Sabtu, 25 Mei 2024

ANTONY LOKE CAKAP BENAR


ANTONY LOKE

CAKAP BENAR

AMIN

BLACKROCK KERJA

ANWAR IBRAHIM

KHALAS 

TEATER BLACKROCK ANWAR JADI BERITA DUNIA


TEATER BLACKROCK ANWAR

JADI BERITA DUNIA

AMIN 

ANWAR NAK DATANG PASAR CHOW KIT ?


ANWAR NAK DATANG

PASAR CHOW KIT?

KAH KAH KAH

KHALAS

BILA KEPUTUSAN KES ROSMAH ?


1MDB: Itu bukan tandatangan Najib – Pendakwaan


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bagaimana pasukan pendakwaan mewakili Najib Razak menyatakan bahawa tandatangan yang tertera pada lima resolusi pekeliling (DCR) bukan milik bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapoun, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin tidak bersetuju dengan perkara itu apabila beliau disoal Peguambela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhurddin.

Wan Azwan berkata, tandatangan Najib tidak sepadan pada lima dokumen DCR untuk 1MDB mendapatkan pinjaman AS$975 juta daripada Deutche Bank AG.

Peguam tersebut membandingkan tandatangan pada lima dokumen itu engan dokumen lain yang mempunyai tandatangan Najib yang disahkan.

Nur Aida berkata, kesemua tandatangan itu serupa dan ia milik Najib.

Wan Azwan: Saya cadang kepada anda, pergerakan tandatangan adalah dari kanan kemudian kiri. Jadi adakah anda setuju bahawa ini bukan tandatangan Datuk Seri Najib?

Aida: Tidak. Tandatangan ini sama.

Wan Azwan: Tidak, saya kata tandatangan-tandatangan ini tidak sama dengan Najib. Adakah anda setuju sebenarnya tandatangan  Najib dipalsukan untuk mengelirukan Lembaga Pengarah 1MDB bagi tujuan luluskan transaksi ini?

Aida: Saya tidak setuju.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Pada 2014 1MDB membuat pinjaman sebanyak AS$975 juta untuk membeli balik saham syarikat pelaburan Malaysia itu dalam Aabar Investment PJS. MalaysiaGazette



LIMA TERLIBAT

KES 1MDB DAH

DIDAPATI BERSALAH

AMIN

ADA KENA DENDA

ADA KENA JIL

AMIN

MUSTAHIL KEPALA

PENYAMUN AKAN

BEBAS

AMIN

JIKA BEBAS INI

BETUL DILUAR

TABII

KHALAS

TIPU JUAL AGAMA



Awas scammer badal, visa dan pakej haji


LAPORAN mengenai sejumlah warga Malaysia yang terkandas di Mekah kerana ingin mengerjakan haji tanpa visa haji sangat mengejutkan. Ini ditambah lagi dengan skandal yang melibatkan pakej badal haji yang meragukan dan pakej haji yang mengelirukan.

Di samping itu, terdapat juga segelintir jemaah umrah yang tidak kembali ke tanah air pasca mengerjakan ibadat umrah untuk meneruskan ibadah haji tanpa visa haji. Di negara jiran dilaporkan bahawa sejumlah 100,000 jemaah umrah tidak kembali ke Indonesia kerana ingin meneruskan ibadah haji.

Secara asasnya, setiap tahun wujud isu yang berulang, iaitu adanya rangkaian jenayah dalam perlaksanaan rantaian ibadah haji. Jelas, bahawa minda jenayah akan melihat setiap peluang dan ruang yang ada walaupun ia melibatkan ibadat yang disyariatkan Allah.

Ia adalah peluang perniagaan yang lumayan kerana melibatkan jumlah keuntungan yang besar. Keterujaan umat Islam dalam memenuhi tuntutan ibadah haji, telah membuka ruang kepada pelbagai bentuk penipuan. Golongan penipu pula menjanjikan bulan dan bintang dengan harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

Pertama, penipuan berkaitan dengan perkhidmatan badal haji. Dalam Islam, haji merupakan rukun Islam yang kelima. Ia adalah kewajipan bagi setiap orang Islam yang mampu secara fizikal, kewangan dan keselamatan. Jadi orang yang tiada kemampuan mengerjakan ibadah haji kerana alasan kesihatan atau telah meninggal sebelum sempat mengerjakan haji, ahli waris boleh memanfaatkan perkhidmatan badal haji.

