Rabu, 3 Ogos 2022

PERANG BELUM PECAH LAGI !!!



PERANG BELUM 

PECAH

AMIN

BAHAYA MASIH

WUJUD

AMIN

SAP TAHU NAMA RESTORAN INI ?



Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

GEORGE TOWN – Bukan saja ruang makanan pelanggan dipenuhi najis tikus, malah hampir keseluruhan ruang premis tersebut.

Itu keadaan sebuah restoran nasi kandar terkenal dengan masakan mi goreng di Tanjung Bungah di sini yang diberikan notis penutupan sementara susulan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Lebih meloyakan najis tikus itu ditemui berhampiran dengan cucur yang baru siap disediakan pekerja restoran terbabit sebagai bahan dalam penyediaan mi goreng terbabit.

Najis tikus ditemui berhampiran bahan masakan mi goreng.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pelesenan MBPP, M. Bawani berkata, operasi ini  merupakan kali ketiga restoran nasi kandar itu diarahkan tutup atas faktor gagal mematuhi tahap kebersihanan yang ditetapkan.

“Nasihat, amaran serta kompaun telah diberikan terhadap pemilik restoran menerusi pemeriksaan berkala yang dilakukan MBPP sejak awal tahun namun tiada sebarang penambahbaikan dibuat.

“Sehubungan itu, hari ini kita lakukan penutupan premis susulan banya amaran serta kompaun telah dikenakan terhadap pemilik premis ini namun mereka dilihat masih degil.

“Bukan saja najis tikus ditemui di hampir keseluruhan premis malah keadaan lantai dapur memasak juga menjijikkan selain perkakasan berkarat ditempatkan berhampiran bahan masakan,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini.

Restoran nasi kandar yang telah beroperasi hampir 40 tahun itu adalah antara empat premis makanan yang diarah tutup selama 14 hari mengikut Undang-Undang Kecil Establishment Makanan 1991.

Kata Bawani, pemeriksaan di premis nasi campur serta restoran nasi daun pisang di Jalan Utama di sini, mendapati tikus dan lipas berkeliaran di bahagian dapur memasak serta tandas.

“Restoran nasi daun pisang itu sudah lebih lima kali dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan berhubung kebersihan namun masih tidak menunjukkan perubahan.

“Manakala pemeriksaan di premis makanan nasi campur pula membawa kepada penemuan puluhan anak lipas di tempat penyimpanan cili kisar,” ujar beliau.

Perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik.

Tambah beliau, pemeriksaan terhadap semua premis pada hari ini mendapati pemiliknya tidak melakukan kerja kawalan serangga sehingga menyebabkan urungan nyamuk, tikus dan lipas.

“Selain perangkap minyak yang tidak sempurna didapati ada pengendali makanan tidak mengambil suntikan typoid,” kata Bawani.

 

WOIT

ORANG PENANG

ATAU SAPA SAJA

AMIN

MINTA TOLONG

AMBIL GAMBAR &

BERI TAHU NAMA

KEDAI PUKEE

RAHAH INI

AMIN

KHALAS

KATAK GAGAL SELAMATKAN DIRI


Mahkamah putuskan undang-undang antilompat parti P Pinang sah

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan undang-undang antilompat parti kerajaan negeri Pulau Pinang adalah berperlembagaan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Perkara 14A perlembagaan negeri tidak terbatal kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Pada pandangan kami, responden (Dewan Perundangan Negeri) berhak menggubal undang-undang untuk menentukan kelayakan keahlian,” katanya hari ini.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan seseorang Adun hendaklah mengosongkan kerusinya jika dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, beliau menyertai parti politik lain.

DUN dan speakernya mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan negeri Pulau Pinang adalah terbatal kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.

Ini selepas empat Adun Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) memfailkan tiga writ saman pada 2020 terhadap DUN dan speakernya untuk mencabar usul diperkenalkan pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil yang akan diadakan.

Zulkifli dan Afif dipecat daripada PKR pada 2020 manakala Khaliq dan Zolkifly adalah ahli Bersatu.

Minggu lalu, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang antilompat parti melalui undi belah bahagian dengan majoriti lebih dua pertiga.

Speaker Azhar Azizan Harun berkata 209 ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu manakala 11 tidak hadir. – 3 Ogos, 2022.


 KAH KAH KAH

WOIT

KATAK KATAK

CUBA SELAMAT

DIRI

KAH KAH KAH

TAPI GAGAL

MELESET

 AMIN

TAHNIAH PENANG 

LEBIH AWAL 

DARI FEDERAL

KHALAS

SABRI 114 GANTI NAMA


DARI HARI INI

SABRI 114

DIISTIHAR JADI 

SABRI BLURRBERRY

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS



yusoferman commented on 

"NANCY POLOSI JUMPA 

SABRI BURBERRY"


jangan ejek pm kita dgn mail burberry, dia ada hak, duit dan menantu nya fesyen designer. sebut btol2, mail blurberry plisss

ISLAM MELAYU BODOH & RASUAH


ISLAM MELAYU

BODOH & RASUAH

AMIN

KHALAS



panglimo potaseh commented on 

"GAWAI MENCABAR ISLAM?"

Islam kok kuat dan benar ngapa kita kono pinggirkang Islam dari igama dan budaya lain ..mau takoot apo bossku. Kok Islam tu kuat dan benar jam ni lah kita masok dalam igama dan budaya kapir yg lain dan tarik dan tunjukan marika yang Islam ini real dan benar ..ni tidak kita pulok yg lari dan pinggirkang Islang yg hanya ontok Molayu yg terkenal bodoh dan rasuah itu. Mungking kita takot kok omputih, cino atau dayak masok Islam ..mako Islam itu akan kurang Arab nye, maka itu biznis para TaT yg suka punggut sumbang ooop ..sumbangan dan jual memacam doa akan KANTOI ..tuckbEEr ..

KACAK BERGAYA OTAK BERJELAGA


KACAK BERGAYA

SAYANG

OTAK BERJELAGA

KAH KAH KAH

KHALAS

cikminah commented on 

"TERKINI TER HOTT TER NOWW"

Ter HOT, ternow!!! Rishi Kunak, Kebangkitan seorang pahlawan! Ada kemungkinan England bakal menerima seorang Perdana Menteri keturunan dari negara yang pernah dijajahnya bagi menganti Boris Johnson.

 Hensem gila, mengalahkan Rishi Kapor atau pun Shah Rukh Khan! Ini baru betul pahlawan yang boleh dibanggakan, walupun dia mungkin dikalahkan oleh seorang perempuan Inggris. Tetapi dia sudah hampir bejaya menjajah England. Ini baru betul demokrasi, tiada rasis. Mat Melayu, bila lagi...? Kahkahkah..!!!

HALAU MUNKEE DULU

 

HALAU MUNKEE

DARI JADI MENTERI

AMIN

KHALAS


Unknown commented on 

"BERUK LIHAT BERUK BUAT"

Sokong pendapat TT! Tapi Bahasa Melayu sekarang dah ada ramai beruk, bukan saja "precinct", bahkan dah jadi Bahasa Inggeris celup ataupun Bahasa Kelakar! Contohnya, dalam lapuran akhbar internet berikut ... https://www.malaysiakini.com/news/630544 ... sila terangkan perkataan Bahasa Melayu berikut ... 1. pemfailan 2. aset 3. injuksi 4. eksibit 5. bafi Kalau nak orang lain terima Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, kena halau beruk-beruk dulu .... kahkahkah!!!

RUMAH DALAM LAUT




 RUMAH TEPI LAUT

JADI

RUMAH DALAM LAUT

AMIN 

SUL TANAH LAMA


SUL TANAH

LAMA DAH LOHE

AMIN

KHALAS


Amier The Hero commented on 

"DENGAR SUARA ALAM"

TT.. sey maleh nak layan cito politik malaysia ni, mcm hampeh. Sey nak tanyo TT ajo, Kelantan dah ado Sultanah baru ko? Hehehehe..

AMERIKA PENCETUS PERANG


AMERIKA USA

PENCETUS PERANG

DISANA SINI

AMIN

Unknown commented on 

"DENGAR SUARA ALAM"

Apalah TT! Itu video asal neraka atas bumi. Tak heran ada kebakaran secara besaran. Mahluk-mahluk yang berasal dari tempat itu dah beratus tahun cetus peperangan, kemusnahan, kematian seluruh dunia.

APA CHINA MERAH AKAN LAKUKAN KE ATAS TAIWAN ?



 APA CHINA MERAH

AKAN LAKUKAN

KE ATAS TAIWAN ?

AMIN 

KHALAS

CREME DE LA CREME


Crème 

De La Crème


Bila minggu orientasi selesai aku mula menyesuaikan diri dengan gaya  hidup baru di MCKK. Bukan susah untuk mengenap dan mengikut rentak baru ini. Buka mata, buka telinga dan ikut.  Aku yang tidak pernah memiliki jam tangan mendengar  loceng untuk jadi panduan waktu.

Pelajar baru dari untuk Tingkatan Empat telah juga selesai di orientasi bersama.

Kelas bermula.  Dalam kelas pelajar baru  dan lama  makin intim berkenalan. Bertanya  itu dan ini. Kampung di mana dan sekolah di mana.

Dalam kelas aku – Tingkatan Enam Bawah -  ada yang masuk ke MCKK  dari Tingkatan Satu.

Ada yang masuk dari Tingkatan Empat dan  ada yang masuk dari Tingkatan Enam – seperti aku. Mereka natives  kami imigran.  Kami inilah pendatang baru yang wajib mengenal MCKK.

Warga asal  dari Tingkatan Satu telah rapat bersetia kawan. Mereka  ada dongeng dan labun – ada riwayat dan sejarah yang kami pendatang baru tidak tahu. Ada kesah  ini dan kesah itu – kesah gelap dan kesah terang , babak dan watak-watak hanya mereka sahaja yang tahu.

Lawak dan cerita ceriti mereka pendatang baru tidak tahu. Kami boleh dengar tapi tak faham ‘punch-line’ nya. 

Kami  semua telah melintasi 18 tahun.  Malah  Tingkatan Enam ini juga di kenali sebagai Pra-Universiti.  Ini bermakna kami sedang masuk ke  zaman muda remaja. Zaman menanggalkan kelongsong zaman kanak-kanak. Zaman aku mandi telanjang atas jambatan  di tepi jalan - bila kereta lalu terjun ke dalam sungai. Dua tangan menutup kangkang untuk menyorokkan punai.

Aku perlahan-lahan cuba mengenap. Tapi bila loceng petang berbunyi aku menjadi tidak selesa. Kawan-kawan dari Dorm Twenty ajak aku berjemaah. Sembahyang Maghrib berjemaah ini satu perkara yang bukan dalam budaya hidup aku.

Sembahyang ini aku lihat sama seperti melihat permainan ragbi atau main kriket. Baru untuk aku.

Aku rasa aku wajib menyelesaikan perkara ini.  Aku tidak mahu diri aku diubah untuk menjadi bukan diri aku. Falsafah aku – apa yang aku fikirkan  itulah aku.

Akhirnya aku memberanikan hati pergi bertemu dengan Mister Desmond John Tate nama popnya di MCKK hanyalah Mister Tate. 

Mister Tate  memberi kuliah General Paper atau Kertas Am untuk kelas aku. Aku memilih untuk bertemu dengan Mister Tate kerana aku rasa seorang  Mat Salleh lebih faham apa yang sedang  aku hadapi.

Di petang  minggu ketiga aku bertemu Mister Tate. Di hari itu dia menjadi Duty Master. Setiap hari di MCKK  ada guru berganti-ganti menjadi Duty Master. Bertugas dari pagi  hingga lampu padam. Juga Duty Master akan makan malam di High Table bersama kami.

‘ Sir...  I think I don’t want to stay here..... I’m not so sure ....here........’ Aku meluahkan perasaan.

Mister Tate memandang muka aku. Dia tidak berkata apa apa untuk beberapa ketika. Kemudian bersuara. ‘  Why.. why Hisham... where do you want  to go...’

‘ Maybe I’ll go back to  Seremban... there is KGV ... ‘ aku menjawab cepat.

‘ Hisham... so many people want to come here.. but you wanted to leave... why...’ Mister Tate bertanya dengan penuh kehairanan  atas keinginan aku.

Aku senyap tidak menjawab. Aku tidak berani berkata jujur kepada Mister Tate kenapa aku mahu meninggalkan MCKK.

‘Not every one could come here.... you’re specially selected....’ Mister Tate masih ingin meyakinkan aku.

Kami berjalan hingga sampai ke gelanggang badminton di hadapan Dorm Twenty.

‘ I’m not use to light out at night... and the bell....’ Aku berbohong kepada Mister Tate.

‘ Hisham.....stay for one term...you will like it.. try one term... after that we  will discuss it again... don’t think of KGV.. you’re here in MCKK....you are MCKK Boys..’  Mister Tate menyampaikan  nasihat.

Aku tidak faham apa makna  MCKK Boys  yang dikatakan  oleh Mister Tate.

Satu malam  di minggu ketiga ketika prep sedang berjalan tertiba muncul  seorang pelajar Enam Atas   meminta semua  kami pendatang baru pergi ke bilik bawah paling hujung. 

Aku merasa risau juga. Apakah orientasi belum selesai. Kenapa waktu malam kami di panggil. 

Sepuluh orang kami berduyun mengekor pelajar Tingkatan Enam Atas. Kami dibawa masuk ke bilik darjah paling hujung. Bila kami masuk aku lihat pendatang baru dari aliran Sains telah  masuk lebih awal.

Aku tak tahu apa yang akan berlaku.  Kami semua senyap  tak ada siapa berkata apa apa. Kami merasa kami di orientasi oleh senior sekali lagi.

Di meja guru ada  nampak ada Kassim Ahmad kepala Minggu Orientasi, Nazri, Rahman Adnan  dan dua lagi senior yang aku tidak  tahu namanya.

‘ Selamat datang... Nazri  dan Rahman hang dah kenal masa orientasi ... yang ni  Hamzah Zain dan Affandi.... dia nak beri ucapan kepada kamu semua....’ Kassim yang memakai baju  Melayu hijau lembut berkain pelikat dan bersongkok hitam menjadi  pengerusi majlis malam itu.

Semua pendatang baru senyap. Kami tidak tahu apa yang  akan berlaku.

‘ Why are you here.... why .. why... kenapa  kamu disini... kamu tahu atau tidak ...’ Hamzah Zain mula bersuara. Dia berdiri  seperti guru di hadapan bilik darjah. Aku ingat lagi dia memakai seluar  baju Melayu kelabu dan bersongkok hitam.

‘ You are selected... you are special... you are creme de la creme....’ Hamzah meneruskan ucapan.

Aku mendengar  aku faham tapi aku tak faham apa maknanya creme de la creme. Cream ini aku tahu minyak rambut atau ais krim. Creme de la creme ini satu yang amat baru untuk aku.

‘  Creme de la creme...kamu semua ini Melayu yang dipilih... dari semua Melayu... kamu ini  spesial...  the cream of the Malays..you are the best.... do you know what is MCKK....why MCKK...’  Hamzah Zain berucap dengan penuh keyakinan.

Aku budak kampung dari Jelebu mula faham apa yang sedang berlaku.  Semangat MCKK dan semangat Melayu sedang ditanamkan.
‘ You are the best... you are selected because you are the best.... MCKK is the best school.... you are MCKK boys.... now... keep the tradition...’ Hamzah menyambung ucapan.

Sekali lagi aku terdengar ayat - you’re MCKK Boys.  Siang dari Mister Tate malam dari Hamzah Zain.

‘ You are now memberr of Form Six Union...  we have  all the faciliites... ada reading room,.. ada newspaer... ada tv.... di Pavilion.... you are all welcome  to Pavilion.... ‘ Rahman Adnan mencelah. 

Lima  sosok senior ini semua berdiri di hadapan kelas. Kassim yang tadi duduk di meja guru telah bangun.

‘ Ingat kenapa kamu disini.. apa tugas kamu sebagai  MCKK Boys.... keep our tradition...jangan lupa kamu semua ini dipilih. Masuk ke MCKK kerana kamu ada Melayu yang terbaik....kamu semua ini Melayu  terpilih...’ Affandi akhirnya bersuara.

Loceng prep berakhir kedengaran. Taklimat atau lebih tepat lagi penamat minggu orientasi selesai. Malam itu banyak bahan masuk dalam kepala. 

Kami – pendatang baru senyap tidak bersembang atau bertukar pandangan tentang apa yang telah berlaku. Kami hanya menerima – junior menerima pandangan senior.

Apa yang jelas kami telah diterima sebagai MCKK Boys 

Apa tradisi  MCKK – masih kabur dalam fikrah aku. Kepala aku masih mengarah ke Seremban. Masih mengarah ke KGV. Sekolah KGV ini  tak pernah aku jejaki hanya aku lihat dari atas bas Lim yang melintas di hadapan KGV  ketika perjalanan dari Seremban ke Kuala Klawang.

Dua hari kemudian aku memberanikan hati bila loceng petang berdering aku  telah siap mandi. Kemudian aku  bersongkok, berseluar berbaju Melayu biru muda menapak dari Dorm Twenty menuju Pavilion. Waktu maghrib belum bermula.

Sampai ke Pavilion aku menuju ke bilik rehat. Betul seperti  yang dijanjikan olen Rahman Adnan - ada akhbar Utusan Malaysia, Straight Times,  Berita Harian dan peti TV. 

Ketika aku sampai bilik rehat kosong. Peti Tv ada  tapi aku tidak melayan tv. Tahun 1969 di Jelebu bukan sahaja tidak ada Tv – api leterik pun masih belum masuk. Hanya pekan Kuala Klawang yang ada api leterik.

Aku mencapai Utusan Malaysia. Akhbar langganan keluarga Zaleha Rais. Dari huruf Jawi hingga beralih  ke Rumi aku telah berkenalan dengan Utusan. Aku dibesarkan oleh Utusan.

Petang itu aku  leka membaca Utusan di Pavilion.

Locong kedengaran. Para senior turun dari bilik atas  menuju ke Dewan Makan. Aku pun turut sama berjalan kembali ke arah Dorm Twenty.

Kawan aku Ghani sudah bersedia hendak ke dewan makan.

‘ Kat mana tadi.. ‘ Ghani bertanya.

‘ Pavilion....’ Aku jawab ringkas.

‘ Ada apa... sapa ada di sana...’ Ghani bertanya.

‘ Baca Utusan...’ 

Semenjak petang itu aku tidak ada masalah bila Maghrib sampai.   Baju Melayu, kain sarung dan songkok  yang aku pakai adalah budaya Melayu  - bukan budaya Arab.

Bertemu Pavilion menjadikan aku selesa  mengenap. Aku menjadi tenang dan selesa. Aku merampas kembali diri aku yang hampir terlucut.  Aku menjadi aku kembali.

Terima kasih Pavilion yang menyelamatkan aku. Kini aku hanya menumpukan mata dan telinga aku  untuk memahami apa itu MCKK Boys dan apa itu creme de la creme. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/08/03/creme-de-la-creme

GADUH YANG BAWA KEBAIKKAN

 

PN tuntut TPM demi peroleh kuasa – Azhar

Bukan KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk memenuhi tuntutan Perikatan Nasional (PN) yang mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerana ia dilihat sebagai satu kehendak untuk berkuasa semata-mata.

Ketua UMNO Bahagian Beruas,  Azhar Ahmad berkata, ketika ini Perdana Menteri perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha memperkukuhkan ekonomi negara khususnya menangani isu kos sara hidup


Bubar Parlimen jika PN, Bersatu terus desak jawatan TPM – Sharkar

KUANTAN – Membubarkan  Parlimen adalah jalan penyelesaian terbaik jika Perikatan Nasional (PN) khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus mendesak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ini kerana sebarang pelantikan baharu jawatan dalam Kabinet termasuk TPM tidak diperlukan pada ketika ini.

 WOIT

TIKAM JANGAN

TAK TIKAM

KAH KAH KAH

GADUH GADUH

INI BAIK UNTUK

ORANG RAMAI

KAH KAH KAH

YANG TERTEKAN

SABRI 114

AMIN

KHALAS

BUKAN SENANG NAK BUKTI



Pendakwah Zamri Vinoth didakwa ancam bunuh wanita

PENDAKWAH kontroversi Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini atas pertuduhan mencederakan dan mengugut untuk membunuh seorang wanita.

Bagi pertuduhan pertama, pendakwah berusia 38 tahun itu didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 38 tahun di sebuah rumah di Taman Melati Indah, Padang Besar pada 5 petang 14 Julai lalu.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Zamri didakwa mengugut untuk membunuh wanita yang sama berusia 38 tahun di tempat dan tarikh yang sama. Dia berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk sebutan dan penyerahan dokumen.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Zamri untuk membatalkan saman yang difailkan terhadapnya dan kerajaan berhubung dakwaan kegagalannya bertindak terhadap kenyataannya yang didakwa menghina kaum dan agama lain.

Pada 28 April tahun lepas, A Radhakrishnan dan C Arunkumar, kedua-duanya ahli Pertubuhan Hindhu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia, menyaman kerajaan, polis dan Zamri, mendakwa pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka untuk menjaga keamanan dengan enggan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Zamri.

Mereka berkata Zamri telah menyiarkan sembilan video di akaun media sosialnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di negara ini. Mereka mendakwa polis tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan mereka.

Mereka juga menuntut Zamri memohon maaf kepada penganut Hindu di negara ini dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada dua kumpulan masyarakat sivil itu. – 2 Ogos, 2022.

KAH KAH KAH

BUKAN SENANG

NAK BUKTIKAN

KUAT IMAN

KAH KAH KAH

MUALAF 

ADALAH LEBIH

ALIM DARI

TOK IMAM

MASJID NABI

KAH KAH KAH

MAKLUMLAH

BARU DAPT

CAHAYA

KAH KAH KAH

AMIN

SATU LAGI PENTAS PERANG AKAN DIBUKA



 PERANG !

SATU LAGI

PENTAS PERANG

AKAN DIBUKA

AMIN

KHALAS

DUNIA BARU


BELAJAR

SATU BAHASA

BARU

TERBUKA DUNIA

BARU

AMIN

Unknown commented on

 "BERUK LIHAT BERUK BUAT"

Ekcerli aah..we must spit engrish well supaya dihormati. We kanot say my kerlish or ekontrulet like noh omar. Pandai BI tidak mencacatkan BM cuma ia menjadikan kita mengtahui lebih dari satu bahasa. Tak rugi tahu lebih dari satu bahasa. Perkasa ke tak perkasa ke bg kat ibrahim ali je.

TAK PERLU TUNGGU

 


SUSUN ATUR

LAWAN SEKARANG

AMIN

TAK PERLU TUNGGU

KHALAS

Unknown commented on

 "BISNES TUKAR BUKU"

Apa nak jadi dengan negara kito Malaysia... Yang disahkan banduan hidup bebas tidak masuk jel... Ontah berapa generasi lagi baru nak kito merdeka daripada melayu durjana yang menjajah kito, anak cucu kito, manusia-manusia keparat ini akan bermaharajalela kerana duit haram mereka masih banyak, ungkapan Cash is King bukan mainan bibir Si Durjana ianya telah bermula selepas Tun Hussein Onn dan hanya Allah sahaja maha mengetahui bila akan berakhir Bayangkan Si Durjana baru muncul di Pulau Pinang siap agih-agihkan ikan percuma untuk perkenalkan diri