CHINA TIPU
MELAYU
KITA SEMUA
DAPAT
HUTANG
1MDB dapat tarikh
baru untuk bayar
hutang IPIC
1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) diberi lanjutan masa sehingga akhir Ogos untuk membayar balik ansuran hutang pertama berjumlah AS$603 juta (RM2.6 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi, selepas ia mungkir tarikh asal yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada akhir Julai.
Pengerusi 1MDB yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar Abdullah mendedahkan lanjutan masa itu hari ini selepas berakhirnya tempoh lanjutan pertama selama lima hari yang diberikan IPIC selepas kegagalan syarikat itu melunaskan janji hutangnya pada Julai.
Bagaimanapun ada harga yang perlu dibayar kerajaan Malaysia untuk lanjutan masa itu, kata sumber.
The Malaysian Insight difahamkan kerajaan Abu Dhabi terkejut dengan cara Putrajaya menguruskan komitmen hutangnya dan bingung kenapa kerajaan Malaysia mengambil masa yang begitu lama untuk melaksanakan pemindahan wang, sedangkan perjanjian dengan IPIC itu dibuat pada April.
Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan kegagalan 1MDB melunasi hutang itu pada tarikh akhirnya 31 Julai atas “isu teknikal”, dan bukannya kerana 1MDB tidak ada duit.
"Soal IMDB kita sudah keluarkan kenyataan, maka itu soal teknikal saja bukan sebab tak mampu bayar balik. Kita jangka ia tidak akan jejaskan soal keyakinan kepada ekonomi negara," katanya di Dewan Rakyat minggu lalu.
IPIC kemudian memberikan masa lima hari kepada 1MDB untuk membuat pembayaran atau ia harus berdepan dengan penalti tambahan.
Tetapi menurut sumber kelewatan itu tidak ada kena-mengena dengan isu teknikal, sebaliknya agak memalukan kerana tidak ada bank tempatan atau antarabangsa yang mahu terlibat dalam transaksi yang ada kaitan dengan 1MDB.
1MDB menghadapi kesukaran untuk memindahkan dana dari akaun luar negara kerana bank-bank Malaysia pun bimbang untuk terlibat dalam urus niaga berkenaan, kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.
Kementerian Kewangan kini mencari pilihan lain untuk memindahkan dana itu untuk membayar balik IPIC, tambahnya.
Mengikut perjanjian yang termeterai hasil timbang tara di London pada April, jumlah terhutang itu merupakan ansuran pertama daripada dua ansuran berjumlah AS1.2 bilion yang sepatutnya dibayar kepada IPIC sebelum akhir tahun ini.
Di bawah perjanjian itu, 1MDB dan Kementerian Kewangan juga mengambil tanggungjawab atas semua bayaran pokok dan faedah akan datang melalui dua bon bernilai AS$3.5 bilion. – 8 Ogos, 2017.
CILAKA
JOLOW ENTOT
PARIS HILTON
RIZA ENTOT
BANYAK2
KITA WAJIB
BAYAR
CILAKA PUNYA
UMAT
KAH KAH KAH
---------------------