Rabu, 21 Oktober 2020

POLITIK JALAN RAYA PENENTU NEGARA


POLITIK JALAN RAYA

SEBELUM KE

PILIHAN RAYA

DARURAT ?

 



DARURAT ?

SAPA DARURAT

NAJIB KE ZAHID?

AMIN


Boleh isytihar darurat

 walau bubar Parlimen,

 kata pengkaji

DARURAT masih boleh diisytiharkan untuk menangani Covid-19 walaupun pada ketika perdana menteri tidak lagi berkuasa akibat undi tidak percaya di Parlimen, kata pengkaji perlembagaan.

Pensyarah Universiti Malaysia Pahang Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata baginda berhak berbuat demikian sekiranya sesuatu ancaman tersebut benar-benar membahayakan.

“Agong boleh isytihar darurat di bawah Perkara 150(1) (Perlembagaan Persekutuan) jika ancaman besar itu telah wujud.

“Atau di bawah Per 150(2) jika ancaman besar itu belum benar-benar wujud tetapi baginda berpuas hati akan bahaya ancaman itu,” kata pensyarah di Fakulti Pengurusan Industri itu.

Pendukung jurisprudens watan itu berkata demikian bagi menjelaskan keadaan yang akan berlaku sekiranya perdana menter tidak menguasai majoriti apabila Parlimen bersidang pada November.

Persidangan tersebut penting untuk membentangkan Belanjawan 2021 dan meluluskan perbelanjaan darurat yang dibuat dalam tindakan menangani pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.

Oleh itu dalam keadaan darurat tersebut, Agong berkuasa menitahkan agar perbelanjaan diluluskan untuk keperluan yang mendesak, kata profesor madya tersebut.

“Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan yang dijadual dalam bulan November masih boleh dibuat jika Parlimen bersidang.

“Dalam keadaan Parlimen tidak boleh bersidang akibat keadaan darurat, adalah menjadi sah untuk Yang di-Pertuan Agong membuat ordinan bagi meluluskan perbelanjaan jika wujud keperluan segera dan mustahak.”

Jelas beliau ordinan itu merupakan undang-undang yang tidak mematuhi perlembagaan yang boleh dibuat oleh baginda atau Parlimen.

Ordinan itu untuk “menangani ancaman terhadap keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam negara”, kata Wan Ahmad.

Tambahnya, langkah itu diperuntukkan dalam perlembagaan apabila berlaku darurat yang ditakrifkan apabila baginda berpuas hati dengan bahaya sesuatu ancaman.

Katanya baginda perlu berpuas hati bahawa ancaman ke atas keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam sudahpun atau akan berlaku.

Ancaman itu pula tidak dapat ditangani undang-undang atau mekanisme pemerintahan sedia ada, kata beliau selanjutnya.

Dalam keadaan itu, baginda bertanggungjawab membuat perisytiharan darurat melalui ordinans yang boleh dibentangkan di Parlimen atau dimasyhurkan, kata beliau.

Tegasnya, baginda masih berkuasa mengisytihar darurat walaupun selepas Parlimen dibubarkan sekiranya Muhyiddin Yassin tidak memperolehi majoriti.

Dalam keadaan itu, Agong boleh berbuat demikian selepas Muhyiddin memohon untuk membubarkan Dewan Rakyat.

“Agong juga mempunyai prerogatif untuk isytihar darurat selepas Parlimen dibubarkan jika berlaku keadaan Muhyiddin tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan atas permintaannya Agong memperkenankan pembubaran Parlimen.”

“Jika keadaan itu berlaku, satu Kabinet sementara akan dibentuk selaras dengan Perkara 43 (2) dalam perlembagaan,” kata beliau.

Jelasnya, pentadbiran dengan Kabinet sementara itu boleh diadakan untuk mengelak pilihan raya umum diadakan bagi mengelak jangkitan Covid-19 terus merebak sewaktu pandemik.

Dalam masa itu, baginda boleh mendapat nasihat jemaah menteri tersebut Majlis Raja-Raja dan badan seperti Majlis Keselamatan Negara untuk membuat keputusan seperti ordinan darurat.

“Keadaan di atas dilihat boleh berlaku untuk elakkan PRU dilaksanakan semasa wabak Covid-19,” katanya.

Beliau mengulas senario tersebut yang mungkin berlaku memandangkan kedudukan Muhyiddin tidak stabil ekoran ancaman Umno untuk menarik sokongan ke atas kerajaan.

Beberapa parti dan gabungan utama dalam struktur kerajaan kini masih belum mencapai sepakat untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda pentadbiran Muhyiddin.

Mesyuarat parti yang sepatutnya berlangsung dalam tempoh beberapa hari lalu ditangguhkan ekoran peningkatan semula kes Covid-19 ke tahap membimbangkan. – 21 Oktober, 2020.
 

SEMUA BERPUNCA 

DARI 

GILA NAK JADI PM 

 AMIN 

KERAJAAN PH RUTUH 

 AMIN

 KINI  NAK DARURAT

AMIN

Add caption


USULPERCATA PADA MUHYIDDIN

 


TAK DAPAT BUTA

UNDI TAK CAYA

BUAT UNDI CAYA

AMIN

SENANG CERITA



Tiba masanya 

ahli Parlimen kerajaan 

bawa usul percaya PM

KEDUDUKAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam persimpangan selepas Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti meyakinkan pada 23 September 2020.

Beberapa ahli Parlimen telah menghantar usul undi tidak percaya kepada perdana menteri susulan ketempangan Muhyiddin menguruskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), khususnya sikap Jemaah Menteri PN yang cuai sehingga berlaku gelombang kedua Covid-19.

Undi tidak percaya bukanlah satu perkara baharu. Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin. Usul tersebut telah diletakkan di nombor 27 dalam kertas Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020 dan ia tidak pernah dibahaskan sehingga hari ini. 

Persoalannya, apakah signifikan ahli Parlimen pembangkang menghantar usul undi tidak percaya sekiranya ia tidak dapat diputuskan oleh Parlimen? Apakah kerajaan PN berani menyokong usul ini untuk dibahaskan?

Ahli Parlimen kerajaan perlu mulakan dahulu

Hakikatnya, undi tidak percaya kepada perdana menteri tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia. Sudah menjadi amalan Parlimen Malaysia bahawa usul ahli Parlimen pembangkang sukar untuk dibahaskan di Parlimen. Walaupun ketua pembangkang membawa undi tidak percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat, tetapi ia  tidak menjamin usul tersebut akan dibahaskan. 

Ini pernah berlaku pada 5 November 2015, usul undi tidak percaya kepada Najib Razak yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang waktu itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya diterima Speaker Dewan Rakyat sebagai usul nombor 31 dalam kertas Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Tetapi, undian tersebut tidak pernah berlaku.

Bagi mengatasi limitasi ini, bukankah lebih baik ahli Parlimen yang menyokong (backbencher) kerajaan PN membawa usul undi percaya kepada perdana menteri?

Undi percaya terhadap perdana menteri pernah berlaku pada tahun 1976 apabila Dewan Rakyat mengemukakan usul undi percaya kepada Hussein Onn yang baru mengambil alih jawatan perdana menteri selepas Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan pernah menyatakan bahawa PAS akan membawa usul undi percaya bagi menunjukkan kepada perdana menteri pada sidang Parlimen 13 Julai yang lalu. Ini bukti undi percaya lebih mudah dan pragmatik untuk menguji sokongan terhadap perdana menteri kerana ia dibawa pihak kerajaan.

Usul undi percaya daripada ahli Parlimen kerajaan amat berkesan berbanding pembangkang. Desakan mereka akan memberi tekanan langsung kepada perdana menteri dan Jemaah Menteri di Parlimen.

Jika Jemaah Menteri gagal membawa usul undi percaya di Parlimen, maka risiko perdana menteri hilang sokongan agak tinggi dan boleh menyebabkan kerajaan akan tumbang atau pilihan raya akan diadakan secepat yang mungkin.

Dalam perkara ini, Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC) yang dipengerusikan Shahidan Kassim, perlu mendesak perdana menteri bersetuju untuk membawa undi percaya bagi membuktikan sokongan Parlimen terhadap kerajaan PN.  Langkah ini wajar kerana terdapat beberapa ahli Parlimen yang menyokong PN juga telah mengkritik pentadbiran Muhyiddin Yassin, khususnya ahli Parlimen Umno.

Pada 13 Oktober 2020, Biro Politik Majlis Tertinggi Umno membuat pertimbangan menarik diri daripada PN dan akan memberi syarat baharu kepada perdana menteri jika ingin mengekalkan sokongan Umno kepada PN. 

Malangnya, hanya seorang ahli Parlimen kerajaan yang menghantar usul undi tidak percaya, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Tindakan ini amat mengecewakan kerana ahli Parlimen kerajaan, termasuk ahli Parlimen Umno yang agak lantang dengan perdana menteri, lebih menekankan rundingan dan tawar-menawar politik berbanding hadir ke Parlimen bagi membuktikan Muhyiddin masih mempunyai sokongan.

Jika separuh daripada 113 orang ahli Parlimen kerajaan PN mendesak agar undi percaya ini dikemukakan oleh Jemaah Menteri di Dewan Rakyat, tentunya ia akan mengikat perdana menteri untuk tunduk dengan permintaan tersebut atau kerajaan akan tumbang.

Menjadi penentu kerajaan bertaggungjawab

Sekiranya Muhyiddin survive dalam undi percaya, beliau tidak boleh cepat selesa kerana terdapat cara lain untuk ahli Parlimen menunjukkan undi tidak percaya kepada perdana menteri, seperti undian menolak Belanjawan 2021 dan Rang Undang-Undang yang akan dibentang oleh kerajaan.

Hakikatnya, ahli Parlimen penyokong kerajaan perlu mengalami fasa perubahan dalam sistem demokrasi Malaysia. Daripada sebuah blok ahli Parlimen yang sentiasa dikawal dan menjadi pak turut kepada Jemaah Menteri kepada ahli Parlimen kerajaan yang lantang dan kritikal kepada pemimpin untuk memastikan kerajaan lebih bertanggungjawab.

Ahli Parlimen kerajaan juga perlu terbuka dan mendesak perdana menteri membuktikan sokongan di Parlimen, bukan lari dan hanya memainkan polemik politik kurang matang. Mereka ini sebenarnya yang menjadi penentu kestabilan kerajaan di Parlimen.

Tidak salah sekiranya ahli Parlimen penyokong kerajaan memberi sokongan kepada perdana menteri sekiranya kerajaan benar-benar meyakinkan. Tetapi, jika kerajaan disokong gagal dalam menguruskan negara, maka mereka perlu menjadi “rotan” (Whip) untuk menghukum Jemaah Menteri yang diketuai perdana menteri.

Faktanya, undi percaya selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan dan Parlimen seharusnya diberikan ruang untuk menentukan kedudukan kerajaan PN. Ahli Parlimen menyokong kerajaan dan Jemaah Menteri perlu mempertimbangkan undi percaya ini bagi mengakhiri kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Realitinya, ketika pemimpin politik sedang mencatur langkah siapa yang mendapat angka dan bakal perdana menteri, rakyat pula sudah merasa kurang senang dan kecewa dengan kemelut politik Malaysia yang kian berpanjangan.

Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang mempunyai legitemasi dan mandat yang kukuh di Parlimen bagi menempuh era krisis Covid-19 yang sedang kritikal dan ekonomi rakyat yang hampir tenat. – 20 Oktober, 2020.

*Fakhrurrazi Rashid adalah koordinator penyelidik Research for Social Advancement (Refsa).


MUHYIDIN

WAJIB BUKITKAN

OPPS...

BUKTIKAN 

DIA ADA

SOKONGAN

AMIN



ANAK MUDA KE JALAN RAYA

 


ANAK MUDA

TURUN KE JALAN RAYA

panglimo potaseh commented on 

"ANAK MUDA BANGUN MENENTANG FEUDAL"

Bila pateek ningok Siam melawan Raja mereke pateek raso nak tokontut kontut ..apo tak eay kek senia pateek ado sopuloh nak di bolo ..orang ngobaan yang sopuloh ni lah benteng torakhir Molayu ..ontah ..


