Rabu, 30 Jun 2010
APA TERJADI DI PEJABAT SUARA KEADILAN
INI BERLAKU DI SHAH ALAM PEJABAT SUARA KEADILAN PETANG RABU INI
Persatuan MBSKT telah menghantar memorandum.
Kemudian mereka membakar akhbar Suara Keadilan.
dihadapan pejabat Suara Keadilan.
Kementerian Dalam Negeri masih lagi bermesyuarat
tentang lesen/permit Suara Keadilan.
Bila berita ini ditulis belum ada apa-apa keputusan dari KDN.
Setelah selesai menyampaikan memo.
Satelah selesai membakar Suara Keadlian
Akhli MBSKT menuju ke bas kerana ada nasi bungkus kah kah kah
nota:
MBSKT = mamat bangang suka kena tipu
mbskt ini adalah satu ngo yang bergantung dan diikat
tegoh dengan baju t dan nasi bungkus kah kah kah
TEKA TEKI PETANG RABU
TEKA TEKI - TAIK MATA BUAT INTI
SIAPA BOLEH BERI JAWAPAN ?
apa dia
fat fat short short
round round fat fat
fat fat dark dark
dark dark doh doh
kah kah kah
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - TERKINI ! TERNOW !!
JAM 3.02 PETANG
Dilaporkan bahawa ada satu kumpulan warga Felda
akan datang untuk menghantar memo
kepada Suara Kaedilan.
Orang-orang Felda ini dari persatuan MBSKT
dikatakabn membantah keras laporan Suara Keadilan
yang melaporkan Felda telah jatuh muflis.
nota:
MBSKT : mat bangang suka kena tipu
KES GEROMBOLAN POLIS DI PEJABAT SUARA KEADILAN - JAM 2.59
Wartwan dan pekerja grafik Suara Keadilan
masih dakam bangunan bilik pejabat.
Mereka tidak dapat keluar.
Di luar pejabat Suara Keadilan wartawan
dan pelbagai media telah mula sampai.
Tetapi Tukar Tiub masih pemecah berita kah kah kah
GEROMBOLAN POLIS BERKELIARAN
Menurut berita dari Saudara Najib Sub Editor Suara Keadilan:
gerombolan gerombolan polis kelihatan beligar -ligar di hadapan
pejabat Suara Keadilan di Shah Alam.
Pejabat Suara Keadilan ini sama dengan bangunan dengan pejabat
Parti Keadilan Selangor.
Di hadapan stadium Shah Alam juga telah mula kelihtan
ramai gerombolan polis berligar ligar.
Suara Keadilan adalah akhbar lidah resmi Parti Keadilan Rakyat.
Akhbar ini telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri
berikutan dengan satu laporan dimana Felda telah diritakan
jatuh muflis.
Lapoarn polis telah dibuat ke atas Suara Keadilan.
Petang ini adalah mesyuarat sidang pengarang Suara Keadilan
untuk membuat lidah pengarang.
Petang ini juga KDN sedang membincangkan kes lesen/permit
Suara Keadilan.
(berita lanjut menyusul)
TANGKAP ! TANGKAP TAIB MAHMUD
HARTA ROMPAKAN TAIB MAHMUD DI CANADA
RUMAH KELUARGA TAIB MAHMUD DI CANADA
RUMAH DAYAK KENA TIPU DI SERAWAK
DAKWAAN EMPAYAR RM3 BILION – ADUAN SPRM DIBUAT - mkini
Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Taib Mahmud.
Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.
Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.
Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.
nota:
TANGKAP ! TANGKAP ! TANGKAP TAIB MAHMUD
adalah slogan yang wajib digunakan untuk
pilihanraya serawak. slogan ini menjamin kemenangan!
nota:
untuk mereka yang sering membuat laporan polis atau
membuat laporan kepada sprm ingatlah:
MELAKUKAN SESUATU YANG SAMA
BERULANG ULANG KALI DAN BERHARAP
AKAN LAHIR SATU KELAINAN ADA KERJA ORANG GILA !!! kah kah kah
MALAM ESOK DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA - BERLABON
BERLABON MELABON DAN BERGEBANG
AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA '60AN
Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium KLSCAH, Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)
Pelabon: Fahmi Reza (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka & penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum bila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah AUKU kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.
Tetapi ramai yang sudah lupa bahawa suatu ketika dahulu pada zaman '60an, zaman sebelum AUKU, mahasiswa berada di barisan hadapan perjuangan politik menuntut hak mahasiswa dan mempertahankan hak asasi rakyat.
FAHMI REZA akan menyingkap semula sejarah disebalik penggubalan AUKU pada tahun 1971 yang lahir sebagai tindakbalas kerajaan terhadap kebangkitan gerakan mahasiswa di kampus Universiti Malaya pada penghujung tahun '60an.
MASUK PERCUMA!
Public lecture ini adalah siri pertama dari "AUKU Public Lecture Series" anjuran KLSCAH Youth, DEMA dan Malaysiakini.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-22746645 (Miss Loo)
MADEY BODOHKAN MELAYU
INGAT TAK SIAPA NAMA BEROK INI? NAMA DIA SABARUDDIN LAAA - LUPA KE?
BETUL TAK MADEY TIPU MELAYU
Ini buktinya:
KES SATU: Ketika Razali Ismail jadi Setiausaha kepada Pertubuhan Bangsa Bangas Bersatu tahun 1997 dahulu Malaysia bukan main heboh. Media rancak dengan cerita kejayaan Malaysia diterima dunia. Berita muncul saban hari seolah olah Setiausaha PBB ini sama setaraf dengan Setiausaha Agung PBB.
KES DUA: Ketika SUKOM diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dahulu bukan main gila lagi propaganda Madey. Seolah-olah ini adalah sukan yang setaraf dengan Sukan Olympik. Keris berselirat disana sini. Heboh macam nak rak.
JAWAB SOALAN INI :
Sekarang sila tanya siapakah dia Setiausha PPB pada hari ini ?
Sekarang cuba tanya di mana SUKOM terakhir diadakan ?
Jika jawapan pertama tak tahu – maka ketika Razali Ismail menjadi Setiausha PBB - tak ada siapa dalam dunia yang tahu. Hanya Malaysia heboh syok sendiri.
Jika jawapan kedua juga tak tahu – maka bermakna ketika SUKOM 98 berlangsung di Kuala Lumpur tak ada siapa pun ambil pot. Hanya media Malaysia saje yang gila sakan.
nota:
tahukan para pembaca bagaimana orang melayu
telah kena tipu?
sampai sekarang laporan kewangan sukom98
masih belum dibentangkan di parlimen.
dari zaman hishamuddin ke azalina
ke sabri ismail ke sabri berbuih mulut
semua berjanji akan bentangkan laporan
satu habuk tak ada.
siapa pengarah sukom98?
tidak lain dan tidak bukan abang ipar madey sendiri.
berapa juta lingkup? hanya guru nanak saja yang tahu kah kah kah
di negara kapir laknat dimana warganya makan babi dan minum arak pekara seperti ini tidak akan berlaku. ini hanya berlaku di negara melayu islam kah kah kah
nota:
mana dia zul nordin pejuang islam kita
sudah kah semboh dari bisulnya kah kah kah
KAUM BURUH BAGUN MELAWAN!
KAUM BURUH SETIAKAWAN YANG BERKEKALAN
PEKERJA KTMB CADANG PIKET PADA 7 DAN 21 JULAI – mkini
Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) akan berpiket pada petang 7 Julai ini untuk membantah rancangan perkhidmatan tren elektrik (ETS) diuruskan oleh anak syarikat baru, selain mendesak presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan meletak jawatan.
Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata, jika Aminuddin enggan melepaskan jawatan, Kementerian Kewangan hendaklah menilainya melalui petunjuk prestasi utama (KPI) sepanjang tempoh 11 bulan beliau menerajui KTMB.
Seramai 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam di perkarangan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin di sini, manakala satu lagi piket di 10 cawangan di seluruh negara akan diadakan pada 21 Julai, katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Razak berkata kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota dan keputusan berpiket merupakan tindakan awal membantah pelaksanaan ETS di bawah anak syarikat.
KAH KAH KAH..
woit… INI BERITA PALING BAIK… kah kah kah..
woit… TUNJUKAN SETIAKAWAN DENGAN KAUM BURUH DI GREEK…. kah kah kah..
kah kah kah… DALAM KRISIS KAPITALISMA… YANG DI TEKAN ADALAH KAUM PEKERJA… kah kah kah..
woit… KAUM BURUH SELURUH DUNIA TELAH MULA BANGUN SEKALI LAGI…kah kah kah..
woit... DI EROPAH.. KAUM BURUH DI GREEK TELAH MEMULAKAN PERLAWANAN..kah kah kah..
woit… PIKET DAN MOGOK ADALAH BUDAYA KAUM BURUH… kah kah kah...
kah kah kah… KE JALAN RAYA BERDEMO ADALAH BUDAYA ANAK SEMUA BANGSA… kah kah kah…
kah kah kah… KEMBANG KAN BUDAYA PIKET DAN MOGOK… kah kah kah…
kah kah kah…. SAMBUT DENGAN DEMO….kah kah kah..
kah kah kah… SEMUA INI ADALAH KIMIA UNTUK MENGHALAU GEROMBOLAN…kah kah kah…
MANA PERGINYA KASSIM BABA?
TERIMA KASEH RONALAD REAGAN KERANA INTERNET
SAHIDAN NAFI PERDAYA ULAMA MASUK UMNO -melayau
Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang “ulama” untuk menyertai UMNO tanpa pengetahuan mereka.
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan UMNO kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah "ulama", sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO isteri Rosmah baru-baru ini.
"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat UMNO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai UMNO itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan isteri Rosmah.
"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan isteri Rosmah dan saya terpaksa akur,” kata beliau.
KAH KAH KAH…
woit…INI KESAH DI BELAKANG TABIR…. kah kah kah…
kah kah kah…. INI KESAH KASSIM BABA DAN 40 ORANG PENYAMUN…. kah kah kah..
kah kah kah…. RUPA RUPA NYA ADA YANG SEDAR… MEREKA KENA KELENTONG…kah kah kah..
woit… MALAON SHAHIDAN INI NAK KELENTONG APA?.... kah kah kah..
woit… BETUL…. 40 ORANG PENYAMUN INI BERIA –RIA SANGAT NAK CIUM TANGAN ISTERI ROSMAH .... kah kah kah..
ABDUL WAHAB NAFI SERTAI UMNO
Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.
Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.
Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Najib Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
“Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.
“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.
Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.
Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.
“Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang,” katanya.
“Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. -SH
KAH KAH KAH
woit.. TERBONGENG !!! … kah kah kah..
nota:
gerombolan kurang sedar tentang dunia siber
10 tahun dahulu mereka boleh menipu dengan rtm dan akhbar mereka
sekarang tak mungkin. berita akan ditapis dan dinilai. berita akan
dilawan dan dibogelkan. ini dia dunia siber.
terima kaseh kepada arwah ronald reagan
yang menghadiahkan internet kepada dunia setelah tamat
nya perang dingin.
internet membuka dunia baru
hegemoni daulah pecah dengan wujudnya internet.
hanya yang bebal terlupa bahawa dunia telah berubah kah kah kah.
RAHSIA RACUN ARSENIK 1998 TERBONGKAR
AKHIRNYA TERBONGKAR JUGA RAHSIA RACUN ARSENIK
SUKARELAWAN KE GAZA DAKWA DIRACUN ARSENIK OLEH TENTERA ZIONIS- melayau
Sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Zionis setelah flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.
Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.
"Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif.
KAH KAH KAH..
woit… MACAM PERNAH DENGAR CERITA ZIONIS BUBUH RACUN ARSENIK INI… kah kah kah,,
kah kah kah… BARU INGAT… RUPA RUPA NYA TRIK RACUN ARSENIK INI DATANG DARI ZIONIS…. kah kah kah..
woit… PATUT LAAA TAHUN 1998 DAHULU…ANWAR KENA ARSENIK…. kah kah kah...
woit.... ARSENIK INI RANCANGAN ZIONIS TEMPATAN.... kah kah kah
woit… SEKARANG BARU TAHU SIAPA TUAN GURU ARSENIK INI…. kah kah ah..
Langgan:
Catatan (Atom)