Sabtu, 20 April 2024

TITAH TAMBAHAN? ADA KE TAK ADA ?


TITAH TAMBAHAN

ADA KE TAK ADA ?

KHALAS

BERJUMAAT BERSAMA HEZBOLLAH


BERJUMAAT

BERSAMA

HEZBOLLAH

AMIN

TENGKU ZAFRUL JADI KORBAN


TENGKU ZAFRUL

JADI KORBAN

KHALAS

GERAKAN ANTI ZAHID


Afidavit adendum Najib: Presiden UMNO tidak pernah bincang dalam mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi yang mengemukakan afidavit berkaitan titah adendum terhadap Najib Razak tidak dibawa ke meja rundingan parti itu.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO,  Johari Abdul Ghani enggan mengulas lanjut kerana tidak arif mengenai afidavit yang dibuat Ahmad Zahid.

“Dia tidak bincang dalam Majlis (Kerja) Tertinggi UMNO, jadi saya tidak boleh nak beri komen,” katanya kepada media selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan dan Komuniti di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Johari berkata demikian mengulas pertanyaan media mengenai afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu mengenai kewujudan titah adendum yang dintakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights pada 30 Januari lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.

Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim menjelaskan afidavit yang dikemukakan timbalannya itu berhubung Titah Adendum dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mengenai kebenaran melaksanakan baki hukuman bekas Perdana Menteri itu menerusi tahanan rumah (house arrest) dibuat atas kapasiti sebagai Presiden UMNO.

Anwar turut menegaskan, beliau juga tidak mahu terlibat dalam perbincangan titah berkenaan kerana ia bidang kuasa Lembaga Pengampunan. –



PERKARA INI

SENANG BERES

AMIN

ADA KE TAK DA

TITAH TAMBAHAN

AMIN

GI TANYA SOSOK

YANG BERI TITAH

ABIS CERITA

JENG JENG JENG

KHALAS

MANA YANG BETUL ?


Jenazah Tun Hanif Omar dibawa ke Masjid Negara, dikebumikan di Makam Pahlawan

SHAH ALAM –  Situasi sedih menyelebungi kediaman bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar di Shah Alam pagi ini berikutan pemergiannya pada awal pagi tadi.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.15 pagi tadi. – MalaysiaGazette

Tun Hanif selamat dikebumi sebelah pusara anak

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan pada 3.17 petang tadi.

Bekas Ketua Polis Negara itu dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, bersebelahan dengan pusara anaknya, arwah Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara selepas dibawa daripada kediamannya di Shah Alam pagi tadi.

Turut hadir mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham sebentar tadi adalah anaknya Kapten Abdul Rahmat Omar; Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri dan Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mohammed Hanif meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi.

Beliau merupakan sosok bekas KPN yang amat berjasa dan banyak terlibat dalam peristiwa penting negara ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.

Beliau turut terlibar bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada Persidangan Manila berhubung penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963 sekain dan menjadi wakil Kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai yang dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand. – MalaysiaGazette

WOIT

BERITA MANA 

YANG BETUL ? 

AMIN

MUSTAHIL ADA

DUA TUN HANIF

AMIN

ATAU ADA CERITA

DI BELAKANG BERITA

KHALAS

FATWA RASMASAMY


Tidak perlu boikot PRK KKB, cuma jangan undi Pakatan, kata Ramasamy


PENGUNDI kaum India di Kuala Kubu Baharu tidak perlu mendengar gesaan untuk memboikot pilihan raya kecil 11 Mei, tetapi hanya elakkan undi Pakatan Harapan (PH), kata P Ramasamy hari ini.

“Kami tidak meminta pengundi mengelak daripada menggunakan hak demokrasi mereka. Bagaimanapun kita minta pengundi khususnya kaum India supaya tidak mengundi calon PH/DAP,” kata pengerusi parti Urimai yang baru ditubuhkan itu.

Bekas pemimpin DAP itu turut menegaskan partinya tidak mempunyai sebarang hubungan tidak rasmi atau rasmi dengan pembangkang, terutamanya Perikatan Nasional yang kelihatan membenarkan ahlinya Gerakan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Kami hanya mahu memberi pengajaran yang menyakitkan kepada kerajaan pimpinan PH. Kepelbagaian kaum yang dilaungkan kerajaan amnya dan DAP dan PKR adalah palsu.

“Masyarakat India telah dibawa dalam perjalanan jauh tanpa sebarang hasil yang bermanfaat.

“Terdapat banyak rasa tidak puas hati dan kekecewaan yang meningkat di kalangan kaum India,” bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan.

Kaum India terdiri daripada kira-kira 18% pengundi KKB, dan Ramasamy menganggap mereka sebagai king maker dalam pilihan raya kecil ini.

Pengundi Melayu membentuk 46%, Cina (31%), diikuti oleh yang lain (5%).

Kerusi KKB kosong berikutan kematian penyandangnya daripada PH/DAP, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac.

Sebelum ini, beberapa aktivis menggesa pengundi India di KKB memboikot pilihan raya bagi menghantar mesej kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa masyarakat India tidak berpuas hati dengan kerajaannya.

Aktivis-aktivis ini, yang sebahagiannya pernah berkempen untuk PH pada pilihan raya umum lalu dan pilihan raya enam negeri, berkata mereka kecewa dengan kerajaan kerana mengabaikan nasib kaum India.

Salah seorang daripada mereka, Thiru Nadaraja yang senada dengan Parti Kemajuan Malaysia, berkata masyarakat India KKB perlu menjauhi pilihan raya kecil untuk menunjukkan bahawa mereka sudah cukup “mengemis dan diperas untuk undi”.

Tambahnya, nasib kaum India tidak akan berubah walaupun mereka mengundi di KKB.

Bagaimanapun aktivis yang lain seperti presiden Pertubuhan Rapat Aman Malaysia (Rapat) A Rajaretinam berkata pengundi India di KKB harus membuang undi rosak.

“Kami cuma mahu katakan DAP perlu dikalahkan. Pengundi India mesti memberi ‘hadiah’ kepada DAP.

“Ini hanyalah pilihan raya kecil untuk kerusi DUN. Kekalahan DAP tidak akan mengubah persamaan (politik) di negeri itu. Ini hanya mesej kuat daripada masyarakat India (kepada DAP),” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sementara itu, Exco Selangor V Papparaidu menerusi laporan Malaysiakini mengesahkan terdapat usaha untuk meyakinkan pengundi India bagi memboikot pilihan raya kecil itu.

“Ini salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

DAP bersedia untuk menamakan calonnya bagi pilihan raya kecil itu bagi pihak PH. Barisan Nasional bagaimanapun akan menyokong sekutu baharunya dalam kerajaan perpaduan.

Parti komponen BN, MCA dan MIC telah menyatakan mereka tidak akan memainkan peranan dalam pilihan raya kecil ini kerana calon mereka tidak bertanding. Terdapat juga laporan bahawa MCA, yang telah lama memegang kerusi ini, mempertimbangkan untuk bertanding sebagai calon bebas. – 19 April, 2024.

KAH KAH KAH

DULU DAP

SEKARANG BENCI

KAH KAH KAH

BAGUS JUGA

ADA FATWA

DARI RAMASAMY 

RANCAK PRK KKB

AMIN

ABAM GUNA MINYAK BOSARKAN LANCHAU


ABAM PAKAI

MINYAK BOSARKAN

LANCHAU

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "JANGAN SEBAR FITNAH"

Abam Ooo Abam .. dalam iklan Tik Tok tu Hajjah UsTaTzah dah kata, sapu ubat dia, lanchow boleh tambah besar dan panjang berinchi-inchi. Sepanjang malam bini akan moghaum macam kobau kono sombolih. Kata TaTzah tu somaso sapu lanchow tu kito kono pakai sarom tangan, kok tidak jari pon boley bosar sobosar koting kaki.

Agak nyo Abam lupo nak pakai sarom tangan .. Kahkahkah padan muko Abam, golojoh sangat .. nonggar coghito Kak Wan dah lari rumah, nanti bilo mondo tu dah kochot baru Kak Wan balik.

BERAS TERBAKAR


BERAS 

TERBABAKAR

AMIN

Tak sangka  Beras Terbakar 
kat Langkawi ada
 chawangan kat Temerloh

RAJA KALINGA MULA BERONTAK


 

RAJA KALINGA

MULA BERONTAK

AMIN

KEM ASKAR DI IRAQ DI SERANG - SAPA PUNYA KERJA ?


KEM ASKAR

DI IRAQ KENA

SERANG

AMIN

SAPA PUNYA 

KERJA?

KHALAS

LENDIR DAN GANJA



KUNCI PADA

LENDIR & GANJA

KHALAS

Unknown commented on 
"BAKAR BERAS"

Satu nak bagi tahu kat TT, Thailand berjaya meraih RM 67 billion hasil pelancongan, seramai 1.67 juta orang Malaysia melawat Thailand kah kah kah satu yang baik kerana orang kita sanggup sampai bagi membantu pelancongan negara jiran kah kah kah kerana kita ini suka membantu jiran tapi sukar membantu rakyat sendiri boikot tetap boikot kah kah kah

IRAN ISRAEL BALAS MEMBALAS


IRAN ISRAEL

BALAS MEMBALAS

AMIN

JIKA MEREBAK

PECAH PERANG

DUNIA KE 3

KHALAS

REZEKI JANGAN DI TOLAK



Penduduk sempat

 kutip beras, bihun 

belum tamat tempoh
TEMERLOH – Sebelum hangus terbakar, penduduk di sekitar Payat Rumput, dekat sini, sempat mengutip beras dan barangan makanan asas lain di lokasi beras dibakar di Kuala Krau, Temerloh pada semalam.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati tapak pelupusan sampah haram itu masih terdapat saki baki bihun yang tamat tempohnya sehingga 31 Disember 2025 terselit di celahan sampah-sarap.

Beberapa penduduk kampung yang mengunjungi tapak pelupusan sampah itu dilihat mencari-cari baki makanan yang boleh diselamatkan.

Penternak, Mohd Nor Hakim Abu Bakar, sempat mengambil berpaket beras pada petang semalam dan berharap ada lagi rezeki pada hari ini, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

Bagi Mohd Nor Hakim, pihak berkenaan perlu menguruskan pelupasan beras tamat tempoh dan barangan keperluan dengan cara yang betul dan bukan dengan membakar di tapak peupusan sampah.

”Macam saya penternak ayam kampung dan ayam daging rasa bila dia buang beras begini seolah beras ini tak penting. Kita patut cari jalan penyelesaian terbaik bukan buang dan bakar macam ni.

”Saya sempat ambil beras empat paket selepas tahu dari Facebook semalam, jadi hari ini ingat nak ambil lagi tapi dah hangus.” katanya.

Menurut Mor Hakim, biarpun beras berkenaan dikatakan sudah tamat tempoh namun baginya ia masih digunakan untuk haiwan peliharaannya.

Beliau mengakui selain beras, ada lambakkan tepung, sardin, beras, susu yang dibakar di situ.

”Walaupun beras ni tak elok untuk makan tapi untuk haiwan boleh. Datang ambil dengan sepupu semalam, ini pengalaman pertama selepas tinggal (di sini) tujuh lapan tahun di sini,” katanya.

Sementara Nasarudin Ramli menzahirkan kekesalan tindakan pihak tertentu yang tidak mengagihkan barang tersebut kepada golongan yang memerlukan sehingga tamat tempoh dan membuang beras merupakan pembaziran.

Beliau berkata, membuang kira-kira 500 paket makanan ruji rakyat Malaysia itu sebagai tidak mengsyukuri nikmat pemberian rezeki oleh Allah berbanding rakyat di negara lain yang sedang diancam kebuluran.

”Setahu saya tempat yang dibuang ini tidak digazetkan buang sampah, memang tak wajar buang beras dalam keadaan begini.

”Beras memang dah berulat tapi barang lain seperti bihun, sardin, tepung masih elok. Malahan ada orang lain bawa balik untuk dimakan,” katanya.

Semalam, MalaysiaGazette yang melaporkan perbuatan membakar beras di sebuah tapak pelupusan sampah mendapat reaksi bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said hari ini yang mengaku ia adalah miliknya.

Beliau meminta maaf dan menyatakan rasa kesal atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan. – MalaysiaGazette

JANGAN MEMBAZIR

HORMATI BAHAN

MAKANAN

AMIN

REZEKI JANGAN

DITOLAK

AMIN

KHALAS

PROJEK BAKAR BERAS




Penduduk dakwa sudah lebih tiga kali berlaku insiden buang beras
TEMERLOH – Insiden membuang dan membakar beras di tapak pelupusan sampah haram Rumpun Makmur di sini sebenarnya sudah berlaku lebih daripada tiga kali.

Penduduk mendakwa cuma insiden kebakaran yang tular baru-baru ini melibatkan jumlah beras dan barangan makanan pada kuantiti lebih banyak.

Abdul Basir Mohd Sharif, 46, berkata , insiden berkenaan mula disedari sejak tahun 2022 lagi namun apa lebih dikesalkan semalam merupakan insiden terbesar membakar beras.

”Sebenarnya kejadian buang beras ini sudah berlaku tiga kali. Yang kali pertama dan kali kedua tak banyak sangat tapi yang baru-baru ini paling banyak dibuang.

”Seingat saya rasa dua tahun lepas, memang saya sangat sedih sangat sebab dalam keadaan ekonomi dengan beras mahal, bila buang banyak begini terasalah,” katanya.

Penduduk yang berasal dari kampung Gunung Senyum itu berpendapat, barangan makanan yang dibuang berkemungkinan telah luput namun lebih dikesali mengapa ia tidak diagihkan kepada rakyat lebih awal.

Tambahnya, persoalan timbul mengapa beras sebegitu banyak rosak dan beras disorok terlalu lama tanpa diagihkan di kala negara menghadapi stok beras yang terhad.

Baginya, perkara tersebut tidak wajar ekoron barangan asas tersebut semakin mahal.

”Mungkin beras yang dibuang ialah barang rosak kerana sudah disimpan terlalu lama, kita nak tahu punca rosak.

”Mujur  sedar dalam aplikasi media sosial bila dapat tahu terus datang nak tengok apa yang boleh guna. Beras tu memang dibuang beratus pek, masa sampai itu sudah ada orang kutip,” katanya kepada MalaysiaGazette.

APA TUJUAN

BAKAR BERAS?

AMIN

APAKAH NAK

PASTIKAN HARGA

TETAP TINGGI

AMIN

KHALAS

BUAT BAIK TANPA SEMPADAN


 Misi hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kapal tetap diteruskan – Ann Wright

ISTANBUL – Misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan  walaupun tercetus konflik terbaharu  antara Israel dengan Iran, kata jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.

Bagaimanapun beliau berkata tarikh akhir pelayaran tiga kapal yang terlibat dalam misi itu yang sebelum ini dijadualkan pada 21 April 2024 (Ahad ini) mungkin boleh berubah berdasarkan situasi dan keadaan semasa.

“(Pada masa ini) Kesemua kapal akan terus belayar mengikut perancangan asal (21 April) walaupun ini merupakan saat yang genting buat rantau ini,” katanya pada sidang media Freedom Flotilla Sails Again di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata  ini juga merupakan waktu yang genting bagi penduduk Gaza yang terus menerus berdepan kekejaman rejim Israel.

“Untuk itu misi ini akan tetap diteruskan namun segala penilaian risiko akan dilakukan semula bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi memulakan pelayaran,” katanya lagi.

Beliau berkata, beberapa penilaian lain juga akan dilakukan termasuk bahagian teknikal kapal sebelum satu tarikh pelayaran baharu diumumkan kelak.

Terdahulu media melaporkan kapal yang akan terlibat dalam misi itu melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal itu akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk  lapan buah ambulans. – BERNAMA



TABEK HORMAT

PADA AMAL

BAIK TANPA

SEMPADAN

KHALAS

SERANGAN ISRAEL TUNJUK WAYANG


SERANGAN ISRAEL

TUNJUK WAYANG

AMIN

AL- FATIHAH


AL-FATIHAH

AMIN

         TUN HANIF OMAR : AL FATEHAH.

Maklumat Awal

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024.

Butir-butir lanjut menyusul kemudian.

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

CAKAP HALUS PENUH RACUN


CAKAP HALUS

PENUH RACUN

AMIN

Unknown commented on 
"APA KATA ZAKAR SHI"

Tekanan atau khabar baik secara halus? Ayat tekanan tak pakai, guna ayat lembut molek macam hubungan lah, orang politik kan bijak belaka, depan media memang cakap lembut hemah bijaksana tapi belakang baling kerusi tumbuk meja norma politik kita, mungkin dah janji kena tepati bukan Non kuat sangat, ramai majoriti tak sokong Non pun, 

yang duduk belakang siang malam bukan asal usul sini pun kah kah kah tetapi Non ini yang sokong pun dah tak sokong yang memang tak sokong lagi lah tak sokong kah kah kah kesian kena macam ini, projek apa sekalipun tak masuk kroni murni suci segala kah kah kah masyarakat kita sanggup terima pencuri perasuah salah guna kuasa rompak daripada Non kah kah kah

BIAR KURANG AJAR JANGAN KURANG GARAM


BIAR 

KURANG AJAR

 JANGAN

KURANG GARAM

AMIN

Unknown commented on 
"SAPA TIPU SIAPA?"

LU orang sudah manyak kurang ajar, kah kah kena sula baru ada akai tau tak? Jangan permainkan kerabatku amin kah kah kah semua celaka mamak kutty mulakan dahulu hasut melayu lawan raja Gopala kah kah kqh

BAKAR BERAS


BAKAR BERAS

SABTU 20 APRIL 3024
HEBOH
  KESAH BERAS DIBAKAR
KENAPA BERAS DIBAKAR?
SIAPA PUNYA BERAS?

BAKAR KERANA NAK PASTI
HARGA MAHAL KE
KALAU BERAS BANYAK
HARGA  JADI  MURAH
BILA DIBAKAR
JADI KURANG

BILA BERAS KURANG
HARGA AKAN NAIK
AMIN

ISRAEL SERANG IRAN
TAPI SERANGAN DAPAT
DI TANGKIS

SEKARNG DUNIA TUNGGU
APAKAH IRAN AKAN
SERANG SEKALI LAGI
JENG JENG JENG

AMERIKA
HARI KE 4 TRUMP
BICARA DI MAHKAMAH NEW YORK
JURI BERTUKAR GANTI

INDIA
PRU MULA HARI INI
MENGUNDI BERJALAN
SELAMA 6 MINGGU
969 JUTA PENGUNDI
AKAN KELUAR MENGUNDI

IRAN
BERI AMARAN
AKAN BALAS SERANAGAN ISRAEL
SEKUAT MANA ISRAEL
MENYERANG
JENG JENG JENG

HOKKIEN 
PAGI INI SEGAR CERAH
MATAHARI BELUM MUNCUL

HOW WOW
BERSUARA DARI JAUH
TIONG BERSUARA RAMAI

TERKUKUR KEMBALI BERSUARA
DUA ABANG DARI PANTAI DALAM
PEMIKAT TERKUKUR
AWAL PAGI DAH ADA DI HOKKIEN
MEREKA DATANG DENGAN TERKUKUR
YANG DI IKAT
UNTUK LAWAN BERSUARA
HANYA PEMINAT BURUNG
YANG TAHU NIKMAT
HOBI INI

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
NAK TENGOK BUAH APA
YANG SEDANG MURAH

BRO
SENYUM 
SENYUM
DI PAGI SABTU

ANAK MUDA LAKONAN KELAKAR
BAJU BARU DITEMUI MELAYANG
ADA BERAS DIBUANG DIBAKAR
BUAT HEBOH BERAS HILANG 

RAHIB TUNGGU DI TIANG PATAH
RUMAH BIRU CHAT KELABU
NAJIB TUNGGU TAMBAHAN TITAH
ROSMAH TUNGGU  DI TEPI PINTU

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI