Rabu, 1 Jun 2022

ISLAM RASUAH DAN NEGARA GAGAL

 


KELUARGA MALAYSIA

BERAWAS !!!

AMIN

HUKUM HUDUD

RASUAH POLITIK

 PATUH SHARIAH

ADA DI PAKISTAN

AMIN

REPUBLIK ISLAAM

PAKISTAN MENUJU

PERANG

KHALAS

BUAT PRU CEPAT

 



Jangan salah pilih tarikh PRU15, takut sejarah berulang, Najib beri amaran

PENGERUSI Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Najib Razak memberi peringatan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar segera mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana keadaan semasa memihak kepada gabungan itu.

Bekas perdana menteri turut memberi amaran agar Ismail Sabri tidak mengulangi kesilapannya sebelum ini sewaktu menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang menyaksikan BN tewas dan hilang kuasa.

“Bila pilihan raya umum, saya tak tahu. Saya nak mengaku, sepatutnya dulu kita buat PRU14 lepas Sukan SEA dulu, barangkali kita akan menang besar tapi kerana desakan pihak tertentu kita tangguh dan keadaan berubah.

“Hari ini pembangkang caca merba… PKR hanya 12% (ahli keluar) undi, Pejuang dah tolak, Bersatu tinggal dua kerusi, PAS (sokongan) menurun, DAP juga sudah ditolak.

“BN insya-Allah kukuh walaupun ada masalah,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen BN, sempena ulang tahun ke-48 gabungan itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika pentadbirannya, Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pada 7 April, 2018, iaitu 78 hari sebelum mandat penuh PRU13 berakhir.

Mandat kerajaan BN pada waktu itu sepatutnya tamat pada 24 Jun, 2018.

Pada PRU14, BN tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dan hilang kerajaan apabila setakat menang 74 kerusi berbanding PH yang memenangi 121 kerusi. PAS ketika itu menang 18 kerusi.

Ismail Sabri dalam wawancara bersama akhbar Jepun yang disiarkan semalam memberi bayangan PRU15 tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Beliau memberi alasan negara berhadapan isu peningkatan kos sara hidup dan harga barang makanan.

Mandat kerajaan hanya akan tamat pada Julai 2023 namun pimpinan Umno mendesak agar ahli Parlimen Bera itu segera memanggil PRU15, memandangkan momentum sokongan rakyat dikatakan memihak kepada BN seperti ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung sebelum itu.

BN menang dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Johor dalam PRN tersebut.

Najib dalam ucapannya bagaimanapun meletakkan tugas menentukan tarikh PRU15 kepada pucuk pimpinan Umno, seperti dimuktamadkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini.

“Sebaiknya supaya perdana menteri buat keputusan tepat sebab taruhannya begitu tinggi.

“Ini bukan soal Najib, Zahid, atau Ismail Sabri ini soal masa depan BN dan negara,” katanya merujuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Kalau ada amanah diberi kuasa buatlah keputusan tepat dan bijaksana jangan fikir hal diri tapi fikir masa depan parti dan negara, saya yakin BN akan berkuasa di tanah air kita,” tambah Najib. – 1 Jun, 2022.t

WOIT

MAT SABRI 114

DENGAR CAKAP

 AKU

AMIN

BUAT PRU CEPAT

BUAT SEKARANG

KHALAS

SEBELUM AKU

JANDA AKU

OPPS.. SILAP..

SUAMI AKU

MASUK JIL

KHALAS

BUAT SEBELUM

ZAHID AKU

MASUK JIL

AMIN

WOIT

LAMBAT BUAT

AKU KENA  MASUK

TAK BOLEH UBAH

HUKUM LAGI

AMIN

BILA AKU DALAM JIL

TAK  GUNA LAGI

AMIN

SAPA NAK LAYAN

SUAMI BARU AKU

KAH KAH KAH

NANTI AKU TINGGAL

ADA MALAON SEBAT

KAH KAH KAH

SELESAIKAN MASALAH INI DULU

 


SELESAIKAN

MASALH INI DULU

AMIN

MAIL TELOQ PENYU

NAK CAKAP DLM

BAHASA APA

KAAH KAH KAH

Unknown commented on

 "RUSIA DILAPOR KALAH"

Alahhhh.... senang je, mintak Mail Teloq Penyu gi desak Mat Bidin supaya terus tibai Russia sampai hancur. Bekal Mat Badot Ukraine dengan peluru berpandu nuklear dan tibai Russia biar sampai semua mampos hancur Kalau Mat Bidin tak wat, mintak Mail Teloq Penyu ancam Mat Bidin akan keluar dari zon ekonomi TPP dan akan masuk zon ekonomi dengan China Merah ... woit.. apa ni China Merah, Mat Tukar Tiub kite ni mesti tak setuju punya.. kalau boleh dia nak Mat Bidin giler ni tembak sebiji peluru berpandu nuklear ke Shanghai ke, Beijing, 



lebih baik tembak ke Xinjiang biar mampos semua Mat Sepet tu... baru puas Mat TT kite.. tak perlu risau dan nencacau Mat Sepet ni datang ke Tanah Moolayoo wat kacau... Baru Mat TT rasa aman takde ancaman dari Mat Sepet tu... Pernuagaan Ketum pun mungkin menjadi rancak, kaum tani luar bandar macam kat Baling tu akan jadi kaya raya berniaga ketum tanpa black narket Mat Sepet

SOSOK BERJIWA BESAR

 


Dzulkefly tidak berhasrat tanding PRU akan datang

AHLI Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau tidak berhasrat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana beliau menganggap masanya sebagai ahli Parlimen sudahpun “berakhir”.

Bekas menteri kesihatan Pakatan Harapan itu berkata, beliau telah merasai pengalaman baik sebagai ahli Parlimen dua penggal dan merasakan sudah tiba masanya untuk berundur dan memberi peluang kepada pemimpin muda.

“Saya sudah dua penggal di Parlimen dan 22 bulan sebagai menteri. Saya harap saya boleh lakukan lebih banyak lagi.

“Setakat ini apa yang saya bimbang ia sudah selesai. Ia sudah pun berakhir,” kata Pengarah Strategik Amanah itu kepada The Malaysian Insight dalam temu bual eksklusif hari ini.

Dzulkefly yang merupakan penyandang kerusi Kuala Selangor sudah berkhidmat di kawasan itu selama dua penggal selepas memenangi PRU12 dan PRU14.

Pada PRU13 beliau tewas kepada Irmohizam Ibrahim dan Barisan Nasional dengan 460 undi dan kemudian memperoleh semula kerusi pada 2018 dengan 8,500 undi.

Dzulkefly berkata berkhidmat dua penggal hanya cukup untuk seorang ahli politik.

“Dalam kes ini ia akan memberikan perubahan kepimpinan yang konsisten dan berterusan serta inilah yang hilang dalam politik Malaysia. Saya rasa sudah tiba masanya kita menangani perkara ini,” katanya.

Katanya dua penggal ini tidak perlu bagi ahli politik muda tetapi menggalakkan mereka berehat sebelum kembali berpolitik semula.

“Jika anda masih muda, berehatlah dan kembali dengan lebih berdaya saing dan berkemahiran,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya sekiranya parti meminta beliau bertanding, kata Dzulkefly tekadnya sudah bulat.

“Saya mahu memberi peluang kepada pemimpin muda dan saya sudah sampaikan ini kepada pimpinan tertinggi parti awal-awal.


Dilaporkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengintai kerusi Parlimen Kuala Selangor dan dikatakan sedang melobi dengan pucuk pimpinan parti untuk bertanding di kerusi itu.

Rancangan bergerak ke hadapan

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya Dzulkefly berkata beliau mahu membentuk pemimpin muda demi masa depan negara.

Beliau berkata beliau ingin menjadi pengaruh dalam membentuk pemimpin muda dengan harapan untuk menamatkan politik toksik di Malaysia.

“Saya benar-benar ingin memikul peranan ini dengan cara yang lebih penting,” katanya.

Dzulkelfly berkata pemimpin muda masa depan harus memiliki kualiti tertentu untuk menjadi ahli politik.

“Saya mahu memajukan politik beretika dan mempunyai pemimpin yang mampu menangani isu dan dasar, tidak kira apa latar belakang mereka terutama jika mereka mahu menjadi ahli Parlimen,” katanya.  – 31 Mei, 2022.

KITA TABEK

PADA

SOSOK BERJIWA

BESAR

PEMIKIR BANGSA

AMIN

TIDAK DIJANGKITI

OLEH VIRUS

GINAJAPIM

AMIN

TUMPUKAN MASA

MEMIBINA PARTI

AMIN

DIDIK YANG MUDA

MAJU KE DEPAN

KHALAS

BETUL - PUNCA KORUP IALAH CHINA

 

BRO

CAKAP BETUL

AMIN

JANGAN LUPA

PUNCA KORUP

IALAH CHINA

KHALAS

Unknown commented on 

"CHINA MERAH 

TETAP DIBALON"

Salahkan China merah, salahkan keeleeng eeeee. Tapi tak mau salahkan bangsa sendiri yang korup dan mementingkan diri sendiri. Asal korup bermula di istana dan disambung oleh para menteri. Kemudian ke pegawai pangkat tinggi hinggalah ke pangkat rendah. Nak majukan bangsa dan negara mesti cari punca korup.

AWAS VIRUS BAHAYA !!!

 




VIRUS

GINAJAPIM

ADALAH

VIRUS

PALING BAHAYA

AMIN



BOLEH 

BAWA RUNTUH

KERAJAAN

AMIN

BOLEH BAWA

RUNTUH PARTI

AMIN

NEGARA JADI

HURU HARA

KERANA 

VIRUS GINAJAPIM

AWAS WASPADA

BAHAYA VIRUS

GINAJAPIM

KHALAS

KELUARGA MALAYSIA SIAP SEDIA

 




KELUARGA 

MALAYSIA 

SIAP SEDIA

MENUNGGU

KHALAS


JANGAN LUPA 7 JULAI

 


Keputusan kes rasuah Rosmah diketahui 7 Julai

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada  Rosmah Mansor didapati bersalah atau sebaliknya berhubung pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion, akan diketahui pada 7 Julai ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

"Kes ini berada di penghujung dan hari ini tiba masa untuk kita akhirinya. Saya cadangkan dua bulan daripada sekarang dan keputusan akan diputuskan pada 9 pagi, 7 Julai ini," kata beliau.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan  Gopal Sri Ram, manakala Rosmah, 71, yang juga isteri  Najib Razak diwakili peguam Akberdin Abdul Kader.

Terdahulu, Sri Ram mengemukakan dua kes tambahan yang pernah diputuskan oleh mahkamah untuk dijadikan sebagai nas perundangan bagi pihak pendakwaan kes ini.

Sementara itu, Akberdin mengesahkan baru menerima dua nas perundangan itu dan memohon masa untuk memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan.

Hakim kemudian membenarkan permohonan masa itu untuk menjawab persoalan perundangan berkenaan.

"Jangan bimbang. Saya sudah tentu akan melihat kepada nas perundangan itu. Saya juga sudah meneliti hujahan sebelum ini sekurang-kurangnya sekali dan akan melihatnya kembali. Saya memberi jaminan terhadap perkara itu," katanya.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi iaitu Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM)  Siti Azizah Sheikh Abod.

Pada 18 Februari tahun lalu, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.


TARIKH HARI

DAN BULAN

YANG SEMUA

KELUARGA 

MALAYSIA

SEDIA MENUNGGU

AMIN

APAKAH YG JAHAT

YANG RASUAH

YANG MENIPU

AKAN DIHUKUM

AMIN

KITA MENOLAK

HUKUM LEPAS

MATI

KHALAS

KITA MAHU 

HUKUMAN MASA

HIDUP

AMIN

DAH MATI 

NAK BUAT APA

TAKDA GUNA

KHALAS

SEKOLAH POLITIK - SRI LANGKA

 



SEKOLAH POLITIK

DARI SRI LANGKA

AMIN

KULIAH UTAMA

JALAN RAYA

MEMBAWA 

RAKYAT SEDAR

AMIN

TIMBUL

PENCERAHAN 

TENTANG PERANAN RASUAH POLITIKUS

DAN SALAH 

GUNA KUASA

AMIN

TANAM DAN JANGAN TEBANG

 




TANAM POKOK

JANGAN TEBANG

POKOK 

INI BARU

DASAR BETUL

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "SYABAS KELANTAN !!!"


Luas Kelantan Darol Moskow 4 juta ekar ..tanam pokok balak 4 juta ekor ..bunyi macam memain je. Balak ambil masa 70 tahun baru boleh di sunatkang ..kahkahkah ..3 kali kiamat tu baru boley potong

Unknown commented on
 
"SYABAS KELANTAN !!!"

Tanam pokok apa smpi 4 juta??? Pokok serai ke pokok lalang? Lebai klu bbual, bulan pon leh gugur.. Problem air tetap sama..

KITA SEMUA AKAN MUSNAH SAMA

 



 KITA SEMUA

AKAN MUSNAH

SAMA

AMIN

BUKAN NAJIB

DAN GENG SAJE

KHALAS

Unknown commented on 

"PATUH SYARIAH"

Kalau Malaysia mengalami kemusnahan, memang patut, memang wajar. Leadership yg sasul...konon nak alim, tapi memusnahkan negara adalah...cuba yg buat jenayah masuk jel, yg makan rasuah didakwa dan dipenjarakan...yg membunuh dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya. Poodah lah Malaysia!

KETUM DI AUSTRALIA

 


 AUSTRALIA

TANAM KETUM

DI QUEENSLAND

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "PENDAPAT BIJAK"


Kalau kita ado kilang ketom ..arap arap panadol akang turong harga .. kilang dadah kat Puchong tu telah membuatkang harga Panadol kita lebih mahal drp panadol yg di kilangkang kat Australia ..mungking air doa pong akang turong harga ..


SUARA LOKMAN ADAM

 



SUARA 

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "KENAPA HARGA

 AYAM NAIK"

Ayam naik harga sbb ramai tak mkn itek. Kalu ramai pengguna beli itek harga ayam akan turun. Kehkehkeh

MARI BELAJAR DARI PAKISTAN

 



SESAMA BELAJAR

DARI PENGALAMAN

PAKISTAN

AMIN

HEBOH HAL ISLAM

AMAL RASUAH

SALAH GUNA KUASA

DAN

POLITIKUS GUNA

ISLAM UNTUK 

TIPU ORANG RAMAI

AMIN

ALIM ULAMAK

JADI

 PELACUR POLITIK

AMIN

KHALAS




SASARAN AKHIR KANGAR

 


 SASARAN  AKHIR :

 KANGAR



Pagi itu aku dan Lee Keong bangun awal. Semua barang  siap dimasukkan ke dalam  beg sandang. Aku mengisi penuh botol air. Pengalaman berkhemah di zaman pengakap membantu kami agar tidak ada barang tercicir. 

Sebelum keluar dari bilik aku mengambil pen.  Aku pergi bawah meja lalu aku tulis :   Isham Lee Keong  was here..

Aku lakukan ini kerana aku pernah terbaca bagaimana Sir Francis Light telah mencakar namanya di tingkap gelas di rumahnya : Francis Light was here. 

Lee memandang apa yang  aku buat dengan hairan.

‘ Tulis apa....’ Lee bertanya.

‘  Untuk selamat tinggal pada gereja....’ Aku menerangkan dan menutup  pintu bilik, menapak menuju ke rumah Paderi.

‘ Thank you Sir...’ Kami berdua  mengucapkan terima kasih kepada  Father George yang berdiri di muka pintu.  Kami tidak berjabat tangan.

‘ Most welcome...’ Suara  Father George..

James muncul dari belakang rumah. 

‘ Jangan tinggal barang....’ James beri nasihat.

‘ Terima kasih..’ Kami berjabat tangan dan terus bergerak keluar kawasan gereja. Aku memandang ke belakang untuk kali terakhir. Aku merakam dalam ingatan agar satu masa nanti aku akan sampai lagi ke sini.

Kami sampai ke hadapan Panggung Odeon. Jalan semakin sibuk. Banyak kedai masih belum dibuka. Kami mengambil jalan Chulia Street. Ini jalan  kami masuk yang juga akan membawa kami ke jeti.

Di tengah jalan kami berhenti di kedai kereta sorong India. Secawan teh dan sebuku roti manis untuk sarapan pagi.

Di akhir Chulia Street ialah laut dan  pangkalan  feri. Terpampang nama Pangkalan Raja Tun Uda. Siapa Raja Tun Uda  ( 1894-1976) ini aku tidak tahu. Sama juga - siapa Chulia aku juga tidak tahu. Yang aku diajar di sekolah  Pulau Pinang ini dibuka oleh Francis LIght (1740-1794).

Dalam feri aku menoleh  ke belakang. Aku merasa sedih campur gembira meninggalkan Pulau Pinang. Sedih kerana tidak tahu bila lagi aku akan sampai ke pulau ini. Dari Jelebu ke Pulau Pinang bukan dekat.  Aku gembira juga kerana aku telah berjaya sampai ke Pulau Pinang yang selama ini aku hanya mendengar namanya saja.

Keluar dari feri kami mencari jalan besar arah ke Utara. Agak susah juga kerana ada banyak simpang. Falsafah aku :  jika sesat jangan malu bertanya.

‘ Bang... nak gi Kangar ikut jalan mana bang...’ Aku bertanya pada Abang Melayu yang sedang berdiri di tepi deretan kedai.

‘ Hang naik apa....naik bas ... stesen kat feri sana...hang kena pusiang....’  Mata Abang ini memandang ke arah Lee Keong. 

‘ Hitch hike ... tumpang kereta orang...’ Aku memberi penjelasan sambil tangan aku menunjukkan cari aku menahan kereta.

‘ Ooo.... hang kena gi Kepala Batas... cari kat sana arah Sungai Patani.... hang kena lalu Alor Stak.. baru hang sampai Kangak Perlis... hang dari manaaa...’ Abang Melayu bertanya dengan lorat Utara yang makin pekat

‘ Dari Seremban...’ Jawapan yang aku fikir  tidak mungkin menimbulkan  banyak soalan.

‘  Hang ikut jalan ini ke sana... tunggu kat depan sana...’ Tangan Abang ini memberi arahan.

Jauh juga kami  menapak  hingga berjaya  keluar dari kawasan pangkalan feri. Akhirnya sampai ke jalan yang jadi sasaran kami. Aku  mencari tempat yang strategik untuk berdiri menunggu kereta.

Sebuah jeep berhenti. Pemandunya Abang Melayu. Aku berlari untuk membuka pintu.

‘ Nak ke mana...’  Abang Melayu 40’an bertanya.

‘ Kangar... Perlis....’ Aku menjawab.

‘ Sampai Sungai Petani....’ Belum sempat Abang menghabiskan ayat aku telah masuk ke dalam jeep. Lee masuk duduk di belakang.

‘ Hang scout ke...’ Abang  bertanya.

 ‘ Dulu... sekarang tunggu result exam... nak gi Kangar..’  Aku menerangkan.

‘ Ada apa kat sana..’

‘ Cik Gu kami ..... dulu dia ada ajar kami...nak gi rumah dia... ‘ Aku bercerita.

‘ Hang kena gi Padang Besak.... tengok Siam...tak jauh dari Kangak...’ Abang memberi cadangan.


‘ Depan ni Kedah... lintas sungai ... kita masuk ke. Kedah jelapang padi .... pengeluar padi... saya ni ada kilang mesin padi.... tu pasai pakai jeep... angkut padi di bendang...’ Abang  ini orang berniaga.

Kami melintas sungai yang tidak besar. Ini sungai sempadan Kedah dengan Pulau Pinang. Aku mula melihat sawah luas terbentang di kiri kanan jalan. Belum pernah aku melihat tanah sawah seluar ini.  Maka aku faham mengapa Kedah di kenali sebagai Jelapang Padi Malaysia.

‘ Kampung hang ada bendang....’ Abang bertanya.

‘ Ada tapi tak luas macam sini...’ Aku menjawab sambil menoleh ke belakang melihat Lee sedang memandang ke sawah.

‘ Tak da Kedah... takda beras...orang Kedah kuat keja bendang...hang nak masuk Sungai Petani... atau terus ke Alor Stak.. Abang nak masuk Sungai Petani.. nak terus jap lagi berhenti...’ 

‘ Nak terus  Alor Stak...’ Aku menjawab menggunakan lorat Utara. Aku menolak pelawan  menyimpang masuk ke Sungai Petani.

Abang pemilik kilang mesin padi memberhentikan kami di jalan lurus di tepi sawah. Cuaca agak panas. Tapi kami tak lama menunggu  sebuah kereta Pak Cik Melayu berhenti. 

‘ Alor Stak.. mai masuk... hang diluak panas..’  Pak Cik Melayu membuka pintu. 

‘ Tak juah ke Alor Stak... 30 batu...sejam kita sampai... hang nak berhenti tang mana ...’  Pak Cik Melayu bertanya.

‘ Tak tau... ‘ Aku menjawab.

Mata aku memandang sawah yang luas terbentang. Padi  sudah mula  menguning. Aku nampak kepala orang dalam sawah. Badan dilindungi padi. Kemudian kami lalu perkampungan yang bertukar menjadi kawasan pinggir pekan.

‘ Hang ke arah kanan...jalan sikit  Pekan Rabu... depan masjid.... Abang nak menyimpang ke sana....’ Pak Cik Melayu memberhentikan kami sambil memberi arah jalan.

Aku rasa kami diberhentikan di jalan utama. Betul. Kami berjalan ke hadapan terus berjumpa dengan masjid yang cantik. Belum pernah aku melihat Masjid secantik ini. Warna kubah hitam dan dinding putih. Aku rasa ini pastilah Masjid Alor Setar.

Maklumat Pak Cik tadi telah dilupakan. Kami sampai ke jambatan dan kedai-kedai kayu. Lalu kami  masuk untuk mencari makan. Warung kedai dinding kayu ini bukan menjual makan tapi mejual produk kampung. Kami menapak lagi hingga berjumpa warung bertulis Nasi Kedah.

Aku tak tahu apa itu Nasi Kedah. Aku dan Lee makan nasi campur ikan kembung dan sayur tauge dengan air sejuk. Makanan kami berdua serupa. Bila kami nak bayar harga pun sama 85 sen.  Mak Cik tuan punya warung memandang muak aku kemudian memandang muka Lee Keong.

‘ Hang adik beradik....’  Soalan yang pertama kali  aku dengar. Soalan ini tak masuk akal.  Mustahil dia tak kenal aku budak Melayu dan Lee budak China. Tetapi mungkin kerana makanan kami sama.

Mak Cik Warung ini tidak  faham. Malah ramai yang belum pernah berhitch hiking  tak faham tentang belanja. Bukan saja tumpang kereta orang. Tuan empunya kereta ini juga tidak dikenali.

Beban yang amat berat ketika aku hitch hiking tahun 1968  bukan beg sandang  dan khemah tapi dompet kosong. Dompet aku makin sehari makin bertambah berat. Kerana itu apa yang kami beli dan makan kami jaga betul-betul.

Kami berjalan tidak dengan modal yang besar.

Kami ke jalan besar mengarah ke Kangar.  Hari makin panas. Di kiri kanan  jalan sawah padi. Aku ingat lagi ketika kau menunggu kereta aku lihat di sebelah jalan ada aliran air. Besar dari longkang dan tidak laju seperti air sungai. Aku rasa ini ialah sebahagian dari parit air untuk ke sawah.

Bila aku perhatikan aku nampak banyak anak ikan berwarna hitam. Apakah  ini anak ikan sembilang atau anak berudu. Aku kusuk memerhatikan anak anak ikan  dalam parit tepi bendang.

Kereta berhenti. Kereta  berwarna hitam yang agak tua.. Pemandu  Pak Cik Melayu lagi. Dari pakaian Pak Cik ini dia bukan pegawai kerajaan atau guru.

‘ Saya nak pergi atas sikit pada  Jitra... nak ambil padi...’ Pak Cik ini sah seorang Pak Tani. Tapi dia memiliki kereta. Kalau di Jelebu tidak ada Pak Tani atau penoreh getah yang memiliki kereta. Dalam kepala aku Pak Cik 
 Ini pasti Pak Tani kaya.

‘ Di sini.. kami dah lama tanam  dua kali setahun....masa rehat tak banyak... tapi ada dapat tambahan....’ Pak Cik ini Pak Tani moden. Di Jelebu kami menanam padi sekali setahun. Sekarang aku faham kenapa Kedah menjadi Jelapang Padi Malaysia.

Kami melintas Jitra.  Beberapa batu keluar dari Jitra Pak  Cik memberhentikan kereta.

‘  Sampai  sini... jalan depan turus Kangak..tak perlu belok belok.... kalau hang nak tengok bendang... ikut sama masuk dalam sawah...’ Ajakan  Pak Cik kami tolak.

Pak Cik masuk  ke jalan kecil dalam sawah. Kami  di tepi jalan raya. Kiri kanan sekeliling kami sawah padi. Kami menapak. Hari makin panas. Kami cuba  mencari pokok untuk berteduh.

Botol air aku sudah kosong. Ini panas sawah sama macam panas laut. Tidak ada tempat nak berlindung.  Kami perlu air.  Sambil berjalan mata aku mencari-cari kalau ternampak rumah orang.

Aku ternampak Pak Tani dalam sawah.

‘ Wait here.. aku gi tanya paip air...’  Aku minta Lee menunggu.

Aku masuk ke dalam bendang mencari sosok yang aku nampak tadi. Bila ternampak aku bersuara.

‘ Bang.. Pak Cik... boleh tumpang tanya... ada paip air disini...’ Aku bersuara dengan kuat kerana Pak Tai ini sedang membongkok memotong rumput.

‘ Ha.. apa .. apa hang mau...’ Jawapan sampai.

 Sosok bangun dari membongkok. Aku melihat jelas sosok ini telah berumur. Memakai kain sarung di ikat sampai ke  lutut,  berbaju singlet dan kain menutup kepala.

‘ Pak Cik ... ada paip air dekat sini.... nak cari air...’ Aku bersuara kuat kerana  mungkin Pak Cik ini kurang pendengaran.

‘ Hang cari pili... tak dak pili  kat sini nooh... hang dari mana.. cari apa kat bendang... Pak Cik Tua bertanya.

‘ Cari paip air... kami nak ke Kangar... ‘ Aku menjawab sambil menunjukan botol air aku.

Bendang tak da pili...ayek tak da... hang kena jalan ... ada surau ... sat ada pili...’ Pak Cik cuba. Memberi tahu sesuatu.

Aku tak faham apa itu pili. Yang aku cari paip air.  Lorat Pak Cik ini lagi tebal lagi susah untuk aku faham.

‘ Depan ada surau... ada ayek pili.......’ Sekali lagi dia menyebut pili.

Kemudian Pak Cik ini meledakkan  pertanyaan bagaikan bom untuk aku.

‘ Hang tak mengaji ke....’ Soalan  meletup dari Pak Cik Tua.

Aku tergamam. Mana orang tua ini tahu aku tidak mengaji. Memang betul aku telah lama meninggalkan kelas mengaji  di Surau Cik Gu Omar.

‘ Terima kasih Pak Cik ..’ Aku mengundur tanpa memberi jawapan kenapa aku tidak  lagi mengaji.

‘ No water here.... tak da paip kat sini...’ Aku menerangkan apa yang aku dengar dari Pak Cik Tua.

Kereta berhenti. Kami berkejar ke hadapan. Hal dahaga di lupakan.  Pemandu  Pemuda China yang  nak ke Kangar Perlis. 

‘ How long have you been hitch hiking...’ Soalan dari  sosok yang tahu apa itu hitch hiking.

‘ Almost three weeks.. ‘ Lee dari belakang menjawab.

’ Both ....same school ... ‘

‘Same class...waiting for  form fve result...’ Aku menerangkan.

‘ Where are you staying in Kangar...’

‘ Want to visit our  history teacher...she lived at Jalan Pegawai...’ Aku memberikan alamat Mrs Ali.

‘I know that street...I’drop you there....’

Kami masuk ke pekan Kangar. Pekan ini besar sedikit dari pekan Kuala Klawang. Kami nampak  Sekolah Menengah Derma. Sekolah baru untuk Mrs Ali.

 Pemuda China  gelencong dan membawa  kami ke Jalan Pegawai.   

Kami berterima kasih. Sebelum bergerak Pemuda  China ini berkata ‘.... Make sure you visit Padang Besar...’

Pintu di buka bukan oleh Mrs Ali taai Azahar yang muncul. Aku kenal baik si Azahar ini. Kami tinggal seasrama di SMUJ. Dia tingkatan lima aku tingkatan empat. Dia anak buah kepada Mister Ali  Abu Bakar.

‘ Woit Isam... woit Lee Keong... sampai juga kau ke sini... Mrs Ali belum pulang lagi...dia ada urusan di luar... masuk mari  masuk...’ Azahar dengan gembira mengambil beg sandang kami dan membawa masuk.

Malamnya di meja makan kami di raikan oleh Mrs Ali.  Mister Ali yang bertugas separa Pegawai Belia dan juga Tentera Wataniah bertugas di luar.

‘ Hisham dan Lee.... I’m happy to see you...’  Suara gembira Mrs Ali guru Sejarah dan guru Sains Kesihatan Sekolah Menengah Undang Jelebu kini  menjadi guru di Sekolah Menengah Derma Kangar .

Lalu kami bersembang tentang  itu dan ini. Tentang Mister Tay di Taiping. Tentang  Jelebu dan murid-murid  yang ditinggalkan.

Sambil makan, sambil bersembang sambil bercerita. 

‘ Pili ni apa..’ Aku bertanya.

‘ Mana kau jumpa..’ Azahar menanya.

‘ Tadi dalam sawah... ada Orang  Tua cakap... pili pili pili... aku tak faham lorat Kedah.

‘ Pili ... paip air laaaa...’ Azahar ketawa dan Mrs Ali tersenyum.

‘ Which old man...’ Mrs Ali bertanya’

‘ Taut  tadi .... I was scared.... dia tahu aku tak mengaji... mana dia tahu aku tak mengaji...’ Aku mencari penjelasan.

‘ We were looking for air paip..’ Lee Keong menambah.

‘ Tak mengaji.. memang hang tak mengaji... di Utarak.... Mengaji ertinya sekolah... kat Jelebu mengaji baca  Quran... ‘ Azahar yang sudah fasih dengan lorat Utara cuba bercakap seperti Orang Utara.

‘ Ayek hang tau.. Niok hang tahu...’ Azahar terus ketawa mengejek bahasa Utara. Mrs Ali hanya tersenyum.

Lepas makan Azahar datang ke bilik tidur kami. Dia menghisap rokok. Mungkin dia tak mahu Mrs Ali mengetahui  yang dia perokok.

‘ Kangar ni tak da apa-apa... pergi Padang Besar tengok pekan Siam... aku dah selalu pergi...naik bas tak sampai sejam ... dah sampai...’ Azahar menjadi pemandu pelancong.

‘ Ada apa di Padang Besar... what to see...’ Lee bertanya.

‘ Pekan Siam...’ Azahar menjelaskan.

‘ Boleh masuk.... tak da pasport.. tak kena tangkap...’ Aku bertanya.

Malam itu di atas bantal sebelum lelap  aku terbayang pekan koboi Padang Besar.  Abang di Kedah beri cadangan lawat Padang Besar. Pemuda China beri cadangan  yang sama. Azahar sendiri  dah pernah sampai ke Padang Besar. Alang-alang dah sampai Kangar tak mencuba nyeludup lintas sempadan tak cukup syarat berjalan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/06/01/sasaran-akhir-kangar/