Jumaat, 29 Ogos 2008

GEMPAQ !!! TAHUKAH ANDA ??

1 – Tahukah anda belanjawan SUKOM 1998 – masih lagi BELUM  di audit. Sudah 10 tahun. Telah ada 3 Menteri Belia dan Sukan silih berganti TETAPI kenapa belanjawan SUKOM 98 masih belum di bentangkan ke Parlimen.

2 – Tahukah anda bahawa Senator Jins Shamsuddin telah 'klentong' kerajaan Perak dengan projek filem  Pasir Salak?

3 – Tahukan anda hingga ke hari ini belum ada laporan polis yang lengakap tentang percubaan membunuh Sharifah Aini di hadapan Sri Pentas?

4 – Tahukah anda hingga ke hari ini masih belum di ketahui  laporan tentang siapa yang membakar Dewan Tunku Chacelor Universiti Malaya pada tahun 2001. Keyvaes dan Azliana pada minggu kejadian mengakui memiliki bukti. Mana buktinya?

5 - Tahunkah anda siapa pembunuh Norita Shamsuddin ? Apa terjadi dengan kes ini?

6 – Tahukah anda apa terjadi dengan 6 BUAH KOTAK MAT EZAM?

7 – Tahukah anda syarikat mana yang membuat lebuhraya MRR2 yang runtuh rantah?

8 – Tahunkah anda apa terjadi dengan saman Edry KRU yang menuduh ‘gambar bogel’ Pemuda United Malays National Organisation ini adalah kerja ‘copy n paste’?Siapa yang 'copy n paste'?

9 – Tahukah anda dimana Samy Veloo dan Siti Hasmah membuat rambut palsu?

10- Tahukah anda siapa nama isteri Najib yang pertama?

TERKINI DARI PARLIMEN

Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah dilihat sampai ke bangunan Parlimen dengan membawa dua buah beg.

Sebuah beg berisi dokument/ucapan tentang Belanjawan 2009 yang akan dibentangkan hari ini.

Sebuah lagi beg membawa pampers.

HOT - BERITA BARU MASUK !!!

Kedai-kedai tukang jahit di pekan Kuala Nerang Kedah sudah tidak mahu lagi menerima tempahan baju dan seluar buat masa sekarang.

Terlalau ramai orang telah menempah Baju Melayu - Cekak Musang dan Telok Belanga.

Jangan silap faham tempahan ini bukan untuk Hari Raya tetapi persediaan untuk datang berarakke Putrajaya pada 16hb September nanti apabila Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan baru.

JEANNE GESA INTERI WAKIL RAKYAT BERPERANAN SEBAGI ‘IBU’ - Berita Hairan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Jeanne Abdullah meminta isteri-isteri wakil rakyat melaksanakan peranan sebagai seorang 'ibu' di kawasan suami mereka.

Jeanne yang juga isteri Perdana Menteri berkata, sebaik sahaja suami dilantik menjadi wakil rakyat, secara automatik isterinya perlu berperanan sebagai ibu di kawasan berkenaan.


Kah kah kah…. Ramai orang daerah Pekan  dan Pahang dah mula nak lari takut dengan Bik Mama… kah kah kah.... Bik IBU Mama....kah kah kah

BNBBC TAK GENTAR ANWAR – Berita Hairan

Ahli Parlimen BN sedia hadapi Penasihat PKR di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Seramai 140 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak gentar atau tertekan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat, semalam.

Ketua Penerangan Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC), Ahmad Maslan, berkata pihaknya sudah bersedia untuk berhadapan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaik saja Anwar memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa lalu.

“Ahli BNBBC akan menghadapi Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ketua pembangkang yang baru dengan rasa terbuka... tidak ada sebab kami (BNBBC) berasa tertekan dengan kehadirannya.


Do you bloody think you have a bloody….. fu…king…. Choice mate… you just fu...king....  idiot…..

BN BUAT BEDAH SIASAT MENYULURUH PUNCA TEWAS – Berita Hairan

Trend pengundi di Permatang Pauh dikaji secara mendalam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan membuat bedah siasat menyeluruh terhadap keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN itu berkata, parti juga akan mengkaji secara lebih mendalam mengenai aliran dan sikap pengundi di Permatang Pauh bagi mendapatkan maklum balas yang jelas


Woit…. Nak kaji apa lagi beeb … orang dah bencilaaaaa…. Tak faham faham .. berat kepala  mamat ni…...

NEGARA HURU-HARA JIKA ANWAR JADI PERDANA PERDANA MENTERI

MELAKA 28 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam percaya negara ini akan menjadi huru- hara jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

''Saya terkejut dengan tindakan Anwar ini. Beliau umpama budak-budak dan perlakuannya tidak sedikitpun mencerminkan beliau seorang pemimpin yang baik apalagi untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.


Kah kah kah … gua lagi terkejut beeeb....kerana makhluk ini diterima jadi manusia. Gua tak tahu pada siapa nak komplain…. Nak minta Kopi Anan declare kat UN jadikan makhluk ini anak berudu….kah kah kah..... mana boleh Kopi Anan dah berenti.... cisss jadi kan dia geragau boleh juga buat cincalok... kah kah kah

HUJAH ANWAR 80 PERATUS RETORIK - MUKRIZ

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat tidak memberi sebarang kesan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana hanya 20 peratus daripada apa yang diucapkan oleh Anwar adalah fakta.


Kah kah kah…. Anak Firaun ni dah mula bertelor dimulut. Dulu pakai alamat ayahnya buat alamat meniaga. Inilah perpatah Melayu kata bapa borek anak rintik – ibu botak anak pun botak…. Kah kah kah…

100,000 UCAPAN MERDEKA DI KAIN RENTANG

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Gerakan Ehsan Selangor (GES) sekali lagi mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menulis 100,000 ucapan kemerdekaan pada kain rentang sepanjang 5,100 meter.

Yang Dipertua GES, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, rekod itu dibuat bersempena meraikan kemerdekaan negara yang ke-51.


Kah kah kah …. Kaki bodek buat kerja bodoh….tak ade kerja lain ke....

TAAT SETIA

Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.


Kah kah kah…. YB pun kena buat AKUJANJI – ini sudah lebih wak…..apa punya tuuuurrr…

PEMBANGKANG JANGAN BANGKITKAN ISU BERKAITAN DR.M: NAZRI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meminta Ahli Parlimen pembangkang agar tidak lagi membangkitkan sebarang isu berhubung Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam dewan kerana perbuatan itu tidak adil bagi bekas Perdana Menteri itu.


Woit! Pasal apa tak adil… poooorah… 22 tahun Firaun buat huru hara dalam negara macam mana tak adil.

Woit Nazri…. Lesen taxi tu cam na? kamu seorang aje yang kelepet? Kes bunuh di Hartamas tu apa cerita boleh tanya dalam dewan tak?

CHONG WEI KINI BERGELAR DATUK

PULAU PINANG 28 Ogos - Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dianugerahkan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk sebagai menghargai kejayaannya menyumbang pingat perak pertama negara dalam acara badminton perseorangan pada Sukan Olimpik Beijing, baru-baru ini.


Kah kah kah ada – 36 Datuk baru di Amerika. 51 Datuk baru di China. 23 Datuk Baru di Russia. Bersepah-sepah datuk-datuk ni – pergi tersepak pulang terlanggar.