Khamis, 25 Februari 2021

CHINA MERAH SOKONG RAMPASAN KUASA

 


CHINA MERAH

SOKONG 

RAMPASAN KUASA

NAK JADI PEMIMPIN WAJIB ADA DUIT

 


NAK JADI PEMIMPIN

WAJIB ADA DUIT

Unknown commented on

 "BOLEH KAH 

UMNO TAK RASUAH ?"

ketua cawangan ameno yg hantu raya, yg hantu penanggal... hahahaha


panglimo potaseh commented on 

"BOLEH KAH

 UMNO TAK RASUAH ?"

Nak jadi pemimpin UMNO kono makan rasuah sebabnye ..iz der bikoz pemimpin UMNO yang lain somuo dah billionaire ..kok nak harap nyimpan duit gaji 30 ribu sobulan, kono tunggu 1300 tahun baru dapek 1 biliyun ..phui .


PEMIMPIN CONTOH IKUT KITAB ALLAH



PEMIMPIN CONTOH

IKUT KITAB ALLAH



Haldeli commented on 

"ZAHID TAK FAHAM"

sambungan ... Dalam Kitab Allah dinyatakan bagaimana mereka yang syirik dimusnahkan. Contoh, kaum Nabi Nuh dihapus dengsn banjir besar. Kaum yang menentang Nabi Musa ditenggelam dalam lautan. Kaum Nabi Lut di kwmbus dalam bumi dan pemerintah zaman Nabi Ibrahim di musnah dengan nyamuk (penyakit). Kini wabak corona virus? sedang mengganas di dunia. Ini tanda Allah beri ingat kepada manusia akan kesyirikan sedang berlaku. Beringatlah. 


Adakah manusia sekarang sedar kesalahan telah dibuat? Apakah kesyirikan sedang menular? Kesyirikan sedang menular. Manusia sudah mengaku Tuhan. Manusia mengaku mereka berkuasa: UN WHO, Federal Reserve, IMF, Wold Bank, World Court, Pemerintah, Raja, Saintis dll mengaku mereka semua berkuasa ke atas dunia. Manusia lain pula menyokong dan percaya pada kuasa mereka. Manusia sudah lupa dan ingkar pada Allahnya. Syahadah yang diucaokan hanya pada bibir sahaja dan hati mereka tidak turut serta. Dengan itu perbetulkN diri segera sbelum Allah musnahkan kita. 


Ingat!!! Tiada yang wujud melainkan diwujudkan Allah. Tiada yang berkuasa melainkan diberi dengan izin Allah. Ringkanya, kudrah, iradah, ilmu, hayat samah (pendegaran), basar (penglihatan), kalam semuanya pinjaman dari Allah kepada mahkluknya, khusus pada mahkluk yang diberi nama manusia. Wahai manusia khususnya orang melayu, jika tidak mahu melayu hilang di dunia, baliklah ke jalan Allah. 


Jangan TAMAK!!! TAMAK adalah sifat yang menyebabkan Adam diturunksn dari Syurga ke bumi. TAMAK adalah musuh manusia dan punca syirik. Selalulah ingat hanya Allah saja Wjud sebenar-benar WUJUD dan berKUASA. Buanglah TAMAK. BUANGLAH TAMAK jauh-jauh dari hati dan AMBIL "LILLAHI TA'ALA :KERANA ALLAH TA'ALA saja di dalam hati. WaAllahuTa'ala. Wassalam.

YANG KIUT JAMBU CUN BERGETAH ASKAR JAGA

 



KAH KAH KAH

YANG KIUT JAMBU

CUN BERGETAH

ASKAR JAGA

TAK DAPAT KELUAR

KAH KAH KAH

panglimo potaseh commented on

 "KOTA YANGON 

SEBELUM DARURAT"

Ngapa Myanmar yang pendatang kat Malaya
ni comot dan karat ..

BANYAK KES SAMUN DAN LARI CUKAI - CUNT PIUS

 


ORANG RAMAI

CUNT PIUS

KAH KAH KAH

BANYAK SANGAT

KES SAMUN

KAH KAH KAH

KES LARI CUKAI

KAH KAH KAH

KES BERAK

TAK BASUH

KAH KAH KAH



Bicara kes penggubahan wang haram, elak cukai Rosmah bermula November

PERBICARAAN kes Rosmah Mansor berhubung pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan pengelakan cukai, akan bermula selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mendengar pembelaannya dalam kes rasuah projek solar hibrid untuk sekolah pedalaman Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 17 hari mulai 15 November ini untuk mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berkenaan.Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata Mohamed Zaini menetapkan tarikh itu semasa prosiding pengurusan kes hari ini.

“Mahkamah telah menetapkan perbicaraan pada 15 hingga 17 November, 29 dan 30 November, 1 dan 2 Disember, 13 dan 14 Disember dan disambung pada 2022 iaitu 10 hingga 13 Januari serta 24 hingga 27 Januari.

“Pengurusan kes ditetapkan pada 9 September tahun ini dan pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

“Pihak pendakwaan juga telah memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah lain,” katanya melalui mesej hari ini.

Pada 18 Disember tahun lepas, Mohamed Zaini mencadangkan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah dipindahkan ke hadapan hakim lain bagi membolehkan ia didengar lebih awal, atau hanya mengekalkan perbicaraan itu di hadapannya.

Sebelum ini, perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai itu yang pada awalnya ditetapkan bermula Mei tahun lepas ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada perbicaraan kes solar hibrid, yang sedang berjalan.

Pada 18 Februari lepas, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah, 69, membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah menetapkan sembilan hari, iaitu pada 9,10,15,16,17,22,23 Jun dan 12 hingga 15 Julai, untuk mendengar keterangan daripada Rosmah dan saksi pembelaan yang lain.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta  Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama. – Bernama, 25 Februari, 2021.

JANGAN BERANI

LUPA

AMIN

ROSMAH NAJIB

DIBAWA KE

MAHKAMAH

IALAH KEJAYAAN

AGUNG

PAKATAN HARAPAN

AMIN



TEPAT - KEBENARAN TETAP KEBENARAN

 



TEPAT SEKALI

ADA BANYAK

 PANDANGAN

BACA BUAT

 RUMUSAN SENDIRI

KEBENARAN TIDAK BERGANJAK

Unknown commented on

 "SEJARAH DITULIS 

OLEH MEREKA 

YANG MENULIS SEJARAH"

Bukan saja sejarah. Berita juga dilapur of mereka yang melapur berita. Ada yang melapur berita, ada yang menafi berita. Tak ada sesiapa yang berupaya menulis atau melapur tanpa dipengaruhi pendapat sendiri atau oleh orang lain. Kita manusia, bukan seketul batu.

PARLIMEN BINCANG HAL RAKYAT

 



PARLIMEN BINCANG

HAL RAKYAT 

BUKAN

SAPO ADO NOMBO

Unknown commented on

 "RAKYAT MAHU

 WAKIL RAKYAT"

Wakil rakyat akan bincang apa? Rakyat nak wakil rakyat bincang hal-ehwal negara dan rakyat. Rakyat TAK NAK wakil rakyat buang masa, terima gaji buta tapi bincang siapa ada nombor, siapa calon perdana menteri. Boleh tak?

ANAK MUDA BELOT BOCOR RAHSIA JAHAT

 


ANAK MUDA BELOT

BOCOR RAHSIA JAHAT

SIDANG PARLIMEN BUAT UNDI ANTI ABAH ?

 



SIDANG PARLIMEN

BUAT UNDI

ANTI ABAH?

cikminah commented on 

"RAKYAT MAHU 

WAKIL RAKYAT"

Juga, jangan guna persidangan Parilmen untuk berebut kuasa. Parlimen bersidang seharusnya hanya untuk membincangkan kaedah mengurus ekonomi dan kesihatan rakyat, bukan masalah politik dan nak rampas kuasa. 


Ini bukan masanya walupun kerajaan yg ada ini, kerajaan tebuk atap. Namun, ia tetap sebuah kerajaan dalam keadaan dzarurat yg genting. Nak berebut kuasa, tunggu PRU15.

LAMBEK BOTO

 


LAMBEK BOTO

NAK BICARO

KAH KAH KAH

HILANG DARO

BIK MAMA

KAH KAH KAH

Bicara kes penggubahan wang haram, elak cukai Rosmah bermula November


ORANG KAMPONG

DAH TAK SABA

NAK NENGOK

BIK MAMA

SLIM KURUS

KAH KAH KAH

RASUAH BUDAYA POLITIK PILIHANRAYA

 


RASUAH 

BUDAYA POLITIK

PILIHAN RAYA


hamim commented on

 "BOLEH KAH UMNO

 TAK RASUAH ?"

Tak ada, sebab tak ada yang betul betul bersih, tolong tunjukan mana satu yang bersih, tak ada kan? Yang masuk jadi ahli dalam hati nak jadi pemimpin, mula mula AJK pun jadilah, masa jadi AJK dah mula sakau apa yang dapat, bila dah jadi AJK nak naik lagi lebih tinggi sebab lagi tinggi jawatan lagi besar dan lagi banyak boleh sakau, tak percaya gi tanya wak ponorogo

panglimo potaseh commented on 

"BOLEH KAH UMNO 

TAK RASUAH ?"

UMNO kalau tak mentedarah duit rakyat bukan UMNO ..tiap kali Penyamun UMNO sebut AKAR UMBI gwa akan rasa GELI-GELI ..geli-geman.

TERIMA KASIH ANAK MUDA

 



TERIMA KASIH

ANAK MUDA

EKAO SUKU APO ?

 



EKAO SUKU

APO?


Madani commented on 

"DARI PENDALAMAN"

Tompek nang kau surah an tu sham kok kau nak tau Onyang se yg mukak. Dio la yg nobuih kek Kampung Dusun, sebolon Kampung Majau...kok kau nak tau sebona eh...kan. Dio ni maghin tang Pagar Ruyung,Uwan se ghoma boto maco surah tu...namo eh Pandai,atok se Aman...tu sumo namo² antik tu. Tu lah de sejarah eh. Jgn kau tak tau...org tebilang dulu²

RAKYAT MAHU WAKIL RAKYAT

 


RAKYAT MAHU

WAKIL RAKYAT

BERBINCANG

AMIN

JANGAN HOOK

JANGAN HEEK

KHALAS



YDPA ada kuasa panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM – Ku Li

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa nasihat Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Gua Musang,  Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia termaktub bawah Perlembagaan dan ditambah pula dalam keadaan darurat yang diisytiharkan.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh YDPA,” katanya yang dikenali Ku Li dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Terdahulu, Ku Li juga menyambut baik ketegasan yang dizahirkan oleh Istana Negara yang Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.

“Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid juga menyatakan kenyataan YDPA itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana fungsi institusi demokrasi sepatutnya terus berjalan sebagaimana sepatutnya kerana ia penting untuk semak dan imbang dalam urustadbir kerajaan tetap perlu berjalan.

“Negara sedang berdepan dengan sangat genting yang belum pernah berlaku. Kesan rantaian kepada ekonomi negara sangat parah. Untuk itu wakil rakyat perlu bersidang untuk mencari jalan terbaik untuk menguruskan krisis ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Azmi, pelbagai keputusan kerajaan seharusnya dibentang di Parlimen untuk dibahas secara terperinci. Kerajaan tidak harus melakukan tindakan tanpa mendapat pandangan balas wakil rakyat yang lain.

“Dengan yang demikian kami mengesa Perdana Menteri seharus menyahut titah tersebut untuk segera menetapkan sidang Parlimen secepat mungkin,” katanya.- 


JANGAN GUNA

MAT KOBID

UNTUK HALANG

WAKIL RAKYAT

BERSIDANG

KHALAS



KOTA YANGON SEBELUM DARURAT

 


KOTA YANGON

SEBELUM DARURAT

MAKAN SIRIH

MINAH CUN

KALAU ABAH TAK NAK - APA JADI ?

 



KALAU ABAH

TAK NAK 

APA JADI?

JENG JENG JENG

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU ABAH

RASA  ADA

UNDI TAK CAYA

KAH KAH KAH




Junjung titah Agong, PM perlu adakan sidang Parlimen, kata pembangkang

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang Parlimen boleh bersidang ketika negara diisytiharkan darurat, kata Majli Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Gabungan pembangkang berkata ia sangat bersetuju dengan pandangan Agung yang Parlimen sepatutnya terus berfungsi ketika negara berdepan krisis kesihatan.

“Kami menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong atas pandangan yang dizahirkan hari ini iaitu Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang ditandatangani presiden PKR, DAP dan Amanah.

“Perdana menteri perlu menjunjung titah dan segera menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen seawal bulan Mac sepertimana diperkenan Tuanku di dalam Takwim Parlimen sebelum ini.”

Istana hari ini mengeluarkan kenyataan berkenaan keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

Baginda menzahirkan pandangan itu selepas menerima mengadap Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Dr Rais Yatim di Istana Negara hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan genap 45 hari selepas Yang di-Pertuan Agong membuat perisytiharan darurat bertujuan membendung penularan Covid-19, berkuat kuasa pada 11 Januari lalu.

Pembangkang mendakwa Muhyiddin memohon pengisytiharan darurat sebagai usaha untuk kekal berkuasa selepas kerajaan Perikatan Nasional hilang majority di Parlimen.

Dalam kenyataan Majlis Presiden PH, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada Agong atas pandangan itu, berkata Parlimen juga perlu terus memainkan peranan dalam memastikan urus tadbir kerajaan terjaga dan proses semak imbang diteruskan.

“Ini juga pendirian PH serta majoriti ahli Parlimen, bahawa pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman boleh berfungsi sewaktu darurat berkuatkuasa, Parlimen juga perlu terus memainkan peranannya.”

Dewan Rakyat kali terakhir bersidang pada 17 Disember sementara Dewan Negara, pada 29 Disember.

Mengikut Perlemabagaan, Parlimen mempunyai enam bulan – atau hingga 29 Jun – untuk bersidang semula sebelum ia secara automatic akan terbubar. – 24 Februari, 2021

ADA HELAH

JANGAN RISAU

KAH KAH KAH

BOLEH LAMBATKAN

PERSIDANGAN

KAH KAH KAH

KUCING ABAH

NAK BERANAK

KAH KAH KAH

ISTERI 

TUAN SPEAKER

NAK BERSALIN

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

RAIS YATIM

NAK CARI AMAH

 DI MEDAN

KAH KAH KAH

TANGGUH SAMPAI

ABIS DARURAT

KAH KAH KAH





DON PLAY PLAY DENGAN TRUM

 

DON PLAY PLAY

DENGAN TRUM

SEJARAH DITULIS OLEH MEREKA YANG MENULIS SEJARAH

 






 SEJARAN DITULIS

OLEH SOSOK YANG

MENULIS SEJARAH

Unknown commented on

 "PANDANGAN SHAFIE AFDAL

 DAN SYED SADDIQ"

Ahli politik kalau bertindak menafikan sejarah itu bukan ahli politik kerana seorang ahli politik sehaharusnya bertindak sebagai ahli dalam mencorakkan sejarah negara.Pakar sejarah adalah ahli dalam dapatan sejarah negara kerana menulis tanpa dipengaruhi orang politik.


Kerjasama ahli politik dan ahli sejarah hanya menulis sejarah individu terbabit bukan menyebabkan peranan/jasa mana-mana pihak dinafikan dan dihilangkan dari sejarah sebenar

YDPA - YDPA - APA SUDAH JADI

 


YDPA

YDPA ada kuasa panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM – Ku Li


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PARLIMEN BERSIDANG ABAH APA JADI ?

 



 PARLIMEN 

BERSIDANG

ABAH APA JADI

bima sakti commented on

 "SHAFIE DAN SADDIQ"

Ku Li pulak tambah cili...Kata nye tak payah nasihat PM utk sidang parlimen cukup YDPA berkenan tarikh utk buat...macam macam... Gua nak cakap sikit bila dah ckp 1 ogos , 1 ogos lah...apo yg mengelupur nak copek copek bersidang semuo tuh...biar lah rakyat nak sonang sikit dapek bantuan... 

Poyi mampui lah Sapo nak berobut jadi PM... Tak Kan sonang doh nak tadbir negaro dlm musim covid ni banggang... Dongar lah ckp Abah dulu..berapo dividen kwsp nak Di kobar Kan... Melotup 7.5 % ...mengelogak golak rakyat...

KOBID VIRUS DARI MAKMAL SENJATA BIO CHINA MERAH DI WUHAN

 



 MAKIN JELAS

VIRUS KOBID 

BERASAL DARI 

MAKMAL  SENJATA

BIO CHINA MERAH

Unknown commented on 

"LAPORAN AWAL WHO -

 VIRUS DARI BILIK MAKMAL WUHAN"

Kobit ni sumpah seranah sang kelembai. Cokong merah masuk ditanah melayu curi tenggiling,beruang matahari,rimau,sawa sewah. Bunyi macam lawak tapi hutan ni ada penjaganya. Dua tiga tahun dulu belum kobit dalam Surat kabar seminggu sekali mesti upp repot mereka kantoikan seludup penjaga penjaga hutan ni. Sayang la hutan tanah melayu. Arwah Winston Churchill pun tabik. Win over Malaya win ww2.

APA AKAN JADI PADA MALIKUL

 



 JENG JENG JENG

APA KAN JADI

PADA MALIKUL

KAH KAH KAH

Junjung titah Agong, PM perlu adakan sidang Parlimen, kata pembangkang


BUAT PRU

ATAU ADA

UNDI TAK CAYA

KAH KAH KAH

BOLEH KAH UMNO TAK RASUAH ?



 BOLEH KAH

UMNO TAK RASUAH?

Unknown commented on

 "KADIR JASIN BELOT

 PECAH RAHSIA"

Perghhhhh Nasik lemak rendang landak nie. Kalu Shahibul Semaah Haji Tar Snake kena hempap kompom mati lemas

Unknown commented on 

"KADIR JASIN BELOT

 PECAH RAHSIA"

Masalah ya siapa yg suci lagi bersih tu yg aku tahu Sabun fab, breeze, cap kapak, memang la bersih kecuali tt salah gune..


Unknown commented on 

"KADIR JASIN BELOT 

PECAH RAHSIA"

Tak guna kalau hanya singkir pemimpin pusat. Mesti mula dari akar-umbi. Kalau UMNO singkir pemimpin yang kurang bersih bermula dari cawangan parti, ada berapa pemimpin yang tinggal?

BERKHALWAT HARI KE 345

 



KHALWAT KE 345


KHAMIS 25/2/2021
KITA MASUK KE HARI 245
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 44

KELMARIN ABAH
DAH AMBIK VEKSIN
YANG LAIN AKAN
AMBIK LAGI

BAGUS BAGUS BAGUS

BIARKAN GEDEBE
BIARKAN MENTERI
RAJA SULTAN
AMBIK VEKSIN DULU
KITA TUNGGU 
DAN 
LIHAT
AMIN

HOKKIEN PAGI INI  KELAM
KUALA LUMPUR KELAM
EMPAT HARI PANAS
TANPA HUJAN
MEMBAWA JEREBU

MATA HARI DAH KELUAR
HARI INI 
PASTI PANAS LAGI

GUA MENUNGGU
HUJAN PETANG
YANG MEMBAWA SEJUK

GUA HANYA  TERDENGAR
JANTAN BERKOKOK
RUMPUT MAKIN KERING
KELIHATAN TELAH DIBAKAR
TEMPUA TAK ADA DI RUMAH

BRO
SENYUM
SENYUM
KITA SENYUM
PELABURAN TANPA DUIT

BRO
BILA LU MENAPAK KE DEPAN
LU IMBANG BETUL BETUL
IDUP INI PENGIMBANGAN

KEJAYAAN BUKAN AKHIRAN
GAGAL BUKAN PENUTUP
MENERUSKAN
PALING PENTING

BRO
DALAM KEPALA ADA OTAK
DALAM KASUT ADA KAKI
LU TAHU APA LU ADA
LU PILIH JALAN LU NAK PERGI
LU BUAT SENDIRIAN
LU TAHU APA YANG LU TAHU
LU BUAT KEPUTUSAN
MANA LU NAK PERGI

MASIH BELUM LEWAT
UNTUK JADI
APA YANG LU
SEPATUTNYA JADI

KEJAYAAN IALAH
MENDAPAT APA YANG 
LU NAK
KEGEMBIRAAN IALAH
INGIN MENDAPAT

GAGAL ITU
MENYIRA KEJAYAAN KITA

BRO
JANGAN MIMPI
NAK SEMUANYA SEMPURNA
MUSTAHIL AKAN TERCAPAI

BRO
JANGAN KETUK TEMBOK ITU
DENGAN NIAT NAK
JADIKAN IANYA PINTU

BRO
LU BERJAYA HARI INI
KERANA ADA MEMBER
YAKIN PADA LU
DAN LU TAKAN
HAMPAKAN HATINYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT