Isnin, 17 Julai 2023

LAGU BERAHI DI HARAMKAN


LAGU JEAN BIRKIN

DAN GAINSBOURG

JE T'AIME ...MOI NON PLUS
AKU CINTA  KAU...GUA TAK LAYAN

LAGU MERANGSANG BERAHI
BANYAK NEGARA HARAMKAN
TAPI 2023 KITA BOLEH DENGAR
DAN LIHAT KLIP VIDEO
TERIMA KASIH RONALD REAGAN
AMIN

AHLI UMNO SOKONG PERIKATAN


AHLI UMNO

TAK SUKA ZAHID

LARI KE PERIKATAN

KHALAS

SWATCH DAN PELANGI



Swatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Swatch Malaysia menfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi, di sini, selepas pihak berkuasa merampas 172 jam tangan jenama itu pada Mei lepas.

Sebelum ini, penguatkuasa Kementerian Dalam negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 20 Julai ini.

Difahamkan, dalam semakan kehakiman dikemukakan, Swatch Malaysia mendakwa rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Sebaliknya, syarikat itu menyatakan bahawa akta tersebut lebih kepada penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.

Justeru itu, kata Swatch, sepatutnya pegawai KDN mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya.

Malah syarikat tersebut mendakwa beberapa model daripada 172 jam tangan yang dirampas telah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis aduan atau aduan mengenainya.

“Kita juga telah memohon supaya jam-jam itu dipulangkan kembali pada bulan lepas melalui peguam kami namun KDN tidak berbuat demikian,” katanya.

Serbuan pada 13 dan 14 Mei lepas dilakukan terhadap butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik telah diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Berdasarkan saman yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN itu, penjualan koleksi jam pelangi terbabit didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, dikatakan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu memandangkan jenama tersebut sentiasa menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.

“Dalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan ‘merampas’ pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit,” katanya.

Nick menegaskan, sejak dahulu lagi jenama jam itu dikenali dengan kepelbagaian warna dan rekaan yang bertujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat. – 

SYARIKAT KAPIR

NI TAK FAHAM

POLITIK

AMIN

TALIBAN SERANG

ANWAR KES

MAIN BONTOT

AMIN

UNTUK BUKTI

ANWAR TAK MAIN

BONTOT MAKA

TANGKAP PELANGI

AMIN

SYARIKAT KAPIR

NI HANYA NAK

BUAT DUIT TAK

BELAJAR POLITIK

MELAYU ISLAM

KAH KAH KAH

AMIN

SANUS MELAYU PALING POP



Kurang 24 jam, TikTok baru Sanusi raih lebih 160,000 pengikut

Akaun terbaru aplikasi TikTok milik Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor sudah meraih lebih 160,000 pengikut dalam tempoh kurang 24 jam, sebagai tanda populariti ahli politik PAS itu susulan serangan terhadapnya oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Umno.

Semakan di aplikasi itu mendapati akaun dengan nama @sanusimdnor74 itu kini mempunyai lapan klip video dengan 164,300 pengikut dengan hampir 100,000 sukaan setakat ini. 

Akaun baharu itu diwujudkan bagi menggantikan akaun asalnya di bawah nama pengguna @sanusimdnor yang nampaknya disekat, mendorong Sanusi menuding jari kepada kerajaan yang katanya cuba menutup mulutnya menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Kalau mereka betul anak jantan, pulangkan TikTok saya," katanya dipetik dalam satu ceramah di Baling, Sabtu lalu. 

Difahamkan bahawa akaun TikTok asal telah dipulihkan dan boleh diakses semula pagi ini.

"Yang (akaun baru) dibuat semalam apabila TikTok asal disekat. 

"Tapi yang asal pun dah okay balik dah pagi ni. Depa takut," kata Setiausaha Akhbar Sanusi, Muhamad Mat Yakim.

Kerajaan menafikan bahawa telah menyekat akaun TikTok Sanusi, mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan mana-mana akaun pengguna di negara ini kerana platform media sosial itu dimiliki oleh firma teknologi China, Bytedance Ltd. 

Bagaimanapun, sejurus selepas gabungan PH-BN membentuk kerajaan tahun lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan TikTok kerana aplikasi itu dikatakan memberi manfaat kepada Perikatan Nasional semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15. 

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menulis surat kepada syarikat media sosial meminta kerjasama untuk menghapuskan siaran oleh pengkritik kerajaan.


SANUSI POLITIKUS

MELAYU PALING

POPULAR

AMIN

SANUSI GANTI

MAT SABU

KAH KAH KAH

SUARA DARI

BUMI MELAYU

TANPA TAPISAN

KAH KAH KAH

KHALAS

TALIBAN DAN RAMBUT

TALIBAN

DAN RAMBUT

KHALAS


Unknown commented on
 "INGAT RAMBUT INGAT TALIBAN"

Baik semua cukur rambut jadi botak, tak kira laki perempuan settle masalah Lebai Taliban, kah kah kah apa lagi kalau nampak kote Taliban meningkat atas? Buat senarai lengkap supaya umat tidak keliru boleh tak? Kah kah kah



Unknown commented on 
"INGAT RAMBUT INGAT TALIBAN"

Berat berat tapi orang bukan Isle di Kelante biasa biasa saja, tetiba nak sama seluar pendek, saman pasal seluar rambut , bulu tak cukur akan datang kot, apa maksud semua ini? Adakah dipentaskan? Atau ikhlas menjaga moral umat? Kadang kadang tak boleh percayalah semua ini? Bila nak sampai pilihanraya semua turun padang jaga belalang jaga semut jaga kawasan tapi bab air bersih tak jaga pun? Kah kah kah

CIK GU BARD KENA KENCING


Chegubard lapor kes Anwar? SPRM kata tak ada

TIADA sebarang aduan rasmi ataupun memorandum diterima daripada pemimpin parti Bersatu Badrul Hisham Shaharin sehingga hari ini, kata agensi antirasuah.

Menurut sumber, pada 11 Julai lalu, kira-kira jam 1.52 petang, Badrul hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun tidak mengemukakan apa-apa aduan.

“Beliau membuat satu sidang media di luar Ibu Pejabat SPRM dan setelah selesai sidang media, individu tersebut meluahkan hasrat untuk menyerahkan memorandum di pondok keselamatan pintu depan.

“Namun, pegawai SPRM memaklumkan prosedur penyerahan memorandum mesti dibuat di dalam premis dan ada pegawai yang sedia menunggu untuk menerimanya,” katanya kepada The Malaysian Insight.


Bagaimanapun, kata sumber, anggota jawatankuasa penerangan Bersatu itu enggan masuk dan memaklumkan akan menyerahkan maklumat secara pos.

Katanya, sehingga hari ini, agensi itu belum menerima sebarang aduan rasmi atau memorandum daripada aktivis itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi turut menafikan telah menerima sebarang aduan atau laporan daripada individu bernama Badrul Hisham Shaharin.

Badrul dalam sidang media di hadapan SPRM Putrajaya pada Selasa lalu dan mendakwa mempunyai bukti mengenai pemilikan rumah, tanah dan kereta Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mendakwa akan menyerahkan bukti menunjukkan kediaman Anwar di Kajang milik seorang ahli perniagaan.

Susulan itu, setiausaha politik Anwar Ahmad Farhan Fauzi membuat laporan polis pada Khamis ke atas Badrul kerana memfitnah perdana menteri.

Peguam Anwar Sankara Nair pada masa sama turut menjelaskan kediaman perdana menteri dipajak untuk tempoh 10 tahun pada 2020.

Selain Badrul, laporan itu juga dibuat kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan blogger Raggie Jessy Rithaudeen.

Badrul seterusnya semalam membuat laporan polis ke atas Anwar dan mendakwa perdana menteri menekan pihak berkuasa untuk menutup mulutnya. – 17 Julai, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KAH KAH KAH

CIK GU BARD

KENA KENCING

KAH KAH KAH

INILAH BUKTI

KUASA & RASUAH

KAH KAH KAH

SATU PELJARAN

UNTUK SEMUA

KAH KAH KAH

RASUAH HANYA

UNTUK YANG

KALAH

KAH KAH KAH

KHALAS

GST AKAN DATANG SEKALI LAGI ?


GST

AKAN DATANG

SEKALAI LAGI

KERANA KERAJAAN

TAKDA
DUIT

KAH KAH KAH

KHALAS

ANGKAT SENJATA LAWAN ISRAEL



INI GARIS TEPAT

MELAWAN ZIONIS

AMIN

BUKAN BERUNDING

KHALAS

HUJAN TURUN


HUJAN  TURUN

PETANG INI JAM 3.50
HUJAN LEBAT TURUN
KETKA BRITA INI DI KETIK
HUJAN AGAK REDA
GURUH DI DENGAR DARI
WILAYAH YANG JAUH
PASTI ADA DAERAH LAIN
YANG HUJAN

MALAM INI
 CUACA PASTI ENAK
UNTUK MELEPAK
KAH KAH KAH
AMIN



SIMPAN TERUS NAJIB DALAM JIL !!!


SIMPAN TERUS

 NAJIB

DALAM JIL

AMIN

KHALAS

ZAKAR SHE MEROYAN

 


1MDB: Kenapa Najib terus dizalimi? - Ahli MKT UMNO

KUALA LUMPUR: Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri, Najib Razak terus dizalimi berkait saman melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, beliau berasa pelik apabila 1MDB meneruskan saman sivil terhadap Najib dengan menuntut ganti rugi AS$8 bilion daripada bekas Presiden UMNO itu.

Ini kerana jelas beliau, berdasarkan jawapan daripada Kementerian Kewangan (MoF) di Dewan Rakyat, memaklumkan bahawa 1MDB telah mendapat balik asetnya bernilai kira-kira RM41.6 bilion.


"Tetapi kenapa Najib terus dizalimi? 1MDB di bawah MoF.

"Apa yang mencurigakan ada nama yang turut disaman tetapi nama mereka sudah hilang daripada senarai," katanya dalam kemas kini tersebut pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata saman tersebut dimulakan ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada 2020, dan kini ia diteruskan seperti mana afidavit yang dikemukakan di mahkamah pada 23 Mei lalu.

Lebih menghairankan, beliau mendakwa dana RM114 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi agar dipulangkan kepada akaun Najib kerana ia milik UMNO, juga dimasukkan dalam saman berkenaan.

"Jangan lupa pada 2017 sudah ada perjanjian penyelesaian 1MDB-IPIC (International Petroleum Investment Company) untuk dapatkan balik dana 1MDB. Najib empat kali membangkitkan isu ini.

"Tetapi Tun M ( Dr Mahathir Mohamad) dan Tommy Thomas (bekas Peguam Negara) batalkan perjanjian itu agar naratif wang 1MDB ‘hilang’, boleh terus dieksploitasi untuk cemarkan Najib," tulisnya lagi.

Begitupun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menambah penyelesaian 1MDB-IPIC diteruskan dan MoF telah mengumumkan IPIC-Aabar PJS (Aabar Investments PJS) membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB.

"PMX ( Anwar Ibrahim) anggap ia kejayaan besar," ujar Mohd Fuad.

NAJIB NAZAK

DI ZALIMI 

DI KAJANG

KAH KAH KAH

ZAKAR SHE NI

TAK FAHAM JIKA

DILEPASKAN

ZAHID MATI TEGAK

KAH KAH KAH

KENAPA TAK

SUSUN PENYOKONG

TURUN KE JALAN

BUAT DEMO

KAH KAH KAH

KHALAS

RINGGIT MENUJU RAHMAH ?



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan tanda-tanda deflasi dalam pasaran Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.5355/5415 berbanding dolar AS daripada 4.5255/5280 pada penutup Jumaat lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peningkatan ringgit minggu lepas agak terlalu optimistik memandangkan prospek China yang negatif serta jangkaan lebih banyak pengurangan kadar dan ini sepatutnya melemahkan nilai yuan China.

Innes berkata data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pengeluaran Perindustrian suku kedua (S2) 2023 China akan menjadi tumpuan hari ini, dan pergerakan ringgit akan bergantung kepada laporan.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit boleh stabil pada paras semasa dengan pasaran masih menantikan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan.

Beliau menambah kebimbangan terhadap kemampanan pemulihan China bermakna People’s Bank of China akan terus berpihak kepada pertumbuhan ekonomi dalam pendirian dasar monetarinya.

“Secara keseluruhannya, saya percaya MYR/USD akan kekal sekitar RM4.52-RM4.53 hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 5.0902/0969 daripada 5.0799/0827 pada penutupan Jumaat, susut berbanding pound Britain kepada 5.9370/9448 daripada 5.9338/9371 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2747/2795 daripada 3.2659/2679 minggu lepas.

Ringgit turut diniagakan lemah berbanding mata wang Asean yang lain.

Unit tempatan rendah berbanding baht Thai kepada 13.0857/1091 daripada penutupan Jumaat pada 13.0689/0814 dan susut berbanding dolar Singapura pada 3.4321/4369 daripada 3.4263/4287 sebelumnya.

Ringgit merosot nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 303.1/303.7 daripada 302.5/302.8 minggu lepas dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.33/8.35 daripada 8.31/8.33. – Bernama, 17 Julai, 2023.

DUIT SIAM

DUIT INDON

DUIT PINOY

SEMUA NAIK

AMIN

PASAI APA

RINGGIT JATUH

AMIN

APAKAH NAK TUJU

MENU RAHMAH

KAH KAH KAH

KHALAS

INGAT RAMBUT INGAT TALIBAN



Pemilik salun bukan Islam didenda kerana potong rambut lelaki Islam

SEORANG pemilik salon rambut di Kota Bharu, Kelantan didenda RM100 kerana membenarkan pekerja wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki beragama Islam.

Denda itu dikenakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

“Denda itu dibayar oleh pemilik salon empat hari lalu,” kata Presiden Persekutuan Persatuan Cina Kelantan, Oie Poh Choon.

“Saya menemani wanita itu ke pejabat majlis untuk menyelesaikan dendanya, yang mana beliau mengaku melakukan kesalahan itu.

“Beliau mengakui kesilapannya dan mendakwa terlupa mengenai undang-undang kecil itu,” katanya.

Di Kelantan, pendandan rambut wanita bukan Islam tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada orang Islam yang berlainan jantina.

Oie dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata wanita itu didapati melanggar undang-undang kecil majlis itu.

Beliau berharap MPKB memberi taklimat kepada pemilik salun mengenai peraturan sedia ada kerana ramai yang seolah-olah terlupa.

“Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah penting untuk ambil perhatian ini bukan peraturan baharu. Untuk selamat, kita hanya perlu mengikut peraturan untuk mengelakkan akibat yang tidak diingini,” katanya.

Difahamkan, pekerja wanita salun itu menggunting rambut pelanggan lelaki yang pergi ke sana bersama ahli keluarganya minggu lalu.

Bulan lalu, MPKB mengeluarkan kompaun kepada seorang wanita bukan Islam kerana berpakaian “tidak sopan” di khalayak ramai, kerana dia memakai seluar pendek.

Tindakan terhadap wanita berusia 35 tahun itu dibuat ketika pemeriksaan mengejut di kedainya di Jalan Merbau, Kota Bharu, mengikut seksyen 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 2019. – 16 Julai, 2023.

RAMBUT INI

BUAT TALIBAN

KERAS KOTE

KAH KAH KAH

INGAT RAMBUT

INGAT TALIBAN

KHALAS

MODEL BEG BIRKIN MENINGGAL DUNIA


JANE BIRKIN

SOSOK ASAL USUL BEG BIRKIN
PELAKON PENYANYI 
MENINGGAL DUNIA DI PARIS
AL-FATIHAH
AMIN

KAKI PUTAR TERLUPA PUTAR


PUTAR SANA

PUTAR SINI

TERLUPA APA

YG DAH DIPUTAR

KAH KAH KAH

AMIN

Rank&File commented on 
KES BANGLO TOWKAY CHINA - CIK GU BARD TAK FAHAM"

Kenapa PMX dan isteri sering tersasul tentang pembelian dan penjualan rumah di Damansara, Segambut dan Sungai Long? Jawapannya ada dalam ungkapan Mark Twain "If you tell the truth, you don't have to remember anything." Ringkasnua, kerana mereka tidak bercakap benar justeru mereka terlupa apa yang mereka pernah ucapkan
kan kan kan.

CUKONG MASIH DOMINASI EKONOMI NEGARA


PARTI CUKONG

MASIH DOMINASI

EKONOMI NEGARA

KHALAS

Unknown commented on 
"MCA HANYA SOKONG
 UMNO ZAHID"

MCA dah luput dah hilang sokongan kaum Cina, sibuk apa lagi? Tapi satu pasti semua parti politikus ini ada harta entah berapa juta dalam bentuk aset bangunan Dewan mungkin tunai kurang tapi aset pelabur mereka banyak, tumpang jugak sekaki dengan United Gerombolan kah kah kah ingat tak kalau beku akaun semua bising belaka kah kah kah

PANAS PANAS PANAS


PANAS


SENIN 17JULAI 2023
BUMI KITA SEMAKIN PANAS
DI SANA SINI SUHU NAIK
INI TANDA PALING JELAS
MALAPETAK IKLIM SEDANG MEREBAK

MASIH ADA LAGI
YANG TIDAK PERCAYA
TENTANG PEMANASAN DUNIA KITA
GUA TAK TAHU APA NAK CAKAP

ITALI
PANAS MEREBAK
MINGGU INI SELURUH
SEMENANJUNG ITALI
AKAN DI SERANG PANAS
SUHU MELINTAS
 40 DARJAH CENTIGRADE

SEPANYOL
PANAS DAN HUTAN 
TERBAKAR

FRANCE
PANAS MEMBAHANG
KERAJAAN NASEHAT
JANGAN KELUAR RUMAH

AMERIKA
ARIZONA PANAS
HUTAN TERBAKAR

AMERIKA
DI PENSLAYVANIA
BANJIR MELANDA
5 MATI LEMAS

INDIA / CHINA
CUACA PANAS
MELAMPAU
DI INDIA BANYAK KEMATIAN

CHINA
JOHN KERRY  WAKIL
ALAM SEKITAR AMERIKA
SAMPAI KE PEKING
BERUNDING HAL IKLIM

INI PETANDA BAIK
AMERIKA DAN CHINA
DUA NEGARA  YANG
TERULUNG MENGELUARKAN
KARBON YANG MEMANAS DUNIA

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR 
CUACA  INDAH
MATA  HARI DAH KELUAR
CAHAYA MASIH LEMBUT
AWAN BIRU MUDA

JANTAN BERKOKOK
TEMPUA SIBUK DI SARANG
PIPIT MENUAI RUMPUT

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
APAKAH PETANG
 AKAN HUJAN ?
AMIN

BRO
SENYUM KITA MULAKAN
MINGGU INI DENGAN
SENYUM GEMBIRA

BRO
SENYUM ITU
TANDA KITA NAK BERKENALAN

BRO
DUNIA INI BEREDAR
KALAU LU BELUM DAPAT
APA AYNG LU IMPIKAN
LU JANGAN BERSEDIH
KALAU LU SUDAH DAPAT
JANGAN SOMBONG

BRO
HIDUP INI TIDAK BEBAS
DARI MASAALAH
JANGAN MENYERAH

BRO
JIKA LU BERSALAH
LU JANGAN MERATAP
LU BAIKI KESILAPAN

BRO
KALAU LU MENGELUH
TAK AKAN SELESAI
MASALAH

BRO
JANGAN BERLAKON
JANGAN BERSANDIWARA
JANGAN MENYAMAR
JANGAN SUSAHKAN HIDUP
DENGAN PUTAR BELIT
LU JADI LU YANG ORI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT  MINGGU
BERMULA