Ahad, 9 Oktober 2022
MAIL BERA MASIH SELAMAT
Kerajaan masih ada, tak terjejas dengan surat Perikatan kepada Agong, kata PM
KERAJAAN Persekutuan masih lagi sah dengan sokongan majoriti ahli Parlimen, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, selepas 12 ahli Kabinet menghantar petisyen kepada Agong supaya tidak membubarkan Parlimen.
Katanya, surat dihantar menteri daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Yang di-Pertuan Agong hanya meminta pengangguhan pembubaran Parlimen dan ia tidak menjejaskan keabsahan kerajaan semasa.
“Kalau sokongan Ahli Dewan Rakyat masih lagi utuh, tidak ada perubahan…jadi tidak ada lah isu yang mengatakan kerajaan tumbang.
“Kalau menteri Kabinet tulis surat dia kata letak jawatan sekalipun, Kabinet masih berfungsi dan kerajaan masih berfungsi…tiada kesan pada keabsahan kerajaan kerana Ahli Parlimen masih memberi sokongan seperti biasa.
“Seperti saya kata (sebelum ini), wujud spekulasi (tentang PRU15),” katanya kepada wartawan hari ini selepas hadir majlis sambutan Maulidur Rasul 1444H di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendakwa kerajaan semasa sudah hilang “40% keabsahan” selepas menteri PN menghantar surat kepada Agong membantah pilihan raya umum diadakan dalam musim tengkujuh.
Beliau menyifatkan surat PN kepada Agong itu ibarat berpatah arang dengan kerajaan semasa kerana ia patut diselesaikan dalam Kabinet sahaja.
“Hanya perdana menteri berhak menasihati dan memberi cadangan kepada Agong.
“Dengan menteri PN menyokong tindakan menghantar surat itu, kerajaan semasa sudah hilang 40% keabsahan untuk memimpin,” katanya dipetik.
Pada Khamis, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan yang menteri PN menghantar surat kepada Agong bagi menyatakan kebimbangan mereka jika pilihan raya diadakan pada musim tengkujuh tahun ini.
Surat itu ditandatangani oleh 12 menteri daripada Bersatu dan PAS yang membentuk PN.
PN diterajui bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan terdiri daripada Bersatu, PAS, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku.
Kedua-dua BN dan Barisan Nasional diterajui Umno mempunyai hubungan “sayang tapi benci” untuk mentadbir Malaysia selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Mac 2020.
Pemimpin Umno sejak beberapa bulan lepas sudah mendesak Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti itu, supaya menghadap Agong bagi meminta pembubaran Parlimen.
Pembangkang bagaimanapun membantang cadangan Umno, berkata pilihan raya sepatutnya diadakan tahun hadapan.
MAIL BERA
MASIH SELAMAT
KAH KAH KAH
12 MUNKEE
TAK SOKONG PRU
BUKAN LAWAN
MAIL BERA
KAH KAH KAH
TAPI BERPA LAMA
MAIL BERA
BOLEH BERTAHAN
KAH KAH KAH
TENGKU ZAFRUL
SEDANG MENUNGGU
AMIN
KHALAS
IBU CONTOH UNTUK IKUTAN
Besarkan anak angkat Islam, wanita Cina dikurnia Anugerah Maulidur Rasul
JASA Chee Hoi Lan membesarkan anak angkat beragama Islam membolehkan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee, 83, yang membesarkan Rohana Abdullah, 20, sejak usia dua bulan hingga sekarang mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan kerana keikhlasannya menjaga serta mendidik gadis itu walaupun mereka berlainan agama.
Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur hari ini.
Chee yang hadir berkerusi roda ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menjawab ringkas: “Saya sangat gembira (menerima anugerah itu).”
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Syed Zainal Abidin, 59, berkata pengurniaan anugerah itu memberikan semangat untuk beliau menjalankan tugas seharian yang mencabar.
“Saya memang suka mengamalkan korporat dakwah dan dengan adanya anugerah ini saya serta rakan-rakan korporat lain akan menggunakan platform sedia ada untuk berbuat baik dalam syarikat dan komuniti sekeliling,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Lima lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul adalah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Datuk Dr Azizan Baharudin, Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9 Ahmad Noor Sulaiman dan Pengerusi Yayasan ZIKAY Mohd Khay Ibrahim.
Penerima lain adalah aktivis kemanusiaan dan penceramah motivasi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina serta kaunselor berdaftar Hushim Salleh. – Bernama, 9 Oktober, 2022.
SOSOK CONTOH
UNTUK IKUTAN
AMIN
APAKAH SOSOK
BAIK MACAM INI
KENA BAKAR JUGA
AMIN
SAJE TANYA
KERANA RAMAI
ORANG BAIK
TAK CAYA
TUHAN
AMIN
KHALAS
KETURUNAN NABI MUHAMAD
Saya tak tahu isu ceramah individu keturunan Nabi dibatalkan – KM
MELAKA – Kerajaan negeri tidak mendapat sebarang maklumat mengenai pembatalan penganjuran ceramah program Maulidur Rasul melibatkan individu yang didakwa keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW malam tadi.
Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali berkata, setiap penceramah yang ingin mengadakan program di Melaka seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum ia diteruskan.
“Tapi yang kamu maklumkan tadi (pembatalan penceramah keturunan ke-38 Rasulullah) maklumat itu belum sampai kepada kepada saya lagi.
“Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Datuk Md Rawi Mahmud) perkara itu akan dibawa ke Pejabat Mufti dahulu untuk melihat (dinilai),” katanya pada sidang media selepas program Majlis Penyerahan Cenderahati Bayi Qurratu A’yun Sempena Sambutan Maulidur Rasul 144H/2022M di Hospital Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembatalan program individu dari Maghribi dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW di sini malam tadi.
Program itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pukul 7.30 hingga 11.30 malam di sini malam tadi.
Ditanya adakah pembatalan program berkenaan dikeluarkan Jabatan Mufti, Sulaiman berkata, perkara itu di luar pengetahuannya kerana tidak berada di lokasi penganjuran.
Difahamkan, setakat ini, tiada satu pihak pun bertanggungjawab menguruskan ceramah individu berkenaan termasuk tidak mengemukakan sebarang permohonan kepada Jabatan Mufti Melaka.
Sebelum ini, media melaporkan program dihadiri individu sama dibatalkan di beberapa buah negeri termasuk di Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan. –
WOW
HEBAT
KAH KAH KAH
KETURUNAN NABI
INI BUKAN
SATU YANG PELIK
KAH KAH KAH
RATU ELIZEBETH
JUGA KLIM
KETURUNAN NABI
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
15 Sept 2022 — Sejak meninggalnya Ratu Elizabeth II muncul informasi viral di media sosial yang menyebut ratu Inggris itu keturunan Nabi Muhammad.,Ratu ...
9 Sept 2022 — Apabila bercerita soal salasilah keluarga Ratu Elizabeth II, imaginasi kita akan membawa kepada golongan raja dan permaisuri yang berada di ...
RAKYAT JERMAN BANGUN MELAWAN
Perkhidmatan kereta api Jerman terganggu kerana sabotaj
PIHAK berkuasa Jerman memaklumkan unsur “sabotaj” telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan kereta api pada Sabtu.
Perkhidmatan kereta api dihentikan selama hampir tiga jam di utara negara itu “kerana unsur sabotaj kabel”, lapor Agensi Anadolu memetik pengendali kereta api Jerman Deutsche Bahn (DB).
Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser berkata siasatan terhadap insiden berkenaan telah dilancarkan.
Beliau berkata kabel yang digunakan untuk operasi kereta api di dua lokasi telah terputus.
Gangguan itu menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas di stesen kereta api di utara Jerman.
Menurut DB: “kerosakan itu disebabkan masalah sistem komunikasi radio kereta api digital yang menjadi elemen penting dalam menjamin kelancaran perkhidmatan kereta api”. – Bernama, 9 Oktober, 2022.
WOIT
INI CARA RAKYAT
JERMAN BANGUN
MELAWAN
AMIN
MEREKA SUSAH
KERANA DASAR
KERAJAAN IKUT
AMERIKA SEKAT
EKONOMI RUSIA
AMIN
INI CARA MEREKA
LAWAN DASAR
KERAJAAN YANG
SUSAHKAN RAKYAT
AMIN
KHALAS
PEMIMPIN ISLAM MANGSA JO LOW
PEMIMPIN ISLAM
MANGSA JO LOW
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"JO LO BERADA
DI CHINA MERAH"
Mungkin Jho Low's ada sebelah rumah kita mana tahu mana nak percaya bukan boleh percaya kalau tak jumpa, mahu atau tidak saja woit kah kah kah, cakap maju cakap menerus tapi seekor Cina babi menipu satu pemimpin melayu Islang yang baik dahi hitam salam kubur terus dipenjara amin kah kah kah,
DERMA UNTUK ANAS
Diusir dari rumah, pemuda OKU kini temui bahagia di pusat jagaan orang tua
Dibesarkan dalam keluarga dengan ibu bapa berpisah, Ahmad Zahrin Anas tidak pernah menyangka akan menemui kebahagiaan dan keselesaan yang diimpikannya selepas menghuni sebuah rumah kebajikan untuk orang-orang tua di Sungai Petani, Kedah.
Mesra disapa dengan panggilan Anas, pemuda berusia 31 tahun itu pernah diusir dari rumah ketika menuntut di sekolah menengah disebabkan masalah keluarga.
Ketika berada di tingkatan lima, Anas mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia kehilangan kaki kirinya.
Ibu bapanya berpisah ketika usianya masih terlalu muda.
Selepas diusir dari rumah bapanya, Anas kemudiannya dibesarkan oleh neneknya.
Pada tahun 2017, neneknya meninggal dunia.
Sejak itu, dia cuba untuk menguruskan kehidupannya sendiri.
Hilang tempat bergantung dan berkongsi kasih sayang, Anas memohon pertolongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan tempat berteduh.
Pada hari yang sama, dia menerima panggilan memberitahu keberadaan sebuah rumah kebajikan sudi menerimanya.
“Saya suka duduk di sini. Boleh belajar mengaji dengan ustaz. Boleh tolong pakcik-pakcik di sini.
“Banyak benda saya boleh buat dan lakukan di sini,” katanya kepada MalaysiaNow ketika lawatan ke Rumah Qaseh Ayah, baru-baru ini.
Menurut penyelia di situ, meskipun keadaan Anas yang cacat sebelah kaki dia tetap mahu memberikan sumbangan dan berbakti kepada semua penghuni di situ.
Hampir setiap hari, Anas akan menaiki motosikal tiga rodanya ke bandar Sungai Petani untuk membantu kerja-kerja di sebuah butik pakaian yang turut beroperasi bersama pengurusan rumah jagaan tersebut.
Anas akan pergi bersendirian dan menempuh perjalanan hampir 40 minit kerana pergerakannya yang disifatkan sedikit perlahan berbanding menunggang motosikal dua roda.
Ada ketika, penyelia dan warden akan meminta bantuannya membeli barang-barang dapur dan keperluan harian di sebuah kedai runcit berdekatan.
Lebih mengujakan, Anas memberitahu, dia amat gembira dapat membuat tugasan-tugasan itu dan menyedari dirinya juga mampu berbakti kepada masyarakat.
Mahu lakukan lebih baik
Ketika lawatan MalaysiaNow ke rumah jagaan tersebut, hujan turun dengan lebat.
Anas tetap meneruskan tugasannya ke kedai runcit meskipun dinasihatkan supaya menunggu sehingga hujan reda.
Dia menegaskan, kedai akan tutup awal pada hari Jumaat dan dia akan sibuk di butik pada waktu petang.
Apabila dipuji oleh para penghuni rumah jagaan itu yang lebih tua daripadanya, Anas hanya tersenyum malu.
Dia kemudiannya berkata, terdapat dua hasrat yang ingin diminta sekiranya ada sesiapa yang sudi membantu.
“Saya perlukan kerusi roda baru dan mahu buat pembedahan buang usus,” katanya merujuk kepada pembedahan bariatrik iaitu bentuk surgeri pintasan usus untuk membantu seseorang menurunkan berat badan.
Setakat ini, Anas mempunyai berat badan anggaran 140kg dan mengatakan dirinya tidak pernah berjaya menurunkan berat badan meskipun mencuba pelbagai teknik diet untuk kurus.
Menurut Anas, sekiranya dia menjalani pembedahan tersebut, dia boleh menggunakan kaki palsu dan membuat lebih banyak tugasan-tugasan yang diperlukan oleh rumah jagaan.
“Saya ada satu sahaja kerusi roda untuk kegunaan harian. Ini jugalah yang saya gunakan untuk mandi dan bergerak.
“Ia juga dah berbunyi. Jika saya ada satu lagi kerusi roda, mungkin saya boleh gunakannya bergilir-gilir.”
Ahmad Zahrin Anas menunggang motorsikal meredah hujan untuk ke butik pakaian di mana dia bekerja.
Ahmad Zahrin Anas menunggang motorsikal meredah hujan untuk ke butik pakaian di mana dia bekerja.
Ketika ditanya, apakah perubahan besar yang dialaminya selepas menghuni pusat jagaan tersebut, Anas mengimbau kembali hari pertama kedatangannya ke rumah itu.
Kehadirannya disapa oleh seorang penghuni, Akmat Milaham seorang warga emas berusi 66 tahun dari Sabah.
Kata Anas, fikirannya masih buntu dan tidak pasti dengan takdir yang akan menemuinya di situ.
“Saya tak boleh bayang apa-apa masa itu. Sebab JKM beritahu ini rumah untuk orang tua. Saya pun tak kenal sesiapa.
“Bila dah kenal dan tinggal lebih lama di sini, saya berasa lebih santai dengan pakcik-pakcik dan suka mengusik mereka.”
Menambah keceriaan
Sementara itu, Akmat meluahkan rasa gembira dengan kehadiran pemuda itu dengan mengatakan Anas banyak membantu mereka mengambil bekalan ubat-ubatan di hospital dan klinik berdekatan.
“Macam-macam lagi yang dibantu. Pak Cik selalu tanya Anas pasal telefon, macam mana nak guna WhatsApp, nak telefon adik beradik di Sabah.
“Dia akan tunjukkan kepada pakcik,” katanya yang sudah setahun tinggal di pusat jagaan tersebut.
Seperti anak-anak muda yang lain, Anas menyatakan keazamannya untuk mendapatkan pekerjaan dan mempunyai gaji sendiri.
Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk terus tinggal dan berbakti di situ.
Katanya, disebabkan statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) menyebabkannya sukar mendapat peluang pekerjaan dan memulakan hidup yang lebih selesa seperti menyewa di tempat sendiri dan menyimpan wang.
“Sebab itu saya nak buat pembendahan tersebut. Kalau kurus saya boleh pasang kaki palsu.
“Saya juga boleh dapat kaki palsu dan bantu pertubuhan ini dengan lebih baik.”
Dia juga memberitahu, sebelum ini pernah ke hospital untuk mendapatkan rawatan mengenai masalah kesihatannya yang dilihat membimbangkan.
Ini kerana, Anas menyedari saiz kakinya semakin besar dan mengeras.
“Orang-orang yang tengok kata sakit kaki gajah. Tetapi doktor masih tak sahkah apa-apa. Lagipun rawatan hari itu cuma ambil sampel air kencing dan darah sahaja.
“Kemudian hospital penuh akibat Covid-19 dan sekatan perjalanan sebab PKP. Saya pun tak pergi ke hospital selepas itu.
“Saya akan cuba dapatkan rawatan di hospital dalam masa terdekat dan diharapkan doktor dapat membantu masalah kesihatan saya,” katanya.
Acc No 552107634719
Maybank Pertubuhan Jariah Qaseh
NYATAKAN UNTUK ANAS
BUJET 2023 DARI BAKAL PM
Bajet 2023 acuan kerajaan PN bukan BN sepenuhnya – Mutalib
PETALING JAYA – Bajet 2023 yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam didakwa bukan belanjawan sepenuhnya daripada acuan Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Abdul Mutalib Abdul Rahim berpendapat, belanjawan itu datang daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Kalau kita nak ikut dari segi ekonomi di bawah, luar negara mengalami krisis ekonomi tapi Malaysia masih stabil, itu disebabkan kerana kebijaksanaan BN yang ditadbir oleh kerajaan tunggal,” katanya.
WOIT
INI SALAH
AMIN
BUJET 2023 INI
BUJET BAKAL PM
AMIN
ZAFRUL ADALAH
CAON PM LEPAS
PRU 15
AMIN
ZAFRUL BOLEH
CAKAP INGGERIS
AMIN
ZAFRUL ARIF
BAHASA ISTANA
AMIN
BAI BAI MAT SAN
BAI BAI ZAHID
BAI BAI KHAIRI
BAI BAI H2O
KAH KAH KAH
GAYA ZAFRUL
KITA LIHAT SOSOK
INI MEMANG
SOSOK PM
KAH KAH KAH
AMIN
TEATER MAT SONGEL
Pakatan umum jika Anwar bertanding di Tambun pada 29 Oktober
PAKATAN Harapan Perak akan mengumumkan jika Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum akan datang pada 29 Oktober, lapor akhbar NST.
Pengerusi PH Perak Dr Mujahid Yusof Rawa dilapor berkata yang keputusan itu akan diumumkan pada hari tersebut sempena Konvensyen Pakatan Harapan Perak.
Anwar yang juga pengerusi PH dan presiden PKR, sebelum ini dikatakan tidak akan bertanding di Port Dickson yang kini dipegangnya pada PRU15
Langgan:
Catatan (Atom)