Selasa, 13 Oktober 2026

PROJEK SALAH BENDERA


PROJEK

SLAH BENDARA

SEDANG BERMULA

 KAH KAH KAH 

NANTI AKAN 

ADA ZIONIS

 DATANG

 MENYERANG? 

KAH KAH KAH

KHALAS


Mohamad Hasan dedah keberanian Anwar bin Ibrahim ‘balun’ pemimpin dunia demi Palestin


KUALA LUMPUR – Keberanian Anwar bin  Ibrahim ‘membalun’ pemimpin dunia ketika menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa didedahkan Menteri Luar,  Mohamad Hasan, yang mengakui beliau sendiri kadangkala terpaksa mengingatkan Perdana Menteri supaya berhati-hati demi keselamatannya.

Mohamad mendedahkan, Anwar bin Ibrahim tidak pernah melepaskan peluang membangkitkan isu Gaza dalam mesyuarat ASEAN, BRICS, APEC dan pelbagai forum antarabangsa lain.

“Yang Amat Berhormat (Anwar bin Ibrahim ) akan bersuara dengan keras dan tidak pernah tinggal agenda tentang Gaza. Ini saya akui. Sampai saya terpaksa cakap, beritahu , cukuplah. Cukuplah itu, sebab kita risau juga keselamatan beliau juga,” katanya

TIDAK DIJEMPUT


YAM SENG ...OOPS..

YAM TUAN INI

TIDAK DIIEMPUT

KAH KAH KAH

KHALAS

LU BOM ... KAMI PUN BOLEH BOM


ANSARALLAH

KATA : LUM BOM

AIRPORT KAMI...

KAMI  BOM

AIRPORT KAMU

KAH KAH KAH

KHALAS


Apa impak serangan di Arab Saudi

ISTANBUL: Serangan terhadap lapangan terbang di Arab Saudi sepanjang minggu lalu menjejaskan perjalanan udara, memaksa sekolah di Riyadh beralih kepada pembelajaran dalam talian, dan mendorong beberapa kerajaan asing untuk mengeluarkan amaran keselamatan, lapor Anadolu Ajansi.

Sebanyak 10 serangan menyasarkan lima lapangan terbang dilancarkan antara 5 Oktober lalu hingga semalam yang meragut sekurang-kurang 20 nyawa dan mencederakan ratusan orang, menurut kiraan Anadolu berdasarkan kenyataan rasmi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh paling terjejas dengan lima serangan, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam dengan dua serangan.

Tiga lagi serangan menyasarkan lapangan terbang di Abha, Jazan dan Najran.

Jumlah korban terbaru disahkan pada awal hari ini. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memaklumkan bahawa serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, semalam, mengorbankan seorang penduduk warga Pakistan dan mencederakan 11 yang lain.

Operasi lapangan terbang digantung

GACA menggantung sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid bagi menilai kerosakan dan memeriksa kemudahan selepas serangan pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa perkembangan lanjut akan diumumkan dengan kerjasama agensi berkaitan.

Kementerian Luar Arab Saudi turut menggesa rakyatnya di luar negara yang penerbangan mereka ke Riyadh dibatal atau ditangguhkan, supaya menghubungi misi diplomatik Arab Saudi untuk mendapatkan bantuan.

Gangguan penerbangan

Etihad Airways membatalkan beberapa penerbangan antara Abu Dhabi dengan Riyadh, Dammam dan Jeddah bagi tempoh 11 hingga 13 Oktober ini susulan gangguan penerbangan di rantau itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberi amaran mengenai kemungkinan perubahan lanjut dan menggesa penumpang supaya menyemak status penerbangan masing-masing, selain memaklumkan bahawa bantuan sedang diberikan kepada penumpang yang terjejas.

SriLankan Airlines pula menggantung semua penerbangan ke Riyadh hingga 18 Oktober ini atas faktor keselamatan dan penilaian keselamatan yang masih dijalankan.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu, syarikat itu memaklumkan bahawa perkhidmatan akan disambung semula apabila keadaan dianggap sesuai untuk operasi penerbangan komersial.

Pembelajaran dalam talian

Sekolah-sekolah di Riyadh beralih kepada pembelajaran dalam talian selama seminggu bermula semalam, menurut laporan Gulf News yang memetik e-mel kepada ibu bapa.

E-mel itu menyatakan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Arab Saudi.

"Semua sekolah di Riyadh akan beralih kepada pembelajaran jarak jauh sepanjang minggu ini," menurut e-mel itu.

Ia merupakan kali kedua sekolah di ibu negara Arab Saudi itu beralih kepada pembelajaran dalam talian dalam tempoh kurang sebulan.

Amaran perjalanan

Beberapa negara mengeluarkan atau mengemas kini nasihat keselamatan kepada rakyat masing-masing yang melancong atau berada di Arab Saudi, berikutan risiko serangan lanjut dan gangguan perjalanan.

United Kingdom (UK) menasihati rakyatnya supaya mengelakkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid hingga keselamatannya terjamin, selain memberi amaran mengenai kemungkinan serangan lanjut, pembatalan penerbangan dan penutupan ruang udara.

Australia turut menasihati rakyatnya supaya tidak mengunjungi lapangan terbang di Riyadh dan mempertimbangkan semula perjalanan ke Arab Saudi, selain mengesahkan semula jadual penerbangan serta meminimumkan masa berada di lapangan terbang.

Perancis pula menggesa rakyatnya meningkatkan kewaspadaan dan mengelak perjalanan tidak penting ke Riyadh, selain mematuhi arahan keselamatan tempatan serta menyemak status penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang di Riyadh atau Jeddah.

Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya mempertimbangkan semula perjalanan ke Arab Saudi dan mengambil langkah berjaga-jaga sama sebagaimana dikenakan terhadap kakitangan Kerajaan AS yang memerlukan kebenaran khas untuk menggunakan lapangan terbang di Riyadh.

Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) menasihati syarikat penerbangan supaya mengelakkan kawasan tertentu di ruang udara Arab Saudi, dan meningkatkan kewaspadaan di kawasan lain dalam Wilayah Maklumat Penerbangan Jeddah.

Agensi itu turut memberi amaran mengenai risiko terhadap pesawat akibat serangan, pemintasan, kesilapan pengecaman serta serpihan yang jatuh.

Serangan berkenaan berlaku ketika konflik di Yaman kembali memuncak sejak Julai lalu selepas tempoh agak tenang susulan gencatan senjata yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berkuat kuasa pada April 2022.

Pertempuran semakin sengit pada September lalu apabila kumpulan Houthi menguasai beberapa kedudukan strategik di barat Yaman, termasuk kawasan berhampiran Selat Bab el-Mandeb, sekali gus mencetuskan operasi ketenteraan oleh pakatan diketuai Arab Saudi.

KIBLAT BARUA AMERIKA IALAH WASHINGTON DC


KIBLAT

BARUA AMERIKA

IALAH 

WASHINGTON DC

KHALAS


Unknown commented on
 "SAUDI MENJERIT MINTA TOLONG"

Woi nanti hilang kiblat, walaupun kiblat baharu islah USD kah kah kah kah


Unknown commented on 
"LANGKAH BAIK UNTUK MASA DEPAN"

Sudah bertahun cerita sama berulang-ulang kali dibuat tetapi tiada penyelesaian, Indonesia tidak peduli dia bakar dalam negara dia, kalau asap sampai bukan wa punya masalah, kena pakai tong oksigen kah kah kah kah terima kasih kita serumpun makan asap


Unknown commented on
 "PROJEK JANGKA PANJANG"

Terlalu ramai bijak bercakap, bijak berhujah, guna teknologi mencari ayat-ayat baru, pelapik kepada kecerdasan minda kah kah kah tapi hasil kerja kosong, malah seluruh negara meluat tengok muka Munke Pendidikan, Munke KDN, Munke Pengangkut semuanya jenama terkenal tidak disukai kah kah kah kah kah


Unknown commented on 
"TAK DAPAT JEMPUTAN 
JAGA LEMBU LAGI BAIK"

Kah kah kah kata orang kalau tak jemput samada sudah lupa atau sengaja tidak mahu hadir, apapun sebenarnya golongan freeloader muka tebal kulit tebal, buat dek saja, kah kah kah janji setiap bulan masuk gaji masuk elaun masuk percuma semuanya beres kah kah kah kah


Unknown commented on 
"TAK DAPAT JEMPUTAN 
JAGA LEMBU LAGI BAIK"

Selamat Hari Mengenang Budi British, Isham!

Without orang British orang Asli Malaysia kekal menjadi HAMBA ABDI kepada orang melayu.

LOL

Awaiting moderation

SAUDI MINTA TOLONG DARI SEMUA BARUA AMERIKA


SAUDI  MENJERIT

MINTA

TOLONG DARI 

SEMUA BARUA

AMERIKA

AMIN

Unknown commented on 
"SAUDI MENJERIT MINTA TOLONG PADA NATO SUNNI"

Masalah orang tak payah campur, uruskan masalah sendiri dahulu, tak payah sibuk tak payah nak selesai masalah negara lain, negara sendiri pun banyak masalah rasuah curi rompak songlap sakau kah kah kah, ada juga parasit penghasut penjenayah bertopeng malaikat kah kah kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI




PAGI IN

SELASA 13 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DITUTUP


SAUDI MENJERTIT MINTA TOLONG PADA SEMUA BARUA AMERIKA – kah kah kah

Ansarallah terus menyerang.

SEMUA penerbangan ke Saudi di batal – kah kah kah.

IRAN-AMERIKA
AMERIKA NAK BERUNDING DENGAN IRAN
Iran kata terima SEMUA  fasal yang telah di tanda tangani – jika tidak NO TALK – kah kah kah

Nampaknya Iran makin berkeras kerana Amerika dalam keadaan terdesak – Minyak mahal – ekonomi hancus  - pengundi marah  BULAN DEPAN MENGUNDI – JENG JENG JENG.

RUSIA BANTAI UKRAINE
Loji tenaga leterik Ukraine kena belasah – Musim sejuk nak sampai – kah kah kah – Presiden Ukraine marah bila  Amerika beli minyak dari Rusia.

Zelensky kata : Ukraine akan serang kapal minyak Rusia yang nak hantar minyak ke Amerika – CANTEEEEEK!!!

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari bola api. KL & KL Sentral di balut jerebu dan kabus – petang kemarin hujan.

Emak Tetek Lanjut datang bawa  Anak – Puppy dah mula pandai makan nasi dan friskies. Ramai datang makan – Siti pun ada Gua gumbira.

Pagi ini Jantan Putih tak muncul – tapi  geng yang lain datang makan nasi dan friskies. Pagi ini gua bersenam di Wakaf Tiga – ada pengawal baru ganti  Jantan Putih.

Berjalan pulang – Tiong dah menunggu di Wakaf Pertama. Di sini Geng Putih dapat friskies. Tiong laki Bini makan sama.

Di lorong keluar Tim Emak  muncul lagi – sekali lagi mereka makan. Seperti biasa Siti ikut  hampir ke Pintu Masuk – dia dapat hati dan keropok. Amin

Hari ini akan panas – gua harap hujan ribut sampai – halau jerebu. Amin


BRO 
SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
DENGAN SENYUMAN SEPERTI BIASA

BRO
Bila hujan turun bumi tak marah – lu juga jangan marah hujan ini berkat.

BRO
Bila hujan turun bukan bawa basah tapi bawa ingatan agar jangan  hidup gelisah.

BRO
Belajar dari hujan – beri rahmat dan kebaikan untuk semua. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA