Isnin, 18 Januari 2021

HUBAYA HUBAYA - MARI KITA DENGAR APA ATOK INI CAKAP






 HUBAYA HUBAYA


MAEI KITA DENGAR

APA ATOK INI CAKAP

RAMBUTAN ATAU TAMPOI

 



RAMBUTAN

ATAU TAMPOI

Unknown commented on

 "ANWAR JADI PM"

pesalah liwat nak dilantik sebagai PM? bior bebeno Yop. Biorlah Abam sekor tergila-gial nak jadi PM. Sekarang ni penyakit Abam dah semakain kronik, bila kita masuk campur nanti kita pun sama macam dia. Nampaknya Sg Buluh dah tak sesuai dengan Abam, yang sesuai dan amat serasi dengan Abam sekarang di Tg Rambutan atau Tampoi

CABAR JANGAN TAK CABAR

 


 CABAR JANGAN

TAK CABAR

KAH KAH KAH

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

KAH KAH KAH

LU INGAT SENANG

NAK JADI PM

KAH KAH KAH



Pembangkang akan cabar darurat di mahkamah, kata Anwar

PEMBANGKANG merancang untuk mencabar pengisytiharan darurat oleh Putrajaya di mahkamah, kata Anwar Ibrahim.

Pemimpin pembangkang itu berkata bahawa beliau sebelum ini telah mengumumkan tentang usaha pembangkang bagi merayu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulis Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salahguna kuasa. 

“Pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin.” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Minggu lalu, kerajaan Perikatan Nasional, yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, mengumumkan keadaan darurat kurang dari 24 jam setelah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Sehari kemudian, Muhyiddin berkata bahawa keadaan darurat bukanlah rampasan kuasa, walaupun Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya akan ditangguhkan.

Muhyiddin berkata langkah itu akan memberi pentadbirannya lebih banyak kuasa bagi mengendalikan pandemik Covid-19. – 17 Januari, 2021.

 KES BUKA

BULAN DUA

KAH KAH KAH

KES BICARA

BULAN TIGA

KAH KAH KAH

KES SAMBUNG

BULAN EMPAT

KAH KAH KAH

KES TANGGUH

BUKAN ENAM

KAH KAH KAH

KES  SAMBUNG

BULAN TUJUH

KAH KAH KAH

DARURAT TAMAT

BULAN LAPAN

KAH KAH KAH

KES BERJALAN

BULAN SEPULUH

KAH KAH  KAH



ANWAR TAKDA KERJA CARI MASALAH

 



 ANWAR TADA KERJA

CARI MASALAH

KAH KAH KAH

ZURAIDAH AKAN

BOCOR  KESAH

MAT GOYANG

KAH KAH KAH

YUSOF RAWTHER

JUGA AKAN

MUNCUL

JENG JENG JENG



Zuraida akan dedah bukti ‘rahsia’ terhadap Anwar

Bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mendedahkan bukti dakwaan salah laku seks membabitkan presidennya, Anwar Ibrahim, ketika perbicaraan tuntutan saman terhadapnya kerana melanggar perjanjian parti.

Dalam pembelaannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zuraida yang merupakan antara pemimpin PKR keluar daripada parti selepas berlaku krisis politik pada Februari lalu, mengatakan akan turut mengemukakan bukti elektronik di mahkamah yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

“Defendan menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan mengenai salah laku seksual Anwar yang bertalu-talu dan juga status pengampunan penuh Anwar bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan di dalam PKR (semasa defendan masih lagi seorang ahli) tetapi yang sama juga menyebabkan ramai ahli termasuk Defendan untuk hilang kepercayaan di dalam Anwar dan juga hala tuju sebenar PKR,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengatakan dua lelaki itu – Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam, akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Kedua-duanya sebelum ini telah membuat laporan polis secara berasingan menuduh Anwar melakukan serangan seksual.

Zuraida berkata, Yusoff terpaksa meluangkan masa selama empat jam di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk melakukan ujian poligraf berhubung dakwaannya, tetapi Anwar menolak untuk melakukan perkara sama.

Katanya, Anwar juga enggan mengemukakan saman terhadap Yusoff di atas dakwaan itu.

Zuraida berkata, Aidil Azim juga membuat laporan polis terhadap Anwar, mengenai butiran mengejutkan berhubung salah laku seks dalam bentuk affidavit bersumpah yang disebarkan dalam media sosial.

Sementara itu, Zuraida dalam pernyataan pembelaannya juga mempersoalkan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar pada 2018, membolehkan beliau dibebaskan dari penjara, di mana presiden PKR itu menjalani hukuman selama lima tahun atas kesalahan meliwat.

Katanya pengampunan itu mempunyai kecacatan kerana Lembaga Pengampunan tidak memenuhi korum sebelum mengemukakan syor kepada Agong

Dalam kenyataan setebal 21 muka surat itu, Zuraida mengatakan keluar daripada PKR kerana merasakan Anwar tidak layak memimpin parti ataupun negara.

Anwar dinamakan oleh gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, tetapi peralihan kuasa itu tidak pernah berlaku.

Pada Februari, kerajaan PH tumbang berikutan pengunduran Mahathir, dengan Zuraida bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR keluar parti.

Zuraida yang sudah tiga penggal menjadi ahli Parlimen menyertai PKR ketika ia ditubuhkaan pada 1999 mengatakan parti itu jauh tersasar daripada nilai dan objektif asal.

Tambahnya “wajah sebenar PKR” hanya disedari selepas Anwar mengambil alih jawatan presiden pada tahun 2018.

Antara lain, Zuraida turut menuduh Anwar mengamalkan nepotisme dalam pemilihan pengerusi PKR negeri mengenepikan pemimpin bahagian.

“Dengan amalan nepotisme secara jelas dan nyata, Anwar melantik anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar sebagai ketua PKR negeri Pulau Pinang. Tidak lama kemudian, Nurul Izzah dengan sendiri meletakkan jawatannya sebagai ketua PKR negeri Pulau Pinang.

“Pelantikan bagi pemegang jawatan bagi jawatan-jawatan penting dibuat dan/atau dilantik tanpa berunding dengan timbalan presiden yang baru dipilih iaitu Azmin Ali atau pemegang jawatan baru yang terpilih,” kata Zuraida.

PKR bertindak menyaman Zuraida, yang juga merupakan ahli Parlimen Ampang kerana meninggalkan parti itu, mengatakan beliau terikat dengan bon bernilai RM10 juta yang ditandatangani ketika bersama parti itu.

Zuraida, yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang menyertai Bersatu selepas itu, bagaimanapun berkata ikatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan, dan menambah tuntutan parti pampasan bernilai RM10 juta daripada ahli Parlimen yang belot berkemungkinan boleh menyebabkan penyalahgunaan proses demokrasi terutama melibatkan ahli politik yang kaya.

“Jelas, prosiding di sini difailkan dengan objektif untuk menjatuhkan reputasi defendan di depan mata rakyat Malaysia dan juga untuk mendapatkan dana untuk membiayai PKR,” tambahnya.

 PECAH BOCOR

KAH KAH KAH

TAHUN MELIWAT

MALAYSIA MULA

KEMBALI

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

TAK KERJA

KETUK KEPALA

KAH KAH KAH



SEKARANG LAGI TEROK - BATUAN LAGI KURANG

 



 SEKARANG LAGI

TEROK

BANTUAN LAGI

KURANG

panglimo potaseh commented on

 "LEBIH TERUK JIKA GAGAL"

Masa PKP O1 ..yang kono 50-200 ekor jo sari ..tapi kito nengok kek TV, gomen hulu-hala nolong dongan ngopong kawasan guno pagar dawai boduri, siang malam manchot somboran, fronliner nangih, ari2 anta boka makanan. 


Tapi 3X ..maso PKP O2 ni ..ontok jo walau pun yang kono 3000 hinggo cocah 5000 ekor sari ..magik ..ado guno pomagar usTaT@Bomoh ko ..

SERANGAN KOBID SEMAKIN BIJAK

 



 SERANGAN KOBID

SEMKAIN BIJAK

Unknown commented on 

"LEBIH TERUK JIKA GAGAL"

Awas! Kobid sekarang semakin bijak. - Kobid hanya akan menyerang pada pukul 8 malam hingga 6 pagi (shift malam sekarang). - Kobid hanya akan menyerang dalam kenderaan persendirian yang dinaiki lebih dari 2 orang. Dalam MRT/LRT/KTM tak apa. 


Kobid takde duit nak beli teket. - Kobid akan mengganas di masjid-masjid, surau-surau kalau jemaah lebih dari 5 orang. Tapi dalam supermarket kobid tak masuk.... Dia tak tahan bau ikan kot. - Kobid hanya akan menyerang ahli parlimen sahaja. Pelajar sekolah, Pekerja kilang, pejabat, stesen minyak, dan lain-lain takpe sebab tak akan kena kobid.

