Selasa, 2 Januari 2024
DAIM DAN MADEY GANTI NAJIIB DAN ZAHID
TANGKAP JANGAN
TAK TANGKAP
AMIN
DAIM DAN MADEY
GANTI NAJIB & ZAHID
AMIN
KHALAS
TUMBANGKAN KERAJAN SEKARANG !!!
Tunggu PRU16 kalau mahu tukar kerajaan, kata Zahid kepada pembangkang
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang terbabit dalam pakatan dipanggil “Langkah Dubai” diminta menunggu hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika mahu menukar kerajaan.
Beliau minta mereka menghormati mandat diberikan rakyat kepada kerajaan perpaduan pada masa ini untuk mentadbir negara.
“Tunggulah sehingga PRU 16 kalau mereka (yang terbbait dalam Langkah Dubai) mahu tukar kerajaan,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Desas-desus mengenai “Langkah Dubai” yang bermatlamat menggulingkan kerajaan, bermula minggu lalu susulan dakwaan rundingan antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu ketika lawatan ke UAE.
Rundingan itu dikatakan fokus kepada mengenal pasti “backbencher” yang boleh bertukar sokongan kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan baharu. – 2 Januari, 2024.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
WOIT
TAK BOLEH
TUNGGU LAMA
KAH KAH KAH
LAGI LAMA
LAGI RAMAI
KENA TANGKAP
KAH KAH KAH
PMX AKAN
ARAH LAGI RAMAI
PEMBANKANG AKAN
DI DAKWA
KAH KAH KAH
MANA BOLEH
TAHAN
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
APAKAH INI KEADILAN ?
ADAKAH INI ADIL ?
AMIN
CURI 680 RIBU RINGGIT
DIPENJARA 24 TAHUN
AMIN
BANDINGKAN KES
NAJIB ROSMAH ZAHID
MENCURI
BERJUTA JUTA
AMIN
NAJIB 12 TAHUN
ROSMAH 10 TAHUN
ZAHID BEBAS
AMIN
APAKAH INI MADANI
NAMANYA
KHALAS
APAKAH IN SANDIWARA ?
Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa dalam operasi di kawasan kuarters pekerja di tapak perkilangan Ulu Choh, di Iskandar Puteri, awal pagi tadi.
Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan pada 1.42 pagi itu susulan aduan awam mengenai kewujudan premis tersebut yang menempatkan pekerja asing kilang konkrit.
Beliau berkata operasi itu melibatkan 140 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Negeri, serta pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 108 warga Bangladesh, Pakistan (lapan), India (dua), masing-masing satu dari Nepal dan Indonesia, dengan kesemuanya berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata lokasi serbuan yang berada jauh dari laluan utama, merupakan kawasan penempatan pekerja dan tapak perkilangan bahan binaan yang dikelilingi ladang kelapa sawit selain terdapat lebih 30 kontena dan bahan cerucuk besi membahayakan.
Dalam kes berasingan, Baharuddin berkata seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis dan sembilan wanita warga Vietnam berkhidmat sebagai tukang urut, ditahan kerana dipercayai bekerja tanpa permit sah dalam Ops Gegar dan Ops Sapu di dua premis pusat urutan refleksologi sekitar bandar raya ini, pada 4 petang tadi.
“Kesemua wanita Vietnam berusia 22 hingga 38 tahun itu didapati menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta tinggal lebih masa di Malaysia.
“Tindakan itu diambil susulan aduan awam menyatakan terdapat beberapa warga asing melakukan perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di negeri ini,” katanya.
Baharuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama, serta Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Beliau berkata lelaki tempatan tersebut pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.
“Orang ramai dan majikan di negeri ini diingatkan supaya tidak melindungi pendatang asing termasuk mengambil pendatang asing untuk bekerja dan sekiranya ia berlaku, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. – Bernama, 1 Januari, 2024.
OPS SAPU
OPS GEGAR
MEMANG BAIK
AMIN
TAPI DAH MACAM
SANDIWARA
KERANA TAKDA
OPS CHINA MERAH
WAL HAL ADA
1.22 JUTA LESAP
AMIN
SEKARANG TAK TAHU
BERAPA JUTA LAGI
MASUK TANPA VISA
AMIN
YANG DISERANG
MAT BANGLA
BILA NAK SERANG
WARGA
CHINA MERAH
AMIN
ATAU SEMAU
INI SANDIWARA ?
KAH KAH KAH
KHALAS
HUJAN PETANG
HUJAN PETANG
MULA MULA BERANGIN
KEMUDIAN BERGURUH
KEMUDIAN JAM 5.20 HUJAN TURUN
LEBAT LEBAT LEBAT
GUA RASA TAK LAMA
MENJADIKAN PETANG & MALAM
SEJUK ENAK
AMIN
TUJUAN UMRAH !!!
UMRAH UNTUK
DILIHAT SUCI
ALIM BERSIH
DAN TAK RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"TAHUN 2024 TAK STABIL ?"
UMRAH INI JADI TEMBOK
JADI PENDIDING
JADI IJAZAH
UNTUK DILIHAT ALIM DAN WARAK
AMIN
gwa lebih percaya cakap lu yang membawa ayat ayat dan surah surah sonsang
daripada cakap cakap tok alim kerap berumrah yang gwa kira cara terbaik untuk dilihat alim.
walhal dibelakang orang menyamun merasuah.
selain berumrah menjadi bisness dan lubuk buat duit,
berumrah juga boleh dilihat cool.
eh lu bila nak pergi umrah?
dalam Quran ada sebut Haji dan umrah setahu gwa. Maaf kalau gwa silap
TANDA TIDAK BAIK !!!
Ringgit dibuka rendah pada hari dagangan pertama 2024
RINGGIT dibuka rendah dalam dagangan awal pada Selasa, hari dagangan pertama pada tahun baharu 2024, bagaimanapun sentimen untuk mata wang tempatan kekal kukuh.
Pada hari dagangan terakhir 2023 ia ditutup tinggi sebanyak 0.3 peratus.
Pada 9 pagi ringgit meningkat kepada 4.5910/5965 berbanding dolar AS daripada 4.5900/5980 pada Jumaat lepas.
Menurut AmBank Group ringgit naik 0.3 peratus pada hari dagangan terakhir 2023 untuk ditutup di bawah paras 4.60 pada 4.594, tertinggi sejak Ogos 2023 dan diniagakan dalam julat 4.578 dan 4.615.
“Walaupun kami fikir (terdapat) kenaikan seterusnya untuk ringgit dagangan berhati-hati untuk mata wang masih dijangka menjelang data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baharu pada minggu ini.
“Pelabur kini akan memberi tumpuan kepada pasaran buruh utama AS dan data PMI pada minggu ini untuk memulakan 2024,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2519/2560 daripada 3.2356/2415 pada Jumaat lepas meningkat berbanding euro kepada 5.0675/0736 daripada 5.0729/0817 sebelum ini dan susut berbanding pound kepada 5.8416/8486 daripada 5.8321/8422 pada Jumaat lepas.
Ringgit turut diniagakan rendah atau kekal tidak berubah berbanding mata wang Asean lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4786/4833 daripada 3.4746/4812 pada Jumaat lepas dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.28/8.31 sebelum ini.
Mata wang tempatan menyaksikan perubahan kecil berbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.5 daripada 298.1/298.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3728/3954 daripada 13.3422/3760 sebelum ini.
Pasaran Asia ditutup pada Isnin untuk cuti Tahun Baharu. – Bernama, 2 Januari, 2024.
INI TANDA
AWAL
AMIN
PETANDA 2024
EKONOMI KITA
AKAN KACAU
AMIN
JIKA PERANG
BERLANJUTAN
EKONOMI DUNIA
AKAN KACAU
AMIN
KHALAS
TENTERA SIMPANAN DIBAWA PULANG
Israel undur lima briged dari Gaza, perang diteruskan 2024
TEL AVIV – Tentera Israel semalam mengundurkan lima briged dari Semenanjung Gaza dalam satu langkah yang menunjukkan bakal berlaku pertempuran yang panjang sepanjang 2024 ini.
Menurut The Times of Israel, pasukan yang panggil balik adalah Briged Armoured ke-460, Briged ke-21, Briged ke-828, Reserve Armored Briged ke-14; dan Briged Pasukan Payung Simpanan ke-551.
Briged yang ditugaskan untuk melatih askar akan kembali ke Gaza untuk menjalankan aktiviti biasa manakala pasukan simpanan akan dibebaskan untuk membantu memulihkan ekonomi Israel.
Pada 21 Disember, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah menarik keluar Briged Golani dari Semenanjung Gaza selepas tewas teruk dalam pertempuran di wilayah Palestin.
Sementera itu jurucakap IDF, Daniel Hagari menjangkakan pertempuran akan berterusan sepanjang tahun dan sedang menyesuaikan kaedah pertempuran untuk perang yang berterusan.
Katanya, tentera Israel sedang membuat pelarasan terhadap penempatannya di Semenanjung Gaza kerana ia menjangkakan perang yang panjang terhadap kumpulan pejuang Hamas.
“Kami sedang menyesuaikan kaedah pertempuran ke setiap kawasan di Gaza, serta pasukan yang diperlukan untuk melaksanakan misi itu dengan cara yang terbaik. Setiap kawasan mempunyai ciri yang berbeza dan keperluan operasi yang berbeza,” katanya.
“Matlamat perang memerlukan pertempuran yang panjang, dan kami bersedia dengan sewajarnya,” kata Hagari.
Beliau berkata, tentera akan menjalankan pengurusan “pintar” pasukan di Gaza, membenarkan pasukan simpanan pulang ke rumah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membiarkan tentera yang berdiri teguh berlatih untuk menjadi komander.
“Kami meneruskan latihan pegawai dan komander… selepas pengalaman mereka dalam pertempuran, mereka kembali berlatih dan akan menyertai barisan komander tentera apabila mereka selesai,” kata Hagari.
“Pelarasan ini bertujuan untuk memastikan perancangan dan persediaan untuk 2024. IDF perlu merancang lebih awal, kerana memahami bahawa kami akan diperlukan untuk misi tambahan dan pertempuran berterusan sepanjang tahun akan datang,” katanya.
Israel melaporkan, lebih 500 anggotanya terkorban ketika menjalankan operasi darat di Gaza. – Agensi
KAH KAH KAH
SOLDADU SIMPANAN
DIBAWA PULANG
KAH KAH KAH
SELAMA INI
MEREKA JADI
ULAM UNTUK
GERILA HAMAS
KAH KAH KAH
KHALAS
BANJIR TIDAK BERUBAH
Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Pahang, Kelantan dan Johor kekal
JUMLAH mangsa banjir di tiga negeri meningkat sedikit kepada 80 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini berbanding 70 orang di tiga PPS tengah malam tadi.
Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29 orang yang berlindung di dua PPS di Maran dan Temerloh berbanding 19 orang di satu PPS di Maran tengah malam tadi.
Di Kelantan bilangan mangsa banjir kekal 26 orang di sebuah PPS di Pasir Mas manakala di Johor, jumlah mangsa tidak berubah dengan 25 orang yang berlindung di sebuah PPS di Segamat.
Sementara itu tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya meliputi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.01 meter (m) dengan trend menurun dan Sungai Arau di Arau, Perlis (24.3m dengan trend meningkat).
Laporan itu juga menyatakan terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.
Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor, Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. – Bernama, 2 Januari, 2024.
SUASANA BANJIR
BELUM BERUBAH
AMIN
HUJAN MASIH
BANYAK BELUM
TURUN
KHALAS
TAHUN 2024 KACAU ?
TAHUN 2024
AKAN KACAU ?
AMIN
"TAHUN 2024 KERAJAAN MASIH BELUM STABIL"
KAH KAH KAH
2024 tk stabil???
KAH KAH KAH
Nuar dh kautim dh dgn sutan
Dio selamat slagi pokan hutan tu idup balik..
Cmno nk tukar gomen klu sutan tk pokonankn..
KAH KAH KAH
PELANCUNG TINGGALKAN LANGKAWI
PELANCUNG
TINGGALKAN
LANGKAWI SEMUA
LARI KE SIAM
AMIN
panglimo potaseh commented on
"TAHUN 2024 KERAJAN MASIH BELUM STABIL"
Tengok keadaan Malaya hari ni teringat gwa keadaan negara kapir Thailand pada 70-80an .. jam tu solang sotahun Thailand tukar PM .. nogaro jato misking.
Ari ni Thailand dah stabil. Mak Chik Molayu goma lancong ko Thailand skrg ni .. murah amek kato nyo .. Pak Chik kito pon cakap memang MURAH ..kahkahkah.
Impak nyo Langkawi kito jadi Padang Jarak .. hotel kosong .. sapo pakai Seluar Katok kono chemat dan tangkap .. kahkahkah.
TAHUN 2024 TAK STABIL ?
TAHUN 2024
MASIH TAK STABIL
SELASA 2 JANUARI 2024
HARI KE DUA TAHUN BARU
HARI INI SEMUA KEMBALI
BERKERJA
CUTI DAH ABIS
TUNGGU CUTI TAHUN BARU CINA
APAKAH TAHUN 2024
NEGARA KITA AKAN STABIL ?
KESTABILAN BERGANTUNG
PADA APA MADANI NAK BUAT
KALAU CARI BANYAK MUSUH
KALAU BUKA BANYAK PERANG
MAKA PASTI 2024 TAK STABIL
JENG JENG JENG
TAHUN BARU INI
DI MULAI DENGAN KES
MAIL BERA
KAH KAH KAH
PAK LONG PUN KENA
KAH KAH KAH
KALAU DAIM KENA
ADA GARAM
INI MAIL BERA
KAH KAH KAH
KESIAN PAK LONG
DIKATAKAN TERLIBAT
DALAM LANGKAH DUBAI
KAH KAH KAH
PAK LONG TAK GI DUBAI
DI GI SAUDI
BUAT UMRAH
KAH KAH KAH
UMRAH INI JADI TEMBOK
JADI PENDIDING
JADI IJAZAH
UNTUK DILIHAT ALIM DAN WARAK
AMIN
GAZA
SEBAHAGIAN SOLDADU ISREAL
BERUNDUR DARI GAZA
NETANYAHU BUAT
PERANCANGAN BARU
ISREAL
MAHKAMAH TINGGI ISRAEL
TOLAK RANCANGAN NETANYAHU
UNTUK UBAH KUASA MAHKAMAH
JENG JENG JENG
BANGLADESH
PRU MINGGU DEPAN
PARTI KERAJAAN YANG ADA
AKAN MENANG KERANA
PEMIMPIN PEMBANGKANG
RAMAI KENA TANGKAP
HILANG ATAU MATI DI BUNUH
KAH KAH KAH
JEPUN
GEMPA BUMI
TSUNAMI BESAR
6 TERKORBAN
BERPULUH CEDERA
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
YANG BERSUARA PAGI INI
HANYA TERKUKUR
YANG LAIN TAK DENGAR
MUNGKIN MASIH LETIH
DARI PESTA TAHUN BARU
GUA YAKIN HARI INI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK INI
TAK TAK SEDANG MENJALAR
BERJEMUR DI BALKONI
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM SELASA
HARI KE DUA 2024
ANAK DARA MASUK OPIS
SAMPAI KE OPIS KENA SEMBELIT
MAIL BERA DI PANGGIL POLIS
TURUT DIPANGGIL SETIAUSAHA SULIT
TIGA YB NAK JADI MENTERI
REBUT KUASA HINGGA PARAH
YB MENYAMAR BIJAK BISTARI
SEBELU KE LONDON SINGGAH BERUMRAH
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT KEMBALI BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)