SEBELUM
JATUH HUKUM
Sebenarnya
pagi Senin 9 Febuari 2015 aku tidak mahu menulis apa-apa. Hati
aku bagitu berat untuk melakar satu tulisan.
Dalam
tulisan aku minggu lalu - aku telah berjanji untuk memberi
pencerahan tentang janji-janji sulit Persempadanan Semula. Aku ingin
bersurah tentang janji-janji gelap yang telah dilakukan oleh pemimpin
sebuah politik disebuah kota sejuk yang amat jauh dari Malaysia. Aku
batalkan niat ini.
Lalu
aku ambil keputusan untuk menulis tentang Hari Penentu. Pagi esok 10
Febuari 2015 adalah hari penentuan. Anwar Ibrahim akan ditentukan
sama ada Anwar akan masuk penjara atau terus bebas. Sebenarnya
esok bukan untuk Anwar Ibrahim. Hukuman untuk Anwar telah ditetapkan
lama dahulu. Esok adalah hari penentun untuk kita – warga Malaysia.
Esok
adalah hari pengumuman masa depan untuk 30 juta warga Malaysia. Esok
ialah Hari Penentu sama ada Malaysia berada dilandasan yang tepat.
Atau Malaysia terus tergelincir merundum untuk menjadi Negara Gagal
atau Failed State.
Tulisan
yang aku tulis ini akan muncul esok. Ianya akan dicetak malam ini.
Akan diedar untuk menemui pembaca pada petang Selasa – petang Hari
Penentuan. Ketika tulisan ini boleh dibaca – semuanya telah
selesai. Penentu telah ditentukan.
Jadi,
aku pun bertanya - apakah yang aku tulis akan memberi makna. Atau
ini hanya luahan perasaan. Agak susah juga jari aku untuk terus
mengetik menyususn huruf-huruf untuk dijadikan ayat. Hati aku
merasa bagitu berat.
Ingin
aku nyatakan bahawa dalam tulisan ini aku BUKAN membuat ramalan.
Aku bukan nujum. Aku membuat keputusan, aku mengeluarkan pandangan
secara rasional. Semua pandangan dan rumusan berasaskan fakta-fakta.
Rumusan aku bukan aku temui melalui mimpi. Bukan dengan menilek
air dalam pingan. Jauh sekali dengan bantuan jin. Aku seorang
rasionalis pengikut tegar Rene Descartes – Aku berfikr maka Aku
wujud – je pense donc je suis.
Umum
mengetahui bahawa Liwat Pertama ialah satu konspirasi untuk
menjatuhkan dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Konspirasi ini amat
jelas. Atas arahan Anak Lelaki Iskandar Kutty semua jentera daulah
telah bergerak untuk memastikan Anwar Ibrahim diketepikan dari tampok
kuasa. Media, polis, mahkmah dan lembaga kehakiman semuanya
bersubahat memenjarkan Anwar Ibrahim.
Kepada
yang mengikuti sejarah pasti telah terbaca bagaimana Azizan Abu
Bakar telah ditanya sama ada dia telah diliwat oleh Anwar atau tidak.
Kepada yang lupa biar aku ingatkan. Si Azizan ini telah menjawab
sebanyak TIGA kali. Si Azizan telah menafikan yang dia diliwat.
Walau pun mangsa menafikan tetapi Anwar masih dipenjara.
Dari
pembacaan - aku diberitahu bahawa lembaga mahkamah ini juga adalah
sebahagian dari jentera daulah. Awalnya aku agak was-was. Tidak
bagitu yakin akan hakikat ini. Tetapi kes Anwar Ibrahim ini telah
membuktikan bahawa dalam Dunia Negara Ketiga Lembaga Kehakiman hanya
digunakan sebagai wayang untuk mengolah persetujuan orang ramai.
Justeru
empat belas tahun dahulu - pada 14 April 1999 mahkamah telah tunduk
untuk menjadi alat kepada kuasa yang memerentah. Anwar Ibrahim
dipenjarakan walau pun tanpa bukti yang meyakinkan. Umum akan
teringat bagaimana saban hari TILAM telah dibawa berulang alik ke
mahkamah . Tilam ini dikatakan akan dijadikan bahan bukti. Sampai ke
hari ini Sang Tilam tidak pernah masuk masuk mahkamah. Jelas Sang
Tilam hanya pelakon pembantu dalam sebuah teater. Tilam membantu
mahkamah mengolah persetujuan orang ramai.
Lalu
aku bertanya : apakah hari ini lembaga kehakiman Malaysia ini telah
berubah?
Jika
kita ikuti perbicaraan kes rayuan Anwar Ibrahim yang dijalankan
tahun lalu – maka kita akan tersenyum puas hati. Malah satu babak
dalam kes rayuan ini telah aku jadikan bahan ketika aku mengadakan
Lawak Berdiri.
Biar
aku kesahkan: Saifol yang diliwat telah menyumbat lubang juburnya
dengan plastik selama tiga hari. Dalam masa tiga hari ini Saifol
telah pergi ke rumah Najib. Bertemu dengan Najib dan Rosmah kerana
mahu meminta biasiswa. Kemudian datang kembali ke Pejabat Anwar
Ibrahim untuk menjalankan tugas. Semua ini dilakukan ketika juburnya
masih tersumbat dengan plastik yang dikatakan mengandungi air mani
Anwar Ibrahim.
Dalam
mahkamah telah dibuktikan ada lebih dari tiga DNA air mani yang
berbeza telah ditemui dalam plastik jubur Saifol. Adakah air mani
Anwar Ibrahim beranak dan bercucu dalam masa tiga hari itu?
