Isnin, 10 Julai 2023
EDORGAN JEMPUT MADEY - PASAL APA ?
Saya akan jadikan Mahathir tak relevan’, kata Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam serangan terbarunya terhadap Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas pemimpin itu sebagai terdesak berhubung pandangan baru-baru ini mengenai masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Beliau berkata Mahathir cuba untuk menjadi relevan semula.
“Mantan PM itu (Dr Mahathir) telah kehilangan kerusi Parlimen di Langkawi. Saya rasa kita tidak perlu ambil serius mengenainya. Ia adalah cubaan terdesak beliau untuk mendapat perhatian, untuk dilihat relevan.
“Saya akan jadikan beliau tidak relevan, saya tidak akan memberikan sebarang komen mengenainya (kenyataan Dr Mahathir),” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong mengenai bantahan ramai terhadap kenyataan oleh bekas perdana menteri itu, yang menurutnya hilang pengaruh berikutan kegagalan besarnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.
Mahathir, yang berusia 98 tahun hari ini, juga baru-baru ini mendakwa Perlembagaan tidak pernah mentakrifkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum, mencetuskan reaksi keras daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH).
WOIT
LU SERANG MADEY
DIA JADI PENTING
KAH KAH KAH
LU SEBUT
NAMA DIA
MADEY JADI
MUSTAHAK
KAH KAH KAH
BERI TAHU
EDORGAN JANGAN
JEMPUT MADEY
BULAN SEPTEMER
UNTUK BERSAMA
DIALOK ISTAMBUL
AMIN
MADEY NANTI
DAPAT SAMBUTAN
DI RAJA DI TURKI
KAH KAH KAH
KHALAS
I JUTA +++ CHINA DAH MASUK KE TANAH MELAYU !!!
1 JUTA LEBIH
CHINA MERAH
DAH MENYUSUP
MASUK
KE TANAH MELAYU
KHALAS
Unknown commented on
"PARTI KETUANAN MELAYU
GADAI HAK MELAYU"
Wooiii.... SPRM mana satu yang betul.. kesan ajen dah buat, buru ajen pun dah buat dapat tangkap nya tah bila la pulak.. alahaiii SPRM ....!!
https://malaysiagazette.com/2023/07/09/sprm-kesan-ejen-terlibat-dalam-kes-wanita-china-di-klia/
Azam Baki mana satu pukimak yang betul ada kejadian rasuah ke atau tak ada Rasuah di KLIA.!?
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang elemen rasuah membabitkan penolakan dua wanita China ke negara ini sehingga menimbulkan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/07/kekecohan-klia-tiada-elemen-rasuah-hanya-salah-faham/
Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan awal mendapati, tiada sebarang pembayaran wang dibuat terhadap mana-mana individu selepas mereka tidak dibenarkan oleh imigresen memasuki.
Ada pegawai Imigresen dakwa diugut “Buang Pangkat” Oleh Menteri..!?
Dua Hari lepas si Azam Baki kata SPRM giat memburu ajen pelancong yang hendak bayaran RM18,000.00 dari pelancung warga China seperti yang didakwa oleh Menteri Pelancongan.. Sebelum Dari tu Menteri Sepet tu tunjuk wassup ada Rasuah berlaku di Jab Imigresen KLIA..
Mana satu yang betul..atau dah nak kantoi baru masing masing buat naratif cover up..!?
https://youtu.be/S53uLtf-FvM
Nampak nya ke laut lagi lah Kes ini dng mengharap kan kes 'pelancung' asing misteri ini akan dapat merungkai dakwaan 1.2 juta pelancung asing yang masuk tak keluar2?
Harapan rakyat utk melihat mereka melindungi kegiatan ini oleh ahli2 politik, menteri2 atau parti2 politik tertentu akhirnya musnah lesap seperti lesapnya Jho Low Dan lesap nya Zety Taufik Ayman dan keluarga penyamun nya dalam Kes 1MDB yang lansung tidak relevan dimata rakyat..!?
Akhirnya Jho Low yang Menang.. Sekor Jho Low sedang ketawa tepok tangan smbil terbahak bahak guling guling macam babi bersama kaum mata sepetnya di Malaysia Dan tuan besar mata sepet di Singapura... Kikiki
Haaahh tepokkkkk...!!
