Rabu, 22 Mei 2024
TALIBARUT MELAYU
Penipuan tanah rizab Melayu, mohon segera dilucut hak
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Tanah Rizab Melayu (TRM) seluas 649.2 hektar yang dipertikaikan di Sitiawan, Manjung, Perak.
MHO mencadangkan supaya ia dilucutkan hak dan dilupuskan kepada kerajaan Persekutuan.
Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, sudah termaktub bawah perundangan negara kerana pindah milik lot rizab Melayu itu kepada individu bukan Melayu tersebut berlaku akibat daripada aktiviti penipuan haram.
“Pihak kami telah dimaklumkan oleh pengadu-pengadu yang terlibat dengan isu tanah rizab Melayu ini, mereka menyatakan bahawa tanah yang dipertikaikan tersebut adalah masih dipegang dan dimiliki oleh individu bukan Melayu.
“Kita juga telah dimaklumkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak hanya memasukkan kaveat pendaftar ke atas tanah tersebut tanpa ada sebarang tindakan yang lanjut dari mereka berkenaan perkara ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Hishamuddin, keputusan hanya memasukkan kaveat pendaftar kerana hasil daripada tanah itu masih diguna pakai oleh bukan Melayu yang memegang TRM secara salah kita pertikaikan.
Sepatutnya perlu ada tindakan untuk melupuskan, melucutkan hak tanah 649.2 hektar ini dan dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan.
“Untuk makluman ini adalah salah satu undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya.
Bulan lalu, bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ipoh atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot TRM kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan pada 12 tahun lalu.
Hishamuddin berkata, selain menyerahkan cadangan itu kepada SPRM, pihaknya juga mempunyai bukti baharu bahawa pemindahan TRM itu bukan hanya membabitkan 649.2 hektar tanah di Sitiawan sahaja sebaliknya ada bukti baharu ribuan lagi hektar tanah yang belum dikenal pasti SPRM di Perak.
“Kita serah kepada SPRM supaya siasatan bukan hanya kepada 649.2 hektar sebaliknyaada ribuan hektar tanah yang masih dipegang bukan Melayu dipindah milik secara tidak sah di sisi undang-undang,” ujarnya. – MalaysiaGazette
TANAH RIZAB
MELAYU KENA
REMBAT TOWKAY
CHINA BUKAN BARU
AMIN
INI KERANA ADA
MELAYU JADI
TALIBARUT
AMIN
INI KES MELAYU
JUAL MELAYU
YANG KAYA CHINA
KHALAS
BIAR PUTIH TULANG JANAGN HILANG NEGARA
Tentera semakin mengganas, mula serang Jabalia
GAZA – Tentera Israel terus menceroboh lebih jauh di utara Gaza iaitu Jabalia dengan menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal semalam.
Serangan udara itu menyebakan ramai mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah bangunan yang musnah selain tentera Israel menggunakan jentolak untuk meranapkan kedai dan harta benda berhampiran pasar tempatan dalam operasi ketenteraan yang bermula hampir dua minggu lalu.
Pada masa sama, serangan udara Israel pula membunuh sekurang-kurangnya lima orang di Rafah, selatan Gaza.
Serangan serentak Israel di pinggir utara dan selatan Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka.
Serangan Israel juga mengehadkan aliran bantuan secara mendadak sekaligus meningkatkan risiko kebuluran.
Ketika ini, Israel kembali menyerang semula kem itu selepas beberapa bulan lalu, atas dakwaan untuk menghalang kumpulan Hamas yang mengawal Gaza berkumpul semula.
Sepanjang beberapa hari lalu juga, tentera Israel mendakwa, mereka sudah membongkar 70 sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza termasuk di kubu pejuang, tapak penyimpanan senjata, pelancar peluru berpandu dan pos pemerhatian.
Sehingga kini, lebih 35,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza, yang kini memasuki bulan kelapan.
Sekurang-kurangnya 10,000 yang lain hilang dan dipercayai terperangkap di bawah bangunan yang musnah.
