MAT LAAAA LOOOOK

DUA WANITA WARGA IRAN BEBAS TUDUHAN EDAR SYABU - melayau
SHAH ALAM 29 Sept. – Dua wanita warganegara Iran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 38,957 gram di KLIA, Sepang, pada Februari lepas, tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan sedemikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mazieh Azimzadehtabriz, 32, dan Hajar Fakri Lasbo, 25.
Kedua-dua wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, pada 10.40 malam pada 5 Februari lepas.
Mazieh, seorang jurulatih kecergasan dan Hajar, seorang pelajar, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dadah itu dijumpai dalam dua buah beg yang setiap satu dibawa oleh mereka.
nota:
sila baca berita ini betul betul
ulangi membaca. hairan?
ada apa apa terbau tak dari beriat ini?
ada bau apa apa ?
ada tercium apa apa?
kah kah kah
nota:
kunci untuk mencium bau
dadah ini ada di perenggan terakhir kah kah kah