PICIT TELO MALIKUL

 


 PICIT TELO MALIKUL

panglimo potaseh commented on 

"GEROMBOLAN 

MULA CAKAP HAL DEMOKRASI"

Masalah nye sedang Tok Malikol berparang dengan Kovid ..Sang Pukimak semacam Istri Rosmah, Zahid Totok, Nazree Teksi, Kutti Kerala ..Abam PM dlm masa yang sama memicit telor Tok Malikul ..jadi 3X ..dgn DHARURAT, main picit-picit telor ni dapek di hontikan ..Malikul dapek borparang dgn somahunyo ..nah nah nah ..

PANDANGAN BIJAK

 



 SETUJU 

PANDANGAN BIJAK

hamim commented on 

"KITA WAJIB BERHATI HATI"

TT , apa kata kita cadangkan semua menteri dan politikus satu Malaysia disuntik dulu dengan vaksin untuk mencegah covid19, kemudan baru rskyat jelata kerana menteri dan politikus adalah orang penting sama ada mereka membawa kebaikan atau kerosakan

SALVADOR HILANG

 


 SALVADOR HILANG

Amier The Hero commented on

 "MANA HILANG"

Dia tgh servis jebong bos la, apalagi. Ni sume muka² lahanat yg bwk masalah pada rakyat. Sume muka² tak sedar diri menambahkan susah rakyat. Sume kaum jilake je depa ni

PERTAMA DI DUNIA



 PERTAMA DI DUNIA

Unknown commented on 

"ANWAR JADI PM"

Anwar TIDAK akan menang PRU tanpa bantuan Mahathir. Dah dua kali dia cuba tapi GAGAL. Kali kedua, Anwar menang Semenanjung, tapi langsung lupa tentang Sabah dan Sarawak; menunjukkan "kecerdikan" Anwar. 


Orang Sabah & Sarawak menang tak suka Anwar. Sebab tu, Anwar tidak akan menang PRU dan akan menjadi "Perdana Menteri Menunggu" yang terlama didunia.

TAK SABAR NAK DENGAR

 


 APA RAHSIA ITU

CEPAT CEPAT CEPAT

KAH KAH KAH



Zuraida akan dedah 


bukti ‘rahsia’


 terhadap Anwar

 

ANWAR AKAN

DIBOGELKAN

KAH KAH KAH

KALI INI

OLEH ORANG DALAM

KAH KAH KAH

TAK SEMPAT KUT

 


 TAK SEMPAT KUT

Unknown commented on 

"TRUMP KENA PECAT

 LAGI SEKALI"

Sebelum kena pecat aku rasa Terum akan beri pengampunan kpd sumer Capitol rioters termasuk ahli2 QAnon, KKK, Proud Boys dan Alt- Right. Terum ialah seorang lengit bengkak. Sape lah kat Mesia nie yg sangat menyanjungi Terum?

KITA WAJIB BERHATI HATI

 


 WAJIB BERHATI HATI

GEROMBOLAN MULA CAKAP HAL DEMOKRASI

 



 INI DAH BERAT

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

DAH MULA CAKAP

HAL DEMOKRASI

KAH KAH KAH

BERAT AMAT BERAT

KHALAS



Umno gesa isytihar 'Darurat Kesihatan', bukan gantung Perlembagaan

ORDINAN Darurat melumpuhkan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan membantu pemulihan Malaysia dari wabak Covid-19, kata Mohamad Hasan.

“Hanya dengan memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan PKP dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia daripada wabak ini.

“Alangkah baik jika kerajaan dapat mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut,“kata timbalan presiden Umno itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Umno sebagai sebuah parti menyokong usaha kerajaan untuk mengawal wabak Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, Umno juga tegas dalam mengembalikan demokrasi dan fungsi demokrasi Perlembagaan kita.

“Situasi pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara pula diisytiharkan dalam darurat, perlembagaan digantung dan Parlimen tidak berfungsi.

“Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam.

“Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini. Dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya.

Mohamad adalah antara pemimpin Umno terbaru yang mempersoalkan keperluan Perintah Darurat diperkenalkan.

Minggu lalu, kerajaan minoriti Perikatan Nasional, yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, mengisytiharkan Darurat kurang dari 24 jam selepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi 2021.

Sehari selepas Darurat diumumkan, Muhyiddin berkata Darurat tersebut bukan rampasan kuasa walaupun Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya akan ditangguhkan.

Ahli politik berusia 72 tahun itu berkata bahawa Darurat akan memberikan kuasa pentadbiran lebih besar bagi mengendalikan pandemik Covid-19.

Pada Sabtu, Malaysia melaporkan kes Covid-19 tertinggi dengan angka 4,029 kes. Menurut kerajaan, negara kini memiliki 37,126 kes Covid-19 aktif dengan jumlah keseluruhan sebanyak 155,094 jangkitan sejak wabak itu bermula pada 2020. – 17 Januari, 2021.

 BILA NAJIB

CAKAP HAL

RAKYAT

KAH KAH KAH

BILA GEROMBOLAN

MAHU DEMOKRASI

KAH KAH KAH

MAKNANYA

MALAYSIA MAKIN

TERUK

KHALAS



MANA HILANG

 





MAT SALVADOR

MANA ILANG

ELO ELO

GI MANA CELAH

LAMA TAK DENGAR

LAMA TAK NAMPAK

KAH KAH KAH

KHALAS


LEBIH TERUK JIKA GAGAL

 


AWAS

Malaysia akan lebih teruk jika PKP gagal, kata Dr Noor Hisham

KEADAAN akan lebih buruk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) gagal menundukkan penularan Covid-19 di negara ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sekiranya kita tidak ikut PKP dengan baik, perkara lebih buruk akan berlaku. Peringatan harian buat semua, “sila tinggal di rumah”. 

“Duduk di rumah dan kekal selamat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan melalui Twitter hari ini.

Kenyataannya itu dimuat naik hanya beberapa jam selepas Malaysia melaporkan kes Covid-19 yang paling tinggi sejak bermulanya pandemik ini.

Hari ini, Malaysia memecahkan semua rekod harian dengan melaporkan 4,029 jangkitan baharu.

Ini adalah kali pertama negara melaporkan lebih 4,000 kes baharu dalam sehari.

Noor Hisham dalam satu kenyataan awal hari ini berkata, kes-kes baharu telah menjadikan jumlah kes meningkat kepada 155,095 sementara kes aktif meningkat kepada 37,126.

Tambahnya, kes import mancatatkan lapan kes.

Berhubung pesakit yang telah pulih, Noor Hisham berkata, 2,148 orang telah didiscaj dari hospital dalam 24 jam sebelum.

Dengan ini, katanya, jumlah kes pulih kini berjumlah 117,375.

Terdapat lapan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian 594 orang. – 16 Januari, 2021.


KITA

JAGA

KITA

TAK TAHU TINGGALKAN KUASA

 



TAK MAHU

TINGGALKAN KUASA

Amier The Hero commented on 

"KLUSTER MAHKAMAH"

Laaa.. baru tau ke depa tu sume bodoh, bukan cerdik sgt pun. Sume muka tak tau malu, takmo turun² dari pangkat doniawi yg ada. Wak jahit bleh buat muka toye je, tak kisah la salah atau tak. Tapi kalau dah ada kes mahkamah, patutnya bwk berehat.. serah pada tokmat the hero. Ajib.. hari² berzikir kat fesbuk, dio la yg handal segalo bidang. Abam phd.. ini kulit muka dah tahap tayar jentolak.

 
Selambo dio ajo membangangkan rakyat, pehtu mintak maap konon tak sodar maso membangangkan org. Konan the leher takdo.. ayam free lagi, berapo bonar la setakat ayam tu dari hasil yg dio dapek selamo ni.. colah taek gigi eh ajo. Rakyat potrajaya pun berpusu la ngambik ayam free konan. Nazri.. hhmmm nengok muko eh pun aku meluat dah. Sampaikan nak nengok drama menantu eh berlakon pun den maleh dah. Azeez itam.. sumo kaki takleh cayo. Adik eh kek kemuning na kemain handal byk keto eh. Tu aku kobaan.. ahlil yumnongok lagi byk sampah dari besi buruk. 


Next pru wajib buang sampah² busuk ni sume. Bangang tu kasi simpan sket utk maso dopan, jgn bazir kek sampah² yumnongok. Last sekali nuar jebong.. napo la Allah taala bagi dio hidup kek muko bumi ni agak eh. Dio ni muko bagi manusio jadi pocah bolah. Den tengok muko eh dah makin itam, hilang nur suci eh dah. Takdo dah manih eh..

ANWAR JADI PM

 


ANWAR JADI PM

Unknown commented on

 "PANDANGAN BIJAK"

Anwar nak buktikan dia mampu menang PRU tanpa bantuan Mahathir, masa tak cukup sebelum Mahathir mati, Anwar mesti jadi PM kunyit hidup pertama.

APA MAKNA INI ?

 


NI APA NI?

AMIN

APA MAKNA INI ?

AMIN

Umno gesa isytihar 'Darurat Kesihatan', bukan gantung Perlembagaan


GANTUNG ?

NAK GANTUNG

MACAM MANA?

KAH KAH KAH

PERLU PEMIMPIN BARU

 


PERLU 

PEMIMPIN BARU

ToraTora commented on 

"ZAHID PUN KENA TIPU KE ?"

Sila undur pemimpin yang bermasalah... bagi chance pemimpin baru pulak buat masalah..

ZAHID DIPAKSA SETUJU

 



ZAHID 

DIPAKSA SETUJU

Unknown commented on 

"ZAHID PUN KENA TIPU KE ?"

"...Jahid perlu bersetuju..." itu kata kata DEMAND bukan REQUEST...so kalau tak paham lagi bahasa jawa nak buat cam mana....kalai berbahasa english nanti di bedal nya asal bole seperti dia berucap di UNGA....kang nanti dia kata unga nih burung united nation yang singgah assembly di NY....kwang kwang kwang...

BERKHALWAT HARI KE 307

 




KHALWAT KE 307

SENIN 18/1/2021

KITA MASUK KE HARI 307
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 6

GAWAT KOBID 
MAKIN MENGILA GILA

GAWAT POLITIKUS
MENGILA GILA

DARURAT NAK DIBAWA
KE MAHKAMAH

GAWAT EKONOMI
MENGILA GILA
RAMAI TAK BEKERJA
RAMAI TAK BERMODAL
RAMAI TAK ADA DUIT

RAMAI SUSAH PAYAH
RESAH GELISAH
APA AKAN TERJADI ?

VEKSIN MASIH
DALAM PERCUBAAN
SANA SINI ADA BERITA
VEKSIN

PAGI INI BILA
GUA NAK MASUK HOKKIEN
PINTU BELAKANG
TERHALANG OLEH
DAHAN KAYU
KAYU INI  SEKAH
HUJAN LEBAT 
PETANG KELMARIN

GUA DISAMBUT OLEH CENGKERIK
YANG AMAT GUMBIRA SATELAH
LIMA HARI TAKDA HUJAN

TERKUKUR BERBALAS BALAS
DARI JAUH JANTAN BERKOKOK
SATU KUMPULAN
PIPIT TERBANG

ADUH INDAHNYA
PAGI INI DI HOKKEIN
UDARA BERSIH NYAMAN
SALEPAS HUJAN

KUALA LUMPUR KELAM
AKIBAT HUJAN KELMARIN

BRO
MARAH INI MACAM MATA KAIL
JANGAN KITA
TERSANGKUT PADANYA

UKUR KEJAYAAN KITA
DARI  APA YANG KITA TINGGALKAN
UNTUK DAPAT
KEJAYAAN ITU

BRO
BERI ORANG YANG KITA SAYANGI
KEPAK UNTUK DIA  TERBANG
AKAR UNTUK DIA  PULANG
DAN
SEBAB UNTUK  DIA TERUS BERSAMA

KEPERITAN HIDUP INI
DILAHIRKAN OLEH 
KEBEBALAN OLEH
SOSOK MENYAKITKAN  ORANG LAIN
KERANA PENTING DIRI
DALAM USAHA  NAK
MENCARI KEBAHAGIAN DIRI

BRO
KITA AKAN JADI WIRA
JIKA KITA KALAHKAN KEMARAHAN
DAN SIKAP KEBENCIAN KITA

KITA TIDAK AKAN TEMUI 
KEAMANAN  LUARAN
JIKA  DALAMAN JIWA
KITA MASIH KACAU

BRO
PAGI INI MULAI 
DENGAN SENYUM

MALAM INI
PANDANG KE LUAR TINGKAP
LIHAT LANGIT
YAKINLAH
KITA TIDAK KE SAORANGAN
DALAM ALAM INI

BRO
JANGAN BACA KESAH  KEJAYAAN
BACA KESAH KEGAGALAN
UNTUK MEMDAPAT PENCERAHAN
MENCARI KEJAYAAN

BRO 
KITA PERLU KESUSAHAN
UNTUK TAHU NIKMAT
KEJAYAAN

LAKU KAN HARI INI
LAKU KAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT