Rabu, 15 Oktober 2014

PASMA SEMAKIN COOL







PasMa: PAS Perak beri peringatan tegas

 | October 15, 2014
PAS Perak tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas ahlinya.
PETALING JAYA: Selepas PAS Terengganu dan PAS Pahang memberikan amaran kepada ahli PAS di negeri itu agar tidak terlibat dengan NGO PasMa, kini giliran PAS Perak pula memberi peringatan kepada ahlinya di negeri yang suatu masa dahulu dikenali dengan perlombongan bijih timah.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, PAS Perak menyokong arahan Majlis Syura Ulama (MSU) yang mengingatkan kepada semua pendokong parti sama ada dalam kalangan pimpinan mahupun ahli untuk tidak terlibat dengan PasMa .

KAH KAH KAH
woit
apa makna berita ini?
maknanya pasma
makin popular
semakin dilarang
semakin menjadi jadi
anak anak muda
makin tertarik
pasma dilihat cool





---------

MH17 BERITA TIPU ORANG KAMPONG






KOMENTAR
ini berita karut
mana dia rakaman
dari kotak hitam
apa sudah jadi
dengan kotak hitam

kenapa berikan
kotak hitam pada british?

kotak hitam bahan bukti
apa yang hendak dicari
dalam ladang bunga matahari

hentikan kelentong ini











Penyiasat Malaysia berjaya masuk ke tapak nahas  MH17

KUALA LUMPUR: Kumpulan penyiasat Malaysia berjaya memasuki kawasan nahas MH17 di Donestk, semalam, untuk mengambil barangan peribadi milik mangsa.

KAH KAH KAH
woit
jangan lah tipu mak cik felda
jangan lah tipu orang melayu
bijik apa nak caari dalam
kebub bunga matahari itu
bincat apa ada
pasal apa kotak hitam
sebagai bahan bukti
berikan pada british
sekarang gila nak cari bincat

KAH KAH KAH




MENENTANG AKTA BAGINDA QUEEN













AKTA BAGINDA QUEEN

Petang Senin lalu aku ke mahkamah lagi. Aku telah dan sedang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan 'menghasut' – dibawah Akta Hasutan 1948. Tulisan aku ini bukan bertujuan mencari simpati. Aku menulis kerana ingin menerangkan duduk pekara. Untuk memberi pencerahan dalam usaha menghapuskan Akta Hasutan 1948. Tulisan ini aku harapkan akan dapat membantu aku menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Jangan risau, jangan takut apabila membaca ayat – menggulingkan kerajaan. Menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan. Di Amerika proses menggulingkan kerajaan berjalan lima tahun sekali. Parti Republikan menggulingkan Parti Demokrat. Obama menggulingkan Bush. Di United Kingdom Parti Konservatif menggulingkan Parti Buruh. Jadi, guling mengguling ini satu lumrah politik. Kerajaan Siam entah berapa kali kena guling. Kerajaan Siam berguling-guling tetapi kota Bangkok masih wujud.

Justeru menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation bukan sesuatu yang menakutkan. Malah untuk aku mengambil ajaran dari kata-kata hikmat ahli falsafah Peranchis Rene Descartes : Aku berfikir maka aku wujud. Untuk aku : Aku menggulingkan United Malays National Organisation maka aku wujud.


Perlu diberitahu bahawa hanya di Malaysia wujudnya perkataan-perkataan yang TIDAK boleh digunakan. Perkataan ini dilarang. Melarang penggunaan perkataan ini sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Contohnya - perkataan menggulingkan kerajaan. Sosok yang menggunakan perkaatan atau ayat menggulingkan kerajaan ini akan dituduh sebagai 'orang jahat'.

Untuk aku, hakikatnya menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation ini adalah satu tugas suci untuk semua warga Malaysia yang memiliki fikrah yang jujur. Malah semua agama dan semua budaya dalam dunia ini menuntut penganutnya bangun menggulingkan kerajaan yang zalim.

Menggulingkan satu kerajaan zalim bukan sesuatu yang baru. Dari Firaun dizaman Mesir Kuno hingga ke zaman Suharto di Jakarta. Dari Ahmad Reza Pahlavi di Tehran hingga ke Mubarak di Khairah – semuanya digulingkan oleh rakyat. Regime ini digulingkan kerana memerentah dengan zalim, membunuh dan memenjarakan musuh politik dan mengamalkan rasuah untuk mengkayakan anak bini dan kroni.

Kerajaan United Malaya National Organisation juga tidak ada bezanya dengan kerajaan Suharto atau Mubarak atau Ahmad Reza. Selama lebih dari dua dekad kebelakangan ini kerajaan United Malays National Organisation bertambah zalim, korup dan angkuh.

Apa yang aku tulis diatas mengikut Akta Hasutan 1948 akan mensabitkan aku untuk dipenjara. Walau pun hakikatnya Najib terlibat dalam kes bunuh Altantuya, Rahim Tambi Cik terlibat dalam kes rogol budak sekolah, Rosmah mendapat dana hampir satu bilion ringgit walau pun bukan jabatan kerajaan.

Jelas Akta Hasutan 1948 ini adalah satu undang-undang yang diwujudkan untuk mempertahan kejahatan dan kezaliman. Hujah aku ini tidak perlu merujuk kitab Lord Denning – hakim besar United Kingdom untuk kurun ini. Hanya mamadai untuk menerima fakta bahawa Akta Hasutan 1948 ini bukan buatan anak watan Tanah Melayu mahu pun warga Malaysia. Namanya sahaja telah jelas menunjukkan bahawa undang-udang ini adalah akta peninggalan penjajah.

Pada tahun 1948 Tanah Melayu di bawah British yang diperentah olek King George ke 6. Ketika Akta Hasutan ini diperkenalkan ke Tanah Melayu, Baginda Queen Elizabeth, Pemaisuri England hari ini masih belum menjadi Ratu. Bayangkan betapa koroknya undang-undang ini.

Sayugia diingatkan tarikh tahun 1948 ini sarat membawa tanda dan makna sejarah. Bagini kesahnya : sesudah selesai Perang Dunia Kedua – penjajah British kembali menjajah Tanah Melayu. Perang Dunia telah memufliskan dana negara Britain. Justeru Tanah Melayu satu-satunya tanah jajahan yang menjadi lubuk emas yang menghasilkan getah dan bijeh timah. Sejarah membuktikan getah dan bijeh dari Tanah Melayu telah menyelamatkan Britain.

Apabila BMA – British Military Administration datang kembali ke Tanah Melayu sesudah Jepun mengaku kalah – suasana politik Tanah Melayu telah berubah. Parti Komunis Malaya, Kesatuan Melayu Muda , Api, Awas , Hisbul Muslimin telah bergerak ke hadapan dizaman Jepun. Kalau penjajah Jepun ditentang mustahil kesampaian British tidak ditentang – inilah mantra kaum nasionalis pada ketika itu.

Sejarah telah merakamkan bagaimana Parti Komunis Malaya bersama gulungan nasionalis telah menggalang setiakawan yang rapat ketika menentang Jepun. Parti Komunis Malaya bersama kaum nasionalis telah mendirikan – Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun. Gerakan ini telah mengangkat senjata menentang fasis Jepun.

Sesudah Jepun mengundur sejarah telah merakamkan bagaimana gerakan buruh, gerakan pelajar, gerakan agamawan – telah berkembang maju. Dalam masa tiga tahun – sekembalinya British ke Tanah Melayu – anak semua bangsa di Tanah Melayu telah bangun menuntut Merdeka. Pengalaman setiakawan dizaman Jepun telah mengikat kesatuan anak semua bangsa untuk banguan menentang British.

Sejarah juga telah merakamkan bagaimana AMCJA-PUTERA telah mewujudkan Perlembagaan Rakyat 1946. Ini adalah dokumen sejarah – perlembagaan baru Tanah Melayu Merdeka yang diperjuangan oleh kaum nasionalis. Dokumen sejarah adalah bukti telah wujudnya setiakawan anak semua bangsa dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Penentangan anak semua bangsa terhadap penjajah British dan Baginda Queen telah mencurigakan kuasa kolonial. Ketika kantung kerajaan British kering – jika Tanah Melayu bebas merdeka besar kemungkinan akan berlaku pemberontkan kaum buruh di England. Justeru Tanah Melayu sebagai lubuk emas wajib dipertahankan.

Secara licik British telah melahirkan sebuah parti politik - United Malays National Organisation - yang hingga ke hari ini namanya masih lagi dalam bahasa penjajah. Parti ini menjalankan dasar pecah perentah – hantukkan Melayu dengan kepala Cina – hantukkan Melayu dengan India. Bila ada ketegangan pasti tidak wujud kesatuan. Tidak ada kesatuan tidak wujud penentangan. Ini taktik British dan ini jugalah taktik gerombolan Ketuanan Melayu. Tetapi penentangan terhadap penjajah tidak kendur-kendur malah semakin meluas.

Justeru pada 20 Jun 1948 Darurat telah diistihar. Darurat bermakna satu bukti dimana anak semua bangsa di Tanah Melayu telah bangun menentang penjajah British . Ketika dan dalam suasana inilah Akta Haustan 1948 telah diperkenalkan. Akta ini TIDAK diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Akta ini jelas bertujuan untuk mematahkan gerakan nasionalis yang sedang menuntut Merdeka.

Inilah latar belakang Akta Hasutan 1948. Aku harap apa yang aku garap ini akan melahirkan pencerahan. Aku melihat dengan amat jelas kalau pada tahun 1948 akta ini bertujaun untuk menyelamatkan kuasa penjajah British. Maka pada tahun 2014 ini – Akta Hasutan ini bertujuan untuk menyelamatkan parti barua Made in England. United Malays National Organisation - sebuah parti politik yang mengakui berketurunan Bani Melayu tetapi memanggil parti mereka dengan nama British.

Dalam zaman Darurat dahulu ramai kaum nasionalis, pengerak kesatuan sakerja, kaum agamawan yang ditangkap dan dipenjara dibawah Akta Hasutan. Sekarag – pada tahun 2014 – Akta ini memainkan peranan yang sama. Tahun 1948 digunakan untuk mempertahankan penjajah. Tahun 2014 digunakan untuk mempertahankan barua penjajah.

Aku dituduh pada malam 13 Mei 2013 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, telah memberi satu ucapan yang ditafsirkan oleh gerombolan bani ketuanan Melayu sebagai menghasut.

Biar aku terangkan disini apa isi kandungan ucapan aku. Jangan salah tafsir. Penerangan aku ini juga bukan untuk menagih simpati. Juga bukan sebagai hujah menentang dakwaan. Apa yang aku tulis ini hanyalah fakta.

Pada malam itu aku telah ' menghasut' para hadirin dalam dewan agar TIDAK menerima keputusan PRU13. Penolakan aku ini berasaskan penipuan yang telah dijalan dan dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Aku juga telah menghasut pendengar agar menuntut diadakan pemilihan ulangan sekali lagi dikawasan-kawasan yang terbukti ada penipuan. Aku juga telah menghasut hadirin dan hadirat dalam dewan agar keluar ke jalan raya untuk berdemonstrasi.

Isi ucapan aku pada malam itu bukan sesuatu yang baru. Sikap aku memperlekeh SPR juga bukan baru. Pada hemat aku SPR telah merancang dan menyusun satu sistem pilihan raya yang akan memastikan gerombolan Ketuanan Melayu terus berkuasa. Tuduhan aku ini telah dibuktikan saheh apabila BERSIH telah menjalankan Tribunal Rakyat yang meneliti PRU13. Laporan Tribunal Rakyat ini tidak menyakal isi ucapan aku malah memberi pericinan yang rapi tentang peranan SPR yang menipu.

Saranan atau jemputan atau panggilan aku kepada orang ramai dalam Dewan Cina agar turun ke jalan raya juga BUKAN sesuatu yang baru. Aku telah berucap diseluruh pelusuk negara menghasut orang ramai untuk turun ke jalan raya. Aku bersama kawan-kawan telah bertanggung jawab menyusun demo Bersih 2 dan Bersih 3. Aku juga bertanggung jawab merancang dan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Malah secara hitam puteh aku telah menerbitkan sebuah buku – Tipu Pilihan Raya – Turun Jalan Raya.

Buku ini adalah himpunan tulisan aku sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada oarang ramai terutama kepada anak-anak muda agar mereka akan bertindak untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Dalam bahasa Mat Salleh – semua yang aku lakukan ini akan dikhatamkan dalam satu ayat ' so what is new - apa yang baru' . Kalau menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai taktik untuk menakut-nakutkan aku – biar aku rakamkan disini secara hitam puteh bahawa aku TIDAK takut.

Untuk pembaca tulisan ini terutama anak-anak muda aku ada satu pesanan : Dalam negara yang diperentah oleh kerajaan yang zalim berkata benar adalah satu tindakan revolusiner. (TT).



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minnguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 
-----------

NIK ABDUH DIBULI PENGUNDI



KOMENTAR

amat jelas
sikap pengundi pasir mas kelantan
mereka tegas danb jujur

dalam bahasa inggeris
'they take no shit'
dalam istilah melayu
' hang jangan buat taik'

inilah sikap yang wajib
dicontohi di serata kawasan
parlimen dan dun





Nik Abduh: Perlu hormati rakan PR

ISU Pas dibuli yang ditimbulkan Ahli Parlimen Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz benar-benar mencetuskan kegemparan dalam PR. Beliau bukan sahaja jadi sasaran kritikan rakan-rakan PKR dan DAP malahan dalam Pas sendiri.

Beberapa minggu lalu, khabarnya sudah naik kain rentang di Pasir Mas yang mendesak Nik Abduh tinggalkan Pas dan sertai Umno.

Ini kerana ada kenyataannya yang dikatakan bukan sahaja untungkan Umno. Ironinya, Nik Abduh adalah anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sejak lahir, beliau sudah terdidik dengan perjuangan parti itu.


Apa yang meresahkan mereka yang menentangnya, pandangan Nik Abduh kadang kala dianggap pandangan ayahnya. Benarkah begitu? 

Kepada Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim tokoh muda ini menjawab persoalan itu ketika diwawancara di lobi bangunan Parlimen kelmarin.


JANGAN BODOHKAN RAKYAT


KAH KAH KAH

tergolek dog
kah kah kah
i rest my case my lord



------------

NAMA DICALONKAN ANUGERAH HASAN MALIK





KOMENTAR
adalah diberitahu
bahawa sosok ini
telah banyak menerima
pencalonan untuk 
anugerah hasan malik


KATA KATA HIKMAH 
AHMAD MASLAN


Kita boleh bina 40 universiti dengan subsidi bahan api, kata Ahmad Maslan

Putrajaya boleh membina 40 universiti baru dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk subsidi bahan api saban tahun, kata Ahmad Maslan hari ini.

Beliau mempertahankan tindakan Putrajaya awal bulan ini menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, mengatakan sesuatu yang bodoh untuk meneruskan subsidi yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira latarbelakang.

Katanya, RM2 bilion yang dibelanjakan setiap bulan untuk subsidi bahan api boleh digunakan dengan cara yang lebih baik.

"Dengan RM24 bilion dihabiskan setiap tahun untuk subsidi bahan api, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membina lebih dari 40 universiti di Malaysia," kata Ahmad.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kita-boleh-bina-40-universiti-dengan-subsidi-bahan-api-kata-ahmad-maslan#sthash.dXfmYbBn.dpuf

KAH KAH KAH

woit
bangang! 
nak buat apa 40 universiti
yang ada sekarang pun
banyak yang tutup 
berapa ramai graduan
tak ada kerja

KAH KAH KAH 

-------------------

APA PANDANGAN ANDA?





PIL KUDA
sendiri ahklak terbarai...... nak nasihat...... saman pil kuda macamana? kah...kah...kah...... on CAKAP SENANG BUAT DULU
Anonymous
on 10/15/14
PAS HEBAT
PAS ni parti hebat TT. Hang jangan buat lecey yer. Dgn kunfayakun serta abracadabra, hang tu boleh klepet jadi mcm tudung periuk. Hang pernah tgk tak projek HPA? Dulu kemain gah dgn 500 lebih produk. Dgn MLM dgn kilang hebat2.. Elok berjaya saja, habis pengguna dan supplier ditindas oleh management yg pikiaq mcm kartun. 

Para pelabur koperasi tidak diberi keuntungan, duit pelaburan dibekukan pengeluaran hingga sekarang. Inilah produk pemikiran Melayu. Rata2 produk melayu mcm kartun saja. Dari kampung hinggalah universiti. Hampeh. Tu pun jangan, baru dilantik jadi Presiden, dah perasan mcm nabi. Kepala butuh la. on CAKAP SENANG BUAT DULU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/15/14
GWA KAH KAH KAH
kah kah kah...gwa rasa nak gelak saja hari ni...kah kah kah...woit...mari kita gelak sambil pekena tapai...kah kah kah...mai suria sebatang...kah kah kah...gelak lagi...kah kah kah...ini lawak tak perlu tapis...kah kah kah...woit gwa tidoq dah ni tapi gwa bgn sbb nak gelak...kah kah kah...ini lah sebuah janji yg tidak sepatutnya dimungkiri...kah kah kah on CAKAP SENANG BUAT DULU
Anonymous
on 10/15/14
ULARMAK
Hj. Hadi dh dilantik jadi Ularmak agama kristian,hindu,buddha,toist dn Apa lagi. Bnyak hukum hakam agama lain dia dpt huraikn ni dn bolih buat fatwa utk penganut kristian,hindu,budha,toist dn pelbagai. Parti apa pula akn dia ujudkn. on CAKAP SENANG BUAT DULU
Ahmad Basri
on 10/14/14
MUNAFIQUE
Hardy Boys ini cakap saja , sebab kena cakap walaupun cakap RFUBBISH !!!! Semua agama tak suka "Munafik" , Barua dan Broker boleh pakai lagi... Apa PAS nak buat dengan sikap "Mu Nak Fix aka Munafik" nih yang ada dalam Pas??? Mu Nak Fix apa kebende , Mu sendiri Bahalol dengan Pil Pil Keldai siang malam... on CAKAP SENANG BUAT DULU
Anonymous
on 10/14/14
ANUGERAH HASAN MALIK
Nampaknya tgha ingin merebut anugerah Hassan Malik tahun ni.Begitu juga dengan Shahidan Kassim dengan statement ikat perut Dan Ugandanya.Namun Hassan Malik tetap diyakini mempertahankan kemenangan dengan cendolnya on CAKAP SENANG BUAT DULU
Anonymous
on 10/1

-------------

PAGI ESOK DATARAN





 DATARAN 

KE 

PARLIMEN
orang ramai
dijemput  datang bersama
menyokong demonstrasi peguam
pada khamis 16 oktober 2014
jam 10:30 pagi
berarak  ke parlimen
menentang
akta hasutan 1948

PEGUAM TURUN BERDEMO






-----------

MUNCUL MAT CENDOL







KOMENTAR


setiap awal tahun
tukar tiub akan 
mensenaraikan nama nama
sosok yang cool dan poyo

pada 14 febuari hari valentine
tukar tiub akan mensenaraikan
sosok sosok gagalis

tahun ini tukar tiub
akan mengadakan satu tambahan
tt labcar anugerah hasan malik

saperti biasa pembaca tt
akan membuat semua keputusan

NOTA
maklumat teperinci
akan diumumkan tidak
lama lagi




Hasan Malek gesa contohi pengusaha cendol, turun harga selepas minyak naik


Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu.

"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hasan-malek-gesa-contohi-pengusaha-cendol-turun-harga-selepas-minyak-naik#sthash.eWv6ClmV.dpuf

KAH KAH KAH

ado lagi
den buleeh tambah
untuk mat cendol ni
tergolek dog den
kah kah kah

KAH KAH KAH

-------------