Rabu, 3 April 2019

MAN SAN TAHU GOTU

-







GOTU
MAT SAN HEBAT

DIA PUN TAHU

GOTU GOTU

Dr Mahathir rela bubar Parlimen daripada serah PM pada Anwar

TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa Dr Mahathir Mohamad lebih rela membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Mohamad mahu Umno dan PAS memberi tumpuan untuk membina satu gabungan yang mantap dengan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal.



SAPA BERITAHU

GOTU GOTU

PADA MALAON NI

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU KALAU

NURUL BERI TAU

GOTU GOTU

--------------------

JUMPA DI PBAKL











ESOK

KHAMIS


JUMPA 

TUKAR TIUB

DI PBAKL

BANGUNAN PWTC

 JAM 5 - 7  PTG

GERAI ILHAM

NO 3286-3293

PENERANGAN

DAN

TANDA TANGAN




Oh ya, tentang autograf penulis, itu kena tunggu pengumuman dari sendiri bila akan dibuat peluncuran buku ini. Nanti kita akan adakan sesi tandatangan dan ramah temu dengan penulis.





























INI SEJARAH

5 TAHUN DULU

DIPESTA BUKU

YANG SAMA

TT TELAH

DIHALAU KELUAR

DARI PWTC

BILA TT BOLEH

MASUK PWTC

INI TANDA

KITA ADA 

KERAJAAAN BARU




-------------------

PERTEMPURAN BUDAYA









PERTEMPURAN BUDAYA

Sekali lagi saya ingin memberi tahu para pembaca bahawa dalam dunia ini tidak ada sesuatu pekara bergerak atau berjalan dengan sendirinya. Semua bergerak kerana ada sebab musabab. Ini hukum alam.

Justeru dalam politik  juga tidak ada satu pekara pun yang berlaku secara tersendiri. Semuanya dirancang. Semuanya diatur. Semuanya dilakukan untuk melunaskan satu ajenda yang telah dirancang dan telah dipersetujui. Ini juga hukum alam. 

Hukum-hukum ini tidak akan beralih atau berubah walau dalam negara  apa bentuk sekali pun. Politik ialah perancangan untuk menjalankan satu ajenda. 

Apa yang kita baca di akhbar, dilaman internet , di portal berita hanyalah manifestasi dari ajenda tersebut.  Berita-berita politik saperti ucapan Perdana Menteri, Presiden atau Ketua Parti atau Imam, Pope atau Mufti adalah manifestasi dari ajenda politik.  Manifestasi adalah pekara yang dapat dilihat atau dibaca. Dibelakang berita-berita ini ada sebab musabab yang melahirkan manifestasi ini. Ada yang halimunan.

Kewujudan Usman Bin Laden adalah manifestasi. Perang Iraq adalah manifestasi. ISIS dan Wahabi adalah manifestasi.  Wujudnya Gaza dan Isreal  atau Singapura adalah manifestasi.  Pembunuhan dalam masjid di Christchurch adalah manifestasi.

Contoh terbaik untuk senang difahami ialah gerakan Reformasi 1998. Manifestasinya ialah demonstrasi. Sebab musababnya ialah Anwar dibuang dari kerajaan kerana tuduhan meliwat.

Semua manifestasi  berlaku memiliki sebab musabab. Sebab musabab ini juga memiliki sebab musabab yang memangkin ianya terjadi. Ini dipanggil garis bawah. Ada yang halimunan dan ada yang dapat dilihat.

Garis bawah - bottom line - dari semua manifestasi ini adalah keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis keuntungan adalah rukun utama. Ini agenda induk.

Sistem ekonomi kapitalis ini adalah sistem yang pada  hari ini sedang  meneraju dunia.  Malaysia  mengamal ekonomi kapitalis. Saudi Arabia  mengamal sistem ekonomi kapitalis. China Merah juga  mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma tidak ada agama. Rukun iman kapitalis ialah mencari untung.

Mencari untung dan harta kekayaan inilah yang menerajui kehidupan umat manusia  didunia kita hari ini.  Bahasa, budaya , gaya hidup  atau agama hanyalah manifestasi dari ajenda mencari untung dan kekayaan. Malah manifestasi ini juga boleh dijadikan bahan modal untuk meraiah dan mengumpul keuntungan. Amin.

Latar belakang ini wajib diketahui  dan difahami terlebih dulu.  Ini bertujuan agar pembacaan politik kita tidak juling.  Secara tersusun kita dapat membaca babak-babak politik dengan lebih jelas dan terang. Dengan mengenal manifestasi maka kita akan dapat mencari dan memahami sebab musabab dan kenapa  satu-satu manifestasi ini terjadi.

Saya ulangi - dalam politik semua dirancang. Justeru apakah yang dilakukan oleh Brenton Harrison  Tarrant   di Christchuch itu dirancang? Apa yang dilakukan oleh Usama Ben Laden juga dirancang?

Betul. Tepat. Semua dirancang. Semua diatur. Semua disusun. Semua untuk satu ajenda.

Pada 22 March 2019 yang lalu akhbar Washington Times telah melaporkan satu temubual dengan Putera  Mohamad Bin Salman (MBS). Anak raja  Saudi ini  untuk pertama kali telah mengakui bagaimana Amerika dan negara sekutu penyokong Saudi telah meminta  Raja Saudi mengunakan Islam dan Wahabi sebagai senjata Perang Dingin. Ini diawal tahun 70’an.

Perang Dingin ialah perang idealoji. Perang antara blok kapitalis Amerika dengan blok sosialis Soviet Rusia.  Saudi, Islam dan Wahabi digunakan untuk menentang Soviet Union.

Kaum kiri dan kaum progresif seluruh dunia telah mengetahui fakta ini dari awal lagi. Tetapi inilah kali pertama ianya diakui secara resmi oleh tuan empunya projek.

Projek Wahabi  ini bertujuan untuk menghalang dan mematahkan gerakan kiri dan progresif  yang sedang memimpin maju warga Arab   di Timur Tengah. Mesir dibawah nasionalis progresif Gamel Addel Nasser (1918-1970) sedang memimpin dunia Arab. 

Tiga lagi negara bermajoriti Islam  sedang  dipimpin oleh sosok progresif.  Ayub Khan (1907-1974) dari Pakistan, Sukarno (1901-1970) dari Indonesia dan Ahmad Ben Bela (1916-2012) dari Algeria. Mereka bersama  Perdana Menteri Nehru (1889-1964)  dari India dan Presiden Tito (1892-980) dari Yukoslavakia telah menubuhkan  Gerakan Negara Berkecuali  - Non-Aligned Movement  (NAM)pada tahun 1961. 

Garis politik NAM ialah negara-negara ahli NAM tidak mahu menjadi barua atau budak suruhan  imperialis Amerika dan Soviet Union.

Justeru Wahabi melalui Islam kolot yang anti berfikir telah dimajukan ke hadapan sebagai jawapan kepada gerakan progresif NAM. Islam menghafal dan Islam ritual telah ditonjolkan. Bukan Islam Baitul Hikmah. 

Saudi mengembangkan ajaran Islam hafal dari masjid  ke masjid dan surau dinegara yang ada warga Islam. Befikir  dan bertanya dilarang oleh Tok Guru kerana ini akan memunculkan  pemikiran kritikal. Fikrah yang kritikal bahaya untuk kaum pemodal dan pemerentah yang zalim lagi bebal. 

Pertanyaan yang digalakkan ialah pertanyaan halal haram kentut mentot dari pandangan Sang Ustad.  Pertanyaan  atau soalan berbentuk konsep, kritikal dan falsafah ala Baitul Hikmah memang tidak digalakkan. Mungkin juga Sang Ustad tidak berupaya menjawab.

Fakta membuktikan bahawa sebelum meledaknya  harga minyak - dana untuk projek  Wahabi disalurkan oleh Amerika. Asset  CIA  dan sekutunya dengan jubah hijau  menyerap masuk  menyalurkan dana ke pertubuhan belia Islam, gerakan mahasiswa Islam  dan kumpulan amal bakti Islam.

Apa yang saya lakar ini betul dan saheh ? Atau cerita dongeng  penglipur lara? Untuk memahaminya apa yang saya nyatakan ini  mari kita menjala dan menyelongkar sejarah.  Sejarah tidak pernah berbohong. 

Pada musim panas 1993 Samuel  Huntington ahli fikir  dan ahli akademik dari Universiti Harvard telah menulis satu esei dalam journal Foreign Affairs.  Journal ini adalah journal yang  terpenting dalam dunia.  Foreign Affairs adalah journal pemikiraan   para intelektual Amerika. Tulisan mereka  mencadang , mengariskan dasar dan hala tuju Amerika dan dunia kapitalis.

Esei - Clash of Civilisation - atau Pertempuran Budaya ini melakarkan garis baru dan keadaan baru yang akan dihadapi oleh Amerika dan dunia kapitalis sesudah tamatnya Perang Dingin.

Dalam esei ini Huntington menerangkan bagaimana agama dan budaya akan menjadi titik pertempuran. Perbezaan agama akan membawa perang.

Aduh! Esei  Huntington ini  telah meramal dan menujumkan 7 tahun lebih awal apa yang akan berlaku di New York pada pagi September 11 2001. 

‘ They hate our freedom…’ George W Bush Presiden Amerika ke 43 berkata.

Kata-kata Presiden Bush menjadi induk berita  dan dijaja keseluruh dunia. Inilah mantra yang digunakan untuk menernagkan kepada dunia  apabila  bangunan WTC telah meledak runtuh dilanggar oleh kapal terbang yang dibajak oleh warga Islam Saudi pada 11 September 2001. 

Serangan   terhadap WTC 9/11 menjadi  manifestasi. Iraq diserang pada tahun 2003. Esei Huntington telah lama bersedia dengan  konsep manifestasi pertempuran budaya.

Senjata pemusnah  - weapon of mass destructiion - dikatakan dimiliki Saddam. Saddam menjadi Hitler dan Iraq wajib diselamatkan dengan demokrasi. Semua bertujuan untuk mengolah persetujuan dunia. Jika masih juga tidak yakin dengan sebab musabab ini maka pertempuran  budaya dijual sebagai  sebab utama perang berlaku.  

Hakikatnya dibelakang semua  manifestasi  - bottom line - ialah projek  utama untuk merampas  bahan bakar petrolium milik Iraq yang menjadi emas hitam pada ketika ini. 

Serangan keatas Iraq diikuti dengan perang di Afghanistan. Belum pun tamat perang Afghanistan -  Syria pula diserang.  Timur tengah mengelodak. Warga Arab dengan budaya Arab Islam menjadi marah dan naik minyak.

Kemarahan  warga Arab ini  diatur,  disusun dan didorong. Mereka dididik dan diajar main senjata. Senjata didatangkan dari Amerika dan negara Eropah Barat saperti Peranchis dan United Kingdom. Tukang bayar ialah  Saudi. Manakala Turki memberi sokongan stratijik. 

Ketika Perang Dingin dahulu  diwujudkan Wahabi. Dalam ‘clash of civilisation’ atau pertempuran budaya kali ini gerakan   Wahabi bertukar jubah menjadi Islamic State for Iraq and Sham (ISIS). Idealojinya  masih lagi  Islam ritual dan Islam hafal. Idealoji ini  dijadikan benteng untuk menentang apa yang ditakrif sebagai demokrasi dan sekular.  

Di media kita  baca  gerakan ISIS ini anti mazhab Shiah dan anti-Iran. ISIS juga anti Barat  yang kini  ditujukan kepada  Rusia. ISIS  menentang demokrasi. ISIS berjuang untuk mewujudkan kembali pemerentahan  Khalifah. ISIS berjuangn untuk membawa kembali dunia Arab ke belakang saperti 1000 tahun tahun.

Garis bawahnya dari manifestasi ini bukan lagi bahan bakar petrol kerana syarikat petrolium Amerika kini memiliki  hak cari gali di Iraq. Kali ini  ‘bottom line’  ialah keselamatan negara yag dipanggil Israel.

Bagaimana pula kali ini - garis bawahnya - bukan lagi keuntungan tetapi Israel? 

Sabar dahulu. Jangan salah baca. Jangan tidak sedar. Jangan lalai. Ketahuilah dunia kita hari ini  ialah dunia  kapitalis dimiliki yang dimiliki oleh kumpulan Zionis-Anglo-Amerikan.  Tiga puak ini  sedang mendominasi dunia. 

Kumpulan ini tidak ramai. Jumlah mereka hanya 1% dari penduduk dunia.  Pada 14 November 2017 laporan  portal CNBC telah menunjukkan  jumlah kekayaan dunia ialah 280 trilion. Lebih dari satengah dari jumlah kekayaan dunia ini dimiliki oleh 1% warga dunia.  Inilah sarang dan rumah kaum Zionis-Anglo-Amerikan.

Garis bawahnya  masih lagi keuntungan. Kaum pemodal inilah yang sedang mendominasi dunia. Kaum pemodal dan puak inilah yang sedang mengembangkan hegemoni keatas seluruh penduduk dunia. 
Mereka memagari dunia dengan hegemoni  budaya dan idealogi. Mereka memiliki jentera, alat dan teknoloji untuk memastikan harta kekayaan dunia ini terus menjadi milik mereka.

Yang kita lihat dikaca tv, dipanggung wayang,  dimedia, di dewan kuliah, dari sekolah ke universiti adalah manifestasi dari hegemoni Zionis-Anglo-Amerikan. Semua mereka atur. Semua mereka rancang untuk ajenda dan botton line  mereka.

Apa kena mengena hegemoni kumpulan Zionis-Anglo-Amerikan ini dengan apa yang berlaku di Christchurch. Ada apa dengan Israel. Tunggu minggu hadapan setannya akan muncul. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


-------------------

TULIS DENGAN JELAS








TULIS DGN JELAS

NURUL TAHU GOTU

GOTU ITU APA

TT apa sebenarnya TT nak sampaikan? TT menulis tahap estate pertama, bila lagi nak menulis tahap estate keempat? ini asyik kona kiri kona kanan, terjah terus , kalau ada bukti tunjukan biar semua buka mata, biar semua tahu kenapa TT menghasut supaya ABAM tidak dapat duduk kerusi empuk, 
kalau betul ada vedio, tunjukan vedio tu, tak kan LURUN sorang je boleh nonton, TUN kata masa dia dah suntuk, siapa yang akan menggantikan TUN nanti? siapa? WAWI? JEMIN? TSMY? ABE MAT? siapa ? siapa? siapa? 
on 
GAGALKAN PROJEK MAT SONGEL
Publish | Delete | Spam
hamim
on 4/1/19

Gag


-------------

MUSUH SUKA








MUSUH

BILA BUAT APA YANG MUSUH SUKA
MAKNANYA  BERSUBAHAT DENGAN MUSUH
KHALAS
aku reti hapal je tak pandai baca.. 
nuar sokong jibby suruh buat live la tt.. 
apa makna tu ?
 kah kah kah
 on 
JANGAN BUAT MUSUH SUKA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19



Great idea Bro Isham! 
Live telecast of Prison Life - Death. http://tukartiub.blogspot.com/2019/04/jangan-buat-musuh-suka.html 
on 
JANGAN BUAT MUSUH SUKA
Publish | Delete | Spam
Hakimi Abdul Jabar
on 4/2/19


aku r

disclaimer.



---------------

BILA DAH BACA BARU SEDAR








BILA DAH BACA

PASTI SEDAR

Mari ..mari..marilah bersama sama membaca hikayat kesoltanann juhur. Baca..cerap..kaji .menung..pikir..sedahlam dahlamnyerrrrr..woiii.bangkittt.
kehkeh 
on 
BERANI JELAS TUNTAS
Anonymous
on 4/2/19

ini lawak ini lucu..bagaimana sebuah negara johor yg terlebih dulu merdeka dari british berbanding persekutuan tanah melayubole tidak tahu mengenai penjualan tanah kpd china komunis..ops silap mengenai sts ini..??masakan kerabat2 tidak tahu dugong mati sb pembinaan tanah tambak khusus utk warga cina..
barangkali perdana menteri dan kabinet2 negara johor tidak tahu mengenai kesah2 ini..mohon papa syeikh agen sultan utk bantu negara johor yg merdeka ini..pantun karut..dari PD drive ke johor, singgah istana memberi penerangan, lepas cerah dahi sang sultan, yb PD ke kota singa mahu dibeli pau yg unik dan berwarna warni.. 
on 
BERANI JELAS TUNTAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19

HOI..... APA


-----------------

TENGOK PORN TAKNAK BAYAR






TENGOK PORN

TAKNAK BAYAR
Kebodohan walaun pasunta ialah mengatakan nobita guan eng sebagai si pondan.apakah paswalaun diberi jawatan sebagai menteri kewangan hanya mahu tonton preview video porn tanpa membayar atau hanya menganggap agama sebagai kuda sebagai tonggangan.apa punya turrr..kahkahakah 
on 
DIRI KITA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19

ini la


---------------

SEJARAH









SEJARAH
SEPULUH TAHUN

DARI 

3/4/2009  

KE 

3/4/2019

NAJIB SAEKOR

PENCURI 

MENYAMAR

SEBAGAI  SAEKOR

PENYAMUN

HARI INI DUA DUA

AKAN DISUMBAT

KE PENJARA


--------------

CONTOH ISLAM HAFAL







CONTOH  SOALAN

MAZHAB ISLAM

HAFAL & RITUAL

kat dinar mas kelate tu ada kalimah allah..bole bawak masuk jamban atau masuk kedai judi tak?sejak arwah hidup, hudud gagal dilaksanakan, apabila meninggal juga waris2 dan muryidolnya pas juga gagal hudud..ckp berdekah2, walhal cerita hudud tidak pernah dimuzakarkah dlm dewan2 ahli syurga tertinggi..

lihat saja saudi, tiada dinar emas, tp bole beli senjata dari amerika utk bunuh yemen, syria dan menegakkan negara islam IS..bila nak berjoget nak jd artis jual tudung di kelab2 malam, maka berbondong2 mek2 dan awe dtg kuala lumpur..mahukan kelate sesuci kota mekah, tapi bikin taik dinegeri org..bila dtg kuala lumpur, tiada pula diperkenalkan dinar dikelab2 malam atau artis2 model dinar.. 
on 
DUIT EMAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19

HOI..




---------------

BUKU DAH SIAP





BERITA BAIK

BUKU DAH SIAP


Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional karya Hishamuddin Rais () sudah siap dicetak. Tempah sekarang menerusi laman untuk menikmati harga RM20 (potongan 20% dari harga asal RM25). Atau, dapatkan di PBAKL di reruai (no. 3286-3293).





--------------

PERTANYAAN PERLU JAWAPAN





PERTANYAAN 

PERLU JAWAPAN

kalo dah saudi itu boneka zionis amerika israel,bagaimana pula dgn universiti mekah dan madinah? apakah kuasa2 zionis ini gagal memasuki mekah atau madinah yg suci? hilton berada 100meter dari kaabah,pepsi,mekD, cocacola dan segala mak nenek product zionis berlambak disekeliling mekah dan madinah..
apakah universiti mekah dan madinah diajar oleh ulama2 penerus nabi?? hanya ust wan ji saja yg tahu..oh ya dikabarkan oleh media benua keling,kekayaan zakir naik juga adalah atas pemberian umat islam seluruh dunia tp zakir naik beli rumah dan dan dan dgn menggunakan nama diri sendiri dan kelauarga..syabas ya syabab..
 on 
SEMUA BOLEH FAHAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19

ini lawak ini



-----------------

PERANG BIOLOJI










PAGI 

3.4.19

NAJIB AKAN

LANCAR 

PERANG BIOLOJI

DI MAHKAMAH

TANGGUH BICARA

MADEY MATI DULU

KEMUDIAN BUAT

JANJI DENGAN

AZMIN ALI

INI TAKTIK

PERANG BIOLOJI



------------

10 JUTA DUIT MAT SAN








10 JUTA

DUIT MAT SAN

Gilaaa. 
Mcm mna 10 juta boleh terbang keluar. 
Pakai jin ker? 10 juta tu ada bayar cukai LHDN tak? Mana boleh tak bayar cukai LHDN? 
on
 MAMAT INI KENA PAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19


Tarik diri tok mat, tangan tak abis cuci lg tu... Org da ckp da aritu, buat2 lupa pakai tag calon.. lu degil.. yg mngendeng2 tepi tu pun, bukan eklas sngt pun... Baik lu main sorok2 mcm jholu, tak pun esok2 lompat masuk pH... 
on 
MAMAT INI KENA PAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/2/19

G



-------------

OFKOZ NURUL TAU









OFKOZ NURUL TAU
Omg maksud nurul tahu 
ikan minyak wangi tu betul ke ? 
Betul ke ikan minyak wangi tu ada lagi? 
on
 GOTU NURUL TAHU
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 4/3/19

Ya



--------------