KOMENTAR
biasanya kempen bermula
jika ada ketua polis baru
tangkapan dilakukan
untuk memberi laluan
kepada tukang pau yang baru
atau kalau ada menteri kdn baru
atau ada dua pegawai polis
berebuat kawasan yang sama
atau dekat dengan
perhimpunan agong
parti ketuanan melayu
kempen yang ini
tak tahu apa sebabnya
apakah nak tibai najib
atau nak tibai zahid hamidi
Di mana penguat kuasa?
KUALA LUMPUR 2 Julai - Walaupun pendedahan sudah dibuat sejak Ahad lalu mengenai ancaman mesin judi haram dan disusuli pula dengan komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa namun setakat ini belum ada kesungguhan pihak berkenaan untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan.
Sikap agensi penguat kuasa yang 'bertindak seperti biasa' sekaligus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah benar wujudnya amalan rasuah dalam kalangan anggota pasukan tersebut.
Ini memandangkan tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri mendapati, premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa walaupun memberi ancaman sosial yang serius kepada masyarakat setempat.
Di Sungai Besi, sebuah premis mesin judi haram menjadi tumpuan anggota tentara yang bertugas di kem berdekatan.
KAH
KAH KAH
mustahil
selama ini polis tak tahu
mustahil selama ini
menteri tak tahu
seluruh malaysia tahu
kenapa pihak polis tak tahu
atau sengaja buat buat
tidak tahu
KAH KAH KAH
---------