Apabila
Tuan Peguam Bela menimbulkan soalan ini Tuan Pendakwa telah bangun
menjawab. Tuan Pendakwa telah menerangkan 3 lagi DNA itu mungkin
masuk ke dalam jubur Saiful ketika Saifol terberak. Aduh! Jika ini
bukan lawak maka aku tidak tahu apa lagi yang boleh dilawakkan.
Satu
jawapan ini saja akan memandulkan semua hujah Tuan Pendakwa. Buang
kes. Tetapi!
Tetapi
apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah ianya bukan untuk
penghakiman. Ianya hanya satu sandiwara untuk mengolah persetujuan.
Justeru jika mahkamah itu adil, jika mahkamah itu membuat keputusan
melalui bahan bukti, jika mahkamah mahu mencari salah benar maka aku
amat yakin esok 10 Febuari 2015 Anwar akan bebas. Tetapi kes ini
bukan tentang keadilan.
Pertuduhan
liwat terhadap Anwar Ibrahim ini bertujuan untuk mematahkan Pakatan
Rakyat. Tuduhan ini bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika
Anawar dipenjara maka Parti Keadilan Rakyat akan kucar bin kacir.
Ini akan diikuti pula dengan runtuhkan setiakawan antara DAP, PAS
dan PKR. Ertinya Anwar perlu dipenjarakan untuk memusnahkan Pakatan
Rakyat.
Memusnahkan
Pakatan Rakyat ini penting. Dengan runtuhnya kerjasama tiga parti
politik dalam Pakatan bermakna United Malays National Organisation
akan terus berkuasa. Khalas. Period.
Pada
6 Disember 1975 – Presiden Gerald Ford dari Amerika mengakhiri
lawatan resmi ke Indonesia. Esoknya pada 7 Disrember 1975 bala
tentera Indonesia telah masuk menyerang Timur Leste dan menawan pulau
ini. Lebih dari 60,000 warga Timur Leste mati dibunuh oleh serangan
soldadu Indon. Antara 80,000 ke 100,000 warga telah dikurung dalam
penempatan baru yang senang dikawal dan diawasi.
Pasti
pembaca akan bertanya – kenapa aku menulis tentang ini?
Biar
aku terang makna 'kesah Presiden Ford' kerana ianya amat penting
untuk memahami apa yang akan berlaku pada 10 Febuari 2015.
Apakah
pembaca lupa dimana Najib Razak berada ketika banjir melanggar
Kelantan? Pada 27 Disember 2014 Najib sedang bermain golf dengan
Barack Obama. Ketika mencari bola, ketika berjalan diatas rumput –
apa agaknya yang dibincangkan. Apa cadangan Obama? Apa jawapan Najib.
Kita tidak akan dapat tahu. Mustahil kita akan tahu.
Ini
sama juga dengan apa yang berlaku diantara Presiden Ford dengan
Jeneral Suharto. Dalam jamuan makan malam - apa yang dikesahkan?
Dalam pertemuan empat mata – apa yang dibincangkan? Kita tidak tahu
apakah Presiden Ford telah diberitahu tentang rancangan Suharto untuk
untuk menyerang dan menawan Timur Leste?
Babak-babak
saperti ini dinamakan – pekara tidak tahu yang kita tahu. Ada juga
pekara tahu yang kita tidak tahu. Dan ada juga pekara tidak tahu
yang kita tidak pernah tahu.
Maka
disini aku memaksa diri aku menulis ayat ayat songsang. Kerana aku
tahu makna ayat-ayat ini. Aku membawa surah-surah cacat kerana aku
tahu ada yang aku TIDAK tahu. Kita tahu yang Najib telah berjumpa
Obama. Tapi kita tidak tahu apa yang mereka labonkan.
Kerana
ini aku dengan penuh berat hati berpendapat bahawa Najib boleh
melakukan apa sahaja kepada Anwar Ibrahim. Ini sama saperti yang
dilakukan oleh Suharto kepada Timur Leste. Suharto telah melakukan
apa yang dimimpikannya ke atas sebuah negara yang merdeka. Persepasi
dunia ialah Suharto telah mendapat lampu hijau dari Presiden Ford.
Dengan memukul bola golf bersama Obama - Najib juga telah melahirkan
persepsi yang sama.
Pasti
ada yang bertanya kenapa perlu Presiden Amerika diberi tahu? Apa
pentingnya Ford atau Obama? Dalam surah politik dunia hari ini –
Malaysia adalah sebuah negara dibawah taklok Empire Amerika. Malah
dengan Najib sebagai PM menjadikan Malaysia ini tempat keluar masuk
soldadu Amerika untuk bercanda-canda tanpa sengan silu. Justeru
sebagai negara dibawah taklok maka adalah bijak untuk Najib berjumpa
dengan Emperor terlebih dahulu sebelum mengambil langkah-langkah
politik.
Surah
dan ayat songsang ini wajib aku akhiri. Lalu secara rasional sebagai
pengikut Rene Descartes aku menyoal diri aku sendiri. Apa yang akan
aku dilakukan jika aku Najib. Apa tindakan rasional jika aku mahu
Pakatan Rakyat runtuh.
Jawabnya:
secara rasional inilah saat dan ketika yang terbaik. Pakatan Rakyat
dalam keadaan yang paling lemah. PKR masih dalam suasana salepas
perang. Jika aku Najib maka aku akan masukkan Anwar ke penjara esok
pada pagi Selasa 10 Febuari 2015.
Berat
jari untuk aku mengakhiri tulisan ini. Berat lagi hati keluarga
Anwara Ibrahim yang tahu malam ini ialah hari hari akhir untuk
melihat Anwar sebagai sosok bebas. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN pagi ini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon : 03-92-21-30-45
----------