SATU AMARAN
UNTUK
BANI MELAYU
SEDARLAH
LIHAT APA
TERJADI PADA
SRI LANGKA
NEGARA
TERGADAI
21 cedera bantah zon industri khas untuk pelabur China
Protes itu berlaku di sebalik penglibatan kuasa ekonomi China yang semakin menyerlah di Sri Lanka
HAMBANTOTA (Sri Lanka): Seramai 21 orang cedera manakala lebih 50 ditahan semalam selepas polis Sri Lanka cuba meleraikan penunjuk perasaan yang membaling batu dalam bantahan mereka terhadap pembinaan sebuah zon pelaburan untuk China.
Penunjuk perasaan marah dengan langkah pentadbiran Presiden Maithripala Sirisena yang cuba mengusir beribu-ribu keluarga bagi pembinaan zon industri seluas 6,070 hektar itu.
Zon itu bakal didirikan di daerah selatan Hambantota, di mana China sudah membina sebuah pelabuhan dan lapangan terbang bernilai AS$1.5 bilion (RM6.7 bilion), sebahagian daripada usaha pemulihan ekonomi Presiden Sirisena yang menelan belanja AS$50 bilion.
Kerajaan menafikan dakwaan penunjuk perasaan, sebaliknya berkata protes itu didalangi cita-cita politik bekas presiden, Mahinda Rajapaksa, yang secara terbuka membantah pembinaan zon itu kerana akan menghapuskan tanah pertanian.
-------------