KOMENTAR
kenapa nama azmin ali
tidak dicadang oleh pkr
tidak dicadang oleh pas
tidak dicadang oleh dap
untuk jadi mb selangor
memerlukan pencerahan?
sila tanya lebai google
tulis : azmin ali pj sentral
lebai google akan beri pencerahan
Audit dalaman PKNS gagal menyoal Azmin berhubung isu ...
www.themalaysianinsider.com/.../audit-dalaman-pkns-...Translate this page
Kerajaan Selangor Arah Tiga Exco Dapat Laporan ...
www.mstar.com.my/berita/berita.../projek-pj-sentral/Translate this page
Kes PJ Sentral: Dokumen Azmin perlu untuk siasatan ...
bm.selangorku.com/.../kes-pj-sentral-nama-azmin-dala...Translate this page
Surat terbuka meminta penjelasan Azmin Ali kerana gagal ...
www.malaysia-today.net/surat-terbuka-meminta-penje...Translate this page
PJ SENTRAL - AUDIT DALAMAN PKNS GAGAL SOAL AZMIN
tukargomen.blogspot.com/.../pj-sentral-audit-dalaman...Translate this page
Azmin disiasat berhubung projek PJ Sentral | MELANAU ...
www.melanaublogger.com/.../azmin-disiasat-berhubu...Translate this page
LIDAH
PENGARANG
krisis selangor masih belum selesai
apa yang jelas
khalid ibrahim telah dipecat
khalid ibrahim bukan lagi mb selangor
pkr dan dap
telah bersetuju menamakan
dr wan azizah presiden pkr
sebagai mb selangor yang baru
lalu timbul persoalan
kenapa satu nama sahaja
bagaimana dengan cadangan pas
yang ingin menamakan azmin ali
persoalan ini perlu pencerahan
justeru
untuk menerangkan duduk pekara
mari kita fahami kembali
kenapa khalid ibrahim dipecat
fakta membuktikan
khalid ada berhutang 70 juta ringgit
ini hutang khalid dengan bank islam
hutang ini telah digunakan
untuk dijadikan senjata peras ugut
khalid akhirnya bersetuju
dengan projek kidek
bersetuju dengan langat dua
bersetuju jual tanah selangor
kepada adik vincent tan
semua ini kerana ugutan hutang
kalau azmin ali dijadikan mb selangor
semua akan berulang sekali lagi
peras ugut akan bermula kembali
umum mengetahui bahawa
azmin ali yang terlibat
dalam kes projek pj sentral
kes projek pj sentral ini
macam hutang khalid
akan juga dijadikan senjata peras ugut
dokumen tentang projek pj sentral
ini jelas menunjukkan bagaimana
sehinnga bulan mei tahun ini
azmin ali masih mengelak dari
memberi jawapan penglibatan dirinya
dalam projek pj sentral
berulang-ulang kali
pihak berwajib kerajaan selangor
meminta azmin menerangkan bagaimana
saham 30% milik pkns lesap bagitu sahaja
kenapa azmin diminta memberi penerangan?
kerana azmin ahli lembaga pengarah pkns
hingga ke hari ini
azmin ali masih gagal menerangkan
apa yang telah terjadi hingga saham
pkns dalam projek pj sentral lupus
pj sentral ini hanya satu kes
yang boleh dijadikan senjata peras ugut
bagaimana pula duit duit yang dipungut
oleh azmin sebelum pru 13
azmin ketika itu ialah
pengarah pilihan raya pkr
berapa jumlah duit ini?
kemana ianya lesap?
mana laporannya?
ini juga senjata peras ugut
yang akan digunakan oleh
united malays national organisation
justeru pkr wajib memberitahu
parti pas tentang
siapa dia azmin ali ini
ketika pkr mahu memecat khalid ibrahim
tuan guru nik aziz telah meminta
pkr melalui setiausaha agong pkr
untuk menerangkan sebab musabab kenapa
khalid ibrahim wajib ditolak
maka penerangan yang sama
sebab musabab kenapa azmin ditolak
wajib juga diberi tahu kepada pas dan dap
parti pas dan dap
wajib diberi pencerahan
warga selangor
rakyat malaysia juga
wajib menerima pncerahan
NOTA
cabut punat bisul
sebelum meledak
---------