Khamis, 20 Ogos 2015

TAHNIAH - LANGKAH TEPAT







TAHNiAH!



Kes 1MDB: Ahli Umno serah bukti pada Switzerland

Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan  Khairuddin Abu Hassan menyerahkan bukti berhubung skandal 1MDB kepada peguam negara Switzerland dua hari lalu.
Dalam kenyataan dalam Facebooknya hari ini, Khairuddin berkata beliau menyerahkan bukti dan kronologi skandal itu kelmarin jam 2.30 petang waktu tempatan.
"Kunjangan saya ke pejabat peguam negara Switzerland di Bern telah ditemani oleh peguam saya, Matthias Chang," katanya.
Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang negara itu untuk membuat siasatan komprehensif terhadap semua dakwaan salahlaku firma itu yang membabitkan bank di negara itu serta beberapa bank antarabangsa.
Chang adalah bekas pembantu mantan perdana menteri  Mahathir Mohamad.

KAH KAH KAH
woit 
satu langkah tepat
satu tindakan bijak
buat laporan polis
diluar negara
buat di australia
buta di london
buat di paris
buat di new york
general pinochet bekas presiden chile
ditangkap dilondon 1998
donald rumsfled setiausha pertahanan amerika tak jadi keluar kapal terbang
di berlin takut kena tangkap
zionis netanyahu tak berani masuk london
jeneral karenzi dari rawanda 
baru ditahan di london
sekarang yang soheh najib
tak akan masuk ke amerika
keran kes ubah wang haram

TUNGGU & NANTI



------------------

SATU KAJIAN SOHEH









INI KAJiAN

BUKAN 

LAPORAN

UTUSAN


Ramai pengguna Twitter tidak percaya Putrajaya kerana kegagalan 1MDB, kata kajian


Kepercayaan terhadap Putrajaya di Twitter amat rendah berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata firma penyelidik media sosial tempatan, dan menambah apa juga kenyataan dikeluarkan  Najib Razak atau Putrajaya tidak berjaya menambah tarikan.
Hasil dapatan Politweet mengenai bagaimana skandal 1MDB digunakan hingga tercetusnya desakan Najib meletak jawatan kerana salah pengurusan syarikat pelaburan milik kerajaan itu dan kerana menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya sebagai derma politik.
Maklumat salah mengenai 1MDB di Twitter kini sudah sampai ke peringkat di mana orang ramai masih berfikir RM2.6 bilion itu ada kaitan dengan 1MDB di sebalik fakta ia dinafikan oleh pihak berkuasa, kata firma itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ramai-pengguna-twitter-tidak-percaya-putrajaya-kerana-kegagalan-1mdb-kata-k#sthash.Fcfsjdrl.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini satu dunia dah tahu
apa saje najib cakap 
tak ada sapa percaya
bila najib cakap panda dari china
semua orang cakap panda dari india
bila najib cakap gula itu manis
semua orang cakap gula itu masam
bila orang dah benci 
apa saje semua dibenci
kalau najib cakap bik mama gemok
orang akan cakap bik mama slim
cun macam ziana zain
bergetah macam altanytuya
kah kah kah

KES DAH BERAT




---------

AKAN DI TENDANG







APA MAKNA 

BERiTA INI?

Isu RM2.6 b sebabkan rakyat pandang serong UMNO- Mukhriz

 | August 20, 2015
Isu dana RM2.6 bilion menyebabkan dirinya serba salah dan rakyat mula mempertikai integriti parti dan ahli UMNO.
PETALING JAYA: Mukhriz Mahathir berkata, integriti seluruh pemimpin dan ahli UMNO dipersoalkan ekoran sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib Razak.
Menteri Besar Kedah itu berkata, isu derma itu membuatkan rakyat memandang serong terhadap pemimpin UMNO lain termasuk dirinya.
“Saya sangat tidak selesa dengan isu RM2.6 bilion. Saya rasa tak sedap hati. Sekarang, bila rakyat pandang saya sebagai Menteri Besar, ada persepsi bahawa saya juga samalah agaknya di peringkat negeri,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kampar pada 16 Ogos lalu.


KAH KAH KAH
woit
maknya mukhriz 
tidak sokong najib
maknanya mukhriz 
tak setuju dengan najib
maknanya umur mukhriz tak panjang
maknanya mukhriz akan kena tendang

TUNNGU & LIHAT

----------------

SATU JUTA DI KUALA LUMPUR









SEMUA TURUN



20 OGOS 2015

KEADILAN SASAR 20,000 ANGGOTA MENYERTAI BERSIH4, KEMPEN PROMO DI MINGGU TERAKHIR

BERSIH4 akan mencipta sejarah sebagai suatu perhimpunan rakyat yang terbesar di saat-saat negara melalui krisis politik dan ekonomi yang meruncing akibat hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan  Najib  Razak sebagai Perdana Menteri.

KEADILAN akan memberi sepenuh sokongan dan bantuan untuk menjayakan perhimpunan bersejarah ini. KEADILAN mensasarkan 20,000 anggotanya dari seluruh negara untuk turun bersama-sama menyertai BERSIH4. Saya telah mengeluarkan pekeliling kepada seluruh cabang-cabang KEADILAN dan pimpinan di setiap peringkat untuk menggerakkan kerahan bagi mencapai sasaran ini. Pada hari Ahad 23 Ogos 2015, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Tian Chua iaitu Naib-naib Presiden akan mengadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat KEADILAN dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota KEADILAN hadir ke BERSIH4.

KEADILAN juga telah dijemput untuk menjadi sebahagian dari petugas keselamatan untuk memastikan BERSIH4 berjalan dengan baik dan lancar. Skuad Angkatan Muda KEADILAN (Skuad AMK) telah bersetuju untuk melatih dan mempersiapkan 700 sukarelawan sebagai petugas keselamatan di bawah kendalian YB Chang Lih Kang, Setiausaha AMK. Latihan bersama dengan sukarelawan BERSIH yang lain telah bermula sejak 2 minggu lalu.

Kesemua pimpinan kanan KEADILAN akan hadir sepanjang penganjuran BERSIH4 dan akan ditugaskan mengikut syif berada di 5 lokasi perhimpunan. Mereka juga akan dijadualkan berucap pada masa-masa tertentu disamping tanggungjawab umum membantu pimpinan BERSIH4 menangani perjalanan perhimpunan. Jadual pimpinan kanan yang ditugaskan di setiap lokasi akan diumumkan minggu depan menjelang BERSIH4.

KEADILAN juga akan memperhebatkan promosi di media sosial dalam minggu terakhir ini. Satu siri 3 video promosi akan dilancarkan setiap 3 hari bermula hari ini untuk mengajak lebih ramai rakyat yang prihatin turun menyertai BERSIH4.

Video pertama dilancarkan pada hari ini di laman Youtube Demi Rakyat yang boleh ditonton di capaian berikut:


KEADILAN juga telah mengarahkan anggota dan pimpinan untuk mengatur promosi-promosi berikut bagi mengajak orang ramai menyertai BERSIH4:

1.    Menukar gambar profail dan grafik kepala (“header”) di laman sosial menggunakan grafik BERSIH4 bermotifkan Anwar Ibrahim (yang disertakan bersama)

2.    Mengadakan “flash-mob” di seluruh negara untuk menarik minat anak muda menyertai BERSIH4

3.    Mengadakan ceramah berbentuk “hit and run” (ceramah pendek menggunakan trak dari satu tempat ke satu tempat)

4.    Ceramah dan edaran risalah yang akan diadakan di seluruh negara

KEADILAN yakin penyertaan seberapa ramai rakyat yang menjayakan BERSIH4 akan mencatat sejarah dan detik 0000 31 Ogos 2015 akan diingati sebagai detik rakyat membersihkan amalan politik di negara ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-------------

TIGA PULUH EMPAT JAM









34 JAM


SATU jUTA


K.LUMPUR





---------------

HANYA BERTANYA







BERTANYA

PUN SATU 

JENAYAH KE?

Dr Mahathir dakwa ahli Umno masih suka Muhyiddin sebagai TPM 


Mahathir Mohamad mendakwa ahli-ahli Umno masih sukakan Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Menurutnya, satu-satunya kesilapan Muhyiddin sewaktu memegang jawatan itu adalah bertanyakan terlalu banyak soalan.
"Isu ini (pengguguran Muhyiddin) banyak kontroversinya. Ada yang duit tiba-tiba hilang, ada pula yang tiba-tiba masuk dalam akaun sendiri. Mungkin ada baiknya dia (Muhyiddin) jadi timbalan dulu, jangan banyak bertanya... inilah kesannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-dakwa-ahli-umno-masih-suka-muhyiddin-sebagai-tpm#sthash.jN2IHFvE.dpuf


KAH KAH KAH
woit
muhyiddin hanya bertanya
bukan banyak pertanyaan
hanya satu soalan
nak tanya tentang 1MDB
hutang 1MDB  apa jadi?
ini saje
kah kah kah
bertanya pun salah
ini sudah berat
tanya salah
tak tanya lagi salah

BERAT BERAT



--------------------

SEMUA WAJIB TURUN





 SEMUA 



TURUN

PKR seru rakyat Malaysia sertai perhimpunan Bersih


Ketua Pembangkang  Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang penindasan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyertai perhimpunan Bersih pada hujung bulan ini.
Beliau berkata faktor terpenting dalam usaha menyelamatkan Malaysia ialah kehendak rakyat yang kuat untuk keluar daripada krisis yang berlaku.
"Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi 'negara gagal' jika tidak diselamatkan. Namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan bertungkus-lumus berusaha menggagalkan proses menyelamatkan Malaysia.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-seru-rakyat-malaysia-sertai-perhimpunan-bersih#sthash.kNxgzJRI.dpuf

SATU INGATAN
negara akan hancur
ekonomi akan hancur
jika najib
jika rosmash
masih di putar jaya
34 jam di kuala lumpur
adalah undi tidak percaya
pada najib dan suaminya 
turun turun turun


34 JAM


-----------------

TURUN TURUN TURUN





34 JAM


Penganjur Bersih 4 lontar ‘cabaran berat’ pada Najib menjelang himpunan 

Kurang 10 hari daripada tarikh perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos depan, penganjur himpunan itu malam tadi bertindak menghangatkan suasana apabila melontarkan satu cabaran berat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mempunyai mesej berikut buat Najib - izinkan mereka berhimpun tanpa sebarang kekangan dan jika tidak ramai turut serta, perdana menteri boleh menganggapnya satu pengiktirafan kepada pentadbiran beliau.
"Kalau kita gagal dapatkan orang ramai sertai Bersih 4, maka Najib boleh cakap saya dah bagi Bersih 4 (berhimpun) dan saya akan teruskan kuasa sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-bersih-4-lontar-cabaran-berat-pada-najib-menjelang-himpunan#sthash.YkHoPhWO.dpuf

KAH KAH KAH

woit 
kena turun
kalau ramai najib celah
kalau tak ramai
rakyat mampoooos 
kena himpit bik mama
kah kah kah

SEMUA TURUN
--------------

UNDI TIDAK PERCAYA








34 JAM

DI KUALA LUMPUR

UNDI TiDAK PERCAYA

 KEPADA

NAJiB RAZAK








------------

ORANG TUA ITU?






SIAPA ORANG TUA ITU




ATM MESIN
lelaki tua itu ialah gambar yang tersebar dulu.orang tua yang berdiri di tepi mesim ATM .Cari dan tangkap on ORANG TUA MISTERI
Anonymous
on 8/20/15
DAH LARI
Urangtuo tu mungkin telah lari....dan menyelamatkan diri ke dalam gua....Sekarang tinggal menetap di dalam gua.....Orang Tua dari Gua... on SATU PERTANYAAN
Anonymous
on 8/20/15
GAMBAR BLUR
Banyak la kau punya 'saya bukan robot'! Menyampah betul la aku! Ada ke suruh aku pilih semua yg tunjuk tanda jalan, macam la besar sangat boleh aku nampak apo kau tulis! Gambar pun blur. Hampesss! Ini mesti projek najib dgn menteri bn, banyak sangat kebas minum benggali ijat punya susu lembu sampai penuh dna lembu dalam otak dia kahkahkahkah! 

Ehhhhh..kali ni dia suruh aku pilih gambar yang ada tolo. Kahkahkahkah kalau ado gambar najib sekali dalam pilihan tu, sah-sah la aku tak tanda gambar dia kahkahkahkah! on ORANG TUA MISTERI
Anonymous
on 8/20/15






-------------

PELAJARAN UNTUK NAJIB






  UNTUK NAJiB

Ahli Parlimen Kota Raja keluar Pas

 | August 19, 2015
Dr Siti Mariah Mahmud membuat keputusan bersama 182 ahli yang lain bagi menyertai GHB
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja menyahut cabaran kepimpinan Pas Pusat dengan meletak semua jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Keputusan itu dibuat pada Rabu.
“Kami di Parlimen Kota Raja terdiri daripada Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) serta Setiausaha Kawasan meletak jawatan dalam PAS.
“Ia diikuti sembilan Ketua Cawangan serta ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang melakukan tindakan sama,” katanya.
Mengulas mengenai tindakannya, Dr Siti Mariah menjelaskan keputusan itu juga dibuat bagi memudahkan AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas di kawasan berkenaan.


SENANG AJE
letak jawatan
beri orang lain buat kerja
memudahkan orang lain buat kerja
bukan putar putar
bukan cakap ada tok arab derma
ada dapat derma 2.6 bilion
macam macam konteng konteng

CUKUP LAH
 



--------------------

PEKERJA ASING






KEADILAN: Permohonan Pekerja Asing Lulus 48 Jam Dalam Talian, Syarikat Mana Pula Yang Mendapat Manfaat?

KEADILAN merasa terkejut dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa 48 jam.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan semalam bahawa semua permohonan untuk mengambil pekerja asing perlu dibuat secara dalam talian dan semua permohonan yang memenuhi syarat-syarat akan diluluskan dalam 48 jam.

Namun, saya mendapati bahawa Ahmad Zahid dalam pengumumannya semalam tidak memaklumkan kepada orang ramai bahawa syarikat mana yang “dihadiahkan” konsesi kerajaan ini dan berapakah kos yang akan dikenakan terhadap majikan yang ingin membuat permohonan.

Persoalan yang ditimbulkan, adakah konsesi kerajaan bagi menguruskan permohonan pekerja asing dalam talian ini dibuat melalui tender terbuka dan syarikat manakah yang mendapat konsesi kerajaan ini?

Awal tahun ini, syarikat Bestinet Sdn. Bhd. milikan Bekas Menderi Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Azmi telah memonopoli semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) melalui sistem FWCMS. Adakah pekara yang sama akan berlaku kali ini?

Sebelum ini, syarikat Real Time Networking milikan adik Zahid Hamidi telah dilaporkan sedang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem atas talian. Timbul kemusykilan mengapa kerajaan UMNO Barisan Nasional membuat keputusan secara terburu-buru mewajibkan semua permohonan pekerja asing dibuat secara atas talian dan adakah wujudnya percanggahan kepentingan (conflick of interest) seandainya Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN meluluskan konsesi kerajaan kepada syarikat adiknya?

Saya turut merasa terkilan dengan pengumuman Zahid bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa 48 jam sahaja. Kelulusan permohonan pekerja asing dalam masa 2 hari sahaja kelihatan terlalu tergesa-gesa dan dijangka akan menimbulkan pelbagai isu berkenaan dengan keselamatan negara.

Dengan ini, saya mendesak Kementerian Dalam Negeri menjawab soalan-soalan saya yang berikut:
1.    Syarikat manakah yang akan menguruskan semua permohonan warga asing melalui talian ini?
2.    Adakah konsesi kerajaan ini diberi berdasarkan sistem tender terbuka?
3.    Berapakah nilai kontrak tersebut dan berapakah kos yang akan dikenakan kepada majikan yang ingin membuat permohonan?

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan AMK Pusat







--------------

JANGAN BOO PEMIMPIN BESAR




Ahmad Maslan dakwa ‘diboo’ orang luar

Ketua Penerangan Umno  Ahmad Maslan menegaskan dirinya masih mendapat sokongan dari kawasannya di Pontian dan mendakwa "diboo" orang luar semasa mesyuarat bahagian minggu lepas.

Menyentuh mengenai insiden tersebut, Ahmad berkata daripada maklumat yang diterima, jeritan "boo" itu dimulakan 2 hadirin dari luar Pontian yang bukan merupakan perwakilan. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-maslan-dakwa-diboo-orang-luar#sthash.lzYbmQzV.dpuf

KAH KAH KAH
woit
betul benar soheh
dengar dengar
semua ini kerja orang luar
semua ini kerja musuh melayu
yang boo ini terima upah
mereka ini ajen lee kuan yew
mereka ini ajen anwar ibrahim
mereka ini ajen yahudi
mereka ajen israel
mereka mahu melayu bergaduh
mereka mahu islam lemah
mereka hina pemimpim melayu
maknanya mereka hina pemimpim islam
maknanya mereka hina islam

POOOORAAAH


-------------

ORANG TUA MISTERI






ORANG TUA MISTERI
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan mengapa ketua polis negara masih tidak bertindak menyiasat 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan “orang tua misteri” yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan perdana menteri. Katanya, mereka seharusnya disiasat mengikut Seksyen 124B kerana boleh dianggap "memudaratkan demokrasi berparlimen" Malaysia.

 "Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan 'orang tua misteri' yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO) sebelum ini? "Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya, sebagaimana yang dialami pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara? 

"Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak? Bukankah itu satu hipokrasi?" Bukan "hipokrasi" la ibrahim man. Hipokrisi. Dari perkataan inggeris "hypocrisy" bukannya "hypocrasy". "Hypocrisy" , maka melayu menunduk mengering jadilah " on SIAPA DIA LELAKI TUA ITU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/15




-------------