INI KES DI PANDAN
SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM DITUDUH TERIMA SUAPAN RM50,000 – berita hairan
Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima suapan bernilai RM50,000 tahun lalu.
Mohd Helmi Sha'ri, 29, minta dibicarakan dengan alasan beliau dijadikan "kambing hitam" terhadap kedua-dua tuduhan itu.
Bagi tuduhan pertama, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank RHB bernombor 835770 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM48,000 daripada Zainal Abidin Ibrahim bagi membiayai pakej lawatan ke Indonesia pada 23 April hingga 27 April 2009, di Restoran Indahpura, Jalan Kenanga 29/14, Kulaijaya, kira-kira jam 2.45 petang hingga 3.45 petang, 13 April 2009.
Suapan itu sebagai dorongan membantu Zainal Abidin mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan di kawasan Simpang Renggam iaitu menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Shaari/Jalan Masjid Lama, bernilai RM192,000 kepada Hazju Enterprise, menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Parit Majid Ibrahim, bernilai RM192,000 kepada perniagaan Yadaha dan kerja menaiktaraf sistem perparitan di kawasan Kampung Melayu, bernilai RM96,000 kepada Needza Enterprise.
Turut termasuk dalam dorongan itu adalah untuk mendapatkan kerja menurap semula jalan tar di Taman Renggam Jaya, bernilai RM255,841.70 kepada Rozlynn Enterprise, menurap semula jalan tar di Taman Mohd Yassin bernilai RM170,685 kepada Syarikat Aznor Construction serta menurap semula jalan tar di Taman Ria dan Taman Nagaria bernilai RM118,543.50 kepada Moliah Enterprise, di mana kerja itu dikeluarkan oleh MDSR yang semuanya bernilai RM1.025 juta.
Bagi tuduhan kedua, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank Muamalat bernombor 605281 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM2,000 juga daripada Zainal Abidin bagi membiayai pakej lawatan yang sama, di restoran, itu pada waktu dan tarikh yang sama sebagai dorongan yang sama iaitu untuk mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan tar di kawasan Simpang Renggam berkenaan.
KAH KAH KAH…woit…
INILAH DIA CONTOH KEBANYAKAN MAJLIS DAERAH DI ABWAH GEROMBOLAN…. kah kah kah…
woit…
ITU PASAL GILA GILA NAK JADI KETUA CAWANGAN…kah kah kah..
woit…
ITU PASAL GILA GILA NAK JADI KETUA BAHAGIAN…. kah kah kah..
nota:perhatikan penyakit yang sama juga
virus dan kuman dan perangai gerombolan
ini boleh menular di negeri negeri pakatan rakyat
kalau jumpa malaon malaon yang gila gila nak jadi ketua
kalau jumpa malaoan yang berdekah dekah nak membela rakyat
cuba tanya satu soalan:
kalau tak jadi ketua tak boleh kah menolong orang susah ?
kalau tak jadi ketua cabang tak boleh kah bantu rakyat?
kah kah kahnota:jawapannya: ahli majlis tempatan wajib dilantik
oleh warga tempatan bukan oleh kerajaan yang memerintah
baru kroni lintang pukang kah kah kahDARI ARKIB BERITA KETUA UMNO BAHAGIAN PANDAN DIDAKWA TERIMA RASUAH RM200,000Didalam kesibukan media massa cuba untuk menuduh gejala rasuah melanda PAS, Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah lebih RM210,000 daripada seorang pengarah syarikat pelupusan sisa pepejal pada 2007.
Abdul Ghani, 43, yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, didakwa sebagai anggota jawatankuasa tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada pengarah Pancaran Citra Enterprise, Abdul Rahman Yaacob, sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender mengutip sisa pepejal di kawasan majlis perbandaran itu.
Menurut kertas pertuduhan, tender itu adalah bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju, Taman Kencana, dan kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76b, Desa Pandan dan di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76b, Desa Pandan antara 9 malam 4 Ogos 2006 dan 6 petang hingga 9 malam 31 Mac 2007.
Abdul Ghani turut didakwa terhadap pertuduhan menerima suapan daripada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd, melalui pelantikan Syarikat Lembah Rimbun yang mana dia ada kepentingan, sebagai sub-kontraktor syarikat Dwisakti. Menurut kertas pertuduhan, suapan itu adalah sebagai balasan kerana menolong syarikat Dwisakti mendapatkan tender kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan bandar Pandan Indah daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
Abdul Ghani yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana beliau tidak mempunyai kerja tetap, dan mempunyai tiga orang anak yang perlu ditanggung.
Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.