MACAM MACAM JENIS KATAK ADA
NIZ AZIZ JAWAB CABARAN IBRAHIM ALI - malaysiakini
Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.
Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.
Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.
Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.
KAH KAH KAH…woit….
TAK PERLU JAWAB….. BUANG AIR LIUR AJE…kah kah kah…
nota:ibrahim ali, ezam mat nor ali, lokman adam ali
hassan ali, zulkifli nordin ali adalah jenis jenis
katak di bumi tropikal. ada yang besar ada yang kecil.
ada ali cari makan. ada ali yang berhutang. ada ali yang buat janji
kes pilihanraya tak bawa mahkamh kalau masuk gerombolan.
ada ali beli ijazah.ada ali nak masuk parti.
semua ini adalah ali ali katak yang bermasalah.
katak katak ini wajib dijadikan bahan bedah untuk
kelas kaji hayat. lihat dan pelajar selok belok mereka.
lagi kuat tempek nya lagi lobong kepala otaknya.
dalam politik baru pakatan rakyat akan berjumpa banyak lagi katak
katak ini. ada yang masih berudu. ada yang menyamar dengan
memakai kopiah. ada yang amat bijak membodek. ada yang suka masuk
frame bergambar. ada yang sedang cari projek.
ini hakikat tahap politik kita masa ini.
pakatan rakyat wajib waspada dengan katak katak ini.
kalau masih berudu - lencek dan buang.
kalau dah tumbuh ekor - kerat.
kalau dah menjadi katak liar buat umpan ikan haruan.
jangan terperanjat – banyak lagi ali ali ini akan menguak
terutama bila surat ujan hutang sampai . tak percaya tunggu kah kah kah.