Sabtu, 16 Mac 2024
GOOGLE ADA AGENDA KACAU MADANON ?
Google sekali lagi terbitkan data salah pertukaran ringgit – BNM
KUALA LUMPUR – Google sekali lagi memaparkan data salah mengenai pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam.
Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tegas menolak data kadar pertukaran RM4.98 berbanding AS$1 yang dikeluarkan Google dan telah disebar di media sosial.
“Ini adalah maklumat tidak tepat yang tidak menggambarkan dagangan sebenar semalam (15 Mac 2024) USD/MYR disebut harga pada 4.7015 pada 9 pagi dan 4.7045 pada 5 petang dengan paras tertinggi harian pada 4.7075 dalam pasaran antara bank dalam pesisir bagi ringgit, seperti yang diterbitkan di laman web BNM,” katanya.
Menurut BNM, dalam dua minggu lalu iaitu 1 hingga 15 Mac 2024 ringgit telah mengukuh 0.76% berbanding dolar AS.
Kadar pertukaran ringgit berbanding dolar AS yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia.
Katanya, ini adalah insiden kedua Google telah menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada tahun ini.
BNM sebelum ini telah mengeluarkan surat amaran keras kepada Google apabila salah lapor pertama berlaku pada Februari lalu.
“Memandangkan ini adalah contoh salah lapor kedua, BNM akan menghubungi Google untuk mendapatkan penjelasan tentang cara pelaporan yang tidak tepat itu berlaku.
“Dan langkah pembetulan yang diambil memandangkan ini adalah isu berulang yang melanda Malaysia dan negara lain dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu BNM menasihatkan orang ramai untuk merujuk kepada data rasmi termasuk daripada BNM.
Masyarakat juga harus berhati-hati menggunakan, mengedar atau membuat spekulasi mengenai sumber yang tidak boleh disahkan sebagai rujukan untuk ringgit.
BNM berkata, kadar pertukaran adalah data sensitif pasaran dan sebarang laporan dan peredaran data yang tidak tepat boleh menyebabkan implikasi yang serius kepada pasaran kewangan.
Pada 5 Februari lalu laporan yang dikongsikan Google menyaksikan AS$1 bersamaan RM6.24 berbanding kadar sebenar sebanyak antara RM4.7480 dengan RM4.7630.
Laporan oleh Google itu menimbulkan kekecohan di media sosial apabila ringgit didakwa menjunam ke paras terendah terbaru berbanding dolar AS.-
APAKAH BETUL
GOOGLE SILAP?
AMIN
INI KALI KEDUA
BNM KATA
GOOGLE SILAP
AMIN
GOOGLE BUKAN
MANUSIA
YG JAGA GOOGLE AI
ALGORITAM YG
SUSUN
JENG JENG JENG
APAKAH GOOGLE
ADA AGENDA NAK
KACAU MADANON
ATAU
MEMANG PD SAAT
ITU ADA JUALAN
RINGGIT BERBILION
HINGGA RINGGIT
JATUH NILAI
JENG JENG JENG
GOOGLE TAK
AMBIL POT
DAN TAK KOMEN
JENG JENG JENG
AMIN
NAFI ERTINYA APA
KAH KAH KAH
AMIN
POLITIKUS CURI DUIT TABUNG NEGARA
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah pecah, curi tabung masjid
KUALA NERUS – Polis kontinjen Terengganu menubuhkan pasukan petugas bagi mencegah kegiatan pecah dan curi tabung masjid di negeri itu sepanjang Ramadan ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Beliau berkata pengaktifan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) akan membantu polis membuat rondaan untuk mengekang jenayah tersebut selain menjamin keselamatan penduduk.
“Setakat ini, tiga kes curi tabung dilaporkan di Terengganu iaitu di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Jumlah kerugian masih belum dipastikan dan sebahagian suspek telah berjaya ditangkap.
“Pelaku menyasarkan masjid yang menerima jumlah kutipan derma yang tinggi pada Ramadan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SRS Peringkat Negeri Terengganu di sini malam tadi.
Menurutnya pasukan khas itu akan mengadakan rondaan terutamanya pada waktu malam, manakala pada waktu siang rondaan akan dijalankan pihaknya menerusi program 1 Masjid 1 Polis.
Sementara itu Mazli berkata, pihaknya setakat ini membenarkan penjualan 42 jenis mercun di negeri itu dan telah meluluskan serta menolak beberapa permohonan daripada peniaga.
Beliau berkata, pemantauan terhadap peniaga yang menjual mercun dan bunga api tanpa permit di bazar Ramadan juga dijalankan pihaknya bersama penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Setakat ini beberapa tangkapan dalam bilangan yang kecil telah dibuat ke atas peniaga yang berniaga bahan ini tanpa permit dan mereka menjualnya menggunakan kenderaan.
“Pada masa sama kita juga pantau kegiatan penjualan mercun dan bunga api menerusi dalam talian, walaupun Terengganu masih belum ada kes sebegitu. Kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – BERNAMA
POLITIKUS
CURI DUIT DARI
TABUNG NEGARA
AMIN
MAT TIKUS CURI
DUIT DARI
TABUNG MASJID
AMIN
KHALAS
SAPA KONTROL EKONOMI AKAN KONTROL NEGARA
SAPA KONTROL
EKONOMI AKAN
KONTROL NEGARA
KHALAS
Unknown commented on
"DEWA DEWI HALALKAN
LOMBONG HARAM"
Perodi Mutiara Kata . Teringat pembaca berita RTM arwah Farith Ismeth Emir
1. Saudara, Malaysia satu satu nya negara dalam doonia ini yang cukai 6 % walaun guling guling atas jalan raya tapi jadi diam bisu dan bodoh bangang bila cukai 8% dikenakan.
2. Saudara, Ringgit pada masa ini terkurang nilai - Gabenor BNM. Kan mudah kalau kau kata Ringgit jatuh merudum rudum...!!
3. Saudara, Barua DAP@LeeKwanYew itu termasuk walaun tengkolok kunin tanjak tajam panjang serta topi koboi badut lebar telinga gajah milik Melayu Kayangan yang masih tebal bebal nya jadi barua taikun mata sepet belaan DAP@ LeeKwanYew
4. Saudara, skg ni nak kibar bendera Palestine pun tak di benarkan lagi...masa tak beekuasa maaak aaii kemain berguling guling atas jalan raya pejuang Palastine dan islam... Nak kibar dan takbir pun telo dah goyang takut tuan DAP@LeeKwanYew marah...saudara renung renungkan kan lah.. kikiki
5. Saudara, Ko orang imagine lah sendri... buat live di media social punya lah gah tunjuk real peristiwa julang packet berlogo Beras Madani semalam dengan pengumuman harga beras tempatan dari RM26 hengget "naik harga" ke RM 30 hengget. Saudara, yang aneh klip video depa boleh tunjuk "thumb up" harga lebih tinggi lagi hanya berlaku di Malaysia.
6. Saudara, Taikun Cina SPANCO tu sama nasib macam Jho Low.. kaya raya billion billion bebas lepas lesap truss mcm Jho Low. Taikun Melayu dan orang kaya Melayu jugak yang ke dalam. Kau orang renung renung kan betapa bangsat nya bila jadi barua LeeKwanYew asyik kena bodoh bangang kan. Melayu jugak yang kena kah kah kah ...
7. Saudara, dolu dolu penjajah British selalu menyogok raja2 dengan memberikan hadiah2 mewah dan sebagainya? Sekarang Raja Melayu disogok Jadi pemegang saham ke dua terbanyak di Syarikat taikun mata sepet. Itu pun Melayu Kayangan terkinja kinja keriangan.
Walaupun dipanggil ketuanan Melayu tapi raja itu masih bertuankan taikun mata sepet sekadar pemegang saham ke 2 majority bukan yang paling mejority. Saudara, renung renungkan betapa rendah ketuanan itu fikiran masih dijajah dan tebal dengan mentaliti colonial penjajah dan haah lu fikir lah sindri..!!
8. Saudara, walaupun dipanggil tuan di negara Malaysia tapi raja itu masih bertuankan taikun mata sepet sekadar pemegang saham ke 2 majority dalam syarikat taikun Mata sepet. Terkinja kinja Jadi pemegang mejority no 2 di syarikat mata sepet itu. Saudara, Kau orang renung renungkan lah dan Lu fikir lah sindri..!!
9. Saudara, Melayu Kayangan bangga sekadar pemegang saham ke 2 terbesar dalam Berjaya... Tokey Berjaya jugak yang tepok tangan betapa bodoh bangang nya Melayu kena game dng kaum Mata sepet DAP@LeeKwanYew.... Saudara, klu saham majority baru lah jadi Tuan pada Tuan Tanah Melayu.. tak ke bodooo bodooo namanyer tu saudara...!!
Saudgha tulung Sambunggg saudara....
ZIONIS BERSARANG DI PILIPINA ?
ZIONIS BERSARANG
DI PILIPINA ?
AMIN
panglimo potaseh commented on
"RAMAI YAHUDI
LARI KE PILIPINA"
Bayangkan satu hari nanti ade kedapatan 4 juta Israel di Filipina. Bila dah cukop kuat Israel ini akan guna nama Filipina dan terus serang, bomm dan jajah Sabah, Sarawak. Kemidian bom2 yahudi ini akan di halakan ke Semenajoong pula. Sebeloom ape-ape berlaku Sang Dewa Dewi, biliyunwan dan para Minteri (yg suka jerit Idoop Melayu) dah pon terbang ke UK ontok selamatkan diri dan memastikan bila dah aman nanti mereka2 ini akan kembali ke Tanah Air yg tercinta dan memastikan generasi masa depan akan dapat dikekalkan bodoh seperti hari ini .. kahkahkah
PANDANGAN KARUT TIDAK ILMIAH
PANDANGAN KARUT
YANG TAK ILMIAH
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"TAK SEMBAHYANG
SAMPAI KE BULAN"
Se handal2 Angkasawan Niel Amstrong .. Si Kafir ni tak boley lawan usTaT kita. TaT kita dah buat penemuan Agong dalam sains oooop, menelek angkasa.
TaT kita walaupun dok ngapal ayat2 .. mereka dah membuat penemuan sains yg paling Agong dalam ira sejagat. TaT kita membuat penelekan yg bumi ni adalah "Central of universe" .. Kate nye segala mende dlm alamraya ni ngelilingi BUMI .. adoi naik kemaluan aku mendengarnya.
MARI BERBUAT BAIK
MARI KITA SEMUA
BERBUAT BAIK
AMIN
"DEWA DEWI HALALKAN
LOMBONG HARAM"
Asas kebaikan jangan curi orang punya jangan rasuah jangan rompak jangan curi duit rakyat jangan minta komisen berlaku adil saksama kepada semua manusia binatang berlaku baik kepada manusia binatang apa jua kehidupan di dunia boleh tak? Kah kah tukang pegang payung pun kalau ada peluang sapu planta kah kah kah
MALAPETAKA IKLIM
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
LAHAD DATU – Kejadian pusaran angin seperti puting beliung telah menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink bangunan di Jalan Segama Industrial State, Batu 1 di sini tengah hari tadi dan fenomena tersebut sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi terbabit.
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan pihaknya turut ke lokasi kejadian pada jam 2.40 petang.
“Berdasarkan saksi di tempat kejadian memaklumkan kejadian sebenar berlaku antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari dan kejadian itu berlaku pantas, dalam tempoh antara tidak lebih daripada 60 saat.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu, ” katanya.
Menurut Rohan Shah, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat dua bangunan terjejas dan berlaku kerosakan pada beberapa bahagian bumbung deretan bangunan kedai.
“Polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam,” katanya.
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Mizma Appehdullah ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian puting beliung itu namun nilai anggaran kerosakan masih belum diketahui.- BERNAMA
BENCANA ALAM
YANG TAK PERNAH
BERLAKU AKAN
TERJADI
AMIN
INI BUKTI DUNIA
MAKIN PANAS
KHALAS
AMAN PALESTIN - AL-FATIHAH
Ahli Majlis Penasihat Aman Palestin syahid dibom Israel
KUALA LUMPUR – Aman Palestin kehilangan seorang lagi anggota sukarelawan di Gaza selepas keretanya dibom oleh tentera Israel pada Khamis lalu.
Dalam kejadian tersebut, Ahli Majlis Penasihat Aman Palestin Nidal Sheikh Al-Eid yang juga Ketua Jawatankuasa Kecemasan di Rafah syahid bersama Timbalan Ketua Operasi Polis Gaza, Mahmoud Abu Hasna.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, Nidal merupakan tenaga penggerak terhadap kerja kemanusiaan di Gaza.
“Beliau sentiasa mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu rakyat Palestin yang berada di dalam kesusahan. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat rakyat Palestin dan umat Islam secara keseluruhan.
“Aman Palestin mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim pengganas Israel yang telah memperlakukan rakyat awam Gaza seperti binatang dan tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam kenyataan.
Selain Nidal tiga kakitangan Aman Palestin telah syahid bersama keluarga mereka sejak bermulanya serangan rejim Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Toriq Musa Al Najjar syahid bersama seluruh keluarganya dan Tholal An-Nakhalah syahid bersama seluruh keluarganya pada 12 November 2023.
Pengurus Jabatan Program Tajaan Aman Palestin Gaza Rabab Zuhair Al-Masri syahid bersama 21 ahli keluarganya pada 7 Februari lalu.
“Ketiga-tiga mereka yang syahid ini dibom tentera rejim Israel di kediaman mereka. Semoga syurga buat mereka yang syahid dalam mempertahankan tanah Palestin,” katanya.
Sehingga kini lebih 31,000 rakyat Palestin maut dalam serangan berterusan yang dilakukan Israel yang memasuki bulan kelima.-
AL-FATIHAH
AMIN
TERUSKAN
KERJA AMAL
WALAU PUN
DI TUDUH
DI FITNAH
KHALAS
BUKTI JENAYAH ZIONIS
Lebih 20 terbunuh, beratus cedera Israel tembak penduduk tunggu makanan
GAZA CITY – Lebih 20 terbunuh manakala kira-kira 155 cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menunggu bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza pada hari Khamis.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, kejadian berlaku di Bulatan Kuwait dan insiden itu memaparkan niat terancang Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang baru dan mengerikan.
“Proses memindahkan mangsa yang maut dan cedera sedang dijalankan walaupun dalam keadaan yang mencabar di rantau ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.
Angka kematian mungkin meningkat berikutan kecederaan serius yang dialami mangsa yang sedang dirawat di hospital berdekatan.
Agensi berita rasmi Palestin WAFA mengesahkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera dalam kejadian berkenaan.
Sementara itu Al Jazzera melaporkan insiden tembakan yang disasarkan kepada orang awam yang sedang menunggu bantuan makanan bukan kali pertama berlaku.
Berikut adalah senarai beberapa serangan terhadap pencari bantuan dan konvoi oleh tentera Israel:
14 Mac: Lebih belasan orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pencari bantuan di Bandar Gaza.
3 Mac: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas trak pengagihan bantuan di Deir el-Balah.
29 Februari: Sekurang-kurangnya 112 rakyat Palestin terbunuh dan ratusan cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menunggu bantuan makanan di barat daya Gaza City.
26 Februari: Sepuluh orang dilaporkan terbunuh apabila tentera Israel membedil dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan makanan di Bandar Gaza.
25 Januari: Serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 20 orang yang menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza City.
29 Disember: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah konvoi bantuan ketika ia pulang dari utara Gaza di sepanjang laluan yang ditetapkan sebagai selamat oleh tentera Israel.
7 November: Sebuah konvoi bantuan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mendapat kecaman di Bandar Gaza walaupun kumpulan itu tidak menyerahkan tanggungjawab untuk serangan itu.
Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza selepas pencerobohan rentas sempadan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin Hamas dan telah membunuh lebih daripada 31,300 rakyat Palestin dan mendorong wilayah itu ke ambang kebuluran.-Agensi
JENAYAH ZIONIS
MUSTAHIL
TIDAK NAMPAK
AMIN
MUSTAHIL ADA
LAGI NEGARA
MASIH BERI SENJATA
AMIN
AMERIKA FRANCE
DAN GERMAN
SAMA TERLIBAT
KHALAS
DEWA DEWI HALALKAN LOMBONG HARAM
DEWA DEWI
HALALKAN
LOMBONG HARAM
AMINI
panglimo potaseh commented on
"LOMBONG HARAM
MILIK DEWA DEWI"
Kata nye Dewa Dewi atas undang2 .. lombong haram ko, makruh ko podulik apo .. kahkahkah. Jangan dongki dongan Dewa-Dewi yo .. nogori ni dio punyo. Kau apo ado, tanah sokangkang kogho pon takdo.
Unknown commented on
"LOMBONG HARAM
MILIK DEWA DEWI"
gua konpius.. lombong haram atau melombong secara haram.. ???
Unknown commented on
"LOMBONG HARAM
MILIK DEWA DEWI"
Aiyah jangan pecah tembelang bulan berpuasa ini woit, sebenarnya semua dah tahu lama, pingat kuasa power kelulusan projek tender komisen balak terbang, balak hanyut, tanah air semuanya berkaitan rapat dengan tiga kumpulan utama negara,
sama ada yang menjadi payung teduh atau payung pemimpin negara negeri atau peringkat wahai manusia jujur sedikit jangan alpha sangat kah kah kah, ikhlas sedikit sudah kalaulah tak ada connection kebal fibre optikal semuanya tak dapat belaka kena faham sudah, siapa jaga siapa curi siapa komisen semuanya diketahui kah kah kah
BAZAR RAMADAN
BAZAR RAMADAN
SABTU 16 MAC 2024
UJUNG MINGGU PERTAMA
BULAN PUASA
BAZAR RAMADAN BELUM RANCAK
KELMARIN GUA DI KAMPUNG BARU
DI CHOW KIT
DI JALAN TAR
BANYAK KHEMAH TELAH DIPASANG
TAPI MASIH KOSONG
GAU RASA MASUK SENIN
SEMUA AKAN BERISI
CUACA PANAS
BAIK UNTUK PENJUAL AIR
TAPI KALAU HUJAN PETANG
RAMAI YANG KECEWA
OH YA !
MURTABAK DI CHOW KIT
NAIK SERINGGIT
DARI 4 KE 5 RM
GAZA
NETANYAHU DAH LULUSKAN
PELAN UNTUK ASKAR ZIONIS
SERANG RAFAH
AMERIKA
KRTIKTIKAN DARI BIDEN
TERHADAP NETANYAHU
MAKIN LANTANG DI DENGAR
AMERIKA
TIK TOK AKAN DI HARAM?
HEBOH SATU AMERIKA
TIK TOK KUMPUL DATA
UNTUK CHINA MERAH
TRUMP
KES BAYAR DUIT
UNTUK TUTUP MULUT PELACUR
DI TANGGUH 30 HARI
PEGUAM TRUMP KLIM
ADA BUKTI BARU
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
KELMARIN ADA HUJAN
ADA LOPAK AIR DI JALAN
TIONG RAMAI RAMAI
HEBOH MENACARI BELALANG
DALAM PADANG RUMPUT
HA HA
MURAI BERKICAU
DI LERENG BUKIT
TUK TUK TUK
BERSUARA KUAT
HARI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI GUA
SESUDAH MINUM PAGI
BRO
SENYUM
SAMBUT SABTU DENGAN
SENYUMAN
BRO
SELALULAH BERCAKAP
YANG MANIS TENTANAG
KAWAN TAULAN
BRO
KALAU HARI LU PALAT
SILA BANTU ORANG LAIN
UNTUK CERIAKAN HARI MEREKA
BRO
JANGAN BERSUARA
SEHINGGA LU BOLEH
BAIKI SUASANA SENYAP
BRO
LU TAK PERLU
BERI TAHU ORANG
SEMUA YANG LU
TAHU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)