Jumaat, 26 Mei 2023

SELAMAT HARI JADI KE 87 !!!


SELAMAT 

MENYAMBUT 

HARI LAHIR KE 87

ENGELBERT !!!

 AMIN

IRAN DAN INDONESIA ERATKAN HUBUNGAN



IRAN & INDONESIA

ERATKAN HUBUNGAN

AMIN

ZIONIS ISRAEL BERSEDIA MENYERANG IRAN


ZIONIS ISRAEL

SIAP SEDIA

MENYERANG IRAN

AMIN

MENYERANG PELANGI


Serbuan Swatch: Kumpulan Islam, penganalisis beri pandangan berbeza

KUMPULAN Islam dan penganalisis politik berbeza pendapat berhubung rampasan jam tangan Swatch “Pride Collection”, yang dikaitkan dengan gerakan lesbian, gay dan transgender biseksual (LGBT).

Walaupun ada yang bersetuju bahawa Putrajaya mungkin melihat pilihan raya negeri yang akan datang dengan bersungguh-sungguh dalam isu yang dianggap tidak Islamik untuk memenangi sokongan orang Melayu, sementara yang lain berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk mencegah “dosa yang lebih besar”.

Malah seorang pemimpin kumpulan berkenaan berkata serbuan di kedai Swatch mesti disusuli dengan larangan ke atas konsert kumpulan rock British Coldplay di Kuala Lumpur akhir tahun ini.

Pengerusi Ummah Ismail Mina Ahmad memuji serbuan itu tetapi mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu mengalu-alukan Coldplay di akaun Twitter peribadinya berikutan pengumuman konsert kumpulan itu pada November.

Beliau berkata jika Kementerian Dalam Negeri boleh merampas jam tangan Swatch, ia boleh melakukan perkara yang sama dengan membatalkan permit konsert itu.

“Menyerbu kedai dan merampas jam tangan adalah bagus tetapi apa yang lebih bahaya ialah acara (konsert). Ia adalah ibu kepada kejahatan.

“Bagaimana Anwar boleh mengalu-alukan kumpulan yang jelas menyokong LGBT tetapi tiada tindakan diambil. Bagi saya, (larangan) konsert  itu jauh lebih penting.

“Adalah bagus kerajaan melakukan sesuatu tentang jam tangan tetapi mereka juga perlu mencegah dosa yang lebih besar,” kata Ismail.

Bagi ahli akademik Dr Ahmad El-Muhammady, langkah Putrajaya boleh menjadi reaksi kepada suara dan kebimbangan akar umbi terhadap isu LGBT yang nampaknya mendominasi perbincangan umum.

Penolong profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM) bagaimanapun menambah bahawa serbuan itu bukanlah sesuatu yang baharu dan merupakan kesinambungan daripada pendirian atau dasar kerajaan terdahulu.

“Sebahagian besar masyarakat agak serius terhadap isu berkaitan LGBT. Jadi, saya rasa kerajaan bertindak balas terhadap sentimen itu.

“Tindakan itu juga merupakan satu tindakan penegasan bahawa kerajaan serius dalam menangani isu LGBT dan komited untuk melindungi nilai arus perdana daripada ‘unsur asing’, yang tidak sesuai dengan budaya dan nilai tempatan.

“Dan yang paling penting, ini bukan perkara baharu, ia adalah kesinambungan daripada pendirian atau dasar kerajaan sebelum ini,” katanya.

Anak sarjana Islam terkemuka, Allahyarham Dr El-Muhammady, berpendapat Swatch jenama antarabangsa yang tidak mempunyai sensitiviti tempatan.

“Nampaknya percubaan Swatch untuk menjual jam tangan di Malaysia mencerminkan kekurangan pemahaman mereka tentang sensitiviti tempatan. Langkah ini mungkin menjejaskan reputasi syarikat di mata pengguna.

“Terdapat berjuta-juta pengguna Swatch yang mungkin tidak berkongsi semangat mereka untuk mempromosikan elemen LGBT pada jam tangan,” katanya.

Langkah politik

Sementara itu penganalisis politik James Chin berkata serbuan itu sememangnya cubaan untuk meningkatkan imej kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak percaya tindakan sedemikian akan mempengaruhi pengundi pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata serbuan itu juga mempunyai kesan tersendiri terhadap kerajaan Anwar kerana berita mengenai kejadian itu telah dilaporkan secara meluas.

“Jika ia jenama tempatan, ia mudah tetapi menyerang jenama antarabangsa akan memberikan imej negatif kepada Malaysia. Serbuan telah dilaporkan secara meluas.

“Saya tidak pasti sama ada ini akan meningkatkan imej parti pemerintah kerana Perikatan Nasional pun berkata ini hanyalah pertunjukan semata-mata. Isu yang lebih besar ialah isu Allah.

“Namun apa yang jelas Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sedang berusaha untuk memperbaiki imej mereka kerana jika dilihat di Kelantan, Kedah Terengganu, corak pengundian di sana menunjukkan sokongan yang amat menggalakkan kepada PN. Anwar cuba menunjukkan dia sama Islam dengan PN.

“Ironinya ialah tiada siapa yang tahu Swatch menjual jam tangan LGBT dan tidak ramai rakyat Malaysia tahu tentang pride month. Anda beri mereka publisiti percuma (dengan serbuan) dan saya percaya komuniti LGBT di sini gembira,” katanya. – 26 Mei, 2023.

PENG ANAL NI

CUNT PIUS

AMIN

MAI SINI

NAK ROYAK

AMIN

ANWAR DIBUKTIKAN

BERSALAH MELIWAT

SAIFUL BUKHARI

AMIN

ANWAR DIPENJARA

KEMUDIAN DIAMPUN

AMIN

PARTI POLITIK

NGO & INDIVIDU

SERANG LGBT

SERANG PELANGI

SERANG SWATCH

  HAKIKATNYA NAK

 SERANG ANWAR

AMIN

KDN  MASUK

NAK TUNJUK

KERAJAAN PMX

BUKAN PRO LGBT

AMIN

COLDPLAY DISAMBUT

ANWAR KERANA

NAK TUNJUK COOL

WALHAL DIA

MAT LEBAI  ALMARI 

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

PAS PAKAI DUIT JUDI ?


Anwar bohong tuduh Perikatan terima dana hasil judi, kata PAS

PAS menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menuduh parti berkenaam selepas menerima dana daripada syarikat judi bagi membiaya kempen pilihan raya.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata penjelasan kerajaan menunjukkan tuduhan Anwar pada Disember lalu satu penipuan.

“Lontaran tuduhan itu yang asalnya dibuat PMX (Anwar) selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX,” katanya.

Desakan serupa disuarakan pemimpin Bersatu yang menggesa pengundi mengalih sokongan disebabkan fitnah itu.

Seorang pemimpinnya Wan Saiful Wan Jan berkata tuduhan Anwar itu hanya satu fitnah untuk memberi imej buruk terhadap PN.

“Ini terang-terang fitnah besar dan dahsyat sekali! Kerajaan PH-BN ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat dalam PRU15,” katanya.

Sedangkan kerajaan tidak mempedulikan masalah kenaikan harga barang keperluan, kata Wan Saiful lagi.

Desakan serupa disuarakan pemimpin Bersatu yang menggesa pengundi mengalih sokongan disebabkan fitnah itu.

Seorang pemimpinnya Wan Saiful Wan Jan berkata tuduhan Anwar itu hanya satu fitnah untuk memberi imej buruk terhadap PN.

“Ini terang-terang fitnah besar dan dahsyat sekali! Kerajaan PH-BN ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat dalam PRU15,” katanya.

Sedangkan kerajaan tidak mempedulikan masalah kenaikan harga barang keperluan, kata Wan Saiful lagi.

Kenyataan itu menyusuli pengakuan kerajaan di Dewan Rakyat bahawa tuduhan itu terlalu umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan siasatan ke katas isu itu selepas kajian terperinci.

“... (SPRM) mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya lagi.

Perdana menteri pada Disember dalam satu kenyataan membayangkan sebahagian dana pilihan raya parti parti PN berpunca daripada cabutan khas syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya seperti dilaporkan pada waktu itu.

Walaupun tidak menamakan secara khusus pihak tersebut, Anwar mentakrifkannya sebagai parti Melayu dan Islam.

Anwar pada waktu itu juga membangkitkan tindakan pentadbiran PN menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun pada akhir 2020. – 26 Mei, 2023.

WOIT

PAS NI BERLAGAK

ANAK DARA POLITIK

KAH KAH KAH

HAMPIR SEMUA

CAKAP POLITIKUS

AUTA BOHONG

AMIN

INI SERANGAN

POLITIK NAK

BAGI GEMPAK

PAS & BERSATU

JADI GELABAH

KAH KAH KAH

INI PERKARA BIASA

KALAU TAK CAYA

TANYA RAFIZI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

KHALAS

INFLASI KITA



Inflasi Malaysia naik kepada 3.3% bagi April 2023


INFLASI Malaysia meningkat dengan kadar perlahan kepada 3.3% pada April 2023 dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 130.0 berbanding 125.9 pada bulan yang sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan pada Jumaat, DOSM menjelaskan kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong oleh restoran dan hotel (6.6%) serta makanan dan minuman bukan alkohol (6.3%).

“Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 2.3% berbanding yang dicatatkan pada Mac 2023 (2.4%) sedikit sebanyak mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi,” tambah DOSM.

Jabatan itu memaklumkan kenaikan inflasi di Malaysia pada April 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.0%); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5%); kesihatan (2.1%) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.8%).

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta  pendidikan masing-masing merekodkan kenaikan 1.6%, manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut pula masing-masing meningkat sebanyak 0.6% dan 0.5%, menurutnya.

DOSM menjelaskan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5% kepada keseluruhan wajaran IHP merekodkan peningkatan sederhana iaitu 6.3% (Mac 2023: 6.9%).

Daripada 230 item makanan dan minuman, 84.3% merekodkan kenaikan harga berbanding pada April 2022, tambah jabatan itu.

Menurut perangkaan, komponen makanan di rumah menyederhana kepada 5.0% pada April 2023 berbanding 5.6% yang direkodkan bulan sebelumnya.

“Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula pada 15 hingga 30 April 2023 selama 16 hari sedikit sebanyak meredakan inflasi komponen ini daripada terus meningkat,” tambahnya.

Seiring dengan kenaikan sederhana komponen makan di rumah, komponen makanan di luar rumah turut mencatatkan kenaikan yang lebih rendah kepada 8.1% berbanding Mac 2023 (8.6%).

“Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan sedikit sebanyak meredakan inflasi makanan di luar rumah daripada terus meningkat lebih tinggi,” jelasnya.

DOSM memaklumkan bagi inflasi di peringkat negeri, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 3.3% dengan Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 2.0%.

Bagaimanapun, hanya lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (4.1%), Sarawak (3.9%), Selangor (3.8%), Pahang (3.5%) dan Perak (3.4%).

DOSM menjelaskan inflasi keseluruhan secara bulanan pada April 2023 meningkat marginal kepada 0.1% pada kadar yang sama yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

“Ini disumbangkan terutama oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.4%), pengangkutan (0.3%) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.3%),” menurutnya.

Inflasi teras mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan yang tidak termasuk item makanan segar yang tidak menentu dari segi harga serta barang dan perkhidmatan yang tertakluk dengan kawalan harga dari kerajaan meningkat lebih perlahan kepada 3.6% (Mac 2023: 3.8%), tambah jabatan itu.

DOSM memaklumkan kenaikan inflasi teras ini didorong terutama oleh peningkatan perlahan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatatkan 7.2% (Mac 2023: 7.5%) serta restoran dan hotel (6.6%) (Mac 2023: 7.2%). – Bernama, 26 Mei, 2023.


KITA TUNGGU

KAWAN 

MAT MASLAN

BERKATA :

INFLASI KITA LEBIH

RENDAH DARI

NEGARA JIRAN

KAH KAH KAH

AMIN

KELENTIT SEULAS PETAI


KELENTIT

BIK MAMA BESAR

SEULAS  PETAI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "HAM DU LIL - 
MINYAK TURUN HARGA"

TT takda mercedes takda volvo takda lori 1 tan sila jangan buat sibuk.
Ini takda kena mengena satu habuk atau sekecik anak pun dengan tt.

sejak hari pertama PMX memegang jawatan harga minyak telah diturunkan kepada 50sen seliter.
ingat 50sen !!

Jadi tt tolong jangan buat sibuk.
gwa panggil bik mama duduk atas perut lu baru tau.

amin

UMNO MULA TIBAI DAP


UMNO 

MULA TIBAI DAP

KAH KAH KAH

AMIN

NAM A ALLAH PROJEK SABOTAJ PRN



NAMA ALLAH

& PELANGI

PROJEK 

SABOTAJ PRN

KHALAS


Unknown commented on 
"KDN AKAN HARAMKAN 
LAGU SUDIRMAN ?"
11 hours ago
Kah kah kah ini sabotaj, siapa punya kerja mula kacau? Mula buat onar cantik sebelum pilihanraya negeri? Apa nama operasi ini? Operasi pelangi atau operasi swatch? Kah kah kah siapa untung siapa dapat faedah operasi ini? Pelangi atau warna hijau? Kah kah kah susah oh susah

INGATAN UNTUK KITA SEMUA


INGATAN UNTUK

KITA SEMUA

KHALAS

Unknown commented on 
"KDN AKAN HARAMKAN 
LAGU SUDIRMAN ?"

Dunia semakin pupus, semakin ancam malapetaka cuaca tapi kita pulak sibuk pasal kalimah, sibuk warna warna pelangi, sibuk rasuah sini sana, sibuk makan minum, sibuk pasal harga barang, sibuk halal haram kah kah kah, tapi ingat suhu dunia naik, ada tempat nak tenggelam, cuaca tidak menentu, pencemaran alam semakin teruk, plastik rosak semua, 


balak semakin hilang, tanah semakin kurang, makanan semakin kurang, semua itu tak apa, apa pentingkan warna warna kehidupan pelangi perlu diutamakan, itu tak kira berapa ribu masuk secara haram, berapa banyak duit hilang setiap hari, berapa banyak kerosakan ekonomi kerana pelangi, pelabur lari ke negara lebih baik, susah sangat nak urus orang zaman cerdik sekarang kan? Kah kah kah syukur kita masih ada oksigen dan tak perlu bungkus kepala lagi woit

HUJAN BERHENTI



HUJAN TAK PUAS


HUJAN BERHENTI JAM 2.50 PETNAG
HUJAN TAK LAMA
GURUH DIDENGAR TAPI JAUH
LE CHATEAU KEMBALI CERAH

NAMPAKNYA
BAHANG HUJAN SEKEJAP
AKAN SAMPAI
BADAN BERLENGAS BERPELUH
HUJAN TURUN TAK LAMA
HUJAN TAK PUAS TURUN


TERGANGGU NIKMAT
 UJUNG MINGGU
NAK LEPAK
KALAU UDARA BERBAHANG
AMIN

HUJAN PANAS


HUJAN PANAS

JAM 2.00 PETANG
PANAS TERIK
TERTIBA GURUH BERDENTUM
HUJAN MENYAMBAR TURUN
UDARA JADI SEJUK
LE CHATEAU KEMBALI BASAH

HUJAN MAKIN LEBAT
GURUN DENTAM DENTUM
TAPI TAK TAHU
BERAPA LAMA

MALAM  INI 
UJUNG MINGGU
 PASTI SANTAI
ATAU
BERLENGAS JIKA HUJAN
TURUN TAK PUAS
AMIN


KAUM TERTINDAS ANGKAT SENJATA



KAUM TERTINDAS

ANGKAT SENJATA  PERTAHAN DIRI

KHALAS

ZAHID TIPU AHLI UMNO


Ahli rasa dipaksa berbaik dengan DAP, kata veteran Umno


AHLI akar umbi Umno kini keliru kerana perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri akan datang, kata pemimpin veteran parti Melayu itu.

Setiausaha Veteran Umno Malaysia Mustapha Yaakub berkata, ahli berkenaan juga berasa seperti dipaksa untuk menerima kerjasama dengan PH terutama dengan DAP.

Katanya, sikap itu diperhatikannya berpunca dari pendirian Umno sendiri yang sebelum ini menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

“Ahli keliru kerana sebelum PRU15 slogan ‘No DAP, No Anwar’ dijaja, tapi sekarang bila berkerjasama dengan PH seolah-olah ‘Yes DAP, Yes Anwar’.


“DAP yang menjadi musuh tradisi Umno sekarang menjadi kawan. Ahli Umno seperti dipaksa berbaik-baik dengan DAP,” kata Mustapha kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya, ahli berkenaan juga tetap menaruh curiga dan sukar berubah sikap kerana mereka selama ini melihat parti DAP memusuhi orang Melayu.

Sikap itu berbeza dengan persepsi ahli berkenaan ke atas bukan Melayu dalam MIC dan MCA yang menjadi sekutu Umno sejak bekerjasama dalam parti Perikatan pada zaman pramerdeka.

“Mereka bukan anti-Cina tetapi anti-DAP yang selama ini anti-Melayu. Mereka biasa mengundi calon Cina dan India sebelum ini kerana MCA dan MIC rakan kongsi Umno dalam BN sejak Perikatan.

“Jadi sentimen politik akan menjadi halangan kepada ahli Umno untuk menerima rakan baharu dalam PH khususnya DAP,” kata Mustapha lagi.

Tambahnya rasa curiga itu sukar untuk diubah dalam sekelip mata untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN yang semakin hampir.

“Umno curiga dan tidak percayakan DAP dan DAP juga curiga dan tidak percayakan Umno. Sekian lama bermusuh dan berlawan sekarang hendak berbaik dan berkawan,” katanya.

Beliau tetap berharap para pemimpin parti dapat memujuk ahli parti dengan bijak bagi menamatkan kecurigaan tersebut memandangkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan masih rapuh.

“Walaupun bukan mudah untuk memujuk hati yang marah tetapi tidak mustahil ianya mampu disejukkan. Tidak ada kawan dan lawan yang kekal dalam politik.

“Umno dan DAP tidak ada pilihan lain kalau mahu kekal bersahabat dan berkerjasama melainkan saling bantu membantu bagi memenangi calon masing-masing dalam PRN nanti,” katanya.

Beliau juga menggesa pemimpin BN dan PH saling berusaha menjelaskan kepada akar umbi masing-masing bagi menjamin kerjasama kedua-dua parti kekal untuk jangka masa panjang.

“Pendek atau panjangnya kerjasama di antara Umno dan PH bergantung kepada kebijaksanaan nakhoda masing-masing mengemudikan bahtera partinya ...

“Sekiranya nakhoda gagal mengemudi dengan betul maka bahtera akan hanyut tenggelam. Tapi sekiranya nakhoda bijak mengemudi maka bahtera itu akan selamat menuju pantai.

“Perlu diingat bahawa kerjasama ini rapuh yang kalau tidak berhati-hati maka ianya jatuh pecah berkecai,” tambah Mustapha.

Kerjasama BN dan PH bahal teruji di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang akan mengadakan PRN.

Kempen mengeratkan kerjasama di antara kedua-dua parti dikesan sejak beberapa hari lalu apabila pemimpin Umno dan DAP menggesa ahli parti mengundi calon kedua-dua parti.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan antara lain meminta ahli parti menyokong calon DAP di kawasan masing-masing bagi memperkukuh kedudukan kerajaan perpaduan.

Gesaan sama turut dibuat Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching yang meminta ahli dan penyokong parti itu memberi sokongan dan undi kepada calon Umno pada PRN nanti.

Katanya, Umno kini merupakan parti komponen dalam kerajaan perpaduan dan sokongan itu penting bagi memastikan kestabilan politik di peringkat pusat mahupun negeri. – 26 Mei, 2023.

WOIT

VETERAN NI

TAK FAHAM

AMIN

TAKDA ZAHID

TAKDA KERAJAAN

AMIN

TAKDA KERAJAAN

ZAHID MASUK

KE KAJANG

AMIN

DALAM KERAJAAN

MESTI ADA DAP

AMIN

TAKDA  DAP

TAKDA KERAJAAN

AMIN 

TIPU MEMANG TIPU

 INI TIPU UNTUK 

SELAMATKAN DIRI 

AMIN

KHALAS

LOGO GEROMBOLAN


PRN: Tidak ada logo DAP, UMNO kata Ahmad Maslan

PUTRAJAYA - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Ahmad Maslan menjelaskan tiada logo DAP dan UMNO dipaparkan pada kertas undi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya kata Ahmad, PRN menyaksikan pertandingan tiga kumpulan parti terbesar iaitu BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

"Saya ingin beri kefahaman bahawa tidak ada logo DAP dan UMNO pada kertas undi kerana kita bertanding itu dalam kumpulan," katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kompleks Kementerian Kewangan, dekat sini pada Jumaat.

WOIT

NASIB BAIK

PAKAI LOGO

ASING ASING

AMIN

SELAMAT PAKATAN

KALAU TIDAK

BERAT BAWA

KAVADI BN

AMIN

KHALAS

JEMPUTAN PETANG ESOK JALAN PANGGUNG


JEMPUTAN

PETANG ESOK 

JALAN PANGGUNG

PARA PEMBACA BUDIMAN
JEMPUT DATANG
PETANG ESOK JAM 5
DI JALAN PANGGUNG

DAPUR JALANAN
MERAYAKAN 
WARGA MISKIN KOTA
JEMPUT DATANG BERSAMA

ADA JAMUAN
ADA BHANGRA
ADA JOGET
ADA MUSIK
ADA TARIAN SINGA
KITA BERJONGENG
KIT BERHARAIMAU
KITA BERTAPAI

KITA MERAYAKAN
WARGA MISKIN KOTA
KALAU KITA TIDAK RAYAKAN
SAPA YANG AKAN RAYAKAN
ORANG MISKIN
AMIN