Khamis, 25 Julai 2024
BETUL KE KERAJAAN MADANI DI KONTROL OLEH DAP?
BETUL KE KERAJAAN
MADANI DI KONTROL
OLEH PARTI DAP?
KHALAS
KENAPA ANWAR JUAL 39 AIRPORT KITA PADA ZIONIS YAHUDI ?
ANWAR JUAL
39 AIRPORT KITA
PADA SYARIKAT
ZIONIS YAHUDI
KHALAS
JEMPUT ANWAR DAN RAFIZI BERKEMPEN DI NENGGIRI
BAWA ANWAR
BAWA RAFIZI
BERKEMPEN
DI NENGGIRI
AMIN
MEREKA MELAYU
BUKAN DAP
KHALAS
MADANI BERI DANA ?
Derma syarikat arak kepada sekolah langgar moraliti rakyat Malaysia – Kok Seong
KUALA LUMPUR – Kutipan dana sekolah yang melibatkan sumbangan daripada syarikat arak adalah tidak wajar kerana melanggar moraliti sebagai rakyat Malaysia, kata pakar pendidikan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong.
Felo Majlis Profesor Negara (MPN) itu menambah, umum mengetahui Malaysia adalah sebuah negara Islam dan secara tidak langsung ajaran agama itu turut mengawal moraliti, akhlak dan tatasusila rakyatnya termasuk dari sudut penerimaan sumbangan daripada kegiatan yang boleh dianggap berdosa dalam Islam.
Katanya, adalah sangat mengecewakan apabila perkara itu tidak difahami dengan jelas oleh sesetengah pihak yang sekali gus gagal berfungsi sebagai rakyat Malaysia yang baik.
“Sedangkan negara kita sudah 67 tahun merdeka, namun masih ada rakyat Malaysia tidak mengetahui mengenai budaya dan agama rasmi (Persekutuan) negara.
“Mahu atau tidak, rakyat Malaysia yang beragama lain perlu faham apa ajaran Islam, bukan suruh masuk agama itu tetapi sekurang-kurangnya mereka jelas dan tidak akan mempertikaikannya.
“Oleh itu, kerajaan perlu melihat semula berhubung perkara tersebut kerana ia jelas merupakan kegagalan besar dalam membentuk manusia Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Kok Seong turut mengingatkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) juga adalah institusi pendidikan kerajaan yang tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
Sehubungan itu, katanya, adalah tidak wajar untuk SJKC diberikan pengecualian daripada larangan menerima derma daripada syarikat berkaitan arak, judi atau rokok seperti ditetapkan pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).
“Jika mendakwa sekolah Cina ini sudah berpuluh-puluh tahun menerima dana daripada syarikat arak, tidak mengapa, kita terima sahaja ia mungkin disebabkan `kejahilan’ sebelum ini, tetapi untuk masa depan, ia tidak boleh dibenarkan berlaku lagi,” katanya. – MalaysiaGazette
KALAU TAK
DAPAT DARI
SYARIKAT ARAK
BOLEHKAH
KERAJAAN MADANI
BERI DANA?
AMIN
KHALAS
DANA DARI ARAK & ROKOK
Dana rokok boleh?' soal aktivis pendidikan Cina di sebalik bantahan DAP terhadap larangan derma syarikat arak
Seorang bekas ahli parlimen DAP dan aktivis pendidikan Cina mempertahankan pendirian PAS dan pihak yang mempersoalkan penglibatan syarikat arak dalam menyalurkan derma kepada sekolah Cina, ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan bantahan DAP - rakan kongsi terbesar kerajaan campurannya - berhubung larangan beberapa industri daripada terlibat dalam aktiviti mengumpul dana untuk sekolah.
Kua Kia Soong, bekas pengetua Kolej New Era yang dibiayai pertubuhan pendidikan Cina Dong Jiaozong, berkata ahli politik yang menuduh PAS bermain sentimen kaum bukan sahaja tidak mempedulikan kesan negatif penajaan sedemikian terhadap kanak-kanak, tetapi juga mengamalkan sikap dwi-standard.
Kua, bekas wakil rakyat Petaling Jaya yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas kegiatannya memperjuangkan pendidikan bahasa ibunda, turut mencabar ahli politik yang mempertahankan dana syarikat arak kepada sekolah Cina untuk menyatakan pendirian mereka sama ada syarikat rokok boleh melakukan perkara yang sama.
"Bolehkah syarikat rokok juga mengumpul dana untuk sekolah Cina walaupun mereka juga mendakwa tidak menggalakkan kanak-kanak sekolah untuk merokok? Sikap dua muka ini terlalu jelas," kata Kua, yang mengulas kontroversi menyelubungi sumbangan RM3 juta daripada sebuah syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Selangor, yang melanggar arahan Kementerian Pendidikan pada 2018.
Kontroversi itu juga menyaksikan lambakan kritikan terhadap Ahli Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu, selepas gambarnya bersama-sama pegawai sekolah dan beberapa ahli politik meraikan pengumuman sumbangan kepada sebuah sekolah Cina di samping logo sebuah jenama arak terkenal.
Aiman, yang juga timbalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, turut menjadi sasaran pengguna media sosial beragama Islam kerana penampilannya.
Walaupun memohon maaf sekiranya "ada yang sensitif dengan gambar saya pegang replika cek berlogo arak itu", Aiman bertindak menyerang pemimpin PAS dengan menuduh mereka hipokrit kerana bermesra dengan orang bukan Islam yang meminum arak ketika kempen pilihan raya - kenyataan yang hanya menyemarakkan kritikan dan sindiran terhadap pemimpin Amanah.
PAS sebelum itu mengingatkan Aiman mengenai surat pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan pada Mac 2018, yang melarang sebarang penglibatan hasil judi, rokok, dadah dan minuman keras dalam kegiatan memungut derma untuk sekolah.
'Saya pun minum arak, tetapi nilai etika saya jelas'
Kua, seorang penasihat kepada Dong Jiaozong, berkata beliau sendiri seorang yang meminum arak secara sederhana, tetapi itu tidak bermakna menghalalkan syarikat arak untuk dipromosikan di sekolah-sekolah.
"Menjadi seorang peminum arak tidak mengaburkan nilai etika saya sebagai seorang ahli pendidik.
"Boleh tanya rakan sekerja saya di Dong Jiaozong, sejak 80-an lagi, saya tidak pernah setuju dengan sumbangan dana daripada syarikat arak kepada sekolah kerana bagi saya, menggalakkan pengambilan alkohol di sekolah bertentangan dengan nilai sihat yang cuba dipromosikan oleh sekolah.
"Dan sekolah Cina sentiasa berbangga dengan nilai yang kami cuba terapkan di sekolah kami," kata Kua.
Menurut Pua, kempen mengumpul dana sekolah melibatkan syarikat arak membawa kesan yang sama seperti syarikat tembakau yang berselindung di belakang iklan produk bukan rokok, iaitu punca iklan seperti itu diharamkan.
"Janganlah kita berpura-pura kononnya kempen mengutip dana sebegini bukan bertujuan untuk pengiklanan," tambahnya.
Kua berkata syarikat arak tidak seharusnya dibenarkan mengiklankan kutipan derma mereka di sekolah kerana ia sama menormalisasikan kehadiran alkohol dalam sebuah persekitaran yang mana alkohol langsung tidak ada tempat.
"Apabila kanak-kanak melihat sekolah mereka berganding dengan syarikat arak, mereka mungkin mula melihat kerjasama ini dan produk mereka dalam perspektif yang baik. Ini menjejaskan usaha mendidik kanak-kanak tentang bahaya penyalahgunaan alkohol dan kepentingan membuat pilihan yang sihat berdasarkan maklumat betul, " katanya.
Beliau berkata sekolah diharapkan menunjukkan teladan dalam memupuk tingkah laku yang positif.
"Melibatkan pengeluar arak dalam pengumpulan dana boleh menghakis kepercayaan dan menimbulkan kebimbangan mengenai komitmen sekolah untuk memupuk persekitaran yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak."
Kua sebaliknya berkata tanggungjawab menyediakan dana untuk pendidikan bahasa ibunda terletak di tangan kerajaan.
"Pertamanya, mengapa sekolah Cina dan Tamil perlu mengumpul dana? Ini kerana selama ini, peruntukan kewangan tidak sama rata kepada pendidikan aliran bahasa yang berlainan," katanya.
Kua menggesa PAS untuk menyusuli kritikannya dengan menjanjikan peruntukan adil kepada sekolah Cina dan Tamil dalam manifesto pilihan raya parti itu.
"Semua parti politik harus memasukkan dalam manifesto utama mereka bahawa kerajaan akan menyediakan pembiayaan yang sama rata dan adil untuk semua aliran bahasa di negara ini," tambahnya.
BUJET BELAJAR
BUJET SEKOLAH
SEHARUSNYA
BUKAN DARI
SYARIKAT ARAK
JUDI & ROKOK
AMIN
JUGA BUKAN DARI
SYARIKAT
BLACKROCK
AMIN
KHALAS
HANTAR ASKAR BANGSA BERSATU KE GAZA
Rundingan gencatan senjata Gaza 'pada peringkat akhir' - AS
WASHINGTON: Rundingan gencatan senjata di Gaza dikatakan berada di peringkat akhir, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membincangkan jurang yang masih ada pada Khamis.
Seorang pegawai kanan AS, dalam taklimat kepada pemberita sebelum perbincangan dua pemimpin itu, berkata halangan selebihnya boleh diatasi dan akan ada lebih banyak mesyuarat bagi mencapai perjanjian antara Israel dan Hamas minggu depan.
Pejuang Hamas menyerbu selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menawan 250 tawanan, menurut jumlah Israel, mencetuskan perang di mana hampir 40,000 penduduk Gaza terbunuh.
Hamas dan pejuang lain masih menahan 120 tebusan, yang mana Israel percaya sekitar satu pertiga daripada mereka sudah mati.
Berbulan-bulan rundingan menerusi AS, Qatar dan Mesir selaku negara pengantara gagal menghasilkan perjanjian untuk membebaskan baki tebusan yang tinggal.
Pegawai kanan AS berkata kedua-dua Israel dan Hamas masih mempunyai beberapa isu untuk diselesaikan tetapi perjanjian sudah hampir dicapai.
Difahamkan, ini merangkumi gencatan senjata selama enam minggu akan berlaku sebagai pertukaran untuk pembebasan wanita, lelaki tua dan tebusan yang cedera dalam tempoh 42 hari.
"Ia adalah satu rundingan yang sangat berbeza sekarang berbanding sebulan yang lalu apabila kami mempunyai beberapa isu asas yang tidak dapat diselesaikan," kata pegawai itu.
Biden akan mengadakan perbincangan dengan Netanyahu dan kemudian Naib Presiden, Kamala Harris akan mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin Israel itu.
Harris mengambil alih sebagai calon pilihan Demokrat dalam pemilihan presiden AS November ini menentang calon Republikan, Donald Trump, selepas Biden memilih untuk tidak bertanding semula.
Pegawai kanan AS berkata kedua-dua Biden dan Harris 'mempunyai pemahaman yang selari' mengenai dasar AS terhadap Israel dan Gaza.
"Orang Israel akan mendengar penjelasan penuh mengenai apa yang akan dikemukakan sebagai penyelesaian jangka panjang bagi konflik Israel-Palestin ini," katanya. - REUTERS
RUNDINGAN ?
PERENGKAT
AKHIR?
AMIN
DAH BERAPA
KALI DI DENGAR
AMIN
HANTAR ASKAR
BANGSA BERSATU
BARU BOLEH
SELESAI
AMIN
KHALAS
DIMANA MAT SABU HILANG ?
DIMANA
MAT SABU
HILANG ?
Mohamad Sabu
Hari ini saya mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Luar Venezuela TYT Yvan Gil Pinto dalam lawatan kerja pertanian antara Malaysia dan Venezuela.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Venezuela pada 2023 dinilai pada USD48.4 juta, meningkat 34.8% daripada USD36.6 juta yang dicatatkan dalam 2022. Jumlah eksport pada 2023 bernilai USD8.8 juta, penurunan sebanyak 16.4% daripada USD10.9 juta yang dicatatkan pada 2022. Sementara itu, jumlah import pada 2023 bernilai USD39.6 juta, meningkat 56.3% daripada USD25.6 juta dicatatkan pada 2022.
Manakala jumlah perdagangan Malaysia dalam produk pertanian dengan Venezuela bernilai RM40.33 juta pada 2023 (USD8.6 juta). Antara produk import utama Malaysia dari Venezuela ialah ikan, krustasea dan moluska; kopi, koko, teh dan rempah ratus; serta sayur-sayuran.
Malaysia amat berminat untuk menerokai potensi pasaran baharu ke Venezuela bagi produk buah-buahan tropika, hasil ternakan serta hasil perikanan.
Bagi menjayakan hasrat ini, Malaysia ingin mencadangkan satu protokol atau prosedur operasi standard (SOP) terhadapan produk seperti ayam, daging lembu dan sarang burung ke dalam pasaran Venezuela.
Saya amat berharap kerjasama strategik ini akan membawa manfaat besar kepada sektor pertanian Malaysia dan Venezuela, serta membantu memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti untuk rakyat kedua-dua negara.
KAPIR AMERIKA TOLAK BLACKROCK
KAPIR AMERIKA
TOLAK BLACKROCK
AMIN
KENAPA ANWAR
JUAL 39 AIRPORT
MILIK KITA
KEPADA BLACKROCK?
JENG JENG JENG
KHALAS
KONGSI 50/50
DUIT TAK SAMPAI
LU ADA LINE
SILA URUS
KITA KONGSI 50/50
AMIN
Unknown commented on
"DUIT DARI MUHYIDIN
TAK SAMPAI SAMPAI"
TT dapat berapa komisen dari musuh musuh Madanon? Ada masuk setiap bulan atau setiap minggu? Sekiranya ada bagi tahu kita pun mahu tumpang kaki ayam sekarang susah cari makan dekat luar sana kah kah kah
PROJEK KUBURKAN BANI MELAYU
SILA DENGAR
CERAMAH INI
AMIN
ADA RANCANGAN
SEDANG DISUSUN
UNTUK KUBURKAN
BANI MELAYU
AMIN
ANWAR BERKEMPEN DI NENGGIRI ?
'Tok sah datang' ke Nenggiri, Ku Li beritahu DAP
Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata DAP, rakannya di peringkat kerajaan persekutuan, tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri menjelang pilihan raya kecil di kerusi negeri Kelantan itu, di mana pemimpin veteran itu mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) dalam PRK yang diadakan lebih sebulan selepas kekalahan teruk kerajaan campuran di Sungai Bakap.
Razaleigh berkata tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang "100% Melayu".
"Bagi saya, logiknya, apa guna nak bawa DAP ke kawasan Melayu?" Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li, memberitahu MalaysiaNow. "Dia (DAP) cakap Melayu pun tak betul."
Razaleigh berkata ucapan DAP sentiasa berpaksikan kepentingan masyarakat Cina.
"Apa untungnya? Dia ke sana dia buang masa dia, dan dia buang masa kita. Orang Melayu di Nenggiri nak dengar pandangan orang Melayu terhadap orang Melayu di situ," katanya.
Pendirian Razaleigh itu selang beberapa hari selepas Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani melancarkan jentera Pakatan Harapan (PH) untuk PRK Nenggiri.
Azaha berkata petugas DAP sanggup berkhemah di kawasan Orang Asli sepanjang tempoh kempen bagi memastikan masyarakat itu keluar mengundi pada 17 Ogos nanti.
"Sasaran kami 90% daripada lebih 2,700 Orang Asli akan keluar pada hari tersebut. Manakala pengundi Melayu kita serah pada BN dan Amanah," katanya dipetik Sinar Harian.
Rafizi dilarang?
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Umno, yang sedang bergelut dengan kemerosotan sokongan orang Melayu sejak pilihan raya umum lalu berikutan kerjasamanya dengan PH, telah menyenaraikan beberapa nama ahli politik yang dilarang menyertai kempen BN pada PRK Nenggiri.
Antara nama yang dikatakan dalam senarai itu ialah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, pengarah kempen PH di Sungai Bakap yang menyaksikan kekalahan teruk gabungan itu di sebalik beberapa dasar kerajaan termasuk penghapusan subsidi diesel.
Ditanya sama ada Rafizi dilarang berkempen, Razaleigh berkata beliau tidak pernah menamakan secara khusus menteri ekonomi itu.
"Saya tak kata apa-apa. Saya tak ada sesiapa. Saya kata ada orang yang tak perlu datang kempen," katanya.
"Macam pemimpin DAP, dengan pengundi 100% Melayu situ, tok sah datanglah."
Pilihan raya di Nenggiri, sebuah kerusi di bawah kawasan Parlimen Gua Musang yang pernah diwakili Razaleigh selama lebih empat dekad, diadakan selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, hilang keahlian Bersatu kerana berpaling tadah menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sekaligus melanggar perlembagaan parti.
Nenggiri merupakan satu-satunya kerusi milik ahli Bersatu yang berpaling tadah di mana pilihan raya semula diadakan, sejajar dengan undang-undang lompat parti yang diluluskan pada 2022.
Tujuh kerusi lain, iaitu satu kerusi negeri di Selangor dan enam kerusi Parlimen termasuk Gua Musang yang juga disandang Azizi, tidak diisytiharkan kosong selepas keputusan kontroversi speaker.
Pada pilihan raya negeri tahun lepas, Azizi menewaskan calon BN di Nenggiri, iaitu beberapa bulan selepas beliau menjadi antara "giant slayers" menumpaskan gergasi politik, apabila menewaskan Ku Li di Gua Musang pada pilihan raya umum November 2022.
Sementara itu, Razaleigh enggan menyatakan mengenai peluang Umno pada PRK Nenggiri, sebaliknya hanya boleh mengharapkan kemenangan.
"Saya tidak mendahului Tuhan," tambahnya.
Menurutnya, Umno tidak menyertai kempen di Sungai Bakap bulan lepas kerana parti itu bukan sebahagian daripada PRK itu.
"PH perjuangkan lain daripada apa yang kita pejuangkan, dan orang Melayu berpendapat begitulah," katanya sambil menambah orang Melayu akan terus menolak PH selagi Anwar tidak mempunyai "base" sokongan Melayu.
CARA PN
NAK MENANG
DI NENGGIRI
AMAT MUDAH
AMIN
JEMPUT ANWAR
JEMPUT RAFIZI
BERI CERAMAH
AMIN
KALAU MEREKA
SIBUK DGN TUGAS
NEGARA TAK PA
AMIN
PASANG GAMBAR
ANWAR
PASANG GAMBAR
RIFIZI
BERSAMA CALON
PERIKATAN
AMIN
KEMPEN CARA INI
PASTI BAWA MENANG
AMIN
KU LI AKAN
HANYUT DALAM
SUNGAI NENGGIRI
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)