohonan bedah siasat daripada pihak polis daerah Batu Pahat. Temu bual lanjut oleh pegawai perubatan HSNI bersama waris mendapati dia tidak mempunyai sebarang jenis penyakit dan alahan,” katanya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di laman Facebooknya mendakwa Noor Hayati Nabila meninggal dunia selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Dalam hantaran itu, Mohd Puad yang juga Ketua Umno bahagian Batu Pahat turut meminta Kementerian Kesihatan mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera. – Bernama, 23 Oktober, 2021.


 LALU TIMBUL

PERSOALAN

AMIN

JIKA DIPAKSA

JIKA DI PERSUSAH

PERJALANAN HIDUP

KALAU TAK AMBIL

VAKSIN

BILA JADI

KEMALANGAN

SEPERTI INI

APAKAH KERAJAAN

AKAN BERTANGGUNG

JAWAB

AMIN

RAKYAT PERLU

PENJELASAN

KHALAS

GUA ATEIS - POLITIKAL ATEIS

 



GUA ATEIS

POLITIKAL ATEIS

KHALAS 


Unknown commented on

 "RAFIZI WAJIB AMBIL ALIH"

Isham dulu member Keadilan kan? Isham boleh hurai apa sebenarnya "Reformasi" yang sentiasa dijerit-jerit oleh Anwar dan member Keadilan? 


Kalau nak dilaksanakan oleh kerajaan pusat, apa sebenarnya yang disifat langkah atau polisi yang berdasar agenda "Reformasi" Keadilan? Apakah yang rakyat Malaysia akan nampak dan nikmati selepas "Reformasi" Keadilan?

NEGARA KITA KAYA




PAC dengar keterangan Zahid gagal peroleh 6 kapal peronda lebih RM9 bilion

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mendengar keterangan bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mengenai kegagalan perolehan enam kapal peronda generasi kedua jenis tempur pesisir bernilai lebih RM9 bilion.

Zahid yang menjadi menteri pertahanan antara April 2009 hingga Mei 2013 memberi keterangan hampir dua jam, kata pengerusi PAC Wong Kah Woh.

“Zahid adalah saksi keenam yang dipanggil PAC untuk isu ini yang merupakan perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dan sehingga ke hari ini, tiada sebuah kapal LCS yang diterima Tentera  Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya dalam satu kenyataan.

PAC dalam satu kenyataan sebelum ini memandang serius kegagalan kapal itu disiapkan kerana ia mendedahkan kelemahan tadbir urus, perolehan serta kewangan dan pada masa sama, memberi kesan kepada keselamatan dan pertahanan negara.

“PAC memandang serius isu ini, memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar namun tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua  kapal LCS telah siap dibina setakat ini,” kata Wong.

Pada Oktober 2020, Senator Liew Chin Tong, yang juga bekas timbalan menteri pertahanan, menggesa kerajaan menyiasat ketirisan RM1 bilion daripada pembayaran berkenaan.

Ketirisan itu didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, yang dibentuk semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada hujung Mei 2018.

Jawatankuasa itu diberi mandat menyiasat perolehan dan pembelian aset yang mencurigakan yang dipercayai melibatkan penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran wang negara.

PAC sebelum ini turut mendengar keterangan pengerusi jawatankuasa itu Ambrin Buang, yang juga bekas ketua audit negara.

Selain laporan jawatankuasa itu, isu perolehan enam kapal peronda TLDM ini turut dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019.

Empat saksi lain yang dipanggil sebelum ini ialah Ketua Setiausaha Kementah Muez Abdul Aziz, pasukan projek LCS, bekas Panglima Tentera Laut Abdul Aziz Jaafar, dan ketua pegawai operasi Boustead Naval Shipyard (BNS) Low Kok Chiang. 

BNS ialah syarikat pembina kapal yang menjadi fokus isu siasatan.

Dalam pada itu, Wong juga berkata PAC akan melawat limbungan kapal LCS milik BNS di Lumut untuk melengkapkan siasatan. – 25 Oktober, 2021.




NEGARA KITA

KAYA RAYA

AMIN

TAPI PEMIMPIN

JAHAT MENCURI

AMIN

SALAH JUGA

PADA PENGUNDI

PILIH  MEREKA

AMIN

MEREKA PAKAI

TOPENG MELAYU

AMIN

MEREKA PAKAI

TOPENG ISLAM

AMIN

PENGUNDI

MELAYU/ISLAM

TERTIPU

KHALAS

PN MINTA NYAWA DARI UMNO

 




Kenapa PN sibuk?

KUALA LUMPUR – ”Kenapa Perikatan Nasional (PN) sibuk mahu berunding masa nak pilihan raya?,” soal Mohd Puad Zakarshi.

