Jumaat, 27 Mac 2015

11b TANGKAPAN








ESOK 

DI SOGO




118 kes tangkapan 

membantutkan ruang demokrasi

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin membangkitkan kebimbangan di mana ruang pendemokrasian di Malaysia terbuntut pada ketika rakyat bakal berdepan dengan bebanan baru cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Tanggal 27 Mac 2015, pada hari ke-46 Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia  Anwar Ibrahim dipenjarakan, pengumpulan maklumat oleh KPRU menunjukkan, sekurang-kurangnya sebanyak 118 kes penangkapan telah dilakukan oleh pihak polis pada tahun ini.

Jumlah 118 kes penangkapan tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli politik oposisi, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya.

Mereka sama ada ditahan untuk siasatan, direman atau didakwa ke mahkamah. Pihak polis banyak menggunakan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman atau Kanun Keseksaan untuk tindakan polis dan tindakan mahkamah seterusnya.

KPRU: Senarai kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, hari ke-46 Anwar Ibrahim dipenjarakan


Dikeluarkan oleh 
Ooi Heng
Pengarah eksekutif KPRU




-------------

SEMUA PAKAI HITAM






PENGUMUAN 
sila ambil perhatian
pilih tempat bermula
kemudian bergerak
beramai-ramai ke sogo

pakai hitam


Salam hormat,

Berikut adalah panduan pergerakan untuk peserta Himpunan #KitaLawan 28.03.2015:

Berkumpul di tiga lokasi iaitu:-

i. Masjid Jamek – YB Rafizi Ramli, Khairul Anwar dan Saudara Fariz Musa

ii. Dataran Merdeka (tapak duduk bantah #KitaLawan) – YB Tian Chua, Saudari Nurul Nuha dan Saudara Mandeep Singh

iii. Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut – Saudara Mat Sabu, Ustaz Fakrolrazi dan Saudara Khairol Najib

Peserta kemudiannya akan mula bergerak dari lokasi yang dinyatakan ke Sogo pada jam 4.00 petang

Mesej himpunan akan tertumpu kepada perbandingan keborosan dan kemewahan pentadbiran Najib Razak sedangkan kehidupan rakyat terus ditekan terutamanya kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.

#KitaLawan juga akan terus mendesak agar  Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan Anwar Ibrahim.

Panduan peserta Himpunan boleh rujuk http://bit.ly/panduanhimpunan

Semua rakyat dijemput bersama-sama dengan anak muda.


Berdiam diri bukanlah satu pilihan.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan

26 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN






---------------------

SALUT PARTI KEADILAN RAKYAT






SALUT

salut untuk pkr
salut untuk parti yang berani
perjuangan diteruskan
la lutte continue






------------

DARI FACE BOOK






FACE BOOK


Ada masanya aku tengok dari pandangan mata mereka, seolah-olah ada satu perasaan yang cuba disembunyikan. Kerana mereka juga bakal merasa seperti apa yang akan kita rasa. Mereka faham perasaannya.Cukai untuk rakyat miskin akan dirasai juga oleh mereka,kerana mereka juga rakyat. Yang perlu hidup.Namun atas nama Kerja, ada suara yang harus diikuti meski gerak hati mereka kuat mengatakan tidak.



Tapi ada perkara yang lebih besar daripada itu. Tugas mereka yang sebenar-benarnya bukan untuk melindungi suara & kuasa orang-orang yang menyalahgunakan kuasa, tapi untuk melindungi rakyat yang tak punya kuasa. Setidaknya kalau kalian tidak berani untuk berkata, izinkan kami untuk terus melawan di pihak kalian.Biarkan kuasa yang sebenar dipulangkan kepada yang sepatutnya. Kerana pada Akhirnya, masa depan milik kita.Di Malaysia hari ini, yang kaya semakin kaya. Yang miskin semakin miskin. Itu realiti. Tiada jalan lain untuk suara kita didengari melainkan dengan turun ke jalanraya dan lawan.

Duduk Bantah Kita Lawan dah masuk Hari ke 6. Malam semalam,Sekumpulan manusia yang mengaku menjadi pelindung rakyat tidak bersenjata bertukar menjadi syaitan apabila tiba-tiba memukul dan menangkap 6 orang rakan kami yang sedang berhimpun secara aman dan mencederakan seorang wanita berusia 70 tahun dalam cubaan untuk menangkap beliau tetapi gagal. Tindakan bacul polis ini membuktikan Malaysia masih berada dalam penafian dalam kesuksesan sistem demokrasi.Malam ini malam terakhir kem Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebelum demonstrasi pada 28 Mac.Sila hadir berikan sokongan.





-----------

YANG BAIK WAJIB SOKONG









KOMENTAR
haramkan styrofoam
adalah langkah bijak
ini wajib disokong
ini wajib diperluaskan
ke seluruh negara
sacepat muungkin

wajib diberikan penerangan
tentang bahaya styrofoam
yang kini melanggar bukan sahaja
malaysia malah seluruh dunia



DBKL haramkan pengunaan bekas makanan styrofoam

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam usaha mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau.

Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL dalam masa terdekat akan mewujudkan kempen kesedaran untuk menjadikan bandar raya ini bebas daripada penggunaan bahan styrofoam.

DBKL akan memberikan pendidikan mengenai penggunaan bekas makanan yang lebih selamat dan mesra alam.



KAH KAH KAH

woit
yang baik macam ini
anak muda sokong
#KITA LAWAN sokong
jadi barua mat mongol
pasti kena tibai

YANG BAIK  
WAJIB SOKONG

------------

RESMI DARI PKR





WALIMATUL KURUS

PKR arah ahli hadiri perhimpunan Kita Lawan

PKR telah mengarahkan pemimpin parti itu supaya menggerakkan anggotanya untuk menghadiri perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur Sabtu ini.
 
Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR komited sepenuhnya terhadap perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh pelbagai NGO.
 
PKR, katanya, berharap semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya menyertai perhimpunan itu untuk menyuarakan hak mereka sebagai rakyat.

Katanya, PKR juga berharap pihak berkuasa tidak cuba menghalang hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Rafizi berkata, perjuangan Kita Lawan adalah selaras dengan pendirian PKR untuk melindung rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 dan percubaan polis untuk menyekat kebebasan berhimpun.
 
Sejak pemenjaraan ketua pembangkang Anwar Ibrahim pada 10 Februari, aktivis telah berkumpul di pusat membeli-belah Sogo setiap petang Sabtu untuk menuntut pembebasannya.
 
Kempen terkini Kita Lawan melibatkan desakan pemecatan Ketua Polis Negara,  Khalid Abu Bakar dan menggesa Najib Abdul Razak supaya berundur

Perhimpunan pada hari Sabtu itu berkebetulan dengan majlis perkahwinan untuk anak perempuan Najib,di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Polis menangkap lebih enam aktivis dan pemimpin pembangkang selepas perhimpunan besar-besaran yang menyaksikan perarakan 10,000 peserta dari Sogo ke KLCC pada 7 Mac.

Semalam, enam lagi ditahan semasa protes duduk berehampiran Dataran Merdeka.



---------

CERAMAH MALAM INI DITERUSKAN




CERAMAH
DITERUSKAN


6 aktivis #KitaLawan ditangkap di Dataran 

Merdeka tengah malam tadi -

24 jam sebelum ceramah perdana sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan hari ini, keganasan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tengah malam tadi, melibatkan 6 orang ditangkap polis, menurut sekretariat perhimpunan itu.
Dipercayai mereka yang ditangkap termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
"Mereka dikasari termasuk dipukul sebelum ditarik ke dalam kereta polis.
"Kami masih cuba mengesahkan ke mana mereka akan dibawa.
"Polis tidak berpakaian uniform juga bertindak kasar termasuk dengan menumbuk orang ramai yang cuba menenangkan keadaan di tapak duduk bantah," menurut kenyataan sekretariat itu.
Katanya, tapak duduk bantah #KitaLawan diserbu pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
"Perkataan yang mereka gunakan adalah ‘vacate’. Grace period yang diberikan adalah sehingga jam 12 tengah malam ini.
"Ini satu lagi ugutan daripada pihak berkuasa. Anak muda akan terus menggunakan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh perlembagaan," kata sekretariat itu.
Menurut kenyataan PKR pagi ini, difahamkan yang 6 orang itu, termasuk 2 Adun PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.
Pendengaran permohonan reman akan diadakan jam 10 pagi ini di Lokap Bersepadu Jinjang.
Menurut posting di Facebook rasmi #KitaLawan awal pagi ini, pihak polis dan DBKL sekali lagi hadir di tapak duduk bantah seawal jam 5 pagi untuk mencabut banner #PecatIGP yang sebelum ini digantung pihak yang akan berhimpun malam ini.
Jam 9 malam ini, satu ceramah perdana bertajuk 'Rakyat Menentang GST' dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka Rakyat membariskan antara lain pemimpin politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Turut dijangka berucap ialah aktivis seperti  S Ambiga dan Maria Chin Abdullah.
#KitaLawan merancang mengadakan perhimpunan besar petang esok dengan berarak ke depan pusat membeli belah Sogo di tengah bandar raya dari 3 lokasi iaitu Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Menurut sekretariatnya, mesej himpunan akan tertumpu kepada dakwaan keborosan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ketika rakyat dibebankan kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.
#KitaLawan akan terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan. – 27 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-aktivis-kitalawan-ditangkap-di-dataran-merdeka-malam-tadi#sthash.AvA9bF7B.dpuf

MALAM INI 
DATARAN MERDEKA

--------------

KENA HALAU KELUAR DEWAN






 Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen (Pas-Pokok Sena), Datuk Mahfuz Omar direhatkan dari persidangan Dewan Rakyat sehingga Isnin depan selepas beliau...


KAH KAH KAH

woit
bukan di rehat
dihalau keluar dewan
ini media bodek
kena halau keluar
kerana apa?
kerana tanya
bila mat mongol
nak buat kenyataan
tentang hudud
kah kah kah

OH! MAT MONGOL


-------------

#KITA LAWAN TERUSKAN DUDUK BANTAH








Polis telah menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat, yang telah menganjurkan protes duduk berhampiran Dataran Merdeka.

Dua wakil rakyat itu ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Ia ekoran berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semasa insiden itu, yang berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, beberapa aktivis dibawa ke seberang jalan sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

Malam tadi, DBKL telah memberi amaran kepada aktivis di situ supaya beredar menjelang tengah malam tadi. Protes duduk itu bermula pada 21 Mac.

Sebaliknya, aktivis berkenaan menghantar mesej menggesa para penyokong datang ke situ untuk membantu melindungi kain rentang dan peralatan perkhemahan.

Jurucakap Kita Lawan, Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini,sekiranya dihalau dari situ, mungkin esok mereka akan kembali dengan kain rentang yang lebih besar.

Dua malam lalu, Kita Lawan telah mengantung kain rentang besar di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Ia telah dibuang pagi semalam. Kita Lawan kemudian menggantung kain rentang yang lebih besar malam tadi.





MALAM INI
CERAMAH 
DI TRMPAT YANG SAMA
-----------

CERAMAH MALAM INI DATARAN MERDEKA





'



CERAMAH 

#KITA LAWAN


 MALAM INI
jam 9:00 
dataran merdeka
Tuan Haji Mat Sabu
YB Tian Chua
YB Teresa Kok
YB Rafizi Ramly
Maria Chin - Bersih
Cik Gu Faris - Jinga 13
Safwan Shamsudin 
Nasaie Ismail - Pas
Ustaz Fakhorazi
YB Dr Hatta Ramly
NOTA
semua dijemput datang
yang nak bermalam
sila bawa beg tidor



---------------

KITA LAWAN DISERANG




AUNTIE KITA LAWAN


Salam,

Tapak duduk bantah #KitaLawan telah diserbu oleh pihak polis dan DBKL kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

Dipercayai 6 orang telah ditangkap polis termasuk YB Chang Lih Kang, ADUN Teja dan YB Tan Kar Hing, ADUN Simpang Pulai di Dataran Merdeka. Mereka telah dikasari termasuk dipukul sebelum ditarik ke dalam kereta polis.

Kami masih cuba mengesahkan ke mana mereka akan dibawa.

Polis tidak berpakaian uniform juga telah bertindak kasar termasuk dengan menumbuk orang ramai yang cuba menenangkan keadaan di tapak duduk bantah.


Seketariat Kita Lawan


ANAK MUDA 
DUDUK BANTAH



-----------

MALAM KE LIMA DUDUK BANTAH










 MALAM KE 5


duduk bantah
enam ditangkap
kini di lokap
rumah pasong jinjang

DITANGKAP

yb chan li kang
yb tan kah heng
gan zhi mou
chee soo sang
micheal tamil
dan ching


Scuffles at Kita Lawan sit-in, 2 state reps hurt

Police have nabbed six activist, including two lawmakers, who were staging a sit-in near Dataran Merdeka.

The two lawmakers - Simpang Pulai state assemblyperson Tan Kar Hing and Teja state assemblyperson Chang Lih Kang - were assaulted during the arrest.



AWAL MALAM
YB WILLIAM LEONG

JAM 3:40 PAGI
sesudah berlaku tangkapan
duduk bantah
tidak bergerak
anak anak muda terus tidor
dan memasang tempat tidor
di tempat yang sama



BEREHAT 
DI BAWAH PAYUNG


TIDOR DI BELAKANG
KAIAN RENTANG


TEGUH DUDUK BANTAH


SEMUA SENYAP 
JAM 4:00 PAGI


KAIN RENTANG
 PECAT IGP





---------------