Peperangan telah memusnahkan kawasan pinggir pantai yang penuh sesak, memusnahkan rumah, sekolah dan hospital serta mewujudkan krisis kemanusiaan yang teruk. – Agensi
PERANG TERUS
BIAR PUTIH TULANG
JANGAN
HILANG NEGARA
AMIN
BULAN DEPAN DISEL NAIK HARGA
CIMB jangka lancar rasionalisasi subsidi diesel pertengahan Jun, kata laporan
CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pelancaran rasionalisasi subsidi bahan api paling awal akan bermula pada pertengahan Jun 2024.
Unjuran ini sejajar dengan rancangan kerajaan baru-baru ini bahawa rasionalisasi akan bermula dengan diesel, katanya seperti yang dilaporkan Bernama.
“Tarikh pelaksanaan tidak dinyatakan, walaupun kami difahamkan pendaftaran untuk sistem kad diesel armada akan dibuat pada bulan depan, meletakkan Jun sebagai tarikh mula paling awal.
“Memandangkan proses permohonan untuk kad armada, kami menjangkakan pelancaran akan dilakukan pada pertengahan Jun paling awal,” katanya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapan malam tadi mengumumkan keputusan Kabinet untuk memulakan rasionalisasi subsidi bahan api bermula dengan diesel.
Bagaimanapun garis masa tertentu belum didedahkan sementara menunggu pengumuman daripada kementerian berkaitan.
Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali pada Februari berkata pelaksanaan subsidi diesel bersasar dijangka dilakukan menjelang Jun 2024.
Jangkaan penjimatan daripada subsidi diesel dianggarkan RM4 bilion bersamaan 0.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun.
CIMB Investment Bank menggariskan dua peringkat aplikasi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 2.0.
Ini termasuk permohonan kepada KPDN untuk mendapatkan kebenaran dengan kelulusan mengambil masa sehingga dua hari dan permohonan kepada syarikat minyak untuk pengeluaran kad armada dianggarkan memerlukan sehingga empat minggu.
Proses permohonan SKDS 2.0 untuk syarikat yang mengendalikan sembilan jenis kenderaan pengangkutan barang bermula pada 7 Mac dan berkembang kepada 14 jenis kenderaan komersial tambahan setakat 13 Mei.
“Pada peringkat ini, masih tidak jelas sama ada individu yang layak memiliki kenderaan berkuasa diesel perlu memohon bantuan tunai, atau jika kerajaan akan menggunakan maklumat daripada pangkalan data PADU,” tambah nota itu.
Pangkalan Data Utiliti Nasional atau PADU berfungsi sebagai repositori berkomputer untuk menyimpan dan mengurus maklumat mengenai utiliti dan butiran berkaitan. – 22 Mei, 2024.
MINYAK DISEL
NAIK HARGA
AMIN
MINYAK DISEL
UNTUK LORI
BAS DAN VAN
AMIN
BILA NAIK
MAKA HARGA
BARNAG AKAN
NAIK
JENG JENG JENG
KHALAS
MUDA ASAM MUDA BUKAN PEDO
MUDA SAMA MUDA
BUKAN PEDO
AMIN
TUA SAMA MUDA
TAKRIF PEDO
AMIN
Unknown commented on
"KES SUKA SAMA SUKA"
bila rogol bawah umur .. suka sama suka.. bila lebai kawin muda... ini pedo.. kah kah kah.
beruk selalu kontradick
Unknown commented on
"KES SUKA SAMA SUKA"
Wooit tt bila dh repot jdi lain cerita kahkahkah
GAMBAR DARI POLIS
GAMBAR
DARI POLIS
AMIN
Unknown commented on
"SAPA UNTUNG FAISAL CEDERA ?"
Tup tup jeng jeng x dpt bukti baru kes tutup lesap kahkahkihkihkuh2
KUASA AMERIKA MEROSOT
KUASA AMERIKA
MAKIN MEROSOT
AMIN
"IRAN BERKABUNG"
Dollar US mula melingkup, orang kaya Amerika dan rakyat Amerika Syarikat diancam kemiskinan tegar, muflis dan bangkrap..!!
