NIK ABDUH
TIDAK NAFI
BACA BERITA
INI BETUL2
BACA RAPI2
BACA LAGI
DIA PUTAR
KELENTONG
Tuduhan RM90 juta kerana PAS masih pilihan profesional, kata Nik Abduh
PAS kini menjadi tarikan golongan ilmuwan 'pemegang ijazah tertinggi' walaupun ada pihak melabelnya parti 'tok lebai'.
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa ia terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertinggi parti itu menerima wang daripada Najib, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Katanya, ia susulan kegagalan beberapa pihak menyerang parti itu dalam usaha melabelnya parti “tok lebai”.
“Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan PAN sebagai bukti kebenaran hujah mereka,” kata beliau menggunakan rujukan yang kerap digunakan media pro-Umno terhadap Amanah.
Amanah ditubuhkan September lalu oleh kumpulan profesional dalam PAS, beberapa bulan selepas perpecahan parti Islam itu kemenangan besar golongan konservatif yang dinaungi presiden Tuan Haji Hadi dan Tuan Haji Haron Din.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Najib meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.
Nik Abduh berkata tuduhan itu merupakan sebahagian “projek besar membuang PAS daripada persada politik negara”, sambil menyerang bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang sebelum ini menganggap pemimpin PAS “termakan dedak” yang diberikan Najib.
Katanya, dakwaan Sarawak Report itu usaha baru pihak tertentu menjemput “bomoh baru dari UK” bagi “meniupkan mantera jampi serapahnya” menyisihkan PAS daripada arus perdana politik.
Menurutnya, PAS kini mendapat sokongan lebih ramai golongan profesional.
“Bahkan PAS turut menerima kehadiran lebih ramai para ilmuan pemegang ijazah tertinggi bagi membantu PAS di semua peringkat terutama pada peringkat pembuat dasar dan polisi parti,” kata Nik Abduh.
Sebelum ini, PAS menafikan dakwaan Sarawak Report yang berpengkalan di UK itu, dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang.
MALAON INI
DAH PANDAI
MACAM NAJIB
LAIN DITANYA
LAIN DIJAWAB
KAH KAH KAH
----------