Zety Dan Taufik Ayman serta Nik Faisal pun boleh tumpang tepok tangan.... Barua DAP@ LeeKwanYew ini juga akhir nya berantakan dan berbunuhan sesama sendiri..
haah tepokkk lagi..!!
Masa untuk dilingkupkan kesemua saki baki barua barua DAP@LeeKwanYew dah tiba 6 negeri di PRN 2023 kali ini... Lingkupkan sehabis mungkin barua barua DAP#LeeKwanYew dalam PRN kali ini. Kasi buang semua talibarut talibarut ini...!!!
Terlalu awal buat kesimpulan tiada rasuah dalam insiden KLIA - Azam
#dahmacampukimaksemunyalingkupkanbarua
BERITA PELIK DARI SINGAPURA
Saingan sengit, pengundi Melayu kekal sokong PN, lapor akhbar Singapura
Berita Minggu Singapura melaporkan, enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menyaksikan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) menerima pukulan di tangan Perikatan Nasional, memetik penganalisis yang mengatakan sokongan pengundi Melayu masih belum beralih kepada PH-BN sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.
Akhbar itu memetik seorang penganalisis berpengalaman sebagai berkata terdapat petunjuk kukuh kerajaan negeri boleh tertukar di Negeri Sembilan dan Selangor, negeri ini merupakan sandaran utama kedua gabungan PH-BN dan PN dalam kempen mereka.
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berpendapat PN berpeluang membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, sambil menambah akan berlaku persaingan sengit di Selangor.
Beliau berkata sentimen semasa di Malaysia mencerminkan keadaan di tempat lain di dunia Islam.
“Ini berdasarkan pemerhatian lama berkaitan politik Malaysia, kebangkitan politik Islam di negara itu serta perkembangan sejagat khususnya kebangkitan Islam bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Turkiye dan Indonesia,” katanya.
Norshahril Saat berkata berikutan jajaran politik baharu, adalah lebih sukar untuk meramalkan keputusan pengundian kali ini, meskipun tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dapat melihat pengukuhan pentadbiran PAS berikutan peralihan penyokong Umno ke arah PN.
“Pulau Pinang pula adalah kubu kuat DAP, cuma bezanya adalah bagaimana rakyat negeri itu menilai kerjasama DAP dan Umno di peringkat Persekutuan.
“Selangor dan Negeri Sembilan pula agak sukar diramal, kerana setiap gabungan parti ada kekuatan masing-masing,” kata Norshahril yang juga felo kanan ISEAS-Institut Yusof Ishak Singapura.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata walaupun beliau menjangkakan status quo dari segi parti yang menerajui enam kerajaan negeri, namun majoriti dan kerusi dikuasai PH-BN diramal berkurangan berbanding jumlah yang dimenangi PH ketika bertanding secara solo sebelum ini.
“Gelombang keraguan masyarakat Melayu kepada kerajaan perpaduan masih terlalu kuat.
“Ini bukan sahaja berkaitan ‘gelombang agama’ (green wave), tetapi sentimen lebih umum berkaitan kegagalan kerajaan menangani isu kos kehidupan selepas tujuh bulan serta bantahan masyarakat Melayu kepada Umno yang dilihat terlibat dengan rasuah,” katanya.
“Gelombang hijau”, merujuk kepada warna tema PAS, ungkapan yang digunakan oleh pemimpin DAP untuk menggambarkan pencapaian PN dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dilihat sebagai menghina dan bersifat Islamofobia oleh orang yang bersimpati terhadap parti Islam itu.
Fauzi berkata PRN ini akan menyaksikan trend selama ini berulang, apabila PAS "secara automatik" akan menjadi parti pilihan mereka apabila ada rasa tidak puas hati terhadap Umno.
BN mengalami kekalahan pilihan raya paling teruk dalam PRU15 tahun lepas, dengan PN muncul sebagai pemenang di kerusi yang secara tradisinya dimenangi oleh Umno.
Pemerhati dan peninjau menunjukkan bahawa trend itu akan berulang pada PRN.
