Ahad, 28 Februari 2010

PERANG BERTERUSAN



INI DIA PEROSAK ALAM NUMBER SATU




700 RIBU KENDERAAN BERTAMBAH SETIAP TAHUH- mStar

Penambahan kira-kira 700,000 kenderaan setiap tahun menjadi antara penyumbang peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri.

Dia berkata mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ini terdapat sebanyak 18.5 juta kenderaan didaftarkan di negara ini.

"Jumlah ini sudah tentu memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan risiko kemalangan di jalan raya sekali gus menjadi masalah kerana masing-masing memiliki kenderaan persendirian sehingga menyebabkan pengangkutan awam kurang digunakan.


KAH KAH KAH...


woit.... JALAN RAYA KITA LEBIH BAHAYA DARI FALUJAH... kah kah kah...

woit... JALAN RAYA KITA LEBIH BAHAYA DARI KABUL.... kah kah kah...

nota:
diharapkan harga minyak akan naik melambung
diharapkan minyak akan kering
diharapkan bila minyak naik
bila minyak kering
baru nak mula berjalan kaki kah kah kah


ADUN PULA DAPAT AP - malaysiakini

Semua ADUN kini masing-masing boleh memohon untuk mendapatkan satu permit AP untuk mengimport kereta ke negara ini.

Dengan itu, mereka kini menyertai ahli parlimen serta peniaga dan pengimport kereta, diplomat dan individu lain yang menikmati kemudahan tersebut untuk memohon AP daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).


KAH KAH KAH..

woit... KERETA LAGI.... kah kah kah

nota:
ini cara merasuah
ini satu perangkap
pasti akan ada adun dari pakatan
yang akan jual ap ini kepada cukong
tak percaya tunggu kah kah kah




GADUH JANGAN TAK GADUH



BUKAN GADUH - SEDANG BERTOMOI





ZAHID MAHU PEMIMPIN UMNO PERMATANG PAUH TAMATKAN SENGKETA
- mStar

PERMATANG PAUH 27 Feb. Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pihak dalam parti perlu bersatu padu dan mengetepikan masalah dalaman parti yang telah berlarutan sejak sekian lama dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

"Jangan bergaduh lagi. Ini masa untuk kita bersatu," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini, hari ini.

Katanya beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh jika pemimpin dan anggota parti bersedia bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Jangan di depan (pentas) ini sahaja kita berpeluk tetapi di belakang kita bertikam sesama sendiri," katanya.

KAH KAH KAH..

woit.... GADUH TAK HABIS LAGI.... kah kah kah..

woit... BETUL KE BERITA BAWAH INI... kah kah kah..

kah kah kah.... ATAU SAJA NAK COVER LINE KERANA GADUH TAK HABIS HABIS....kah kah kah..

baca ini:

77 AHLI PKR , PAS MASUK UMNO – melayau

PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Ahmad Zahid Hamidi.

Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.


KAH KAH KAH...

woit....ADA LAGI BERITA LARI DARI PAKATAN INI... kah kah kah

kah kah kah.... INGATKAN PENCARI KONTRAK PADANG GOLF SAJE YANG LARI...kah kah kah...

kah kah kah....TENGOK APA BEROK DUA EKOR INI CAKAP... kah kah kah..

kah kah kah... TAK YAKIN DENGAN PKR KERANA PERTELINGKAHAN... kah kah kah..

woit.... BEROK.... MASUK GEROMBOLAN INI BUKAN SAJA BERTELINGKAH.... SEDANG BERAMUK BEREBUT KONTRAK.... kah kah kah..

woit... BEROK INI TAK KAN TAK TAHU ADA 3 GENG GEROMBOLAN SEKARANG....kah kah kah..

kah kah kah... GENG MAHAFIRAUN... GENG MAT MONGOL... SATU LAGI SAPA?... kah kah kah..

kah kah kah.... GENG BIK MAMA.... kah kah kah...




IBU BOCORKAN SATU PENIPUAN



SATU MALAYSIA BOLEH PERCAYA KE MUKA SEMBAB MACAM INI ?




PERIHAL PENGETUA SBT BODEK PM SATU MALAYSIA - harakahdaily

Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.

Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat satu Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).

Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.

Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat satu Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?

Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.

Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.

Ibu pelajar SBT


KAH KAH KAH...

woit.... KANTOI...kah kah kah..

woit... MULA MULA... TAK BANYAK SURAT SAMPAI.... kah kah kah..

kah kah kah.... KAKI BODEK CADANGANKAN PANJANG KAN LAGI MASA... kah kah kah...

kah kah kah... TAK ADA JUGA SURAT SAMPAI... kah kah kah..

kah kah kah... AKHIRNYA KAKI BODEK PAKSA PELAJAR TULIS SURAT... kah kah kah...

woit.... SEKARANG SUDAH KANTOI..... kah kah kah...

woit... INI SEMUA PROJEK TIPU MELAYU... kah kah kah




LAGI NAK TIPU MELAYU



BAKAL MAHASISWA




LEMAH BI , SUKA TUKAR KERJA PUNCA SISWAZAH MENGANGGUR – melayau

Kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati siswazah yang suka bertukar kerja dan lemah dalam bahasa Inggeris (BI) dan kemahiran berkomunikasi merupakan antara punca utama kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah di negara ini.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, masalah itu juga termasuk kurangnya latihan industri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kurangnya keyakinan diri.

"Ini adalah lima masalah utama yang dihadapi majikan apabila berhadapan dengan siswazah yang baru menamatkan pengajian mereka. Jawapan mengapa siswazah menganggur adalah kerana kelemahan dan kekurangan pelajar itu sendiri.

"Ini kerana siswazah gagal meyakinkan para majikan untuk diambil bekerja dalam organisasi mereka,” katanya dalam ucapan penutup Program Etiket Siswa 2010 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

KAH KAH KAH...

kah kah kah.... INI NAK MENIPU MELAYU... kah kah kah..

woit...SISWA MENGANGGUR KERANA TAK ADA KERJA.... kah kah kah...

kah kah kah... LEMAH BI... TAK YAKIN DIRI... TAK PANDAI KOMUNIKASI...APA MAKNA NYA INI... kah kah kah..

woit... INI MAKNA NYA UNIVERSITI DAN KOLEJ TEMPAT BELAJAR GAGAL MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG... kah kah kah..

woit... INI MAKNA NYA SISTEM PEMBELAJARAN KANTOI... kah kah kah..

woit.... PEKARA INI PUN NAK TIPU ORANG MELAYU... kah kah kah..

woit... TAK PAYAH TIPU... SATU MALAYSIA TAHU... UNIVERSITI DAN KOLEJ MALAYSIA...HANYA JAGUH KAMPONG.... kah kah kah...

nota:
yang pergi oxfart pun
buat demo depan
kedutaasn australia
ejaan banner tak betul kah kah kah




HAPUSKAN RASUAH DULU - SEBELUM PAKAI KOTAK BARU



NANTI ADAKAN AKTA - IKAN TAK BOLEH LETAK DALAM BESEN PLASTIK




ARAHAN PENGUNAAN KOTAL IKAN BERINSULASI BERMULA ISNIN :NOH OMAR - mStar

Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat akan tetap bermula Isnin ini sekalipun ada segelintir pengimport ikan mengugut untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar yang kesal dengan tindakan kumpulan terbabit berkata pihak berkenaan sudah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka semasa sesi dialog dengan beliau pada Khamis lepas.

"Individu terbabit pun ada sama pada dialog itu. Bila dia timbulkan masalah maka kita dah setuju untuk buat beberapa keputusan dan semua orang puas hati, tetapi kenapa hari ini dia buat kenyataan bercanggah dengan apa yang dipersetujui, apa masalahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng dalam sebuah akhbar hari ini yang antara lain berkata sekumpulan pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak tidak berpuas hati dengan arahan itu.

Kumpulan itu juga dilaporkan mengugut untuk menghentikan import ikan ke negara ini apabila arahan dikuatkuasa bermula 1 Mac ini.

Noh berkata bagi membantu meringankan beban pengimport membeli KIBFG yang agak mahal, kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan RM2.4 juta sebagai subsidi termasuk pengurangan caj ikan import sebanyak dua sen sekilogram.

"Harga subsidi ini diberikan bagi pembelian 60,000 kotak KIBFG iaitu 20,000 kotak KIBFG seberat 100 kilogram dan sebanyak 40,000 untuk kotak KIBFG seberat 50 kilogram.

"Bagi KIBFG seberat 100 kilogram, harganya ialah RM205 seunit dan subsidi diberikan kerajaan ialah RM60 seunit menjadikan harga selepas subsidi cuma RM145, manakala harga KIBFG seberat 50 kilogram pula yang pada asalnya RM125 seunit jadi RM95 selepas subsidi," katanya.

Kerajaan katanya telah cuba meringankan beban pengimport dan pada masa yang sama golongan itu juga harus menyokong hasrat kerajaan yang mahu memastikan rakyat mendapat bekalan ikan segar selain mengelakkan penyeludupan.

Mengenai masalah berhubung tong ikan plastik sedia ada selepas penggunaan KIBFG dikuatkuasakan, Noh berkata kerajaan telah memberi beberapa cadangan seperti menjualkannya kepada pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia atau menjualkannya kepada nelayan tempatan.

"Kerajaan pun ada maklumkan selepas bulan Jun jika mereka nak beli KIBFG daripada pembekal lain selain empat pembekal yang dilantik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kita benarkan tetapi mereka masih kena gunakan cip yang kita sediakan.

"Kenapa mereka takut nak guna cip kita? Apa helah mereka? Takut kita boleh kesan sebarang kegiatan yang tidak sepatutnya?" katanya.

Noh seterusnya menegaskan pengimport ikan tidak akan dibenar membawa masuk ikan ke negara ini sekiranya mereka tetap ingkar daripada mematuhi arahan itu apabila penggunaan KIBFG dikuatkuasakan sepenuhnya pada November ini.

"Negara-negara seperti Thailand dan Singapura dah guna KIBFG dan Indonesia pun bawa masuk ikan ke Malaysia guna kotak ikan berinsulasi tetapi tiada gred makanan, cuma hanya Malaysia yang guna cip.

"Apa pun saya akan panggil individu ini bagi mendapat penjelasan sebenar dan menerangkan semula arahan itu kepadanya dalam masa terdekat. Janganlah kelirukan rakyat dengan isu ini," katanya.

nota:
jika ikan tidak di import maka harga ikan akan naik.
jika hartal dilakukan oleh pengimpot lagi harga naik.

apa tujuan kotak berinsulasi ini ?
tidak diternagkan dengan jelas.

apa batahan dari pengimpot?
ini juga tidak dilaporkan.

satu melaysia sudah bosan degan laporan berita satu pihak sahaja.
apa dia permintaan pengimpot.
kenapa perlu kotak ini?
syarikat kroni mana yang jadi monopili jual kota berinsulasi ini?

pelik pulak: tong lama plastik boleh dijual untuk nelayan
tempatan pulak.
dari laporan berita ini nampaknya
ini satu lagi nak tipu Melayu
satu projek paksa orang beli dari syarikat kroni

inilah dia dinamakan perniagaan bumiputera kah kah kah


letih jadi Melayu
tak pernah malu
malas buat kerja
suka niaga atas angin kah kah kah





Sabtu, 27 Februari 2010

KESIAN TERANG BULAN



INI BUKAN TERANG BULAN - INI TERANG HATI




TAK HORMATI ‘NEGARAKU ’ PSSI DI DENDA - malaysiakini

Aksi para penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam dalam pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di Jakarta Isnin lalu, mengakibatkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda AS$5,000 (RM 17,006).

Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) setelah Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana kelakuan itu telah mencemarkan maruah sebuah negara.

Walaupun Indonesia menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Uzbekistan Mei ini, aksi penyokongnya itu sedikit sebanyak mencemarkan kejayaan pasukan republik itu.

Pasukan tuan rumah layak ke pusingan akhir di Uzbekistan setelah menewaskan Malaysia 3-5 pada peringkat separuh akhir pada Rabu lalu.

Pada kejadian pada hari Isnin di Stadium Tenis Tertutup Senayan itu, sejurus pasukan negara memasuki stadium dan lagu Negaraku dimainkan, para penonton telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya.

Nyanyian oleh para penonton yang ramai itu menyebabkan lagu Negaraku menjadi tidak kedengaran.

Para penonton juga tidak bangun menghormati ketika lagu kebangsaan negara lain dimainkan.

Semasa permainan berlangsung pula, ada penonton meneriak perkataan maling (pencuri) dan banci (pondan) kepada pemain pasukan Malaysia.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng telah memohon maaf berhubung kejadian itu.

Penganjur juga kemudiannya mengingatkan para penonton supaya tidak membuat bising dan bangun menghormati lagu kebangsaan negara lain ketika ia dikumandangkan, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada perlawanan seterusnya yang membabitkan Malaysia.

Pasukan negara pulang ke tanah air dengan rasa hampa setelah tewas kepada pasukan Vietnam 3-6 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat semalam, dan dengan kegagalan itu juga bermakna Malaysia gagal menempah tempat ke Uzbekistan.


KAH KAH KAH...

kah kah kah... NAK HORMAT MACAM MANA... kah kah kah..

woit.... NEGARAKU IALAH LAGU TERANG BULAN DI INDONESIA.... kah kah kah..

kah kah kah... LAGU INI LAGU KLASIK DI INDONESIA.... kah kah kah..

kah kah kah...LAGU INI ADA BANYAK IRAMA... kah kah kah..

kah kah kah... ADA POP... ADA KERONCHONG... ADA DANG DUT.NG DUT... kah kah kah..

kah kah kah.... ZAMAN INDONESIA MELAWAN BRITISH KONFRONTYASI... TERANG BULAN BERKUMANDANG DI UDARA.... kah kah kah

nota:
telah sampai masanya
negara bangsa Malaysia
memerlukan sebuah lagu
yang bukan di ciplak dari peranchis
yang baik di ciplak dari peranchis
hanya french cap kah kah kah




DUIT RASUAH DI RAMPAS KERAJAAN SIAM




JADI PERDANA MENTERI BOLEH SONGLAP BERBILION RINGGIT





MAHKAMAH RAMPAS RM4.7 BILION MILIK THAKSIN
- malaysianinsider

Mahkamah Agung Thailand malam ini membuat keputusan untuk merampas 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) aset yang dibekukan milik perdana menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra dan keluarganya.

Jumlah harta yang dirampas itu bersamaan dengan 60 peratus nilai kekayaan dimiliki mereka termasuk kadar faedah yang ditimbangkan.

Panel sembilan hakim memutuskan untuk merampas harta keluarga Thaksin dan saudara-maranya, yang diperoleh hasil jualan Ship Corp kepada Temasek Holdings, syarikat pelaburan milik Singapura pada 2006.

KAH KAH KAH...

kah kah kah... BANYANGKAN BETAPA BEBASNYA BADAN KEHAKIMAN DI SIAM... kah kah kah...

kah kah kah... BANYANGKAN... BARU DUA PENGGAL JADI PM... THAKSIN SUDAH ADA BERBILION BILION... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU THAKSIN JADI PM SELAMA 22 TAHUN... AGAKNYA ADA BERAPA BILION RINGGIT.... kah kah kah..

woit... KALAU 22 TAHUN JADI PM... ANAK THAKSIN MESTI JADI BILIONAIRE...kah kah kah..

kah kah kah... NASIB BAIK RAKYAT BANGUN LAWAN... kah kah kah..

kah kah kah... AGAKNYA SIAPA DI MALAYSIA YANG SUSAH TIDOR BILA BACA BERITA INI.... kah kah kah...

kah kah kah... ITU FASAL LAH ANWAR MESTI DI PENJARA... kah kah kah..

kah kah kah... ITU FASAL LAH... PAKATAN MESTI DI PECAHKAN... kah kah kah..

woit... KALAU TIDAK ADA MALAON TAK SENANG TIDOOOOR.... kah kah kah...



GULA UNTUK MENGULA GULA



TERUSKAN LAGI




MAHASISWA PULAU AKTIVITI ANJURAN MPMUM - malaysiakini

Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) mengambil keputusan untuk memulaukan 'kabinet' baru Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dibentuk oleh kumpulan pro-Aspirasi (pro-A).

17 calon pro-M yang menang pada pilihan raya kampus yang lalu juga tidak hadir pada majlis perlantikan yang diadakan di Dewan Tunku Canselor kelmarin.

Bantahan itu bertujuan menyatakan pendirian mereka bahawa pilihan raya kampus pada 28 Jan lalu tidak dijalankan secara telus dan adil. Ia juga sebagai tanda protes berhubung keengganan pihak pro-A untuk menghormati kemenangan pro-M pada peringkat kerusi umum

KAH KAH KAH...

woit... SATU PELAJARAN TENTANG PILIHAN RAYA... kah kah kah..

woit... KALAU PILIHAN RAYA TAK BEBAS... SAMPAI KIAMAT TAK MENANG.... kah kah kah..

woit... TUJUAN HANYA UNTUK BUAT MAIN MAIN... kah kah kah..

kah kah kah... NAK BAGI GULA GULA... TAPI TAK AKAN ADA YANG BERUBAH... kah kah kah..

woit... KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH KEADAAN HARI INI... PILIHAN RAYA SUDAH LAMA DI HARAMKAN.... kah kah kah..



IKAN AKAN NAIK HARGA - NAK BAGI KRONI BUAT DUIT



KENAPA NAK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN MAK CIK INI ?





WAJIB GUNA KOTAK BERINSULASI JEJAS BEKALAN IKAN
- melayau

Bekalan ikan dalam negara akan berkurangan jika kerajaan meneruskan langkah mewajibkan pemborong dan pengimport ikan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini.

Malah, lebih membimbangkan, harga ikan di pasaran akan melambung tinggi jika langkah itu diteruskan kerana pengimport akan menaikkan harga ikan bagi menampung kos pembelian KIBFG.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail berkata, ini berikutan harga kotak itu berlipat kali ganda lebih mahal berbanding tong plastik yang digunakan sekarang.

Justeru tegasnya, pihaknya akan terus menggunakan tong plastik kerana ia tidak mempunyai sebarang masalah dan disahkan selamat digunakan oleh Jabatan Kesihatan.

Katanya, sebanyak 1,500 tan metrik ikan yang diimport dari Thailand dan Indonesia setiap hari mungkin tidak dapat dibawa masuk ekoran penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu.

''Kami tidak berhasrat untuk berhenti membawa masuk ikan import tetapi jika Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) paksa juga kami tukar kepada kotak berinsulasi, ikan tidak dapat dibawa masuk kerana kami tidak mampu membelinya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia di sini hari ini.

Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mengumumkan penggunaan KIBFG diwajibkan bagi pengimportan ikan basah khususnya kepada pemborong dan pengimport ikan berkuat kuasa 1 Mac tahun ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan itu mengambil kira pewartaan penggunaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pemborong dan pengimport ikan.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan pemborong dan pengimport ikan kerana menteri terdahulu, Datuk Seri Mustapa Mohamed membatalkan penguatkuasaan penggunaan KIBFG.

Namun, pada masa sama beliau menggalakkan mereka menukar kepada tong berinsulasi secara berperingkat.

Menurut Yusoff, tindakan mewajibkan mereka membeli KIBFG hanya daripada KF Marketing Sdn. Bhd. yang ditaja LKIM adalah cubaan menekan pengusaha membeli tong itu yang begitu mahal, sekali gus mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.

Katanya, tindakan tersebut menampakkan sikap monopoli syarikat untuk menindas rakyat sedangkan lima kilang lain bersetuju menjual kotak tersebut pada harga lebih murah.

''Kami memohon kerajaan supaya kotak berinsulasi dapat dibeli di pasaran terbuka dan pengusaha dibenarkan menukarnya secara berperingkat apabila tong plastik biasa mengalami kerosakan," ujarnya.

Kotak ikan plastik yang diguna pakai sekarang berharga RM28 bagi berat 30 kilogram tetapi kotak berinsulasi yang dijual KF Marketing Sdn. Bhd. berharga RM105 sebuah.

Bagi kotak plastik seberat 100 kilogram pula harganya RM125 berbanding kotak berinsulasi berharga RM230 sebuah.

Dalam pada itu beliau memberitahu, penggunaan kotak berinsulasi akan menambah kos pengangkutan kerana memerlukan banyak lori untuk mengangkutnya berbanding tong plastik.

''Bagi tong plastik yang dibawa menggunakan tiga lori kontena, selepas ikan dipasarkan boleh dibawa pulang dengan sebuah lori kontena sedangkan kotak berinsulasi terpaksa diangkut dengan tiga buah lori kontena juga walaupun selepas ikan dipasarkan," katanya.


nota:
sila baca berita ini dengan hati hati.
apa makna berita ini.
ikan akan naik harga dipasar.

kenapa?

kerana ada undang undang baru yang memaksa
tok peraih ikan menggunakan kotak berinsulasi.

kenapa?

dikatakan untuk mendapat ikan yang segar?

betul ke? selama ini kita tidak mendapat ikan yang segar.

ikan segar baik untuk kesehatan !

betul ke kenyataan ini ?

kalau nak jaga kesehatan rakyat kenapa hospital di swastakan?
kalau nak jaga kesehatan rakyat kenapa ubat di swastakan?

jadi apa yang sebenarny kotak insulasi ini?
mesti satu mamat telah terlihat kotak ini semasa bejalan-jalan di eropah
atau ada satu syarikat beri cadangan pada satu mamat agar lobi
kerajaan untuk paksa nelayan beli kotak ini.

lihat ! semua kotak berinsulasi mesti di beli dari satu syarikat ini.
ini syarikat siapa ?
sila selidik
jamin ini syarikat kroni.

inila cara perniagaan bumiputera
menyusahkan orang ramai
inilah cara perniagaan bumiputera
jalan nak cepat kaya tapi malas kerja kah kah kah


nota:
cuba siasat hubungan syarikat pembejal ini
dengan malaon menteri yang buat arahan.




Jumaat, 26 Februari 2010

PETANG AHAD ESOK - DI PASAR SENI CM



SENI UNTUK PERUBAHAN - SEMAU DI JEMPUT DATANG




FORUM : SENI UNTUK REVOLUSI/ REVOSUSI SENI

BILA: AHAD
28hb Februari 2010

JAM BERAPA : 2.00 ptg - 5.00 ptg

TEMPAT : The Annexe Gallery, Central Market/PASAR SENI Annexe
Jalan: Jalan Hang Kasturi
Bandar/Pekan: Kuala Lumpur, Malaysia
Lihat Peta

Forum santai ini akan membincangkan bagaimana medium seni boleh menjadi agen perubah dalam masyarakat dan bagaimana seni boleh diletakkan di sisi yang berpengaruh dan digeruni semua?

AHLI PANEL/PELABON/TOK SELAMPIT

Hishamuddin Rais - NGI/Tukar Tiub
Hasmi Hashim - penulis dan ahli politik
Fared Ayam - penggiat teater
Haekal Taleb - pemuzik, bekas ahli band Komplot

Pengasas Music Forum yang juga aktivis muzik, Mazir Ibrahim akan menjadi moderator

AKAN ADA PERSEMBAHAN AKUSTIK DARI:

Nikbindijan
Meor Yusof
Beeha
Liyana Fizi


nota:
semua boleh datang kecuali ezam mat nor
masuk percuma




UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL



MARI BERSAMA BERBUAT BAIK DAN KEBAJIKAN




nota:


tim tt mengucapkan salam sejahtera
untuk umat manusia

marilah kita lahirkan keamanan
dan keselesaan di dunia ini.




TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN



BUKAN SENANG NAK DAPAT MINYAK




UMNO DENGAR PANDANGAN AHLI BERHUBUNG TINDAKAN TERHADAP KU LI : NAJIB – beirita hairan

Umno akan mendengar pandangan ahlinya terlebih dulu berhubung tindakan yang perlu diambil terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang bersama pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.

Najib Razak, berkata beliau sebenarnya sudah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh tetapi ia sudah berlangsung suatu ketika dulu.


KAH KAH Kah.

woit... INI SUDAH BAIK... kah kah kah..

woit... SUDAH JADI DEMOKRATIK.... kah kah kah...

kah kah kah... SUDAH JADI CUKUP DEMOKRATIK.... kah kah kah..

kah kah kah... KENA JUMPA 3 JUTA AHLI GEROMBOLAN... kah kah kah...

kah kah kah... WAJIB KENA TANYA PANDANGAN... kah kah kah

woit... BERAPA TAHUN BARU DAPAT TAHU?.... kah kah kah...



MALIKUL HAIRAN PULAK



INI BUKTI YANG DI MINTA




MUHYIDDIN HAIRAN TINDAKAN KU LI BERHUBUNG ISU ROYALTI MINYAK - melayau

Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

"Saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu, seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya.

Terbaru, Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, dipetik sebagai berkata, iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan Persekutuan menerusi akhbar-akhbar bahasa Malaysia baru-baru ini menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan.

KAH KAH KAH

woit... APA FASAL HAIRAN.... kah kah kah...

woit... KENAPA SUSAH NAK FAHAM... kah kah kah...

woit... ORANG KELANTAN TUNTUT HAK DIA...kah kah kah...

kah kah kah.... KENAPA HAIRAN... kah kah kah...

kah kah kah... MACAM ORANG SABAH MINTA HAK MEREKA... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM ORANG SERAWAK TUNTUT HAK MEREKA..kah kah kah..

kah kah kah.. TAPI BUKAN MACAM IKANG SAID... SUDAH KENA PANCING...kah kah kah



FRUS MENONGGENG



KUCING BERCAT WALK




PM KE AS: PAMERAN SENI NEGARA DI WASHINGTON 11- 14 APRIL - melayau

Seni budaya dan kraf tangan Malaysia akan dipamerkan pada program Hari Malaysia di Washington dari 11 hingga 14 April ini, sempena kunjungan Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS).

"Dengan ini, masyarakat antarabangsa akan lebih mengenali Malaysia selain daripada intisari seni budaya warisan dan kraf tangan Malaysia,” kata Rais Yatim.

Najib, yang akan menghadiri Seminar Nuklear Antarabangsa, berkemungkinan besar membawa beberapa artifak dalam bentuk songket untuk dihadiahkan kepada Presiden Barack Obama, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan di sini hari ini.

Rais berkata, pada 13 April, Najib akan meraikan pembesar-pembesar Washington pada satu jamuan makan malam.

Delegasi berkenaan akan ke New York pada 16 April untuk aktiviti perjumpaan kemasyarakatan dan juga malam amal.

KAH KAH KAH..

woit... APA JADI PERTUNJUKAN FESHEN XXXXL... kah kah kah..

woit... FRUS MENONGGENG MICHELLE OBAMA.... kah kah kah..

woit... TAK DAPAT TENGOK BIK MAMA NAK BUAT CAT WALK... kah kah kah...




Khamis, 25 Februari 2010

TER KINI - TER NOW - TER KARTON



KAH KAH KAH - NAK KETAWA PUN TAK BOLEH





BETUL BETUL KARTON


Majalah terbaru peroduksi Zunar & Konco2, SUMPAH DIBUMI KOMISYEN telah dirampas,kali ini bukan oleh KDN, tetapi oleh Polis. Sepasukan polis yang diketuai Chief Inspektor Mohd Noor Azlan Bin Mansor telah membuat serbuan di sebuah kedai di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang dan merampas 4 naskah majalh tersebut. Serbuan yang sama juga dibuat di Butterworth dengan 15 naskah rampasan, Taman Bertam, pekan Kepala Batas, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi.

Minggu lepas sebuah lagi majalah Zunar, Perak Darul Kartun juga dirampas di Johor. Sebelum itu, buku beliau 1Funny Malaysia juga dirampas di seluruh Malaysia. Ogos tahun lepas, sepasukan lapan orang pegawai KDN menyerbu pejabat Zunar di Brickfeilds di Kuala Lumpur dan merampas 408 naskah majalah sulung beliau, Gedung kartun.

nota:
sapa yang belum ketawa
lebih baik ketawa sekarang
jangan tunggu lama lama
nanti ketawa jadi satu kesalahan
dalam kanun negara kah kah kah




SABTU INI EFEK RUMAH KACA - DAN DUM DUM TAK



KENAPA DUNIA MAKIN PANAS ? DI JEMPUT DATANG YANG COOL DAN YANG ROCK




KONSERT ECO-FREEDOM: EFEK RUMAH KACA LIVE IN KUALA LUMPUR 2010


TEMPAT : No One Cafe, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit (same row as Tune Hotel), KL

MASA: 3PM – 11PM

BILA : SABTU 27hb Februari 2010,

HARGA TIKET: Awal , RM25 di pintu , RM35

Oxygen Media, Frinjan & Envelove Distro dengan rasa rendah diri mempersembahkan kepada audien Malaysia band yang sering digelar band ’sospol’ (sosial politik) kerana lirik-lirik mereka yang mengandungi elemen kritik sosial politik yang sarat dengan isi.

Melalui lagu-lagu pop yang enak didengar, lirik-lirik yang puitis dan dalam lebih mudah dihadam.

Kesan akibat pemanasan global bukan lagi omongan kosong sebaliknya realiti nyata yang sedang kita hadapi semua.

Begitu halnya juga dengan kebebasan baik dari segi politik, media dan pastinya muzik yang sering diancam dengan pelbagai alasan, dari moral hinggalah kepada ketenteraman awam.

Ayuh berhibur dan menyelami di sebalik bait lirik untuk kita fikir-fikir dan hadam-hadam dengan terbuka tanpa paksaan.

Turut akan beraksi ialah band tempatan yang turut sama mendokong iaitu Nao, Couple, Deepset, Dum Dum Tak, Free Love dan Bit the Medusa (mahasiswa Indonesia yang kuliah di Malaysia)

Konsert ini boleh terjadi dengan sokongan Institut Kajian Dasar, Amnesty International, Republik Anak Muda, My Future Foundation dan Gegey Music.

Nak beli kat mana?

-emel ke oxygenmedia22@gmail.com dan ikut arahan selanjutnya

nota:
band paling cool dum dum tak akan bersama.




RAKYAT BERDEMO LAGI



HANYA BERDEMO YANG AKAN MENGUBAH KEADAAN !




ANAK MINTA SUHAKAM SIASAT FELDA TINDAS PENEROKA – harakah daily

Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.

"Untuk lebih adil, saya minta satu siasatan awam dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.

Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.

Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.

Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, N. Subramaniam dan Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.

Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.

"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Afendi dan Suhaimi Said.

Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.

"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.

Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.

"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.

"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.

"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.

Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.

"Kami telah barjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.


MBFM DAKWA ANAK CUBA PECAH BELAH FELDA – berita hairan

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Besar Felda, Dzulkifli Abdul Wahab, bagi membantah cubaan untuk memporak-perandakan gagasan Felda.

Presidennya, Anuar Abdul Manap, berkata memorandum itu menyatakan bahawa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang kononnya mewakili golongan belia, adalah pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa MBFM yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 1991 dan Pendaftar Pertubuhan Belia sejak tahun lalu, adalah wakil sah yang diberi mandat oleh 317 cawangan pertubuhan belia Felda di seluruh negara untuk mewakili golongan muda dan bukannya Anak.

"Dakwaan Anak bahawa mereka mempunyai hampir 1.5 juta ahli tidak benar kerana mereka tidak berdaftar, macam mana nak buktikan ahli mereka seramai itu? Kami yang berdaftar ini pun hanya mempunyai 100,003 ahli dari kalangan belia berusia 15 hingga 40 tahun," katanya.

Anuar berkata, kepimpinan MBFM yang baru akan bergerak lebih aktif bagi menyelesaikan isu membabitkan generasi muda Felda melalui saluran yang betul.

Ketua Peneroka SeMalaysia, Samsudin Othman pula berkata kebanyakan dakwaan Anak mengenai kelemahan Felda adalah salah.

"Felda dah banyak bantu peneroka jadi saya minta agar pihak berkuasa mengharamkan pertubuhan ini," katanya.


KAH KAH KAH...

kah kah kah... PERHATIKAN DUA BERITA INI.... kah kah kah..

woit... SAKSIKAN .... MANA SATU YANG BETUL BERJUANG UNTUK PENEROKA... kah kah kah....

woit.... SATU PERSATUAN MENIMBULKAN TUNTUTAN PENEROKA...kah kah kah...

kah kah kah... YANG SATU LAGI SIBUK FASAL SIAPA YANG SAH DAN BERDAFTAR.... kah kah kah....


nota:
mari melihat sejarah
ketika rakyat bangun mengangkat senjata melawan british
ada gerombolan yang bangun melawan orang yang melawan british.
pabila rakyat angkat senjata nak halau penjajah
muncul pak sibuk lawan orang yang angkat senjata lawan penjajah

sekarang sejarah berulang lagi
satu kumpulan bangun menuntut keadilan untuk peneroka
satu kumpulan lagi menentang orang yang bangun menuntut keadilan
kah kah kah




DEMO TELAH MENJADI BUDAYA KITA



HANYA BERDEMO AKAN MENGUBAH KEADAAN




ISU TANAH KENA REMBAT : 30 ORANG ASLI BERDEMO DI GOMBAK - malaysiakini

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

KAH KAH KAH...

woit... INI BETUL BETUL DAHULUKAN MEREMBAT TANAH RAKYAT... kah kah kah..

kah kah kah... INI PRESTASI YANG BETUL.... TANAH ORANG ASLI DI JUAL PADA CUKONG.... kah kah kah...

nota:
demo telah menjadi budaya orang asli
demo telah menjadi budaya gerombolan
demo telah menjadi budaya eee
demo telah menjadi budaya anak muda
demo telah menjadi budaya politik

kesian mahafiraun
menangis siang malam
dia kena humban kerana demo reformasi kah kah kah





DARI MONGOLIA DENGAN ZZZZZ



JANGKITAN PENYAKIT ZZZZZ




ISU ROYALTI : Kelantan MAHU PENJELASAN NAJIB BUKANNYA MUSTAPA – malaysian insider

Di sebalik pertikaian tuntutan royalti minyak Kelantan sebanyak lima peratus, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Husam Musa mempersoalkan kredibiliti Najib Razak yang beliau mendakwa sebagai hanya membisu.

Husam berkata demikian sebagai reaksinya terhadap Mustapa Mohamed yang sejak kebelakangan ini dilihat terlalu aktif mengatur pelbagai program dengan mendakwa Kelantan tiada hak mendapatkan bayaran royalti lima peratus.

“Sepatutnya Najib yang bercakap pasal ini, dan kita memang inginkan penjelasan Perdana Menteri sendiri.

“Ambo (saya) minta Datuk Pa tak usah campur hal ini, biar Perdana Menteri sendiri yang bercakap.

“Sebab dia bukan menteri berkaitan dalam perkara ini. Rakyat semua tahu,” kata beliau dalam ceramah umum dihadiri kira-kira 4,000 penyokong PAS di stadium mini Pasir Mas, dekat sini malam tadi.

KAH KAH KAH...

woit... HUSAM INI PUN SATU HAL... kah kah kah...

woit... INI PUN SALAH ORANG .... kah kah kah...

kah kah kah... TANYA MAT MONGOL BUAT APA?... kah kah kah..

woit.... MAT MONGOL SUDAH JADI MAT ZZZZZZZZZZ.... kah kah kah...

woit... CUBA TRY TANYA BIK MAMA.... kah kah kah




Rabu, 24 Februari 2010

TERLEWAT 22 TAHUN



EJAAN BERMULA DENGAN HURUF P - BUKAN HURUF F




PAKAR SETUJU BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM - malaysiakini

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Shad Saleem Faruqi , sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:

“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).

“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

KAH KAH KAH…

woit… APA PUNYA PAKAR INI… kah kah kah..

woit… INI SATU MALAYSIA TAHU… kah kah kah..

woit… TAK PERLU GUNA PEN PARKER…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK KAN LUPA SELAMA 22 TAHUN MALAYALI YANG JADI PM DI NEGARA INI…. kah kah kah…

kah kah kah… PEN PARKER NI DAH KETINGGALAN ZAMAN…. kah kah kah…

nota:

yang perlu dibincangkan sekarang
ialah: bolehkah katak menjadi perdana menteri
ini kita perlukan pandangan semua pen paker kah kah kah




SATU LAGI RETORIK TIPU MELAYU



INI BUKAN KEDAI NASI CAMPUR MEK JAH DI BANGSAR - INI WARGA ASING BERJAJA - KENAPA BERI LESEN?




WP TIDAK AKAN BERI LESEN PENJAJA KEPADA WARGA ASING - melayau

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, warga asing tidak akan diberi lesen untuk menjalankan perniagaan di Wilayah Persekutuan bagi menjamin sumber pendapatan penjaja tempatan.

"Sekira diberikan, saya yakin pusat penjajaan 100 peratus akan dikuasai mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa “Green Cities: Putrajaya Urban Conference Series 2010” di sini hari ini.

Katanya, tidak seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan juga tidak mengeluarkan lesen penjaja kepada pemegang kad pengenalan merah.

"Kita sama sekali tidak akan memberi mana-mana ruang kepada warga asing yang bukan rakyat Malaysia untuk menjaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika ini, jumlah warga asing yang diambil bekerja di pusat penjajaan dan menjaja sama ada secara haram atau menggunakan lesen penjaja tempatan, adalah seimbang.

KAH KAH KAH...

woit... TIPUUUUUU.... TIPUUUUU.... kah kah kah..

woit... SILA PERGI KE CHANGKAT BUKIT BINTANG.... kah kah kah..

woit... SILA PERGI KE BANGSAR TALAWI... kah kah kah...

kah kah kah... RAMAI ORANG LUAR BERJAJA... kah kah kah..

kah kah kah... ADA BERJAJA PIZZA... kah kah kah..

kah kah kah... ADA DARI JERMAN...ADA DARI ITALI.. kah kah kah..

kah kah kah... ADA BERJAJA DAGING BAKAR... kah kah kah.

woit... KFC TU BUKAN WARGA ASING PUNYA?.... kah kah kah...

woit... MEK DOGAL BUKAN WARGA ASING PUNYA ?.... kah kah kah...

woit... TESCO YANG MUSNAHKAN KEDAI RUNCIT SIAPA PUNYA?... kah kah kah..

woit... CAREFOUR YANG MUSNAHKAN KEDAI IKAN MEK JAH SIAPA PUNYA..kah kah kah

woit... IKEA YANG MUSNAHKAN KEDAI ROTAN LEBAI KARIM SIAPA PUNYA.... kah kah kah...

kah kah kah... INI SEMUA NAK MENIPU MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah... INI SEMUA NAK SEDAPKAN HATI MELAYU... kah kah kah..

nota:
orang Melayu
pagi melopong kena tipu
tengah hari melopong kena kelentong
petang melopong kena torak
malam melangok depan tv kena pukau

tanah sekangkang jadi sekaki
nak bersorak tak ada suara
kampung dah lama tergadai
yang tinggal hanya ketuanan Melayu
nak jual pun sudah tak laku kah kah kah




LAGI MELAYU KENA TIPU




KALAU TAK PERCAYA - INI DIA PETANYA




HUSAM : IKLAN PENJELESAN KELIRIKAN , PUSAT WAJAR BETULKAN PENDIRIAN – malaysian insider

Dalam jawapan balas susulan iklan mengenai isu tuntutan royalti minyak disiarkan kerajaan pusat kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa memberitahu, penjelasan itu “amat mengelirukan” dan menggesa kerajaan pusat membetulkan pendiriannya segera.

Husam merujuk kepada Akta pembangunan Petroleum (PDA) 1974 mengenai tadbir urus petroleum terhadap negeri-negeri yang terdapat hasil pengeluaran minyak antaranya Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

“Di bawah akta inilah perjanjian dengan negeri-negeri dilakukan.

KAH KAH KAH...

woit... SABAH DAPAT LIMA PERATUS DUIT MINYAK... kah kah kah..

woit... SERAWAK DAPAT LIMA PERATUS DUIT MINYAK.. kah kah kah..

woit... KENAPA KELANTAN DAN TERENGGANU TAK BOLEH ?... kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT NANTI SABAH DAN SERAWAK KELUAR MALAYSIA?...kah kah kah..

woit... KALAU KELANTAN DAN TERENGGANU KELUAR DARI MALAYSIA ...BOLEH DAPAT SEMUA DUIT MINYAK.... kah kah kah...




LAGI MELAYU KENA TIPU



BERITA BAIK UNTUK WARGA SABAH




KABINET AKAN PUTUSKAN TARIF BARU LETERIK ESOK – malayau

Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik esok, kata Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd. di sini.

Mengenai peratusan kenaikan, Fah Kui berkata: “Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain.”

KAH KAH KAH...

kah kah kah... JAMIN TAK AKAN NAIK... kah kah kah...

woit... KALAU NAIK ERTINYA GEROMBOLAN NAK BUNUH DIRI... kah kah kah...

nota:
dulu tnb ialah lembaga leterik negara
ini syarikat milik rakyat.
mahafirun swastakan harta rakyat untuk bagi
kroni kaya. paksa tnb beli tenaga leterik dari
syarikat kroni. ini ipp – independent power produceer.
ipp jadi orang tengah. orang tengah ini makan duit buta.
dulu lln tak ada orang tengah. kalau untung ertinya rakyat yang
untung. sekarang kalau untung masuk dalam saku para kroni.

ini pun orang melayu tak sedar sedar.
kena tipu siang malam
cocok api leterik pada ibu jari mungkin
baru orang melayu menjerit sedar kah kah kah





BERITA PALING MENAKJUBKAN




SILING HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI RUNTUH




KERAJAAN CARI JALAN KURANGKAN KOS PEMBINAAN HOSPITAL -melayau

Kerajaan mahu mengurangkan kos pembinaan hospital di negara ini sehingga satu pertiga tanpa mengabaikan kualiti dan kemudahan yang disediakan, kata Koh Tsu Koon.

KAH KAH KAH..

woit... INI BERITA AMAT PELIK.... kah kah kah...

woit... INI BERITA BAHAYA... kah kah kah...

woit... MASA DUIT BANYAK DULU HOSPITAL BARU BUAT ADA YANG BERKULAT DAN ADA YANG RUNTUH.... kah kah kah..

woit... KALI INI BELANJA AKAN DI KURANGKAN....kah kah kah..

kah kah kah.... KURANGKAN SIMIN... KURANGKAN BESI... kah kah kah

kah kah kah... UNTUK SAVE BUJET PAKAI ATAP SEBELAH SAHAJA... kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK SAVE BAJET DIBUAT KATIL DUA TINGKAT?... kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK SAVE BUJET PEMBALUT LUKA AKAN DI KITAR SEMULA?... kah kah kah...

kah kah kah ... INILAH NAMANYA MALAYSIA BOOOOOLEH... kah kah kah..

woit... HASILNYA: HOSPITAL MENJADI TEMPAT YANG PALING BAHAYA UNTUK DILAWATI.... kah kah kah...

nota:
ingat buat hospital ini
mintak pada lampu aladin ke?
kah kah kah


DARI ARKIB BERITA
28/05/2007
Berita Harian

SUNGAI PETANI: Kira-kira 20 keping siling di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, runtuh dalam dua kejadian berasingan kelmarin dan semalam masing-masing di Wad Pembedahan Lelaki dan pantri Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU).

Kejadian pertama berlaku jam 1.45 petang kelmarin apabila 12 keping siling setiap satu bersaiz 0.6 meter lebar dan 1.2 meter panjang di Wad Pembedahan Lelaki, runtuh tiba-tiba.

Bagaimanapun, siling yang runtuh itu tidak menimpa pesakit di wad berkenaan, yang dijadikan lokasi transit menempatkan mereka yang menunggu untuk dibedah atau dipindahkan selepas pembedahan.




Selasa, 23 Februari 2010

APA JADI DENGAN ANAK MAT SABU



AL-SHEIKH AL CIGARI




KUMPULAN SHAHIDAN TUNTUT JAWATAN MB - malaysiakini

Isu pelantikan menteri besar Perlis selepas pilihan raya umum 2008 belum berakhir. Terkini, tersebar di Internet mengenai dakwaan wujudnya 'persefahaman' antara puak yang bertelagah di Perlis mengenai penggiliran jawatan tersebut.

Mengikut 'persefahaman' tersebut - bulan depan tiba giliran Shahidan Kassim pula untuk menjadi menteri besar Perlis yang kini disandang oleh Md Isa Sabu.

Bekas ketua penerangan Umno Perlis,Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan, mendakwa wujudnya persefahaman mengenai penggiliran jawatan menteri besar Perlis.

Ketika dihubungi Malaysiakini minggu lalu, beliau mendakwa, persafahaman itu dicapai pada pertemuan pada 21 dan 22 Februari 2008 - sehari sebelum penamaan calon.

KAH KAH KAH...

woit...RAKYAT PERLIS BETUL BETUL RINDUKAN SHAHIDAN... kah kah kah..

woit... LAMA RAKYAT PERLIS TAK RASA CIGAR DAVIDOFF... kah kah kah..

woit...RAKYAT PERLIS SEDANG TUNGGU BILA POKOK MANGGA NAK KENA CUKAI.... kah kah kah...

woit....RAKYAT Perlis SAYANGKAN SHAHIDAN... MEREKA NAK HUMBANKAN MALOAN INI KE SONGKLA....kah kah kah

nota:
anak mat sabu tak kan senyap aje
lawanlaaa. satu Malaysia sudah lama
tak dengar sandiwara gaduh. di ganu
pun senyap juga. gaduhlah baru
satu Malaysia terhibur kah kah kah




FATWA SEMBAB YANG NASIONALISTIK



YANG INI TAK NAMPAK ?




TINDAKAN TEGASS TERHADAP RAKYAT ASING YANG BERNIAGA - malaysianinsider

Muhyiddin Yassin hari ini meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap rakyat asing yang didapati menjalankan perniagaan.

Beliau turut memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap peniaga tempatan yang memajak atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada rakyat asing kerana tindakan itu akan menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan lain.

“Ini kerana ada maklumat yang diterima mengatakan rakyat asing mengambil tempat perniagaan rakyat tempatan di pasar malam, di pasar seperti di Chow Kit dan tempat-tempat lain di seluruh negara.

KAH KAH KAH...

woit.... BIAR BETUL CAKAP SEMBAB NI.... kah kah kah..

woit... KALAU BETUL INI SUDAH BAIK.... kah kah kah..

woit... KALAU BETUL ... SEMBAB INI MEMANG WAJIB DI JADIKAN PM.... kah kah kah...

kah kah kah.... INI SERUAN NASIONALIS....kah kah kah..

woit... INI TUNTUTAN DARI JIWA RAKYAT.... kah kah kah..

kah kah kah... BILA NAK TUTUP MEK DOGAL.. BIAR RAMLEE BURGER BERKEMBANG.... kah kah kah..

woit... BILA NAK TUTUP TESCO....BIAR PASAR RAYA MELAYU HIDUP.. kah kah kah...

woit... BILA NAK TUTUP SHELL....BIAR PETRONAS LAGI HEBAT.. kah kah kah..

woit.... BILA NAK HALAU AMERICAN CITY BANK....BIAR MAYBANK JADI GERGASI.. kah kah kah..

woit... BILA NAK HALAU KENTUKI FRIED FAK...BIAR MINAH AYAM GORENG BUKA KEDAI.. kah kah kah..

woit... BILA NAK HALAU SINGAPURA DARI ISKANDAR... kah kah kah..

woit... BILA NAK HALAU LA BODEGA DARI BANGSAR... kah kah ka...

woit... BILA NAK HALAU HILTON...BIAR HOTEL TEMPATAN HIDUP.. kah kah kah..

woit... TAK KAN HANYA MARAH MAT INDON BUKA WARUNG SAYUR DI CHOW KIT SAJA.... kah kah kah..

woit... TAK KAN HANYA MARAH MINAH FILIPINA BUAT GENG SAPU RUMAH... kah kah kah..

woit... TAK KAN HANYA MARAH MAT BANGLA BUKA KEDAI SAYUR DI CHANGKAT BUKIT BINTANG....kah kah kah..

woit... TAK KAN HANYA NAK MARAH ABANG INDON JUAL BAJU BUNDLE DI LORONG HAJI TAIB.... kah kah kah...

woit... TAK KAN HANYA NAK MAT BANGLA NAIK MOTOR JUAL IKAN...kah kah kah

woit... TAK KAN HANYA NAK MARAH ABANG PAKISTAN JUAL CARPET..kah kah kah..

woit... TAK KAN HANYA NAK MARAH MEK TOMYAM DARI YALA SAJA... kah kah kah..

woit... BUTA MATA KE... TAK NAMPAK ...PEMODAL BESAR LEBIH BAHAYA...kah kah kah..

woit... TAK FAHAM EKONOMI KE... MODAL ANGLO AMERIKA SEDANG MEMISKINKAN SELURUH NEGARA... kah kah kah...

woit... TAK SEDAR...PEMODAL BESAR INI MEROSAK KAN EKONOMI TEMPATAN DARI BERKEMBANG.... kah kah kah...

woit... KENAPA BERANI PUKUL MEREKA YANG LEMAH... KALAU HEBAT PUKUL LAH PEMODAL ANTARABANGSA... kah kah kah..

nota:
china doll okay ke kalau
jual lendir kah kah kah




FOROM MALAM RABU INI - DI JEMPUT HADIR



SILA DATANG SEBELUM MATI KENA CUKAI





FORUM: UMNO MENIPU ORANG MELAYU - NAIKKAN CUKAI

Tarikh: 24hb Februari 2010

Masa: 8.00 malam- 11.00 malam

Lokasi: Auditorium MBSA, Shah Alam

PANELIS:


1. YAB Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
2. YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
3. YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
4. YB Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
5. Sdr Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
Forum Awam Bermula

Moderator: YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

Semua dijemput hadir.

Hubungi: 0355447017 / saifullahzulkifli@gmail.com untuk maklumat lanjut

ANJURAN PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR




DARI ARKIB UTUSAN MELAYAU 17 FEB 2010




KES LIWAT ANWAR : 500 BANTAH CAMPUR TANGAN AUSTRALIA


KUALA LUMPUR 17 Feb. – Kira-kira 500 individu yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO, MIC dan beberapa NGO dilihat berhimpun di sebuah restoran di jalan tersebut kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak ke pejabat suruhanjaya tinggi itu 45 minit kemudian.

Perhimpunan secara aman itu bagi mendesak kerajaan Australia supaya tidak masuk campur dengan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim.


KAH KAH KAH...

woit.... LIMA RATUS ORANG... kah kah kah..

woit.... INI CUKUP HEBAT.... kah kah kah...

kah kah kah... TAK SANGKA HEBAT MACAM INI.... kah kah kah

woit.... RESPEK LAAAA... kah kah kah...

woit... GAMBAR APA PULAK NI?.... kah kah kah



KAH KAH KAH

woit... SAPA PANDAI KIRA?... kah kah kah..

kah kah kah... ORANG DALAM GAMBAR INI KALAU KALI DENGAN LIMA BOLEH JADI LIMA RATUS TAK ?.... kah kah kah

nota:
macam macam. tak sangka ada geng
sudah ambil gambar dari atas bangunan
bocor semua cerita kah kah kah




PARTI POLITIK KAMBING



BLACK INI WARNA APA?




8 NGO MAHU PM PECAT MURUGIAH KERANA HINA KAUM INDIA – berita hairanbh

Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India hari ini menghantar memorandum kepada Najib Razak, memohon T Murugiah dipecat berikutan kenyataannya yang menggelar kaum India yang tidak menyokong beliau sebagai 'kambing hitam'.

Kenyataan Murugiah yang disiarkan dalam akhbar Makkal Osai itu didakwa mengguris perasaan kaum India di negara ini dan menunjukkan beliau tidak mempunyai sensitiviti terhadap kaumnya sendiri.

KAH KAH KAH...

KAH KAH KAH...

KAH KAH KAH...

nota:
i rest my case yang ariff
i have nothing more to say kah kah kah




TANYA APA DIA DKK



TANYA ARWAH RAHIM KAJAI - APA DIA DKK DAN DKA




nota:

tak tahu siapa dia rahim kajai?
pergi isap kopek bik mama kah kah kah

KENAPA UMNO TIDAK PERTIKAI NEGERI TIADA PERARAKAN – harakah daily

Pemimpin Umno perlu memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan tiga negeri yang diperintah Umno/BN mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad secara sinis berkata, bergegar tujuh petala langit apabila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan Maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam.

“Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau,” ujarnya.

Akhirnya, kata beliau, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di tiga buah negeri yang mereka perintah apabila Jabatan Agama Islam Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

“Mujurlah masih ada jabatan agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat,” katanya.


KAH KAH KAH...

nota:

inilah islam muncul dari jawi peranakan
inilah islam perjuangan dkk peranakan
inilah dipanggil islam perarakan kah kah kah