Secara sinis, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, semasa 17 bulan memerintah, ada PN ajak Barisan Nasional (BN) berunding mengenai penggantungan Parlimen dan pengisytiharan darurat.

”Ada berunding pasal Bajet 2021?

“Minta moratorium automatik pun liat sakan,” ujar Puad lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin Ali yang mengatakan pintu rundingan untuk mengadakan kerjasama politik antara PN dengan UMNO-BN masih belum tertutup.

Pengarah Pilihan Raya PN itu menambah, UMNO perlu segera membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atau bertembung sesama sendiri pada 20 November depan. – 

 

TIBAI SAMA DIA

KAH KAH KAH

JANGAN 

BERI MUKA

AMIN

SEKARANG SESAK

NAFAS

KAH KAH KAH

MINTA RUNDING

KERUSI

KAH KAH KAH

TERUSKAN TIGA

PENJURU

AMIN

MUSUH KEPADA MUSUH

 



 MUSUH KEPADA

MUSUK KITA

IALAH KAWAN KITA

KHALAS 

Unknown commented on 

"BUKAN EMPAT"

Kalau dikepalai oleh penyangak Yankee Dodo dan baruanya Australia, India, UK tak boleh dipercayai la...! Memang perangai penyangak yang telah melintang pukangkan negara-negara yang dia masuk campur seperti Iraq, Syria, Afganistan, Vietnam, Libya, Somalia, Yemen, Palestine, Bosnia, Ukraine, Cuba, Venezuela, Chile, Colombia dll. Sekarang merancang nak kacau Iran.

DENGAR APA ATUK CAKAP

 




Najib ‘penjenayah VIP’, Dr M persoal kes ditangguh, pasport dikembalikan kepada pemimpin Umno

 

DALAM BUDAYA

TIMUR

LAGI BERUMUR

LAGI BIJAKSANA

LAGI MASIN

LIDAHNYA

AMIN


EDISI SIASAT

 





MDEMBONGKAR

KEJAHANTAN

MANUSIA

Sebagai mahasiswa yang mempunyai akal dan fikiran dan waras, kita harus dididik untuk menilai dan mengkaji sesuatu perkara berlandaskan akal fikiran dan ilmu yang waras. Seharusnya mahasiswa tidak hanya menjadi boneka atau bahan mainan yang boleh dipermainkan dengan sewenang-wenangnya dengan hanya sogokan wang yang tidak seberapa nilainya ataupun habuan jawatan yang tiada tempatnya di sisi masyarakat. Nantikan kemunculan isu-isu menarik yang akan dibongkar yang akan membuka mata semua pihak supaya berfikir dengan lebih waras dan bijak....

PARTI EEE

 




 PARTI EEE

KHALAS 

panglimo potaseh commented on

 "PARTI INDIA LEBIH BANYAK

 DARI 

PENDUDUK INDIA"

Ramai nye koling dalam parti melayu UMnO ..nak tanya ular boleh tak sertai UMnO ..

KITA ADA TUKANG BOCOR

 




Siasat dakwaan akaun Twitter @edisi_siasatmy, kata Musa Hassan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kenyataan dimuat naik oleh pengguna akaun Twitter dikenali sebagai ‘@edisi_siasatmy’ yang mendakwa segelintir pegawai kanan PDRM yang dipercayai terlibat dengan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Bekas ketua polis negara Musa Hassan yang membuat gesaan itu berkata sebelum mengambil tindakan lanjut, PDRM terlebih dahulu perlu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya.

Beliau berkata pegawai dikaitkan dengan dakwaan berkenaan boleh mengambil tindakan saman sivil sekiranya maklumat itu terbukti palsu.

“Daripada sudut perundangan, mereka boleh mengambil tindakan saman jika maklumat itu palsu namun kalau benar semua bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada jenayah itu benar berlaku atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Alam Damai di Kuala Lumpur, hari ini.

Musa yang juga presiden MCCC berkata mereka yang dikaitkan perlu diambil tindakan bagi mengelak imej PDRM tercalar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pendedahan mengenai perkara itu yang tular di media sosial.

“Dalam hal ini, kesemua sumber maklumat itu perlu disiasat benar atau palsu. Selain itu, pengguna Twitter itu juga ada memberi kenyataan kes yang sama turut melibatkan pengurusan tertinggi sebuah badan pencegah rasuah,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, di samping turut mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah serta terlibat dengan rasuah. – Bernama, 25 Oktober, 2021.



TERIMA KASIH

TUKANG BOCOR

AMIN

NEGARA PERLU

RAMAI LAGI

TUKANG BOCOR

AMIN

RAKYAT SOKONG

TUKANG BOCOR

KHALAS

RAKYAT DAH BOSAN

 


 POTONG KULUP

CINCANG BINCAT

AMIN 

Unknown commented on 

"PANDORA TERBUKA"

Kalu pun disiasat pastu didapati bersalah oleh mahkamah krn lari dari cukai bila cucu dia nak bersunat kat Paris dia akan dibenarkan melawat cucu dia potong kulup. Rakyat dah bosan.

SAUDI ROCK

 


KONSERT

DI RIYADH

SAUDI ROCK 

KHALAS

RAFIZI WAJIB AMBIL ALIH

 




RAFIZI 

WAJIB AMBIL ALIH

KHALAS 

bangpin commented on

 "RAFIZI GANTI ANWAR"

Sokong Rafuzi, timbalan pengerusi PKR, dia banyak idea membangun Malaysia..genuine genius...

bangpin commented on 

"RAFIZI GANTI ANWAR"

Pilihan terbaik, fizi ada banyak masa mengreformasikan Malaysia menyokong DSAI dgn pejuang2 tulin yg lain dan ribuan anak muda .Takbir...Allahuakbar.

NAMA SAPA ASA SELAIN DARI DAIM ?

 


NAMA SAPA ADA?

AMIN

SELAIN DARI DAIM

KHALAS

BERITA UNTUK TAKUTKAN ORANG RAMAI

 


Peniaga sup kuetiau terima kompaun RM10,000

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menjamu selera di sebuah restoran sup kuetiau di Johor Bahru tanpa menerima vaksinasi yang lengkap didenda RM2,000.

China Press melaporkan, pemilik kedai pada masa yang sama juga menerima kesannya dan menerima kompaun RM10,000.

Pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah melakukan pemeriksaan di pusat bandar Johor Baru pada sekitar pukul 1 petang, Jumaat lalu.

Dalam pemeriksaan itu, lelaki tersebut hanya menerima satu dos vaksin, yakni tidak lengkap, selain tidak melakukan pengimbasan MySejahtera  semasa berasa di kedai makan.

Pemeriksaan juga mendapati pengusaha kedai melakukan beberapa kesilapan prosedur operasi standard (SOP) termasuk tidak menandakan pintu keluar dan masuk serta tidak meletakkan notis hanya membenarkan orang yang lengkap menerima vaksin untuk menjamu selera dalam premis.

Walaupun pengusaha tampil dengan alasan, tetapi polis berpendapat dia tidak mungkin tidak sedar tentang SOP kerana peraturan itu telah dilaksanakan hampir dua tahun.

“Pengusaha sup kuetiau akhirnya menerima kompaun RM10,000 manakala lelaki yang menjamu selera didenda RM2,000,” kata pegawai penyiasat kes itu.

Pegawai itu bagaimanapun berkata, kedua-dua individu boleh merayu untuk mengurangkan kadar kompaun dengan pihak berkenaan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka melakukan kesalahan berkenaan.

Difahamkan, selain ‘melawat’ kedai-kedai komersial, pihak polis juga melakukan pemeriksaan di tempat rekreasi hutan dan juga destinasi tumpuan pelancong. – 


INI HANYA BERITA

CONTOH

AMIN

TUJUAN NAK

TAKUTKAN ORANG

RAMAI

AMIN

INGAT TAK 

LARANGAN

BERCAKAP DENGAN

TALIPON KETIKA

MEMANDU

AMIN

4 ATAU 5 ORANG

KENA TANGKAP

LEPAS ITU TAKADA

APA TERJADI

KHALAS

INGAT TAK 

KES KERETA

ADA CERMIN ITAM

KAH KAH KAH

TANGKAP 4 & 5 ORANG

MASUK BERITA

GILA GILA

KAH KAH KAH

LEPAS TU

SATU HABUK

 TARAAAAK

KAH KAH KAH

SAPA KENA

TANGKAP UNTUK

DIJADIKAN CONTOH

KERANA NASIB

 KUREENG BAIK

KAH KAH KAH

PANDORA TERBUKA

 



Kerajaan arahkan siasatan Pandora Papers


JENG JENG JENG

APA YANG AKAN

DI TEMUI

KAH KAH KAH

WARGA BRITAIN PALING KERAP PERGI KE MECCA

 




WARGA BRITAIN

PALING RAJIN

KE MECCA

AMIN


Grand Metropolitan, owners of Mecca Bookmakers, acquire William Hill and merge the two companies under the William Hill name. 1989. brentwalker.png.





23 Oct 2011 — Appropriately, Mecca Bookmakers were the source of my pilgrimage, having found premises in a shop close, but not adjacent, to our house, flanked ...

Play bingo online with Mecca Bingo. Sign up, spend £10 and get up to £120 to play online! Enjoy big
 jackpots, exclusive games, and free spins. (T&Cs apply).