Tinjauan terbaru yang diterbitkan oleh Institut Kajian Asia Tenggara Singapura mendapati majoriti mereka yang mengundi Umno dalam pilihan raya umum kini akan menyokong calon PN dan bukannya PH-BN.
Menurut tinjauan tersebut, trend berkenaan dicerminkan di 39 kerusi majoriti Melayu di Selangor, dan menandakan berakhirnya pemerintahan 15 tahun PH di negeri terkaya Malaysia itu.
Oh, Norshahril dan Fauzi tidak menolak kesan kepada kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan sekiranya PH-BN berakhir dengan teruk pada PRN ini.
Fauzi berkata walaupun "secara teori" kerajaan persekutuan mungkin kekal, namun terdapat tekanan daripada akar umbi Umno untuk menilai semula sokongan parti itu terhadap Anwar.
Beliau menambah bahawa sekiranya Umno keluar, sokongan daripada GPS Sarawak dan lain-lain parti di Sabah juga boleh terjejas, kerana mereka akan menilai "tawaran lebih baik" yang diberikan PN.
Bagi Oh, kerajaan Anwar berisiko sekiranya berlaku kekalahan pada PRN ini.
“Ahli Parlimen individu yang kini menyokong Anwar akan berfikir dua kali memandangkan keputusan PRN.
“Mereka akan kekal dengan parti mereka sekarang supaya tidak mencetuskan undang-undang antilompat parti, tetapi boleh mengisytiharkan sokongan mereka kepada pemimpin PN untuk menjadi perdana menteri.
“Jika cukup bilangan mereka berbuat demikian, Anwar akan kehilangan majoriti (Parlimen),” tambah Oh.
WOIT
APA DAH JADI ?
JENG JENG JENG
NAMPAKNYA
SINGAPURA MAHU
TALIBAN PERENTAH
MALAYSIA
JENG JENG JENG
PARAH PARAH
JIKA TALIBAN
MENANG
KHALAS
PETANG DI HOKKIEN
HOKKIEN
NAN INDAH
HOKKIEN INDAH PERMAI
LANGIT MELAUT
LANGIT MELAUT
BIRU TERBENTANG
UNGGAS TIDAK SEBISING PAGI
HANYA TUK TUK TUK
DAN TERKUKUR DI SANA SINI
PIPIT TAK KEDENGARAN
MUNKIN DAH PULANG TIDUR
CENGKERIK SENYAP
JANTAN TAK BERSUARA
SUNYI MELIHAT HIDUP
DI PAGARI KOTA
KUALA LUMPUR
AMIN
BABI BOLEH TERBANG
BABI
BOLEH TERBANG
KHALAS
Unknown commented on
"NEGARA MAKIN MEROSOT"
tapi kini kito ado bekas menteri tirbaik asia.. kuti tak ado jawatan.. ringgit jatuh juge guno formulo rapujie romli.. babi pun dah terobang.. k bye.
HADI & GUAN ENG DI SIASAT
Bukit Aman siasat Hadi, Guan Eng berhubung kenyataan 3R
PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang disiasat polis berhubung kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa DAP meneruskan rancangan British untuk memusnahkan ketuanan Melayu yang dibantu oleh orang Melayu yang sudah lupa asal usul mereka.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, G.S. Suresh Kumar berkata kenyataan Hadi, dipercayai melalui Facebook, didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja).
Suresh berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Siasatan sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.”
Sabtu lalu, menjelang pilihan raya negeri, Hadi menyerang DAP, dengan mendakwa parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu meneruskan rancangan yang dimulakan oleh penjajah British untuk memusnahkan ketuanan Melayu dan Bumiputera dengan sokongan orang Melayu yang lupa asal usul mereka.
Beliau berkata DAP telah memilih jurucakap Melayu yang melupakan kemelayuan mereka dan mengabaikan Islam sebagai agama mereka, sambil turut melabel orang Melayu yang mempertahankan bangsa dan agama mereka sebagai rasis.
Dalam pada itu, Suresh juga berkata Bukit Aman turut menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku perobohan tokong jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pulau Pinang pada pilihan raya negeri.
Kenyataan Lim juga didakwa menyentuh isu “3R”, dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ akan memusnahkan kuil dan menafikan hak beragama di Pulau Pinang.
Lim menjawab dengan mengatakan kenyataan beliau dipetik secara salah oleh China Press dan MalaysiaNow.
Katanya, dia tidak pernah menyebut tokong Cina atau Buddha di Pulau Pinang, sebaliknya menyebut tentang perobohan kuil Hindu di Kedah pada 2020. – 10 Julai, 2023.
3R NI APA
KAH KAH KAH
REMBAT
REMBAT REMBAT
KAH KAH KAH
NAK CAKAP HAL
MELAYU SUSAH
AMIN
NAK CAKAP HAL
CHINA SUSAH
AMIN
NAK NAK HAL
ISLAM SUSAH
AMIN
NAK CAKAP
HAL RAJA SUSAH
KAH KAH KAH
APA YANG BULEH
CAKAP ???
KHALAS
PENDIDIKAN SALAH
3 ditahan bantu siasatan kes pukul anjing sampai mati
POLIS menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seekor anjing diseksa sehingga mati di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di Balik Pulau, yang video insiden itu tular semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata tiga lelaki berusia 40 hingga 53 tahun itu ditahan antara pukul 11.45 malam tadi dan 1 pagi ini di sekitar Batu Maung, hasil risikan dan intipan yang dijalankan.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada ejen kargo, nelayan dan pemandu bas, direman sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
‘‘Siasatan awal mendapati tiga lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing juga mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
Khaw berkata terdahulu polis telah mengesan satu video dan artikel berhubung kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 8.38 malam Jumaat lepas, yang menyaksikan seekor anjing dipukul hingga mati.
‘‘Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu telah disaksikan seorang pengadu dan dia telah merakamkan insiden itu sebelum menghantar klip video berkenaan kepada rakannya di Petaling Jaya, dan ia menjadi tular menerusi akaun Twitter,” katanya.
Katanya polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan yang munasabah, dan beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video insiden berkenaan. – Bernama, 10 Julai, 2023.
INI AKIBAT
MENDAPAT
PENDIDIKAN
SALAH
AMIN
TAK PERLU
DI HUKUM
AMIN
PERLU DI BERI
PENCERAHAN
TENTANG
KASIH SAYANG
ANTARA MANUSIA
DENGAN MANUSIA
ANTARA
MANUSIA DENGAN
HAIWAN
AMIN
INI LEBIH BAIK
DARI HUKUMAN
AMIN
KHALAS
HARGA BARANG TERUS NAIK
HARGA BARANG
TERUS NAIK
AMIN
Unknown commented on
"PAGI SENIN YANG SEJUK"
Pagi tadi ke market, tak ramai orang, tak ada jualan adu penjual sayuran maksud orang kurang masak sendiri semua makan luar, nasib baik kalau dapat menu Rahmah harga Rahmah tapi menu harga masa lawatan PMX, masa lain harga biasa kah kah kah, ini cara politikus tipu orang, nampak cantik dalam media tapi hakikat bisa biasa harga barangan terus baik meledak macam bom kluster mahkamah, tapi gaji jangan cakap naik gaji minimum pun belum selesai, begitu nasib orang biasa, selepas undi semua akur baik buruk begitu lah, polisi dasar untuk mereka saja, pandai Sajat seekor lari jauh kah kah kah dia dah tahu Taliban nak sondol belakang nanti kah kah kah
NEGARA MAKIN MEROSOT
NEGARA
MAKIN MEROSOT
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"MELAYU JADI
BANGLA DI AUSTRALIA"
Bola dan Malaya .. 1970-80 ada la era gemilang bola kita, 2 kali masyuk Orlimpik .. top sixteen dunio .. dalam Asia kita bawah Iran Darol Syiah dan Israel Darul Yahudi Laknat.
1985 rasuah bolasipak di lahirkang .. ramai VVIP dan Mengawai kenyang .. maka sejak itu la Ranking bolasipak kita mula hanyut. Kita setaraf dingan pasukan Kepulauan Pasifik yang orang nye (tak sampai 500ribu ekor) lebey gemar bermain sotong.
Maka gitu lah keadaan politik dan ekonomi kita .. duluk di golar Anak Ghimau Bolang.
Sojak Kutti Kerala neraju pada 1981 .. ghimau bolang dah jadi TONYOK (babi) dan .. kita sekarang di lando Penyakit Rasuah yang amat dahsyat.
Kalau bola skrg ni kita sekandang dgn Kepulauan Pasifik .. MAKO TAK LAMA LAGI AKIBAT RASUAH EKONOMI KITA AKAN SETARAF CEYLON, PAKISTAN DAN TALIBAN .. tak cayo lu tingok la nanti.
PKP SEKALI LAGI ?
VAKSIN
ANTI MALARIA
SEDANG DI GUNAKAN
DI BEBERAPA
NEGARA AFRIKA
JUGA DI LAPORKAN
SATU PANDEMIK
BARU AKAN MUNCUL
SEDANG DI RANCANG
SATU PERJANJIAN DUNIA
AKAN DI LANCAR TAHUN DEPAN
DIMANA SATU BADAN KHUSUS
AMBIL ALIH KEDUALATAN NEGARA
DALAM HAL PANDEMIAK
PERSOALAN INI AKAN DI KUPAS
ESOK MALAM DI LIVE TIK TOK
SILA LAYARI TIK TOK
@HISHAMUDDIAN RAIS
KHALAS
PETANG YANG INDAH
PETANG NAN INDAH
JAM 2.55 PETANG
MATA HARI BERSINAR
TIDAK TERLALU TERIK
LANGIT BIRU BERSAMA
TOMPOK AWAN PUTIH
DARI PAGI SENIN YANG SEJUK
KINI MENJADI PETANG
YANG MAHA INDAH
APAKAH TOMPOKAN AWAN PUTIH
AKAN BERKUMPUL
JADI AWAN HITAM ?
KITA TUNGGU DAN LIHAT
KHALAS
HARI HARI AKHIR SAEKOR GEROMBOLAN
Hayat politik BN semakin suram
KOTA BHARU: Umno berdepan tamparan hebat bagi meneruskan kesinambungan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) selepas MCA dan MIC mengumumkan tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos ini.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Shahidan Kassim berkata, isyarat tersebut menggambarkan BN berdepan kesukaran bagi meneruskan hayat.
Sedangkan katanya sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga 2018 Umno bergantung harap kepada MCA dan MIC bagi mrmpertahankan kerajaan BN.
“Tindakan MCA dan MIC memberi tamparan hebat kepada Umno selepas BN sekarang hanya empat parti komponen,” katanya.
Baru-baru ini Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon MCA pada kenyataan media memaklumkan, parti itu tidak akan bertanding pada PRN di enam negeri.
Tindakan serupa juga diambil MIC apabila Setiausaha Agungnya, RT Rajasekaran pada kenyataan berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung 30 Jun lalu selepas meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.
Pada 2018 parti komponen BN dari Sarawak mengumumkan keluar BN dan membentuk pakatan tempatan yang dikenali Gabungan Parti Sarawak. Tindakan serupa juga diambil Gerakan dan Parti Progresif Rakyat.
Shahidan yang juga ahli parlimen Arau berkata, penolakan rakyat terhadap Umno jelas berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 apabila parti itu langsung tidak menang di banyak negeri termasuk Perlis dan Kelantan.
Dr Ahmad Marzuk sebelum itu berkata, penyokong Umno perlu menolak parti itu pada PRN 12 Ogos ini bagi mengelakkan DAP terus menguasai politik negara. –
WOIT
INI BERITA BAIK
UNTUK NEGARA
AMIN
LAGI CEPAT
BUNGKUS
LAGI SELAMAT
MELAYSIA
KHALAS
PARTI COOL DAN PARTI TALIBAN
Pengundi muda rapuh, sukar dijangka, kata penganalisis
PARTI yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang bergantung pada sokongan pengundi muda untuk menang besar, namun penganalisis berkata dari segi politik kumpulan pengundi ini ‘rapuh’ dan masih ‘tidak dapat diramalkan’.
Mereka bagaimanapun mengakui pengundi muda mempunyai kuasa besar dan boleh menjadi ‘game changer’ dalam PRN di enam negeri, 12 Ogos ini.
“Pengundi muda ini adalah pemangkin, ‘game changer’ dalam PRN kali ini.
“Tetapi mereka rapuh, bermakna mereka tidak mempunyai asas politik dan mereka terdedah kepada trend yang boleh berubah sehingga saat akhir. Sebab itu mereka tidak boleh dijangka,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar.
Katanya, dengan trend itu maka undi orang muda ini boleh pergi ke mana-mana.
“Pakatan Harapan/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berpeluang memenangi undi mereka.
“Ambil pilihan raya umum (PRU15) pada November sebagai contoh, anak muda Melayu mengundi PN manakala anak muda bukan Melayu mengundi PH. Tetapi kali ini, selepas tujuh bulan mereka kembali pada asal dengan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.
“Oleh kerana jumlah pengundi yang ramai daripada segmen ini, jika satu gabungan berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus undi orang muda, mereka hanya memerlukan 20 peratus undi dewasa,” katanya.
Menjelang PRN, Selangor mempunyai jumlah pengundi muda yang paling ramai berusia antara 18 dan 20 tahun iaitu seramai 274,194 orang.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berkata ini diikuti Kedah dengan 104,284 pengundi, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).
Hari penamaan calon bagi pilihan raya di enam negeri dijadualkan 29 Julai ini.
Pilihan raya ini melibatkan 9,773,571 pengundi dengan Selangor mencatatkan angka pengundi tertinggi 3,747,057, diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).
Hisomuddin juga memberitahu The Malaysian Insight pada PRU15 lalu apabila anak muda berusia 18 tahun dibenarkan mengundi, ramai pengundi muda memilih untuk melihat sentimen daripada prestasi parti.
“Kita lihat pada pilihan raya lalu di mana PN memenangi undi daripada orang muda dengan memainkan sentimen terutamanya sentimen 3R. Mereka yang berumur 18-25 tahun percaya ini pada media sosial,” katanya merujuk kepada isu berkaitan kaum, agama dan raja.
“Elemen sentimen dalam berkempen jauh lebih berkesan daripada menggunakan pencapaian atau prestasi. Ramai yang lebih suka mendengar sentimen dan akhirnya sentimen menang,” katanya.
Pengundi atas pagar
Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata Pakatan Harapan menyedari kekuatan undi belia dan itulah sebabnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim sibuk melawat universiti dan melibatkan diri dengan pengundi Melayu.
Menurut beliau, pada akhirnya pengundi muda akan memilih gabungan yang boleh menawarkan kestabilan dan kemakmuran.
Bagaimanapun beliau memberi amaran mana-mana gabungan tidak boleh mengambil mudah sokongan pengundi muda.
“Ia terbuka kepada PN dan PH. Tidak seperti pilihanraya lepas yang mana golongan belia khususnya orang Melayu mengundi PN. Kini ia berbeza.
“Dan kerana keputusan lepas, Anwar masuk ke universiti, bertemu pelajar dan bercakap dengan mereka. Dia menunaikan solat Jumaat mingguannya di seluruh negara untuk bertemu masyarakat Melayu dan tunjuk diri.
“Anda boleh melihat penerimaan baik daripada orang ramai. Kita tidak boleh kata orang Melayu pasti akan mengundi PN kerana suasana sekarang berbeza,” katanya.
Mazlan berkata PH boleh menjangkakan beberapa undi berubah daripada pengundi muda pada pilihan raya negeri ini.
“Pengundi atas pagar, selepas melihat apa yang kerajaan perpaduan lakukan selama ini, mungkin mereka undi PH.
“Kerajaan perpaduan memberi beberapa insentif kepada belia sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan keadaan nampaknya terkawal.
“Saya percaya akan ada sedikit perubahan undi dari PN kepada PH,” tambahnya. – 10 Julai, 2023.
ANAK MUDA
AKAN MEMILIH
PARTI COOL YG
MELAWAN ARUS
AMIN
BUKAN PARTI
POYO YANG
ANTI ANAK MUDA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)