Jumaat, 29 Julai 2022

PERANG FIKRAH TERBAIK

 


 PERANG ADALAH

PENGGUNAAN

 FIKRAH

TERBAIK MANUSIA

UNTUK MEMBUAT

PEKARA TERJAHAT

AMIN

KHALAS

MUHYIDIN KENA SETUJU BILA PRU



“Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat

KUALA LUMPUR – Lima pemimpin teratas UMNO telah berjumpa pada 27 Julai, menandakan Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin hampir.

Sinchew Daily melaporkan, pemimpin termasuk Presiden UMNO, D Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Yaakob bertemu antaranya untuk menentukan masa paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum. 

Susulan pertemuan yang turut disertai Timbalan Presiden,  Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu  Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled Nordin itu, seorang sumber memberitahu Sinchew Daily, “pilihan raya tidak akan lebih lewat dari Disember tahun ini.”

Gambar pertemuan “Top 5” UMNO itu telah dikongsikan oleh ketua pemuda parti itu, Tuan Haji Asyraf Wajdi Dusuki dan perkongsiannya segera mengundang spekulasi pilihan raya.

Menurut sumber, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS dijangka akan mengumumkan untuk menerima hasil Perhimpunan Agung UMNO Khas (PAU Khas) untuk menundakan pemilihan parti kepada dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Kata sumber, keadaan itu sekali gus bermakna UMNO tidak lagi perlu melaksanakan apa-apa “Pelan B” yang dikhabarkan sebelum ini.

“Perdana Menteri cenderung kepada pilihan raya selepas Bajet 2023, tetapi pemimpin lain cenderung mahu mengadakan pilihan raya sebelum pembentangan Bajet 2023.

“Kedua-dua pihak masih berunding, termasuk kemungkinan mengawalkan pembentangan Bajet kepada September,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Sementara itu, Mohamad Hasan memberitahu akhbar itu, pendirian UMNO untuk membubarkan Parlimen secara secepat mungkin tidak pernah berubah, tetapi tarikhnya hanya boleh dicadangkan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya sama ada soal pembubaran termasuk tarikhnya dibincangkan antara pemimpin “Top 5” , Mohamad berkata, perkara itu diserah kepada pertimbangan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mencadangkan tarikh kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Perdana Menteri tidak memberi apa-apa janji mengenai tarikh pilihan raya.

“UMNO pula telah menetapkan pendirian sejak awal iaitu kami mahu segera membubarkan Parlimen,” katanya.

Sementara itu, berhubung kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin yang kecewa kerana Ismail Sabri tidak melaksanakan persetujuan dengan Perikatan Nasional (PN), sumber berkata, perjanjian itu adalah tidak sah.

Kata sumber, perjanjian itu tidak diterima dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Perdana Menteri justeru tidak perlu menuruti.

Katanya, perjanjian hanya sah jika Perdana Menteri menandatangani sebagai Naib Presiden UMNO dan mendapat pengesahan Majlis Tertinggi.

Hamzah sebelum ini menggesa Ismail Sabri supaya tidak menepis perjanjian yang telah dicapai pada hari pertama PN menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Susulan daripadanya, Asyraf pula menggesa PN supaya tidak mengugut Perdana Menteri demi mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

WOIT

SABRI

LU TAK BERI

TAHU TOP 4

YG LU ADA JANJI

DGN MUHYIDIN

KAH KAH KAH

LU  JANJI ADA

 SYARAT BILA

NAK BUAT PRU 15

 MUHYIDIN

WAJIB SETUJU

KAH KAH KAH

LU ADA

TANDA TANGAN

SYARAT INI

KAH KAH KAH

LU LUPA ATAU

LU MAIN TEATER

KAH KAH KAH

KALAU LU LUPA

LU TANYA TAKI

DIA JADI SAKSI

KAH KAH KAH

AMIN

UMNO KENA PAU ?


Umno harap ROS beri keputusan segera, kata Mohamad Hasan

UMNO berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dapat memberi keputusan segera berhubung permohonan parti itu untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan parti membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan agung yang melibatkan pemilihan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pihaknya telah menulis surat kepada ROS meminta jasa baik supaya keputusan itu dapat diketahui sebelum 31 Julai bagi memastikan parti dapat menguruskan hal ehwal parti sekiranya tidak diluluskan.

“… kita tiada desak apa-apa tapi kami perlukan jawapan dan kami tunggu 31 Julai tapi 31 Julai hari minggu, kalau boleh hari ini kita dapat surat.

“... kerana ‘ya’ atau ‘tidak’ (keputusan), parti perlu buat persiapan untuk mengadakan mesyuarat kalau tak lulus, maka pemilihan mesti dilakukan tahun ini kerana tempoh kita 18 bulan akan berakhir hujung tahun,”  katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) di Seremban hari ini.

Umno sebelum ini meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei lepas. – Bernama, 29 Julai, 2022.

WOIT

SAPA PAU

UMNO

KAH KAH KAH

PASAI APA

JPP- ROS TIDAK

BUAT KEPUTUSAN

KAH KAH KAH

SILA TANYA 

MENTERI KDN

APA DIA MAHU

KAH KAH KAH

PINDAAN CUKUP

SYARAT ATAU

TAK CUKUP

KAH KAH KAH

SASPEN GILA

KENA SAKIT

JANTUNG 

NAJIB & ROSMAH

KAH KAH KAH

KHALAS

BANJIR TAHUN INI AKAN SAMPAI


Mangsa banjir Shah Alam masih bergelut

PENDUDUK Taman Sri Muda di Shah Alam masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah lapan bulan kediaman mereka musnah akibat banjir besar.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka “masih jauh” untuk kembali seperti sebelum tragedi Disember tahun lalu.

Walaupun kerja-kerja ubah suai dan baik pulih sedang berjalan, rumah mereka cuma tinggal lagi 50 peratus untuk siap, namun tambah mereka, beban kewangan juga antara masalah utama.

Sambil berterima kasih kepada sokongan kumpulan masyarakat awam dan sukarelawan, bantuan kerajaan masih tidak mencukupi, kata mereka.

Pemandu ambulans Mohd Anas, 51, berkata rumahnya baru siap separuh jalan, berharap dapat siapkan menjelang hujung tahun ini.

“Saya berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh NGO dan rakan-rakan saya yang banyak menyumbang tetapi dari segi bantuan kerajaan, saya sangat kecewa.

“Mereka (kerajaan) hampir tidak sediakan apa-apa. RM2,000 yang mereka bagi tak cukup sebab kos baiki kereta saya sahaja RM6,000,” katanya.

Beliau menjangkakan Adun dan ahli Parlimen kawasannya sering melawat rakyat untuk memantau mereka.

“Dua bulan pertama selepas banjir, mereka datang setiap hari tetapi sekarang sudah tak nampak langsung. Mungkin sebab isu ini sudah tak viral.

“Kerajaan bertanggungjawab atas semua yang berlaku kepada kami semasa banjir tetapi sekarang mereka membisu. Saya tak nampak ada platform untuk kami hubungi mereka,” katanya.

Hujan lebat sebelum dan pada hujung minggu 17 dan 18 Disember tahun lepas telah menyebabkan banjir besar di beberapa negeri, termasuk bahagian tengah Semenanjung seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang. Kejadian ini boleh dianggap luar biasa kerana musim banjir waktu itu kebiasaannya melanda negeri pantai timur.

Ketika kemuncak banjir itu, lebih 70,000 orang hilang tempat tinggal. Malah 54 nyawa terkorban. Selangor, terutamanya di Taman Sri Muda dan kawasan sekitar Shah Alam, antara negeri yang paling teruk dilanda banjir.

Anas berkata simpanan beliau hampir habis susulan banjir.

“Dengan keadaan inflasi sekarang, saya belanja 30 peratus gaji bulanan untuk baiki rumah perlahan-lahan. Hujung bulan duit saya cuma tinggal berapa ratus sahaja,” kata Anas.

Anas juga berkata beliau masih trauma setiap kali hujan di Taman Sri Muda, tambahan dengan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

“Setiap kali hujan lebat kami mula bawa barang-barang kami ke tingkat atas.

“Jadi, kalau saya ada wang yang cukup, saya pasti akan pindah ke tempat lain. Tetapi keadaan kewangan saya sekarang menghalang saya,” kata Anas yang mengalami kerugian sekitar RM15,000 semasa banjir.

Tak guna tunggu bantuan kerajaan

Sementara itu, pemain gitar David Arokiasamy, 68, berkata beliau amat berterima kasih atas semua perabot yang disumbangkan oleh orang ramai.

“Bagaimanapun dinding saya masih belum dicat. Masih banyak perkara yang perlu dibuat supaya rumah saya kembali seperti sebelum banjir.

“Bantuan diberikan kerajaan cepat habis sebab bukanlah banyak sangat pun,” kata David.

Tambahnya beliau juga masih trauma setiap kali hujan namun hidup perlu diteruskan.

“Tetapi saya tidak boleh selalu fikir tentang banjir yang berlaku atau yang akan berlaku sebab saya perlu kembali ke kehidupan saya dan mencari rezeki,” kata David yang telah kehilangan ramai pelajar gitar selepas banjir memandangkan keretanya rosak untuk pergi mengajar.

David berkata beliau tidak boleh bergantung banyak kepada kerajaan juga kerana mereka hilang.

“Jika anda perasan semasa banjir, anda akan nampak ramai individu bagi bantuan, malah lebih daripada pihak berkuasa, jadi mengharapkan kerajaan membantu kami adalah sia-sia,” kata David.

Seorang lagi penduduk Mun Yi, 52, berkata rumahnya hanya 45 peratus siap dan beliau tidak tahu bila ia akan siap.

“Air setinggi tujuh kaki di rumah saya, jadi semua perabot di tingkat bawah rosak.

“Suami saya sudah bersara dan saya cuma bekerja sebagai tukang cuci jadi kami tidak ada banyak wang untuk baiki rumah. Kami hanya buat apa yang kami ada,” katanya.

Menurutnya, lebih separuh daripada bantuan yang diberikan kerajaan digunakan untuk kerja-kerja pendawaian.

“Cat rumah, beli televisyen baharu, set sofa, semuanya belum selesai.

“Saya pada masa ini hanya harapkan beberapa NGO untuk bagi bantuan yang saya perlukan,” katanya.

Beliau juga bimbang jika banjir berlaku lagi, beliau akan lebih lelah.

“Jika banjir besar berlaku lagi, saya tidak ada wang dalam bank saya untuk baiki dari awal lagi.

“Jadi apabila hujan, kami mengambil semua barang berharga kami dan bergerak ke tingkat atas ke bilik tidur kami,” katanya.


Selepas banjir, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan RM100 juta pembiayaan untuk membaiki rumah dan infrastruktur, dengan pembiayaan lanjut akan menyusul jika diperlukan. Setiap isi rumah yang terjejas banjir akan menerima RM1,000, yang akan disalurkan selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Baucar tunai RM500 setiap satu turut dijanjikan untuk diberikan kepada setiap keluarga bagi membeli peralatan elektrik yang rosak akibat banjir.

Skim ini bermula pada 7 Januari.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberi wang tunai RM2,500 kepada setiap keluarga yang terjejas untuk membeli barangan keperluan.

Setiap mangsa yang terjejas turut ditawarkan bayaran perkhidmatan menunda dan membaiki kereta secara percuma oleh pengeluar kereta nasional Proton dan Perodua, selain diskaun 50 peratus penggantian alat ganti. – 29 Julai, 2022.

WAJIB RISAU

WAJIB SEDAR

LUMPUR  BANJIR

TAHUN LALU 

BELUM KERING 

LAGI

AMIN

TAHUN INI

BANJIR AKAN

DATANG LAGI

AMIN

YANG BUAT ONAR

NEGARA KAYA

YG TANGGUNG

AKIBAT

NEGARA MISKIN

AMIN

YANG ENJOI

ORANG KAYA

YG MATI LEMAS

BANJIR LUMPUR

PENDUDUK

SETINGGAN

AMIN

INILAH HARGA

YG DIBAYAR

UNTUK GAYA

HIDUP HARI INI

AMIN 

KHALAS


GERTAK KEELING



UMNO akan lawan jika PN tuntut jawatan TPM

KUALA LUMPUR – UMNO akan lawan jika Perikatan Nasional (PN) terus menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, tegas Isham Jalil.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, Perdana Menteri, Sabri 114  tidak perlu melayan tuntutan PN yang mahukan jawatan itu.

Ini kerana, rakyat mahu mandat mereka dikembalikan, bukan menyerahkan jawatan itu kepada PN.

”PM tak perlu layan mereka ini. Jika mereka ugut, kita akan lawan. UMNO parti akar umbi, ada lebih 3 juta ahli. Usah peduli tuntutan pelompat parti.

“Rakyat lebih penting dari mereka ini. Kita bubar Parlimen, serah mandat di tangan pengundi, reset dan kembalikan kestabilan politik, dan pulihkan ekonomi secepat mungkin. Allah akan bantu orang-orang yang ikhlas dan sabar dalam perjuangan, insha Allah,” tegas beliau.

Semalam, Setiausaha Agung PN,  Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu kecewa dengan Ismail Sabri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting terkandung dalam perjanjian di antara gabungan itu dengan Perdana Menteri.

Pendirian itu dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN yang dipengerusikan  Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, kelmarin.

Bagaimanapun, Hamzah tidak memperincikan terma-terma penting yang dimaksudkan.

Sehubungan itu, PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat, katanya.

Antara terma perjanjian itu termasuk isu pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. – 

WOIT

INI BERITA BAIK

KAH  KAH KAH

PENYAAMUN NAK

LAWAN PENCURI

KAH KAH KAH

LAWAN JANGAN

CAKAP SAJE

AMIN

MALAON NI

KAKI GERTAK

TAPI NATO

NO ACTION

TALK ONLY

KAH KAH KAH

BERI AMARAN

PADA MB KEDAH

SATU HABUK

TAK JADI APA

KAH KAH KAH

HANYA

GERTAK KEELING

KAH KAH KAH

 AMIN

NAJIB PINJAM SELUAR DALAM ROSMAH


NAJIB PINJAM

SELUAR DALAM

ROSMAH

UNTUK

 PENGERAS

KE MAHKAMAH

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on

 "NAJIB DENGAR NASEHAT"

TT aku dengan kalau seluar dalam kuning ada bunga hello kitty, lebih kuat kerana tambah tenaga samurai jepon.

TER NOWW TER HOTT

 


HOT HOT HOTT

TERKINI

TER NOWW

TER HOTT

AMIN

AMERIKA DATANG BANTU



CHINA MERAH

KLIM DIA PUNYA

 LAUTAN SUNDA

AMIN

AMERIKA DATANG

BANTU

AMIN 

KHALAS




JEMPUTAN ESOK MALAM


JEMPUTAN

ESOK MALAM

AJM 8.30 PM

DI TALIAN INI :

https://www.youtube.com/channel/UCfB6hOaCGI1yXA2yPKDvpJQ


PENGISIAN PROGRAM

Jemput sertai acara YouTube Live dalam talian pada 30 Julai 8.30 - 10.30 malam waktu Malaysia.

Sembilan artis dan/atau kumpulan persembahan berbeza termasuk hip hop dan pemuzik klasik, dari New York, Sarajevo, Phnom Penh, Kuala Lumpur dan Myanmar Utara akan membuat persembahan sebagai aksi solidariti kepada penentang rejim tentera Myanmar.

Acara itu akan dibuka oleh String Quartet Sinfonietta SA, diketuai oleh Profesor Belma Alic dari Akademi Muzik Sarajevo. Kuartet itu akan memainkan 'Stone sleeper', oleh komposer Bosnia Vladimir Milosevic. Vokalis dan pemuzik pembangkang Burma yang terkenal, Mun Awng akan membuat persembahan secara LIVE dari tanah tinggi asalnya di Kachin, Myanmar Utara.

Antara penceramah antarabangsa ialah: Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah, sarjana penentangan harian Yale yang terkenal Profesor Emeritus James C. Scott, dan aktivis sosial Malaysia Hishamuddin Rais.

Mereka akan menyertai penyokong demokrasi  Myanmar yang lain: Moethee Zun, bekas ketua Barisan Demokrasi Semua Pelajar Burma; Moe Thway, ahli pengasas Generation Wave; Nay San Lwin, pengasas bersama Free Rohingya Coalition; dan Ma Khaing Zar Aung, Presiden Persekutuan Pekerja Industri Myanmar.


ATOK SAKA & PRU 14


BRO

JANGAN SILAP

YANG BAWA 5%

UNDI MELAYU 

DALAM PRU14

ADALAH ATOK SAKA

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "PENIPU DAN PENYAMUN 
PIMPIN NEGARA"

Woitt, TT lu memang baghal lah. Kalu lah Pengerusi Penaung maseh Atok Saka kumpulan ini 2x5 jadinya dgn Klu Klux Klan Malaysia dulu PERKASA. KKK dah tukar jadi PUTRA kerana Tok Him minat nak jadi MP bikin duit. 


Sumbangan KKK semasa Atok Saka jadi Pengerusi Penaung yalah buat buat video seks China guna pelakon perut boroi Siam sbg propaganda tambahan kpd Liwat utk block Anwar di2013 PRU13. Kerja jahat Atok Saka bukan sahaja frameup Liwat tetapi Seks jugak. Memang copy paste Manual CIA/FBI utk sekat lawan politik.

NAK BUAT DUIT


NAK BUAT 

DUIT CEPAT

AMIN


Unknown commented on
 "AMERIKA DUA KALI
 TURN NAIK KE BULAN"

Objektif mereka nak duit, nak cari jalan buat duit senang mana nak selesai kes cepat cepat, selesai kes tutup ruang peluang masuk kah kah sama macam tunggu orang mabuk bawa kereta, bukan nak tangkap, nak pau pau ada lahap kes tunggu malam, banterss mat rempit tak mahu pulak, tarak untung lah kata kan kah kah kah mampooos orang Kita jadi begini woit

NAJIB & ROSMAH MUNCUL DI INDIA ?


NAJIB ROSMAH

MUNCUL DI INDIA ?

KAH KAH KAH

AMIN

SABRI DITEKAN LAGI


Selepas RUU Anti Lompat Parti lulus, Asyraf desak adakan PRU

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dilaksanakan segera bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Desakan itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan lompat parti semalam.

Menurut Asyraf Wajdi, ‘pemerkosaan’ mandat rakyat akibat ahli Parlimen melompat parti mengakibatkan negara tidak stabil selama empat tahun.

Justeru katanya, rakyat perlu diberikan semula peluang untuk memilih kerajaan secara demokratik.

“Tiada lagi pemerkosaan mandat rakyat yang menjadi punca ketidak-stabilan negara selama lebih empat tahun.

“Maka, sudah tiba masanya mandat rakyat agar sebuah kerajaan mutlak yang bukan didirikan atas pengkhianatan mandat dapat dipilih secara demokratik.

“Yang pasti rakyat tidak akan sesekali melupakan wajah-wajah pengkhianat mandat rakyat sehinggakan negara terpaksa menempuhi tempoh kelam dalam lipatan sejarah tanah air,” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, RUU Anti Lompat Parti akan menghalang insiden pengkhianatan mandat rakyat daripada berulang seperti yang berlaku selepas PRU14.

Malah menurutnya, negara tidak akan melalui lagi episod hitam dalam sejarah demokrasi selepas RUU yang diluluskan itu akan menghalang wakil rakyat daripada melompat parti.

“Harap tiada lagi insiden pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Tiada lagi catur-mencatur kuasa dalam kalangan pengkhianat mandat rakyat.

“Tiada lagi pencabulan mandat rakyat yang menyebabkan negara melalui episod hitam dalam sejarah demokrasi tanahair,” kata Asyraf Wajdi.

RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang itu pertama kali dibacakan pada 11 April lalu, bagaimanapun, ia kemudian dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU tersebut berikutan tafsiran Perlembagaan dan ‘lompat parti’ yang terluas luas.

Bacaan kedua rang undang-undang itu telah dibaca, dibentang dan dibahaskan semalam di Dewan Rakyat.-

WOIT

KAH KAH KAH

SABRI 114

DI TEKAN LAGI

KAH KAH KAH

GENG PENJARA

TAK SABAR

NAK PILIHANRAYA

KAH KAH KAH

WOIT

APA JADI DENGAN

PINDAAN UMNO

KENAPA KDN

LAMBAT

BUAT KEPUTUSAN

KAH KAH KAH

BAGI 

GEROMBOLAN

GELABAH

AMIN

KHALAS