Hari ketiga aku bergerak sekali lagi ke lapangan terbang Heathrow. Aku duduk di Brixton – zone dua – ini wilayah Selatan di pinggir pusat kota. Brixton ialah stesen akhir untuk Victoria Line. Telefon aku bermula dengan 071 maknanya ini kod telefon wilayah yang betul-betul di London Central.
Dalam kota London aku tidak memiliki masalah pengangkutan. Aku menapak tak sampai 10 minit dari flet aku di Southwyck House Coldharbour Lane ke stesen Brixton. Majoriti warga kota London tidak perlu memiliki kereta untuk bergerak. Ada kereta api bawah tanah – tube – melegari kota London. Kereta api biasa menyambung ke wilayah luar kota yang jauh. Manakala bas merah dua tingkat untuk khidmat ke wilayah dalam kota London yang menghubung kawasan yang agak jauh dari stesen tube.
Hakikatnya tidak ada seorang pun kawan dan sahabat aku yang memiliki kereta di London. Ramai mereka berperangai sama seperti aku : bebal tidak tahu memandu dan bebal tidak dapat mengenal jenis kereta.
Dari stesen Brixton aku mengambil tube bertukar di stesen Green Park dan terus ke Heathrow. Kurang lebih satu jam aku telah berada di hadapan pejabat Kastam Heathrow. Mister Chadwick dan Robert telah sedia menunggu.
‘ G’morning Isham... had your breakfast...’ Chadwick membuka kata.
‘ Yes... done..’ Aku mengangguk.
‘ You’re going to meet Mister Boo Ah Ha... He came with Salim in the same flight from Kuala Lumpur...’ Chadwick bangun dan kami menuju ke bilik siasatan yang sama di mana aku telah bertemu bual dengan Salim.
Aku ternampak di kerusi bekas tempat duduk Salim diduduki oleh seorang lelaki China empat puluhan. Agak kurus berambut pendek. Memakai baju berpetak lengan pendek. Berpantalon hitam dan berkasut coklat.
‘ Mister Boo this is Isham... your translator...the conversation in this room is taped..’ Chadwick berkata pada Boo.
‘ Boo... aku Isham... aku bukan peguam.. aku tukang terjemah... kau cakap Melayu... aku terjemah dalam Bahasa Inggeris untuk kastam Mat Saleh ini... faham... aku bukan peguam... semalam aku terjemahkan untuk Salim... hari ini untuk kau... semua cakap kita dalam bilik ini di rakam...polis kastam Mat Salleh ini tak ada pukul pukul...’ Aku menerangkan dan menambah ‘ pukul-pukul’ untuk memberi pencerahan tentang cara kerja kastam dan mata-mata Inggeris.
‘ Please ask him his full name.. address.. work.. family ..’ Chadwick meminta maklumat peribadi dari Boo.
Lelaki China: Boo Ah Ha berumur 47 tahun warga negara Malaysia tinggal di Cheras. Ada isteri dan tiga anak. Bekerja sebagai pemandu teksi.
‘ Where does he drives his taxi...’ Chadwick ingin tahu.
‘ Boo... kau bawa teksi di kawasan mana..’
“ Bukit Bintang .. selalu tunggu dekat Sun komplek.... Genting.. merayau Kuala Lumpur.. tapi selalu naik Genting....tunggu orang kat Sun komplek...’
“ Sun komplek ni apa? Dimana? ‘ Aku mahu penjelasan.
‘ Lu tak tau... lu tak tau..ayooo... ayam punya tempat...Bukit Bintang ...’ Boo menerangkan.
‘ Ayam... ayam apa? ‘
‘ Semua ada...China, Siam, Kambodia.. Vietnam...manyak ayam... ayam pakai teksi...’ Aku senyum bila Boo berkata ayam naik teksi. Perbualan ini tidak aku terjemahkan. Hanya untuk pengetahuan am aku.
‘Where did he met Salim... what is his relationship with Salim..’ Chadwick mencelah.
“ Boo macam mana lu jumpa Salim... kau dengan Salim ini member macam mana? Aku terjemahkan soalan dari Chadwick yang ingin mencungkil apakah Boo juga bersama dalam jaringan Salim ini.
‘ Wa kenal Salim di Genting... dia drebar satu towkay China.. wa bawa teksi... kadang kadang kita duduk minum teh tarik tunggu bos main judi ...’
‘ Did he knew about the brown sugar? ‘
‘ Boo... kamu tau tak Salim bawa heroine ?’
‘ Wa tak tau .. wa tak tau...’
‘ He has no idea about the stuff....’
‘ Whose idea ...coming to London...why London ?”
‘ Pasal apa datang ke London.. apa tujuan..’
‘ Salim kata dia nak cari ubat... Salim ajak datang teman dia jalan jalan di London...kaki Salim dulu eksiden patah..’
‘ Salim proposed to him to visit London.. Salim intends to repair his injured legs.. and sight seeing...like a tourist...’
‘ Why London?’ Chadwick mahu tahu kenapa mereka berdua memilih kota London.
‘ Boo .... pasal apa pilih London...’ Aku pun ingin juga nak tahu kerana dua-dua anak Malaysia ini tak pandai cakap Inggeris. Salim boleh sikit-sikit. Tapi Boo Ah Ha langsung tak tahu. Silap-silap kalau terjumpa oleh Mamat Hitam dari Brixton dua-dua ini masak kena gulai.
‘ Gua mahu cari perempuan Mat Salleh... Salim nak cari doktor..’ Boo selamba menerangkan tujuan ke London.
‘ He is looking for white woman... while Salim is searching for a doctor...’ Aku tersenyum bila menterjemah ayat ini kepada Chadwick.
‘ Looking for women...where?.. where... in Soho..’ Chadwick ketawa dan aku tidak menterjemahkan ayat ini kepada Boo. Aku yakin ayat ini ditujukan bukan kepada Boo tapi untuk kami ketawa. Lagi aku terpikir pasti Boo dah bosan dengan ayam Siam. Maka datang ke London untuk mencari ayam Belanda.
“ Who pays for the tickets...’
‘ Beli tiket kapal terbang pakai duit siapa? ‘
Bo menerangkan yang tiket menggunakan separuh duit Salim. Boo janji akan membayar yang selebihnya bila dia dapat modal. Salim yang keluar duit belanja kerana dia menemankan Salim. Salim perlu kawan di London.
‘ What about the beg.. the travelling begs.. who bought them ...where and when? ‘ Ini cara Booby London siasat rapi dan terperinci. Beg yang aku anggap tak penting ini mahu diketahui lebih dalam.
‘ Boo ...beg baju tu beli kat mana dan bila beli?
‘ Both begs are indentical...” Chadwicxk mencelah.
‘ Dua-dua beg kamu ini rupa sama..’
‘ Beli di Puchung.. kedai di Puchung... kami pergi sama-sama pilih beg yang sama... Salim suka kolor tu...’
‘ They bought the begs in Puchung .. suburb of Kuala Lumpur.. they went together.. Salim made the choice. Salim likes the colour...’
Dari gaya soalan-soalan Chadwick ini aku merasakan dia syak bahawa Boo Ah Ha tahu akan rancangan Salim sebenar datang ke London. Beg yang sama bentuk dan sama warna ini sebagai bukti mereka bersama-sama. Beg ini sebagai bahan bukti untuk mengikat Boo sama dalam kes seludup ini.
Aku pula merasak bahawa Boo ini hanya pemandu teksi yang di ayat oleh Salim untuk menemani dia ke London. Mencari perempuan Mat Saleh dijadikan umpan.
‘ Tell Boo .. he is intorogated because he came with Salim.. we found brown sugar hidden in the sole of his shoes... he is a suspect too....’ Chadwick menerangkan kedudukan Boo Ah Ha.
Bila aku menterjemahkan kepada Boo yang pihak kastam juga menganggap dia juga terlibat sama ; aku lihat dia senyap tidak berkata apa-apa. Mungkin khayalannya melintas jauh dari London ke Cheras. Mungkin Boo tergambar Sang Isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.
Kemudian Chadwick bangun. Aku mengikut sama menuju ke pejabat. Disana Robert ada menunggu.
‘ The lab report ... 800 grams of pure grade A brown sugar... ‘ Robert memberi penerangan laporan makmal tentang dadah yang dibawa Salim. Brown sugar kelas A yang boleh dimasak untuk dijadikan heroin..
‘ The street value of around 80,000pound...’ Robert menambah.
Nilai dadah yang dibawa oleh Salim 80 ribu pound. Dalam kepala aku mengira - wow – hampir satengah juta ringgit nilai dadah yang dibawa oleh Salim.
‘ Here are the tapes ... our conversation with Mister Salim and Mister Boo.. ‘ Robert memberi aku pita rakaman. Aku wajib mentranskripsi dua pita rakaman – soal siasat Salim dan soal siasat Boo.
Esoknya aku ke kedai elektronik untuk membeli alat telinga agar aku dapat mendengar suara yang lebih jelas. Dua keping pita suara rakaman ini wajib aku selesaikan transkripsinya dalam satu minggu. Kemudian aku cetak dua salinan. Dan aku berikan kepada Mister Chadwick.
‘ Thanks Isham... remember you would be call as witness too...’ Chadwick memberi ingatan bahawa aku akan menjadi saksi juga dalam kes seludup dadah ini.
Dua minggu satelah aku menyelesaikan transkripsi aku menerima satu telefon.
‘ Good morning Mister Rais.... I’m from Legal Aid... I’m handling the case for Mister Salim dan Mister Boo Ah Ha...we need your help to translate...’ Panggilan dari seorang peguam.
0
Aku ke Heathrow sekali lagi. Bertemu di pejabat kastam.
‘ I’m Alagappa ... lawyer for Salim and Boo. .’ Lelaki India lima puluhan memperkenalkan diri. Dengan pantas kami mesra. Alagappa asalnya anak Malaysia dari Pulau Pinang datang belajar ke London dan terus menjadi penduduk tetap dan warga Britain.
Dia menerangkan di United Kingdom ada sistem di mana semua yang didakwa adakan diberikan khidmat peguam secara percuma. Sistem ini memastikan mereka yang tidak mampu dari segi kewangan akan juga mendapat nasihat dan bantuan guaman secara percuma. Untuk mereka yang mampu mereka boleh melanggan peguam sendiri.
Khidmat peguam percuma ini dikelolakan oleh jaringan Majlis Peguam yang bekerja sama dengan setiap balai polis di United Kingdom.
Mister Alagappa telah dipanggil oleh balai polis Heathrow untuk menjadi peguam bela kepada Salim dan Boo.
‘ Hi call me Isham...Boleh cakap Melayu lagi...’ Aku menghulur tangan memperkenalkan diri.
‘ Sikit...sikit... I forgetlaaa..long time ago laaa....’ Dia mengapitkan ibu jari dengan jari telunjuk menandakan sedikit. Kami ketawa.
Satelah berkenalan kami menuju ke bilik soal siasat yang sama. Kali ini Salim dan Boo ada menunggu kami.
‘ Salim ... ini Alagappa... dia ini peguam kamu berdua... aku juga jadi penterjemah untuk kamu berdua...’ Aku melihat mereka tergamam kerana tertiba muncul peguam India dari negara Mat Saleh.
‘ Jangan risau.. di negara Mat Saleh peguam ini free.. tak kena bayar... ini cara Mat Saleh buat kerja...’ Aku memberi penerangan ringkas untuk menenteramkan kecurigaan mereka.
Dari apa yang aku perhatikan pihak kastam telah memberi maklumat tentang kes Salim dan Boo kepada Peguam Alagappa.
‘ Salim dan Boo both of you are detained by the customs and immigration department......’ Alagappa memulakan penerangan.
Dari penerangan ini baru aku mula faham bahawa di Heathrow ini Salim dan Boo ditahan oleh kastam dan imigresen bukan polis. Dalam tahanan kastam dan imigresen mereka tidak perlu dibawa ke mahkamah untuk meminta hakim memanjangkan tahanan reman.
Hukum kanun yang mewajibkan tahanan dibawa ke mahkamah jika ditahan lebih dari 24 jam tidak digunakan pakai dalam kes kastam dan imigresen. Jam tidak bergerak di tahanan kastam dan imigresen. Jam hanya bergerak jika ditahan di lokap rumah pasung.
Aku menerangkan perkara ini kepada Salim dan Boo. Malah aku sendiri pun baru mendapat pencerahan dalam hal hukum hakam ini.
‘ They will charge Salim... they will try to implicate Boo.. I’m trying to seperate Salim from Boo.... no drug was found on Boo... it’s hard to prove...’
‘ Salim kamu akan di tuduh bawa dadah... peguam ini akan cuba lawan kes Boo kerana dadah tak ada dalam kasut Boo...’
‘ Are they okay in lock up...food okay... Salim a Muslim... he could ask for kosher food... I will informed the authority that my client is a Muslim...’ Alagapaa memberi penerangan.
‘ Salim dalam lokap kau boleh minta makanan halal dan minta tempat sembahyang.. “
‘Okay Bang... semua ok bang...’ Salim menjawab.
‘ The case will be soon.. in the mean time for could Boo.. could he finds some one to write character terstimony for him... from prominent respected person like a school teacher... his boss citizen or member of parliment...’
‘ Salim.. kes ni belum bicara ...kita kena tunggu masa... tak tahu bila..Boo .. boleh tak cari orang besar.. kalau kau kenal Datuk ke... YB ke ... wakil rakyat kamu di Cheras minta mereka tulis tentang peribadi kamu yang kamu ini orang baik...... nak tunjuk pada hakim... kau ni tak jahat...’ Aku menerangkan duduk perkara kepada Salim dan Boo.
‘ Wa apa... wa baik apa...’ Boo tersesat dan tak faham akan penerangan aku.
Aku ulangi sekali lagi semudah mungkin.
‘ Lu ada kenal Datuk ... minta dia tulis surat tentang diri kamu.... tulis yang kamu ini Boo Ah Ha orang baik dari Cheras...nak tunjuk pada Tuan Hakim’
‘ Surat rekomen laaa... ‘ Salim dengan berani mencelah.
‘ Itu macam ka...ada ada ... wa ada kenal latuk... wa kenal manyak latuk.. manyak latuk datang Genting manyak latuk wa jumpa di Genting... latuk mau tulis apa? Boo bertanya dengan gembira dengan pelat Chinanya.
‘ Minta Datuk itu tulis hal kamu.. family.. kerja... kamu orang baik dari Cheras...’ Aku memberi penjelasan.
‘ Itu macam ka...tapi itu latuk tak tak kenal sama wa...’ Boo memberi penjelasan dengan selamba.
Bila mendengar jawapan Boo - aku nak ketawa salah nak menangis pun lagi salah. Dalam keadaan biasa kalau bukan di hadapan peguam aku pasti terbarai ketawa. Aku menarik nafas panjang dan berfikir macam manalah pemandu teksi dari Cheras ini datang ke London untuk mencari Minah Saleh.
‘ He will try his best... ‘ Aku menerangkan duduk perkara kepada peguam.
‘ Any things they needed please let me knows...contact the authority .. we will meet again in court..’ Alagappa mengakhiri perjumpaan petang itu.
‘ Salim .. Boo... peguam kata kita tunggu hari bicara.. kalau ada apa apa sila beri tahu melalui Pak Gad tempat kamu kena lokap... kita jumpa di mahkamah nanti..’
Dua minggu kemudian aku menerima surat dari Jabatan Kastam dan Imigresen. Isinya ringkas menerangkan secara resmi bahawa aku akan menjadi saksi. Jika aku mahu meninggalkan kota London aku wajib memberi tahu mereka seawal yang mungkin agar tidak mengganggu tarikh bicara yang masih belum ditetapkan.
Salim dan Boo ditahan bulan empat di permulaan musim bunga. Bila musim panas sampai aku memadamkan semua rancangan bercuti ke luar negara.
Biasanya di musim panas aku ngelencong ke benua Eropah – pulang ke Belgium. Musim panas tahun 1992 akut ‘ dilokap’ di London menunggu dipanggil ke mahkamah. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DIPORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/05/19/salim-dan-boo-sampai-ke-london/