Isnin, 5 April 2021

CHINTA KILAT

 



CHINTA KILAT

Wahai Para Pembacha Tukartiub Yang Budiman

Pujangga2 dan orang2 tua dahulu amat peka akan apa itu chinta.

DARI MANA DATANG NYA LINTAH,
DARI PAYA TURUN KE PADI,
DARI MANA DATANG NYA CHINTA,
DARI MATA TURUN KE HATI.

Pembayang pantun di atas sebut lintah..entah lintah ayer ke lintah darat.Begitu juga chinta kepada partai politik...sanggop bergadai golok dulu2 demi parti.

Sekarang chinta kepada partai tak sampai sepenggal.Mana yang untong dia berhijrah ke partai baru.Maka tringat saya akan saya Chinta Kilat di tahun 1970an...mungkin Brother Isham sedang merantau ketika itu..

Kah kah kah

BRO

TRY JANGAN TAK TRY

307 DALIL MENGAPA NAJIB TAK PERLU MASUK PENJARA

 



DALIL 307

AMIN

NAJIB SUCI BERSIH

AMIN



Permohonan Najib tangguh prosiding rayuan kes SRC International ditolak


RAYUAN Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan pendengarannya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti tambahan untuk dimasukkan dalam rayuan mereka termasuk keterangan berkaitan keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

“Kami sebulat suara dalam hal ini. Tiada alasan yang munasabah untuk menangguhkan pendengaran. Kami tidak membenarkan permohonan untuk penangguhan,” kata Hakim Abdul Karim, yang mengetuai pendengaran rayuan itu bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Terdahulu, Shafee berkata mereka memerlukan sekurang-kurangnya penangguhan selama sebulan untuk mendapatkan dokumen berkaitan dari New York dan Singapura.

“Dokumen itu dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan turut melibatkan dakwaan terhadap keluarga Zeti.

“Kami perlukan sekurang-kurangnya satu bulan untuk memasukkan bukti tambahan dalam penghujahan. Kami memohon untuk penangguhan pendengaran ini,” kata Shafee.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram membantah permohonan itu dengan berkata mereka (pemohon) seharusnya mengemukakan permohonan lebih awal sebelum pendengaran rayuan itu bermula.

“Tiada alasan yang sah untuk mereka meminta penangguhan. Kami berharap tiada lagi penangguhan dan memohon mahkamah untuk meneruskan kes,” katanya.

Najib telah mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya tentang mengapa beliau harus dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. 

Bagaimanapun beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berikutan hakim memerintahkan kesemua hukuman tersebut berjalan serentak.

Najib, 67, pada masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan ini selesai. – Bernama, 5 April, 2021.   


ANWAR ADA

50 DALIL
AMIN

ZAHID ADA

47 DALIL

AMIN

NAJIB PALING

SUCI BERSIH

AMIN

ADA

307 DALIL

MENGAPA 

NAJIB TAK WAJIB

MASUK PENJARA

KHALAS



BANGGA DENGAN SPRM


 

ORANG RAMAI

WAJIB BANGGA

DENGAN SPRM

KHALAS



SPRM lumpuh sindiket monopoli 345 projek bernilai RM3.8 bilion

SATU sindiket yang memonopoli 345 tender projek kerajaan dengan nilai RM3.8 bilion lumpuh dengan penahan tujuh orang pada malam tadi, menurut agensi antirasuah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebut, ia melibatkan 150 buah syarikat dikawal sindiket yang menyertai tender pelbagai kementerian dan agensi sejak 2014.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight, sindiket itu lumpuh dengan penahanan tujuh orang termasuk seorang ketua sindiket berusia 47 tahun yang dicekup malam tadi di Lembah Klang.

“Ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memohon tender atau sebutharga di kementerian dan agensi yang terlibat.

“Suspek juga dikatakan mewujudkan 150 syarikat yang berbeza dengan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimiliki beliau sendiri,” katanya.

Kata sumber, tangkapan dilakukan di satu lokasi di Lembah Klang hasil intipan dan pemantauan ketika hampir keseluruhan ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang tender.

Sindiket itu didapati “mengepung harga” dan mensasarkan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan yang mendapat kerjasama individu dalam kementerian dan agensi.

Ia bagi memastikan syarikat di bawah kawalan individu terbabit dibenarkan mengemuka sebut harga bagi menyertai tender dan memastikan salah satu daripada syarikat tersebut berjaya,

Sindiket tersebut didapati membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan dan jumlah penyertaan syarikat.

Dengan itu juga, sindiket terbabit juga mendapat maklumat kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga, kata sumber.

“Taktik mengepung harga iaitu dengan menyertai sesuatu tender dengan menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket.

“Syarikat-syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Risikan juga mendapati, sindiket membuka pelbagai syarikat naungan dengan menggunakan nama beratus-ratus individu.

“... Setiap individu akan dibayar gaji bulan dan komisyen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi,” katanya.

Sumber berkata, SPRM percaya butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu.

Katanya, setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 17 dan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Saya tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya yang menambah, semua suspek direman enam hari sehingga 10 April.

SPRM berjaya mendapat perintah tahan reman tersebut daripada Majistret Shah Wira Abdul Halim, katanya. – 5 April, 2021.

SPRM GERAK

CERGAS

AMIN

KETUA POLIS

ANTI RASUAH

AMIN

DUA NILAI

MENUJU NEGARA

BERTAMADUN 

AMIN

YANG MASIH

PUKEE MAK IALAH 

MENTERI  & YB

AMIN



PERANG KALI INI DARI SEKARANG KITA MENYUSUN

 



PERANG  KALI INI

DARI SEKARNG

KITA MENYUSUN

Amutalingam barkaylow commented on 

"SELAMAT 

DATANG PERANG"

Boto yg katokan panglimo potaseh sebolom porang Ngajo2 dah poyi siasat jgn sampai porang molotus ... rakyat dok ontok2 dopan tv dlm talipon siaran bolansung lengok jo apo jadi. Tahu.



Unknown commented on 

"SELAMAT 

DATANG PERANG"

Sebulan start esok perang weiiii. Kalini pak penggubah bunga wang mesti menang punyaaaaa.woiiit. esok raya woiii.kahkahkahkahkah

ANAK MUDA ANGKAT SENJATA

 



ANAK MUDA

ANGKAT SENJATA

Unknown commented on 

"AKHIRKNYA 

ANAK MUDA BERGERILA"


Betul ke masuk akal. Apa yang pemuda nak? Demokrasi tu apa? Layar internet? Whatapps? Hutan tak ada benda macam tu. Nyamuk banyak. Perang saudara, rumah siapa yang hancur, bakar? Rumah sendiri. Siapa yanh bekal senjata masuk hutan? Tengoklak Syria ... nak demokrasi, tapi rumah dah hancur. Yang bekal senjata gembira tak ada apa apa. Janganla bodoh bunuh sesama sendiri.

NAJIB BUAT TAIK

 


NAJIB MULA

NAK BUAT TAIK

AMIN



Permohonan Najib tangguh prosiding rayuan kes SRC International ditolak



AWAS
NAJIB ROSMAH

AKAN CUBA LARRY

AMIN

GERILA ARAKAN

 

 

GERILA  ARAKAN

KINI BERSAMA 

ANAK MUDA 

KE JALAN RAYA

TAHNIAH SPRM

 


TAHNIAH SPRM

TANGKAP LAGI

AMIN



SPRM lumpuh sindiket monopoli 345 projek bernilai RM3.8 bilion



TANGKAP

DAN

PENJARAKAN

AMIN

ASAL USUL KOBID - PENCERAHAN



 

 ASAL USUL KOBID

SATU PENCERAHAN

PARLIMEN NAK BINCANG APA?

 



PARLIMEN 

NAK BINCANG APA?

Unknown commented on 

"MAT HASAN PERLU

 DISEKOLAHKAN"

Allah masuk Parlimen pun bincang apa apa , asyik jerit maki hamun teriak macam beruk dalam zoo, kah kah kah, patut bula darurat henti gaji ahli patlimen selama darurat, biar depa buat grab food panda supaya tahu kesusahan rakyat, biar mereka menganggur bawa teksi, kerja kontrak, upah kebun kelapa sawit, kah kab kah, ini nak.



selesai masalah rakyat tapi mereka pun tak tahu apa masalah rakyat, alami masalah rakyat baru lah sembang hebat, tengok tangan Najib, macam lembut back sutra, mana pernah kerja susah? Mana pernah peluh kerja? Kah kah kah nak.selesai qpa, semua cari jalan merompak negara lah kah kah

BRO KALI INI KITA SESAMA SUSUN




 BRO

KALI INI 

KITA SESAMA 

SUSUN

panglimo potaseh commented on

 "SELAMAT 

DATANG PERANG"

Selamat datang perang ..kita orang Melayu macam biasa lah ..bila musoh nyerang ..Raja siang2 lagi akan berarak keluar ke UK mungking ada yang ke Russia ..askar ambik gaji terus balik kampong ..rakyat ontok ontok nonggok kek ghumah ..

MASA TELAH SAMPAI DUNIA WAJIB BERTINDAK

 

MASA DAH SAMPAI

ASKAR P.B.B MASUK

KE MYANMAR TIBAI

PERAMPAS KUASA 

SAPERTI YANG 

DILAKUKAN PADA

 BOSNIA TAHUN 90'AN

WAJIB BACA DAN FAHAMI

 

WAJIB BACA

DAN FAHAMI

KHALAS



Kisah Hishammuddin Hussein, menteri luar terlajak cakap

PEPATAH Melayu ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya.

Inilah yang berlaku di Beijing di akhir lawatan dua hari Menteri Luar Malaysia Hishammuddin Hussein ke China, baru-baru ini.

Dalam satu sidang akhbar bersama Menteri Luar China Wang Yi, Hishammuddin memanggil China sebagai “abang besar (big brother)”.

Dengan pantas, menteri luar China membalas: “Kita adik beradik.”

Hishammuddin sebagai seorang wira ataupun frontliner di barisan hadapan yang sepatutnya menjaga maruah dan kedaulatan Malaysia gagal dalam tugas hakikinya.

Mungkin disebabkan layanan mesra dan hospitaliti tuan rumah China yang tidak ada tolok bandingnya, mewarisi empayar silamnya yang bijak berdiplomasi sejak zaman Marco Polo lagi, maka menteri luar Malaysia, anak bangsawan dari Johor itu kecundang dan melutut, lalu mengakui Malaysia ini sebagai adik kecil China, jika pun tak sampai ke tahap boneka.

Hishammuddin perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Meletakkan jawatan menteri luar mungkin terlalu berat baginya.

Sekurang-kurangnya anak bekas perdana menteri ketiga itu wajarlah meminta maaf. Mengapa Hishammuddin Hussein perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia? Ini penjelasan daripada saya.

Pertama, masakan sebagai menteri luar, Hishammuddin tidak sedar bahawa China telah melakukan banyak kali pencerobohan ke dalam perairan Malaysia di Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa sebagai perairan negara kita?

Kedua, sebagai menteri luar, tidak mungkin Hishammuddin tidak tahu bahawa China tidak mengiktiraf Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Tidak munasabahlah untuk kita rakyat biasa perlu memberitahu Hishammuddin bahawa kebanyakan telaga minyak, pelantar minyak, sumber pertoleum dan gas asli Malaysia yang dicarigali oleh Petronas berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif negara kita?

Ketiga, masakan Menteri Luar Hishammuddin cepat lupa bahawa kuasa besar China sekarang mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah miliknya.

Malaysia juga menuntut beberapa kepulauan di Laut China Selatan ini. Bagaimana kita hendak dipandang bermaruah oleh China jika Malaysia jadi adik kecil kepada abang besar China?

Keempat, Hishammuddin sebagai Menteri Luar tentu seorang menteri yang cerdik dan arif tentang sejarah. Hampir 60 tahun lalu, iaitu pada tahun 1961 telah diadakan Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (non-aligned movement) di Bandung, Indonesia.

Pemimpin-pemimpin penting Asia seperti Presiden Sukarno, Perdana Menteri Jawaharal Nehru, Chou En Lai telah hadir dalam persidangan itu dan mengasaskan pergerakan negara-negara berkecuali itu.

Apa yang Menteri Luar Malaysia Hishammuddin ucapkan di Beijing baru-baru ini dan dilapor ke seluruh dunia adalah bertentangan dengan dasar berkecuali yang dipegang oleh Malaysia sebagai teras asas dasar luar negara Malaysia.

Kelima, Hishammudin tentu masih ingat bahawa pertubuhan Asean dibentuk lebih kurang 50 tahun yang lalu sebagai suatu zon yang aman, bebas dan berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) atau ringkasnya Zopfan.

Prinsip Zopfan ini secara tepatnya dibentuk pada 1967. Antara pelopornya ialah tiga orang menteri luar di Asia Tenggara, iaitu Tun Abdul Razak (Malaysia), Adam Malik (Indonesia) dan Carlos Ramulo (Filipina).

Jadi, Hishammuddin janganlah rosakkan prinsip Zopfan yang penting ini yang telah berdekad-dekad menolong menjadikan rantau Asia Tenggara ini kawasan yang aman.

Sebagai menteri luar Malaysia, tentunya Hishammudin tidak perlu diingat-ingatkan bahawa di rantau Asia Tenggara inilah kemungkinan besar sengketa ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan China akan berlaku.

Sebarang provokasi yang tidak terkawal akan membawa konflik peperangan di rantau ini.

Jadi, ingatlah bidalan Melayu, kerana pulut santan binasa. Kita tidak mahu kerana mulut menteri luar kita yang tidak cermat, Malaysia akan terheret ke dalam sengketa dua kuasa besar Amerika Syarikat dan China. – 4 April, 2021.

* Hassan Abdul Karim
 adalah ahli Parlimen Pasir Gudang.

 

SEDAR DAN

SEDARI BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN



DUIT DARI AJEN AMERIKA

 


 GUA DIKATAKAN

DAPAT DUIT

DARI RUSIA

DARI KOMUNIS 

DARI MADEY

DARI AZMIN

YANG PUKEE MAK

DUIT DUIT 

PUKEE MAK INI 

TAK SAMPAI SAMPAI

AMIN

SEKARANG  

KES PALING BARU

 GUA DAPAT DUIT

DARI N.E.D PULAK

AMIN

Unknown commented on

 "SELAMAT

 DATANG PERANG"

Isham, perang dan bina kembali. Gua nak tanya, Iraq dah bina kembali? Syria dah bina kembali? Libyan dah bina kembali? Afghanistan dah bina kembali? Yemen dah bina kembali? Palestin dah bina kembali? Ini semua negara ISLAM? 



Dah bina kembali ke? Siapa yang bom dan musnah? Amerika dah sekutu yang musnah dan bunuh. Negara orang putih ada musnah ke? Tak ada. Kau nak hasut musnah Myanmar, musnah China, dia orang ada ancam Malaysia ke? Kalau dia orang hasut perang dan musnah Malaysia, bagaimana? 



Kau fikir ada berapa rakyat Malaysia yang ada nyawa bina kembali. Ini bukan duduk rumah tengok babak perang diTV. Jangan bodoh! Tapi mungkin juga, Isham dah terima duit NED Amerika buat hasut. Kalau gitu, teruslah gadai maruah orang Islam Malaysia.

SOKONG LANGKAH BIJAK PKR

 

 

LANGKAH TEPAT

DARI PKR

AMIN

SEMUA WAJIB

SOKONG TINDAKAN

INI

AMIN

YB XAVIER WAJIB

BERI 10 JUTA

PADA PKR

KHALAS




PKR tuntut RM10 juta dari Xavier

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan mengemukakan surat tuntutan bagi menuntut Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar membayar RM10 juta setelah bertindak keluar daripada parti itu bulan lepas. 

Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata surat berkenaan akan diserahkan oleh peguam parti itu kepada Xavier esok dan bekas Naib Presiden PKR tersebut diberi masa sehingga tujuh hari untuk menyelesaikannya.

“Sesiapa yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui,” katanya.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota 2020 hari ini. 


Pada 13 Mac lepas, Xavier mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli PKR selain menyokong blok kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

Sementara itu, Lee yang juga Ketua Cabang Indera Mahkota berkata mesyuarat hari ini akan mengemukakan dua usul iaitu menolak sebarang kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selain calon Pilihan Raya Umum ke-15 cabang itu harus terdiri daripada penduduk tempatan. – Bernama, 4 April, 2021.

 

INI MEMANG

HAK MUTLAK PKR

AMIN

INI DUIT PKR

AMIN

XAVIER MASA

EXCO SELANGOR

DAH MULA BUAT DUIT

AMIN

MASA MENTERI

PAKATAN YB INI

JADI PENIAGA PASIR

AMIN

SEMUA KERANA 

JASA PKR

AMIN

JUSTERU

ADALAH ADIL DUIT

1O JUTA RINGGIT

DIAMBIL KEMBALI

OLEH PKR

AMIN

INI SABENARNYA

DUIT PKR

KHALAS



MILIKI FIKRAH KRITIKAL - PERCAYA PADA AKAL SENDIRI

 



 MILIKI FIKRAH

KRITIKAL

BACA DAN KAJI

TAK PERLU PHD

Unknown commented on 

"BERKHALWAT 

HARI KE 383"

Tukar Tiub, sekarang ini banyak universiti serta dunia ada menawarkan pelbagai kursus sehingga ke PhD. Sesiapa yang berjaya memiliki gelaran PhD tu... adui... rasa bukan main hebat lagi bagai segala ilmu dalam dunia ni dia sudah tau... dan boleh bagi petunjuk ini betul itu salah dan orang ramai pun bodoh ikut apa yang dicakapkan... 



Itu kot yang berlaku kepada mereka yang mendapat PhD dalam kursus pelbagai bidang keagamaan, bukan PhD je, dapat BA (Bachelor of Arts dalam bidang keagamaan) pun dah boleh bagi petunjuk ini betul itu salah dan yang paling hebat boleh menfatwa sini sana... Tu puncanya kot kelam kabut agama dipersundalkan... untuk memuaskan nafsu ego melampau dan kepentingan diri...!

DUNIA INI AKHIRNYA MILIK ANAK MUDA

 

 LIHAT KLIP INI

TERBUKTI

DUNIA INI AKHIRNYA

MILIK ANAK MUDA

YB XAVIER MEMANG KAYA

 




 HANYA 10 JUTA

KAH KAH KAH

PKR tuntut RM10 juta

 dari Xavier

 NO SWEAT

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

GUNA FIKIRAN KRITIKAL - PERCAYA PADA YANG MASUK AKAL


 SETIA DAN PERCAYA

PADA AKAL SENDIRI

Haldeli commented on

 "AGENDA 

SUBVERSIF SIAPA ?"


SALAM 1. Kesetiaan yang wajib adalah kesetiaan pada Allah dan RasulNya. Inilah yang dikatakan kesetiaan KeTuhanan yang wajib diikrarkan pada detik umat islam ber Iman kepada Allah dan Rasul Nya (Dua Kalimah Syahadat)untuk menjadikan seorang yang beragama islam. 



2. Kesetiaan kepada selain Allah dan RasulNya hendaklah dikaji dengan teliti. Jika kesetiaan kepada Raja maka hendaklah dikaji keimanan dan perbuatan Raja itu. Adakah Raja benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan dan melakukan "amar makruf nahi mungkar?" Andainya tidak selari dengan sifat yang dikehendaki ini maka dari sudut ketuhanan kita tidak wajib beri kesetiaan tersebut.



 3. Begitu juga caranya menilai kesetiaan yang dikehendaki oleh pihak-pihak lain seperti parti politik, presiden parti, ketua kerajaan dan siapa sahaja makhluk yang menagih kesetiaan dari pengikut masing-masing. Selagi keimanan kepada Allah dan RasulNya tidak jelas dan perbuatan mereka pula menghala kepada kemungkaran maka tidak wajib kita memberinya. 



4. Allah melalui nabi dan Rasulnya telah menetapkan apa yang halal dan apa yang haram dilakukan. Jika mereka yang menagih kesetiaan bersifat suka melakukan perkara-perkara yang mungkar, haram dilarang Allah maka hindari diri kita memberi kesetiaan kepada mereka. 5. Semoga, dengan tidak memberi kesetiaan kepada mereka, Allah akan melindungi kita semua dari bencana hasil dari kesetiaan kita yang salah.