Khamis, 22 Oktober 2020
C'EST LA VIE KATA ORANG BELGIUM
C'EST LA VIE
KATA
ORANG BELGIUM
Unknown commented on
"34 BIRNAM ROAD NORTH LONDON"
Ko telan air liur je la ketika org lain dapat sedap. Ke ko selit tepi dapat ambek kesempatan ketika calun suami buat kali ketiga meninggalkan tahta.
JANGAN SALAH BACA
JANGN SALAH
BACA
PUTRA BUKAN
KUMPULAN
LELAKI
GUMBIRA
KAH KAH KAH
INI PARTI POLITIK
AMIN
Putra sasar
bertanding
40 kerusi Parlimen
PRU15
KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkara Malaysia (Putra) mensasarkan sebanyak 40 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Presidennya,Ibrahim Ali berkata, tiga negeri yang disasarkan untuk bertanding adalah Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan selepas memilik kekuatan sokongan di sana.
Jelas beliau, di Kelantan pula, Putra akan bertanding hampir kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN0 dalam memberi saingan kepada Muafakat Nasional (MN).
Negeri lain ujarnya, parti itu mungkin hanya bertanding antara tujuh hingga lapan kerusi DUN sahaja.
“Bagi Parlimen, kalau Putra mampu menang antara 15 hingga 20 kerusi pun sudah memberi faedah besar kepada orang Melayu.
“Dengan jumlah kerusi yang ad aitu, kitab oleh menjadi kumpulan semak dan imbang di mana tidak terikat kepada mana-mana parti lain,” katanya.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Putra kini melihat perspektif berbeza apabila akan terdapat kerjasama politik antara parti dan tiada lagi satu parti sahaja yang menjadi dominan.
Jelas beliau, pada PRU15 nantu, satu parti mungkin hanya akan memenangi antara 20 hingga 30 kerusi Parlimen dan gabungan antara parti lain diperlukan untuk membentuk kerajaan.
KITA TUNGGU
PRU 15
ADA CALON
PUTERI ATAU
HANYA PUTERA
AMIN
JANGAN KETAWA
BILA LIHAT
TOK HENG
JADI RAJA
KAH KAH KAH
MUHYIDDAN DISELAMATKAN OLEH MAT KOBID
HAM DU LIL
MUHYIDIN SELAMAT
AMIN
KAH KAH KAH
UMNO secara tidak langsung akui jatuhkan Kerajaan PN – Anthony
KUALA LUMPUR – UMNO secara tidak langsung mengakui memang ada rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional apabila mengumumkan gencatan politik.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, cuma sekarang kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, mereka berdamai sementara.
KALAU MAT KOBID
TAK BANTU
DAH LAMA
MUHYIDIN
TERSUNGKUR
KAH KAH KAH
TERIMA KASEH
MAT KOBID
AMIN
BERITA NABI HUDHUD
APA JADI
DENGAN
NABI HUD HUD
AMIN
NABI HUD HUD
CONTOH
PEMIMPIN SLAM
YANG SUCI
LAGI WARAK
LAGI SYUMUL
LAGI JUJUR
AMIN
Kes Khairuddin
buat rakyat
makin marah,
kata pemimpin Umno
Dakwa Khairuddin
di mahkamah,
gesa Najib
BUKAN DI DUNGUN TERANGGANU
DUNGUN
DALAM NEGERI
TUAH HAJI HADI
AMIN
DALAM NEGERI
NABI HUD HUD
AMIN
WILAYAH ISLAM
LAGI SUCI
LAGI SYUMUK
AMIN
KES INI BUKAN
DI DUNGUN GANU
AMIN
5 lelaki didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun
LIMA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada September.
Bagaimanapun Ahmad Syah Herfudin Omar, 23; Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21; Muhammad Ghardafi Abdullah, 20; dan dua lagi tertuduh yang merupakan remaja di bawah umur, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka.
Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima mereka didakwa melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa pada 29 September lepas di dalam ladang sawit di Felda Kerteh 5, di Ketengah Jaya, Dungun, antara pukul 9 malam hingga 11 malam.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.
INI DUNGUN
NEGARA KAPIR
SEBELAH GERMAN
BAWAH RUSIA
ATAS BULGARIA
AMIN
NEGARA KAPIR
MAKAN BABI
TAKCAYA TUHAN
TAKDA TAMADUN
AMIN
BUDAYA
GENG BANG
HANYA BERLAKU
DALAM NEGARA
KAPIR LAKNAT
MUSTAHIL
BERLAKU DALAM
NEGARA ISLAM
AMIN
KERAJAAN PERPADUN BANDUAN
KERAJAAN PPB
KERAJAAN
PERPADUAN
BANDUAN
gazali commented on
"PROJEK ANWAR NAJIB ZAHID GAGAL"
Kali ini gambar banduan yang 4 ekor tu yang paling menarik. Ianya membicara segala-galanya, menyerlah apa yang tersirat.
ABAM ATAS BAHU SABU
ABAM ATAS
BAHU SABU
Unknown commented on
"SAPA PANDAI"
Posisi tangan tu bukan tangan abang bercermin mata yg empunya. Mungkin tangan Zahid dan Ahmad Maslan punya. Kedudukan bendera keris tu tinggi sbb rmai ahli.
Jadi abang berkaca mata sedang berdiri atas bahu LGE dan LGE berdiri atas bahu Mat Sabu. Kedudukan abang bercermin mata agak tidak stabil dan bergoyang, mungkin akan jatuh terhempas ke tanah sedikit masa lagi bersama bendera keris tu.
BILA ZAHID PUSING BELAKANG
BILA ZAHID
PUSING BELAKANG
capt salai commented on
"ZAHID PUSING BELAKANG"
Bagi la tempurung kt abam tu tt..soh tadah air liur kempunan nk jd pm..jgn lupo soh jilat siku
SAYANG SEMPAT KENA TIPU
SEJARAH MERAKAM BAGIAMANA
MAT SABU
GUANG ENG
DITIPU ANWAR
HINGGA KERJAAN PAKATAN HARAPAN
RUNTUH
Unknown commented on
"GEROMBOLAN MAKIN HEBAT"
Ada orang kata Bang Mat dan Guan Eng dah sedar diikuti Mazlee dan Syed Sadek... Yang masih lagi tak sedar adalah dungUMNO yang diterajui Wak J_hid di sokong Mat Bugis siap tulis surat lagi bagi nombor kat Mat Songel....kira gamble untung batu untung sabut ler... Mat Songel nih dia sebenar nya SEDAR tapi buat selamba tak sedar hanya kerana gila PM tuh tak ada ubat penawar ubati gian PM dia tuh....
itu ler yang dia sambut seruan dungUMNO kerana ada chance sangat besar jadi PM tak kira DAP dan AMANAH suka atau tidak belakang boleh kira...umum ada nombor DAP ngan AMANAH musti boleh ngam.....sebab boleh dapat balek keraJAAN! Akibat gelojoh tanpa tahap maka pemikiran Mat Songel juga jatuh bawah sifar...
tuh sebab sekor nih memang macam tertulis tidak ada 'heng' bak kata orang cina! Apa apa pun mat songel nih memang dari dulu 'bo heng'...kena terajang dari dungUMNO, turun naik mahkamah, saman Tun M tak jalan, keluar masuk jel, dapat pengampunan dari YDPA pun samar samar sekarang jadi kes....dia nih kalau main pakau orang kata sial kacau daun selalu.....wink!?!?!
HURU HARA BUKA JALAN BANYAK PELUANG
HURU HARA
BUKA JALAN
BANYAK
KEMUNGKINAN
BANYAK PELUANG
Jungle man commented on
"ANAK MUDA KE JALAN RAYA"
Mahasiswa Indonesia berdemo suharto pun jatuh tapi Indonesia huru hara rupiah jatuh persengketaan antara agama terjadi rakyat biasa sengsara jadi tak payah nak ikut sgt kerenah anak muda tu cuma nak buat huru hara
SAPA PANDAI
SAPA BIJAK
BOLEH BANTU
dalam email
34 BIRNAM ROAD NORTH LONDON
34 BIRNAM ROAD
NORTH LONDON
Tapi kesah aku ini bukan tentang pembunuhan itu. Atau tentang bagaimana mayat mangsa di Istanbul itu dikatakan hilang lesap kerana telah dilupuskan apabila direndam dalam asid. Atau tentang isteri mangsa teguh setia mencari mayat yang hilang.
Aku tidak kenal dengan mangsa. Hanya bila aku membaca berita pembunuhah aku mula sedar bahawa aku pernah mendengar nama keluarga mangsa ini. Internet membantu aku untuk mengenal pasti bahawa mangsa yang dibunuh ialah anak saudara kepada sosok yang aku kenal.
Kesahnya bagini : Bila aku diterima masuk ke Brixton College aku berpindah dari Belgium ke kota London. Bukan mudah untuk mencari bilik untuk disewa. Awalnya aku menumpang di 34 Birnam Road Finsbury Park. Rumah terras tiga tingkat empat bilik termasuk satu loteng. Rumah ini milik Mister Stefanos berasal dari Greek.Rumah ini disewa oleh pelajar Malaysia. Siapa penyewa paling awal rumah ini wahu alam bisawab hanya Guru Nanak yang mengetahui. Maria Chin dan Sivarasa adalah diantara penghuni rumah ini. Malah sebelum aku berpindah ke London aku pernah sampai ke rumah ini sebagai tamu. Ini rumah para aktivis pelajar Malaysia di London.
Satelah menumpang dua minggu di Birnam Road aku berjaya mendapat bilik sewa di Effra Road Brixton. Ini lebih molek kerana aku hanya menapak ke sekolah. Tak perlu berbelanja naik tube.
Satu demi satu kawan kawan di London habis belajar dan mereka pulang ke kampong. Aku ingat lagi satelah Maria Chin selesai belajar dia pulang. Kemudian tiga orang lagi warga Birnam Road pulang. Aku hanya menghantar mereka hingga ke Heathrow. Akhirnya aku dipelawa oleh Sivarasa untuk mengambil satu bilik di 34 Birnam Road. Aku setuju.
Tak beberapa lama kemudian Sivarasa selesai pembelajaran ilmu hukum dan akan pulang ke Malaysia. Aku menjadi penghuni terakhir di 34 Birnam Road - pusat aktivis pelajar Malaysia di London. Aku menjadi gelabah. Aku saorang tidak mampu menyewa sebuah rumah ini.
Tetiba aku diselamatkan oleh Jeny pelajar dari Sabah. Jeny bukan datang sendirian. Dia memberitah aku yang dia akan datang bersama Shula seorang ibu tunggal dan dua anak perempuan - Dee dan Sarina. Aku merasa selamat. Gadis Sabah yang sudah selesai belajar kini menjadi pembantu Shula. Tapi Jeny memberi ingatan bahawa dalam masa terdekat dia juga akan pulang ke Sabah.
Dee 11 tahun - berambut perang berayahkan lelaki Scotland. Sarina 8 tahun - berambut hitam kriting berayahkan lelaki Iran yang telah mati kemalangan.
Tidak pernah aku tanya tapi aku rasa umur Shula awal 30’an. Wanita cun bergetah ini adalah hasil kacukan Minah Saleh Scotland dengan Arab Aljeria. Kali pertama kami bersua aku terperanjat kerana aku sangka Isabelle Adjani pelakon kacukan Peranchis-Aljeria dari Paris sedang menunggu aku di dapur.
Shula bekerja sebagai ‘croupier’. Aku tak tahu apa kerja ini. Dalam kepala aku wanita secantik Shula wajib sebaris bersama Naomi Campbell , Cindy Crawford atau Kate Moss – menjadi model.
Kemudian Shula menerangkan bahawa dia bekerja dalam Kelab Ekslusif di Kensington - daerah orang kaya dalam kota London. Croupier ialah gadis dibelakang meja judi. Kerjanya mengedar daun troop, memotong daun troop atau membaling buah dadu. Kerja mula jam 8 malam dan selesai jam 3 pagi. Kerjanya tidak berat. Tidak memerlukan kelulusan dari Oxford atau Brixton College. Yang berat ialah wajib sentiasa dilihat cun bergetah dan ceria bila di belakang meja.
Semua berjalan lancar. Aku menjadi warga North London – daerah yang dikatakan paling cool di London. Satu malam Jeny memberi tahu yang dia mendapat panggilan dari Kota Kinabalu. Kekasihnya mahu dia pulang segera. Jeny pernah bersurah bahawa dia di London atas tajaan lelaki kaya dari Sabah. Setiap kali Si Kaya ini datang ke London Jeny akan menjadi pemandu dan teman penyedap.
Kini kami tinggal berempat. Shula membuat cadangan. Aku menjadi pembantu dan menjaga Dee dan Sarina diwaktu Shula bekerja. Aku tidak perlu membayar sewa rumah. Aduh ! Cadangan yang mustahil aku tolak. Di London sewa bilik mahal. Aku dapat ‘ rent free’ tapi wajib jadi ‘ babysitter’.
Maka aku pun mula belajar untuk menjadi seorang ayah yang baik. Aku wajib berada di rumah sabelum jam 7. Aku tak boleh meninggalkan rumah sehingga Shula balik. Adalah salah dari segi hukum meninggalkan anak kecil bawah umur bersendirian. Ibu bapa boleh didakwa dan anak boleh diambil oleh Jabatan Kebajikan. Semua ini aku baca untuk mengetahui tugas aku.
Hakikatnya aku tidak ada hujung minggu.
Di suatu petang dipermulaan musim bunga sebelum pergi bekerja Shula bertanya pada aku tentang budaya Arab. Aku menerangkan Arab ini ada pelbagai. Tapi aku hairan kenapa tetiba Shula bertanya. Mungkin Shula mahu mencari keluarga arwah ayahandanya di Algeria.
Esoknya dia bertanya lagi. Kali ini tentang cuaca dan makanan Arab. Aku yang pernah tinggal di Damas, di Beirut dan di Baghdad – lalu aku berkesah apa yang aku tahu. Aku beritahu Shula humus dan falafel boleh dibeli di London.
Esoknya pulang dari sekolah aku ternampak kotak humus dan falafel diatas meja makan. Dan beg kertas hijau logo gedung Harrods tersandar di dinding. Wow! Shula telah membeli belah di Harrods.
‘ Isham I’m in love with an Arab guy…’ Meletup dari mulut Shula satu pagi. Ketika itu Dee dan Sarina dibilik menonton tv. Baru aku faham mengapa tetiba Shula tertarik denga apa sahaja Arab.‘ Sure you knows his brother Adnan……his name is Hashim….’
Shula berkesah bagaimana satu malam Hashim datang ke kelab tempat Shula bekerja. Bagaimana Hashim memandang Shula ketika Shula membuang buah dadu. Shula bercerita bagaimana Hashim memberi ‘tips’ yang lumayan. Akhirnya saban malam Hashim hanya mahu bermain di meja yang Shula menjadi croupier.
Dari surah Shula aku mengenali siapa abang kepada Hashim ini. Aku tahu nama keluarganya. Aku pernah membaca berita Adnan dimedia. Orang kaya. Salah saorang sosok yang amat kaya di Saudi Arabia. Abang Hashim ini menjalankan perniagaan paling lumayan - jual beli senjata.
‘ Minggu depan kamu jangan ke mana mana… kami nak keluar dari kota London… Mungkin ke Lake District mungkin ke Devon.. kalau kawan kamu dari Brixton nak lepak disini jemputlah…’Kini barang dapur kami - bawang, lada, roti , ikan, daging – semua dari Harrods. Shula tidak lagi membeli di Tesco atau di Marks and Spencer. Jauh sekali membeli di kedai Pakistani. Beg kertas hijau – logo Harrods - bersepah dalam dapur kami.
Semakin dalam percintaan Shula dengan Hashim semakin kerap aku tak keluar malam. Hujung minggu Shula dan Hashim bercanda-canda entah dimana. Aku wajib menjaga Dee dan Sarina. Beg kertas Harrods makin bertimbun.
Aku rasa aku telah menjadi babysitter yang baik. Membaca buku cerita kepada Sarina agar dia cepat tidur. Melarang Dee dari menonton tv salepas jam 9. Hakikatnya aku telah bersedia untuk menjadi ayah yang bertanggung jawab. Jika ketika itu ada gadis datang melamar pasti aku akan bernikah. Semua berlaku kerana aku tak perlu membayar sewa bilik.
‘ Woit… Isham …you are rich now… shopping in Harrods ..” Komen Tony kawan aku anak muda keturunan Jamaica. Tony bertandang ke Birnam Road bersama Dan pelajar dari Kenya. Mereka berdua ternampak selongok beg kertas Harrods dalam dapur.
Sambil ketawa aku menerangkan duduk pekara. Aku bersurah tentang percintaan Shula denga Hashim. Aku juga memberi tahu Tony dan Dan siapa Hashim dan siapa abang Hashim.
‘ Mereka akan kahwin? ‘ Tony bertanya.‘ Arab Saudi boleh simpan banyak harem … entah entah Shula jadi gundek saje…’ Dengan sinikal Dan memberi penjelasan.
Pada hemat aku ada benar kata-kata Dan ini. Malah aku tahu sebanyak sadikit tentang perangai jantan Arab. Pernah aku dengar dari saorang pelajar Arab Palestin di Pakistan. Dia menerangkan bahawa kekasih atau isteri macam motosikal milik kita. Wajib dijaga dan jangan dikongsi. Ini pandangan Arab bandar. Arab Saudi pasti lebih kolot.
Tapi dari perbualan dengan Shula aku rasa pecintaan mereka agak dalam. Hashim semakin kerap turun naik dari Saudi ke London. Malah Shula telah memberi tahu bahawa Hashim sedang mencari flet untuk dibeli di wilayah Kensington. Wilayah berhampiran Istana Lady Diana.
Percintaan berjalan. Hari jadi Hashim akan sampai. Shula sibuk untuk membuat kueh hari jadi yang special untuk Hashim. Shula ke Harrods untuk membeli bahan. Aku tahu di hari jadi ini Shula berharap Hashim akan mencadangkan – propose - masa depan yang lebih menjanjikan untuk Shula.
Di pagi hari jadi aku terperanjat kerana dimeja makan duduk seorang lelaki Arab awal tiga puluhan. Kacak segak dan bergaya. Kami berjabat tangan dan terus mesra. Nampaknya Shula telah bercerita sadikit tentang aku kepada Hashim.
Aku mengucapkan selamat hari jadi dan terus beredar untuk ke sekolah. Aku tinggalkan dua kekasih untuk bercengkerama. Dee dan Sarina telah keluar dengan guru ke kolam renang.
Semenjak pagi itu kerap juga Hashim datang bermalam di 34 Birnam Road. Selalunya mereka sampai awal pagi sesudah Shula selesai bekerja.Satu hari Shula mula bertanya kepada aku tentang Islam. Aduh! Sebagai penganut Islam Budaya aku terangkan pada Shula adat Islam kami dari Negeri Sembilan. Aku terangkan tak timbul bab kena rotan atau kena rejam jika bercinta berahi.
‘ Wow… very exciting.. very sexy..’ Shula mula tertarik dengan Islam.
Musim panas sampai. Aku lihat Shula agak berubah. Dia gelisah. Setiap kali talipon berdering dia akan berlari mengambil talipon.
‘ Isham…. waktu malam ada call masuk tak… dari Saudi? Aku menggeleng kepala. Aku sedar bahawa Shula sedang menungggu panggilan dari kekasihnya. Aku tahu betapa risaunya hati kalau kekasih yang ditunggu tidak membuat panggilan. Resah gelisah dan tak tentu arah.
Aku ingat lagi petang Sabtu itu Ketika aku di dapur. Talipon berdering. Shula bergegas mengambil. Kemudian dia masuk ke dapur.
‘ I know him… the shit.. what a conman..’ Shula marah kemudian menangis. Aku bangun. Shula menangis pada bahu aku.
‘ He is in London all the time..’
Baru aku sedar bahawa Hashim selama ini berada di London. Tapi tidak lagi menghubungi kekasihnya Shula.
Shula mengeringkan air mata dan membasuh muka.
‘ I know where he is… I am going there… to confront him…they are having a barbecue party…’ Shula berkeras nak pergi mencari Hashim.
Disini muncul aku saorang Sakai suku Biduanda dari Jelebu. Dengan dengan segala pengalaman aku menenangkan Shula. Jika Shula pergi ke Kensington Garden aku tahu siapa yang akan ditemui. Kawan kawan Hashim kumpulan elit kota London. Jantan Arab kaya. Dame dan Sir yang sedang menuangkan Dom Perignon menyambut musim panas sambil berbual bual tentang cricket.
‘ No Shula.. don’t go…..please..’
Aku tahu Shula ibu tunggal beranak dua ini akan dihina dan diketawakan oleh kawan kawan Hashim. Silap hari bulan polis akan dipanggil kerana Shula bukan tamu jemputan.
Kemarahan Shula reda. Malam itu Shula tidak pergi bekerja. Semenjak petang iu nama Hashim tidak penah lagi muncul. Dan beg kertas dari Harrods makin berkuarangan di 34 Birnam Road. Amin.
EPILOK
Aku terbaca tentang Hatice Cengiz wanita Turkey masih berjuang untuk menegakkan keadilan dan menyaman Muhamad Bin Salman atas kematian suaminya Jamal Khashoggi.
Aku terfikir juga apakah Shula juga boleh menyaman bapa saudara Jamal kerana mugkir janji. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DITERBITKAN https://www.malaysianow.com/wacana/2020/10/22/kisah-di-no-34-birnam-road/
ZAHID PUSING BELAKANG
PASAI APA ABAM
SUSAH HATI BILA
ZAHID PUSING
BELAKANG
KAH KAH KAH
Umno buat
‘pusingan U,
Zahid kini gesa
sokong PN
APA SUDAH JADI
YA ASAL
BALIK USUL
AMIN
PROJEK ANWAR NAJIB ZAHID GAGAL
PROJEK TUBUH
KERAJAAN
BANDUAN GAGAL
AMIN
Kemarahan,
ketegangan dalam
mesyuarat 4 jam
Umno paksa Zahid
buat ‘pusingan U’
“Pusingan U” dilakukan Ahmad Zahid Hamidi hari ini disebabkan tentangan hebat daripada pemimpin Umno yang berkumpul di ibu pejabat parti itu bagi membincangkan surat yang dihantar kepada Agong bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, kata sumber kepada MalaysiaNow.
Gesaan presiden Umno itu untuk “gencatan politik” juga dilihat sebagai persediaan kepada cadangan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun hadapan.
Petang ini, terdapat ketegangan di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan pengerusi perhubungan Umno negeri marah disebabkan pemimpin tertinggi parti secara sepihak menyokong rancangan Anwar untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang mana Umno merupakan sebahagian daripadanya.
“Zahid yang menyedari wujud gerakan menggulingkannya bertindak mengeluarkan kenyataan untuk meredakan kemarahan itu,” kata salah seorang individu yang menghadiri mesyuarat itu kepada MalaysiaNow.
Zahid hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa “gencatan politik” beberapa hari selepas pendedahan berkenaan beliau dan bekas presiden Umno, Najib Razak menulis surat kepada Agong untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Bekas timbalan perdana menteri yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, mendakwa “sejumlah ahli Parlimen Umno” akan menyokong Anwar untuk menggulingkan Muhyiddin Yassin, tetapi tidak memberikan perincian.
Pendedahan itu ternyata mengejutkan kepimpinan tertinggi Umno, dengan beberapa pemimpin termasuk menteri dari Umno menjarakkan diri daripada Zahid.
“Kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, mesyuarat hari ini diadakan selepas tekanan daripada beberapa pengerusi perhubungan Umno negeri yang menunggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Zahid selepas kandungan suratnya didedahkan MalaysiaNow minggu lepas.
Mesyuarat Majlis Kerja Tinggi Umno bagaimanapun ditangguhkan sebanyak dua kali selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat dilaksanakan di beberapa negeri, menyukarkan pemimpin parti untuk ke Kuala Lumpur.
“Zahid harap kenyataannya menggesa Umno untuk memfokuskan kepada melawan Covid-19 akan menenangkan pengerusi perhubungan Umno negeri,” kata sumber sama.
Awal hari ini, MalaysiaNow melaporkan Zahid mungkin antara beberapa ahli Parlimen Umno yang berdepan tuduhan rasuah merancang untuk menggagalkan belanjawan yang bakal dibentang Muhyiddin.
Satu lagi sumber memberitahu MalaysiaNow, Zahid juga dikatakan bakal mencadangkan untuk menangguhkan pemilihan Umno yang sepatutnya dijadualkan tahun depan kepada satu tarikh lain.
Pada pemilihan Umno pada 2018, Zahid menewaskan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pemilihan yang berlaku selepas Najib hilang kuasa itu juga amat bersejarah kerana sejak 1988 jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak pernah dipertandingkan.