Rabu, 3 April 2024
BERITA 6 JAHANAM !!!
RoS lulus pindaan Perlembagaan Bersatu – Razali
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan Pindaan Perlembagaan Bersatu yang telah diputuskan pada Perhimpunan Agong Khas parti itu, baru baru ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Razali Idris.
“Assalamualaikum semua. Berita baik! ROS telah meluluskan Pindaan Perlembagaan Bersatu yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agong Khas baru baru ini.
“Alhamdulillah 6 + 1 Jahanam jangan lari!!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menggesa RoS segera meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi membolehkan ia dikuatkuasakan serta-merta.
Beliau turut berharap supaya tiada sebarang campur tangan politik yang boleh mempengaruhi proses berkenaan menjadi perlahan.
Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.
Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.
Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu, Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi serta Srikandi Muda yang hadir. –
WOIT
INI BERITA BAIK
SALAH RAMALAN
GUA JANGKA ROS
AKAN DING DONG
AMIN
INI TERUS LULUS
APA AP APA KE?
JENG JENG JENG
APA AKAN JADI
PADA 6 PEMBELOT
JENG JENG JENG
KHALAS
HUJAN PETANG
HUJAN PETANG
JAM 5.30 PETANG
GUA NAK BAWA EZI & TAK TAK
BERJALAN DI HOKKIEN
TERTIBA TANPA GURUH
HUJAN TURUN AGAK LEBAT
KETIKA MENGETIK INI
GUA DAH BERSEDIA
TAPI KENA NANTI HUJAN REDA
HUJAN PETANG INI
POTONG STIM
PENIAGA BAZAR RAMADAN
JAM INI BETUL BETUL MASA
TERBAIK BERJUAL BELI
PELANGGAN BALIK DARI OPIS
SAYANG HUJAN
PAK CIK JUAL AIR BALANG
PASTI RASA KECEWA
JIKA PANAS MELENTING
AIR BALANG LIGAT DI JUAL
HUJAN PETANG INI
HUJAN RAHMAT
PANAS TERIK JADI REDUP
CUACA SEJUK
MALAM ENAK SANTAI
PETANG INI GUA BERBUKA
AIR SUAM
BUAH TEMBIKAI
BUAH MANGGA
BUAH PISANG
MAKAN MALAM
HA HA
BELUM PASTI LAGI
GUA NAK CARI
GULAI IKAN MASAK LEMAK BELADO
KAH KAH KAH
JAM 5.40
HUJAN DAH REDA
GUA NAK KE HOKKIEN
SELAMAT BERBUKA
PISTOL PENGGANAS ISRAEL
PISTOL
PENGGANAS
ISRAEL
AMIN
Awaiting moderation
Unknown commented on
"TEATER PENGGANAS ISRAEL
DISAMBUNG LAGI"
Sig sauer glock smith wesson semua brand yg mesia beli dan guna..tanya mindef...hahaha...isap isap isaputting..
AL-FATIHAH
AL- FATIHAH
Jaafar Onn meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Seniman Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.20 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang).
Menurut sahabat karibnya, penyanyi Haiza Hanafi, pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak angkat Jaafar, Hanif kepadanya.
TEATER PENGGANAS ISRAEL DISAMBUNG LAGI
Polis tak boleh dedah kaedah 6 pistol diterima warga Israel – KPN
“Kita tidak boleh mendedahkan kaedah senjata itu dibekalkan pasangan suami isteri itu kepada suspek Israel berkenaan buat masa ini kerana pendedahan maklumat secara terperinci dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.
“Pada masa ini, kita tidak dapat dedahkan bagaimana suspek berhubung dengan pasangan suami isteri terbabit dan sebagainya kerana ia boleh merosakkan siasatan kami.. jadi kami tak mahu mendedahkannya kepada semua..
“Namun apa yang boleh saya sahkan mereka sebenarnya saling tidak mengenali antara satu sama lain sebelum urus niaga pembelian senjata api dijalankan tetapi pasangan itu bertanggungjawab membeli semua senjata itu di Thailand dan mengedarkan kepada suspek,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan terkini kes tersebut di Bukit Aman hari ini.
Beliau dalam perkembangan sama menambah pihaknya sangat khuatir sekiranya perkara ini didedahkan, ia akan merosakkan siasatan.
“Pada masa sama, kita juga tidak dapat mendedahkan faktor cara senjata itu diserahkan dan cara pembayaran dibuat kerana ia juga akan menjejaskan siasatan kami.
“Di sini saya kena mengakui walaupun kita memperketatkan kawalan di sempadan negara, kelompongan di kawasan pintu masuk sempadan negara di Pantai Timur menjadi punca senjata api berkenaan mudah lolos sebelum sampai ke tangan Shalom.
“Ada juga kelompongan sehingga berlaku penyeludupan dadah, senjata api dan lain-lain kontraban yang disebabkan lokasi kedudukan sempadan yang dipisahkan hanya sebatang sungai selain faktor musim tengkujuh yang mana penyeludup dari Thailand boleh masuk ke negara dengan begitu mudah dan sebaliknya,” katanya lagi.
Sebelum ini, polis merampas enam pucuk pistol daripada suspek Israel yang ditahan di Jalan Ampang ibu negara 27 Mac lalu disusuli pasangan tempatan bersama sepucuk pistol dalam kereta jenis Honda Jazz di kediamannya.
Enam pistol yang dirampas daripada Shalom oleh polis adalah jenis Sig Sauer, Smith & Wesson, Glock dan 200 butir peluru.
KAH KAH KAH
PASAI APA
KAH KAH KAH
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KHALAS
CUKONG LAWAN CUKONG
BERSATU LAWAN
GEROMBOLAN
AMIN
CUKONG LAWAN
CUKONG
YANG TETAP KAYA
PASTI CUKONG
AMIN
KHALAS
DUNIA HANYA MEMERHATI !!!
Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, tinggalkan kemusnahan besar
GAZA CITY – Tentera Israel dilaporkan telah berundur dari Hospital Al-Shifa di barat Gaza City awal Isnin dan meninggalkan puluhan mangsa dan kemusnahan besar di hospital dan kawasan sekitarnya.
Agensi Anadolu melaporkan, tentera Israel telah memusnahkan bangunan pembedahan khusus dan membakar lobi utama dan bangunan kecemasan.
Tentera Israel juga membakar pusat rawatan buah pinggang dan wad bersalin, peti sejuk bilik mayat dan kemudahan kanser dan memusnahkan bangunan klinik pesakit luar, menurut saksi.
Menurut sumber perubatan Palestin, hospital itu kini tidak beroperasi sepenuhnya dan tentera memusnahkan semua peralatan perubatan di kompleks, bilik pembedahan dan unit rawatan rapi.
Saksi melaporkan bahawa berjuta-juta mayat yang bertaburan ditemui di hospital dan di jalan-jalan di sekelilingnya.
Tentera Israel menyerbu hospital, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza yang menempatkan beribu-ribu pesakit dan orang yang berpindah pada 18 Mac. – Agensi
DUNIA HANYA
MEMERHATI
JENAYAH ZIONIS
AMIN
INI BUKTI ZIONIS
ADALAH NAZI
AMIN
KHALAS
BERASS TEMPATAN MUNCUL BILA HARGA NAIK
BERAS TEMPATAN
MUNCUL BILA
HARGA NAIK
AMIN
Unknown commented on
"KENAPA BERAS TEMPATAN
HILANG DARI PASARAN ?"
tokei nakol tak jumpa solsusi keucali naikan harga beras... selagi beras tak naik beras ilang.. naik kan harga beras.. pasti jumpa. kah kah kah..
lagi bes dengar cerita tokey nakol ada bisnes beras.. kah kah kah
Unknown commented on
"KENAPA BERAS TEMPATAN
HILANG DARI PASARAN ?"
Beras tempatan hilang sebab bro mat sabu tak dpt jumpa menteri kewangan yang akan present kepada pmx. Tak dpt appoinment lagi kot.
BUJET PADU 80 JUTA !!!
BUJET PADU
80 JUTA RINGGIT
AMIN
Unknown commented on
"KOS PADU
80 JUTA RINGGIT"
Tak kira siapa asyik orang kita kelepet duit sejak awal zaman, nama bertukar strategi bertukar tapi niat tetap sama, asyik mencuri wang negara kah kah kah bagi ostat jaga pun kelepet jugak, sekarang semua rajin jual kopi kuat kah kah air tidak laku pagi kopi kuat lebih popular sekarang woit kah kah kah
BERAS OOO BERAS
BERAS
OOH
BERAS
RABU 3 APRIL 2024
KES AGEN ISRAEL MASIH HANGAT
PELIK DAN MEMELIKAN
JENG JENG JENG
KES BERAS TEMPATAN
MASIH PANAS
SANA SINI PENGGUNA KOMPLIN
BERAS PUTIH TEMPATAN
HILANG DARI PASARAN
KEDAI KEDAI
TAKDA JUAL BERAS TEMPATAN
SEMUA JUAL BERAS IMPOT
YANG MAHAL
INI YANG PELIK
INI YANG MEMELIKAN
KEMANA HILANG
BERAS TEMPATAN
JENG JENG JENG
DAH TUJUH BULAN
ERTINYA DAH HAMPIR
DUA MUSIM MENANAM PADI
BERAS MASIH HILANG ?
HAL BERAS TEMPATAN INI
MASIH MENGHANTUI PENGGUNA
JENG JENG JENG
CUACA MAKIN TAK MENENTU
KAJI CUACA KATA
INI PERTUKARAN MUSIM
SIANG PANAS TERIK
PETANG HUJAN
BILA PETANG HUJAN
KESIAN PENIAGA
BAZAR RAMADAN
TERGANGGU
AMERIKA
KLIM TAK TAHU MENAHU
SERANGAN ISRAEL KE ATAS
BANGUNANAN DUTA IRAN
DI DAMASCUS
TAIWAN
GEMPA BUMI 7.5 MAGNITUDE
JEPUN BERI AMARAN
TSUNAMI AKAN SAMPAI
GAZA
BADAN AMAL BERHENTI
BERI BANTUAN
KERANA 7 SUKARELAWAN
TELAH DI BOM OLEH ZIONIS
HOKKIEN
SEGAR BASAH
MATA HARI BELUM KELUAR
PAGI INI KERETA DAH MAKIN SUSUT
TAPI GUA RASA
HUJUNG MINGGU PADAT LAGI
KL DAN KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
HUJAN SUBUH MALAM TADI
TAK LEBAT ANGIN KENCANG
PAGI INI
LOPAK LOPAK AIR ATAS JALAN
DISANA SINI
EZI MERAYAU DI HOKKIEN
TAK PULANG
MASA GUA MENGETIK
EZI TAK DI RUMAH
MEMAKSA GUA MASUK
KE HOKKIEN SEKALI LAGI
GUA YAKIN HARI AKAN PANAS
DAN MINTA MINTA PETANG HUJAN
MENJADIKAN MALAM ENAK
MACAM KEMARIN
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN
BRO
TUKANG TELEK
TUKANG TENGOK NASIB
PANDAI LEBONG
MINTA DIA TENGOK NASIB
DIA SENDIRI
BRO
LU JANGAN PERCAYA
SEMUA YANG LU PIKIR
BRO
KALAU LU DALAM LUBANG
LEBIH BAIK LU
BERHENTI MENGGALI
BRO
BELAJAR TUTUP MULUT
DAN SELALU BUKA
TELINGA
BRO
JANGAN AMBIL
BARANG YANG LU
TAK PAKAI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA
Langgan:
Catatan (Atom)