KUALA LUMPUR 16 Feb. – ‘Tangan ghaib’ yang didakwa melindungi sindiket judi haram bukan hanya terdiri daripada satu pihak tetapi didalangi beberapa agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), pegawai penguat kuasa dan ahli politik setempat.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia
(PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada beberapa ahli persatuan dan orang ramai berhubung penglibatan kuasa tertentu yang mengaut keuntungan dengan menyediakan perlindungan kepada kegiatan tidak bermoral itu.