Isnin, 19 September 2022
LANGKAH MUDA YANG BIJAK
MUDA setuju cadangan tiada pertembungan kerusi dengan PH
KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyambut baik kenyataan Timbalan Presidan PKR, Rafizi Ramli untuk memastikan tidak berlaku pertembungan kerusi dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, gabungan MUDA dan Pakatan Harapan (PH) merupakan tawaran terbaik kepada rakyat.
“Saya menyambut baik ketekunan Timbalan Presiden Keadilan, saudara Rafizi Ramli kepada perbincangan MUDA ke dalam PH,” katanya.
Amira Aisya berkata, MUDA sebelum ini telah melahirkan niat untuk memastikan parti-parti pembangkang bergerak seiring dalam PRU-15.
Menurut belia, rundingan kerusi, strategi pilihan raya, komunikasi antara parti akan berjalan dengan lebih baik jika parti-parti pembangkang berada dalam satu gabungan yang sama.
Serentak itu, beliau meminta kepada penyokong MUDA supaya memberi masa kepada Majlis Presiden PH berbincang mengenai kemasukan parti itu ke dalam gabungan itu.
“Saya juga berpesan kepada orang ramai termasuk ahli parti bahawa kita harus beri ruang yang cukup kepada pimpinan Majlis Presiden PH untuk berbincang. Ini bukan hal yang kecil dan remeh.
“Kita harus hormat ruang dan masa kepada rakan-rakan untuk adakan perbincangan rasmi kerana paling penting, kita mahu rakyat dapat manfaat dari hubungan politik antara parti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdull Rahman sebelum ini mengumumkan parti pimpinannya akan bertanding di 15 kerusi Parlimen.
Kerusi yang MUDA sasarkan bagi PRU-15 adalah kerusi Barisan Nasional yang dimiliki UMNO serta kerusi Perikatan Nasional yang dimiliki oleh Bersatu dan Pas.
Misi utama parti itu adalah memastikan kemenangan untuk rakyat dan blok pembangkang.
Bagaimanapun beberapa pemimpin PKR sebelum ini membantah kerjasama dengan MUDA berikutan tindakan parti itu meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri Larkin pada Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu.
Ia sekaligus menyaksikan pertembungan dengan calon PKR dan kerusi itu akhirnya dimenangi oleh calon BN.
Media sebelum ini melaporkan, Rafizi memberi jaminan pertindihan kerusi dengan MUDA dalam PRU-15 akan dielak menerusi rundingan kedua-dua pihak dalam usaha mencapai persetujuan dan kesepakatan bersama.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor itu berkata, ketika ini PH sedang mengadakan rundingan dalam kalangan parti komponennya terlebih dahulu yang akan selesai menjelang 30 September ini.
WOIT
TERBAIK
TERMOLEK
TAHNIAH
AMIN
INI NAMANYA
PERJANJIAN
PEMILIHAN
AMIN
INI SIKAP JIWA
BESAR PKR
JIWA BESAR MUDA
AMIN
KEMAH KOCIK
PASTI KALAH
KEMAH BOSAR
MUNGKIN MONANG
AMIN
KHALAS
MALAPETAKA CUACA DAH SAMPAI
MALAPETAK CUACA
DAH SAMPAI
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"UBAH GAYA HIDUP KITA"
Ubah gaya idup kita. Airbatu Antartica cair, banjir disana sini, bumi hangat suhu naik mendadak. Hentikan sumer kerja2 yg dilarang pemilik bumi ini.
Unknown commented on
"UBAH GAYA HIDUP KITA"
Apabila prinsip hidup nenjanjikan 72 bidari bermata jeli..apa kah dunia ini indah bagi mereka? They are the nuke fuckers....
KEMPEN TANAM MAKANAN
Elok PM bubar Parlimen kalau gagal urus ekonomi, kata Muhyiddin
PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) elok diadakan sekarang kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi yang terus membelenggu rakyat, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu itu berkata pilihan raya umum sekarang perlu untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih cekap dan prihatin serta bebas rasuah.
Muhyiddin berkata beliau tidaklah seperti Barisan Nasional (BN) yang menekan perdana menteri supaya segera membubarkan Parlimen, tetapi terfikir mungkin itu jalan yang ada untuk menyelamatkan keadaan.
“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.
“Tetapi saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhyiddin berkata selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), beliau sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan namun semua itu tidak dipedulikan perdana menteri.
Muhyiddin memberi contoh isu kejatuhan nilai ringgit, yang katanya tidak dipandang serius oleh kerajaan.
“Perdana menteri tidak tampil menjelaskan langkah yang akan diambil kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit. Malah dikatakan ini bukan masalah besar.
“Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay (seolah-olah semuanya okay).
“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya.
Muhyiddin yang juga pernah jadi menteri pertanian mengingatkan Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan.
“Tahun lalu, nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion. Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.
“Adakah ini okay? Tidak, ini tidak okay.
“Nampaknya, perdana menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting,” tambahnya.
Tanpa menyebut laporan kajian yang dirujuknya, Muhyiddin berkata hanya 35% rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini sementara hanya 18% puas hati dengan pengurusan ekonomi negara.
Muhyiddin mengeluarkan kenyataan ini dua hari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan pendirian Barisan Nasional (BN) mahu Parlimen segera dibubarkan untuk PRU15.
Kelmarin, pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Pemuda BN, perdana menteri membayangkan tarikh pembubaran Parlimen bagi PRU15 sudah dekat.
Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno berkata beliau dan pimpinan tertinggi Umno akan segera berbincang mengenai tarikh pilihan raya umum itu.
Muhyiddin meletak jawatan perdana menteri pada 16 Ogos, 2021 selepas Zahid mengetuai sekumpulan ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepadanya di Dewan Rakyat.
Beliau digantikan oleh Ismail Sabri, yang kemudian membentuk jemaah menteri yang turut dianggotai wakil dari Bersatu yang diketuai Muhyiddin.
Mandat Parlimen sekarang berjalan sehingga pertengahan Julai 2023. – 19 September, 2022.
NAK BETULKAN
EKONOMI SENANG
AMIN
KURANGKAN
BEREBUT KUASA
AMIN
TUMPU IDEA
BERSAMA BUKAN
GADUH NAK JADI
PERDANA MENTERI
AMIN
LANCAR KEMPEN
BUMI HIJAU
UNTUK
BEBAS DARI
IMPOT MAKANAN
AMIN
KEMPEN TANAM
MAKANAN
AMIN
TANGKAP
PERASUAH DAN
PEMBERI RASUAH
AMIN
KHALAS
OTAK KURANG OXYGEN
OTAK
KURANG OXYGEN
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PELACUR KANTOI
DALAM MAHKAMAH"
Pa Chu Ching tengok porn siapa bayar? Kalau kepala dah bungkus, otak kurang oksigen Bro, kah kah susah fikir logik susah ilmu nak masuk kepala bungkus kain, kah kah kah semua tahu karenah kelibat mereka ini semua amin
KAJI JANGAN TAK KAJI
Kaji masa terbaik buat pilihan raya, kata Shahidan Kassim
SUATU kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Umno Bahagian Arau Shahidan Kassim.
Beliau berkata kejadian banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini mungkin memberi impak kepada kehadiran pengundi jika PRU dijalankan.
“Terdapat keperluan untuk satu kajian mendalam sama ada patut diadakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan.
“Jika Parlimen dibubarkan dan banjir melanda beberapa negeri, pastinya kita memerlukan ‘caretaker’ atau kerajaan sementara untuk menangani isu berkaitan banjir, justeru terdapat kebaikan dan keburukan dalam mengadakan pilihan raya tahun ini dan tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (LC) yang baharu di Menara Perbadanan Labuan hari ini.
Selain itu, Shahidan berkata enam daripada tujuh kerusi di Wilayah Persekutuan yang dimenangi Umno masih boleh dipertahankan parti itu pada pilihan raya tersebut.
Beliau menegaskan anggota Umno pada semua peringkat mestilah memberi maklum balas terhadap elemen negatif dalam pelbagai platform media sosial yang boleh menjejaskan kekuatan parti itu.
“… satu pasukan khas, yang diberi tugas untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada fitnah yang dilemparkan terhadap Umno, telah menjalankan peranan mereka,” katanya. – Bernama, 19 September, 2022.
WOIT
NAK KAJI APA
KAH KAH KAH
KALAU BANJIR
MANA SEMPAT
NAK AMBIL TAHU
HAL NEGARA
AMIN
RUMAH DLM AIR
MOTOSIKAL HANYUT
ANAK TAK MAKAN
ATAP BOCOR
AMIN
GILA KE APA ?
GILA PRU
KAH KAH KAH
INI BUKAN
DEMOKRASI
INI GILA NAK
DAPT KUASA
AMIN
KHALAS
SUMPAH HALALKAN SEMUA
BERSUMPAH
HALALKAN
SEMUA
AMIN
"PELACUR BERMORAL TINGGI"
Woit pasal agama lah mereka berani rasuah salah guna kuasa mencuri merompak sebab boleh hantuk kepala batu hitam sekali selesai semua, paling afdal junjung terus lafaz sumpah pagi settle semua kah kah kah adoi kalau selagi tak guna akal tak guna logik semua boleh dalam Malaysia kah kah kah
Unknown commented on
"MADEY SALAH TAFSIR"
Halal bila aku kata, haram bila aku kata pemimpin tertinggi termasyhur negara dalam bab agama, dia selalu berhubungan dengan alam lain kata orang putih alien alien lah kah kah kah semua karut Marut saja nak tipu mangsa menunggang agama lah puak puak lebai ini, ada peluang rasuah juga, ada potensi curi jugak, lain hal macam Audi Wellfire semua sampingan macam acid kecik kacau bini orang kah kah
LAGI TEKANAN UNTUK SABRI
Elok PM bubar Parlimen kalau gagal urus ekonomi, kata Muhyiddin
Kaji masa terbaik buat pilihan raya, kata Shahidan Kassim
LAGI TEKANAN
PADA SABRI
AMIN
DATANG DARI
LUAR
DATANG
DARI DALAM
AMIN
BELAJAR DARI SEJARAH
BELAJAR DARI
SENJARAH
AMIN
Unknown commented on
"ASRUL SANI -
SEJARAH 13 MEI DI SUNGAI BULUH"
Betul perlu berdebat berbahas secara ilmiah dan disebarkan pencerahan kepada semua anak bangsa. Untuk kita semua belajar kesilapan lampau yang mengakibatkan harta wang ringgit malah nyawa tergadai akibat jahatnya khianatnya pemimpin dulu. Kita harus sedar yang negara ini dibangun oleh semua anak bangsa bukan milik umno saja
INDUSTRI JUAL ORANG
INDUSTRI JUAL
ORANG JADI
SENYAP KERANA
MASYUUUK
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"INDUSTRI JUAL HAMBA"
Pelik pelik pelik jabatan jabatan kerajaan ini semua, bila nak Raya baru cergas baru nak kerja baru nak tangkap sini sana, selama ini tak tahu kah warga asing masuk sampai buat kampung, sampai buat kedai, sampai bila restoran besar, sampai meniaga pasar malam, pasar pagi kah kah kah lawak lah dia orang ini, satu satu negara yang paling banyak penjawat awam dalam dunia adalah Malaysia, tapi semua tahu tahu, kena risik risik bertahun tahun lambat entah kenapa, ada masyuk masyuk semua diam, sama lah kastam Imigresen polis semua, selagi ada masyuk semua diam diam buat buat tak tahu kenyang makan kenyang minum kenyang kumpul harta kah kah kah jangan nak wayang, kah kah kah dah lama menonton cerita mereka ini kah kah kah
HASIL PERBUATAN MANUSIA SENDIRI
30 JUTA MANGSA
BANJIR
1000 TEWAS
500 KANAK2 MATI
BUKAN BALA
DARI ALLAH
AMIN
INI HASIL DARI
KERJA MANUSIA
AMIN
AMANAT PENTING !!!
Bayangan jelas PRU15 diadakan dalam tahun ini – Ahmad Maslan
PONTIAN – Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata beliau yakin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tahun ini yang hanya berbaki tiga bulan.
“Semua negeri kita dah buat pertemuan beramai-ramai, semua pertemuan (libatkan) setiap bahagian. Pendek kata, sudah tidak ada apa untuk dilakukan, selesai dah semua.
“Jadi apa yang PM sebut pembubaran adalah sedikit masa lagi, ia memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU15 akan diadakan seawal mungkin,” katanya kepada pemberita ketika Karnival Sukan Peladang sempena Hari Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ucapan Ismai Sabri semalam yang seperti memberi bayangan PRU15 akan diadakan tidak lama lagi.
Ahmad berkata, beliau mahu jentera parti untuk menyahut seruan pimpinan tertinggi UMNO yang mahukan parti menguasai kempen secara maya dan perang siber, sekali gus mengambil iktibar kekalahan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 akibat tohmahan dan fitnah secara maya.
Sementara itu, UMNO sudah mula menerima pencalonan daripada bahagian-bahagian parti itu dari seluruh negara untuk diketengahkan dalam PRU15 nanti.
Ahmad berkata, selain daripada itu UMNO akan memperkemaskinikan jentera dan portfolio di pusat daerah mengundi (PDM).
“(Kita) dalam proses (menerima senarai calon). Sebahagian sudah kita terima, sebahagian belum.
“(Selalunya) apabila Parlimen bubar, kita ada tempoh kira-kira dua hingga tiga minggu untuk segala-galanya dimuktamadkan (senarai calon). Kalau cepat dua minggu, kalau lewat tiga minggu,” katanya ditanya sama ada pucuk pimpinan pusat menerima senarai calon daripada kesemua 191 bahagian yang akan bertanding pada PRU15. – Bernama
WOIT
INI SUARA
KLUSTER PENJARA
KAH KAH KAH
NAK CEPAT PRU
NAK SELAMAT
DARI KAJANG
KAH KAH KAH
LAGI LAMBAT PRU
LAGI DEKAT PINTU
KAJANG
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
MAT PIDO BERSUARA
Hentikan perbalahan sesama sendiri di media sosial, kata Shahidan
KETUA Umno Bahagian Arau Shahidan Kassim menggesa anggota parti di semua peringkat supaya menghentikan pergaduhan antara puak dalam pelbagai platform media sosial yang boleh membawa kepada konflik dan perbalahan tidak diingini.
Beliau berkata ahli Umno sepatutnya menggunakan platform media sosial secara bijak untuk menangkis unsur-unsur negatif dan fitnah daripada musuh politik.
“Saya bersetuju sepenuhnya dengan seruan Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) supaya ahli parti tidak bergaduh sesama sendiri dalam media sosial sebaliknya menggunakan platform itu untuk menentang musuh.
“Apa yang kita boleh lihat sekarang ialah perang politik dalam pelbagai platform media sosial. Sebagai orang parti kita mesti cukup baik dan pantas untuk menangkis, menentang dan bertindak balas terhadap mana-mana elemen yang berpotensi menjejaskan kekuatan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara peringkat Labuan di Dewan Konvokesyen Kompleks Ujana kewangan di Labuan hari ini.
Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata walaupun ‘pergaduhan kecil’ dalaman parti masih wujud tetapi tidak melibatkan keseluruhan spektrum Umno.
“Masih ada pertelingkahan dalaman atau perang sesama sendiri dalam media sosial terutamanya antara ahli di peringkat bawahan dan penyokong secara rasionalnya pergaduhan seharusnya dengan musuh,” katanya.
Shahidan berkata seruan presiden Umno perlu didengari oleh semua ahli di semua peringkat demi kepentingan parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang dan beliau optimis PRU15 dapat dilihat sebagai kemunculan Umno di seluruh negara termasuk di Labuan. – Bernama, 18 September, 2022.
WOIT
KAH KAH KAH
DENGAR DENGAR
JANGAN TAK
DENGAR
KAH KAH KAH
MAT PIDO SAHKAN
GEROMBOLAN
SEDANG BERTIKAM
KAH KAH KAH
MAT PIDO NASEHAT
NAK PUKUL
NAK TIBAI
BUAT DLM GELAP
KAH KAH KAH
JIRAN LIHAT
TAK MOLEK
KAH KAH KAH
AMIN
KENA KENCING
KENCING NAJIB
AMIN
KHALAS
hamim commented on
"NAJIB KENCING SEMUA"
TT, jika tak silap saya sebelum tahun tahun 2013 dulu heboh pasal penyakit kencing tikus, saya pernah kata dalam group whatsup kencing tikus hanya beberapa orang yang kena tapi kencing Najib satu Malaysia kena, ada ahli group yang marah saya sampai kata jika mati tak sempat minta maaf dengan Najib akan masuk neraka...sekarang betul tak kencing Najib satu Malaysia kena?
Langgan:
Catatan (Atom)