KOMENTAR
bercakap heboh tentang islam
yang dihebohkan ritual
yang dihebohkan hanya menghukum
agama bukan menghukum
agama adalah menegak kebajikan
melarang kemungkaran
kemungkaran bukan hanya
mencari pelacur di golok
menebang balak ialah kemungkaran
kerana merosakkan alam dan bumi
Projek DAP paling berjaya bantu mangsa selepas banjir mega Kelantan
Ketika DAP diserang oleh sesetengah pihak di Kelantan kerana isu hudud, ramai yang tidak tahu projek Impian Kelantan mereka dianggap paling berjaya membangunkan semula sebuah kampung di Gua Musang selepas musnah atau rosak teruk akibat banjir mega pada 24 Disember tahun lalu.
Sebanyak 1,821 keluarga dikatakan hilang sepenuhnya rumah mereka selepas banjir yang melibatkan 4 daerah utama iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.
Impian Kelantan DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri sudah selesai membina 25 buah rumah baharu selepas rumah lama mereka musnah dan membaiki 35 buah untuk mangsa ini, kata pengurus projek ini, Mohd Fauzi Mohd Azmi, 40.
Pasir Tumbuh mempunyai 83 buah rumah dan sebuah sekolah di mana hanya lapan buah rumah sahaja terselamat dalam banjir mega ini, kata penghulunya Ahmad Seman, 55.
Tunggak projek ini adalah bekas Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang menguruskan projek ini melalui NGO Cakna UT yang bernaung di bawah Impian Kelantan.
Sehingga kini pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh masih belajar di dalam bangunan asrama selepas kelas mereka tenggelam kerana banjir dan masih belum dipulihkan sehingga sekarang.
Impian Kelantan yang dipengerusikan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilancarkan pimpinan parti Islam itu dan DAP pada 31 Januari lepas di Dewan Perhimpunan Cina Kelantan, Kota Baru.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan#sthash.kB0xCPJq.dpuf
KAH
KAH KAH
mu royak banyok
mu kecek banyok
hudud huduh hudud
satu rumah pong mu tak buat
cino makan babi
kapir ni datang buat rumoh ambo
mu royak sing malam
mu kecek siang malam
tok is cip
KOH KOH KOH
-------------