Unknown commented on 

"ANAK MUDA BANGUN MENENTANG FEUDAL"

orang luar thailand terhegeh-hegeh demo di bangkok, ada warga hk...ada juga warga malaysia...


underBear commented on 

"ANAK MUDA BANGUN MENENTANG FEUDAL"

Wei. Komen la sikit pasai indonesia... Kan anak muda tengah turun ke jalan raya tu...

TIM MR

 



TIM MR

Unknown commented on

 "LAGI MENAKUTKAN"

Lantik madey interim lagi sekali. Darurat PKP. Atuk boleh tukar bateri,pak syeikh boleh cari anak ikan baru, dedi cok mi boleh pegi meminang ijah. Moro extend sampai lepas depavali. Tapi tt mana reti beli kereta,tak tahu moro moro tu apa.




Unknown commented on 

"LAGI MENAKUTKAN"

Yea.. berita baik. Muhyiddin akan selamat. Muidin lebih bijak dari Madey dan Ku Li combined.

MUSTAHIL DAPAT BERSATU

 


MUSTAHIL 

DAPAT BERSATU

panglimo potaseh commented on

 "GEROMBOLAN KEMBALI BERKUASA?"

Umno vs Bersatu vs PKR+DAP ..Melayu pocah tigo lwn Cino ..Lu tau ke Melayu dalam Malaya ni ado 60% jo ..kahkahkah. Lord Of The Ring pun tau BERSATU bila nak perang dgn SARUMAN ..

POLITIKUS NAK KAYA

 




POLITIKUS

 NAK KAYA

Ricesaffron@gmail.com commented on 

"JANGAN TERLAJAK"

Tt betul ke org politik berjasa? Setahu kita mana ada org politik sekarang berjasa, bukan kerja free semua DI bayar gaji besar dan berbagai kemudahan free lagi yg mereka dapat dari peluh rakyat kemudian mereka menyamun,(bukan semua tapi hampir semua), adoiiiyaiiiiii mana ada org politik berjasa,, lagi lagi org melayu kata JANGAN LUPA JASA mereka,,, adalah org politik merempat? Tengok rumah kereta jam tangan bini2 dan anak2 mereka, ada ke org politik masuk kampung atau pergi Parliament atau hotel2 cari makan mengunakan kereta Austin Cambridge,kancil, saga, Datsun 120y ,Honda c70 ? 


Semua kaya raya klu tak menyamun atau samun komisen atau samun kuasa dari mana datang hasil? Ramai juga org gaji besar tapi tak kaya kenapa.? Yg berjasa adalah rakyat yg kerja sendiri usaha sendiri guna titik peluh sendiri Tampa mengunakan hak kerajaan atau kemudahan kerajaan kemudian di minta bayar LHDN atau di pow oleh LHDN,, suka atau tidak akhirnya kena bayar dan duit itu sedikit sebanyak 000.000000000.1sen akan DI beri pd penyamun politik.... sudah sudahlah dgn mitos jasa org politik

LAGI MENAKUTKAN

 


TAKUT LAGI

MENAKUTKAN

AMIN


Tiba masanya 

ahli Parlimen kerajaan

 bawa usul percaya PM



JENG JENG JENG

INI MAKIN

SIRAYUS

AMIN

MAKIN SIRAYUS

 


JENG JENG JENG


Boleh isytihar darurat

 walau bubar Parlimen,

 kata pengkaji


MAKIN

SIRAYUS

AMIN

ANAK MUDA BANGUN MENENTANG FEUDAL




ANAK MUDA BAGUN MELAWAN KAUM

RAJA DAN  FEUDAL

AWAS BAHAYA CHINA MERAH

 

AWAS 

BAHAYA BESAR

CHINA MERAH




Individu ditahan SPRM dipercayai ejen sindiket 

penipuan China – Polis

KUALA LUMPUR – Dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram baru-baru ini dipercayai merupakan koordinator atau ejen kepada sindiket penipuan dari China yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

Menurut siasatan polis, kedua-dua lelaki itu, termasuk yang melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM pada 11 Okt lepas, berperanan sebagai penyelaras yang menyediakan kemudahan kediaman serta pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi kepada warga China yang diupah oleh sindiket untuk memperdaya rakyat senegara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman  Huzir Mohamed turut menafikan dakwaan seorang daripada suspek yang ditahan itu akan dibebaskan.

Lelaki itu kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu dan usaha mengesan suspek yang melarikan diri juga giat dijalankan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Huzir menjelaskan perkara itu ketika ditanya mengenai rakaman perbualan telefon yang tular sejak minggu lepas, kononnya suspek bergelar “Datuk” akan dilepaskan dengan mudah disebabkan mempunyai hubungan dengan pemimpin politik.

Mendedahkan modus operandi sidiket terbabit, beliau berkata pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam, judi dalam talian dan pembelian barang dengan menyasarkan warga China di negara berkenaan.

Pada 11 Okt lalu, media melaporkan seorang suspek utama sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan melibatkan selebriti tanah air, meloloskan diri daripada ditahan polis dengan memanjat pagar SPRM menerusi bantuan dua pengawal peribadinya.

Huzir berkata tiga suspek yang ditahan sebelum ini selepas dibebaskan SPRM bagi membantu siasatan kes perjudian Macau Scam, kini ditahan menurut Seksyen 4(1)(a) POCA 1959 selama 21 hari hingga 3 Nov ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.


EJEN CHINA MERAH

SEDANG BERGERAK

AWAS 

TANAH MELAYU

AKAN DIJAJAH

UNTUK JADI 

PROVINSI

DUSUN DURIAN

CHINA MERAH

AMIN







GEROMBOLAN KEMBALI BERKUASA?

 



GEROMBOLAN

 KEMBALI 

BERKUASA ?

KAH KAH KAH



Umno mampu 

menang pilihan raya

 tanpa Bersatu, 

kata penganalisis


UMNO dijangka mampu menang pilihan raya umum akan datang tanpa Bersatu disebabkan sokongan rakyat kepada parti Melayu itu sudah pulih, kata penganalisis.

Pemerhati politik berpendapat, Umno berupaya bergerak sendiri untuk meraih sokongan apabila tidak lagi dibebani skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjerut leher mereka.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata, masalah sebaliknya akan dihadapi Bersatu kerana perlu bertanding di kerusi sama dikehendaki Umno.

“Umno boleh menang dan dapat kuasa kalau pilihan raya umum lagi. Umno boleh bersendirian, Umno sudah pulih dari segi sokongan, kalau bersama PAS lagilah kuat, mereka boleh menang.

“Masalahnya Bersatu kerana mereka nak kerusi Umno, kedua-dua mereka berebut kerusi yang sama,” kata Mazlan.

DENGAN SYARAT

NAJIB ZAHID

TIM MAHKAMAH

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH











CHINA MERAH OLIGAKI FASIS


CHINA MERAH

OLIGAKI FASIS

Unknown commented on 

"PENJAJAH BARU

 LEBIH RAKUS LEBIH GANAS"

Bukan kapitalis, bukan lagi komunis. Bukan juga sosialis. Tapi oligarchy fasist. Ia bila kumpulan elit mula bahagi bahagikan kek kekayaan macam budak2 gemuk rampas dan bahagikan makanan budak2 miskin kurus. Beriman pada kapitalis,bertopeng sosialis, menyusup dibalik setiakawan komunis

BAHAYA CHINA MERAH

 



BAHAYA 

AJEN CHINA MERAH

DAH MASUK

Individu ditahan SPRM dipercayai ejen sindiket penipuan China – Polis


AWAS 

RASUAH

LENDIR DADAH

SEMUA AKAN 

SAMPAI DARI

CHINA MERAH

AMIN

KG CONGO MULA BERSUARA

 




KAMPONG CONGO

MULA BERSUARA

Unknown commented on 

"SUARA KAMPONG CONGO"

Pak Husam hisap apa? Anwar naik, mandat kembali rakyat? Lancau mancau! Cibai kibai! Masa gwa undi Pakatan Harapan, Anwar tengah merengkok dalam penjara, main "drop the soap". Ahli Pakatan Harapan tungkus lumus kempen. Anwar tak buat apa pun. Apa hak nak jadi perdana menteri? Gwa undi PH + atok, bukan Anwar. Pak Husam jangan merepek!

GEROMBOLAN MAKIN HEBAT

 



MAKIN HEBAT

Umno mampu 

menang pilihan raya

 tanpa Bersatu, 

kata penganalisis


BETUL KE 

BOLEH MENANG

KAH KAH KAH

BONTOT BERKENDURI

 



BONTOT KENDURI

panglimo potaseh commented on 

"GEMPAQ LEBIH"

Beari Laki ada Kovik ..kok tak Abam dah jadi PM ..satu Melaya kenduri bontot ..kahkahkah.

AMANAH SATENGAH SEDAR

 



AMANAH MASIH ADA

BELUM SEDAR



Unknown commented on 

"GUAN ENG DAP DAH SEDAR"

Amanah ni dah sedor ke blom? Bongok la tak kenal maner ulor maner kaki putor

HUSAM KAMPONG CONGO

 


HUSAM DARI

KAMPONG CONGO

Unknown commented on 

"SUARA DARI KAMPONG CONGO"

Husam nak jadi calon PKR Bandar Congo ke kah kah

Unknown commented on

 "SUARA KAMPONG CONGO"

pecah berita..!! husam ditawar bertanding di gombak

SYED SADIQ MAZLEE DAH SEDAR

 



MAZLEE SYED SADIQ

UDAH SEDAR 

Unknown commented on 

"GUAN ENG DAP DAH SEDAR"

Syed Sadiq dan Dr Mazlee pun dah sedar juga. Bukan kah itu kebenaran atau kebenaran itu berpilih2. Khalut

BERKHALWAT MASUK KE HARI 218

 




KHALWAT KE 218

HARI INI RABU 21/10/2020
KITA MASUK KE HARI 218
BERKHALWAT

DUNIA DUA KALI GAWAT
SERANGAN KOBID
 EKONOMI ROSAK

KITA 3 KALI GAWAT
SERANGAN KOBID
 EKONOMI ROSAK
DAN 
POLITIKUS TAK SUDAH SUDAH
NAK REBUT KUASA

PAGI INI HOKKIEN BERKABUS
KUALA LUMPUR BERKABUS
 HUJAN MALAM
MEMBAWA KABUS PAGI

PALING ENJOY DE MENJOY
CENGKERIK
BERLAGU TAK SUDAH SUDAH

KITA WAJIB BERTENANG
BILA NAK MELAWAN HARIMAU

KEBENARAN 
PALING BERHARGA
WALAU PUN BERTAHUN
KITA MENCARI

ADA ABANG 
MASUK KE HUTAN
TAPI TAK JUMPA KAYU API

WALAU PUN KITA
TAHU BANYAK PEKARA
JANGAN LUPA UNTUK BERTANYA
PADA SOSOK YANG HANYA TAHU
SATU PEKARA

TAK LENGKAP 
HANYA BELAJAR MENUNGGANG
TAPI  TAK BELAJAR CARA JATUH

WALAU PUN 
DARI MUSUH
KITA JUGA BOLEH BELAJAR

RAHSIA UNTUK
HIDUP LAMA IALAH
MAKAN SATENGAH
BERJALAN DUA KALI
KETAWA TIGA KALI
DAN JATUH CINTA
BERKALI KALI
TAK DAPAT DIUKUR

GALI PERIGI DULU
SEBELUM KITA DAHAGA

JIKA HANG BUKAN PEMBAWA
SEBAHAGIAN DARI PENYELESAIAN
MAKA HANG MESTI
SEBAHAGIAN DARI 
PEMBAWA MASAALAH

DENGAR BUNYI ANGIN
YANG SEDANG BERCAKAP
DENGAR BUNYI SEPI
YANG SEDANG BERSUARA
DENGAR SUARA HATI
DIA TAHU

MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT