Rabu, 22 Jun 2016

KEMATIAN TAMAT PERJUANGAN





FACE BOOK
























-------------

PAS SALEPAS NIK AZIZ JADI PIS





PAS SALEPAS TOK GURU
pas ini hilang arah selepas tok guru wafat...dulu amar makruf nahi mungkar...sekarang cash is king...manusia biasalah...ada kelemahan...ada kelemahan duit...kelemahan saf batin..kah kah kah.mereka guna lah mana mana yang sesuai...tak.kira apa kelemahan...tok guru payah pasal tinggal pun rumah biasa...susah runding...saya respek tok guru sebab buat serupa cakap...yang puak puak tarbus sekarang sama sama geng perompak...tak guna...selagi DUIT jadi GOD...maka JIB is Prophet lah kah kah kah..mudah.com.my kah kah kah on TANYA MAT SOTONG DULU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/21/16





-------------

SELAMAT BERBUKA






SELAMAT 

BERBUKA
hari ini cuaca masih molek
awal pagi sejuk
depan dan belakang bilik gua
ada hutan belukar yang tebal
bukan main sibuk ayam utan
berkokok tak susah sudah
tapi suara ayam hutan ini
tak seindah ayam kampong

petang ini gua mahu keluar
tapi gua tak tahu nak gi mana
gua nak cari bazar ramadan
nak buat sibuk
nak  nak  jadi ramai

esok gua story
SELAMAT MAKAN

BETUL KE

RAYA LAGI

14 HARI?

SAJE TANYA

NAK MARAH

MARAHLAH





-----------

SELAMAT BERPETAI





PETAI NERING
Tudia, petai nering ni boleh didapati di kawasan hutan Kroh, Gerik, Lenggong dan Baling. Persekitaran Gunung Inas. Biasanya buah petainya sama mcm petai biasa. Atau lebih kontot sikik. Bezanya bila sudah tua, kulit disekitar bijinya mengeras padat dan bewarna hitam mcm biji ciku. Bijinya kecil, adakala membesar spt separuh biji buah laici. 

Perlu dikacip hujungnya yg bujur dan disemai terlebih dahulu beberapa hari untuk melembutkan kulit dgn kaedah pencambahan. Semai atas tanah dlm pasu saja pun boleh. Kendian bila kluar tunas, barulah kulitnya menjadi lembut. Time ni la kumpul banyak-banyak utk tugasan mengupas kulit biji. Bila dikupas dan dikumpul, nampak mcm tauge hijau besar pulak. Ada yg panggil petai kerayong. 

Petai ini rasanya lebih enak berlemak dari petai biasa. Rasa mcm petai lemak dan kacang pistachios. Pada saya, ianya tak berbau hancing dan haring lps makan. Sayang sekali, petai ni susah jumpa di pasaran secara komersial. Mungkin di Sabah Sarawak ada juga. Bukan pupus, on BETUL KE DARAH TINGGI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 6/17/16

JERING MUDA
Lu ni TT, makin lama makin melampau la. Jering pulak dah.. kenuak lu x mau ka? Jering muda, jering jeruk, kenuak muda, kenuak jeruk, petai jeruk, bua nenering lagi best. Sapa besa kene buah nenering.. petai jatuh nombor 2 la.. mana nak cari nenering ni.. lu cari sendirik la.. kahkahkah.. padan muka.. on SELAMAT BERBUKA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/1




-----------

KRISIS EROPAH





ESOK HARI

PENENTUAN

pungutan suara akan
diadakan di UK esok 23 jun 216
ini bertujuan untuk menentukan
sama ada UK akan terus dalam EU
atau Uk keluar dari EU

hari ini ada 28 buah negara eropah
dalam perserikatan EU

tim tukar tiub menyokong
rakyat UK untuk meninggalkan EU
ini kerana projek EU ini
sama saperti  projek TPPA
dimana malaysia telah dipaksa masuk

semua negara dalam EU
semua negara dalam TPPA
akan jatuh ke dalam jaringan
kaum pemodal zionis-anglo-amerika

bila UK keluar dari EU
maka projek ini akan retak
projek new world order
akan retak pecah dan gagal

cukup senang untuk kita memahami
mana   yang lebih baik
keluar  EU baik
atau terus dalam EU baik

lihat sahaja siapa
yang sokong untuk UK terus dalam EU
- george soros
- syarikat kereta jaguar
- kesatuan syarikat kilang
- akhbar financial times
- majalah economist
- IMF
- world bank
semua ini mewakili kepentingan pemodal

apa yang baik untuk pemodal
pasti tidak baik untuk kaum buruh
apa yang pemodal sokong
kita jangan sokong

keputusan esok memberi impak
yang amat besar
jika UK terus dalam EU
impaknya tidak banyak

jika UK keluar EU
maka nilai pound sterling jatuh
nilai euro jatuh
ekonomi eropah kacau
semua ini adalah baik
satu peluang untuk kaum buruh
menyusun kembali hak hak mereka
yang telah dilupuskan oleh EU

KELUAR EU






------------

DUIT ZAKAT PUN KENA KEBAS





FACE BOOK

MENTERI AGAMA guna duit zakat.. tak berdosa
Bayar zakat tak melalui KERAjaan.. BERDOSA !!!

Baru tahu di bwh pemerintahan BN Benjamin Netanyahu, ADALAH BERDOSA bagi zakat terus kepada asnaf !!!

"Zakat untuk orang miskin & golongan lain yg selayaknya... dosa kita tuhan yang tentukan bukannya manusia.. asalkan niat kita ikhlas DAN BUKANNYA DI SEGELINTIR 'PENGUTIP DUIT ZAKAT' YANG SONGLAP/ SALAHGUNA WANG2 ZAKAT"..

Mcmaner nak kenal penyangak & penyamun ??
TANYALAH KEPADA UMNO kerana mereka lebih MAHA MENGETAHUI !!!

Wallahualam~








































-----------

SESUDAH KUALA KANGSAR




SESUDAH SUNGAI BESAR
 & KUALA KANGSAR

Kita telah membaca dan mendengar keputusan undian dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kita juga telah melihat sorak sorai para penyokong. Kita juga telah melihat  gambar muka Rosmah dengan pakaian merah  yang menyambut kemenangan. Muka Rosmah telah diviralkan  sebagai ‘hantu’ yang membawa kemenangan.

Rakyat Malaysia untuk pertama kalinya  susudah dua PRK ini mendengar Najib bersuara  memperlekeh Mahathir. Selama ini Najib senyap menikus takut  - tidak menjawab apa sahaja yang dikatakan oleh Mahathir. Senyap Najib ini telah melahirkan konsep Roti Najib i.e roti tanpa telor.

Untuk ahli, aktivis dan pemimpin Amanah, Keadilan dan DAP - saya cadangkan mereka wajib bertanya  sesama sendiri - apa yang harus dilakukan sekarang?

Sebelum merungkai pekara ini saya merasa terpanggil untuk sekali lagi  memberi pencerahan tentang empat  pekara. Pertama: Pengalaman sebagai punca ilmu pengetahuan. Justeru mengumpul pengalaman ialah mengumpul ilmu. Kedua: Memahami apa itu daulah atau state. Ketiga: Jangan sesekali menyimpan illusi kemenangan akan tercapai dalam PRU 14, PRU 15 hingga ke  PRU10000. Keempat: Kerjasama pensejajaran politik baru. 

Mengumpul pengalaman melalui mengambil bahagian dalam proses  pemilihan ini akan menjadikan kita berilmu. Berilmu ertinya tahu selok belok dan segala tipu helah yang telah disusun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang. Juga berilmu untuk memahami segala tipu helah yang dilakukan oleh musuh. 

Bertempur dalam piliharaya wajib menjadi guru yang akan mengajar kita  bijak mendewasa. Jangan sesekali melupakan pengalaman ini. Melupakan pengalaman bermakna meninggalkan segala  ilmu pengetahuan. Ertinya kembali menjadi sosok yang bodoh.  

Mengenai daulah - dari apa yang saya perhatian pemahaman tentang daulah terlalu cetek dikalangan pemimpin, aktivis dan kader parti. Ini mempengaruhi budaya politik semasa yang menjadikan  orang ramai - rakyat biasa bertambah bebal dalam pemahaman tentang  daulah. Ini pada pandangan saya keadaan yang tidak sehat.

Aktivis parti yang tidak  memahami daulah akan  dilihat bodoh. Aktivis parti yang bodoh  tidak  akan menjadi iklan untuk menarik anggota baru atau melahirkan simpati terutama dikalangan anak anak muda.

Daulah ialah state. Sebuah negara berdiri kerana wujudnya  daulah. Daulah memiliki lembaga  atau jentera. Polis , askar, mahkamah, penjara, surat khabar, radio dan TV , jabatan agama -  ini adalah contoh-contoh lembaga atau jentera daulah.

Berfungsinya jentera daulah ini melalui  rujukan-rujukan dari Perlembagaan atau melalui Akta Parlimen. Rujukan ini jika kita baca kelihatan molok dan cantik - adil dan sejahtera.  Jentera-jentera ini  bertugas untuk  mempertahankan daulah  demi kesejahteraan orang ramai.

Tetapi hakikatnya dalam negara dunia kertiga saperti Malaysia  jentera  ini akan terus menyebelah kepada siapa yang melantik dan memberi mereka gaji. Taat setia jentera daulah ialah kepada yang memberi mereka pangkat dan gelaran.

Jelas di Malaysia - kesetiaan jentera ini adalah kepada pemerentah yang berkuasa dan yang boleh memberi mereka upah. Yang berkuasa hari ini ialah United Malays National Organisation. Maka semua jentera daulah akan setia dan akan bekerja untuk mempertahankan kuasa parti United Malays National Organisation.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Najib mengajukan dasar negara - ‘cash is king’ - duit itu raja. Ertinya semua boleh  dirasuah, semua boleh dibeli. Semua boleh diberi dedak. Ini bermakna lembaga dan jentera daulah juga boleh dibeli dan boleh ditumbuk rusuk mereka jika penumbuk itu besar.

Justeru jika politikus , aktivis  dan kader parti tidak memahami apa itu daulah  atau memahami daulah secara sipi-sipi maka semua analisa dan kerja politik tidak akan lengkap. Analisa politik yang tidak lengkap tidak akan membawa hasil yang diharapkan. Fikrah politik yang tuntas memahami daulah. Berpolitik ialah untuk merebut daulah.

Pekara ketiga ialah tentang  pilihanraya dan mengundi. Kita jangan ada ilusi bahawa dalam PRU14 Pakatan Harapan akan menang dan mengambil alih kerajaan. Ini mimpi. Ini tidak akan terjadi. Hentikan mimpi ini.

Dalam negara dunia ketiga saperti Malaysia ini belum pernah berlaku perubahan kerajaan melalui pilihanraya. Indonesia menjadi demokratik sesudah Suharto dijatuhkan melalui  jalan raya. Pilipina menjadi demokratik sesudah Marcos dijatuhkan melalui jalan raya. India melalui zaman darurat 1975-1977 sebelum berlakunya peralihan kerajaan.

Jangan lupa Korea menjadi maju dan demokratik  melalui jalan raya. Jangan lupa sejarah  Presiden General Park Chung Hee yang dibunuh mati dalam mesyuarat kabinet dalam tahun 1979. Sebelum ini Korea Selatan dibawah ditaktor tentera. 

Di Latin Amerika - hampir semua negara dibawah  pimpinan tentera. Rampasan kuasa berlaku berulang kali untuk mengubah kerajaan. Bagitu juga di Afrika dimana sistem politik dan piliharaya  peninggalan British ini hampir sama dengn sistem di Malaysia.  Justeru inilah  yang  membuatkan Mahathir berjaya menyamakan  Idi Amin dengan Najib.

Hakikatnya di Malaysia jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya akan diharamkan. Saya berani berkata sademikian kerana saya ada bukti yang saheh. Apa yang saya tulis ini bukan omong politik kosong tatapi berpaksikan  data sejarah.

Sebelum tahun 1964 - Tanah Melayu ada piliharaya kerajaan tempatan. Ini bermakna semua Ahli Majlis   TIDAK dilantik tetapi dipilih melalui pilihan raya secara demokratik. 

Setiap kali pilihanraya tempatan dijalankan United Malays National Organisatioin dan kuncu-kuncunya dalam Perikatan kalah. Yang terus menang ialah Parti Buruh dan Parti Rakyat. Akhirnya pada tahun 1964 pilihanraya ini digantung atas nama keselamatan kerana Zaman Konfrontasi.

Pada tahun 1976 pergantungan hak rakyat untuk mengadakan pilihahn raya tempatan  ini bukan ditarik kembali malah diresmikan pengharaman oleh Parlimen. United Malays National Organisation yang tidak pernah menang dalam pilihanraya kerajaan tempatan telah meluluskan  Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sah jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa pilihanraya akan diharamkan.

Justeru pada pandangan saya pilihanraya kecil di  Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu  sandiwara. Satu bayang-bayang dalam pesta sandiwara  Pilihanraya Umum yang lebih besar. 

Apakah ini bermakna tulisan saya ini menolak PRU dan PRK? Jawapan nya ia dan tidak. 
Kita wajib menolak PRU dan PRK dalam kerangka yang wujud  hari ini. Tetapi kita tidak menolak pilihan raya sebagai satu pendekatan untuk melantik perwakilan, untuk menubuhkan kerajaan atau  untuk memilih ahli majlis. Mengundi  dan memilih adalah lunas demokrasi yang wajib kita pertahankan.

Sesudah kita memahami tiga pekara diatas maka kita sampai ke pekara yang keempat. Pada hemat saya pekara amat amat penting. Pekara ini ialah  tentang upaya mendirikan kerjasama dalam Pakatan Harapan. Menggalang satu barisan bersatu  yang besar. Ini memerlukan pensejajaran politik baru - a new realignment.

Ertinya Pakatan Harapan  menilai kembali siapa kawan dan siapa lawan. Dimana musuh utama dan dimana musuh sampingan. Dengan siapa kita bekerja dan dengan siapa kita terus berseteru.

Gagal memahami siapa musuh utama dan siapa  musuh sampingan akan mengembalikan  politik Malaysia ke zaman gelap dimana United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam  Perikatan/Barisan Nasional  terus menjarah dan merampok harta kekayaan negara ini tanpa halangan.

Selesai kiraan undi di Kuala Kangsar - kita terdengar   suara  mahu menjemput Parti Pas  kembali bersama dalam Pakatan Harapan. Belum pun sempat jemputan resmi diajukan  Tuan Ibrahim Tuan Mat telah berkata bahawa  Parti Pas tidak mahu  bersama dengan Amanah dan DAP. Ini hakikat.

Para aktivis dan kader  Pakatan Harapan wajib mengetahui satu pekara yang paling penting dalam politik. Pekara ini ialah dalam politik wajib ada kerja sama dan tolak ansur. Perlu  ada United Front yang lahir dari perbincangan yang tuntas.  Perlu ada kawan  sebaris  dan kawan seperjalanan. Ada kerjasama sementara dan ada kerja sama berpanjangan.

Rupa bentuk Malaysia yang berbangsa-bangsa memerlukan satu kerjasama politik yang kukuh untuk mendirikan kerajaan. Dalam politik  Malaysia hari ini - tidak ada satu parti  atau satu bangsa yang boleh mendirikan kerajaan.

Memang ada mimpi-mimpi untuk mendirikan Kerajaan hanya dari Parti Melayu atau hanya dari Parti Islam sahaja. Ini satu mimpi. Ini satu angan-angan.  Kalau pun  gerombolan Ketuanan Melayu semuanya bersatu  - kerajaan sademikian akan runtuh dalam masa yang amat singkat. Ini hakikat politik dalam negara  berbilang bangsa dan pelbagai agama. 

Malaysia terpampang sebagai satu negara yang bukan negara satu bangsa.

Dari pandangan mata kasar kita lihat bahawa  sentimen pengundi dalam PRK tidak berubah. Dalam PRK pengundi membuat perkiraan yang berbeza  ketika menghundi dalam PRU. 

Sebenar keputusan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Baru tidak jauh bezanya dari keputusan PRU13 yang lalu. Malah penampilan Amanah yang belum sampai satu tahun cukup menyakinkan. Ini kamarad baru yang wajib diuji dan diduga.

Jika kita ada kawan baru dan jika sikap dan sentimen pengundi tidak banyak berubah maka bagaimana pensejajaran politik baru ini dapat digarap? Tunggu minggu hadapan. Selamat Berbuka.(TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


-----------

PELIK AMAT PELIK




SILA TANYA

DIRI SENDIRI


Hadi Ahli Parlimen pertama bukan kerajaan kemuka usul pindaan ...

www.bharian.com.my/node/157773

Translate this page
Berita Harian
May 26, 2016 - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap kepada wartawan ... pembentangan usul untuk pindaan Rang Undang-undang hanya ...

Usul Hadi bukan mahu wujudkan undang-undang baharu | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../usul-hadi-buk...

Translate this page
Free Malaysia Today
May 27, 2016 - Pindaan sebaliknya akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah ... Semalam, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang ...



PELIK 

LAGI HAIRAN

KALAU HUDUD

HUKUM ALLAH

KENAPA

HADI NAK PINDA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH



---------

TEPAT DAN BETUL




INI BARU BETUL

FACE BOOK
MEMBINA MANUSIA DAN MENGURUS NEGARA

Parti AMANAH Negara adalah sebuah parti Islam yang progresif.

Kami sedang berhempas pulas untuk membina kehidupan dengan kasih sayang. 

Kami mahukan sebuah kehidupan yang adil, punya kebebasan dan jauh dari penipuan.

Perkongsian dengan teman-teman pelbagai bangsa yang kaya dengan adat resam serta membina suasana saling mempercayai antara satu sama lain.

Selama ini pemerintah telah membina satu kehidupan yang penuh dengan suasana BERPURA-PURA.
























------------

BERHUDUD HUDUD






HUDUD 

YANG MANA?


HUDUD YANG MANO?
Assalam Bro,Cerita pasal Hudud ni aku teringat akan tuduhan yang Tun M menolak Hukum Islam @ Hudud.Jadi bila kita renongkan semula ada kebenaran Tun M menolak Hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan sedikit masa dulu.Sekarang ni orang Islam keliru hudu yang mana yang perlu dikuti ?

 Hudud di Kelantan atau di Terengganu ? Ini belum lagi di Kedah atau di Johor misalnya ! 

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi sebelum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.Bukan kita menolak Hudud tetapi biarlah Hudud yang dilaksanakan itu benar-benar berpandukan Hukum Allah agar Umat Islam tidak ditertawakan atau dimalikan oleh bukan Islam... on HUKUM HUDUD KELANTAN DAN TERENGGANU
Anonymous
on 6/22/16

MAINAN POLITIK
Bila tak dapat kuasai undang-undang yang sedia ada ada pulak puak nak kuatkuasakan hudud.bukankah ini mainan politik semata-mata untuk mendapat sokongan dan memecahbelah perpaduan pelbagai bangsa dan agama.

Apakah bila lemah menguasai undang-undang sedia ada kita masih nak laksanakan satu lagi undang-undang lain? Kalau undang-undang sekarang gagal menghukum orang yang bersalah undang-undang yang bersifat mainan politik akan berjaya mrnghukum orang yang bersalah? Apakah kebangangan ini. on HUKUM HUDUD GANU DAN KELANTAN
Anonymous
on 6/22/16

HUDUD PIS
Hudud pis adalah hudut tuang amanat pekapirkan umngok.hukuman ringan-ringan hudud tuang amanat ialah pabila seseorang yang tidak sependapat akan dapat label jebon, barua, pil kuda, babi sapi dan banyak lagi label-label yang sewaktu dengannya. on HUKUM HUDUD KELANTAN DAN TERENGGANU
Anonymous
on 6/22/16


PARTI LOBAI
Kerajaan Kelantan PAS dan BN bagi bonus raya = RM500. DAP Penang dan PKR Selangor bagi 3/4 gaji dan 1.5 gaji masing2. (Jika gaji 2k, DAP bagi 1500 dan PKR =3000). Jemba lagi dunia sumer tu.. Betul2 PAS ganti BN! Ikut lagi telunjuk DAP dan PKR, mcm cilaka.. Kahkahkah. 

Sudahlah, mengarut ja parti lobai ni. Duit tabung Memali dan pampasan balu+anak2 memali pun dia kebas dan balun, sumer ulamak2 syura dia terdiam? Mcm ni punya 100 orang mangsa memali syuhda' sendiri pun x leh jaga, nak jaga 30 juta rakyat? Toksah berangan la dol. on HUKUM HUDUD KELANTAN DAN TERENGGANU
Anonymous
on 6/22/16



-------------

BETUL KE BERITA INI




INI KES APA?

BETUL KE

BERITA INI?




CIMB heret anak Najib ke mahkamah kes kemungkiran bayaran


Bank CIMB mengheret anak Najib, Mohd Nazifuddin Mohd Najib ke mahkamah kerana kegagalan menjelaskan bayaran yang mana beliau adalah sebagai penjamin sebuah syarikat.
Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 1 Ogos untuk membuat keputusan sama ada Nazifuddin perlu membayar jumlah penuh sebanyak RM200,000 atau sebaliknya - iaitu jumlah yang terhutang oleh peminjam.
CIMB menuntut supaya anak Najib hasil perkahwinan pertamanya itu membayar jumlah wang berkenaan selepas peminjam gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut perjanjian sewa beli.
Peguam Nazifuddin bagaimanapun berhujah bahawa CIMB tidak berhak menuntut jumlah penuh sebanyak RM200,000.
Ini kerana dalam surat tuntutannya, CIMB memohon RM12,000 dari Nazifuddin, justeru, peguamnya berkata bank itu tidak boleh menuntut jumlah keseluruhan.
KAH KAH KAH

kalau hang tanya

apa kes ini

hang google

nama mafia:

LUIGI 

PIRANDELLO

baru hang tau

kah kah kah

MONTOL LONTOL




-----------

ADA YANG BERTANYA





SATU 


PERTANYAAN
TT, Tantawi main tangan ke atau main serban? on BAYI SWITZERLAND
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/22/16



-----------

MARI BERSAMA BERSIH




SUDAHKAH ANDA 
MENDAFTAR DENGAN KAMI 
SECARA ONLINE?

KHAS BUAT WARGA MALAYSIA
 DI PERAK DAN SELANGOR!

Dalam kursus 3 hari 2 malam yang akan datang, BERSIH akan memperkenalkan kepada 30 peserta yang dipilih menyertai program ini kepada Sejarah & Gerakan Sosial, Demokrasi, Pilihan raya, Mobilisasi, Apa itu Aktivisma dan pendedahan & keterlibatan projek BERSIH.

Tarikh: 5-7 Ogos 2016 (Jumaat - Ahad)

Tempat: Heritage Hotel, Ipoh. (10minit pemanduan dari KTM Ipoh)

Jika berminat, anda semua boleh terus layari laman kami untuk keteragan lanjut di pautan www.bersih.org/bootcamp dan mendaftar di
https://docs.google.com/…/137VhrAqWJL9Si5l3QYaQ40…/viewform…

TAPI dengan syarat! Anda haruslah seorang warganegara Malaysia yang ingin menjadi ejen perubah masa depan negara dan wajib berusia antara 18-45 tahun.

Cepat daftar dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar BERSIH 2.0!









































----------