Khamis, 25 Jun 2020

BUKAN HUDUD












AWE AMBO ROYAK

HOK NI 

BUKE HU DUD

HOK NI  HU LA HUD

CONTOH TERBAIK NEGARA HUDUD DAN QISAS







CONTOH 

TERBAIK

TERCANTIK

TERLOMOI

NEGARA ISLAM

GUNA HUDUD

DAN

QISAS 


Pakistan plane crashed 

Preliminary report finds ‘human error’ – including failing to put the wheels down – to blame for crash that killed 98 people in Karachi

Menteri penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar Khan memberitahu parlimen juruterbang telah membahas virus coronavirus ketika mereka berusaha untuk mendarat dan melepaskan autopilot kapal itu.

“Juruterbang dan juruterbang tidak fokus dan sepanjang mereka berbual mengenai korona. Berbual apa saja yang ada di fikiran mereka. Tentang kaum keluarga mereka terjejas dan mereka mengadakan perbincangan mengenainya, ”kata Khan.

Khan juga menunjukkan tinjauan yang merisaukan tentang bukti kelayakan pilot yang pasti akan berkumandang melalui industri penerbangan negara itu. Dia mengatakan siasatan tahun lalu mendapati bahawa 262 daripada 860 juruterbang aktif Pakistan mempunyai lesen palsu atau telah menipu peperiksaan - termasuk sejumlah juruterbang PIA yang tidak ditentukan.


AWAS 

JANGAN NAIK

KAPAL TERBANG

NEGARA 

REPUBLIK

ISLAM

PAKISTAN

RAMAI

JURUTERBANG

TIDAK ADA

LESEN


PERHATIAN
PIA BUKAN BERMAKNA
PLEASE INFORM ALLAH
PIA IALAH 
PAKISTAN INTERNATIONAL AIRLINE
AMIN

KES ZAHID HAMIDI MAKIN MENARIK



KES INI SAMA

MACAM KES

ZAHID HAMIDI

KITA LIHAT

APA AKAN

TERJADI


Bekas eksekutif Yayasan Nurul Yaqeen dan tiga adik didakwa ubah wang haram 1.8 juta

IPOH – Seorang bekas eksekutif akaun, Yayasan Nurul Yaqeen bersama tiga lagi adik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 100 pertuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.8 juta sejak lima tahun lalu.

Mimi Khairani Baharudin, 36, yang menghadapi 32 pertuduhan berjumlah RM905,392 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Wanita yang hamil lima bulan itu didakwa melakukan semua kesalahan antara 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2018 di Maybank cawangan Tapah.

Sementara itu, tiga adiknya, iaitu Mohd Khairul Asrani,34, Nur Izyani 33, dan Muhammad Nur Husaini,26, mengaku tidak bersalah masing-masing atas 29, 20 dan 19 pertuduhan membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM897,063 yang didakwa dilakukan antara 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2018 di Maybank cawangan Ipoh Garden di sini.

Ksemua mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Farid Ahmad Kamal manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Norizawani Ahmad Jalaludin.

Terdahulu, Ahmad Farid menawarkan jaminan sebanyak RM4.8 juta kepada Mimi Khairani dan RM4.35 juta kepada Mohd Khairul Asrani manakala Nur Izyani serta Muhammad Nur Husaini masing-masing ditawarkan RM3 juta dan RM2.85 juta.

Bagaimanapun, Norizawani memohon mahkamah meringankan jumlah jaminan kerana keempat-empat tertuduh tidak berkerja, keluarga hanya mempunyai tunai RM50,000 untuk ikat jamin kesemua mereka dan akaun bank telah dibekukan bagi tujuan siasatan.

Selain itu, mahkamah dimaklumkan Nur Izyani baru sahaja disahkan mengidap kanser payudara dan fibroid dalam rahim.

Mahkamah kemudian membenarkan Mimi Khairani diikat jamin RM400,000 manakala RM350,000 bagi Mohd Khairul Asrani, Nur Izyani (RM250,000) dan Muhammad Nur Husaini (RM200,000) kesemuanya dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis terdekat.

Selain itu, mahkamah juga membenarkan apa-apa barang yang mempunyai nilai sama untuk dipindahkan bagi tujuan jaminan dan menetapkan 29 Julai bagi sebutan semula kes.— BERNAMA


AWAS 

NURUL YAQEEN

BUKAN MAK JAN

KAH KAH KAH

IANYA JUGA

BUKAN 

TABUNG BULUH

UNTUK KUMPUL

DUIT LIMA SEN

KAH KAH KAH

BUBAR PARLIMEN





JENG JENG JENG


Bubar Parlimen tanpa berlengah – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, i Mohamad Hasan berkata, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen tanpa berlengah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka.


BILA NAK

BUBAR

KAH KAH KAH

BERHUDUD HUDUD DAHULU





P. I. A

PAS akan terus usaha laksana hudud, qisas, kata ketua penerangannya


PAS akan terus berusaha memartabatkan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud, qisas, dan takzir, yang sudah terlaksana di rantau ini sebelum penjajah datang ke Nusantara, kata ketua penerangannya Kamaruzaman Mohamad.


KAH KAH KAH

BERHUDUD  HUDUD DAHULU
BERQIAS QISAS KEMUDIAN
BERSUTUT SUTUT DAHULU
BRHIAS HIAS KEMUDIAN

KAH KAH KAH


N





SATU LAGI KES KACAU BINI ORANG






YA TOK GURU

YA TUAN HAJI

TUAN IBRAHIM

APA NAK KOMEN
ADA EKO LOJI KA

KAH KAH KAH






WOIT

RESPEK 

JANGAN INGAT

PAK LEBAI 

TAK ADA TASTE





LAGI AMALAN LANCHAU






MEDIA 

TERUSKAN

AMALAN

LANCHAU

Bekas CEO yayasan ditahan disyaki salah guna kuasa


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan bergelar profesor kerana disyaki salah guna kedudukan dan jawatan untuk menganjurkan satu program kayuhan pada 2016.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60 an itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi di pejabat SPRM Putrajaya, ketika hadir memberikan keterangan.

“Ketika suspek memegang jawatan CEO yayasan terbabit, dia melantik syarikat miliknya sebagai rakan strategik bagi menganjurkan program kayuhan di utara tanah air itu dengan kos berjumlah melebihi RM150,000.

“Suspek disyaki menyalahguna kedudukan dan jawatan untuk melantik syarikat miliknya bagi penganjuran program kayuhan yang diadakan pada tahun 2016 itu,” katanya.

Menurut sumber, suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009).

“Suspek sudah dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin berjumlah RM10,000,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. – 25 Jun, 2020.


TAK TAHU

YAYASAN APA

TAK TAHU

KANGKONG 

JENIS APA

KAH KAH KAH

GONCANG 

GOYANG

TAK PANCUT

KAH KAH KAH

IKUT CARA ANWAR




IKUT 

CARA ANWAR
Kalau tak mampu nak beli kondom ..lu main bontot je sah sah tak bunting punye. Tak caya lu tanya Abam ..kepingping nang melalue teladang. on 
AKIBAT BODOH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 24/06/20

Pa

BATANG ENAU







BATANG ENAU
Ini tepat! Aku rakyat! Aku tak peduli siapa perdana menteri, asalkan aku ada bini cun, ada kerja, ada gaji, ada rumah, makanan, pakaian, anak pergi sekolah. Aku tak nak pemimpin yang hanya pandai berpidato, talk cxck, tapi tak erti khidmat kepada rakyat. 
on 
PEMIMPIN DAYAK 
HINA 
PEMIMPIN ISLAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 24/06/20

Kal

BERGANTUNG PADA KITA







BERGANTUNG

PADA KITA
SUSUN ATUR AKSI
Isham, apa pandangan Lu mengenai masa depan Msia? Cerah? Gwa rasa dah nak musnah, kaput. Asyik kena songlap. 
on 
MEDIA AMAL 
PERANGAI LANCHAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 24/06/20

Ini tep

LAGI 33 HARI





LAGI 33 HARI
Ngapalah lama sangat nak sampai 28 July, ada 33 hari lagi, Hisham! Dalam duk mengira hari berkhalwat tolong catitkan sekali berapa hari lagi nak sampai 28 July.....boleeeee 
on 
JANGAN LUPA
Publish | Delete | Spam
hamim
on 24/06/20

Isha

DEMI NEGARACICIRKAN ANWAR





DEMI NEGARA

CICIRKAN ANWAR
Soalan penting untuk Amanah, DAP dan ahli parlimen PKR: Demi rakyat dan negara atau demi Anwar Ibrahim? Kalau demi rakyat dan negara, cicirkan Anwar Ibrahim. Jangan jadi rakyat sebagai tebusan. Kalau demi Anwar Ibrahim, rakyat akan ingat masa PRU15. 
on 
ZAHID BAHAYA
PADA MUHYIDDIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/06/20

S

LAGI BERAPA HARI






LAGI

BERAPA

HARI KE

RESEPI TERBAIK







RESEPI TERBAIK

Ikan SEMBILANG (laut) mahal, ikan KELI (sawah) murah. Kalau buat masak asam pedas goreng dulu kemudian masak ikut resepi nenek. Campur ikan keli dengan sembilang dalam satu kuali sedap yeop. Ikan di laut keli di darat dalam kuali bertemu juo. 
Musim ekonomi pasca covid-19 kalau nak makan kari daging belanja murah mudah saja. Beli daging KERBAU import (India) dan daging cincang LEMBU (Malaysia) dimasak kari dalam satu periuk hasilnya kita dapat rasa kari daging dua dalam satu yang lazat. 
on 
MAT SABU 
MEMASAK
Publish | Delete | Spam
Warga tua pesara Kerajaan
on 25/06/20

Ni c

DAULAH DAN PERANG KELAS




 DAULAH DAN 

PERANG KELAS


Tulisan ini digarap pada Selasa 23 Jun 2020.  Saya  memungut dan merakamkan  statistic  serangan  Cobid-19 dari WHO  (World Health Organisation). Setakat  hari Selasa ini seramai  8,860,331 warga dunia telah dihinggapi oleh virus Karona. Seramai 470,822  anak semua bangsa warga dunia dari pelbagai negara telah tewas gugur. 

Statistic WHO ini  juga menunjukkan Amerika Sarekat sebagai negara paling terok diserang virus Karona.   Seramai 2,241,178 telah dihinggapi.  Seramai 122,248  warga Amerika telah mati. Dan paling terkini seramai 32,349 disahkan  sebagai pesakit baru.   Jumlah kematian di Amerika ialah 30% dari semua kematian global  walhal penduduk Amerika hanya 5% dari  jumlah penduduk dunia.

Nisbah angka kematian di Greece, Cuba,  Vietnam Austria, Korea Selatan, Mongolia atau Taiwan lebih rendah berbanding dengan Amerika.   Negara negara ini juga memiliki watak-watak yang sama saperti Amerika. 

Di Korea Selatan, Cuba, Vietnam  atau di Taiwan ramai penduduk  menginap dalam kota-kota dan pekan.   Ada wilayah yang padat. Pasar raya dan gedung membeli belah menjadi tempat warga berkumpul.  Café,  restoran dan pub  bersepah sepah tempat warga duduk  ramai-ramai bersantai.  Tidak ada yang unik untuk menarik virus  Karona memilih Amerika dan tidak Korea Selatan, Cuba , Vietnam  atau Taiwan.

Amerika negara terkaya dalam dunia. Amerika Sarekat memiliki hospital dan klinik tercanggih dalam dunia. Amerika memiliki pakar perubatan yang ulung. Banyak sosok perubatan – bomoh dan tabib – kelas dunia tinggal di Amerika Sarekat.  Hospital dan  klinik di Amerika lengkap dengan peralatan terbaru yang canggih manggih. Universiti dan sekolah perubatan Amerika tersohor. Kaji selidik ilmu  perubatan dan ilmu bidang sains teruggul dalam dunia berpusat di Amerika. 

Fakta menunjukkan seramai 336 warga Amerika adalah pemenang Hadiah Hadih Nobel semenjak tahun 1901. Dari jumlah ini seramai 94 orang memenangi hadiah dalam bidang Physiologi dan Perubatan. Amin.

Tetapi  kenapa Amerika Sarekat menjadi negara paling terok diserang oleh Karona. Serangan pandemic kali ini membuktikan Amerika tercorot dalam bidang menyelamatkan warga.  Tercorot dalam bidang kesehatan awam. Apakah darah warga Amerika lebih enak untuk dibaham oleh Mat Karona.  Tidak. Tidak. Tidak. 

Jawabnya ialah sistem.  

Kematian dan statistic yang menonjol ini adalah  manifestasi dari satu sistem. Untuk memahami persoalan Covid-19 dan pandemik ini kita wajib memahami apa sistem yang digunak pakai oleh Amerika Sarekat. Kita wajib memahami  sistem ekonomi Amerika. 

Saya berterima kaseh pada   Karona.  Pandemic Covid-19 ini telah memaksa dunia untuk mula berbincang tentang sitem perubatan awam.  Berbincang  tentang sistem kesehatan  untuk rakyat teramai.  Melalui perbincangan tentang kesehatan awam maka dengan sendirilah terbuka luas  perbincangan tentang sistem ekonomi. 

Pada ketika ini  seluruh dunia sedang berlabon tentang sistem ekonomi. Kalau dahulu hanya kaum Marxis, kaum Sosialis dan kaum kerabat kiri sahaja yang membincang dan menimbulkan wacana  tentang sistem ekonomi.  Kali ini perbualan dunia ialah sistem, sistem dan sistem.

Virus Karona telah memaksa warga dunia untuk memahamai bahawa dibelakang  kehidupan moden hari ini  wujud satu sistem.  Kita  semua – anak semua bangsa  ini  adalah manifestasi dari sistem ini. Budaya, gaya hidup, nilai, . kepercayaan , moral dan semua  ciri kehidupan kita hari  ini adalah manifestasi dari satu sistem. Amin.

Sistem ini ialah sistem ekonomi kapitalis. Apakah dia   yang dipanggil sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis muncul sesudah runtuhnya sistem feudal. Sistem ekonomi feudal  menobatkan Raja sebagai punca kuasa. Semua kuasa dimiliki dan berpusat kepada Istana dan Raja. Orang ramai bekerja untuk Raja. Tanaman , buah buahan,  ternakan ayam itik  kambing lembu boleh diambil oleh Raja bila bila masa sahaja. Malah anak dara dan isteri sendiri pun boleh dirembat oleh Raja jika Tuanku pekenan.

Tenaga tulang empat kerat rakyat jelata boleh  dikerah oleh Raja untuk membuat apa sahaja kerja. Jika Raja berperang maka rakyat jelata akan dikerah untuk menjadi soldadu mempertahankan Raja.  Amin.

Sistem feudal ini masih ada. Di Saudi Arabia, di Negara Arab Telok dan  juga  di Berunai sistem ini masih digunapakai. Amat jelas ada kerjasama paling intim dan bersekongkolan yang rapat antara kaum feudal dengan kaum agamawan. Masjid dan Istana sepakat.

Raja membunuh jika kamu engkar.  Gulungan  agamawan akan menanda tangani surat untuk menghantar kamu dibakar api neraka jika kamu engkar. Dua Lembaga – Istana dan Masjid -  bekerja rapat menakut nakutkan  dan mengancam  orang biasa. Tujuan ancaman hanya satu untuk mengumpul dan memiliki harta kekayaan demi  kesenangan dalam hidup.

Jangan silap baca : Istana dan Masjid dan tulisan ini bukan bangunan.  Masjid dan Istana ini adalah lembaga daulah.

Sistem ekonomi feudal ini dilawan oleh gulungan  baru yang merasakan sistem ini  tidak adil. Kuam baru ini  bangun memberontak dan memenggal kepala Raja.  

Gulungan baru ini membawa sistem ekonomi kapitalis. Kuasa Raja dan Masjid  mula di ketepikan. Raja dan Masjid bukan lagi punca utama kuasa daulah. 

Kini harta kekayaan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.  Kalau dalam sistem feudal yang dibenarkan mengumpul harta kekayaan hanya Raja dan kaum kerabat Istana. Kini dalam sistem baru – sistem ekonomi kapitalis   individu – orang persendirian  dibolehkan mengumpul harta. Mereka dipanggil pemaju, pemodal,  tuan tanah, atau towkay. Sesiapa ada modal boleh menjadi kapitalis. 

Sistem ekonomi kapitalis ini berpaksikan keuntungan maksima. Rukum imam kaum kapitalis ialah untung. Apa sahaja yang menguntungkan akan diniagakan oleh kaum kapitalis.  Apa boleh beli akan dibeli – apa boleh jula akan dijual – asalkan semua membawa keuntungan.

Kaum kapitalis dan kaum pemodal ini akhirnya akan memiliki punca-punca  pengeluaran. Punca pengeluaran bermakna – tanah, kilang dan bank – akan dimiliki oleh kaum pemodal. Orang ramai rakyat biasa akan  menjadi consumer. Orang ramai akan didorong dan  dikandang  untuk membeli hasil barangan – produk -  yang telah dikeluarkan oleh kilang milik kaum kapitalis.

Pengeluaran bahan produk yang dihasilkan oleh kaum kapitalis hanyalah dengan satu tujuan -  membawa keuntungan. Jual beli kaum kapitalis hanya berlaku jika ada untung.  Untung. Untung dan cari untung. Untung adalah   wirid  kaum kapitalis. Untung ialah kiblat dan  Rukun Iman kaum kapitalis.  Amin.

Kaum kapitalis akan sedaya upaya tidak mahu diganggu gugat dalam menjalankan perniagaan mencari untung. Dalam masa yang sama  saki baki  Raja dan Istana juga  boleh berkerja sama dalam usaha mencari untung. Kerabat Sultan atau  Puteri atau Putera Raja  di ah lan wah sah lankan untuk berniaga atau membuat  projek.  Bagitu juga Masjid tidak dilupuskan dari budaya  meniaga dan mencari untung. Dari sejarah menjual agama adalah perniagaan  kedua tertua dalam dunia. 

Masjid masih wujud - kini diambil sebagai rakan  baik kaum pemodal.  Ini penting untuk mengelurakan  nas dan  hadis bagi mengharamkan sesuatu yang tidak menguntungkan kaum kapitalis. Atau   menghalalkan sesuatu yang membawa keuntungan kepada  kaum pemodal. Kepada yang keras kepala dijanjikan api neraka. Jika masih keras kepala ditakrif sebagai penganuat ajaran sesat. Saperti di Saudi Arabia  dituduh murtad untuk dipancung  kepala sesudah sembahyang Jumaat dihadapan Masjid.

Dalam sistem ekonomi kapitalis peranan daulah adalah minima. Daulah hanya diperlukan untuk mengadili jika berlaku perbalahan – sebagai contoh -  antara pemaju perumahan dengan setinggan. Lagi jauh daulah berperanan dari urusan perniagaan lagi molek dan lagi maju jaya kaum kapitalis. 

Apa sangkut paut sistem kapitalis ini dengan serangan virus Karona keatas Amerika Sarekat?

Jawabnya  : Sistem ekonomi kapitalis Amerika  telah gagal menangani serang Karona. Amerika  walau pun dengan kecanggihan  hospital , klinik dan makmal perubatan – telah gagal. Amerik tercorot dalam usaha melawan Cobid-19.

Sistem ekonomi kapitalis tidak memiliki  keupayaan  hakiki untuk melawan pandemic yang berlaku.

Di Amerika yang disembah ialah keuntungan. Maka  semua sistem perubatan di Amerika didirikan untuk mencari untung. Jika tidak  ada untung maka klinik dan hospital  tidak akan didirikan.  Kesehatan menjadi bahan perniagaan.  Orang sakit diperniagakan. Lagi ramai sakit lagi molek untuk bisnes. 

Perubatan menjadi industri. Perubatan bukan lagi untuk memastikan kesehatan orang ramai dijaga baik. Kesehatan warga negara dijadikan komoditii untuk diniagakan saperti jual beli sawit dan getah.

Kesehatan maknanya keuntungan. Orang ramai hanya consumer.  Siapa ada duit akan dapat rawatan. Siapa tak ada duit  mati ditangga pintu hospital. Warga Amerika yang tidak memiliki insuran perubatan  tidak akan dapat rawatan perubatan.  Sebelum mendafatr ke hospital   perlu dibuktikan memiliki dana dalam   akoun bank,  memiliki sijil insuran atau cagaran harta.  Inilah namanya sistem ekonomi kapitalis.

Justeru yang banyak mati  di Amerika adalah mereka yang  miskin. Mereka yang tidak ada modal untuk mendapat rawatan  hospital.  Mereka yang  tidak ada duit kerana hilang pekerjaan. Data menunjukkan majoriti yang mati kerana Covid-19 di Amerika adalah Orang Hitam,  Latino, kaum  pendatang yang halal dan yang haram. Ini termasuk warga miskin kota yang tidur ditepi jalan atau dilorong-lorong.

Daulah di Amerika tidak memiliki peranan. Kaum kapitalis di Amerika berjaya menfikan daulah dari mendirikan hospital atau klinik. Menjaga kebajikan rakyat dan kesehatan rakyat bukan tugas  kerja daulah.  Kapitalisma mengikut teori wujud -  tangan ghaib – yang  akan menguruskan semua. Daulah hanya jadi saksi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis semua ornag diwajibkan melepaskan pucuk masing masing. Aku  untuk aku. Kau untuk kau. Semangat  kekitaan dan kemasyarakatan bukan akidah   ajaran sistem ekonomi kapitalis. Komuniti dan konsep gotong royong, kerjasama atau berseraya tidak dibenarkan wujud dalam sistem ekonomi kapitalis. Tolong menolong dan bantu membantu akan membantutkan dan menghalang  keuntungan maksima. Tenaga kerja adalah komoditi untuk dijual beli bukan untuk dihadiah  atau disedekahkan.

Apa terjadi dari 18 March 2020 hingga ke  19 Mei 2020?
Ini sesudah  WHO telah mengumumkan pandemik Covid-19. Ini sesudah Wuhan menjadi buah mulut warga dunia. Apa terjadi di Amerika pada Tarikh ini?

Dalam masa dua bulan ini berjuta warga Amerika hilang pekerjaan. Berjuta beratur  untuk mendapat  stem makanan.  Hari ini seramai 42 juta warga Amerika telah hilang pekerjaan. Mereka tergelincir jatuh hilang kerja terus  menjadi statistic warga miskin dalam negara terkaya dalam dunia.

Apa lagi yang berlaku antara 18 March  hingga ke 19 Mei 2020?
Jangan terperanjat.  Saya rakamkan   data ekonomi Amerika   dalam masa dua bulan awal  serangan  Covid -19.  Dalam masa dua bulan ini ditafsirkan harta kekayaan  600 orang bilionwan Amerika melonjak naik dari 2.948 trilion dollar ke 3.82 trilion dollar.

Dalam masa yang sama jumlah bilionwan di Amerika bertambah dari  630 orang menjadi 614 orang. Mengikut laporan  majalah Forbes pada 24 April  2020 diumumkan bilionwan terbaru  bernama Kanye West.  Sosok ini menjadi billionwan termiskin berbanding dengan yang lain.

Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong mengamalkan sistem kapitalis sama saperti di Amerika. Kenapa kematian berkuarangan disana.  Di Malaysia juga  mengamal sistem kapitalis. Malaysia bukan Cuba yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Kenapa  kita di Malaysia berjaya melawan Covid-29. Jawabnya tunggu minggu hadapan. (TT)


DITIPU ARAB






DITIPU ARAB
Ini akibatnya mengikut ajaran arab dan tidak menggunakan otak yang ada untuk menilai baik buruk, dalam budaya arab, 
namanya pembunuhan demi maruah yang banyak menimbulkan masalah apabila bangsa arab berhijrah ke eropah budaya ini dibawa bersama dan apabila masalah macam nie timbul bangsa arab sanggup membunuh darah daging sendri 
on 
AKIBAT BODOH
Publish | Delete | Spam
kiedentech
on 24/06/20

S

ZAHID BAHAYA PADA MUHYIDDIN





BILA ZAHID 

SANGKUT
Kahkahkah ni soalan jenis apa ni? Anak mat sabu kena 8 bulan sebab dia bukan MP. Oit! Brader, zahid tu MP, kalau kes dia sangkut maknanya malikul sembab kurang la 1 sokongan. Agak2 la nak tanya soalan pun, kalau aku cakap tu soalan bodo nanti kau marah pulak. 
on 
MUSTAHIL 
SATU TAK SANGKUT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 24/06/20

Isap

APA KATA TUN SERI LANANG






APA KATA

TUN SERI LANANG
kaum kerabat mandeliar, kaum kerabat mamu, kaum kerabat DKK,sapa baca sejarah melayu,Tun Seri Lanang telah bersabda panjang lebar, kenapa Melayu susah nak paham, adakah keperluan kalam lebih besar dari akal? Adakah nafsu makan harta duniawi lebih besar dari segala? 
Kenapa Melayu begini ? Kenapa mudah lupa amanat yang dikaji oleh Hj Hadi Bawang? Kah Kah Kah sekawan gulai bila isi dengan USD akan menjadi halal semerdu dara di sunti sehingga malam, kah kah kah syukur alhamdulillah
 on
 YUSOF RAWTHER 
DAN 
ANWAR IBRAHIM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 24/06/20

Ini a

WAJIB BACA - PERKEMBANGAN TERBARU





WAJIB BACA

PERKEMBANGAN

TERBARU
 

Bekas pesakit Covid-19 berisiko masalah imuniti tubuh, kata KKM



KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi komplikasi terjadi pada bekas pesakit Covid-19, iaitu ketahanan tubuh tidak kekal.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G), akan berkurangan selepas tiga bulan.

“Jadi mungkin ada kesan kepada imuniti individu tersebut. Jadi kalau individu tersebut mempunyai imuniti yang rendah, maka mudah mendapat jangkitan kuman lain bukan hanya Covid-19,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu laporan antarabangsa yang menyatakan kehidupan pesakit Covid-19 yang pulih tidak akan kembali normal, kerana ada dalam kalangan mereka memerlukan pemindahan paru-paru dan risiko serangan jantung.

Dr Noor Hisham berkata, KKM harus memastikan rawatan susulan untuk memantau kesihatan pesakit Covid-19 yang telah pulih, terutamanya dalam kategori 4 dan 5.

Pesakit kategori 4 ialah mereka yang memerlukan oksigen, manakala kategori 5 adalah bagi pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM kini sedang melaksanakan pemantauan terhadap pesakit yang pulih, bagi melihat kesan sampingan jangka panjang.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata, virus Covid-19 menyerang paru-paru dan kesan ‘cytokine storm’ di mana virus menyebabkan kesan kepada saluran darah.

“Adakalanya perjalanan darah perlahanan dan fenomena pembekuan darah berlaku. Ada dua tiga pesakit yang telah kita kesan berlaku di usus dan buah pinggang,” jelasnya.

Dr Noor Hisham berkata, tindakan semasa rawatan untuk radang paru-paru adalah dengan ‘Dexamethasone’, manakala ubat ‘low-molecular-weight heparin’ digunakan untuk mengelak pembekuan darah. 

Katanya, pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan iaitu apabila berlaku radang dalam paru-paru dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan paru-paru.

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga menjalankan ujian di Institut Perubatan Respiratori untuk melihat kepada kajian jangka panjang yang dihadapi pesakit yang pernah diberi bantuan pernafasan. – Bernama, 24 Jun, 2020.


WATAK KARONA

MASIH DIKAJI

BELUM TUNTAS

MASIH BERUBAH

MENURUT 

PANDANGAN

PAKAR PERUBATAN

AMIN