Berikutan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan badal haji, banyak pihak berlumba-lumba menawarkannya kepada umat Islam. Mereka mengambil kesempatan di sebalik ketulusan waris atau keluarga yang ingin melaksanakan badal haji. Modus operandi biasa yang digunakan adalah dengan menawarkan harga yang murah dan tidak masuk akal, iaitu antara RM2,000 hingga RM3,000. Pihak penyedia pakej badal haji hanya menyertakan sekeping gambar berserta cenderamata tanda ibadah badal haji telah disempurnakan tanpa bukti kukuh bahawa ia telah dilaksanakan.

Dalam hal ini, harga khidmat badal haji yang ditawarkan adalah tidak realistik. Bayangkan jumlah bayaran pakej haji oleh Tabung Haji bagi golongan B40 buat masa ini adalah RM12,356 (hanya 37% daripada keseluruhan harga RM33,300. Ditambah lagi keperluan memiliki visa dan permit (tasrih) haji.

Visa haji diperolehi secara percuma melalui kuota yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia, manakala visa furada atau mujamalah dikenakan jumlah bayaran tertentu. Bagi penduduk tempatan atau visa berbayar, bayaran permit haji boleh mencapai harga SAR4,000.00 dan lebih. Jumlah ini belum merangkumi kos pengangkutan, penginapan dan makanan serta upah.

Jadi bagaimanakah pihak scammer boleh menawarkan harga pakej badal haji yang tidak munasabah? Sama ada ingin menggunakan jemaah badal haji dari Malaysia, atau warga asing, atau penduduk setempat di Mekah dan Madinah, atau pekerja asing atau pelajar di sana, harga yang ditawarkan oleh pengendali tersebut adalah tidak masuk akal.

Ini disebabkan ibadah haji hanya boleh dilakukan sekali sahaja dalam satu musim haji. Berbanding dengan badal umrah, ia boleh dilakukan berulang kali dalam tempoh sehari. Namun begitu, golongan ‘scammer’ juga licik dalam memanipulasikan harga. Mereka boleh juga menawarkan harga yang mahal, tetapi badal haji tidak juga dilaksanakan.

Kedua, penipuan visa haji. Setiap tahun Tabung Haji akan memperolehi jumlah kuota haji yang khusus daripada kerajaan Arab Saudi. Di samping visa rasmi tersebut, terdapat juga visa mujamalah dan visa furada yang dikeluarkan oleh kedutaan Arab Saudi. Ia melibatkan budi bicara dan jumlahnya sangat terhad.

Perniagaan visa haji sangat menguntungkan bagi pihak ketiga kerana ia ibarat berniaga atas angin, tanpa modal yang besar tetapi boleh dijual kembali kepada pengguna dengan harga berlipat ganda. Sebagaimana kita sedia maklum, permintaan visa haji sentiasa tinggi pada setiap tahun.

Ketiga, penipuan pakej haji. Dalam hal ini, ada beberapa situasi. Kes pertama, ada jemaah yang tertipu dengan tawaran visa furada atau visa mujamalah oleh syarikat tetapi ia adalah visa palsu. Mereka ditipu dengan menggunakan visa pelancong untuk ke Tanah Suci. Dengan visa pelancong, mereka boleh masuk ke Tanah Haram, tetapi bila kemuncak pelaksanaan ibadah haji, pihak berkuasa Arab Saudi akan mengawal ketat kawasan ibadah haji.

Mereka terperangkap apabila ingin melakukan ibadah haji kerana visa yang dipalsukan oleh syarikat. Umpamanya pada tahun 2022, sebanyak 132 laporan polis dilakukan berkaitan kes penipuan pakej haji menggunakan visa furada yang melibatkan kerugian sebanyak RM5.67 juta.

Kes kedua, ada percubaan yang dirancang oleh kedua pihak sama ada syarikat dan jemaah yang cuba menggunakan helah tertentu bagi mengerjakan haji. Mereka bersepakat untuk berangkat mengerjakan haji dengan menggunakan visa pelancong atas risiko masing-masing. Setakat hari ini, dilaporkan seramai 300 orang jemaah yang terkandas di Mekah.

Mereka tidak boleh bergerak bebas kerana risiko tertangkap oleh pihak berkuasa. Mereka pergi menggunakan visa pelancong dan dijanjikan oleh penyedia pakej untuk mendapatkan visa haji di sana. Mereka kini terperangkap dalam bangunan hotel.

Selain itu, keghairahan umat Islam melaksanakan ibadah haji secara DIY turut menyumbang kepada peningkatan kes penipuan di musim haji. Apabila Haji DIY mereka terkandas, ia meninggalkan pengalaman ngeri buat mereka. Sebaliknya, jika Haji DIY berjaya, mereka akan berkongsi segala tips dan strategi kepada masyarakat pasca pulang dari mengerjakan haji.

Hakikatnya, ibadah haji menjanjikan pulangan berstatus mabrur. Tetapi jika ia dilakukan dengan melanggar peraturan dan arahan pemerintah setempat dan Arab Saudi, di samping melangkaui konsep “kemampuan” yang telah ditetapkan Islam, ia boleh memberi implikasi sebaliknya. Dalam al-Quran, surah Ali Imran, ayat 97, Allah menegaskan: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan Baitullah, iaitu sesiapa mampu sampai kepadanya.”

Berdasarkan ayat ini, ulama menggariskan kemampuan sebagai syarat bagi mengerjakan haji. Namun begitu, jika seseorang Muslim tidak mampu mengerjakannya, maka kewajipan terhadapnya akan terangkat.

Perbuatan menipu dalam perniagaan juga adalah dilarang dengan tegas dalam Islam. Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” (HR al-Tirmizi)

Dalam penawaran pakej badal haji yang palsu, penipuan dan pemalsuan visa serta pakej haji adalah termasuk dalam urusniaga yang dilarang syarak. Apatah lagi ia dilakukan dalam bulan-bulan yang haram seperti Zulkaedah dan Zulhijjah, maka tentunya balasan azab dan dosanya adalah berganda.

Begitu juga dalam kes penipuan visa pelancong dan umrah untuk mengerjakan ibadah haji, ia turut dilarang. Bahkan, dari segi perundangan Arab Saudi, orang yang ditangkap kerana tidak mempunyai visa dan permit haji akan dikenakan denda sebanyak SAR10,000 dan akan dihantar kembali ke negara asal, disenaraihitam, serta tidak dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah dalam satu tempoh tertentu.

Sehubungan dengan itu, dalam beribadah, carilah keberkatan dan keredaan Allah agar memperolehi ibadah mabrur. Patuhilah arahan dan peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Jangan menimbulkan persepsi yang buruk kepada pihak kerajaan dan Tabung Haji yang berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah.

Bagi individu yang mendapat visa furada, mereka boleh menggunakan perkhidmatan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen agar tidak tertipu. Bagi umat Islam, jangan terpedaya dengan penawaran pakej badal haji yang tidak munasabah. Pilih dan telitilah khidmat badal haji yang dipilih dengan terperinci dan berintegriti agar tidak menjadi mangsa aktiviti scammer.

Sesungguhnya, rantaian jenayah ini perlu diputuskan. Semoga semua tetamu Allah memperolehi haji mabrur. – 24 Mei, 2024.

 Dr Mohd Anuar Ramli 
Jabatan Fiqh dan Usul,
 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
WOIT

NAK BERAMAL

PUN ADA SCAMMER

AMIN

ADA USTAD

JUAL AGAMA

YANG INI PUN

JUAL AGAMA

KAH KAH KAH

AMIN

SAPA UNTUNG BILA FAISAL HALIM CEDERA ?



Faisal Halim dibenar keluar hospital hari ini


KUALA LUMPUR – Selepas 20 hari menerima rawatan, bintang Selangor FC, Faisal Halim dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Menurut kenyataan Selangor FC, Faisal dibenarkan keluar selepas pemerhatian daripada doktor pakar bertugas mengenai rawatan dan pemulihan pemain yang sangat positif selepas melalui empat pembedahan.

“Pihak kelab dengan penuh kesyukuran ingin memaklumkan bahawa Faisal Halim telah didiscajkan dari hospital setelah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan luka lecuran tahap empat, kesan daripada simbahan asid tempoh hari.

“Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal Halim daripada kecederaan serius ini amat luar biasa dan menjangkaui jangkaan semua pihak,” katanya.

Tambahnya, Faisal kini memasuki fasa rawatan seterusnya bagi proses pemulihan.

“Pihak kelab dan keluarga Faisal Halim memohon agar semua pihak dapat memberi ruang dan privasi untuk beliau melalui proses pemulihan ini dengan sebaiknya. Mari kita bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan yang sepenuhnya buat Faisal Halim dan semoga belia dan keluarga terus diberikan kekuatan mengharungi waktu yang sukar ini,” ujarnya.

Faisal yang juga pemain sayap Harimau Malaya mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu. – MalaysiaGazette

SELAMAT SEHAT

BOLEH BANTU

POLIS TANGKAP

PENYERANG

AMIN

KES MUDAH

SELESAI

AMIN

CUI BONO

SAPA UNTUNG

LU DICEDERAKAN

AMIN

KHALAS

PBB PERLU HANTAR ASKAR KE GAZA



Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan Israel kepada Majlis Keselamatan

NEW YORK –  Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat mengumumkan beliau akan menghantar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap serangan Israel ke atas Rafah kepada Majlis Keselamatan PBB.

Jurucakap Setiausaha Agung itu, Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa Guterres  akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dujarric berkata, Guterres menekankan “keputusan mahkamah itu adalah mengikat dan yakin pihak terlibat akan mematuhi arahan mahkamah itu,”.

Berikutan rayuan Afrika Selatan, ICJ membuat keputusan berdasarkan undi 13-2 bahawa Israel mesti menghentikan serangan tenteranya  dan langkah-langkah lain di Rafah dengan segera dan membuka laluan sempadan Rafah untuk penghantaran bantuan kemanusiaan di semenanjung itu yang dikepung.

ICJ juga mengarahkan Israel supaya memastikan akses sepenuhnya suruhanjaya atau badan siasatan yang mendapat mandat PBB untuk menyiasat dakwaan berlakunya genosid dan  melaporkan kepada mahkamah itu kemajuannya dalam melaksanakan langkah itu.

Perintah ICJ mengikat dari segi undang-undang tetapi kekurangan mekanisme untuk penguatkuasaan, selain tiada ketetapan atau gesaan dibuat pada Jumaat supaya satu gencatan senjata menyeluruh dilaksanakan. – Bernama-Wafa


MASA TELAH

TIBA WAJIB

GUNA KAEDAH 

BARU

AMIN

JIKA TNENTERA

DI PERLUKAN

MAKA PBB WAJIB

HANTAR ASKAR

AMIN

KHALAS

TEATER JENIS APA ?


INI TEATER

JENIS APA?

KHALAS




15 May 2024 — Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 ...
15 May 2024 — KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki ...

MENUNGGU JAWAPAN ANWAR IBRAHIM


MENUNGGU

JAWAPAN

ANWAR IBRAHIM

AMIN 

MAHADANON MAHADAHNI


Maha kaya', 'sakau' dan ucapan bercelaru Anwar


Rakyat marhaen faham atau tidak dengan bahasa Melayu tinggi tetapi tidak sampai apa yang dimesejkan, permainan angka yang memukau serta masih berjanji-janji.

Cerita rasuah tak habis-habis. Beria-ria menceritakan dakwaan kepada pihak tertentu. Cubaan terus menerus menyalahkan pihak lalu. 

Nampak sangat kerajaan Madani tak "move forward", asyik gear undur sahaja?

Tidak habis-habis cerita projek tebatan banjir yang kononnya menjimatkan RM2 bilion, musim banjir pun dah "off season".

Menyentuh soal penyeludupan, perkara ini rakyat sudah tahu semuanya kerana ia memang berterusan, malah PM begitu bangga kononnya kartel minyak masak, telur dan ayam dapat dibanteraskan, tetapi bgaimana pula kartel beras, kartel sayur, kartel peruncitan, kartel bahan pembinaan?

Dalam perutusan itu disebut juga kononnya "Ekonomi Madani" adalah landasan utama perbetulkan sistem struktural ekonomi negara, tetapi hakikatnya tidak begitu.

Rakyat yang menonton siaran langsung perutusan melahirkan kekecewaan kerana kata-katanya umpama ulangan perancangan soal NETR, NIMP, separuh penggal RMK12 dan Belanjawan 2025. 

Apa yang baharu sebenarnya? Nak tergelak pun ada apabila PM menyebut tentang menggerakkan seluruh jentera. Belum gerak lagi ke?

Diucapkan gaji rakyat yang kononnya pendapatan boleh dicapai RM4,500 dalam sektor pembuatan menjelang 2030 - enam tahun lagi. Lama sangat, rakyat nak tunggu ke? Cerita gaji sektor awam pada 1 Disember depan, entah ya atau tidak.

Nampak ketika berucap, PM tersekat-sekat, riak wajah yang terlalu untuk perjelaskan (over-explain), terlalu banyak pergerakan anggota badan. Senang cerita, macam tidak tenteram di depan lensa kamera secara langsung. Apa ceritanya?

Dalam perutusan itu, PM tidak menafikan malahan mengakui masalah negara yang pelbagai. Kenapa begitu? Masih diceritakan atau dikekalkan dalam storyboard soal FDI sebanyak RM329.5 juta diluluskan tahun 2023 lalu. Tetapi rakyat bertanya, adakah direalisasikan?

Disebut juga komitmen pelaburan sebanyak RM76.1 bilion setakat Mac 2024 lalu. "Komitmen" yang bagaimana pula? Rakyat bertanya, adakah diluluskan dan direalisasikan?

Masih lagi diceritakan soal bebanan hutang RM1.2 trilion. Lagi-lagi disasarkan golongan "maha kaya"? Dah masuk pertengahan tahun kedua pemerintahan, nada masih sama sahaja.

Rakyat faham ke soal sen dan faedah hutang, pelajar jurusan ekomomi mungkin faham, tetapi rakyat biasa tak faham apa yang dituturkan PM dalam perutusan itu.

PM sering sebut "sakau" dan "merompak". Siapa yang merompak lagi ni?

Reformasi fiskal? Kenaikan SST, menambah lagi percukaian, tarik subsidi - apa yang dicapai sekarang sebenarnya?

Dalam perutusan itu, diceritakan tentang orang "kaya" dan rakyat asing. Siapa sebenarnya? 

Yang dijangka selama ini, penyasaran subsidi bahan api dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet, maka selamat datang ibu segala kenaikan. Tunggu! 

Disebut juga bantuan tunai pemilik kenderaan individu terpilih. Siapa yang sebenarnya terpilih?

Rakyat terus merasa pelik apabila sebutan "maha kaya" dan orang asing diulangi lebih 10 kali, siapa mereka sebenarnya? Rakyat ingin tahu!

Dalam perutusan itu, PM sebut duit bantuan yang ditambah-tambah. Rakyat nak tahu juga, betul ke? 

Soal ini kena teliti dan audit kerana kena pastikan betul ke duit dari yang diselamatkan dari ketirisan? 

Akhir sekali, PM sebut fikiran yang bercelaru? Siapa sebenarnya bercelaru, Madani atau rakyat?

Razali Idris 
Ketua Penerangan Bersatu.

MAHADANON

MAHADAHNI

MAHALAON

KAH KAH KAH

KHALAS

LAPORAN HELIKOPTER PRESIDEN



Helikopter dinaiki Ebrahim Raisi tidak menyimpang laluan – Laporan


TEHRAN – Angkatan Tentera Iran telah mengeluarkan laporan pertamanya mengenai aspek dan punca nahas helikopter yang menyebabkan Presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya terbunuh baru-baru ini.

Laporan tersebut menjelaskan lebih lanjut mengenai insiden Ahad lalu, yang mana Ebrahim dan rombongannya, termasuk Menteri Luar Hossein Amirabdollahian maut selepas pesawat yang membawa mereka terhempas di barat laut Iran.

Pasukan penyiasat yang ditugaskan untuk memeriksa kejadian itu telah dihantar ke lokasi nahas pada Isnin, kata laporan itu.


Mereka telah berjaya mengumpul “sebahagian yang luar biasa” daripada maklumat diperlukan untuk menyiasat unsur-unsur yang boleh menyumbang kepada kejadian itu, tambahnya.

Helikopter itu terhempas semasa terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang, kata laporan itu, dan tidak menyimpang dari laluan.

Laporan itu berkata, helikopter terbakar selepas terhempas ke kawasan pergunungan dan mendedahkan serpihan helicopter berkenaan tidak mempunyai sebarang lubang peluru atau tanda-tanda kesan serupa.

Menurut laporan, lokasi nahas dikesan oleh kenderaan udara tanpa pemandu Iran pada 5 pagi (waktu tempatan) pada hari Isnin, dan pasukan mencari berjaya mengesan kawasan berkenaan itu.

Komunikasi yang berlaku sebelum insiden antara pesawat dan kawalan darat tidak mengandungi kandungan yang “mencurigakan”, katanya.

Tambah laporan itu,  sebarang penemuan susulan pada masa akan datang akan dimaklumkan kepada negara. – Agensi

JELAS

INI KEMALANGAN

BUKAN SABOTAJ

KHALAS

SATU FORMULA UNTUK RAFIZI


SATU FORMULA

UNTUK RAFIZI

AMIN 

JIKA EKONOMI NAIK KENAPA SUBSIDI DI HAPUS


JIKA EKONOMI

BAIK NGAPA

SUBSIDI DISEL

DI HAPUS

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "BUKTI LEBONG MAT LEBONG"

Kata ekonomi kita naik 4.2 paling tinggi dlm satu dekad .. tapi ngapa ekonomi naik subsidi minyak di hapuskan .. muka penipu betul, makna angka2 dari Non ni semuanya main taram je.