Perikatan BRICS menyasarkan untuk mencabut ketuanan global dolar A.S. dengan mempromosikan mata wang tempatan untuk penyelesaian perdagangan.
BRICS mahu mengukuhkan ekonomi asal mereka dengan memutuskan hubungan dengan dolar A.S. untuk urus niaga rentas sempadan. Blok itu sedang dalam jelajah dunia yang meyakinkan negara-negara membangun untuk menggunakan mata wang tempatan untuk perdagangan dan bukannya dolar AS.
Perkembangan itu akan menjejaskan beberapa sektor kewangan Amerika Suarikat yang membawa kepada penurunan pasaran pada tahun-tahun akan datang.
Jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan, mata wang USD akan kembali ke tanah air yang membawa kepada hiperinflasi di Amerika.
3 sektor di Ameeika Syarikat akan terjejas secara langsung jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan.
1. Perbankan dan Kewangan
2. Teknologi dan Fintech
3. Barangan Pengguna dan Runcit
Pertama sekali, sektor perbankan dan kewangan akan menjadi yang paling teruk terjejas kerana pertukaran asing akan mula merosot. Pasaran forex berjalan atas penawaran dan permintaan, dan jika permintaan untuk USD merosot, Bank Pusat A.S. akan mendapati lebih sukar untuk mengimport dolar.
3 sektor kewangan di A.S. akan menerima kesan langsung jika BRICS membuang dolar untuk pembayaran rentas sempadan. Sektor ini akan mula merosot ialah perbankan, pertukaran asing, pelancongan, dan barangan pengguna dan pengeluaran. Di bawah ialah 3 sektor kewangan yang akan terjejas sekiranya dolar A.S. tidak digunakan untuk penyelesaian lagi.
Jika Bank Pusat negara BRICS tidak lagi mengumpul dolar A.S. akan melihat mata wangnya kembali ke tanah air dan tidak laku untuk diniagakan lagi peringkat pasaran dunia
Lebih-lebih lagi, A.S. telah mengimport inflasinya ke negara lain selama bertahun-tahun dan pengembalian mata wang akan membawa kepada hiperinflasi di tanah air.
Dari dolu lagi haku dah peringatkan Malaysia harus rapatkan diri dengan pakatan BRICS dan menjadi anggota tetap dalam BRICS...!!
Pentadbiran Biden mesti bertindak cepat untuk menentang BRICS dan menghentikan penurunan dolar A.S..
Good Bye dollar Amerika, France pound Britain..!!
Harapkan papangang bole jalan lahhh... Apa papangang tahu pasal ekonomi..?
DARI FAIL POLIS
DARI FAIL POLIS
GAMBAR INI DARI PIHAK POLIS
GAMBAR INI AGAK PELIK
AMALAN BIASA
GAMBAR SOSOK YANG DICARI
AKAN DIGAMBARI MUKA PENUH
MALAH
ADA BAHAGIAN KIRI DAN KANAN
PELIK KENAPA MUKA SASPEK INI
DI TOPENGKAN ?
ADAKAH RAHSIANYA
KENAPA POTOFIT SASPEK
YANG DICARI POLIS INI
TIDAK GAMBARKAN
WAJAH PENUH
JENG JENG JENG
WAT ID DE BEKOS
Fotofit suspek kes serangan asid yang diedarkan. Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek untuk tampil membantu siasatan.– 22 Mei, 2024.
KES SUKA SAMA SUKA
KES MACAM INI
KES SUKA
SAMA SUKA
AMIN
MUSTAHIL KENA ROGOL
DUA KALI DI TEMPAT
YANG SAMA
AMIN
BILA KELUARGA TAHU
BUAT REPOT POLIS
KHALAS
SAPA UNTUNG FAISAL CEDERA ?
Cap jari kes serangan asid Faisal Halim tidak lengkap, kata KPN
LIMA daripada lapan cap jari yang ditemui di tempat kejadian di mana pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim diserang dengan asid adalah tidak lengkap, lapor Bernama.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata baki tiga cap jari tidak sepadan dengan mana-mana dalam pangkalan data polis, menunjukkan individu terbabit tidak mempunyai rekod lampau.
“Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali orang itu tampil membantu siasatan,” katanya pada Selasa.
Pada 5 Mei lalu, Faisal melecur tahap empat di beberapa bahagian badannya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. Kecederaan ini telah menyekat pergerakan dan pertuturannya. – 22 Mei, 2024.
WOIT
POLIS SEDANG
CARI SASPEK
AMIN
SENANG SAJE
CUI BONO
AMIN
SAPA UNTUNG
BILA FAISAL
CEDERA DISERANG
AMIN
TUP TUP NANTI
KES INI
TERGANTUNG
ATAU LESAP
DARI FAIL
JENG JENG JENG
KHALAS
TANGKAP NETANYAHU !!!!
Netanyahu kecam ICC mahu menangkapnya
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana mendapatkan waran tangkap untuknya bersama pemimpin Hamas berhubung dakwaan jenayah perang dalam konflik Gaza.
Netanyahu berkata, beliau dengan rasa jijik menolak panggilan “Israel yang demokratik” dengan gelaran “pembunuh beramai-ramai”.
Ketua pendakwa ICC, Karim Khan berkata, terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan menteri pertahanannya, Yoav Gallant memikul tanggungjawab jenayah atas dakwaan jenayah perang dan kemanusiaan di Gaza.
ICC juga sedang mendapatkan waran untuk pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar untuk jenayah perang.
Israel dan AS, sekutu utamanya, bukan ahli ICC, yang ditubuhkan pada 2002.
Tuduhan terhadap pemimpin Israel dan Hamas berpunca daripada peristiwa 7 Oktober 2023 apabila Hamas menyerang Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang dan membawa 252 yang lain kembali ke Gaza sebagai tebusan.
Serangan itu mencetuskan perang semasa, yang mana sekurang-kurangnya 35,500 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di wilayah itu.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut berkata: “Ttidak ada persamaan antara Israel dan Hamas”.
“Jelas sekali Israel mahu melakukan semua untuk memastikan perlindungan awam,” tambah Biden.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken mengulangi kecaman presiden, dengan mengatakan Washington “pada asasnya menolak Tindakan ICC dan menyifatkan langkah itu memalukan.
“ICC tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini,” katanya.
Blinken juga mencadangkan permintaan untuk waran tangkap akan menjejaskan usaha berterusan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata.
Khan juga memohon waran tangkap untuk Encik Gallant dan pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh, bersama ketua tentera kumpulan itu Mohammed Deif.
Beliau berkata, perdana menteri dan menteri pertahanan Israel disyaki melakukan jenayah termasuk kebuluran orang awam sebagai kaedah peperangan, pembunuhan, dengan sengaja mengarahkan serangan terhadap penduduk awam, dan pemusnahan.
Pendakwa raya berkata, jenayah yang didakwa bermula “sekurang-kurangnya 7 Oktober 2023” dalam kes pemimpin Hamas, apabila kumpulan itu melancarkan serangan ke atas Israel, dan “sekurang-kurangnya 8 Oktober 2023” untuk pemimpin Israel.
ICC mempertahankan pendiriannya pada hari Isnin, mengatakan walaupun “usaha besar” ia tidak menerima “apa-apa maklumat yang telah menunjukkan tindakan tulen di peringkat domestik [di Israel] untuk menangani jenayah yang didakwa atau individu yang disiasat,” ujarnya.
Panel hakim di ICC kini mesti mempertimbangkan sama ada akan mengeluarkan waran dan, jika mereka melakukannya, negara-negara yang menandatangani statut ICC diwajibkan untuk menangkap lelaki-lelaki tersebut jika mereka mempunyai peluang sedemikian. – Agensi
TIDAK ADA
JALAN LAIN
UNTUK HENTIKAN
PERANG
AMIN
TANGKAP
PENJENAYAH
PERANG
KHALAS
EROPAH MAJU TANPA AGAMA
EROPAH MAJU
TANPA AGAMA
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"KAPITALIS BERJAYA MENGALAHKAN ISLAM DI MEKAH"
Kipitalis teraju Mokah .. ni lah padah nye bila Raja jadi peneraju Islam. Hal ni samo bolaku di era gemilang Koristian, Rajo ambik alih teraju Iropah .. Rajo buek hal mcm2, sontot sano sontot sini. Lopeh two (three) Iropah molonchek maju bilo Ghajo dah ieeelek. Nonggar eay Vietnam dah nak potong kito dlm hal ekonomi .. iyo ko
HILANG FULUS TERUS HILANG SABAR
HILANG FULUS
TERUS
HILANG SABAR
AMIN
Unknown commented on
"GEROMBOLAN.
HILANG PUNCA FULUS"
Dulu sabar & senang ada kuasa skrg ilang kuasa ilang fulus ilang sabar sekaligus
Unknown commented on
"BERAS HILANG -
KINI PENGILANG PUN HILANG"
Sekarang umno ilang sabar kahkahkah
HARI WESAK
HARI WESAK
RABU 22 MEI 2024
HARI JADI
SIDARTA GAUTAMA BUDDHA
SATU SAMBUTAN
DI MALAYSIA
HARI CUTI UMUM
PUTAR PUTAR
WAYANG TEATER
UCAPAN ANWAR UMUM
HARGA MINYAK DISEL
AKAN NAIK HARGA
MINYAK DISEL UNTUK
LORI BAS TUKANG ANGKUT
JIKA MINYAK PENGANGKUTAN
NAIK HARGA
BARANG LAIN AKAN IKUT NAIK
JENG JENG JENG
ISREAL
GELABAH MINTA NEGARA
LAIN UNTUK BOIKOT
WARAN TANGKAP SETANYAHU
SIAM
SATU LAGI BOEING
ROSAK DI UDARA
DALAM PERJALANAN
DARI LONDON KE SINGAPURA
BERHENTI DARURAT DI BANGKOK
1 PENUMPANG MATI
LEBIH 70 ORANG CEDERA
IRAN
JENAZAH PRESIDEN
DI BAWA KE TEHRAN
UNTUK PENGHORMATAN
AKHIR SEBELUM
DI KEBUMI DI MASHHAD
INDIA
SEKOLAH DITUTUP
KERANA CUACA
NAIK KE 47. 4 DARJAH CENTIGRADE
PAKISTAN
DI PROVINSI SIND
BERIBU KHEMAH SEDANG
DI PASANG BERSEDIA
UNTUK JADI TEMPAT BERTEDUH
HAWA DAH NAIK MELINTAS
50 DARJAH CENTIGRDE
HOKKIEN
PAGI INI BASAH KELAM
MATAHARI TAK KELIHATAN
KEMARIN HUJAN
LOPAK AIR DI ATAS JALAN
LANGIT KELABU
HUJAN MASIH BELUM SEESAI
MUNGKIN JIKA
AWAN HITAM TERUS BERKUMPUL
MUNGKIN HUJAN PETANG
MALAM SEJUK
BRO
SENYUM
DI PAGI RABU
BRO
JIKA LU SEORANG
HADAPI RAMAI
LU BERANI
JIKA LU RAMAI TAPI
TAK TUNJUK KUASA
LU BERJIWA BESAR
BRO
JANGAN TANYA
DAPAT TAK SMS YG DIHANTAR
NAPA PONE TAK ANGKAT
INI MAKNANYA LU
DI KETEPIKAN
BRO
HANYA KERANA RTM
LAPOR
BUKAN BERMAKNA BENAR
LAKKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SEALAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)