Rabu, 1 Mei 2024

WAJIB TONTON - KESEDARAN MELAYU MEI 1969

 

WAJIB TONTON

KESEDARAN MELAYU

MEI 1969

KHALAS

KERETA KEBAL ZIONIS DI BEDIL HEZBOLLAH


KERETA KEBAL

 ZIONIS

DI BEDIL

 HEZBOLLAH

AMIN

TURUN TURUN KE JALAN RAYA


TURUN TURUN

TURUN 

KE JALAN RAYA

KHALAS

KASINO - MAHADANI TERUS MENANGKAP



Kerajaan dibidas selepas pesawah didakwa di sebalik gesaan PM bersihkan nama dalam laporan kasino


Kumpulan hak asasi manusia Suaram berkata siri penangkapan sejak beberapa hari kebelakangan ini menjurus kepada satu bentuk pemburuan ke atas mereka yang mengkritik kerajaan, ketika gesaan semakin kedengaran supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim membersihkan namanya selepas laporan yang mendakwa beliau membincangkan cadangan mendirikan kasino kedua Malaysia bersama dua taikun.

Dalam tangkapan terbaru, pesawah Azman Md Yusof, 45, didakwa di bawah Akta Hasutan atas komennya dalam sebuah grup WhatsApp yang memetik laporan Bloomberg minggu lalu.

Laporan tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial, bersama sindiran terhadap kerajaan Anwar yang diberi nama jolokan "Kasinon", diubah daripada "Madanon", istilah digunakan penyokong pembangkang untuk slogan "Madani".

Azman dituduh menghina Yang di-Pertuan Agong, yang turut disebut dalam laporan Bloomberg, dalam satu hantaran di grup WhatsApp bernama "Khariah Pmtg Sungai Dua".

Bapa kepada empat orang anak itu dibenarkan ikat jamin RM6,500, dan mahkamah mengarahkan grup WhatsApp itu dipadamkan.

"Ini adalah pemburuan semata-mata bertujuan memadam wacana yang mencemarkan nama kerajaan di mata orang ramai," kata pengarah eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy.

Beliau berkata "penyasaran sistematik" rakyat biasa hanya akan mendorong orang ramai berasa takut untuk bersuara, sambil menambah kerajaan ketika ini meneruskan taktik yang pernah digunakan oleh pentadbiran sebelum ini.

"Hentikan segera tindakan tak masuk akal ini dan kami ulang, mansuhkan Akta Hasutan," tambahnya.

Dakwaan ke atas pesawah itu dilakukan ketika dua aktivis terkenal, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, turut ditangkap.

Semalam, Badrul didakwa atas tuduhan menghasut berkait kontroversi kasino itu, sejurus selepas dihadapkan satu lagi pertuduhan berhubung ucapannya di luar Istana Negara awal tahun ini.

Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, Bloomberg berkata Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City.

"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih di "peringkat awal".

Ketika ditanya pemberita, Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut. 

Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".

Ia disusuli penafian daripada Berjaya dan Genting Berhad, kedua-duanya syarikat yang terlibat dalam industri perjudian tempatan.

Bagaimanapun, gesaan semakin meningkat agar Anwar membersihkan namanya, seperti mana tindakan pemimpin PKR itu sebelum ini yang memfailkan saman fitnah terhadap pengkritiknya.

Peguam Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan Anwar kerana meminta pihak lain yang disebut dalam laporan itu mengambil tindakan.

Menurutnya, walaupun laporan itu memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin Islam, ia mungkin meningkatkan kredibiliti dua ahli perniagaan berkenaan kerana mereka tidak menganggap amalan judi sebagai dosa, di samping syarikat mereka terlibat dengan industri perjudian tempatan.

"Tapi yang jatuh maruah adalah dia (Anwar). Memang kena ambil tindakan (undang-undang). Bagi saya tidak ada alasan sebab pertama dia kata laporan itu palsu dan kedua dia nyatakan siapa yang dinamakan kena ambil tindakan. Dialah tu!" Haniff memberitahu MalaysiaNow.

Pandangan serupa diutarakan Pengerusi Bersatu Selangor Mohamed Azmin Ali, yang berkata ia berbeza daripada tindakan Anwar terhadap pengkritik lain termasuk pemimpin politik.

"Itu yang jadi persoalan umum di kalangan rakyat, kalau parti-parti politik ditekan dengan begitu keras, mengapa dengan Bloomberg, dia tidak berani ambil tindakan?" kata bekas timbalan presiden PKR itu kepada MalaysiaNow.

"Mengapa suruh syarikat-syarikat yang dikaitkan sahaja sedangkan nama besar yang dikaitkan adalah perdana menteri?"


UNTUK TUTUP

KOTE MAHADANI

TERUS MENANGKAP

SAPA SAJA YG

BEERTANYA TENTANG

KASINO DI JOHOR

AMIN

APAKAH INI

BERMAKNA KASINO

INI AKAN DI BUKA?

AMIN

KALAU TAK NGAPA

RAKYAT DI GANASI

AMIN

WALHAL AJENSI

BLOOMBERG

TIDAK DI SAMAN

AMIN

KALAU BLOOMBERG

TAK DI SAMAN

APAKAH BERITA

LAPORAN AJENSI

INI BETUL TEPAT

AMIN

KHALAS

TERUSKAN KEMPEN BOIKOT



QSR Brands sahkan tutup sementara 108 cawangan KFC


QSR Brands (M) Holdings Bhd yang merupakan pemegang francais Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia mengesahkan penuntupan sementara 108 cawangan rangkaian makanan segera itu, seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, QSR Brands berkata langkah tersebut diambil sebagai tindak balas terhadap situasi ekonomi yang mencabar ketika ini.

Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau sebelum ini melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC di seluruh negara telah ditutup buat sementara waktu.

“Pekerja dari cawangan yang terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai yang beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perdagangan dengan penglibatan pelanggan yang lebih tinggi.

“Menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia, memelihara kecintaan jenama terhadap KFC dan melindungi pekerja jenama itu semuanya menjadi keutamaan kepada organisasi,” kata QSR Brands.

Ia juga berkata fokus syarikat itu tetap kepada memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan.

“QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

“Kami amat percaya rakyat akan mengiktiraf latar belakang Malaysia kami, keikhlasan kami dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia,” katanya.

QSR Brands ialah syarikat tempatan dimiliki oleh usahawan Malaysia yang mengendalikan perniagaan 850 restoran francais KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, juga lebih 480 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. – 30 April, 2024.
 

INI BUKTI

BOIKOT BERJAYA

AMIN

INI TANDA

KESEDARAN

MELAYU ISLAM

AMIN

INI TANDA SETIA

KEPADA 

PERJUANGAN

PALESTIN

AMIN

INI TANDA MELAYU

DAH BIJAK GUNA

KUASA BELIM

AMIN

KHALAS

UCAPAN HARI BURUH DARI MAT SABU


UCAPAN

 HARI BURUH

DARI MAT SABU


Hari ini seluruh negara menyambut Hari Pekerja. Cuti umum ini dapat dimanfaatkan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Namun ada di antara kita yang perlu bertugas demi melaksanakan amanah yang diberikan termasuklah mereka yang terlibat dalam bidang pertanian.

Petani, Peladang, Penternak dan Nelayan masih bekerja keras tanpa mengira siang dan malam menyediakan sumber makanan kepada seluruh rakyat di negara ini. Komitmen yang tinggi dari mereka selama ini telah membantu memastikan sumber makanan negara sentiasa mencukupi dan berada di tahap yang terbaik.

Buat semua yang terlibat dalam pertanian, genggamlah amanah ini dan laksanakanlah sepenuh jiwa demi membina impian generasi MADANI.

Berbanggalah wahai petani, senyumlah wahai nelayan, kuatkanlah diri wahai penternak dan kuatkanlah azam wahai peladang. 

Jasamu pada pertiwi untuk meningkatkan ekonomi MADANI demi warga Malaysia yang tersayang akan sentiasa diingati dan dihargai.

Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua. Komitmen yang tidak berbelah bahagi dari anda semua adalah kebanggaan negara.

Mohamad bin Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

BIJAK AMAT BIJAK


MULA MULA

AWAL WAHID ANWAR 
DI PANGGIL  ABANG NO
KAH KAH KAH

ABANG NON KLIM
NEGARA INI NEGARA MADANI
TAPI RAKYAT PANGGIL MADANON
KAH KAH KAH
BIJAK SUNGGUH BIJAK

BILA   BLOOMBERG
LAPOR BERITA KERAJAAN  MADANON
NAK BUKA KASINO DI JOHOR
RAKYAT PANGGGIL 
KASINO INI
 KASINON

KITA ADA GENTING
KITA AKAN  ADA KASINON
BIJAK CUKUP BIJAK

INILAH KEKUATAN
INTERNET
INILAH KEKUATAN MEDIA SOSIAL
TERIMA KASIH RONALD REAGAN
AMIN 
KHALAS

GENCATAN SENJATA ?


GENCATAN SENJATA?

AMIN

TER KINI TER NOWW


TERKINI 

TERNOWW

GERAKAN DEMO PELAJAR
SOKONG PALESTIN
ANTI ISRAEL
KINI MEREBAK 
KE UNTED INGDOM
AMIN


COVID-19 PROJEK BUAT DUIT


COVID-19 

PROJEK SYARIKAT

UBAT BUAT DUIT

KHALAS


Unknown commented on 
"COVID-19 PROJEK 
KONTROL DUNIA"

Kenapa gomen sonyap yooo.... Tak bebunyi skit pon walo tekencitt....semuo org sihat walafiat kooo lepas injek beksin kobid...? Hahahaha.. lawann zionis tempatannn!!!!

ADA APA 7 MEI ?



ADA APA

HARI SELASA

7 MEI 2O24

JENG JENG JENG

KHALAS

ADA APA 4 MEI ?


PADA 4 MEI 2024

ADA DEMO

LAWAN AMERIKA

AMIN



DUIT JAMIN CIK GU BARD DARI DERMA ORANG RAMAI


DUIT JAMIN

CIK GU BARD

DARI DERMA

ORANG RAMAI

KHALAS

GOLD N GINCU - INI SURAT KADIR JASIN


 Pesanan Kebimbangan

 dari pena 

Sdr A Kadir Jasin 


Media sosial penyamarata mutakhir 

1. Akhir-akhir ini, nampak semakin banyak pengguna media sosial disiasat, ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman. 

2. Itu pun, apabila sekumpulan wartawan veteran dan penerbit akhbar membawa kebimbangan mereka ke pengetahuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), ada pihak yang mempersendakan mereka sebagai "Eight Big Brothers". Sikap "dismissive" anggota kerajaan dan pegawai media mereka adalah antara punca ketegangan di antara Kerajaan Madani dan penggerak demokrasi. 

3. Di kalangan penggiat media sosial yang sedang menjadi buruan pihak berkuasa, ada yang dikenali ramai sebagai pengkritik kerajaan, khususnya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, tetapi ada juga pengguna kasual yang membuat kenyataan rambang tanpa berfikir panjang dan tanpa pengetahuan telah terjebak sehingga dihukum penjara setahun dan didenda RM20,000. 

4. Memandangkan kesungguhan dan kekerapan pihak berkuasa menggunakan undang-undang ke atas pengguna media sosial maka adalah penting bagi mereka memahami undang-undang, khususnya yang berkaitan agama, kaum dan raja. Memburukkan lagi keadaan, ada pengguna media sosial sendiri menjadi gunting dalam lipatan dengan mengadu kepada polis dan SKMM. 

5. Mereka kena tahu had kebebasan bersuara dan undang-undang yang berkaitan dengannya, terutama sekali Akta Hasutan, serta toleransi kerajaan. Ingatlah, semua pengguna media sosial tertakluk kepada undang-undang jenayah seperti Akta Hasutan dan kepada undang-undang sivil seperti fitnah bertulis (libel) dan lisan (slander). 

6. Kalau mereka ulas mengenai isu-isu sensitif, misalnya 3R, dengan menggunakan fakta sahih dan secara berhemah serta mengamalkan hak menjawab (right of reply), mereka boleh mengurangkan risiko dikenakan tindakan undang-undang. 

7. Kebenaran (truth), ulasan yang saksama (fair comment), kepentingan awam (public interest) dan hak menjawab (right of reply) adalah pelindungan dan pembelaan yang kukuh terhadap fitnah bertulis (libel) dan lisan (slander). 

8. Fahami juga "rule of the game" - hukum-hakam - media sosial ini. Apabila seseorang, tidak kira insan totok tanpa darjat atau raja yang bersemayam di atas takhta, mencemar kaki turun ke gelanggang media sosial, semuanya menjadi sama rata. Justeru itu mereka mestilah bersedia menerima buruk dan baiknya. 

9. Penulis Amerika, Amy Jo Martin berkata: "Social media is the ultimate equalizer. It gives a voice and a platform to anyone willing to engage." (Media sosial adalah penyamarata mutakhir. Ia memberi suara dan gelanggang kepada sesiapa saja yang bersedia berbahas). 

10. Jadi, marilah kita berbahas dengan saksama. Janganlah orang biasa diintip dan dihukum tetapi yang bernama dan ternama diberikan perlindungan. 

11. Semua yang terbabit kena faham iaitu, tidak seperti kaedah komunikasi arus perdana yang ada perantara (pegawai media, pemberita dan pengarang), media sosial adalah terus antara tuan punya akaun dengan khalayak (audience). Jadi kenalah bersedia menerima reaksi baik dan buruk seperti kata ungkapan Inggeris, "warts and all". 

Sekian. Terima kasih

GAZA - GENCATAN SENJATA ?



Presiden AS bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menghubungi pemimpin Qatar dan Mesir mengenai cadangan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Biden yang menghubungi kedua-dua pemimpin secara berasingan, berbincang dengan Emir Qatar Tamim Bin Hamad al-Thani dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengenai perjanjian baharu itu untuk menjamin pembebasan tahanan serta gencatan senjata segera dan berterusan di Gaza, lapor Agensi Anadolu memetik Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya, menurut kenyataan itu.

Para pemimpin juga mengkaji inisiatif berterusan untuk meningkatkan aliran bantuan menyelamatkan nyawa orang awam di Gaza, katanya.

Panggilan telefon itu dibuat selepas Mesir mengesahkan pada Isnin bahawa terdapat cadangan baharu untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang disekat.

“Terdapat cadangan baharu untuk dikemukakan bagi mencapai gencatan senjata di Gaza,” kata Menteri Luar Sameh Shoukry semasa mesyuarat Forum Ekonomi Sedunia di Arab Saudi.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas sedang berlangsung di Kaherah dan Doha bertujuan mencapai perjanjian yang termasuk pertukaran tahanan, iaitu tawanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan rakyat Palestin dari penjara Israel.

Hampir 34,500 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 77,600 yang lain cedera menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan sejak Israel melancarkan serangan kejam ke atas wilayah Palestin pada 7 Okt tahun lepas.

Perang Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah, menurut PBB.

Rejim itu dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang pada Januari lepas mengeluarkan keputusan interim mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – BERNAMA-ANADOLU

BIDEN NAK

GENCATAN 

SENJATA

AMIN

SENTIMEN

ANTI ISRAEL SDG

MENGAMPUH

AMIN

PELAJAR SEDANG

BANGUN MELAWAN

AMIN

BULAN NOV PRU

PRESIDEN

AMIN

SILAP DASAR

BIDEN KALAH

TRUMP MENANG

KHALAS

UNTUK RAKYAT MALAYSIA


UNTUK RAKYAT

MALAYSIA

AMIN

PELIR KERAS APA JADI ?



PELIR KERAS

APA JADI

AMIN

Unknown commented on 
"A & W DAH TUTUP KE ?"

Semua cerita tutup padam dilupa jangan ungkit balik jangan ulang sejarah lama, orang sudah pegang kuasa, kereta boleh sampai depan rumah, banyak tukang angkut sekarang berleluasa mencari naungan, kesetiaan boleh dibeli dengan jawatan pangkat pingat woit, orang kita boleh cium tangan boleh cium kaki kalau nak sesuatu, jangan sebarkan berita tidak benar kah kah kah melainkan yang benar saja amin

KETUA AGAMA DAN KASINO ? MUSTAHIL !!!


KETUA AGAMA

DAN KASINO

AMIN

MUSTAHIL

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "KASINO KERAJAAN MADANI - 
SAMAN BLOOMBERG"

Heee...heee ketua yang jaga agama pun tumpang sekaki nakkan kasino. Kasihannya umat islam di Malaysia ni!!!!

HARI BURUH SEDUNIA


HARI BURUH

SEDUNIA

RABU 1 MEI 2024
HARI BURUH SEDUNIA
SEJARAH BERMULA
TAHUN 1886 DI AMERIKA
BURUH BERHIMPUN
MENUNTUT 8  JAM KERJA

HARI PERJUANGAN INI
DI PANGGIL
MAY DAY
LABOUR DAY
WOKERS DAY
KINI DI RAYAKAN
DI SELURUH DUNIA

SEBANYAK 160 NEGARA
DI ASIA AFRIKA DAN AMERIKA LATIN
SAMBUT  HARI BURUH 1 MEI
DENGAN CUTI UMUM

DI MALAYSIA
HARI BURUH DISAMBUT
DENGAN CUTI UMUM

AMERIKA TIDAK SAMBUT
HARI BURUH
KERANA DI ANGGAP
INI BUDAYA KIRI

FRANCE
AKAN MELARANG KANAK KANAK
MENGGUNAKAN TALIPON BIMBIT
SEHINGGA MEREKA 
BERUMUR 13 TAHUN

PULAU CANARY  SEPANYOL
SERAMAI 50 PENDATANG HARAM
MATI LEMAS DALAM
PERJALANAN PERAHU
MENUJU PULAU CANARY
DARI SENEGAL

MALI
ABU HUZAIFA 
KOMANDER ISIS
MATI DTEMBAK
OLEH  SOLDADU MALI

AMERIKA
TRUMP MENGAMUK
MAHKAMAH LARANG DIA
BERCAKAP HAL KES 
BAYAR PELACUR TUTUP MULUTI

UK
SEORANG MAMAT PENDATANG HARAM
DI TERBANGKAN KE KAGALI RAWADA
KES PERTAMA MENGAHALAU
PENDATANG HARAM DARI MASUK
KE UNITED KINGDOM

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR MANJA
LANGIT BIRU MUDA

JALAN MERAH BERDEBU
DAH KERING 
KL & KL SENTRAL
BERJEREBU

HARI INI AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM AKAN SEJUK
DAN SANA SINI
 JEM GILA
KERANA HARI CUTI UMUM

BRO
SENYUM
SENYUM
DI HARI BURUH

BRO
JANGAN  MENGHAKIM SESIAPA
BERDASARKAN KAUM 
KELUARGA

BRO
JANGAN BERTENGKAR
DI MEJA MAKAN
KECUALI LU TAK LAPAR

BRO
BILA TERIMA HADIAH
MELALU POS
JANGAN LUPA
ANTA SURAT TERIMA KASIH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MEMBURUH