Khamis, 19 Oktober 2023

ARAB PALESTIN - SAPA ANWAR !!!


ARAB PALESTIN

BOCORKAN SAPA

ANWAR KENA TIBAI

KAH KAH KAH

TAPI FAHMI BELUM

ANTA KERETA POLIS

KAH KAH KAH

KHALAS

TABEK UNTUK KETUA HAKIM NEGARA




Badan kehakiman Malaysia terus berfungsi tanpa memihak dan rasa takut, kata Tengku Maimun

KETUA Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini memberi jaminan badan kehakiman Malaysia melalui prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerjasama Asean akan terus melaksanakan fungsinya tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tanpa memihak kepada mana-mana pihak tertentu.

Dalam ucapan alu-aluannya pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang Asean (ALA) ke-14 2023 di Kuala Lumpur hari ini Tengku Maimun berkata adalah penting untuk mengiktiraf walaupun rantau Asean mempunyai ciri sistem perundangan yang berbeza, prinsip kepatuhan kepada kedaulatan undang-undang dan menggalakkan tadbir urus yang baik, namun membentuk inti pati landskap undang-undang kita yang pelbagai.

“Aspirasi bersama ini, pada pandangan saya mewakili satu daripada asas jalinan warna-warni Asean; Kebanggaan Kami,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri amat percaya dengan prinsip ‘kanonik’ dan sokongannya menunjukkan bagaimana eksekutif dan badan kehakiman boleh terus melaksanakan fungsi mereka secara bebas antara satu sama lain namun, pada masa yang sama, memberikan sokongan yang diperlukan.

“Malah di sebalik perbezaan kami dan sebagai ahli profesion undang-undang di rantau Asean kami berkongsi dedikasi untuk mengejar keadilan.

“Kewajipan ini melangkaui sempadan negara dan sistem perundangan. Dan dengan melihat keadaan dengan cara yang lebih luas atau lebih umum, komitmen kolektif kami terhadap keadilan, tanpa mengira latar belakang masing-masing, menegaskan semula perpaduan kami dan mengukuhkan tekad kami ketika kami terus menegakkan kedaulatan undang-undang dan menggalakkan kerjasama di rantau ASEAN,” katanya.

Selain itu, Tengku Maimun juga menghargai hakikat persidangan hari ini menyatukan minda cemerlang dari pelbagai negara, budaya dan sistem perundangan.

“Pada padangan saya dalam gabungan perspektif yang harmoni ini, kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah rumit yang melanda rantau kita,” katanya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, Ketua Hakim Negara Singapura merangkap Presiden ALA Sundaresh Menon dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Mohd Azmi. – Bernama, 19 Oktober, 2023.



KITA TABEK

PADA

SOSOK HEBAT

DARI LEMBAGA

KEADILAN

AMIN

BERAPA LAMA

BOLEH BERTAHAN

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

SYABAS RAKYAT. MALAYSIA


Kutipan tabung untuk Palestin kini RM81 juta, hampiri sasaran, kata PM

KUTIPAN tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP di Putrajaya hari ini, beliau yang juga menteri kewangan berkata kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Beliau memberi jaminan AAKRP itu akan dipastikan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini.

“Saya terharu dalam masa singkat dengan dana awal kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta. Ini menunjukkan keprihatinan dan terima kasih kepda syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam,” katanya.

Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini dengan kerajaan menyumbang RM10 juta dana awal tabung itu.

Antara penyumbang terbesar untuk AAKRP hari ini adalah Khazanah Nasional Bhd serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu RM15 juta, Yayasan Albukhary RM15 juta dan YTL Corporation Bhd RM5 juta.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.

Anwar turut mengingatkan pihak yang mengutip derma untuk rakyat Palestin supaya sentiasa bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing.

“Saya ingin nasihat rakan-rakan di masjid atau surau kutip wang kena ada tanggungjawab dan ia perlu diurus dengan cekap. Jangan ambil kesempatan bina mahligai masing-masing.

“Badan sukarela jangan belanja begitu tinggi untuk keindahan pejabat, dana ini untuk bantuan kemanusiaan,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menyumbang mengikut saluran yang betul bagi mengelak wang disumbang disalah guna pihak tidak bertanggungjawab

“Ini isu perikemanusian, penyaluran (dana) itu baik (perlu) lebih telus dan lebih bertanggungjawab dalam penyaluran,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin dan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali. – Bernama, 19 Oktober, 2023.

SYABAS

DAN

TAHNIAH

WARGA MALAYSIA

KHALAS

JEREBU - KLANG BAHAYA - KL MACAM MANA ?


Klang kekal catat IPU tidak sihat setakat 4 petang ini

KLANG di Selangor kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 19 Oktober, 2023.

WOIT

IPU DI KLANG

BAHAYA

AMIN

DI KL IPU

BERAPA ?

KAMI NAK TAHU

KHALAS

CUKAI PERLU UNTUK URUS NEGARA


CUKAI PERLU

UNTUK MENGURUS

NEGARA

AMIN

TAPI ORANG KAYA

SYARIKAT KAYA

 BAYAR CUKAI

ATAU LARI CUKAI

KHALAS


Unknown commented on
 "CUKAI NAIK !!!"

Nak macam mana? Tak mahu cukai naik? Nak subsidi nak bantuan nak elaun nak naik gaji nak semua kah kah kah mana mahu cari duitnya? Siapa nak bagi? Ada minta Tok Arab? Ada minta hutang? Nak buat bon? Apa lagi boleh buat? Cuba bagi alternatif sekarang? Kah kah kah senang sekali minta Mahathir Daim semua pemimpin gerombolan yang curi duit negaraku dulu pulang sedikit kembali boleh tak? 

Semua parti politik yang kaya dengan bangunan aset minta pulang boleh tak? Kalau setiap tahun kutip RM 10 setiap ahli pun bagaimana ada harta sampai berbilion kah kah kah kalaulah kita dapat fikirkan sedikit sudahlah pasti kita akan berjaya amin

HUJAN LEBAT TURUN


HUJAN TURUN

DALAM JAM 4.45 PETANG 
KILAT GURUH PETIR
SAMBAR MENYAMBAR
HUJAN LEBAT TURN

BULAN OKTOBER !!!

INGAT BULAN OKTOBER
3 TAHUN DULU
BANJIR BESAR SAMPAI
TAMAN SERI MUDA DI SHAH ALAM TENGGELAM
HULU SELANGOR RUNTUH RANTAH

WATAK INI SEDANG BERULANG
KITA SEMUA DI MINTA
BERWASPADA
AMIN


MEDIA DI KAWAL JANGAN ADA BERITA BENAR TENTANG PALESTIN


MEDIA DUNIA

DI KAWAL JANGAN

ADA BERITA BENAR

TENTANG PALESTIN

KHALAS

SAUDI DAn MESIR BUKAN MUSUH


KETIKA INI

SAUDI & MESIR

BUKAN MUSUH

KHALAS

Mat Lekeh commented on
 "BERDEMO SOKONG PALESTIN"

Enche TT, cadangan saya apa kata demo diadakan di depan kedutaan arab saudi dan mesir contohnya kerana sikap oh i see je terhadap nasib Falastin. Asyik di kedutaan amerika sarekat je boring la. Kahkahkah..atau pak lebai mak lebai takut tak boleh gi haji gi umrah sebab al saudi sekat kuota haji? Kahkahkah..

HOT HOTT TER KINI TER NOWW - YAHUDI PRO PALESTN PECAH MASUK GEDUNG CAPITOL


YAHUDI PRO PALESTIN

PECAH MASUK

GEDUNG CAPITOL

200 DI TANGKAP

AMIN

ESOK LEPAS JUMAAT - KE JALAN RAYA SEKALI LAGI


SOKONG PALESTIN

AMIN

ESOK

 LEPAS JUMAAT

KITA BERHIMPUN

SEKALI LAGI 

DI MASJID 

TABUNG HAJI

AMIN



KEDUTAAN AMERIKA JADI SASARAN


TUNJUK MARAH

AMIN

DEMO DI BEIRUT

SASARAN TEPAT

KEDUTAAN AMERIKA

KHALAS

BERDEMO SOKONG PALESTIN


BERSETIA KAWAN

DENGAN WARGA

PALESTIN

AMIN

ESOK JAM 2 PTG

BERRHIMPUN

DI MASJID 

TABUNG HAJI

KHALAS



KES 1MDB NAJIB HAMPIR SELESAI



Wang AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram, dedah saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa US$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun  Najib pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, berkata berdasarkan siasatannya, US$681 juta itu berasal daripada bon US$3 bilion 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Najib di Ambank yang nombor berakhir dengan 694, antara 22 Mac dan 10 April, 2013, lapor Bernama.

Saksi pendakwaan ke-48 itu juga berkata sebelum US$681 juta dimasukkan ke akaun itu, akaun Najib mempunyai baki sebanyak RM879.8 juta, yang beliau katakan sebagai daripada “sumber yang sah”.

Saksi berusia 47 tahun itu berkata beliau menggunakan kaedah siasatan ‘First In, First Out’ (FIFO) atau ‘Masuk Dahulu, Keluar Dahulu’ yang digunakannya untuk menentukan sama ada dana dalam akaun Najib adalah haram atau bersih.

Pada akhir prosiding hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Superintendan Kanan Nur Aida Arifin akan menjadi saksi seterusnya, bagaimanapun, mereka boleh tidak memanggilnya kerana mereka masih belum menyerahkan keterangan saksi kepada pembelaan.

“Selain itu, pihak pendakwaan masih menunggu dokumen hari ini untuk dikemukakan sepenuhnya di mahkamah dan dimasukkan dalam kenyataan pegawai penyiasat sebelum menyerahkannya kepada pihak pembelaan.

“Pendakwaan hampir di penghujung kes. Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Dr Zeti Akhtar Aziz dan penganalisis BNM Adam Ariff Mohd Roslan,” kata pendakwa raya.

Hakim: Tiada lagi saksi lain?

Ahmad Akram: Itu akan menjadi saksi terakhir kita (pegawai penyiasat), Yang Arif.

Hakim Sequerah: Lepas tu tutup kes?

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar menjawab: “Pada peringkat ini Yang Arif, melainkan dan sehingga perkara lain timbul,”

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung 24 Okt.


KES NAJIB

CURI DUIT HAMPIR

SELESAI

AMIN

SEMUA SAKSI

DAH DI SOAL HAKIM

JENG JENG JENG

AMIN

MUSTAHIL PENCURI

BERNAMA NAJIB

AKAN BEBAS

KHALAS

JEREBU DAN INDON




Malaysia belum terima respons Indonesia cadangan kerjasama tangani jerebu, kata Nik Nazmi

MALAYSIA masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung cadangan kerjasama dua hala untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata respons terakhir merupakan kenyataan daripada Kementerian Luar Indonesia yang memaklumkan telah menerima surat yang diutus sebelum ini berhubung tawaran Malaysia untuk menangani masalah berkenaan.

“Yang terakhir kita terima ialah kenyataan jurucakap Kementerian Luar mereka yang mengatakan mereka telah terima apa yang kerajaan Malaysia tawarkan untuk bekerjasama dengan Indonesia untuk selesaikan isu jerebu rentas sempadan.

“Kita kena tengok balik Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) sejak 2002…kita tahu ada kekangan daripada segi perjanjian ini apabila (punca jerebu) berlaku di negara jiran, macam mana kita nak ambil tindakan, jadi itu mungkin antara yang kita bawa untuk tengok bagaimana boleh naik taraf perjanjian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu berkenaan selepas melawat Kolam Takungan Banjir Jinjang berdekatan Sungai Batu di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata kerajaan akan melihat semula kemungkinan AATHP dinaik taraf untuk menangani isu jerebu secara mendalam.

“Ramai yang bercakap tentang akta atau Rang Undang-Undang (RUU) Jerebu Rentas Sempadan; kita akan menyusul tentang isu tersebut secara mendalam, tapi ia tidak secara langsung.

“Saya faham keresahan rakyat tapi nak buat akta yang melibatkan bidang kuasa di luar (negara) agak mencabar; itu pandangan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara)...Singapura ada perundangan tersebut (tapi) mereka pun tidak mudah ambil tindakan,” katanya.

Pada 4 Oktober lepas Nik Nazmi berkata Malaysia menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera AATHP atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam Asean bagi menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan. – Bernama, 18 Oktober, 2023.


JEREBU MASALAH

BERSAMA

AMIN

WAJIB DISELESAI

BERSAMA

AMIN

UDARA KOTOR

TAK MENGIRA

BANGSA  NEGARA

KHALAS

JEREBU MAKIN MEMBURUK


8 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat setakat 5 petang

LAPAN kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 159.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, tujuh kawasan lagi yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan empat di Selangor iaitu Petaling Jaya (154), Johan Setia (153), Shah Alam (138) dan Banting (133).

Sementara dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras (146) dan Batu Muda (137) serta Tangkak, Johor (116).

Sebanyak 45 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 15 kawasan mencatat bacaan IPU baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. 

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 18 Oktober, 2023.



JEREBU MAKIN

MEMBURUK

AMIN

HUJAN PUN

GAGAL HAPUS

JEREBU

KHALAS

CUKAI NAIK !!!


CUKAI NAIK

RAKYAT MENGELOH

AMIN

RBUT AGAMA TUMBANKAN POKOK KEMANUSIAAN



RIBUT AGAMA

TUMBANGKAN

POKOK 

KEMANUSIAAN

KHALAS

Unknown commented on 
"CUACA BURUK 
MELANDA TEL AVIV"

Adakah nak bagi tahu cuaca buruk kerana Tuhan murka? Kalau begitu Tuhan selalu murka di negaraku juga kerana kita jahat? Atau memang alam murka kerana sudah sampai masanya? Manusia ini mudah sangat kaitkan segalanya kepada Tuhan agama untuk menegakkan kepercayaan sendirilah itu saja, nak jadi bahan cerita ikut selera sendiri, apa berlaku sekarang di seluruh dunia? 

Manusia menghancurkan kemanusiaan sesama manusia tak kira lah bangsa agama warna kulit apa saja bezanya mereka faham lihat belajar tetapi pokok utama sudah tumbang, kemanusiaan tumbang kena ribut agama bangsa kepercayaan negara kah kah kah akhirnya boleh cakap tv show you asked for it?

TUGAS KERAJAAN BUKAN JAGA SELUAR DALAM RAKYAT


TUGAS KERAJAAN

BUKAN JAGA

SELUAR DALAM

RAKYAT

KHALAS

Unknown commented on 
"APA SALAH SAJAT ?"

Aku nak pakai seluar dalam kah tak mahu pakai kah, nak pakai seluar dalam perempuan lelaki aku punya suka, engkau orang tak payah sibuk bab seluar dalam, pergi urus negara dengan baik, jangan curi jangan rasuah jangan skodeng jangan rogol jangan rompak orang lain sudah kah kah kah

CUKAI


CUKAI

KHAMIS 19 OKTOBER 2023
DI PARLIMEN BELANJAWAN
MASIH DI BINCANG
ISU CUKAI TIMBUL 
JENG JENG JENG

NAK TIPU MAK CIK FELDA
GUNA BAHASA INGGERIS
SST DAN GST
INI CARA GEROMBOLAN
BUAT KERJA
BAGI RAKYAT UMUM
TAK FAHAM
APA  PUKEE MAK GST
APA LANCOW SST

DULU NAJIB ADA CUKAI GST
KEMUDIAN DI HAPUS
SEKARANG KERAJAAN
TAK CUKUP DANA
NAK CUKAI RAKYAT
JENG JENG JENG

SEBELUM CUKAI RAKYAT
PASTIKAN SYARIKAT BAYAR CUKAI
PASTIKAN ORANG KAYA
BAYAR CUKAI
AMIN

ISRAEL
BIDEN MELAWAT ISRAEL
BERI SOKONGAN PADA ZIONIS
BIDEN NAK GUNA INI
SEBAGAI AGENDA
KEMPEN PRESIDEN 2024

JORDAN
PEMIMPIN ARAB
DI RANCANG BERTEMU
BERBICANG DI JORDAN
DENGAN BIDEN
SEMUA GAGAL
KERANA HOSPITAL KENA BOM

MESIR
SEMPADAN RAFAH DIBUKA
MAKANAN AIR UBATAN
BOLEH DI BAWA MASUK KE GAZA
ASALKAN BUKAN
UNTUK HAMAS
KAH KAH KAH

UKRAINE
AMERIKA KINI HANTAR
MISILE JARAK JAUH
YANG BOLEH MENYERANG 
RUSIA
PUTIN KATA INI SATU
KESILAPAN AMERIKA
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI BASAH BERKABUS
MATA HARI TAK MUNCUL
KL & KL SENTRAL
BERBALAM BALAM 
BERJEREBU DAN BERKABUS

TIONG KENDURI
MENCARI SERANGGA
DALAM LOPAK AIR ATAS JALAN

TERKUKUR
BERLAGU
PALING GUMBIRA CENGKERIK
BERSIMPONI BUMI BASAH

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
GUA MEMBASUH PAKAIAN
NAK KERING PAKAI KUASA SOLAR
AMIN

BRO 
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
SEMUA TAK BERGERAK
JIKA LU TAK BUAT
APA APA

BRO
JIKA  KITA SEDAR
KEBODOHAN KITA
INI MAKNANYA KITA
BUKAN BANGANG

BRO
HIDUP  KITA INI
ADALAH SLOGAN KITA

BRO
HIDUP INI PERLU INSPRASI
DAN
TEKANAN

BRO
TANPA HUJAN
TAK ADA BUNGA

BRO
BUAT  WALU PUN KECIL
DENGAN PENUH
KASIH SAYANG

BRO
SENTIASA INGIN  TAHU
JANGAN SUKA MENGHUKUM

BRO
KALAU BENDA ITU
TAK MELAWAN LU
IANYA TAK AKAN
MENGUBAH LU

BRO
MASA BERGERAK
 KE SATU ARAH
INGATAN
BERGERAK KE ARAH 
YANG LAIN

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS