Rabu, 16 April 2014

ASAL USUL NEGARA INI


            
 SATU JEMPUTAN

NAMA ASAL TANAH MELAYU
Dah memang nama tempat ni Tanah Melayu....tapi nama tu dah tak digunakan lagi, diganti dengan semenanjung malaysia...sebab nak menjaga hati kaum lain dan orang2 sabah sarawak...apa salahnya nama dia Tanah Melayu?...kalau di Jepun, namanya Jepun atau Nippon...kalau di China, chinalah namanya...orang english pun namakan negerinya england....yang sebenarnya singapura tu dulunya sebahagian dari tanah melayu, sekarang sebahagian besarnya dah jadi milik bukan melayu.... 

tak adapun disebabkan nama Melayu tu, adanya diskriminasi kaum...yang ada diskriminasi kroni...ada ke semua Melayu kaya raya sebab nama dia Melayu?...kalau tak semua pun, ramai ke? sebenarnya orang melayu tak dapat apa2 pun daripada "hak istimewa" yang dilaung2kan...janganlah tertipu...yang ada hak istimewa kroni...kroni2 ni termasuklah lim liong sick...erik chia....ananda,....dan ramai lagi yang bukannya Melayu pon...!!! yang ada diskriminasi kaum, dilakukan terang2 oleh orang cina di syarikat2 milik cina...itupun Melayu on PEDIH HATI BUKAN BUMIPUTERA
Publish | Delete | Spam
abang taleb

on 4/12/14

------

OBAMA LAWAT MALAYSIA





 SAMPAI
 28/29 APRIL INI

NAjib dijangka guna lawatan Obama jual Malaysia, dan bawa masuk  Amerika

NEW YORK: Lawatan Presiden Amerika, Barack Obama ke Asia, termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina akhir bulan ini dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala dan serantau. 

Ketua Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Pasifik di Jabatan Negara Scot Marciel berkata: "Isu yang mungkin dibincangkan antara Presiden Obama dan  Najib termasuklah  cara terbaik untuk menjual Malaysia melalui hubungan perniagaan, Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan perdagangan dua hala."


Bekas Duta Besar Amerika di Indonesia itu menyatakan demikian kepada Tiewnama tentang lawatan Obama ke Malaysia - sesuatu yang dinanti-nantikan sejak sekian lama oleh Najib.  Obama mengetahu bahawa keadaan politik Najib yang terumbang ambing. Najib  sedang  mendapat tekanan dari luar dan dalam parti.  Ini membuakan Obama lebih senang untuk TTPA ditanda tangani oleh Malaysia.

Permerhati politik dalm dan luar negara juga menjangkan kehadiran Obama pasti akan memberi talian hayat. Malah lawatan 36 jam Obama ini akan digunakan oleh Najib untuk menunjukkan kapada musih politiknya bahawa dia mendapat sokong penuh dari Amerika.
TIEWNAMA 

JANGAN LUPA

KHAMIS 1 MEI 2014
--------

BALING 1974-2014




1974-2014
Add caption

BALING 1974


Kegagalan adalah Anak Buluh Betong yang tidak diketahui siapa ibu dan bapa.  Kejayaan  adalah ‘geng bang’ yang menjemput banyak sosok  yang akan mengaku ibu dan ayah. Kegagalan akhirnya akan  mati sunyi bersendirian. Manakala Kejayaan membawa banyak saudara mara, chulai, menantu dan besan dan  mereka berkenduri tak sudah sudah.  Inilah yang berlaku kepada Sejarah Baling 1974.

Ketika  Anwar Ibrahim ditampok kuasa, sebelum ditendang oleh  Anak Lelaki Iskandar Kutty, ada beratus puluh yang mengakui bersama Anwar untuk menjadi Arab brother in Malaysia dan pergi ke Baling. Ini kerana  diakhir ‘pengakuan’ bukan saja akan mendapat hadiah pink form – silap-silap dapat menjadi YB.

Ini amat berbeza ketika gelora REFORMASI turun ke jalan raya  pada tahun 1999. Bengolan Mat Pink Form dan Mat Arab Brother in Malaysia ini tidak pula turun ke jalan raya. Menikus takut hilang kerja  atau hilang pangkat. Walau pun pangkat  ini diterima kerana telah mengakui bersama Anwar di Baling. Jawatan kerja pun bukan kerana kelayakan tetapi kerana mengaku ada bersama demo ‘ Baling’.

Baling pekan kecil di wilayah utara Semenanjung ini memang bersejarah. Disini  dijalankan perundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng pada tahun 1955. Pada bulan November 1974 ada dua tunjuk perasaan besar di Baling. Puluhan ribu warga Baling keluar ke jalan raya berarak  menuntut keadilan dari Razak Hussein.  Empat puluh tahun kemudian - pada 6 April yang lalu telah diadakan satu Rapat Rakyat untuk mengingati kembali   sejarah Baling 1974. Kali ini yang menyusun Baling 2014 ialah Parti Pas.

Dalam tulisan  ini saya ingin merakamkan satu sudut pandangan tentang Baling 1974. Ini hanya pandangan dari kaca mata saya. Saya tidak berani mengatakan ini  adalah keseluruhan babak dan sejarah  Baling 1974.  Kawan-kawan yang lain wajib juga menulis sama untuk mengutarakan sudut pengalaman mereka pula. Mustahil  6 Orang Buta itu dapat memberi gambaran sebenarnya saekor gajah.

Ketika warga Baling keluar ke jalan raya  November 1974 , saya BELUM pernah sampai ke Baling. Saya hanya berjaya sampai ke Baling pada tahun 2006. Tetapi Babak Pertama/First Act hidup saya telah tersangkut kuat dengan Baling. Saya berkelana ke seluruh dunia selama 20 tahun sesudah berlakunya Baling 1974. Babak Kedua hidup saya adalah merantau. Ketika dalam peratauan saya terus disabitkan dengan Baling 1974.

Dari benua ke benua, dimana sahaja diberhenti dan bertemu warga Malaysia mereka akan bertanyakan Baling 1974. Pertanyaan sepontan ini  sebenarnya adalah tanda setiakawan. Tanda mereka menyokong apa yang telah berlaku di Baling pada tahun 1974.

Pada Bulan April 2014 ini adalah lucah, salah dan tidak jujur jika saya tidak merakamkan nama-nama pemimpin mahasiswa yang turut sama terlibat dalam Baling 1974.  Dari fakta sejarah  pemimpin PMUKM saperi Idris Jusi, Rahman Rukaini  dan Halim Arshad  terlibat sama. Pemimpin KSITM saperti Ibrahim Ali dan Darby memainkan peranan. Dari PMUSM Kamal Selamat atu Bung Selamat turut sama. Rahmatullah Khan dan Hasan Karim dari Kolej Pertanian Serdang. Ini termasuk pemimpin pelajar dari ITK ( Institute Teknoloji Kebangsaan) dan Politeknik Ungku Omar Ipoh – yang hingga ke hari ini sejarah gagal merakamkan nama-nama mereka. 

Diantara nama-nama  yang saya rakamkan disini ada nama yang menjijikan kerana keterlibatan mereka dalam organisasi rasis. Walau terlibat dalam Lembaga Rasis – ini tidak bermakna kita wajib melupakan peranan mereka dalam sejarah. Saya  tidak berlaku adil  kepada sejarah dan kepada diri saya sendiri jika saya mengenepikan nama Ibrahim Ali atau Idris Jusi. Mereka hadir pada tahun 1974. Mereka adalah  pemimpin pelajar pada ketika itu. Dari fakta sejarah mereka juga  ditahan dibawa ISA kerana terlibat dalam Baling 1974.

Sejarah  yang jujur akan merakam semua yang terlibat –  dari kiri dan  dari kanan. Justeru saya akan berlaku TIDAK jujur  jika saya mengatakan Si Anu dan Si Polan tidak bersama Baling 1974. Apa  yang  terus berligar dalam kepala saya hingga ke hari ini – siapakah ribuan mahasiswa  yang turun berdemo itu?  Dimana mereka sekarang? Apa yang telah dan sedang mereka lakukan? Hakikatnya sejarah  wajib  terus merayakan  ribuan  mahasiswa mahasiswi dari UM,  UKM, ITM, USM, ITK, Polyteknik Ungku Omar dan  pelajar yang lain yang turun sama  ke jalan raya pada Disember 1974.

Mustahil saya mengenali mereka semua. Mustahil saya mengingati nama-nama 8.000 orang ahli PMUM. Tapi wajah-wajah muda mereka tidak pernah luput dari ingatan. Wajah-wajah mahasiswa yang berdemo pada tahun 1974  telah saya  bawa  berkelana ke empat benua. Sama ada saya di Melbourne, Hong Kong, Karachi, Paris, Wavre atau Brixton wajah-wajah ini segar dalam ingatan. Ini kerana anak-anak muda 1974 inilah  yang memberikan keyakinan kepada roh saya bahawa apa yang sedang saya lakukan adalah tepat dan benar.

Justeru, ribuan  mahasiwa siswi yang  turun berdemo pada Disember 1974 wajib sama  dirayakan sebagai protoganis Baling  1974. Tanpa mereka  Ibrahim Ali, Kamrazaman Yacob, Adi Satria, Hamzah Kassim,Halim Arshad, Rahman Rukaini,  Idris Jusi, Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan dan tidak akan wujud. Juga wajib  sama dirayakan  oleh sejarah ialah puluhan ribu  warga   Warga  Miskin Desa  dari Sik, Baling, Tikam Batu dan wilyah  Utara Kedah yang telah turun ke jalan raya  berdemo pada November 1974.

Ketika demo pertama di Baling saya dan kawan-kawan di kampus Universiti  Malaya tidak mengetahui apa yang telah terjadi di Kedah. Pada bulan November 1974 kami sedang bercuti sebelum masuk penggal ketiga – Penggal Pepereksaan.

Pada ketika itu  bangunan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) telah dikunci, dipaku dan menjadi kawasan larangan. PMUM sebagai satu organisasi pelajar telah digantung. Ini adalah hasil dari tunjuk perasaan siswa UM  yang menyokong Gerakan Penduduk Miskin Kota di Tasik Utara pada 19 September 1974.

Kerana berdemo di Tasik Utara di Johor Bahru, kerana menyokong para Setinggan Tasek Utara saya bersama arwah Yunus Ali  telah ditahan dan dimasukan  ke penjara Air Molek selama 1 minggu. Beberapa hari kemudian penahanan bertambah lagi dengan masukanya  Khoo Su Wan dari UM dan  Chia Yong Tai mahasiswa dari Universiti Singapura bersama 3 warga Miskin Kota.  Ketika dalam penjara Air Molek saya adalah Setiausaha Agong PMUM Majlis ke-16 dan baru sahaja dilantik untuk menjadi Presiden PMUM Majlis ke-17.

Di Univeristi Malaya, ketika  kami  ditahan  telah  berlalu benterokan. Mahasiswa dan kepimpinan PMUM telah merampas dan mengambil alih Universiti Malaya.  Mereka merampas UM dengan tuntutan agar kami di Air Molek dibebaskan. Mengambil alih universiti adalah satu tindakan radikal yang menjadi trend mahasiswa pada ketika itu - dari  Berkeley, ke Oxford, ke Sorbbone  ke Adeleide hingga berjaya dilakukan di  Universiti Malaya.

Rampasan kuasa mahsiswa ini telah dipatahkan oleh kumpulan yang memanggil diri mereka MTN – Majlis Tertinggi Nasionalis. Sebenarnya dibelakang MTN ini ialah satu Lembaga rasis ala fascist  yang  muncul beroperasi untuk kali pertama di Universiti Malaya. Lembaga rasis ini diberi nama BTN – Biro Tata Negara. BTN ini adalah anak syarikat United Malays National Organisation. Organisasi  rasis BTN ini masih wujud hingga ke hari ini. Masih menjalankan program rasis.

MTN bersama BTN dengan cara ganas a la fasis telah menangkap pemimpin PMUM. Kekecohan yang disusun dan yang dirancang  ini telah membawa ketegangan. Suasana ini telah ‘menghalalkan’  penggantungan PMUM oleh pihak Universiti dan Kerajaan. Ini sebelum secara resmi diperkenalkan Pindaan AUKU 1974.

PMUM pada ketika itu adalah persatuan pelajar yang kedua terkaya sesudah Australian Union of Students. Dengan ahli seramai 8.000++ PMUM memungut yuran wajib sebanyak 24 ringgit seorang untuk setiap tahun. PMUM bergerak secara demokratik. Pemimpin dipileh melalui undian.

Selain dari dana yuran,  PMUM juga memiliki perniagaan – cafeteria, kedai gunting, kedai buku, bilik billiard, kantin dan  bilik tumpangan. PMUM juga memiliki empat buah bas, van, motosikal  dan kelengkapan mesin cetak. Bas PMUM berjalan disekitar PJ dan Kuala Lumpur memungut pelajar masuk dan pulang ke  kampus secara percuma.  Dengan dana yang lumayan PMUM juga mengeluarkan pinjaman kepada pelajar. Saya amat yakin ramai pelajar terutama  yang BUKAN BUMIPUTERA, yang sekarang menjadi ‘orang besar-besar’ telah mendapat dana pinjaman dari PMUM.

Saya memberi latar ini agar para pembaca dapat memahami suasana  gerakan pelajar pada ketika itu. PMUM yang tersusun rapi ini memiliki keupayaan – keintelektuan dan dana -  untuk menentang dan memperlekehkan  dasar anti rakyat ytang diajukan oleh  United Malays Natyional Organisation. PMUM dari segi sejarah sentiasa menyebelahi rakyat tertindas. Baling hanya salah satu dari sejarah PMUM bersama rakyat. (TT) -bersambung

 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45

----------

SEPUPU NAJIB TIPU LAGI






Telefon: Polis siasat dakwaan CNN

KUALA LUMPUR - Benarkah telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370, Fariq Ahmad Hamid dihidupkan dan dikesan di Pulau Pinang, seperti didakwa sumber dari Amerika Syarikat (AS)?

Pemangku Menteri Pengangkutan,  Hishammuddin  Hussein, apabila ditanya berkata, polis masih menyiasat perkara itu dan sebarang spekulasi mengenainya boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Saya tidak mahu komen selagi tiada pengesahan. (Kita perlu) memastikan keluarga yang di bawah siasatan tidak tersinggung dari segi emosi dan kedudukan mereka," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Katanya, polis dan agensi risikan antarabangsa sedang menyiasat dan maklumat (yang tidak tepat) akan jejaskan siasatan mereka.



M'sia minta agensi risikan abai 'maklumat bocor'Nigel Aw | 3:45PM Apr 15
Hishammuddin meminta pihak berkenaan tidak mengambil kira maklumat didakwa dibocorkan dari penyiasatan kes pesawat MH370.


KOMENTAR

woit.. tipu tipu tipu
tak ada cara lain
tipu tipu tipu

menang pru13 dengan jalan tipu
bunuh altantuya jalan tipu
komisen scorpene jalan tipu
rembat duit duit port klang tipu
buat mrt dcengan cara tipu
buat lebuh raya bagi kroni tipu

ini dah ramai mati
beratus mati
nak tipu lagi

tipu tipu tipu

justeru
tidak ada jalan lain
kita turun ke jalan raya
1 mei jam 2 petang
berhimpun dataran merdeka
---

MASANYA TELAH TIBA





ANAK MUDA
TURUN
JANGAN TAK TURUN

Langkah Reformasi 2.0 untuk tendang BN, baiki institusi Malaysia, kata Rafizi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial.
“Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur

KOMENTAR

tepat betul
tak perlu heh hoh heh hoh
tak perlu duk dak duk dak
tak perlu kuk kah kuk kah

united malays national organisation
wajib di gantikan dengan kerajaan baru

parti ketuanan melayu ini menag
pru13
dengan jalan tipu
52% rakyat telah memilih pakatan
tapi kerana penipuan kuasa
masih ditangan gerombolan

justeru

turun ke dataran merdeka
pada khamis 1 mei 2014 
jam 2:00 petang


----------

KENAPA JADI KANG KONG



UNITED MALAYS 
KANGKONG 
ORGANISATION

KENAPA KANG KONG 
DI PANGGIL KANG KONG
Sebenarnya Profesor Kang Kung tu bermaksud yang Profesor Kang Kung tu tidak mengguna daya kritis dan analitikalnya bagi mengupas sesuatu isu masyarakat yang besar. Profesor Kang Kung boleh dan mempunyai karyanya di jurnal berwasit namun apabila menantang sesuatu isu sosial atau masyarakat dia akan memihak kepada tindakan rejim /kerajaan yang zalim alias dia mahu mengampu/membodek/menyetujui tanpa malu tindakan berkenaan dan menurunkan alasan yang tidak masuk akal. 

Tetapi keadaan dah banyak berubah kerana kini ramai Profesor Kang Kung yang tidak mempunyai lagi karya di jurnal yang memerlukan endorsement dari rakan sepakaran, lantas kita boleh melihat bagaimana mereka menjilat dasar kerajaan yang zalim dan mereka pun tidak malu-malu lagi bersenyum sumbing apabila dipinta membodek kerajaan. Ingat ramai Profesor Kang Kung bersarang di IPTA dan lembaga NGO Melayu/Islam. 

Satu ciri kangkung mereka ialah apabila ditemuduga/temubual dalam bahasa Inggeris, mutu komunikasinya amat on SIAPA DIA KANG KONG INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/16/14

ANAK MUDA  
JANGAN LUPA
------

JANGAN BUAT FITNAH





KAH  

KAH KAH


JANGAN KUTUK AZMIN
Jangan kutuk Azmin. Aku kenal dia,dia sangat rapat dengan Anwar,manusia jujur dan baik hati.Anwar tak wujud tanpa adanya Azmin.Semua kena ingat Azmin adalah Anwar, dan Anwar adalah Azmin.Yang lain tak penting macam gerombolan United Malays No Otak tu.Boleh pi mampossss la parti celaka tu.Kah..kah..kah.. on BILA AZMIN NAK SAMAN?
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 4/15/14

--------

MACAM MANA BACA AKHBAR MALAYSIA






KOMENTAR

kilang terbakar hanya terbakar
tak bahaya

lori bawa bahan radio aktif terbalik
hanya terlingkup tak bahaya

inilah dia media malaysia

tapi rakyat makin sedar
cara membaca akhbar malaysia

Bomba sahkan tiada kebocoran radioaktif

KUALA LUMPUR 15 April - Bomba mengesahkan tiada sebarang kebocoran bahan radioaktif yang berlaku di kilang Synergy Health, Rawang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran hanya melibatkan kotak-kotak sarung tangan yang perlu melalui proses radiasi untuk memastikannya selamat digunakan. - UTUSAN MELOYO ONLINE



KAH KAH KAH

woit .... kah kah kah...
ingat macam mana
baca akhbar
di malaysia 
kah kah kah

--------

LAGI KES TIPU


TIADA SELIAAN KETAT DAN PERTANGGUNGJAWABAN DALAM GERAN MOSTI

Sementara sepenuh perhatian diberikan kepada projek-projek besar yang dikendalikan Umno/Barisan untuk memastikan ketirisan dan rasuah tidak berlaku, sejumlah dana yang besar telah dibelanjakan setiap tahun melalui geran-geran yang dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi (MOSTI).

Ekoran dari Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang memberi tumpuan kepada prestasi pengurusan Skim Jaminan Dana Pembiayaan Teknologi Hijau, saya telah mengambil langkah untuk menyemak prestasi dan seliaan yang terbabit ke atas geran-geran yang dikendalikan oleh MOSTI kerana ia melibatkan kementerian yang sama.

Hasil semakan ke atas laporan-laporan tahunan MOSTI, pewartaan dan berita, jumlah dana kerajaan seperti berikut telah diagihkan sebagai geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D):

§  Mengikut Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), RM1.7 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2006 hingga 2010 bagi tujuan R&D

§  Di antara tahun 2009 hingga 2013, sejumlah RM1.152 bilion telah dibelanjakan sebagai geran R&D iaitu sebanyak RM900 juta kepada Tabung STI (ScienceFund, Technofund, Innofund, Human Capital Development Fund), sebanyak RM246 juta kepada Tabung CRDF (Commercialization of R&D Fund) dan sebanyak RM6 juta kepada Tabung TAF (Technology Acquisition Fund)

Jumlah RM1.152 bilion bagi tempoh terkini bukanlah satu jumlah yang kecil. Jumlah ini sudah tentu menimbulkan kontroversi jika tidak memberikan pulangan yang sewajarnya bila mana kerajaan Barisan Nasional terus memotong subsidi untuk menjimatkan perbelanjaan, sedangkan jumlah yang dijimatkan itu dibelanjakan pula kepada geran-geran R&D seperti ini.

Semasa meluncurkan MOSTI Commercialisation Year 2014, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  Dr Ewon Ebin mengakui bahawa hanya 20 hasil kajian R&D yang dikomersilkan setiap tahun. Beliau juga mengakui kadar itu rendah dan mensasarkan supaya ia ditingkatkan 3 kali ganda iaitu 60 hasil kajian yang dikomersilkan setiap tahun.

Kenyataan menteri itu membayangkan bahawa walaupun kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion dalam tempoh 5 tahun, hanya 20 hasil kajian R&D yang berjaya dikomersilkan setiap tahun. Ini adalah satu jumlah pengkomersilan yang cukup rendah jika dibandingkan dengan jumlah dana awam yang dibelanjakan kerajaan.

Ia menimbulkan persoalan – ke manakah sebenarnya dana ini digunakan? Benarkah ia digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengkomersilan R&D atau ia digunakan bagi tujuan-tujuan lain?

Dalam dua minggu ini, saya akan mendedahkan beberapa penyalahgunaan dana R&D MOSTI yang menunjukkan bagaimana dana awam digunakan bagi tujuan selain dari R&D. Ia juga akan menunjukkan bagaimana kaedah geran (memberi wang tanpa perlu dibayar balik) digunakan sewenang-wenangnya untuk membantu individu tertentu sedangkan rakyat biasa berdepan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, apatah lagi geran.

Malah, salah satu dari keputusan yang memberi geran MOSTI pada jumlah yang sangat besar dan menimbulkan tanda tanya melibatkan campur tangan Najib Razak sendiri.

Pendedahan-pendedahan ini saya harap dapat membuka mata rakyat agar kaedah pemberian geran dan peruntukan dana yang berbilion ringgit yang tidak telus dikaji kembali dalam keadaan rakyat menghadapi kesukaran harga barang naik kerana potongan subsidi.

Sidang media yang seterusnya adalah pada hari Jumaat, 18 Mei jam 10 pagi mengenai penyalahgunaan dana MOSTI.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

15 April 2014


---------