Sabtu, 26 Oktober 2024

KITA MELAYU BUKAN ARAB


KITA MELAYU

BUKAN ARAB

AMIN

KESEDARAN MELAYU

ISLAM BUDAYA

AMIN

SERANGAN BERJAYA DITANGKIS


SERANGAN 

BERJAYA DITANGKIS

AMIN

IRAN MASIH GAGAH BERJUANG


IRAN TEGAK

BERDIRI

GAGAH BERJUANG

AMIN

CACING CACING DAH NAIK KE MATA


CACING CACING

DAH NAIK KE MATA

AMIN

RASUAH DI MBI SELANGOR - SIASAT JANGAN TAK SIASAT


RASUAH DI MBI 

SELANGOR SIASAT

JANGAN TAK SIASAT

AMIN

SUARA KADIR JASIN


BELANJAWAN

BERSASTERA 


1. Tidak salah Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mensasterakan belanjawan. 

2. Orang yang faham sastera dan ekonomi tentu tahu bahawa bahasa dan sastera adalah lebih umum daripada ekonomi dan belanjawan. 


3. Manakala orang yang seangkatan dengan Anwar atau yang membaca mengenai beliau pula tahu yang beliau adalah lulusan Pengajian Melayu (Universiti Malaya). Beliau adalah pemidato dan "showman" hebat. 

4. Maka tidaklah salah atau anih apabila beliau menjadikan pensasteraan belanjawan sebagai komitmen dan sumbangan utama beliau. 

5. Saya sangat yakin, daripada ramai pakar yang membantu beliau merancang dan mengarang ucapan belanjawan, tidak seorang pun yang bahasa Melayunya boleh menandingi kehebatan bahasa Melayu beliau. 

5. Dalam hal ekonomi, kewangan, mata wang dan percukaian boleh jadi orang lain lebih pakar. Orang macam Menteri Kewangan ll, Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Johan Merican, dan barisan penasihat terdiri daripada Mohd Hassan Marican, Ahmad Fuad Md Ali, Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi. 

6. Sejak saya kenal Anwar mulai tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, saya juga kenal penasihat dan guru ekonomi serta "corporate dealmakers" beliau. 

7. Orang yang seangkatan dengan beliau atau yang membaca mengenai beliau tentu masih ingat keakraban beliau yang "legendary" dengan Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) ketika Krisis Kewangan Asia 1997-98, Michel Camdessus. 

8. Sesetengah daripada penasihat ekonomi, "corporate dealmakers" dan "hangers-on" waktu itu masih ada sampai hari ini. Mereka pula adalah antara orang kaya dan maha kaya di negara kita sekarang. 

9. Jadi adalah tidak berpatutan dan tidak tepat membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri tidak belajar apa-apa mengenai ekonomi daripada para guru, penasihat dan tokoh korporat ini. 

10. Misalnya, sesiapa pun yang tahu sedikit sebanyak mengenai dasar Bank Dunia, IMF dan pasaran kewangan global boleh menghidu persamaan antara dasar ekonomi dan kewangan beliau sejak dua tahun lalu dengan dasar pihak-pihak ini. Beliau condong kepada "free market" (pasaran bebas) ala IMF. 

11. Memang "trademark" Anwar memperkenalkan istilah dan frasa bahasa Melayu dan Indonesia yang jarang digunakan dalam komunikasi harian. Beliau menang bertiwikrama mempromosikan penggunaan bahasa lama dan klasik. Menurut portal berita Kosmo, ada 12 istilah seperti itu dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini. 

12. Secara langsung langkah beliau itu membantu mempopularkan belanjawan. Rakyat jelata yang tidak faham atau tidak berminat mengenai ekonomi dan kewangan boleh berpolemik mengenai bahasa dan sastera. 

13. Tapi adalah lebih bermakna kalau Perdana Menteri mencari istilah ekonomi dalam bahasa Melayu yang boleh menggantikan istilah Inggeris yang dimelayukan dan menterjemah segala prinsip, konsep dan amalan ekonomi ke dalam bahasa Melayu. 

Sekian. Terima kasih

MENTERI ROMPAK DANA NEGARA



Penduduk bimbang lebih banyak kematian selepas KKM tutup operasi 24 jam klinik kesihatan

Rinita Marutandi sedang bersembahyang di kuil pada tengah hari 13 Oktober ketika adiknya mula mengadu sakit badan. 

Adiknya, Praveen Marutandi, seorang penyelia ladang kelapa sawit berusia 25 tahun, mahu pulang ke rumah namun jatuh pengsan. Rakan-rakan mula mengerumuninya.

Dalam keadaan panik, ahli keluarga membawa Praveen ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim, kira-kira 5 minit dari kuil tersebut. 

Namun, setibanya di sana, mereka diberitahu tiada doktor berada di klinik ketika itu.

"Pengawal keselamatan memberitahu kami bahawa doktor dan pegawai perubatan sedang makan tengah hari. 

"Selepas 15 minit, keadaan adik semakin teruk, jadi kami membawanya ke sebuah klinik swasta untuk rawatan segera kira-kira pukul 2 petang. 

Sejam kemudian, mereka dimaklumkan Praveen sudah sudah tiada nadi.

Rinita berkata doktor dan ambulans dari klinik kesihatan akhirnya tiba di klinik swasta tersebut. Namun segalanya sudah terlambat. 

Rentetan episod itu, Rinita dan adik-beradik lain mengemukakan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). 

Bukan kes pertama

Apa yang menimpa keluarga Praveen bukan satu-satunya yang terjadi di Tanjung Malim, sejak klinik kesihatan di bandar itu menghentikan operasi 24 jam bermula 1 Ogos lepas dengan alasan menyeragamkan operasi seperti klinik luar bandar lain. 

Asalnya berstatus Hospital Tanjung Malim, operasinya dipindahkan sepenuhnya ke Hospital Slim River pada 2001. Bagaimanapun, operasi unit kecemasan 24 jam secara syif dan perkhidmatan hemodialisis dikekalkan - sehingga 1 Ogos lalu. 

Pada 27 September, satu kemalangan berlaku di depan klinik tersebut membabitkan seorang pelajar sekolah. Bagaimanapun, ketika itu pasukan kecemasan dikejarkan ke Hospital Slim River untuk kes lain. 

Apabila tiba ambulans daripada Hospital Slim River, penduduk sudah pun membawa mangsa ke hospital lebih awal. 

Aktivis yang juga jurucakap penduduk setempat, Mythreyar Mutturamalinggam kini mengetuai usaha menuntut kerajaan mengembalikan operasian 24 jam klinik itu. Setakat ini, hampir 3,000 tandatangan ketua keluarga di Tanjung Malim telah dikumpulkan.

Klinik Kesihatan Tanjung Malam menyediakan perkhidmatan kepada 60,000 penduduk Tanjung Malim, selain di Hulu Bernam di utara Selangor. Proton City dan Universiti Perguruan Sultan Idris yang mempunyai ribuan pekerja dan pelajar juga terletak dalam radius perkhidmatan klinik berkenaan. 

"Selama 20 tahun, klinik ini beroperasi 24 jam. Tiba-tiba Kementerian Kesihatan kata ia perlu ikut waktu operasi klinik luar bandar lain. 

"Selama ini adakah salah ia beroperasi 24 jam?" soal Mythreyar.

Selepas diturun taraf menjadi klinik, kemudahan seperti wad dan makmal darah yang dahulunya tersedia untuk penduduk sekitar juga ditutup. 

Kepentingan khidmat kecemasan

Selain Praveen, sekurang-kurangnya dua lagi penduduk mati akibat sakit jantung, dan penduduk merasakan peristiwa itu mungkin boleh dielakkan sekiranya menerima rawatan awal. 

Zainidar Sarkawi, 62, dari Hulu Bernam, kematian suaminya Mokhtar akibat sakit jantung ketika sedang meniaga sayur di pasar pagi Tanjung Malim, 2 Oktober lepas.

"Dia mengadu sakit jantung ketika sedang meniaga. Pukul 9 pagi kami sampai dan doktor memeriksa suami. Dia dibawa terus ke Hospital Slim River namun selepas 10 minit tiba di zon merah, dia sudah tiada," katanya kepada MalaysiaNow.

Hospital Slim River terletak kira-kira 22 km dari Tanjung Malim. Begitu juga Hospital Kuala Kubu Bharu yang terletak 23 km dari daerah tersebut. 

Menurut Mythreyar, seorang lagi penduduk dilaporkan meninggal dalam rumah pada awal pagi selepas ambulans dari Hospital Slim River tiba lewat. 

Menurutnya, walaupun dua kes sakit jantung itu terjadi semasa waktu operasi klinik, penduduk khuatir lebih banyak kes kecemasan yang tidak dapat diselamatkan jika Klinik Kesihatan Tanjung Malim terus mengekalkan waktu operasi seperti sekarang. 

"Kita faham jika kelengkapan canggih seperti di hospital besar tidak boleh dibekalkan kerana kekangan bajet, tetapi sekurang-kurangnya ada kelengkapan untuk rawatan awal. 

"Orang meninggal kerana kelewatan rawatan awal. First aid sangat penting. Kalau datang sini, ada first aid, okaylah. Tetapi dari sini hendak ke Slim River jaraknya 22 km," katanya. 


MENTERI ROMPAK

DANA NEGARA

AMIN

BERI PROJEK

PADA KRONI

AMIN

BILA DANA KURANG

TUTUP KLINIK

TUTUP HOSPITAL

TUTUP SEKOLAH

AMIN

KHALAS

HARGA BAHAN MAKANAN MAKIN NAIK




Bagaimana isi rumah RM1,500 hendak berbelanja Deepavali, ikan masin pun mahal

KUALA LUMPUR – Masyarakat India resah apabila harga barangan basah didapati semakin naik menjelang sambutan Deepavali minggu depan

Naib Presiden MIC,  T Murugiah berkata, harga sayur-sayuran dan ikan antara makanan keperluan yang didapati naik harga.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada pengguna India sejak kebelakangan ini.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Murugiah berkata, beliau sendiri membuat tinjauan di sebuah pasar di Petaling Jaya untuk melihat sendiri kebenaran tentang dakwaan kenaikan harga barang.

Harga ayam sebelum ini RM8 sekilogram, kini jadi RM9 manakala ikan bawal pula berharga RM20 sekilogram dan ketam RM75 sekilogram.

“Mungkin ikan bawal dan ketam memang mahal, tapi ikan masin pun naik harga.

“Jika begini bagaimana isi rumah yang berpendapatan RM1,500 hendak berbelanja,” ujarnya.

Lantaran itu beliau memohon pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan lebih kerap di pasar-pasar seluruh negara dan menjalankan tindakan tegas terhadap peniaga.

“Ramai yang membuat aduan secara peribadi, selain meluahkan rasa tidak puas di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu kerana terkesan dengan kenaikan harga yang mendadak.

“Saya berharap tindakan segera dapat diambil bagi menangani situasi ini,” katanya lagi.

Kata Murugiah, kerjasama pihak berkuasa dalam menangani isu ini amat dihargai demi menjaga kebajikan masyarakat dan memastikan sambutan perayaan diraikan dengan meriah.

“Tindakan tegas dan pantas pihak berwajib adalah bagi memastikan harga barangan kekal stabil dan adil untuk semua pengguna,” katanya meminta pihak berkenaan kasihan dengan rakyat yang terkesan dengan kenaikan ini.

Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak berkemampuan dan B40, ujarnya. – 

WARGA MISKIN

MAKIN TERKESAN

AMIN

GAJI TAK NAIK

HARGA BARANG

MAKIN MAHAL

AMIN

MADANI KATA

INFLASI HANYA

3 PERATUS

KAH KAH KAH

BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

KHALAS

ARAB BERSEKONGKOL DENGAN ZIONIS ISRAEL


NEGARA ARAB

MANA BERI LALUAN

UNTUK PESAWAT

ISRAEL BOM IRAN

KHALAS

JUAL MAHB PADA BLACKROCKS



KENAPA ANWAR

GILA GILA NAK

JUAL AIRPORT

PADA BLACKROCKS?

AMIN

Unknown commented on
 "TERKINI 
TER NOW
 TER HOTT"

amerika tak terlibat tapi bekal senjata kpd zionis Israel lebih baik x terlibat membekal senjata kpd zionis Israel & malaysia Madani lebih baik tak libatkan Mahb dan tolak blackrock!!

PETANG ESOK STRAND MALL JAM 3.00



PETANG ESOK

JAM 3.00

DI STRAND MALL

DI JEMPUT SAMA



TATA KELOLA LANCHAUUU


TATA KELOLA

LANCHAUUU

AMIN

AMERIKA SELASA 5 NOVEMBER


AMERIKA 

SELASA 5 

NOVEMBER


Pada Selasa 5 November 2024  Amerika akan mengadakan pemilihan Presiden ke 60.  Seramai  244 juta warga Amerika akan mengundi. Pemilihan Presiden tahun 2020 seramai 160 juta telah keluar mengundi atau 66.6%. 

Undi awal telah dan sedang berjalan. Soldadu dan tentera telah di beri kertas undi 45 hari  lebih awal dari Selasa 5 November.

Mata dunia sedang memerhatikan kepada dua calon dari dua parti. Donald Trump calon Presiden dan  JD Vance Naib Presiden dari Parti Republikan. Kamala Harris calon Presiden dan Tim Waltz Naib Presiden dari Parti Demokrat.

Kenapa mata dunia memerhati apa yang  sedang berlaku di Amerika? Kenapa Hishamuddin Rais perlu menulis tentang pemilihan calon Presiden di Amerika?

Jawabnya mudah. Amerika memiliki 750 pangkalan tentera – darat, udara dan laut – di 80 buah negara di seluruh dunia. Sehingga September 2022, terdapat 171,736 tentera aktif bertugas merentasi 178 negara. Paling ramai di Jepun (53,973), Jerman (35,781) dan Korea Selatan (25,372).

Malah Al-Jazeera mendakwa mungkin angka dan  jumlah  ini lebih lagi kerana Pentagon – Jabatan Pertahanan Amerika - tidak memaparkan semua data.

Kertas hijau – Dolar Amerika – menjadi mata wang dunia.  Amerika negara kapitalis terbesar dalam dunia. Pasaran dan perniagaan apa saja dalam dunia ini  pasti akan bersabit dengan Amerika.

Dalam istilah ilmu sains politik Amerika adalah negara imperialis. Amerika adalah hegemon yang menjajah dunia.  Amerika adalah sebuah empayar. Malaysia seperti ratusan negara dalam dunia ini semuanya di bawah naungan empayar ini.

Justeru  kita wajib tahu apa yang telah, yang  sedang dan yang akan berlaku di Amerika. Malaysia mengguna pakai sistem ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis dunia hari ini di dominasi oleh sistem ekonomi kapitalis Amerika. 

Dalam masa yang sama Amerika adalah rakan niaga kita yang penting seperti China, Singapura dan Jepun. Ertinya jika Amerika terkentut kita di Malaysia akan terbau kentut masam Amerika.

Ketika tulisan ini digarap satu perang olok-olok  sedang berjalan di Dakota Utara. Pesawat B52 pembawa bom nuklear terlibat sama. Pengisian minyak kereta  kebal sedang diuji seolah-olah  dalam persediaan perang nuklear. Maklumat ini saya pungut dari X US Civil Defense News.

Dalam masa yang sama  Rusia, China, Oman dan Iran sedang membuat latihan tentera laut  - perang olok-olok - di Lautan Hindi. Mereka sedang berlatih cara untuk memadamkan api jika kapal laut Iran terbakar.

Ketika ini juga Jabatan Pertahan Iran telah membunyikan semboyan bersedia untuk berperang. Ini sebagai jawapan kepada Netanyahu yang mahu meledakkan pangkalan  tenaga nuklear Iran.

Iran telah mengeluarkan bantahan kepada PBB  terhadap  niat jahat Israel.  Israel merancang untuk meledakkan pangkalan nuklear Iran. Niat Israel ini  telah  sengaja di bocorkan kepada media oleh pihak yang tidak diketahui.

Keinginan Israel menggunakan senjata  nuklear ini  berkait dengan pemilihan presiden Amerika  5 November ini. Selama 20 tahun Israel enggan menafikan dan enggan mengesahkan negara Zionis ini memiliki bom nuklear. Sekarang semuanya terbonggeng.

Ketika Amerika membuat latihan perang nuklear -  negara-negara kesatuan BRICS sedang mengadakan Persidangan di Kazan Rusia. Di laporkan 36 pemimpin dunia akan hadir di Kazan.

Semua ini adalah latar suasana politik dunia sebelum 5 November. Kenapa semua ini berkait dengan 5 November? Jawabnya  cukup mudah. 

Daulah terpendam atau deep state  tidak mahu Donald Trump menang dan menduduki Rumah Putih sekali lagi. Kini  wujud  cabal atau komplot yang tersusun  berusaha untuk memastikan Trump kalah dan Kamala Harris ke Rumah Putih.

Riak-riak perang nuklear dan ancaman nuklear dari  Israel ini adalah sebahagian dari perancangan  komplot yang mahu Trump tersingkir.

Daulah terpendam sedang  berkomplot untuk menyediakan suasana jika Trump menang.  Suasana ini adalah suasana  tegang dan memungkinkan menimbulkan kacau. Kekacauan dalam Amerika pasti akan mengombak ke luar.

Di luar Amerika suasana kacau dan tegang telah sedia menunggu. Perang Ukraine dan perang Gaza sedang berjalan. Hamas, Hizbullah, Houthi dan Iran tidak akan melepaskan senjata mereka.  Filipina,  Lautan Sunda dan Taiwan adalah belerang yang menanti untuk meledak.

Suasana dalam negara dan luar negara  yang tegang ketika pemilihan kerusi Presiden Amerika  belum pernah terjadi.  Dua kali Trump telah cuba di tembak mati.  Tuduhan  baru untuk membunuh Trump telah juga di kaitkan dengan Iran dan kumpulan ISIS – Islamic State.

Pelbagai pandangan  dan teori konspirasi sedang tersebar di Amerika.   Semua ini dibantu pula oleh Internet, AI dan media sosial.  Rancak amat rancak hingga tidak dapat di kenal pasti berita palsu dan berita benar.

Sebagai contoh : Ribut taufan  Helene di Florida yang baru berlalu telah   mencabut 44 nyawa. Berita muncul bahawa taufan ini adalah hasil buatan manusia. Taufan ini adalah hasil teknologi ketenteraan. Taufan Helene ini bertujuan untuk memporak peranda dan memindahkan berjuta-juta bakal pengundi  di Florida sebulan sebelum 5 November. Florida ialah negeri penyokong  Trump dan parti Republikan.

Tidak cukup dengan ini   sembilan bulan sebelum Taufan Helene  stesen TV CBS  telah melaporkan berita makhluk asing yang bukan dari bumi telah datang menyerang Bayside Market Place di Maimi Florida. Berita ini merebak dan menular melalui media sosial.

Pada hari ini para penganut teori ‘ aliens invasion’  terus mengajukan pandangan bahawa daulah terpendam akan  mementaskan perang.  Amerika diserang oleh  makhluk asing. Perang dan kacau bilau yang dipentaskan  ini bertujuan untuk memastikan Trump tidak menjadi Presiden.

Saya wajib mengembalikan pencerahan tentang QAnon yang wujud pada tahun 2017 setahun sesudah Trump menjadi Presiden. QAnon pemuka teori konspirasi berasal dari  forum di laman web 4chan bermula pada Oktober 2017. 

Penganut konspirasi QAnon ini percaya bahawa  Donald Trump sedang melancarkan perang rahsia terhadap kumpulan pedofil kanibalisme syaitan dalam Hollywood, Parti Demokrat, dan daulah terpendam dalam kerajaan Amerika Syarikat.

Pada pemilihan tahun 2020 Trump kalah dan Biden  menang.  Para penyokong Trump yang dipengaruhi oleh QAnon ini telah datang menyerang Bangunan Capitol Amerika Syarikat di Washington, D.C. pada 6 Januari 2021.

Penyokong Trump ini enggan menerima keputusan pemilihan. Mereka percaya bahawa Biden telah menang dengan undi tipu.

Hari ini QAnon masih lagi wujud dan berkembang. Mereka ini adalah panglima di barisan hadapan penyokong Trump. Mereka yakin Trump akan kembali ke Rumah Putih untuk meneruskan perjuangan membasmi kebatilan di Washington DC.

Satu lagi fakta yang wajib di fahami ialah peranan Netanyahu dan Zionis Israel. Ini bukan dari QAnon atau teori konspirasi.  Amat jelas Netanyahu sedang menggunakan tarikh 5 November ini sebagai satu peluang.

Untuk Netanyahu 5 November ini adalah peluang besar untuk menjerut Amerika agar turut sama memerangi Iran. Projek ini telah lama dalam perancangan.

Mesir ,  Iraq, Libya dan Syria semuanya telah mandul bila berhadapan dengan Israel. Hanya Iran yang masih tegak gagah berdiri menentang Zionis Israel. Justeru Iran wajib di musnahkan.

Netanyahu melihat ketika ini Amerika sibuk dengan pemilihan Presiden. Saranan dan kenyataan dari Presiden Biden yang mahu Perang Gaza di tamatkan telah tidak dipedulikan oleh Netanyahu.

Kumpulan AIPAC (The American Public Affairs Committee) yang melobi politik Amerika  untuk  memastikan kepentingan Israel akan terus selamat dalam tangan Trump atau dalam tangan Kamala. AIPAC ini adalah kumpulan pelobi yang paling berpengaruh di Amerika.

Dalam suasana berkempen – Trump dan Kamala – tidak ada pilihan melainkan menyokong Israel dan mengikut skrip AIPAC.

Kempen sedang berjalan hangat. Trump dan Kamala berceramah disana sini. Tuduh menuduh lekeh memperlekeh sedang  berjalan.

Manakala Kamala pula terus menuduh Trump adalah bahaya besar kepada sistem demokrasi Amerika. Trump yang kasar dan lucah dituduh tidak layak untuk memimpin  Amerika dan dunia.

Penyokong Trump telah mula menyebarkan berita bahawa pendatang haram akan sekali lagi digunakan seperti tahun 2020 untuk menyokong Kamala. 

Tertiba pada 18 Oktober 2024 satu gempa bumi berlaku di Turkmenistan yang terletak di utara Iran. Maka media sosial dan  penyokong Israel telah menyebarkan berita bahawa ini bukan gempa bumi biasa. 

Gempa bumi di Turkmenistan ini disebabkan oleh ledakan bom nuklear Iran. Mengikut berita yang tersebar Iran telah mengadakan percubaan meledakkan bom nuklear di bawah tanah.

Satu lagi berita gempa  yang paling menggemparkan berlaku pada 22 Oktober 2024. Majalah The Economist yang amat-amat pro Kamala telah meramalkan bahawa Trump kini mendahului Kamala.

Akhbar The Guardian dan The Independent dari London juga meramalkan ‘ Tembok Biru’  mungkin runtuh. Tembok Biru adalah wilayah penyokong Demokrat.

Saya yakin daulah terpendam  bersama industri senjata sedang berbincang untuk mengambil langkah untuk memastikan Trump tidak akan masuk ke Rumah Putih sekali lagi.

Apa langkah yang akan diambil oleh daulah terpendam ? Apakah Israel akan menyerang Iran ? Apakah pangkalan nuklear Iran akan diserang ? 

Dan jangan  lupa penyokong tegar Trump dan  penganut QAnon juga sedang bersedia.  Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang berlaku. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/723988












KESEDARAN MELAYU - PATANI MERDEKA



7 dalang pembunuhan beramai-ramai 'Tak Bai' terlepas hukuman

BANGKOK: Kesemua tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan beramai-ramai 'Tak Bai' di Thailand termasuk bekas ahli Parlimen parti pemerintah, terlepas daripada hukuman apabila tempoh luput 20 tahun bagi pendakwaan di mahkamah tamat hari ini.

Berdasarkan undang-undang Thailand, kegagalan menghadapkan mereka di mahkamah di Narathiwat menjelang tarikh luput berkenaan bermakna mereka langsung tidak akan dihadapkan ke muka pengadilan dan terselamat daripada hukuman.

Di bawah kod jenayah Thailand, sekurang-kurangnya seorang daripada tertuduh mesti hadir di mahkamah untuk mengesahkan kes sebelum prosiding boleh dimulakan.

Mahkamah berkata, susulan ketidakhadiran kesemua tujuh suspek pada perbicaraan Ogos lalu, ia menjadualkan perbicaraan seterusnya pada 28 Oktober, di mana prosiding dijangka dibatalkan.

Justeru, tiada siapa yang akan didakwa bagi tragedi 'Tak Bai' di mana 85 orang terbunuh pada 25 Oktober 2004, sekali gus membangkitkan kemarahan waris mangsa, yang berjanji akan terus berjuang demi keadilan untuk mereka yang kehilangan nyawa.

Antara yang didakwa ialah Komander Wilayah Selatan Tentera Thailand pada masa pembunuhan itu berlaku, Pisan Wattanawongkiri, yang pada tahun lalu dipilih ke Parlimen sebagai wakil rakyat parti pemerintah, Pheu Thai.

Beliau meletak jawatan daripada parti pada Ogos lalu, menurut kenyataan parti semalam, sambil menambah bahawa beliau sedang menjalani rawatan perubatan di Britain.

Tragedi 20 tahun lalu itu bermula dengan tujuh orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah kumpulan yang membantah di luar balai polis di Narathiwat, salah satu wilayah majoriti Islam di selatan Thailand yang dijajah lebih seabad lalu.

Selepas itu, 78 orang mati lemas akibat sesak nafas setelah ditahan dan ditindan di atas satu sama lain di belakang trak tentera Thai, dalam keadaan tertiarap dengan tangan mereka diikat ke belakang.

Ia kekal sebagai salah satu hari paling berdarah dalam pemberontakan berdekad-dekad oleh Melayu-Islam menentang pemerintahan kerajaan Thailand, yang apinya masih membara sehingga hari ini.

Pada 2012, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Yingluck Shinawatra, membayar pampasan sebanyak 7.5 juta baht (RM966,000) kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban. - AGENSI

PUPUK TANAM

LUASKAN

KESEDRAN

MELAYU PATANI

MERDEKA

AMIN

HANYA DENGAN

MERDEKA

BARU PATANI

DAPAT MEMBALAS

KEGANASAN

SIAM

AMIN

KHALAS

TEHRAN DI BOM



TEHRAN DI BOM

AMIN

KITA SOKONG PANDANGAN INI



KITA SOKONG

PANDANGAN INI

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

ADAKAH CARA LAIN
UNTUK KITA GUNAKAN
AGAR KITA BOLEH MENEFAATKAN
KEHADIRAN MEREKA?

hanya guna logik, tak perlu ada lulusan daripada ivy league untuk buat dasar.

manfaatkan tenaga kudrat pendatang asing dalam semua sektor menteri sumber tenaga manusia mesti wujudkan jabatan yang kawal selia pendatang pekerja asing agar boleh jana hasil pertanian, ekonomi, tenaga guna semula, sumber asli, perkhidmatan dll

jangan ada malaon penjawat awam penguatkuasa yang manipulasi pendatang asing untuk kutip duit haram duit rasuah duit kopi duit insuran nyawa duit cukai lendir.

melayu islam mesti guna otak yang tuhan bagi. amen