Rabu, 16 September 2020

ROCK SEBELUM ROCK






ROCK MELAYU

SEBELUM ROCK 
Lu silap. Bukan band indon yg pelopori rock n roll. Malaysia telah ada band rock yg jauh lebih kedepan dgn music yg merentas zaman pada tahun 50an meninggalkan cara main band indon belanda ni. Tatkala rakyat mendengar r. Azmi.. Band ala rock ni telahpun muncul tapi biasalah.. 
Rakyat membakulsampahkan mereka. Malah sound gitar mereka ada yg lebih berat dan jimi hendrix pun tercopy sound band tanah melayu ini. Malah suda ada band rock yg main di woodstock pd 70an. Tulung check betul2. Huarhuar 
on
 SELAMAT
 MENINGGI HARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/09/20

De

PROJEK PEMBODOHAN






KALAU 

TAK GUNA AKAL

GUNA APA ? 

Hal Agama bukan semua dapat berfikir dengan akal. Hal Syurga , Neraka, jin , Iblis dsb tidak dapat berhujah dengan akal. 
Allah memberi sedikit sahaja pengetahuan mengenainya. 
TOLONG JANGAN MEMPERSOALKAN SYURGA, BIDADARI DAN SEBAGAINYA JIKA ANDA ORANG ISLAM SEJATI. Kajilah dari al-quran, kitab2 dan sebagainya BUKAN MEREMEHKANNYA. Nauzubillah. 
on 
SYURGA 
DARI MANA ASALNYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 15/09/20

ma

KITA MASIH DALAM BAHAYA




KITA MASIH

DALAM BAHAYA 

Kes Covid-19 melepasi 10,000 dengan 62 jangkitan baharu


JUMLAH kes jangkitan Covid-19 negara hari ini melepasi 10,000 kes selepas Malaysia melaporkan 62 kes baharu jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu. 

Jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 10,031, manakala kes aktif meningkat kepada 668, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah kes baharu itu, hanya satu kes import dilaporkan.

Sabah menyumbang kepada 59 daripada 61 kes penularan tempatan, yang mana 48 daripadanya adalah dari kluster Benteng Lahad Datu yang melibatkan lokap polis.

Empat lagi melibatkan petugas kesihatan Hospital Lahad Datu manakala tiga kes lagi dikesan dari mereka yang masuk ke negeri itu dari semenanjung. 

Kluster Pulau pula melaporkan kes jangkitan baharu, manakala satu lagi kes dikesan ketika ujian saringan di penjara Sandakan. 

Dua kes lagi dikesan ketika ujian saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu. 

Kedah dan Pulau Pinang pula masing-masing melaporkan satu kes baharu Covid-19. 

Daripada 61 kes penularan tempatan, 41 adalah warga tempatan. 20 lagi adalah warga asing semuanya di Sabah.

Bagi kes pulih, 26 individu didiscaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 9,235. 

Sementara itu jumlah kematian kekal 128.

Antara kes aktif, 15 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 16 September, 2020.


HATI HATI

AMIN

DEWA DEWI BANI MELAYU







DEWA DEWI

BANI MELAYU
 Haaaiiii Sakai, akai ada pakai la. Ko tengok betul betul patong lama dewa dewi yg dikatakan hindu, ada rupa orang melayu ke atau keling. 
Tak acilah kalu mata rabun dan jgn guna tat tat masuk otak ya. Kesian ko tak kenal rupanya siapa melayu ini sebenarnya, bangsa ko sendiri. Habis tidak pun jgnlah jadi bangsat. 
on 
ASAL USUL
 SEMBAHYANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/09/20

Wa

MAMAT PUNTING






MAMAT PUNTING
Mamat ni nonggok kek Chomomoi ..selalu morayau hinggo ko Lakai, Kongkoi, Kenaboi, Petaseh, Talang carik potai ..Lopeh juwa potai, biaso dio ko Bahau - Paris Of Nogori - ..tu foto ambik kek Bahau, foto konangan tongah MONJILAT. Mamat ni konal Tuan Haji Isa. 
on 
DAPAT HADIAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 17:50

Zah

TEKNO FASISMA






TEKNO FASISMA 
TT, lu sakai lah. Dunia hari ini sudah teknologi. Britain ada lebih 1.5 juta kamera intip di merata-rata tempat dalam negara. Amerika dah lama guna kamera intip dan teknologi cam muka. Jepun juga. China merah dah mula guna teknologi cam muka, bukan untuk tindas rakyat, tapi untuk kemudahan mentadbir.  
Yang langgar undang-undang, cepat ditangkap. Malaysia pun dah guna teknologi cam muka. Lu cuba guna auto-gate kat KLIA. Tak payah guna cap jari, kamera cam muka. 
on 
REJIM GANAS 
TINDAS RAKYAT SENDIRI 
KEMUDIAN...
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:48

“Se

OLIGARKI FASISL




CHINA MERAH

OLIGARKI FASIS 
Dia bukan sosialis lagi tt.sudah jauh meninggalkan wasiat wasiat Mao. China merah adalah fasis yg pakai jubah sosialis bagi raih sokong,beriman dgn kapitalis utk laba sendiri dan pusatkan wang pada satu pulau manusia oligarchy. 
China adalah kelab dewa dewi oligarchy fasis.manusia lain adalah hamba.bukan abam pun menuju ke arah itu?berjubah agama,menjual nama bangsa walhal dia kumpulkan kelab anak anak ikan? 
on 
INI BUKTI 
BAHAYA CHINA MERAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/09/20

“Se

SEBELUM BANGUAN MELAWAN






SEBELUM BANGUN

MELAWAN WAJIB

 PENCERAHAN  
aku tak peduli sekarang ni... mana2 politikus yang menentang china merah aku akan sokong.. dulu masa PRU madey macam acah2 nak lawan china merah tapi bila jadi PM dia tone down.! sekarang kita ada menteri luar bodoh... menteri luar sebelum ni pun bodoh.. 
lepas tu dapat yang lebih bodoh.! nota: DAP ejen china merah yang nyata... yang tak nyata kita harus cari.. siasat tali barut dalam kerajaan.. ahli perniagaan.. dan lain2! 
on 
INI BUKTI BAHAYA
 CHINA MERAH
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 16/09/20


kita ada menteri luar bodoh... suka bontot (menurut wikileaks) dan air sauh... di malaysia ni ramai ejen china merah... geng cukong rata-rata pro china merah...! 
on
 INI BUKTI BAHAYA 
CHINA MERAH
Ketua Pengarang
on 16/09/20

Gig

DAPAT HADIAH






DAPAT HADIAH
tolong cari sapa mamat tu.. 
guna nak bagi hadiah. 
on 
GAMBAR
 SIAPA INI ?
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 16/09/20

H

IJAZAH INTERNET




IJAZAH

SEKILO 2 KUPANG 

 Fake degree dah satu hal. Tapi dalam banyak2 universiti, GLOBAL UNIVERSITY, Northern California jugak pilihan dia.

Padahal Global University ni tak ada pengajian dalam MBA (Master in Business Administration), sebaliknya, jika dirujuk kepada websitenya di https://globaluniversity.edu/, jurusan yang ditawarkan hanya dalam bidang BIBLE dan THEOLOGY (Christian education).

Dalam bahasa lainnya, Global University hanya untuk melahirkan paderi dan pastor kristian!

Mungkin universiti betul, degree yang di fake kan kot. Kot laaaaa...

REJIM GANAS TINDAS RAKYAT SENDIRI KEMUDIAN...





REJIM GANAS
MULA TINDAS RAKYAT SENDIRI
KEMUDIAN KE LUAR NEGARA

INI BUKTI BAHAYA CHINA MERAH




TT SUDAH

LAMA BERI

AMARAN

AMIN

INI HANYA

SATU

 BUKTI KECIL 

BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN 



Isu syarikat China kumpul data rakyat Malaysia diserah kepada polis, SKMM

SIASATAN terhadap dakwaan syarikat China mengumpulkan data 1,400 rakyat Malaysia dan pesawat Amerika Syarikat (AS) menyamar sebagai pesawat Malaysia diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata maklumat mengenai siasatan perkara berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum kerana jika ia maklumat palsu maka hubungan baik Malaysia dengan negara-negara yang didakwa terlibat akan terjejas.

“Saya masih belum memperolehi maklumat lengkap tetapi yang penting banyak perkara yang perlu disiasat terlebih dahulu.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah agensi berita antarabangsa bahawa sebuah syarikat China yang mempunyai kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan di negara itu dilaporkan mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.


CHINA MERAH

BUKAN NEGARA

SOSIALIS

AMIN

JANGAN SILAP

CHINA MERAH

NEGARA 

KAPITALIS

KINI BERMULA

UNTUK JADI 

KUASA 

IMPERIALIS

AMIN

KELANTAN REJEK





KELANTAN REJEK

Buah busuk orang Kelantan pun tolak takkan nak jual di Selangor pula walau tukar bakul? Cukuplah, umur pun dah tak sesuai keluar larut² malam. on KES GOYANG
Publish | Delete | Spam
kluangman
on 15/09/20

H

SUSHI LINCIN KETAT




SUSHI 

LICIN KETAT 
setakat cakap je.. makan nasi goreng la, jemu, sesekali nak mkn me rebus, konon.. ckp, babi pun boleh terbang gua pun boleh ckp, sesekali gua mkn sushi, pasta, cheese burger 
on 
MAKAN PUNTING
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 15/09/20

Bua

SAKSI BELOT NAJIB DIPERANGKAP






PEMIMPIN ISLAM

DIPERANGKAP

AMIN

SAKSI BELOT

AMIN

NAJIB BELI

TANAH UNTUK

RUMAH MAMPU

BELI

AMIN

BUKAN MACAM

PROJEK GUAN ENG

RUMAH MAMPU

TENGOK

AMIN 


Najib guna duit 1MDB beli tanah di Pulau Pinang, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa sebahagian daripada wang terbitan bon oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$3 bilion bagi projek hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) digunakan untuk pembelian tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 48, berkata pembelian tanah itu merupakan antara inisiatif Umno ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)  pada Mei 2013.

“Semasa bekas perdana menteri Najib Razak hadir dalam satu kempen di Pulau Pinang, beliau telah menyatakan dalam satu ceramah bahawa tanah yang dibeli akan dimajukan oleh 1MDB untuk membina rumah mampu milik di Ayer Itam, Pulau Pinang,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu.

Mohd Hazem yang memegang jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015 berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam bagaimana beliau mengetahui mengenai dana 1MDB yang digunakan untuk membeli tanah itu,  Mohd Hazem menjawab: “Saya berada dalam majlis ceramah itu.”

Mohd Hazem bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pengambilan tanah berkenaan.

Sementara itu, beliau juga berkata dana AS$3 bilion tersebut  tidak pernah dipersetujui oleh lembaga pengarah 1MDB digunakan untuk membayar hutang syarikat, tetapi diluluskan hanya bagi usaha sama dengan Abu Dhabi-Malaysia Investment Company (ADMIC) dan untuk pembiayaan TRX. 

“Daripada bon AS$3 bilion yang diterbitkan, hanya lebih kurang AS$2.7 bilion sahaja jumlah bersih yang diterima oleh anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL) setelah menolak semua kos pengurusan dan disimpan di dalam akaun 1MDB GIL di Bank BSI Lugano, Switzerland. 

“Sekitar Mac 2013, saya pernah diberitahu oleh peguam 1MDB, Jasmine Loo bahawa dana ini akan dilabur di Bank BSI Singapura. Ketika itu masih belum ada keperluan lagi untuk menggunakan dana kerana 1MDB belum ada projek untuk dibiayai,” katanya.

Saksi itu berkata beliau sedar bahawa keputusan untuk melabur sebahagian daripada AS$3 bilion tersebut di Bank BSI Singapura telah tersasar daripada tujuan asal pengeluaran bon berkenaan iaitu untuk usaha sama pembangunan projek hartanah TRX dan Bandar Malaysia.

“Dana tersebut juga tidak pernah diserahkan kepada ADMIC. Saya mengetahui hal ini kerana saya tahu arahan Jasmine merupakan arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Lo, juga datang daripada Najib,” katanya.

Mohd Hazem berkata pada September 2013, beliau ada menghubungi Jho Low untuk meminta kebenaran membawa balik dana-dana 1MDB yang disimpan di luar negara bagi tujuan pembiayaan pengambilalihan satu stesen jana kuasa gas bebas oleh 1MDB iaitu JIMAH Energy Ventures.

“Jho Low bagaimanapun memaklumkan dana-dana tersebut tidak boleh digunakan kerana ia adalah untuk Umno. Setelah mendengar hal ini, saya pun faham bahawa Najib mengawal kewangan ini untuk tujuan parti Umno.

“Akhirnya, 1MDB terpaksa berusaha mencari pembiayaan yang baharu untuk membayar kos pengambilalihan JIMAH menggunakan pinjaman daripada bank tempatan. Saya berasa kecewa dan risau kerana 1MDB tidak henti-henti meminjam wang sedangkan sudah terlalu banyak wang pembiayaan yang telah dipinjam dan boleh digunakan untuk operasi syarikat terutama sekali wang di luar negara,” kata saksi itu.

Mohd Hazem berkata hingga beliau meletakkan jawatan sepenuhnya di 1MDB, masih terdapat wang dalam akaun 1MDB GIL yang mana separuh telah dilaburkan oleh pengurus dana di BSI Singapura. 

“Wang ini juga ada digunakan pada pertengahan 2013 untuk membeli tanah Ayer Itam Estate Lands di Pulau Pinang lebih kurang RM1 bilion, membayar balik hutang bank Standard Chartered lebih kurang RM2 bilion dan mungkin juga ada digunakan untuk beberapa kos-kos untuk membayar faedah pinjaman yang lain.

“Saya tidak mempunyai akses dan kawalan ke atas dana ini walaupun saya merupakan CEO dan saya berkali-kali membuat permintaan kepada Jho Low untuk membawa pulang dana  tersebut untuk membiayai keperluan 1MDB,” katanya.

Menurut Mohd Hazem, maklum balas yang diterima daripada Jho Low ialah dana itu tidak dapat dibawa pulang kerana ia merupakan keperluan Umno. 

“Tetapi saya telah dimaklumkan oleh pengerusi 1MDB ketika itu, Lodin Wok Kamaruddin bahawa Najib tidak membenarkan dana ini dibawa pulang. Walaupun tiada sebab jelas diberikan, saya harus patuhi perkara ini kerana ia datang daripada Najib. 

“Jadi saya faham bahawa sememangnya semua perkara ini adalah dalam pengetahuan beliau dan saya perlu mematuhi arahan tersebut,” katanya.

Berkenaan usaha sama ADMIC, Mohd Hazem berkata antara perkara yang dirancang Jho Low bagi mempercepatkan terbitan bon untuk projek itu ialah meletakkan terma-terma dalam kertas kabinet untuk sumber pembayaran balik hutang sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Hal ini jelas bahawa Najib mengetahui perkara tersebut. Saya menerima makluman itu melalui e-mel pada 6 Feb 2013 manakala kemas kini kepada Najib telah dibuat pada 5 Feb 2013.

“Secara kesimpulannya, saya dapat katakan ia sememangnya telah diatur dengan cara yang sangat tersusun oleh Jho Low atas arahan dan kelulusan Najib dan beliau mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap tindakan Jho Low,” katanya.

Saksi itu berkata perkara tersebut dapat dilihat dari segi pengeluaran surat sokongan yang mana tanpa kebenaran dan kelulusan Najib  tidak dapat dikeluarkan dengan sela masa yang sangat singkat.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama, 15 September, 2020.


SAKSI BELOT

NAK SELAMATKAN

DIRI

AMIN

NAMPAKNYA

NAJIB AKAN 

KENA LAGI

LAGI

AMIN


ROSMAH BUKAN SURIRUMAH






ROSMAH BUKAN

SURIRUMAH 

ROSMAH SUAMI  
Rosmah dah pass masalah ni pada najib. Hukuman najib akan bertambah. Rosmah akan terlepas dari hukuman sebab dia cuma seekor surirumah. Bila najib masuk penjara nanti, rosmah boleh cari pucuk muda. Sakai boleh try janda kaya ni nanti. on 
ROSMAH
 MAKIN DIDESAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/09/20

Wa

TUKAR TIUB DAHH BERI AMARAN





DAH BERI

AMARAN 

Isu syarikat China kumpul data rakyat Malaysia diserah kepada polis, SKMM


BERITA MENYUSUL



KELENTIT ATAS








KELENTIT ATAS
TT lu pun mau hina Rosmah aaaa ..itu foto lu tarok gigi manyak kicik, gwa mati2 ingat foto Kelentit. Gigi Rosmah yang real ada 4 batang je, 2 atas 2 bawah ..Lu kono siarkan balik foto yang ORI. 
on 
ROSMAH 
MAKIN DIDESAK
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 15/09/20

De

AJEN JO LOW BELI TANAH





TANAH SAPA 


Najib guna duit 1MDB beli tanah di Pulau Pinang, kata saksi


BERITA MENYUSUL



GAMBAR SIAPA INI ?





GAMBAR SAPA? 
Gambar sapa 
yg makan punting tu, sakai? 
Kahkahkah
 on
 MAKAN PUNTING
Remove content | Delete | Spam
Anonymous
on 16/09/20

ma

TENGKIU BRO





TENGKIU BRO
BILA KAMU GUNAKAN
DAN DAN DAN
INI STAIL PENULISAN 
 SAKAI PERKENALKAN 
Manusia gagal jer yg ikut style sakai. Gagal dlm hidup, lepas tu hasut org lain utk turut gagal. Sakai tak bantu bina sistem tapi asyik salahkan sistem. Tak bagi pandangan, cuma tau kutuk. Sebagai manusia pun sakai dah gagal, sebagai rakyat pun gagal jugak; tak bayar cukai, tak mengundi dan dan dan.
 on 
SEMUA KINI IKUT
 STYLE KAMU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/09/20

G

BIJAK






BIJAK 
makan apa pun mesti bayar, jgn lari.. kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.. ombak dtg jgn lari.. bila ombak dah reda kau ckp kau pandai berenang?? 
on 
ENTOT BINI 
SEPANJANG TAHUN
Publish | Delete | Spam
Unknown
at 17:41

a

BERKHALWAT KE HARI 183






KHALWAT 183

RABU 16/9/2020
KITA BERKHALWAT MASUK
KE HARI  183 

HARI INI HARI KEMATIAN
CHIN PENG
HARI INI KITA CUTI
MEMPERINGATI PERJUANGAN 
PARA NASIONALIS 
YANG ANGKAT SENJATA
MELAWAN  KOLONIAL INGGERIS

DUNIA MASIH HURU HARA
GUA BACA DI EROPAH
MAKIN RAMAI KENA KOBID
AMERIKA SAREKAT
KOBID JADI AJENDA KEMPEN
TRUMP DITUDUH
GAGAL MENANGANI KOBID

PAGI INI HOKKIEN BASAH
UDARA LEMBAB
HUJAN KELMARIN
MENGUMBIRA CENGKERIK

PAGI INI TERDENGAR
JANTAN BERKOKOK
DAH LAMA HILANG
ENTAH MERAYAU KE MANA
ADA DUA EKOR PAGI INI
DI BUKIT YANG  ASING
SATU MACAM SENIOR
KOKOK   INDAH
SATU BARU NAK BELAJAR
SUARA KASAR

HIDUP INI
BUKAN SENTIASA TERBUKA
UNTUK KITA MELAKUKAN
APA YANG KITA SERONOK BUAT
HIDUP INI IALAH
APA YANG WAJIB
 KITA LAKUKAN

HIDUP INI SUSAH
JIKA DITANYA 
APAKAH KITA BERANI 
MENENTANG SUSAH
JIKA JAWABNYA BERANI
MAKA KITA DAH MENANG

KITA INI BUKAN KITA
YANG DIKATAKAN OLEH ORANG LAIN
KATA ORANG SELALUNYA  TAK BETUL
KITA ADALAH KITA
HASIL DARI APA YANG 
KITA LAKUKAN
APA ORANG LAIN KATA
TENTANG KITA SABENRANYA
ADALAH GAMBARAN PERANGAI  MEREKA
JANGAN SEKALI BENARKAN
DIRI KITA MENURUT 
GENDANG ORANG LAIN
BUKAN TUGAS KITA
UNTUK HIDUP
MENGIKUT CAKAP ORANG 

JANGAN JADI LEMBIK
KERANA  TAKUT APA AKAN JADI
PADA DIRI
LAWAN TAKUT DENGAN
MENGHADAPI TAKUT

TETIBA KECILAKAAN SAMPAI
JANGAN ANGGAP INI CILAKA
LINTASI IANYA SEBAGAI LABA

SOSOK YANG BIJAK
IALAH SOSOK YANG PANDAI
MEMILIK APA YANG
PERLU DILIHAT

KEGELAPAN TANPA PENCERAHAN
IALAH PUNCA TAKUT
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT